16
David N. Bell MBA KESIHATAN Kunci OPTIMAL 7 Termasuk Pemakanan Mediterranean dan manfaat-manfaatnya Tubuh badan manusia telah direka bentuk untuk menjadi Mesin Penyembuhan apabila diisi dengan nutrien yang betul

anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

  • Upload
    lamcong

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

David N. Bell MBA

KESIHATAN

Kunci OPTIMAL7

Termasuk Pemakanan

Mediterranean

dan manfaat-manfaatnya

Tubuh badan manusia telah direka bentuk untuk menjadi Mesin Penyembuhan apabila diisi dengan nutrien yang betul

Page 2: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan
Page 3: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

3

PENGENA LA N

Benjamin Franklin, pereka cipta Amerika yang ternama pernah berkata, “Satu auns pencegahan bernilai satu paun penyembuhan.” Tubuh manusia adalah mesin penyembuhan ajaib yang sebenar apabila diisi dengan nutrien yang betul. Kemungkinan utama terjadinya percambahan banyak penya-kit dan masalah kesihatan kronik adalah kerana kebanyakan orang tidak mendapat spektrum yang luas tentang nutrien penting yang membolehkan tubuh badan berada di dalam keadaan penyembuhan yang optimum.

Baru-baru ini, penyelidik di Harvard School of Public Health (HSPH) telah menyatakan bahawa diet Mediterranean adalah “berkemungkinan merupa-kan diet yang terbaik…untuk mengelakkan isu-isu kesihatan yang serius.” Harvard School of Public Health (HSPH) terus melaporkan bahawa, “Beratus-ratus kajian saintifik telah menghubung kait diet tersebut yang menekankan pemakanan berasaskan ikan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, minyak zaitun, mengurangkan pengambilan daging merah dan produk tenusu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, Alzheimer, kanser, diabetes tahap 2, dan lain-lain keadaan kesihatan yang serius.”1

Dalam buku kecil ini, kami akan menyiasat cara-cara tubuh badan dire-ka untuk pulih dengan sendirinya, dan dengan cara-cara yang kita boleh, melalui pemakanan yang betul dapat menyokong keupayaan penyembuhan ajaib ini.

Kami akan meneroka tujuh faktor penyembuhan utama yang disokong oleh pelbagai bahan dan sebatian sihat yang ditemui dalam makanan Medi-terranean. Apakah faktor-faktor penyembuhan ini?

1 PERLINDUNGAN OKSIDATIF - Matlamat perlindungan oksidatif adalah untuk mencegah atau mengurangkan kesan kerosakan oksidatif kepada lipid penting, protein, dan DNA badan kita. Kerosakan ini dikaitkan dengan patogenesis kebanyakan penyakit yang paling seri-us, termasuk penyakit kardiovaskular, kencing manis, dan kanser.

2 MINERAL TERKELAT - Badan kita memerlukan beberapa elemen pemakanan utama, termasuk mineral. Elemen-elemen ini memainkan peranan penting dalam pengawalan dan penyelenggaraan fungsi badan. Pengkelatan meningkatkan penyerapan mineral badan, yang seterusnya meningkatkan penggunaan dan manfaatnya.

Page 4: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

4

3 PEMAKANAN ENZIM - Enzim adalah protein yang bertanggung-jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan nutrien di dalam sumber-sumber makanan kita.

4 SERAT DIET - Serat diet adalah karbohidrat bermanfaat yang tidak boleh dihadam oleh tubuh badan. Serat hadir di dalam dua bentuk - larut dan tidak larut - kedua-duanya berkaitan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Serat larut membantu merendahkan paras glukosa darah dan kolesterol. Serat tidak larut membantu pemecahan makanan dan pengambilan nutrien, dan membantu kekerapan penghadaman.

5 LEMAK SIHAT DAN MINYAK BERASASKAN TUMBU-HAN - Asid lemak monotaktepu dan politaktepu adalah nutrien penting untuk kesihatan. Ianya perlu untuk kepelbagaian fungsi tubuh badan yang normal, termasuk pembekuan darah dan pembentukan sel membran di dalam otak. Badan kita tidak menghasilkan Omega-3, jadi kita bergantung kepada sumber makanan seperti Minyak Zaitun dan Minyak Ikan untuk nutrien penting.

