2
Drop off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C Linkway @ Level 4 Lokasi Hospital Universiti Nasional 5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074 Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg Hubungi Kami Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura 1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2. Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) Tutup pada hujung minggu & hari cuti umum Laman web: www.nuhcs.com.sg Panduan untuk ke NUH Stesen MRT Kent Ridge Circle Line Penumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar. Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura. Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1. Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH. Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Fund The Fund The Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami. Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung! Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html MALAY 中文 ENGLISH Available in : Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS Imbas kod QR Muat turun Pembaca QR PERCUMA di telefon pintar anda dan imbas kod QR. Kod QR akan dinyahkod dengan serta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/ NUHCS LANGKAH 01 LANGKAH 02 Peranti Jantung Cardiac Implantable Device Defibrilator Kardioverter Boleh Diimplan & Terapi Penyegerakan Semula Jantung Implantable Cardioverter Defibrillators & Cardiac Resynchronisation Therapy Jangkitan Kuman Peranti mungkin perlu dikeluarkan dan peranti yang baru akan diimplan selepas sembuh. Pneumotoraks Kebocoran udara dalam paru-paru. Kecederaan jantung Biasanya, ini tidak memerlukan sebarang rawatan selain pemerhatian yang teliti untuk beberapa hari. Rangsangan Diafragma Rasa tersedu semasa perentakan. Ini mungkin akan berlaku kerana wayar perentakan terletak terlalu dekat dengan saraf yang memberi rangsangan kepada diafragma. Ini dapat diatasi dengan meneliti semula program peranti jantung. Kesan sampingan ubat-ubatan Kerosakan buah pinggang – risiko adalah rendah untuk pesakit tanpa penyakit buah pinggang Selepas implantasi ICD/CRT/CRT-D, lebih kurang 20% pesakit mungkin mengalami kejutan yang tidak wajar. Ini berlaku apabila defibrilator menyampaikan kejutan elektrik kerana salah tafsiran irama jantung sebagai merbahaya. Walaupun ini menyebabkan kesakitan, ia tidak akan merosakkan jantung anda. Peranti anda boleh diselaraskan semula supaya anda tidak dikenakan kejutan yang tidak wajar sekali lagi. Secara keseluruhannya, implantasi ICD/CRT/CRT-D merupakan prosedur yang berisiko rendah. Risiko komplikasi yang serius kurang daripada 1%, ia termasuk: Selepas prosedur ini, penilaian hayat bateri dan penyelarasan peranti dibuat secara wayarles (tanpa wayar) melalui alat khas, dan pesakit perlu kembali untuk membuat pemeriksaan susulan. Apabila hayat bateri habis dalam tempoh berberapa tahun, peranti itu perlu digantikan. Apakah risiko/komplikasi yang mungkin berlaku dari prosedur ini? Apakah langkah-langkah susulan selepas saya keluar dari hospital? 1 2 3 4 5 6

Apakah Terapi Penyegerakan Bagaimanakah peranti diimplan ... · pesakit perlu kembali untuk membuat pemeriksaan susulan. ... CRT juga boleh mempertingkatkan kualiti hidup pesakit

  • Upload
    buingoc

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Drop off only

Bus Stop

Carpark

Taxi Stand / Drop off

Kent Ridge MRT Station @ Level 1

A

Linkway @ Level 1Via MRT station(Exit A)

B

Linkway @ Level 1

C

Linkway @ Level 4

Lokasi

Hospital Universiti Nasional5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg

Hubungi KamiPusat Jantung Universiti Nasional, Singapura1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2.Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)Tutup pada hujung minggu & hari cuti umumLaman web: www.nuhcs.com.sg

Panduan untuk ke NUHStesen MRT Kent Ridge Circle LinePenumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar.Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura.Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1.Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH.

Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Fund

The

Fund

The

Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami.

Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung!

Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html

MALAY中文ENGLISHAvailable in :

STEP

01

Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS

Imbas kod QR

Muat turun PembacaQR PERCUMA ditelefon pintar andadan imbas kod QR.

Kod QR akan dinyahkod denganserta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/NUHCS

LANGKAH

01LANGKAH

02

Peranti JantungCardiac Implantable Device

De�brilator Kardioverter Boleh Diimplan &Terapi Penyegerakan Semula JantungImplantable Cardioverter Defibrillators &Cardiac Resynchronisation Therapy

Jangkitan KumanPeranti mungkin perlu dikeluarkan dan peranti yang baru akan diimplan selepas sembuh.

PneumotoraksKebocoran udara dalam paru-paru.

Kecederaan jantungBiasanya, ini tidak memerlukan sebarang rawatan selain pemerhatian yang teliti untuk beberapa hari.

Rangsangan DiafragmaRasa tersedu semasa perentakan. Ini mungkin akan berlaku kerana wayar perentakan terletak terlalu dekat dengan saraf yang memberi rangsangan kepada diafragma. Ini dapat diatasi dengan meneliti semula program peranti jantung.

Kesan sampingan ubat-ubatan

Kerosakan buah pinggang – risiko adalah rendah untuk pesakit tanpa penyakit buah pinggang

Selepas implantasi ICD/CRT/CRT-D, lebih kurang 20% pesakit mungkin mengalami kejutan yang tidak wajar. Ini berlaku apabila de�brilator menyampaikan kejutan elektrik kerana salah tafsiran irama jantung sebagai merbahaya. Walaupun ini menyebabkan kesakitan, ia tidak akan merosakkan jantung anda. Peranti anda boleh diselaraskan semula supaya anda tidak dikenakan kejutan yang tidak wajar sekali lagi.

