30
AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR HARPAH BINTI BOHRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

  • Upload
    lamque

  • View
    252

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM TAHUN 4,

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR

HARPAH BINTI BOHRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

CATATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

Judul : AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM

TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : KG. MELAYU, 94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Tarikh: 27 April 2009 Tarikh: 27 April 2009

Nama Penyelia : USTAZ MOHD. NASIR BIN RIPIN

HARPAH BINTI BOHRI

SULIT

Page 3: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : ______

Nama Penyelia : USTAZ MOHD. NASIR BIN RIPIN

Tarikh : 27 April 2009________

Page 4: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM TAHUN 4,

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

JOHOR

HARPAH BINTI BOHRI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2009

Page 5: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _ ______

Nama penulis : HARPAH BINTI BOHRI

Tarikh : 27 April 2009_______

Page 6: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan bonda...

Bohri Bin Mahli dan Dyg. Napsiah Bt. Hj Awg. Chik. Terima kasih atas segala

nasihat dan dorongan yang diberikan. Dengan doa dan kasih sayangmu

membantu anakanda dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh

pancaroba ini.

Pensyarah-pensyarah yang dihormati

Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar kalian terutamanya US. Mohd.

Nasir bin Ripin sepanjang pengajian di UTM.

Adik-adikku dan anak-anak buah yang disayangi…

Belajarlah bersungguh-sungguh Teruskan perjuangan.. Sesungguhnya ilmu itu

ibarat air yang mengalir, Jika ilmu tiada didada, Ibarat mengharungi lautan

yang tiada penghujungnya. Dengan itu ingatlah, Tuntutlah ilmu ibarat kita

akan meninggalkan dunia ini esok hari, Demi kepentingan diri dan anak cucu

kita nanti.

Rakan-rakan seperjuangan…

Terima kasih di atas segalanya membantu sepanjang perjuangan kita di sini,

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Page 7: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Syukur ke hadrat ILAHI di atas limpah kurnia-Nya yang telah memberikan petunjuk

serta kesempatan bagi menyiapkan tugasan ini. Selawat serta salam kepada junjungan

baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa berada

di atas landasan yang betul.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang

dihormati Us. Mohd. Nasir Bin Ripin atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih juga buat

pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk

ajar yang diberikan dalam melengkapkan lagi PSM ini. Sekalung penghargaan kepada

pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang sudi

memberikan kerjasama bagi melancarkan pengurusan dalam menyiapkan PSM ini. Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun

tidak langsung dalam penulisan ini terutamanya Siti Fairuz bt Ismail, Affizah bt Adai dan

Tengku Nazuin Tengku Nazudin yang banyak memberi dorongan serta nasihat yang

berguna. Akhir sekali buat ibu dan ayah, abang, kakak, adik yang tersayang, segala doa restu

dan dorongan kalian amat dihargai dan menjadi inspirasi untuk menyiapkan tugasan ini.

Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

SALAM UKHUWWAH

Page 8: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman, penghayatan dan tatacara

berkaitan dengan salam. Seramai 128 orang pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih secara rawak berkelompok bagi

mewakili responden kajian. Set soal selidik yang mengandungi 36 item telah diedarkan

kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D.

Hasil kajian dinilai berdasarkan lima skala Likert dan data yang terkumpul dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.00 for Windows secara

deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang

digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan

soal selidik ialah α = 0.832. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan

responden memberikan respon yang positif terhadap tiga aspek kajian kerana mencatat

nilai min yang berada pada tahap tinggi. Aspek berkaitan dengan kefahaman tentang

salam menurut Islam mencatat nilai min 4.28, tahap penghayatan pelajar terhadap

amalan memberi salam mencatat nilai min 3.87 dan tatacara memberi dan menjawab

salam menurut Islam mencatat nilai min 3.80. Oleh yang demikian, sebagai

pengukuhan dan penambahbaikkan kepada kajian yang dijalankan, penyelidik

mengemukakan beberapa cadangan.

Page 9: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

vi

ABSTRACT

This study aims at observing the understanding, practice and manner of salam. A

total of 128 fourth year Islamic students of Faculty of Education in University

Technology Malaysia, Skudai were chosen randomly in clusters to represent the research

population. Sets of 36 item quertionnaire were distributed to the respondents. The

questionnaires were divided into parts A, B, C and D. The research findings were

evaluted based on the five Likert scale and the data collected were analysed discriptively

using the Statistical Package for Social Science for Windows version 15.00 software in

order to obtain the frequency value percentage and mean for each of the item. The

research data are presented in tables. The reliabity value of the questionnaire is a α =

0.832. Overall, the research findings shows that the respondents gave positive responses

towards the three acpects of research, as this scored high value of mean. The aspect

related to the understanding of salam in the Islamic perspective scored mean value of

4.28, the level of practice of salam among the students scored mean value of 3.87 and

the manner of giving and answering salam in the Islamic perspective scored mean value

of 3.80, which is the lowest. Therefore, as the reinforcement and improvement for this

research, the researcher has put forwad several recommendations.

