9
1 “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat & Keperihatinan Remaja” Oleh : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM

“Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

  • Upload
    vuhanh

  • View
    229

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

1

“Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab

Masyarakat & Keperihatinan Remaja”

Oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAKIM

Page 2: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

2

اهحقائنا د لله ح :لح

ې چ ې ۉ ۉ ۅ ۅ ۋ ۋ ٴۇ ۈ ۈ

چې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ

ن آل إل إلا شهد أ

أ دا عبده ورسول اللا نا مها

شهد أ

. وحده ل شيك ل، وأ

جعي د ولع ءالــه وصحبه أ ا بعد، فيا . اللاهما صل وسلم لع سيدنا مها نا

أ

، فقد فاز الهتاقون وصيكم و إيااي بتقوى اللا، أ ، اتاقوا اللا .عباد اللا

Sidang Jumaat Sekalian,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan

keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan suruhan-Nya

dan meninggalkan larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati

dan diredhai, serta disulami dengan rahmat Allah yang melimpah ruah dalam sebuah

negara yang aman makmur. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang

beruntung di dunia dan di akhirat.

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar pada hari jumaat yang penuh mulia ini akan memperkatakan khutbah bertajuk:

"Amar Makruf Nahi Mungkar: Tanggungjawab Masyarakat dan Keprihatinan Remaja”.

“AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR: TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT

DAN KEPRIHATINAN REMAJA” (5 Oktober 2018 / 25 Muharram 1440H)

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 3: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

3

Pencegahan jenayah syariah bertujuan untuk memupuk kesedaran semua masyarakat

agar sama-sama bertanggungjawab mencegah jenayah syariah atau perkara

kemungkaran. Sekaligus mengajak masyarakat melakukan perkara-perkara makruf.

Terutama golongan remaja dan belia yang menjadi harapan bangsa dan tiang negara.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

jenayah syariah adalah perkara mungkar yang dilarang oleh agama Islam. Seterusnya,

ajaran Islam telah menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab masyarakat Islam untuk

melaksanakan amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar

(mencegah melakukan kejahatan). Tanggungjawab ini hendaklah dilakukan dengan

kerjasama semua pihak. Kita memerlukan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab

dan remaja yang prihatin terhadap masyarakat sekitar. Jika tidak, maka segala bentuk

kemungkaran dan kemaksiatan akan berleluasa serta paksi kebenaran tidak akan dapat

ditegakkan. Firman Allah SWT di dalam surah Ali ’Imran ayat 110:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ چ

ڄ ڄڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڤٹ ٹ ٹ

چڄ ڄ ڃ ڃ

Maksudnya; “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu

menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman

kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di

antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang

fasik.”

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 4: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

4

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mencegah jenayah syariah atau nahi mungkar adalah merupakan langkah untuk

mempertahankan kesucian agama dan memelihara akhlak yang luhur daripada

dipengaruhi unsur yang negatif. Apabila pengaruh agama menjadi luntur daripada hati

manusia, mereka pasti akan menganggap remeh syariat Islam dan berani bersikap

kurang ajar dengan memperlihatkan perbuatan dosanya, lantas menyemarakkan

perlakuan mungkar ini seterusnya menyumbang kepada banyak kerosakan dalam

kalangan masyarakat.

Manusia adalah makhluk sosial yang tidak boleh hidup tanpa bermasyarakat. Buruk

manusia kerana pengaruh sekeliling dan masyarakat, begitu juga sebaliknya. Lantaran

itu, Islam menitikberatkan tanggungjawab setiap individu dalam membangun dan mem-

perbaiki masyarakat. Umat Islam tidak diajar berlepas tangan dan sekadar memerhati-

kan berlakunya kemungkaran di sekeliling dan sekitar mereka.

Bahkan, golongan yang tidak mencegah kemungkaran ini turut diancam dengan balasan

yang buruk daripada Allah SWT. Firman Allah SWT menerusi surah al-Anfal, ayat 25:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ىئ ىئ ی ىئۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئچ

چی ی ی

Bermaksud: “Dan takutlah kamu daripada fitnah (siksaan) yang tidak khusus menimpa

orang-orang yang zalim dalam kalangan kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat

balasan siksa-Nya.”

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 5: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

5

Ayat tersebut merupakan peringatan kepada orang-orang yang beriman dan kaum mus-

limin bahawa fitnah berupa balasan dan seksaan Allah SWT akan datang akibat perbua-

tan manusia yang mungkar dan zalim. Tambahan pula, fitnah tersebut tidak hanya men-

impa mereka, bahkan turut menimpa orang-orang di sekeliling mereka yang tidak beru-

saha mencegahnya. Ia umpama seorang pemilik rumah yang tidak mengambil apa-apa

tindakan apabila melihat anai-anai memakan tiang-tiang di rumahnya. Sampai suatu

masa, iaitu ketika kerosakannya telah sampai ke tahap tidak mampu dibaiki lagi dan

tiang-tiang tersebut telah hilang kekuatannya, rumah tersebut akan roboh meskipun ter-

dapat berbotol-botol racun anai-anai di bawahnya. Sehubungan itu, jika manusia sang-

gup melakukan kemungkaran dan kezaliman secara terang-terangan, maka apakah ala-

san kita di hadapan Allah SWT untuk tidak mencegah dan menghalangnya? Tidak mung-

kin maksiat dan kemungkaran akan padam atau hilang dengan sendirinya tanpa ada se-

barang usaha mencegah dan menghalangnya.

