26
AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI- PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR SIM SIEW LING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-

PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

SIM SIEW LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN 2007 / 2008

SAYA : ___ _SIM SIEW LING_____________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ___________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia: Peti Surat 403, PROF. DR. NOOR AZLAN BI 93708 Kuching, AHMAD ZANZALI Sarawak. Tarikh : ....................................................... Tarikh: ……………………………..

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

i

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-

PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU

PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

SIM SIEW LING

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik/Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia).”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia: PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : …………………………………..

Page 5: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

iii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………………..

Nama Penulis : SIM SIEW LING

Tarikh :…………………………………..

Page 6: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

iv

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,

Adik-adik Tersayang,

Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pembimbing yang dikasihi,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

Page 7: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

v

PENGHARGAAN

Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali yang telah

banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan

tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua

pelajar-pelajar yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta rakan-

rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di sepanjang

tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

Page 8: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan dan masalah pelaksanaan

strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih UTM

semasa latihan mengajar di negeri Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk

mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiri-

penemuan dan juga mengenalpasti sama ada mereka menggunakan strategi tersebut

dalam pengajaran sains. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk

mengenalpasti masalah pelaksanaan inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang

dihadapi oleh guru pelatih. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian

yang terlibat adalah temubual dan pemerhatian. Sampel kajian ini terdiri daripada 6

orang guru pelatih UTM terpilih yang mengajar subjek sains seperti Kimia, Fizik,

Biologi, dan Sains. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Hasil

kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap

pendekatan inkuiri-penemuan adalah sederhana. Guru pelatih sains UTM tidak

mengajar sains secara inkuiri-penemuan dengan sepenuhnya tetapi lebih berpusatkan

guru. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang persediaan dan

kurang kemahiran fasilitator serta kurang kemahiran dalam teknik penyoalan

berasaskan inkuiri.

Page 9: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

vii

ABSTRACT

This research is conducted to find out the practice and problems of discovery-

inquiry strategy’s application by trainee teachers of UTM in science teaching during

teaching practice. The main objectives of this research are to identify the level of

knowledge for UTM trainee teachers in discovery-inquiry strategies and also identify

whether the trainee teachers apply the strategies of discovery-inquiry in science

teaching. In addition, the purpose of this research is to identify the problems faced

by the trainee teachers in applying discovery-inquiry strategies in science teaching.

This study used a descriptive approach. The instruments used in this research were

interviews and observations. Six UTM trainee teachers who teach science subjects

which include Chemistry, Physics, Biology, and Science were selected as

respondents for this research. The result is analyzed qualitatively. The result of

research showed that UTM trainee teachers have moderate level of knowledge in

discovery-inquiry strategies. In fact, they do not fully apply the strategies of

discovery-inquiry in science teaching but used more the teacher-centered approach.

Besides that, the researcher found that trainee teachers lack of preparation and

facilitator’s skills. In addition, they also lack skills in questioning which are based

on the inquiry approach.