Page 10: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI GAMBARAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

Page 11: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Amalan 9

1.8.2 Salam 10

1.8.3 Pelajar 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep persaudaraan dalam Islam 13

2.3 Konsep salam dalam Islam 17

2.4 Hukum memberi dan menjawab salam 21

2.5 Tatacara memberi dan menjawab salam 24

2.6 Kepentingan salam 28

2.7 Kajian lepas 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi dan Sampel 34

3.5 Instrumen Kajian 36

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Tatacara Kajian 39

Page 12: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

ix

3.8 Analisis Data 40

3.9 Kesimpulan 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Item Bahagian A 43 4.2.1 Latar Belakang Responden 43

Mengikut Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden 44 Mengikut Aliran Pendidikan

4.2.3 Latar Belakang Responden 45

Mengikut Kursus Pengajian 4.3 Analisis Item Bahagian B 46

4.4 Analisis Item Bahagian C 55

4.5 Analisis Item Bahagian D 65

4.6 Kesimpulan 77

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Maklumat Latar 80 Belakang Responden

5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81

Konsep Memberi Salam dalam Islam 5.2.3 Tahap Penghayatan Pelajar 83

Terhadap Amalan Memberi Salam

Page 13: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

x

5.2.4 Tatacara Memberi dan 85 Menjawab Salam Menurut Islam

5.3 Rumusan 87

5.4 Cadangan 89 5.5 Kajian Lanjutan 91

5.6 Kesimpulan 91

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN A 95

LAMPIRAN B 101

Page 14: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Populasi Kajian 34

3.2 Pengkelasan Skala Likert 36

3.3 Klasifikasi Item Mengikut Objektif Kajian 36

3.4 Skala Nilai Min 37

3.5 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Skala Likert 40

Kepada Dua Tahap

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 45

4.4 Taburan Skor Bagi Item 1 46

4.5 Taburan Skor Bagi Item 2 47

4.6 Taburan Skor Bagi Item 3 47

4.7 Taburan Skor Bagi Item 4 48

4.8 Taburan Skor Bagi Item 5 48

Page 15: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xii

4.9 Taburan Skor Bagi Item 6 49

4.10 Taburan Skor Bagi Item 7 49

4.11 Taburan Skor Bagi Item 8 50

4.12 Taburan Skor Bagi Item 9 50

4.13 Taburan Skor Bagi Item 10 51

4.14 Taburan Skor Bagi Item 11 52

4.15 Taburan Skor Bagi Item 12 52

4.16 Rumusan Bahagian B 53

4.17 Taburan Skor Bagi Item 13 55

4.18 Taburan Skor Bagi Item 14 56

4.19 Taburan Skor Bagi Item 15 56

4.20 Taburan Skor Bagi Item 16 57

4.21 Taburan Skor Bagi Item 17 58

4.22 Taburan Skor Bagi Item 18 58

4.23 Taburan Skor Bagi Item 19 59

4.24 Taburan Skor Bagi Item 20 60

4.25 Taburan Skor Bagi Item 21 60

4.26 Taburan Skor Bagi Item 22 61

4.27 Taburan Skor Bagi Item 23 62

4.28 Rumusan Bahagian C 63

4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 65

4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 66

4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 66

4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 67

4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 68

Page 16: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xiii

4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 68

4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 69

4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 70

4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 70

4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 71

4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 72

4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 73

4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 73

4.42 Rumusan Item Bahagian D 74

4.43 Purata Min Keseluruhan Dapatan Kajian 77

Page 17: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xiv

SENARAI GAMBARAJAH

NO.GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN

5.1 Purata Min Keseluruhan Bagi 87

Tiga Objektif Kajian

Page 18: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xv

SENARAI SINGKATAN

S.W.T - Subhanahu Wata cala

s.a.w - Sallallahu calaihi wa-sallam

SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 95

B Surat Pengesahan Menjalankan 101

Kajian

Page 20: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam telah menggariskan panduan yang merangkumi pelbagai aspek dalam

sistem kehidupan manusia samada dari segi politik, sosial dan ekonomi. Terdapat

prinsip-prinsip serta peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh golongan umat

manusia bagi mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan juga akhirat.