6 PERLINDUNGAN ANTI-MIKROB - Mikroorganisma, terma-suk bakteria, virus dan parasit, melancarkan pertempuran berterusan secara halus di dalam badan kita. Mikroorganisma yang baik memban-tu mengawal sistem imun kita, penghadaman, dan fungsi normal lain. Walau bagaimanapun, mikrob invasif lain boleh menyebabkan penya-kit akut dan kronik. Terdapat nutrien berasaskan tumbuhan terkenal yang boleh melawan aktiviti mikrob di dalam badan.

7 SOKONGAN KOLAGEN - Kolagen adalah struktur protein yang unik yang bertindak seperti rangka di mana kulit kita bergantung. Ia adalah tisu penghubung penting yang rosak seiring penambahan usia, tetapi boleh dirangsang dengan diet yang kaya dengan protein berasas-kan tumbuhan dan antioksidan.

Diet berasaskan tumbuhan semula jadi, seperti diet Mediterranean dapat menyediakan perlindungan antioksidan, penyerapan unggul, sokongan selular, penghadaman lebih baik, sistem pertahanan imun, dan sokongan kulit dalam satu formula unik yang mencerminkan dan meraikan pertahan-an badan secara semula jadi.

Jadi mari kita lihat dengan lebih terperinci bagaimana diet Mediterranean membantu melindungi dan menyokong kesihatan optimum anda.

Page 5: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

5

DI ET M EDITER R A N EA N Sedekad yang lalu, saya bekerja dengan Walter Willett, Pengerusi Jabatan Pemakanan di Harvard School of Public Health, untuk program bercita-cita tingginya yang mempromosikan diet Mediterranean. Pemikiran Dr Willett ini merupakan perwakilan terbaik daripada amalan pemakanan yang leng-kap dan seimbang yang menyokong kesihatan dan potensi penyembuhan semula jadi kita.

Dr Willett masih sangat komited kepada manfaat diet Mediterranean sehingga dia menganjurkan simposium global penting mengenainya. Ia diperkenalkan dengan cara ini:

“Sejak Hippocrates, tingkah laku gaya hidup telah diketahui secara langsung memberi kesan kepada kesihatan dan risiko penyakit. Khususn-ya, kualiti dan kuantiti pengambilan makanan dan status kesihatan adalah berkait rapat. Diet Mediterranean adalah koleksi tabiat makan yang sama diikuti sejak lama sehingga ke pelbagai peringkat di lebih 15 negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean ... Perubatan moden dan kesi-hatan awam secara konsisten menunjukkan bahawa Diet Mediterranean dikaitkan dengan status kesihatan yang lebih baik, kepanjangan umur, dan kesan-kesan positif terhadap penyakit kronik.

Manfaat tertentu diet Mediterranean adalah banyak dan boleh termasuk pencapaian dan pengekalan berat badan yang sihat; menurunkan risiko kanser, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan penurunan kognitif dan penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan arthritis. Diet Mediterranean boleh memberikan peningkatan tahap tenaga dan menggal-akkan kesihatan/kualiti hidup keseluruhan yang lebih baik. Selain itu, diet ini adalah sangat menarik dengan rasa yang pelbagai dan berwarna-warni; merangkumi lemak sihat dan protein seperti minyak zaitun, kekacang, dan ikan; dan juga pengambilan wain secara tetap dan sederhana.”2

Ini adalah sokongan yang memberangsangkan daripada diet Mediterra-nean. Namun, ia juga merupakan satu cabaran untuk membuat perubahan besar-besaran kepada diet, pembelian, dan tabiat memasak di tempat-tem-pat berlainan di seluruh dunia. Atas sebab ini, ianya sangat berharga untuk mencari produk yang merupakan sumber makanan berasaskan Mediterra-nean yang seimbang.