Page 10: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

Page 11: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

ix

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Kerangka Teori 10

1.10 Definisi Istilah 11

1.10.1 Amalan 11

1.10.2 Masalah 12

1.10.3 Strategi Inkuiri-Penemuan 12

1.11 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 14

2.2.1 Tujuan Kaedah Inkuiri-Penemuan 19

2.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan

Inkuiri-Penemuan 19

2.3 Model-Model Pengajaran Inkuiri 21

2.3.1 Model Inkuiri Sains Sosial 21

2.3.2 Model Inkuiri Jurisprudential 22

2.4 Tahap Pengetahuan Tentang Inkuiri-Penemuan 23

2.5 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains 25

2.6 Masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan

Dalam Pengajaran Sains 28

2.7 Penutup 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Lokasi Kajian 31

3.4 Persampelan Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 32

Page 12: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

x

3.5.1 Temubual 32

3.5.2 Pemerhatian 34

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Analisis Data 35

3.8 Penutup 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Hasil Dapatan Bahagian A:

Dapatan Kajian daripada Responden 38

4.2.1 Hasil Dapatan Sampel A 38

4..2.1.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 38

4.2.1.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 40

4.2.1.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 42

4.2.2 Hasil Dapatan Sampel B 43

4.2.2.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 43

4.2.2.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 45

4.2.2.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 47

4.2.3 Hasil Dapatan Sampel C 48

4.2.3.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 48

4.2.3.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 50

4.2.3.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 52

4.2.4 Hasil Dapatan Sampel D 53

4.2.4.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 53

4.2.4.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 55

4.2.4.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 57

4.2.5 Hasil Dapatan Sampel E 58

4.2.5.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 58

Page 13: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xi

4.2.5.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 60

4.2.5.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 62

4.2.6 Hasil Dapatan Sampel F 63

4.2.6.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 63

4.2.6.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian

Pengajaran Dalam Kelas 65

4.2.6.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 68

4.3 Analisis Hasil Dapatan Bahagian B:

Dapatan Persoalan Kajian 69

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 70

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 73

4.3.3.1 Masalah Pelaksanaan

Inkuiri-Penemuan Dari Segi

Persepsi Guru Pelatih 74

4.3.3.2 Masalah Pelaksanaan

Inkuiri-Penemuan

Dari Segi Persepsi Pengkaji 75

4.4 Penutup 77

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih

Sains Terhadap Pendekatan

Inkuiri-Penemuan 79

5.2.2 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan

Dalam Pengajaran Sains 80

5.2.3 Masalah-masalah Pelaksanaan

Inkuiri-Penemuan dalam Pengajaran

Sains 81

Page 14: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xii

5.3 Rumusan 82

5.4 Cadangan-cadangan 84

5.4.1 Cadangan Penyelesaian 84

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.5 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 92

Page 15: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel A 41

4.2 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel B 46

4.3 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel C 51

4.4 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel D 56

4.5 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel E 61

4.6 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel F 66

4.7 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam

Pengajaran Sains bagi Sampel-Sampel Kajian 70

Page 16: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Hubungan pendekatan inkuiri-penemuan 11

dan pembelajaran berfikrah.

Page 17: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Pra-temubual 92

B Borang Pemerhatian 95

C Soalan Pasca-temubual 97

D Borang Senarai Semak Pengamalan

Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains 99

E Laporan Pra-temubual Bagi Setiap Sampel 101

F Laporan Pemerhatian Bagi Setiap Sampel 131

G Laporan Pasca-temubual Bagi Setiap Sampel 155

H Senarai Semak Pengamalan

Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran

Sains Bagi Setiap Sampel 170

I Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti

Teknologi Malaysia 172

J Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran

Malaysia 174

K Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 177

L Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 179

Page 19: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Latihan mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program latihan

perguruan. Malah latihan mengajar adalah diwajibkan untuk semua pelajar yang

mengambil kursus perguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui

latihan mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengaplikasikan segala

ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk mengajar secara berkesan serta cuba

menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti

kursus pendidikan. Ia memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada

guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki

profesion perguruan yang akan ditempuhi nanti. Sebelum guru pelatih menjalankan

latihan mengajar, mereka telahpun mempelajari pelbagai teknik dan kaedah

pengajaran. Bagi guru pelatih sains pula, mereka digalakkan menggunakan kaedah

mengajar sains yang berkesan dalam pengajaran sains. Akan tetapi, sebelum itu,

guru-guru pelatih perlu menguasai segala pengetahuan tentang kaedah pengajaran

sains dan bijak memilih strategi yang sesuai dalam pengajaran sains serta mahir

untuk melaksanakannya dalam pengajaran sains.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah

sekolah, kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran

yang diamalkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktor yang

Page 20: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

2

dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran

sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat

sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti

pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan

pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan

pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif

memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan

kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui

pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan

menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan

hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila

konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai

inkuiri-penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti

pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan

pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk

menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa

yang dipelajari.

Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu

matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam

proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001)

memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam

kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun,

pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk

mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih

kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of appropriate activities,

stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person).

Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu

merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai

seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu

Page 21: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

3

seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan

pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai

tujuan tersebut.