“Hubungan kemasyarakatan itu tergambar dalam prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah

yang mengatur gerak laku perbuatan manusia yang ditentukan oleh wahyu bagi

menyusun kehidupan manusia dengan cara yang membolehkan ia mencapai matlamat

daripada kewujudannya di alam dunia ini dengan lebih sempurna.” (Haron Din,

1991:3). Justeru, tujuan adanya peraturan dan disiplin tersebut adalah bagi memudahkan

umatnya dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Seterusnya, Islam amat menitikberatkan penerapan akhlak yang baik dalam diri

peribadi seorang muslim. Amnya jika timbul isu akhlak, maka isu moral akan

seringkali dikaitkan dengannya. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan saling

Page 21: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

2

berkaitan antara satu sama lain ibarat irama tanpa lagu yang tidak dapat dipisahkan. Jika

baik akhlaknya, maka baiklah moralnya dan begitulah sebaliknya jika buruk akhlaknya,

maka buruklah moralnya. Firman Allah S.W.T:

$yγ •ƒ r'̄≈ tƒ š Ï% ©! $# (#θãΖ tΒ# u (#θãèŸ2ö‘ $# (#ρ߉àfó™ $# uρ (#ρ߉ç6 ôã $# uρ öΝ ä3 −/ u‘

(#θè=yèøù$# uρ u ö y‚ø9 $# öΝ à6 ¯=yès9 šχθßsÎ=ø è? ) ∩∠∠∪

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu, dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”

(Surah al-Hajj:77)

Ayat di atas mengajak kita agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah

kejahatan. Dalam kata lain mengamalkan akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak

yang buruk dan dicela oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, seruan ke arah akhlak

yang baik tersebut secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat yang besar bagi

kita iaitu membawa kepada kebahagiaan pada diri kita dengan disayangi dan disanjungi

dalam masyarakat. Seterusnya dapat mewujudkan hubungan sosial yang baik dalam

masyarakat. “Keindahan dan kecantikan insan Nafsani itu ialah kerana hiasan daripada

akhlak yang indah dan mulia.” (Haron Din, 1991:3).

Oleh itu, dengan terjalinnya hubungan yang baik sesama muslim, maka

seharusnya ia dipelihara dan dikekalkan untuk kesejahteraan bersama. Hal ini

menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan dalam hal menjaga hubungan

persaudaraan sesama muslim. Hubungan saling sayang menyayangi, bantu-membantu,

tidak sombong dan tidak membesarkan diri adalah antara perkara yang membawa

kepada wujudnya persaudaraan yang dianjurkan dalam Islam. Sebagaimana hadis Nabi

s.a.w:

Page 22: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

3

Maksudnya: “Seorang mukmin kepada mukmin yang lain

bagaikan satu bangunan, yang satu mengukuhkan yang

lain.”

(HR Muslim)

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam setiap perhubungan manusia

memerlukan proses komunikasi. Tanpa komunikasi tersebut amat mustahil untuk

berlaku jalinan hubungan sesama manusia. Oleh itu, mengetahui serta memahami

kaedah berkomunikasi adalah sangat penting bagi mencapai proses komunikasi yang

berkesan. Menurut Cabot dan Kahl, hubungan antara manusia merupakan bidang

penelitian yang khusus yang memperlihatkan bagaimana manusia berusaha secara

individu dalam kelompoknya, menyesuaikan dirinya dalam perasaan dan kecekapan

dengan situasi hidup-hidup baru. (Wan Sakinah bt Wan Ibrahim, 1987:1).

Justeru, terdapat beberapa jenis komunikasi menurut Islam. Antaranya ialah

komunikasi sesama manusia. Saodah Wok et al dalam buku bertajuk Teori-Teori

Komunikasi (2004:217), antara prinsip dan kaedah komunikasi menurut Islam ialah

memulakan percakapan dengan Assalamualaikum. Menurutnya lagi prinsip dan kaedah

ini bukan sahaja perlu diketahui tetapi juga perlu dipraktik dan diamalkan apabila kita

berkomunikasi. Maka kita sebagai umat Islam seharusnya berbangga untuk

menghidupkan serta menyuburkan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan menyebarkan

salam sesama umat Islam. Kita juga hendaklah harus sentiasa untuk mempraktikkan

amalan yang mulia ini pada diri sendiri bagi mengangkat sunnah Nabi s.a.w.

Page 23: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

4

Namun, adakah masyarakat kita pada hari ini mengetahui dan memahami cara

berkomunikasi menurut Islam apatahlagi mengamalkannya dalam kehidupan mereka?

