22
TAJUK : Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. .. ..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. . ..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak Kurang yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau

Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kaedah gabungan bunyi kata

Citation preview

Page 1: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

TAJUK : Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.............Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini............Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak Kurang yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang............Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih

Page 2: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

.

..........Kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat..

..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan

Page 3: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat............Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini............Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran

Page 4: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak............Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

....

Posted by mohd nazri siweng   at 11:53 AM

Page 5: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

‘KEPENTINGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP

SIHAT’

Amalan gaya hidup sihat boleh didefinisikan

sebagai amalan kehidupan yang membawa impak

positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat.

Amalan gaya hidup sihat memang banyak

kepentingannya kepada manusia. seseorang akan

sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, aktiviti

yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah

dengan mengambil makanan yang seimbang mengikut

hierarki piramid makanan. Amalan pemakanan

seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang

diperlukan. Contohnya, seseorang itu perlu banyak

mengambil makanan yang berserat seperti sayur-

sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan

makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol

yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti

penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan

Page 6: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

diabetis, obesiti akan dapat dielakkan kerana mencegah

penyakit lebih baik daripada mengubatinya.    

Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan

menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan

melancarkan perjalanan darah dan badan akan

mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan

seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang

basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan

seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya

pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas

datangnya daripada tubuh yang cergas.

     Selain itu, setiap orang perlu melakukan

pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ia bertujuan

untuk memastikan anggota dalaman tubuh seseorang

itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas

berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit

berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis,

dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal

melalui peralatan moden dalam bidang perubatan.

Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat

dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-

alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu

Page 7: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru

nak tengadah.

     Kesimpulannya amalan gaya hidup sihat memang

perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan

hidup. Jadi, setiap individu perlulah mengambil langkah

yang proaktif untuk kekal hidup dengan bahagia kerana

kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya

langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk

melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak

akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

Page 8: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat? Gaya

hidup sihat ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang

membawa impak positif kepda diri sendiri, keluarga dan

masyarakat . Pada era serba moden ini, amalan gaya hidup

sihat ini tidak dikira penting oleh masyarakat Malaysia malah

tidak dipedulikan langsung. Masyarakat kita sekarang hanya

menumpukan kerjaya mereka untuk hidup lebih selesa.

Mereka lupa bahawa kesihatan mereka lebih penting untuk

hidup selesa dan wang yang mereka mengejar sekarang

untuk hidup selesa tidak dapat membeli nyawa mereka

apabila diserang penyakit.

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu bentuk

pemakanan yang seimbang harus diberi perhatian penting

dalam kehidupan kita. Masyarakat Malaysia mempunyai

tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak mengambil berat

terhadap apa yang dimakan. Ini adalah kerana mereka lebih

suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti

Page 9: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun

makanan segera. Tidak kurang juga, masyarakat kita hari ini

juga lupa kesan pengambilan berlemak ataupun makanan

yang mempunyai kandung gula atau sodium glutamit yang

tinggi. Pemakanan yang seimbang bermaksud setiap sajian

yang diambil harus mengandungi nutrient penting iaitu

karbohidrat, protin, lemak,vitamin, mineral dan fibre. Kuantiti

makanan yang diambil haruslah  mengikut pyramid makanan

di mana makanan yang berada di puncak piramid perlu

diambil dalam kuantiti yang sedikit manakala makanan yang

berada di tapak piramid makanan perlu diambil dalam lapan

hingga dua belas hidangan. Dengan bantuan pyramid

makanan, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan

berkolestrol yang akan mengundang penyakit obesiti. Obesiti

ditakrifkan sebagai keadaan dimana terdapat pengumpulan

dan peyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan. Ia

Page 10: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

 Amalan Pemakanan Seimbang         Bersukan dan Beriadah             Pemeriksaan Kesihatan

Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut

dengan jelas menggambarkan kepentingan

amalan gaya hidup sihat  kepada manusia.

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat,

seseorang akan sentiasa  sihat, cergas dan

bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan

payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang

dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan

kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi

sihat melalui  amalan hidup yang sihat. . Amalan

ini  akan melahirkan rakyat yang sihat dan

produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk

meningkatkan produktiviti negara. Terdapat 

pelbagai amalan gaya hidup sihat yang

sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.

Page 11: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan

apakah amalan-amalannya?

Salah satu amalan signifikan yang perlu 

diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang.

Tak tumbuh tak melata!   Hal ini disebabkan  tubuh

orang yang mengamalkan pemakanan seimbang

ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang

diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu

perlu banyak mengambil makanan yang berserat

seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta

mengurangkan makanan yang berlemak atau

mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara

itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung

koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan

dapat dielakkan kerana mencegah penyakit  lebih

baik daripada mengubatinya. Sudah  terang

lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa

penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan

yang sihat dan simbang.

Page 12: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

Sementelahan, amalan lain yang perlu

diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah.

Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah

yang dilakukan akan menyihatkan seseorang

kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan

darah dan badan akan mengeluarkan peluh.  Biar

kita ambil contoh yang dekat dengan kita,

seseorang itu boleh bersukan seperti bermain

badminton, bola sepak, menunggang basikal,

berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi

memperoleh kehidupan yang sihat.  . Jika badan

seseorang itu sihat dan cergas, sudah  pastilah

daya pemikirannya juga cerdas kerana minda

yang cerdas datangnya daripada fizikal yang

cergas. Selain itu, badan yang cergas dan

sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif

ketika melakukan sesuatu  aktiviti. Aktiviti yang

dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan

amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa

Page 13: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

bersukan dan beriadah  mendatangkan banyak

maslahat kepada fizikal dan minda kita.

Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan

sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan

pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan?  Hal ini

kerana amalan tersebut  akan memastikan

anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti,

jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas

berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga,

penyakit  berbahaya, contohnya penyakit jantung

koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat

dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden

dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah

pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera.

Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden

dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan

tidaklah sudah terhantuk baru

tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit

dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.

Page 14: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat

Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat

seyogianya perlu dijadikan budaya untuk

melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua

pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah

mengambil langkah yang proaktif untuk

merealisasikan kehidupan   yang sejahtera.

Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah

tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang

sihat  dan cergas tidak akan menjadi realiti. Oleh

itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas

dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika

semua pihak saling  berpegang pada prinsip yang

berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Kalau bukan kita siapa lagi!

Page 15: Amalan Membentuk Gaya Hidup Sihat