40
Ahli Perundangan Islam : Al-Mawardi, Al-Farabi & Al-Miskawayh Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) P58462 1

Al Mawardi Ppt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perundangan Islam

Citation preview

Page 1: Al Mawardi Ppt

Ahli Perundangan Islam :

Al-Mawardi, Al-Farabi &

Al-Miskawayh

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undang

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

P58462

1

Page 2: Al Mawardi Ppt

2

Page 3: Al Mawardi Ppt

Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang, cendekiawan Islam turut memberikan impak terhadap peradaban dunia.

Cendekiawan seperti al-Mawardi , al-Farabi dan al-Miskawayh telah menghasilkan beberapa karya penting dalam bidang undang-undang dan politik. Ini memberikan kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang Islam dan dunia barat.

3

Page 4: Al Mawardi Ppt

1. Al-Mawardi

Adalah seorang pemikir asas keilmuan politik Islam dan dianugerahi kebijaksanaan dalam bidang kehakiman selain Al-Farabi dan Al-Miskawiyah. . 

Sejak remaja lagi, al-Mawardi sudah terbabit dalam bidang undang-undang Islam yang mana beliau berguru kepada tokoh mazhab Syafie di Basrah, Abu al-Qasim Abdul Wahid al-Saimari.

Selepas menguasai ilmu fekah, al-Mawardi melanjutkan pelajaran ke Baghdad dan mendalami ilmu sastera dan tata bahasa Arab, hadis, politik, falsafah, dan etika.Dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir, al-Mawardi termasuk salah seorang ulama yang memulakan penulisan fekah perbandingan mazhab. Ini berikutan usahanya mengetengahkan pandangan mazhab Syafie yang kemudian dilanjutkan dengan perbandingan mazhab-mazhab lain.

4

Page 5: Al Mawardi Ppt

Menyelami tiga kitab yang ditulis al-Mawardi iaitu al-Ahkam al-Sultaniah, Qanun al-Wizarah dan Nasihah al-Muluk, kita sudah pasti akan tahu siapa sebenarnya ilmuwan Islam ini.

Dalam kitab pertama dibahaskan asas pentadbiran negara Islam, kitab kedua menyentuh aturan peraturan kementerian dan kitab ketiga pula dihimpunkan beberapa panduan nasihat, kata hikmah dan ucapan untuk kalangan raja.Apabila kita melihat kitab keempatnya iaitu al-Hawi al-Kabir, kita juga akan lebih mengetahui siapa sebenarnya susuk yang disebut orang Barat sebagai Alboacen.

5

Page 6: Al Mawardi Ppt

Nama penuh Al-Mawardi ialah Abu al-Hasan manakala Al-Mawardi adalah nama gelaran keluarga beliau. Al-Mawardi hidup di zaman kelemahan Kerajaan Abbasiyyah yakni di antara tahun 364H(974M) sehingga 450H(1058M).

Al-Mawardi amat terkenal kerana 2 buah buku Allayarham berkaitan kehakiman Islam yang dikenali sebagai :-

Kitab Adab Al-Qadi; dan

Kitab al-Hakam Al-Sultaniyyah Wa Wilayah Al-Diniyyah.

6

Page 7: Al Mawardi Ppt

Semasa pemerintahan Khalifah al-Qadir beliau telah mengarahkan setiap ulama mazhab menulis buku mewakili mazhab masing-masing.

Al-Mawardi menulis kitab Iqna mewakili Mazhab Shafie.

Abu Husayn al-Qudri menulis kitab Mukhtasar mewakili Mazhab Hanafi.

Abu Muhammad ibn Nasr menulis kitab Mukhtaar mewakili Mazhab Maliki.

Karya Al-Mawardi diitiraf terbaik dan dengan itu Al-Mawardi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Abbasiyyah.

7

Page 8: Al Mawardi Ppt

Kitab Adab Al-Qadi

Kitab ini dibahagikan kepada 25 bab. Terdapat 2 bab yang panjang iaitu bab 1 dan bab 14.

Bab 1 adalah fokus kepada pengenalan dan kepentingan sistem kehakiman dalam Islam.

Di bawah tajuk Sistem Kehakiman Islam dibincangkan tajuk-tajuk kecil lain seperti konsep dan teori kehakiman Islam, perlantikan hakim, keputusan penghakiman dan sebagainya.