Mari kita meneroka dengan lebih teliti manfaat tertentu yang diberikan

Page 6: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

6

oleh setiap satu daripada 7 Fungsi Penyembuhan Utama Diet Mediterra-nean untuk menyediakan tubuh badan kepada keadaan penyembuhan yang optimum:

PER LI N DU NGA N OK SI DATIFTekanan oksidatif merupakan satu cabaran sistemik kepada kesihatan manusia. Ia terjadi apabila spesis reaktif, yang biasanya dipanggil “radikal bebas,” terikat bersama sel-sel yang sihat, juga protein, lipid dan DNA yang rosak. Walaupun pengoksidaan adalah proses metabolik biasa dan perlu, kerosakan oksidatif berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan di antara kuantiti radikal bebas dan keupayaan badan kita untuk memproses dan meneutralkannya.

Kita mempunyai pertahanan semula jadi terhadap tekanan oksidatif - an-tioksidan endogen, seperti glutathione, superoxide dismutase dan mela-tonin. Walau bagaimanapun, sistem ini sering ditenggelami oleh kedua-dua sumber radikal dalaman dan luaran.

Sebatian berasaskan tumbuhan mewakili farmasi semulajadi antioksidan. HSPH menyatakan, “Terdapat beratus-ratus, mungkin beribu-ribu, ba-han-bahan yang berbeza yang boleh bertindak sebagai antioksidan. Bah-an-bahan yang paling dikenali adalah vitamin C, vitamin E, beta-carotene, dan karotenoid berkaitan yang lain, bersama-sama dengan mineral seleni-um dan manganese. Kesemuanya digabungkan oleh glutathione, coenzyme Q10, lipoic acid, flavonoids, phenols, polyphenols, phytoestrogens, dan banyak lagi.”3

Walau bagaimanapun, tidak semua antioksidan adalah sama. Sama seperti kepelbagaian yang menakjubkan asal tumbuh-tumbuhan, antioksidan ini tidak bekerja dengan cara yang sama. Beberapa bahan ini boleh berinteraksi dengan radikal secara langsung, sementara yang lain mungkin bertindak balas dengan sendiri dan merangsang pertahanan enzim antioksidan badan kita. Beberapa antioksidan tidak boleh diserap, manakala yang lain mun-gkin sangat cemerlang dalam menyilang membran lipid tisu bersel.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan antioksidan, satu kesimpulan didapati jelas dan meyakinkan. Seperti yang

Page 7: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

7

dilaporkan oleh Ronald Prior, PhD, mantan ketua bahagian penyelidikan antioksidan USDA, yang bekerja sama rapat dengan saya, “Peningkatan pengambilan makanan daripada jumlah kapasiti antioksidan ... telah dikait-kan dengan pengurangan risiko strok iskemik, darah tinggi, kanser perut, kanser endometrium, dan penyakit paru-paru.”4

Tambahan pula, terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa an-tioksidan berasaskan tumbuhan adalah lebih berkesan apabila dibiarkan di dalam bentuk terdekat dengan matriks semula jadinya. Penyelidikan yang telah saya lakukan bersama Linus Pauling Institute yang ternama terhadap bentuk semulajadi vitamin C telah menyokong kesimpulan ini. Ini menun-jukkan bahawa unsur pelengkap di dalam bahan sumber yang lain dapat menambahbaik kestabilan dan bioketersediaan asid askorbik. Gabungan agen larut minyak dan air juga dijangka menyumbang kepada kesan sinergi ini.

Diet Mediterranean diberkati dengan sumber semula jadi, antioksidan berasaskan tumbuhan daripada makanan seperti buah delima, anggur, zai-tun, kekacang, dan biji-bijian yang melimpah-ruah. Ia menyediakan kepel-bagaian spektrum antioksidan yang memberikan perlindungan yang telah terbukti terhadap kerosakan oksidatif.

M I N ER A L TER K ELATMineral adalah penting untuk fungsi badan dan kesihatan yang optimum. Walau bagaimanapun, seperti mikronutrien yang lain, mineral seringka-li sukar dikenalpasti manfaatnya. Pengkelatan adalah satu proses ikatan molekul yang menunjukkan peningkatan penyerapan dan bioketersediaan mineral. Sains dan teknologi berpaten telah mewujudkan molekul organik dalam bentuk yang boleh berasimilasi dengan badan. Bentuk-bentuk organ-ik istimewa daripada unsur-unsur mineral ini dikenali sebagai mineral asid amino kelat yang boleh memberikan badan kita peluang terbesar menyerap mineral-mineral untuk kepentingan biologi yang terbaik.