Pengucapan Assalamualaikum misalnya, adakah ia selalu kedengaran atau dipraktikkan

dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini? Adakah umat Islam mengetahui konsep

salam menurut Islam? Ungkapan “Hi” ataupun “Hello” ataupun “good morning” lebih

gemar dan kerap digunakan ketika bertemu atau memulakan percakapan daripada

ungkapan Assalamualaikum. Malahan ada yang berat mulut untuk menjawab salam

yang ditujukan kepadanya. Sebagai contohnya kita selalunya mendahulukan perkataan

“Hello” sebelum mengucapkan Assalamualaikum ketika berbual di dalam telefon.

Kenapa tidak kita mulakan dengan ucapan Assalamualaikum dahulu kemudian baru

sebut perkataan “Hello?” ataupun lebih baik lagi jika tidak menyebut langsung perkataan

“Hello”. Itu adalah lebih baik dan amat digalakkan dalam Islam.

Jika kita lihat situasi realiti masyarakat Islam yang sebenar dewasa ini, tidak

dinafikan ada segelintir masyarakat yang mengucapkan salam ketika bertemu atau

memulakan perbualan atau berkomunikasi sesama muslim yang mereka kenali. Namun,

apa yang menyedihkan ialah ramai yang merasa hairan ketika seseorang yang mereka

tidak kenali mengucapkan salam kepada mereka dan menyatakan “Apakah anda

mengenali saya?” Dalam hal ini, seharusnya kita sebagai umat Islam menyambut salam

yang ditujukan kepada kita bukannya merasa hairan dan bertanyakan soalan yang

sedemikian. Kita ketahui bahawa ungkapan Assalamualaikum itu mendoakan seseorang

bukannya mendatangkan keburukan. “As-salam atau kesejahteraan adalah hasil yang

pasti dicapai dari penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah” (Haron Din, 1991:306).

Inilah realiti umat Islam pada hari ini yang lebih banyak terpengaruh dengan

budaya yang dibawa dari barat. Mereka lebih mudah dan gemar menjadikan pengaruh barat itu sebagai suatu amalan dalam kehidupan harian mereka. Tanpa mereka sedari, ia adalah bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar. Bahkan sepatutnya mereka iaitu umat Islam seharusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat bukan Islam bukannya mereka meniru amalan orang kafir. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Page 24: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

5

“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan kaum tersebut.”

(HR. Ahmad dan Abu Daud)

Justeru, Islam menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama mereka dengan

mengamalkan budaya menyebarkan salam. Imam Razi mengaitkan ucapan salam

dengan dengan tiga sifat orang mukmin; “Jika engkau tidak dapat memberikan manfaat

kepadanya maka janganlah engkau menyusahkannya. Jika engkau tidak mahu

menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia. Jika engkau tidak hendak

memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia” (Abu Qamar Salahuddin, 2004:46).

Justeru, berdasarkan kepada keadaan ini, penyelidik berminat untuk mengkaji

amalan mengucapkan salam dikalangan mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan di UTM

Skudai, Johor. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa latar belakang setiap orang

adalah berbeza-beza termasuklah pelajar Islam di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai,

Johor. Tidak semua daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai asas

didikan agama yang sempurna malah tidak kurang juga terdapat segelintir pelajar yang

berasal daripada keluarga yang langsung tidak mempunyai asas ilmu agama. Justeru,

hal ini boleh mempengaruhi tahap pemahaman pelajar Islam Fakulti Pendidikan, Skudai,

Johor tentang konsep salam yang sebenar.

Page 25: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kehidupan masyarakat pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

adalah berbilang bangsa dan agama. Tidak mustahil cara kehidupan mereka yang bukan

Islam mempengaruhi budaya kehidupan pelajar Islam Fakulti Pendidikan di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sebagaimana masyarakat Islam di Malaysia

terpengaruh dengan budaya hidup barat, situasi yang sama juga berlaku dikalangan

pelajar Islam Fakulti Pendidikan di UTM, Skudai, Johor. Mereka tidak lari daripada

pengaruh kehidupan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor.