Al-Mawardi juga menulis tentang sistem sokongan yang perlu bagi melicinkan lagi pelaksanaan sistem kehakiman Islam seperti perlantikan naib al-qadi ( pembantu hakim ), jilwaz ( pengawal ), katib ( pendaftar ), mutarjim ( juru bahasa ), muzakki ( penyiasat ), qasim ( bailif ) sajjan ( dokumen kes ), sijillat ( rekod mahkamah ) dan lain-lain.

8

Page 9: Al Mawardi Ppt

Keistimewaan karya Al-Mawardi ini kerana :-

Pertama, Al-Mawardi menggunakan pendekatan pakar dalam isu berkenaan.

Kedua, membincang dan menilai fakta daripada ulamak Shafie dan mazhab lain dengan membuat kesimpulan.

Ketiga , memberikan alasan penghakiman menggunakan hujah ulamak terdahulu.

Keempat, mengutamakan pandangan mazhab Shafie.

9

Page 10: Al Mawardi Ppt

Keistimewaan utama karya ini kerana al-Mawardi akan menyokong setiap hujah dan fakta yang diberikan dengan sumber Al-Quran, Hadis, Ijma dan Qiyas.

Selain itu beliau juga menyokong fakta dengan sumber perundangan Islam lain seperti Aqal,Logik, Urf, Istishab dan Sharaiman Qablana.

10

Page 11: Al Mawardi Ppt

Al-Mawardi berpendapat bahawa sesuatu hukuman hendaklah berdasarkan ijtihad seseoarang hakim berdasarkan kepada fakta kes dan kemaslahatan pihak-pihak yang bertikai walaupun pandangan atau hukuman tersebut nanti berlawanan dengan pandangan mazhab hakim itu sendiri.

Ini bermakna al-Mawardi menentang taqlid secara membuta tuli oleh seorang hakim terhadap mazhabnya sendiri tanpa melihat kepada asas sesuatu kes tersebut.

11

Page 12: Al Mawardi Ppt

Kitab Mawardi telah mengambarkan perkembangan sistem pentadbiran keadilan yang matang di zaman al-Mawardi.

12

Page 13: Al Mawardi Ppt

Kitab al-Hakam Al-Sultaniyyah Wa Wilayah Al-Diniyyah

Buku ini dibahagikan kepada 20 buah bab. Bab yang khusus membincangkan tentang pentadbiaran sistem kehakiman Islam adalah di bab 6, bab 7 dan bab 20.

Bab 6 membincangkan secara komprehensif berkaitan kelayakan, perlantikan dan bidang kuasa seorang hakim. Antara lain al-Mawardi juga membahaskan tentang alasan penghakiman hendaklah bersandarkan syariah , persoalan perbezaan mazhab dan isu berkaitan dua hakim di satu tempat.

Bab 7 membincangkan tentang tribunal al-Mazalim.

Bab 20 membahaskan tentang hisbah.

13

Page 14: Al Mawardi Ppt

Menurut Imam al-Mawardi di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyah, pemimpin diwujudkan untuk melindungi agama serta mentadbir dunia (hirasatud din wa siyasatud dunya).

Roh politik Islam itu terletak kepada pemimpin yang memelihara Din atau agama dan mentadbir urusan keduniaannya . Kesemua ini adalah berkaitan dengan perlantikan dan pemilihan seorang pemimpin serta tanggungjawab mereka.

14

Page 15: Al Mawardi Ppt

Pengalaman al-Mawardi yang luas sebagai hakim telah diterjemahkan oleh beliau di dalam 2 buku di atas.

Menurut Imam al-Subki dalam kitab Tabaqat al-Syafi’iyah al-Kubra yang menghimpun semua ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa al-Mawardi adalah seorang ulama yang sudah mencapai tahap keilmuan yang tinggi, tokoh mazhab terkenal serta pakar dalam segala bidang ilmu.

15

Page 16: Al Mawardi Ppt

Satu lagi kitab yang ditulis ulama era Abbasiyah yang meninggal dunia pada 30 Rabiulawal tahun 450H bersamaan 27 Mei 1058M pada usia 86 tahun, adalah kitab Adab al-Dunya wa al-Din yang membincangkan kajian etika.

Kitab ini masih dikaji oleh para cendekiawan masa kini dan telah memberikan banyak manfaat dalam bidang etika Islam.

16

Page 17: Al Mawardi Ppt

Al- Mawardi mengingatkan ahli politik dengan membawa sepotong hadis yang bermaksud: Apabila pemimpin berniaga maka binasalah rakyat. 