Badan kita mempunyai mekanisme penyerapan mineral semula jadi, beberapa daripadanya direka untuk menghadkan penyerapan. Ini berkemu-ngkinan untuk menyediakan sejenis fungsi “pelepasan semasa”, atau hanya untuk mengurangkan risiko kemungkinan ketoksikan. Namun, seperti pengoksidaan, badan kita boleh menjadi tidak seimbang, dan pengambilan mineral penting dengan betul boleh mengelakkan masalah tersebut.

Page 8: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

8

Terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada kekurangan mineral. Dua daripadanya berkaitan dengan pengeluaran makanan dan pemakanan. Kertas kerja Institute for Agriculture and Trade Policy bertarikh 2012 men-yatakan bahawa, “kekurangan mineral menimbulkan risiko global untuk pertanian dan kesihatan awam” bagi negara-negara maju dan kurang maju.

Terdapat risiko pemakanan berganda: Pertama, makanan yang diperbuat daripada atau didapati daripada bahan-bahan yang ditanam di tanah yang kehabisan sumber; kedua, diet yang terlebih diproses dan tidak seimbang. Kegagalan program “5-A-Day” di Amerika Syarikat dan wabak obesiti di ke-banyakan negara adalah kenyataan terhadap kegagalan fungsi pemakanan. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), menerusi kajian yang berter-usan terhadap pengambilan makanan, ‘What We Eat In America’, men-gira bahawa setiap orang hanya mengambil 3 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran secara purata.

Sesuatu yang pasti adalah, kebanyakan orang perlu menambah pengambi-lan mineral harian dan mineral terkelat dapat menyediakan sumber mineral penting yang paling berkesan.

PEM A K A NA N ENZI M Enzim adalah enjin utama kepada reaksi biokimia yang perlu untuk kehidupan. Sebahagian besar adalah protein, dan ianya terlibat di dalam op-erasi metabolisme manusia yang tidak terkira banyaknya, termasuk fungsi penting penghadaman dan pengeluaran tenaga.

Enzim penghadaman adalah bahan yang dihasilkan oleh badan kita atau yang dimakan dan ianya membantu di dalam penghadaman. Sistem peng-hadaman yang berfungsi sempurna adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Ia menjamin penyerapan yang cekap dan penggunaan nutrien oleh badan kita. Malah kajian menunjukkan bahawa enzim penghadaman yang tidak mencukupi menyumbang kepada masalah kesihatan kronik dan tahap penyakit - dari keletihan dan kekurangan vitamin kepada gangguan imun dan kencing manis.

Selulase adalah enzim semula jadi berasaskan tumbuhan. Badan kita tidak menghasilkan selulase, namun ianya perlu untuk memangkin selulosa yang terdapat di dalam sayuran hijau berserat yang digalakkan kita memakannya.

Page 9: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

9

Selulase memecahkan selulosa kepada glukosa atau glukosa darah, yang merupakan sumber utama tenaga untuk sel-sel kita.

Seperti yang diterangkan oleh Dr. Edward F. Group7, “Glukosa ... adalah kunci utama sumber tenaga badan. Tetapi ia boleh menjadi masalah apabila kita memakan gula ringkas yang meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat kerana lebihan itu ditukar kepada trigliserida dan disimpan sebagai lemak badan. Glukosa daripada selulosa dilepaskan perlahan-lahan dan tidak meningkatkan gula dalam darah secara dramatik tetapi menye-diakan bahan api yang lebih stabil untuk badan.”

Dr. Group menambah bahawa, dengan bersama-sama membantu penghad-aman dan pengurusan glukosa darah, selulase semula jadi boleh membantu menjadi pengantara tahap kolesterol normal, melindungi sel membran, dan menyokong sistem imun.