Memandangkan pendekatan inkuiri-penemuan telah dipilih sebagai

pendekatan yang utama dalam kurikulum sains oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (2001), guru pelatih seharusnya melaksanakan strategi inkuiri-penemuan

dalam pengajaran sains seiring dengannya. Strategi inkuiri penemuan dalam

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Hasil kajian

menunjukkan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding

pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Justeru, guru pelatih sains amat

digalakkan untuk mengajar sains secara inkuiri-penemuan. Sehubungan dengan itu,

tahap penguasaan konsep pendekatan inkuiri-penemuan adalah penting bagi semua

guru pelatih sains. Mereka perlu mempraktikkan diri dalam pengaplikasian inkuiri-

penemuan dalam pengajaran sains semasa latihan mengajar. Peluang ini

membolehkan mereka menambahkan pengalaman yang baik pada masa hadapan

mereka.

Pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains bukanlah

sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi guru pelatih. Guru pelatih

digalakkan mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa latihan mengajar.

Sungguhpun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasa guru pelatih

menjalani latihan mengajar, iaitu; Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih

sains terhadap pendekatan inkuiri-penemuan? Adakah guru pelatih mengajar mata

pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Apakah masalah-masalah guru pelatih

dalam melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab

persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepada

persoalan tersebut.

Page 22: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Latihan Mengajar

dijalankan pada semester ke-5 dalam pengajian mereka. Matlamat pengajian sains

adalah untuk melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahuan dan

berkemahiran dalam melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan di sekolah-

sekolah di mana mereka ditempatkan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Guru pelatih boleh mempergunakan latihan mengajar ini untuk memperolehi

pengalaman mengajar sains dengan kaedah pengajaran yang pernah dipelajari.

Pada umumnya, sukatan pelajaran pengajian sains mengandungi dua

komponen iaitu akademik dan kaedah. Komponen akademik memberi peluang

kepada guru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,

konsep, prinsip dan teori sains. Kesemua ini adalah sejajar dengan susunan

kandungan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen kaedah pula memberi peluang

kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran pedagogi, perancangan, pengurusan

kurikulum, dan penilaian. Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang

diperolehi melalui pengalaman supaya guru dapat mengubah peranannya daripada

penyampai maklumat kepada fasilitator yang memudahkan proses pengajaran.

Guru pelatih telah didedahkan dengan teori pembelajaran dan strategi inkuiri-

penemuan sebelum menjalani latihan mengajar. Di peringkat ini, guru pelatih perlu

memahami dan mengaplikasikan beberapa teori pembelajaran sains seperti teori

perkembangan kognitif Kanak-kanak Jean-Piaget, Teori Bruner, Teori Ausubel,

Teori Gagne dan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Beberapa model yang berasaskan teori konstruktisme dipelajari seperti model

generatif Osborne, Model Interaktif, Model Pembelajaran Koperatif, Model

Konstruktisme 5-Fasa Needham. Antara model-model ini, penekanan diberi untuk

Model konstruktisme 5-Fasa Needham, di mana guru pelatih dibimbing untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa secara mendalam.

Guru pelatih juga dibimbing menulis persediaan mengajar pelajaran sains mengikut

Model Konstruktisme 5-Fasa Needham dengan menggunakan kaedah eksperimen,

Page 23: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

5

simulasi, projek dan kajian lapangan. Di bawah sub-tajuk inkuiri-penemuan, strategi

peningkatan tahap inkuiri-penemuan melalui kaedah eksperimen, simulasi, projek

dan kajian lapangan didedahkan kepada guru pelatih.

Sukatan pengajaran sains major telah disusun mengikut perkembangan yang

terancang (developmental). Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru pelatih telah

diberi input mengenai fakta, konsep, bidang kajian dan juga dibimbing dengan

kaedah-kaedah pengajaran sains yang berasaskan inkuiri-penemuan. Guru pelatih

juga didedahkan dengan kaedah mengajar sains, kemahiran penyelidikan tindakan,

pengajaran mikro dan diberi peluang untuk mempraktikkan segala ilmu dan

kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang sebenar di sekolah. Mengajar sains

dalam bilik darjah adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan guru pelatih

menyedia rancangan harian yang rapi supaya dapat mengajar secara sistematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang dinyatakan dalam latar belakang masalah, guru pelatih sains