Baginda Nabi Muhammad SAW, mengingatkan kita tentang musibah yang bakal men-

impa sekiranya kita membiarkan maksiat berlaku berterusan, sebagaimana sabda-Nya;

نفسهم عذاب اهلل »: ملسو هيلع هللا ىلصقال رسول اهلل حلوا بأ

با ف قرية، فقد أ نا والر 1 «إذا ظهر الز

Maksudnya; Bersabda Nabi Muhammad SAW maka apabila zahir nyata perzinaan dan

riba dalam sesebuah kariah maka mereka itu telah menghalalkan azab Allah atas diri

mereka sendiri

——————————

1- Hadis Riwayat Al-Hakim, No : 2261

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 6: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

6

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Mimbar pada hari ini ingin menyeru kepada golongan remaja dan belia supaya lebih

prihatin terhadap kelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai perlakuan jenayah syariah.

Kerana mereka amat berisiko untuk terjebak dalam perkara-perkara tersebut. Elakkan

diri dari terjebak kerana ia boleh merosakkan nama baik keluarga dan diri sendiri.

Terutama dalam kes khalwat, maksiat, meminum minuman memabukkan, berkelakuan

tidak sopan dan seumpamanya.

Negara memerlukan remaja yang soleh dan terbaik yang mempunyai keimanan yang

kental dan jati diri yang unggul bagi memberikan sumbangan dan impak yang mampu

membangunkan agama, bangsa dan negara, sebagaimana Allah telah memuji belia dan

remaja dalam firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 13;

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڭچ ڭ ڭ ڭ ٴۇ ۇۓ ۈ ۈ ۆ ۆ ۇ

چۋ

Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itu (ashabul kahfi) adalah merupakan pemuda

belia yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami (iaitu Allah) menambahkan lagi

hidayah kepada mereka”.

Lebih jauh dari itu golongan remaja dan masyarakat perlu bersama-sama Jabatan

Agama Islam dan pihak berwajib membantu mencegah jenayah syariah. Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kedah Darul Aman 2014, memperuntukan dalam

seksyen 10 bahawa; Tiap-tiap orang yang mengetahui pelakuan atau niat mana-mana

orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta-merta

memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang

terdekat tentang perlakuan atau niat itu.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 7: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

7

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Cita-cita kita adalah mengimpikan negara, masyarakat, keluarga dan diri kita bebas

daripada sebarang kemungkaran terhadap Allah SWT. Kita tidak boleh membiarkan

perkara mungkar dilakukan tanpa sebarang usaha mencegahnya. Segala tanggungjawab

ini tidak hanya terbeban kepada pihak berkuasa agama, polis atau pihak berwajib sahaja,

sebaliknya ia menjadi fardu dan tanggungjawab ke atas setiap manusia yang mengaku

beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Baginda Nabi SAW, bersabda dalam sebuah

hadis;

ري ح ع دح بح سػيحد الح قال أ وسوهى : رض اهلل عح ل اهلل صله اهلل غويح ػحت رسوح سل تطعح ) :يقوح ، فإنح لىح يسح تطعح فبوسا حه بيده ، فإنح لىح يسح ى يحكىح يحمرا فوحيغير

ح رأ ي

ان يح ػف الح ضح

، وذلك أ . مسلم رواه- (فبقوحب

Maksudnya: "Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah

SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia

mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan

lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan

hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."

Mimbar mengambil kesempatan untuk mengajak sidang jemaah sekalian supaya

beristiqamah untuk menegakkan amar makruf nahi munkar demi memastikan umat

Islam di negara ini sentiasa terpelihara dari kemurkaan Allah SWT. Mimbar pada hari ini

juga meyeru supaya usaha mencegah jenayah syariah dan mengajak kepada perkara

makruf ini dapat dilaksanakan dengan mengikuti adab dan tatacara yang ditetapkan oleh

agama. Ianya hendaklah dilakukan dengan penuh hikmah, menjaga akhlak dan tidak

memalukan pihak yang terlibat.

___________________________

2. Hadis Riwayat Muslim. No : 49

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 8: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

8

Semoga dengan usaha tersebut, bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa

Islam bahkan negara Malaysia yang tercinta ini akan sentiasa aman, sejahtera dan

selamat. Marilah kita kekalkan keharmonian masyarakat serta menjauhi sebarang per-

buatan atau pekerjaan yang boleh mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.

Para tetamu Allah yang diberkati,

mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah hayati beberapa kesimpulan sebagai renungan

dan bekalan kita bersama.

Pertama: Masyarakat yang tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di sekelil-

ingnya akan mendapat laknat dan celaan daripada Allah.

Kedua: Ancaman azab dan siksa Allah SWT turut sama melibatkan golongan yang

tidak mencegah kemungkaran.

Ketiga: Usaha membasmi kemungkaran bermula dengan individu, keluarga, se-

terusnya masyarakat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,,

Marilah sekali lagi kita menghayati firman Allah yang mewajibkan semua masyarakat

bekerjasama mencegah jenayah syariah atau nahi mungkar, sebagaimana firman Allah

didalam surah Ali Imran ayat : 104

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڻڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻچ

٤٠١: آل غران چڻ ڻ ۀ ۀ

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440

Page 9: “Amar Makruf Nahi Mungkar : Tanggungjawab Masyarakat ...jaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Amar Makruf Nahi... · keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan

9

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)

kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang

baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang ber-

sifat demikian ialah orang yang berjaya.”

ي ا في بارك اهلل لح وهكى ىف اهقرآن اهػظيى ، ونفػنح وإيهاكى بيع و السه إه ح ويحكىح تلوت ر الميحى ، وتقبهن ينر لح يات واذلر

الحفر اهلل اهػظيى لح وهكىح ولسائر . اهػويى تغح سح

ذا وأ قول قولح

أ

ز فروحه، فيا فوح تغح ؤيات، فاسح ني وال ؤي ات وال و سح ني وال و سح ال ويا ناة اتلهائبني فري تغح سح .ال

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

05 Oktober 2018/25 Muharram 1440