Enzim penghadaman dan selulase yang diperolehi secara semula jadi, membantu anda mengoptimumkan manfaat pemakanan dan kesihatan diet anda, terutamanya jika anda mengambil sayur-sayuran hijau berdaun den-gan jumlah yang disyorkan, yang biasa didapati dengan banyaknya di dalam diet Mediterranean.

SER AT PEM A K A NA NSerat pemakanan adalah karbohidrat yang tidak boleh dihadam dan di-tukar kepada molekul-molekul gula. Manfaat kesihatan serat pemakanan telah didokumentasi dengan baik. Menurut HSPH8, berdasarkan bukti utama kajian epidemiologi dan klinikal, serat pemakanan “terbukti mengu-rangkan risiko ... penyakit jantung, kencing manis, penyakit divertikulum, dan sembelit.”

Artikel8 Mayo Clinic juga menunjukkan manfaat pengurusan berat badan daripada diet tinggi serat. Makanan yang kaya dengan serat adalah kurang kalori, dan tinggal di dalam usus dengan lebih lama, memanjangkan rasa kenyang, atau menyebabkan rasa kurang lapar.

Serat makanan adalah di dalam bentuk serat larut dan serat tidak larut. Serat larut boleh melarut di dalam air, manakala serat tidak larut sebalikn-ya. Ianya memainkan peranan yang berbeza tetapi saling melengkapi. Serat larut mempunyai kesan sistemik yang lebih luas, seperti pengurusan kardio-

Page 10: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

10

vaskular dan kencing manis. Serat tidak larut pula lebih kepada membantu menyokong sistem penghadaman yang sihat.

Kesemua organisasi kesihatan awam menggesa peningkatan pengambilan serat dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Namun, kebanyakan orang tidak mengambil 20 gram serat setiap hari, lebih rendah daripada pengambilan harian yang disyorkan.

Makanan dan, atau mana-mana produk pemakanan yang menyediakan manfaat pekatan diet Mediterranean, termasuk serat, akan membantu membetulkan ketidakseimbangan ini.

LEM A K SIH AT DA N M I N YA K BER ASASK A N TU M BU H A N Baru-baru ini, satu artikel dari HSPH bertajuk “Keluarkan yang jahat, masukkan yang baik,” boleh diringkaskan seperti ini: “Lemak jahat, ber-maksud lemak trans dan tepu, meningkatkan risiko untuk penyakit-penya-kit tertentu. Lemak baik, bermaksud lemak monotaktepu dan politaktepu, melakukan sebaliknya. Ianya adalah baik untuk jantung dan kebanyakan bahagian badan yang lain.”9

Dalam keadaan khusus, lemak monotaktepu dan politaktepu memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolesterol darah. Lemak tidak tepu dipanggil lemak yang baik kerana ianya boleh memperbaiki tahap kolesterol darah, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung, dan memainkan beberapa peranan lain yang berfaedah. Kebanyakannya ditemui di dalam makanan, daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak sayuran, kekacang, dan bijian. Banyak kajian jangka panjang berskala besar menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan lemak yang baik, seperti yang didapati di dalam diet Mediterranean, meningkatkan lipoprotein berke-padatan tinggi yang bermanfaat (HDL) dan mengurangkan lipoprotein berkepadatan rendah yang berbahaya (LDL).

Dalam diet yang sihat, ini terdiri daripada sehingga 30 peratus pengambilan lemak baik daripada kalori harian. Di dalam diet Mediterranean, minyak

Page 11: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

11

zaitun adalah sumber utama lemak baik ini. Sebenarnya, minyak zaitun merupakan salah satu makanan yang paling bermanfaat, dan paling banyak dibuat kajian di dunia.

Minyak zaitun mempunyai matriks sebatian berfaedah yang luas. Ini ter-masuk vitamin A, D, K, dan E, karotenoid, dan sebatian fenolik, hydroxy-tyrosol - antioksidan yang kuat dan anti-radang, dengan nilai ORAC yang dilaporkan lebih tiga kali ganda daripada catechin teh hijau. Hydroxytyrosol adalah sebatian utama yang unik untuk zaitun yang disanjungi.

