analisis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

wewe

Citation preview

Pengenalan

Kawalan DalamanKawalan Dalaman adalah suatu proses dihasilkan dan dikuatkuasakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan atau pihak berkenaan untuk mencapai sesuatu matlamat. Kawalan dalaman dirancang untuk mencapai objektif-objektif dalam satu atau lebih kategori yang bertindih. Ia dibentuk bagi tujuan berikut: a) Memastikan jabatan anda berada pada landasan untuk mencapai misinya.b) Mengalakkan keberkesananc) Mengalakkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan. d) Mengurangkan risiko kehilangan aset-aset dan memastikan kebolehpercayaan data.Sistem Kawalan dalaman yang baik dapat mengurangkan risiko dan melindungi kerugian. Ketiadaan satu sistem kawalan yang kukuh, boleh menyebabkan kesilapan dan kesalahan berlaku tanpa dikesan. Kawalan yang diwujudkan boleh menjadi penghalang kepada ketidakkesempurnaan tumpuan kepada tugasan. Sistem kawalan yang baik perlu mengandungi perkara-perkara berikut:- a) Kakitangan yang ditugaskan mempunyai pengetahuan dan latihan yang mencukupi ; b) Individu yang berintegriti, amanah dan bertanggungjawab ; c) Pemantauan yang bebas.d) Pengasingan tugas.e) Kelulusan & Pengesahan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atau pihak berkenaan untuk mengekalkan sistem kawalan yang mencukupi didalam bidang kuasa mereka. Perubahan persekitaran boleh menyebabkan keberkesanan kawalan merosot, ataupun kecenderungan pematuhan akan berubah. Sebagai tindakbalas kepada perubahan, pengurusan perlulah mengadakan kawalan tambahan atau mengubah kawalan sediada bagi melindungi daripada kerugian.

Article AMMB Holdings .

Didalam sebuah article syarikat AMMB Holdings menerangkan tentang tanggungjawab kawalan dalaman.

Tanggungjawab kawalan dalam di dalam syarikat AMMB Holdings dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah AMMB Holdings.Lembaga Lembaga Pengarah perlu memastikan kecukupan dan keberkesanannya.Lembaga Pengarah AMMB Holdings telah mewujudkan beberapa proses sepanjang tahun kewangan di kaji. Antara proses-proses : Mengenal pasti Menilai Menguruskan risiko-risiko penting.

Proses ini dilakukan oleh Lembaga Pengarah secara kerap dan perlu mematuhi panduan kawalan dalaman. Pengarah akan mempertimbangkan kepentingan risiko yang berkenaan , contohnya kemungkinan kerungian yang akan ditanggung dan kos kawalan dan ia dilakukan semasa pembentukan dan penyemakan sistem kawalan dalaman.Tujuan sistem kawalan dalaman ini adalah menguruskan dan bukannya menghapuskan risko kegagalan mencapai dasar dan objektifnya. Ia dapat memberikan jaminan yang munasabah tetapi ianya tidak memberi jaminan mutlak terhadap yang munasabah dan bukannya jaminan mutlka terhadap risiko kerugian besar.

Pengurusan dipertanggungjawabkan membantu Lembaga Pengarah dalam kawalan dalaman dengan mengenal pasti dan menilai risiko-risiko yang dihadapi oleh organisasi .Pengurusan juga dikehendaki untuk merangka,mengendali dan memantau sistem kawalan dalaman yang akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah. Setelah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah untuk tahun yang dikaji , Lembaga akan bersetuju bahawa sistem kawalan dalaman tersebut adalah mantap dan mencukupi untuk melindungi pemegang-pemegang saham serta asset organisasi.