2
Apa itu Gagasan 1Malaysia ? Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai. Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini. Objektif Utama Gagasan 1Malaysia 1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dua Aspek Utama Dalam 1Malaysia Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ; ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang. TIGA PRINSIP – TERAS PERPADUAN 1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip TERAS PERPADUAN dalam memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ; 1. PENERIMAAN Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

Apa Itu Gagasan 1Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gagasan 1Malaysia

Citation preview

Page 1: Apa Itu Gagasan 1Malaysia

Apa itu Gagasan 1Malaysia ?Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia

ke-enam, Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula

untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai. Gagasan

1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan” bertujuan

melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan mampu menghadapi cabaran

globalisasi yang melanda dunia ini.

Objektif Utama Gagasan 1Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya

menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia.

1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh

dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Dua Aspek Utama Dalam 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ;

ASPEK PERTAMA : PENERAPAN TERAS TERAS PERPADUAN

Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat

berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya

mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

ASPEK KEDUA : PENERAPAN NILAI-NILAI ASPIRASI

Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya

maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu

melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan matang.

TIGA PRINSIP – TERAS PERPADUAN

1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip TERAS PERPADUAN   dalam

memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ;

1.       PENERIMAAN

Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang

mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan.

Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

2.       KENEGARAAN

Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas

pembentukkan 1Malaysia.

Page 2: Apa Itu Gagasan 1Malaysia

3.       KEADILAN SOSIAL

Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa

mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi

sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum-

kaum lain.

LAPAN – NILAI ASPIRASI

1.       BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

Setiap perkara dan tugas dilakukan secara cemerlang.

2.       BUDAYA KETEPATAN

Mencapai status negara maju dengan menepati waktu dan mengutamakan

kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

3.       BUDAYA ILMU

Rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan terkini serta kesediaan

untuk menimba ilmu secara berterusan.

  

4.       INTEGRITI

Rakyat memiliki integrity yang tinggi yang mencakupi nilai-nilai murni seperti

amanah, bersih dan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawab.

5.       KETABAHAN

Rakyat memiliki sifat berdedikasi , penuh iltizam, azam dan tekad serta tidak

mudah mengaku kalah dalam mengharungi masaalah dan cabaran.

6.       KESETIAAN

Rakyat harus memiliki kesetiaan yang sepenuhnya terhadap negara dan sedia

berbakti dan berkorban demi negara.

7.       KEBIJAKSANAAN

Rakyat harus menghadapi sebarang masaalah secara penuh berhemah dan

teliti bagi mengelakkan sebarang konflik antara kaum.

8.       BUDAYA INOVASI

Rakyat haruslah berinovasi, iaitu memiliki sifat-sifat seperti berani berubah

untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masaalah

dan sentiasa perintis dalam apa jua lapangan.