Minyak zaitun telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kulit dan otak, dan melindungi badan terhadap penyakit kencing manis dan penyakit kar-diovaskular, dan banyak manfaat kesihatan yang lain.

PER LI N DU NGA N A N TI-M I K ROBZaitun berada di tengah-tengah diet Mediterranean. Ianya menyediakan lemak baik yang menyokong kesihatan dan antioksidan yang kuat, iaitu hy-droxytyrosol. Daun zaitun juga menyumbang sebatian yang unik dan ber-manfaat - Oleuropin. Seperti hydroxytyrosol, ia dikenali sebagai antioksida, dengan nilai-nilai ORAC yang dilaporkan jauh lebih tinggi daripada lain-lain antioksidan yang dikenali seperti catechin teh hijau.

Oleuropin telah terbukti menjadi antibiotik berspektrum luas, anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat. Ianya telah terbukti berkesan terhadap jan-gkitan yis dan kulat, herpes, alergi, psoriasis, keletihan yang kronik, dan banyak lagi patogen yang lain.

Satu kajian penting menyimpulkan bahawa Oleuropin “boleh dianggap sebagai sumber berpotensi ejen antimikrob yang menjanjikan rawatan .... untuk jangkitan dalam [manusia].”10

Perlindungan antimikrob adalah fungsi kesihatan yang semakin penting. Bakteria menimbulkan ancaman unik untuk kesihatan manusia kerana kemampuannya untuk bermutasi. Ubat antibiotik tradisional tidak dapat bertindak sebaik dahulu di dalam melawan jangkitan bakteria.

Page 12: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

12

Oleh itu, terapi anti-bakteria semula jadi, seperti Oleuropin, boleh memberi sumbangan penting kepada perlindungan daripada jangkitan bakteria.

SOKONGA N KOLAGENKolagen adalah asas kepada kesihatan kulit. Kolagen didapati di dalam kesemua tisu penghubung kita, seperti kulit, tulang, tendon, dan ligamen, dan juga menyediakan struktur berintegriti kesemua organ-organ dalaman kita. Ia adalah protein yang paling banyak dalam badan kita.

Kolagen berkurangan seiring penambahan usia, dan kerosakannya boleh dipercepatkan dengan penggunaan bahan kimia, merokok, dan faktor-fak-tor alam sekitar - terutamanya sinaran UV dalam cahaya matahari. Ker-osakan kolagen menyumbang kepada kedutan pada kulit, dan sakit-sakit sendi dan tulang, dan masalah kesihatan yang lain.

Vitamin C boleh dikatakan sebagai sebatian semula jadi yang paling terke-nal, dan paling berkesan, untuk menyokong dan merangsang pengeluaran kolagen badan kita.

Institut Linus Pauling meringkaskan hubungan antara vitamin C dan ko-lagen seperti berikut. “Sifat-sifat antioksidan vitamin C (asid askorbik) dan peranannya dalam sintesis kolagen menjadikan vitamin C sebagai molekul penting untuk kesihatan kulit.” 11

Walau bagaimanapun, vitamin C terpencil adalah sangat labil, atau rapuh. Ia berkurangan dengan mudah di dalam badan kita. Produk semula jadi yang kaya dengan vitamin C, seperti rose hip, melindungnya di dalam sebatian terlindung yang lain seperti vitamin A dan E, untuk meningkatkan tahap keberkesanannya. Malah, ianya adalah matriks seimbang sebatian berasaskan minyak dan berasaskan air yang menjadikan rose hip sangat bermanfaat kepada kulit.

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C semula jadi boleh menyumbang kepada sokongan pengeluaran kolagen biasa, dan mengu-rangkan degradasi apabila kita semakin berusia.