Secara keseluruhannya, implantasi ICD/CRT/CRT-D merupakan prosedur yang berisiko rendah. Risiko komplikasi yang serius kurang daripada 1%, ia termasuk:

Selepas prosedur ini, penilaian hayat bateri dan penyelarasan peranti dibuat secara wayarles (tanpa wayar) melalui alat khas, dan pesakit perlu kembali untuk membuat pemeriksaan susulan. Apabila hayat bateri habis dalam tempoh berberapa tahun, peranti itu perlu digantikan.

Apakah risiko/komplikasi yang mungkin berlaku dari prosedur ini?

Apakah langkah-langkah susulan selepas saya keluar dari hospital?

1

2

3

4

5

6

De�brilator Kardioverter Boleh Diimplan (ICD) ialah peranti kecil yang diletakkan di dalam kulit bahagian dada, di bawah tulang selangka. Ia akan sentiasa memantau irama jantung melalui wayar (leads) yang dimasukkan ke dalam jantung anda.

ICD diimplan pada pesakit yang mengalami ataupun berisiko tinggi menghidapi rentak jantung laju yang berbahaya seperti takikardia ventrikular (VT) atau �brilasi ventrikular (VF). Ini boleh mengakibatkan jantung terhenti dan sejurusnya kematian jika diabaikan.

Terapi penyegerakan semula jantung (CRT) ialah sejenis rawatan untuk kelemahan jantung yang boleh mempertingkatkan fungsi jantung. Kebanyakan pesakit kelemahan jantung mempunyai jantung membesar yang menguncup tanpa koordinasi, lalu mengurangkan kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

CRT merangsang kedua-dua ventrikel kanan dan kiri untuk menyegerakkan semula (mengimbangi) penguncupan bahagian ventrikel. CRT juga boleh mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dan memanjangkan hayat.

Apakah ICD?

Pesakit yang mengalami:

• Sejarah jantung berhenti sebelum ini.• Gangguan irama jantung yang mengancam nyawa, misalnya VT dan VF.• Fungsi jantung yang lemah dengan fraksi ejeksi yang kurang

daripada 35% hingga 40%.(fraksi ejeksi yang normal adalah melebihi 60%)

• Risiko tinggi kematian akibat kelemahan jantung disebabkan keturunan.

Siapakah yang harus mendapatkan rawatan ini?

Apabila peranti ini mengesan irama jantung yang merbahaya, ICD akan menghantar kejutan elektrik yang akan kembalikan irama jantung ke normal dan mengelakkan kematian mengejut. Pesakit mungkin terasa seperti disepak di bahagian dada. ICD dapat menyimpan rekod aktiviti jantung apabila irama jantung yang tidak normal berlaku dan maklumat ini berguna untuk pertimbangan rawatan doktor.

Bagaimanakah peranti ini berfungsi?

Sesetengah calon CRT juga menghadapi risiko kematian yang tinggi akibat serangan jantung mengejut. Bagi pesakit-pesakit seperti ini, peranti CRT khas yang menggabungkan ICD dengan perentak jantung CRT (dinamakan peranti CRT-D) mungkin sesuai untuk mereka. Huruf “D” merujuk kepada de�brilasi dan ia berfungsi sama seperti ICD.

Defibrilator Terapi Penyegerakan Semula Jantung (CRT-D)

Apakah Terapi Penyegerakan Semula Jantung (CRT)?

Pesakit yang mengalami:

• Gejala kelemahan jantung yang sederhana hingga serius.• Jantung yang lemah dan membesar.• Elektrokardiogram (ECG) yang tidak normal.

Siapakah yang harus mendapatkan rawatan ini?

Perentak jantung dan ICD konvensional hanya memberi rangsangan pada ventrikel kanan jantung. Ini boleh memudaratkan kerana ia mengganggu turutan normal penguncupan bahagian-bahagian berlainan jantung. Peranti CRT mampu merentakkan kedua-dua ventrikel kiri dan kanan serta mengembalikan penguncupan yang selaras dan teratur. Ini juga dikenali sebagai penyegerakan bi-ventrikular kerana kedua-dua ventrikel dirangsang secara electrikal.

Bagaimanakah peranti ini berfungsi?

Bagaimanakah peranti diimplan?

Prosedur implantasi peranti ICD atau CRT masing-masing mengambil masa 1 - 2 jam atau 2 - 3 jam. Biasanya, anda perlu masuk ke hospital pada hari prosedur dan perlu puasa untuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur.

Anda akan diberikan antibiotik sebelum dan selepas prosedur untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Prosedur ini dijalankan dengan menggunakan sedatif dan bukan anestesia am. Anestesia setempat digunakan untuk mengebaskan bahagian implantasi supaya anda tidak terasa sakit.

Selepas prosedur ini, anda akan diberi antibiotik secara intravena (suntikan) untuk sekurang-kurangnya 24 jam. Selepas itu, anda dibenarkan keluar dari hospital. Anda mungkin merasa sakit dan tidak selesa di kawasan luka untuk beberapa hari selepas menjalani prosedur tetapi ia boleh ditangani dengan ubat tahan sakit. Anda juga akan diberi ubat antibiotik (bentuk pil) yang perlu dihabiskan, untuk dibawa pulang.

Adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera jika luka anda bertambah sakit, bengkak atau merah, ataupun jika anda demam selepas keluar dari hospital.

Wang syiling 50 sen digunakan untuk perbandingan saiz antara peranti ICD dan CRT.

Tontoni video kami mengenai Peranti Jantung di laman NUHCS! www.youtube.com/user/NUHCS