telah didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran sains sebelum mereka dihantar

untuk menjalankan latihan mengajar. Akan tetapi, bukannya segala kaedah yang

didedahkan itu boleh dikuasai dan diaplikasikan dengan baik oleh guru pelatih dalam

pengajaran sains. Hal ini disebabkan guru-guru pelatih masih lagi mentah dalam

bidang pengajaran dari segi pengalaman mengajar. Mereka berkemungkinan

menghadapi masalah seperti pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dalam

pengajaran sains. Walaupun guru pelatih telahpun didedahkan kepada pengajaran

mikro iaitu pembelajaran cara untuk mengajar dalam kelas yang sebenar, pengajaran

mikro itu bukannya dapat memberikan keadaan yang sebenar dalam kelas kepada

guru pelatih untuk memperolehi pengalaman mengajar. Oleh yang demikian, guru

pelatih kemungkinan akan menghadapi masalah dalam pengaplikasian kaedah

mengajar sains dengan sepenuhnya dalam latihan mengajar akibat daripada

kekurangan pengalaman.

Page 24: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

6

Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar, namun, masih lagi guru yang mengajar berpusatkan kepada guru

dan terikat dengan kaedah tradisional. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan

penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih

ramai guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah

ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru

juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah

daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk

and Talk” digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

Akibat daripada pengaruh tersebut, guru pelatih sains kemungkinan akan turut

menjejaki cara tersebut iaitu malas untuk mengaplikasikan kaedah berpusatkan

pelajar dalam pengajaran mereka.

Zahara (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Pengajaran Inkuiri Di

Sekolah-Sekolah Malaysia”, menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan

pengajaran inkuiri kurang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Faktor pertama adalah

tanggapan. Menurut beliau, inkuiri adalah amat sesuai diaplikasi dalam

matapelajaran sains. Guru beranggapan bahawa peranan sebagai fasilitator dalam

inkuiri-penemuan yang hanya mendorong dan membawa pelajar ke arah penerokaan

ilmu yang lebih luas sebagai tidak bekerja. Budaya pengajaran dan pembelajaran

yang ada sekarang dianggap sebagai menepati disiplin ilmu. Faktor seterusnya ialah

masa pembelajaran, iaitu proses pembelajaran inkuiri kadang-kala memerlukan masa

yang panjang dan tidak terhad. Walaupun jadual waktu anjal diperkenalkan, jadual

waktu ini masih lagi tidak mendorong dan tidak menarik minat guru untuk

memberatkan perubahan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, faktor seperti sikap di mana pelaksanaan kaedah inkuiri

dalam KBSM memerlukan perubahan sikap pihak pengurusan kurikulum dan guru

terhadap konsep pendidikan dan gaya pembelajaran. Keengganan menganjak

paradigma ini menyebabkan corak pendidikan kekal lama dan keadaan ini akhirnya

akan merugikan semua pihak khususnya para pelajar. Faktor lain merangkumi

kemahiran, konsep dan cara aplikasi kaedah inkuiri tidak diberikan secara

menyeluruh di universiti atau institusi perguruan. Guru-guru menghadapi masalah

Page 25: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

7

apabila hendak menggunakan kaedah ini kerana tahap kemahiran yang tidak

mencukupi.

Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi meningkatkan kemahiran

berfikir pelajar dan untuk melahirkan pelajar yang tidak begitu bergantung kepada

guru, maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih

terhadap pendekatan inkuiri-penemuan, mengenalpasti sama ada guru pelatih sains

mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah

pelaksanaannya.

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap

pendekatan inkuiri-penemuan.

1.4.2 Mengenalpasti sama ada guru pelatih UTM menggunakan strategi inkuiri-

penemuan dalam pengajaran sains.

1.4.3 Mengenalpasti masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam

pengajaran sains.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah

dikenalpastikan iaitu:

Page 26: AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI · PDF fileamalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih utm semasa latihan mengajar

8

1.5.1 Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan

inkuiri-penemuan?

1.5.2 Adakah guru pelatih melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-

penemuan?

1.5.3 Apakah masalah guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran sains secara

inkuiri-penemuan?