Page 13: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

13

K ESI M PU LA NKita telah melihat bahawa diet Mediterranean adalah pemakanan seim-bang yang menyediakan 7 komponen penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Malah, komponen ini bukan sahaja penting untuk mengekalkan kesihatan kita, tetapi juga boleh membantu kita memulihkan dan mengem-balikan fungsi penting untuk kesihatan yang optimum.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kita tidak mudah untuk membuat peru-bahan yang menyeluruh kepada amalan pemakanan kita. Kehidupan adalah sibuk dan rumit. Ianya amat sukar di kebanyakan tempat di dunia untuk mempunyai akses yang mudah kepada makanan yang pelbagai dan sangat berkhasiat seperti yang terdapat di dalam diet Mediterranean. Alternatif ke-pada perubahan di dalam menu, pantri, dan tabiat membeli-belah mungkin terdapat pada sumber makanan tunggal yang dengan mudahnya memberi-kan kita banyak atau kesemua tujuh komponen utama tersebut.

Bagaimana jika kita dapat mencari makanan semula jadi yang menyediakan manfaat diet Mediterranean yang merangkumi 7 kunci kepada kesihatan yang optimum di dalam satu pekatan hidangan tunggal? Terdapat banyak produk makanan lengkap yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan utama tersebut. Seiring dengan membuat apa sahaja perubahan kepada rejimen pemakanan kita ke arah makanan lengkap seperti yang terdapat di dalam diet Mediterranean, kita juga mungkin perlu mencari pekatan makanan tambahan lengkap untuk membuat perbezaan kepada pemakanan kita yang sedia ada.

Jika anda dapat mencari pekatan makanan lengkap di dalam bentuk semula jadinya untuk menambah rejimen pemakanan harian yang mengandungi kesemua atau sebahagian besar daripada 7 fungsi penyembuhan utama diet Mediterranean, maka saya mencadangkan supaya anda mengambil produk ini setiap hari sebagai satu cara untuk mencapai kesihatan optimum dan untuk mengelakkan isu-isu kesihatan dalam jangka masa panjang.

Benjamin Franklin sememangnya betul, “Satu auns pencegahan bernilai satu paun penyembuhan.”

Page 14: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

14

NOTES

1 http://articles.latimes.com/2011/nov/21/health/la-he-mediterra-nean-diet-20111121

2 http://www.hsph.harvard.edu/oemr/mediterranean-diet/

3 http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/antioxidants/

4 Diet Antioxidant Capacity: Relationships to Oxidative Stress and Health; 2013; Prior, R. and Wu, X.

5 Pizarro F, Olivares M, Hertrampf E, et al. Iron bis-glycine chelate competes for the non-heme-iron absorption pathway. Am J Clin Nutr 2002;76:577-81.

6 Scarcity of micronutrients in soil, feed, food and mineral reserves. Prof. Helias A. Udo de Haes, Dr Roelf L. Voortman, Dr D.W. (Wim) Bussink, Dr Carin W. Rougoor, drs. Wouter J. van der Weijden, Sep-tember 4, 2012

7 The Health Benefits of Cellulase, Edward F. Group III, DC, ND, DACBN, DCBCN, DABFM; May 29, 2011

8 http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/carbohydrates/fiber/

9 http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/fats-full-story/

10 J Pharm Pharmacol. 1999 Aug;51(8):971-4. On the in-vitro antimicro-bial activity of oleuropein and hydroxytyrosol. Bisignano G1, To-maino A, Lo Cascio R, Crisafi G, Uccella N, Saija A.

11 http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/skin/vitaminC/

Page 15: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan
Page 16: anan ermasuk a anean 7OPTIMAL Kunci KESIHATAN · jawab untuk proses biokimia penting di dalam metabolisme manusia. Ianya sangat penting untuk penghadaman yang cekap dan penggunaan

16The Human Body is design to be a Healing Machine when it is fueled with the right nutrients.

David N. Bell, MBA, adalah penasihat yang dihormati kepada syarikat-syarikat dan institusi makanan dan pemakanan. Beliau telah terlibat secara aktif dalam sains pemakanan, pembangunan produk dan pasaran pengguna selama 30 tahun. Pada masa ini, David telah bekerja dengan Harvard School of Public Health, Jabatan Pertanian AS, Brunswick Labs, dan lain-lain individu atau firma yang menyokong kepada inisiatif pemakanan yang penting. Encik Bell menerima MBA dari Wharton School, Universiti Pennsylvania.