Kenyataan ini seterusnya disokong oleh Ibnu Khaldun dengan mengukuhkan syarat itu, apabila seorang menteri melibatkan diri dalam perniagaan, ia mungkin cuai dalam menjalankan tugasnya dan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan adalah tidak mustahil. Ia juga akan menyebabkan pengagihan kekayaan yang tidak serata turut berlaku apabila hanya segelintir sahaja yang membolotnya.

17

Page 18: Al Mawardi Ppt

2. Al- Farabi

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

18

Page 19: Al Mawardi Ppt

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H). 

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

19

Page 20: Al Mawardi Ppt

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

20

Page 21: Al Mawardi Ppt

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

 

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

21

Page 22: Al Mawardi Ppt

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

22

Page 23: Al Mawardi Ppt

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

23

Page 24: Al Mawardi Ppt

Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

24

Page 25: Al Mawardi Ppt

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.

25

Page 26: Al Mawardi Ppt

Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

26

Page 27: Al Mawardi Ppt

3. Al- Miskawayh

Abu 'Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub Ibn Miskawayh dikenali sebagai Ibn Miskawayh(932-1030) adalah seorang tokoh falsafah , ahli sains, penyair dan sejarawan Parsi yang berasal dari  Ray, Iran Beliau merupakan ahli politik yang sangat aktif pada era zaman Buwayhid .

Beliau juga merupakan ahli falsafah Islam yang amat mengambil berat berkaitan dengan isu etika. Beliau juga merupakan penulis utama dalam kerja-kerja Islam yang berkaitan dengan etika-etika falsafah , dengan terbitan buku yang berjudul Tadhib al-akhlaq(Penerangan Etika), yang khusus memberi fokus terhadap praktikal etika, konduk dan penyempurnaan watak. Beliau turut memisahkan etika peribadi daripada ranah awam, dan menjernihkan sifat membebaskan alasan dengan penipuan dan hasutan alam.

27

Page 28: Al Mawardi Ppt

Miskawayh dianggap sebagai sejarawan yang berada di puncak kegemilangan Islam oleh orientalis Barat seperti D.S Margliouth. Dalam buku beliau Tarajib al-umam (Experiences of Nations), Ibn Miskawayh merupakan antara sejarahwan Muslim pertama yang menulis peristiwa-peristiwa yang dilihat sendiri oleh beliau (beliau hadir dalam acara tersebut, dan bukannya mendengar cerita-cerita dari orang istana atau sebagainya). Sebagai birokrat Buwayhid, beliau bekerja di bawah wazir al-Muhallabi dan dengan itu mendapat keistimewaan di mana beliau boleh mendapat berita langsung berkaitan hal-hal yang berlaku dalam istana.

28

Page 29: Al Mawardi Ppt

Ibn Miskawayh adalah antara orang yang pertama yang menjelaskan ide evolusi. Muhammad Hamidullah menerangkan ide yang boleh dijumpai dalam buku al-Fawz al-Asghar seperti berikut:

"[Buku ini] menyatakan bahawa  Tuhan  menciptakan jirim dan menyalurkan jirim ini dengan tenaga agar ia boleh berkembang. Jirim kemudiannya menjadi wap , yang akan menjadi air selepas tempoh tertentu. Langkah seterusnya adalah perkembangan hidup bahan galian. Pelbagai jenis batuan berkembang dan bentuk tertinggi yang boleh dicapai oleh galian mineral  adalah mirjan ( batu karang ). Hal ini demikian kerana karang mempunyai dahan-dahan seperti pokok. Selepas itu, jirim tadi akan berevolusi pula ke alam tumbuhan. Evolusi ini akan berterusan sehingga akhirnya menjadi pokok yang mempunyai ciri-ciri haiwan. Inilah pokok kurma . Pokok kurma mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Ia tidak mati jika semua dahannya dipotong, tapi ia mati hanya apabila kepalanya (pucuk atau daun di bahagian paling atas pokok) dipotong. Kerana itu, pokok kurma dianggap yang tertinggi dalam alam tumbuhan tetapi terendah dalam alam haiwan.

29

Page 30: Al Mawardi Ppt

Dari alam pokok lahirlah haiwan yang paling rendah tarafnya. Semua haiwan ini akan berevolusi menjadi beruk . Ini bukanlah pernyataan dari Darwin, melainkan inilah yang dinyatakan Ibn Miskawayh dan inilah yang tercatat dalam  Epistles of Ikhwan al-safa. Beruk pula akan menjadi sejenis manusia yang berperangai seperti orang gasar, dan dari sini akhirnya menjadi manusia biasa. Manusia pula menjadi nabi, dan akan berevolusi pula kepada malaikat. Dan Tuhan berada di atas para malaikat. semuanya bermula dari Dia, dan akan berakhir dengan Dia."