Tidak dinafikan bahawa, terdapat juga dikalangan pelajar Islam Fakulti

Pendidikan mengucapkan salam ketika bertemu sesama rakan mereka. Namun, itu

hanyalah berlaku sekiranya mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain ataupun

memberi salam dengan orang tertentu sahaja. Malah tidak dinafikan juga bahawa lafaz

salam iaitu Assalamualaikum sering kedengaran di corong-corong radio ataupun

Televisyen yang seringkali digunakan oleh penyampai-penyampai radio ataupun hos-hos

rancangan TV. Tetapi itu tidak menjamin untuk ia menjadi ikutan masyarakat Islam

amnya dan khasnya pelajar Islam Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Malahan

apa yang paling utama adakah mereka mengamalkannya atas dasar mengetahui dan

memahami konsep salam dalam Islam ataupun hanya sebagai adat kebiasaan semata-

mata?

Oleh hal yang demikian, penyelidik berminat untuk mengkaji sejauh manakah

pelajar Islam Fakulti Pendidikan memahami, menghayati dan mengetahui tatacara dalam

mengucapkan dan menjawab lafaz salam.

Page 26: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

7

1.3 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.3.1 Mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap konsep memberi salam

dalam Islam.

1.3.2 Mengkaji tahap penghayatan responden terhadap amalan memberi salam.

1.3.3 Mengenal pasti tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :

1.4.1 Adakah responden memahami konsep memberi salam dalam Islam?

1.4.2 Adakah responden benar-benar menghayati amalan memberi salam?

1.4.3 Apakah tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam?

Page 27: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

8

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan tertentu iaitu :

1.5.1 Memberi input yang berguna kepada warga kampus Universiti Teknologi

Malaysia amnya dan khasnya pelajar Islam Fakulti Pendidikan tentang konsep

memberi salam menurut Islam. Hal ini bermaksud bahawa ia akan membantu

untuk mewujudkan kesedaran dikalangan warga kampus Universiti Teknologi

Malaysia tentang pentingnya pembudayaan salam dalam kehidupan mereka.

Seterusnya dapat membantu untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai

pembudayaan salam dikalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan

1.5.2 Memberi cadangan yang berguna kepada pihak Hal Ehwal Pelajar agar dapat

mencari inisiatif untuk mempraktikkan budaya salam di dalam kampus. Dengan

adanya hasil daripada dapatan kajian penyelidik, ia secara tidak langsung

memberikan idea kepada pihak Hal Ehwal Pelajar untuk merangka program bagi

menggalakkan amalan memberi salam di kalangan warga kampus.

1.5.3 Memberikan cadangan kepada pihak media. Hasil kajian ini akan membantu

mereka mencipta idea-idea baru berkaitan dengan tajuk kajian ini.

Page 28: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

9

1.6 Skop kajian

Kajian ini melibatkan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, SKudai,

Johor yang mengikuti pengajian sepenuh masa sesi 2008/2009. Segala keputusan bagi

kajian ini hanya terbatas 13 kursus sahaja kecuali kursus SPI dan tidak menggambarkan

keseluruhan pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

1.7 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu diperjelaskan bagi mengelakkan

percanggahan pemahaman pembaca dengan apa yang ingin disampaikan oleh

penyelidik. Berikut adalah definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini:

1.7.1 Amalan

Amalan didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi keempat (2005:42) sebagai

sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu

kebiasaan.

Dalam Bahasa Melayu, amalan adalah kata terbitan daripada perkataan amal

yang mana sebenarnya perkataan ini dipinjam dari perkataan Arab amala [عمل] yang

bermaksud kerja (Kamus al-Marbawi, 1998:44).

Page 29: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

10

Amalan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tahap pengamalan budaya

salam dikalangan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai dalam

kehidupan mereka.

1.7.2 Salam

Salam didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1373) sebagai

sejahtera (dalam kata majmuk), damai.

Salam di sini merujuk kepada pengucapan salam iaitu Assalamualaikum di

kalangan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.

1.7.3 Pelajar

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:21) mendefinisikan pelajar adalah orang

yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), orang yang

mengaji (menyelidiki ilmu).

Pelajar yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah pelajar Islam Tahun 4,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Page 30: AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileSoal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. ... 5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81 Konsep Memberi Salam dalam

11

1.8 Kesimpulan

Bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah

yang membincangkan secara kasar mengenai tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Pada

bahagian masalah dan pernyataan masalah perkara yang disentuh ialah kurangnya tahap

kefahaman dan pengamalan salam dikalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan. Pada

bahagian kepentingan kajian dan objektif pula, telah dibincangkan tujuan penyelidikan

dijalankan. Manakala pada bahagian definisi istilah pula, penyelidik memberikan

pendefinisian berdasarkan tajuk kajian.

Seterusnya dalam bab sorotan kajian, isu-isu yang berkaitan dengan kajian

dikupas dengan lebih mendalam dan terperinci bagi membantu pemahaman pembaca

tentang kajian yang dijalankan.