30

Page 31: Al Mawardi Ppt

Manuskrip al-Fawz al-Asghar  dalam bahasa  Arab  boleh didapati di Eropah sejak abad ke-19. Hasil kerja Ibn Miskawayh ini dipercayai telah dikaji oleh Darwin, dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara Darwin, yang tahu berbahasa Arab, berfikir dan dalam menulis buku-buku beliau yang lain

31

Page 32: Al Mawardi Ppt

Seperti ilmuwan yang hidup di zamannya, Ibn Misakawayh mempelajari filsafat dan sejarah sebagai alat untuk menemukan kebenaran. Namun, ia lebih memberi tekanan kepada kajian filsafat terutama filsafat etika. Ia merumuskan langkah bagaimana membangun moral yang sehat serta menguraikan cara-cara membangun jiwa yang harmonis.

Di kemudian hari ia lebih dikenal sebagai seorang Islam humanis. Pasalnya ia memiliki kecenderungan agar Islam dapat masuk ke dalam sistem praktik rasional yang lebih luas pada semua ranah kemanusiaan. Dengan kajian filsafat Yunani ia kemudian terpengaruh oleh pemikiran Neoplatonisme baik pada sisi teori maupun praktik.

32

Page 33: Al Mawardi Ppt

33

Page 34: Al Mawardi Ppt

Label humanis bagi Ibn Miskawayh juga disematkan oleh kalangan pemikir Muslim, misalnya, Mohamed Arkoun pada 1969 menyematkan label terhadap dirinya sebagai seorang humanis. Namun hal ini dilihat dalam sudut pandang tradisi intelektual Islam, bukan dalam tradisi intelektual humanisme Eropah.

Dalam kajian filsafat etika, Ibn Miskawayh menelurkan karya monumental yaitu Tahdzîb al-Akhlâq (pembinaan akhlak). Dalam kitab yang terdiri atas tujuh bagian ini, secara umum ia membicarakan bagaimana seseorang dapat mencapai kebahagiaan tertinggi melalui moral yang sehat.

Hal ini menggambarkan bagaimana berbagai bagian jiwa diharmonikan untuk mencapai kebahagiaan. Ini adalah peran filsuf moral atau etika memberikan resep bagi kesehatan moral yang berpijak pada kombinasi pengembangan intelektual dan praktik keseharian.

34

Page 35: Al Mawardi Ppt

Pada bahagian awal dalam kitabnya, ia membicarakan tentang jiwa dan sifat-sifatnya. Seseorang akan mampu menggapai kebahagiaan hidup jika ia mampu menciptakan kebahagiaan moral dengan memenuhi sifat-sifat jiwa. Di antaranya adalah kedahagaan jiwa terhadap suapan ilmu. Selain itu, kendati jiwa mendapat banyak prinsip ilmu pengetahuan melalui indera, tetapi jiwa ini sendiri mempunyai prinsip lain serta tingkah laku yang lain pula, yang sama sekali bukan dari indera. Maka, kalau jiwa menilai bahawa antara dua ekstrim dari satu kontradiksi tak ada titik tengah, keputusan ini tidak diperolehnya melalui sesuatu yang lain. Karena, itu merupakan prinsip pertama dan tak akan demikian jika berasal dari sesuatu yang lain.

Ibn Miskwayh memandang bahawa ilmu akan menuntun manusia untuk tak hanya bergantung kepada hal yang bersifat materi. Selanjutnya akan membuat manusia memiliki kebijaksanaan dalam meniti hidup yang akhirnya menjadikannya sebagai manusia yang sempurna. Itulah salah satu sifat yang dimiliki oleh jiwa.

35

Page 36: Al Mawardi Ppt

Kesimpulan

Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain telah memberi banyak impak dan kesan terhadap tamadun Islam itu sendiri dan tamadun yang lain. Ini kerana pada pandangan rakyat dari tamadun lain, tamadun dan kerajaan Islam bukanlah calang-calang tamadun. Ini kerana sistem pentadbiran Islam yang amat mantap dan progresif dimana organisasi pentadbirannya telah dirancang dengan teliti dan teratur.

Islam juga memberi kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agama masing-masing ini telah menarik minat ramai orang untuk memeluk agama Islam.

36

Page 37: Al Mawardi Ppt

Orang Islam juga mempengaruhi tatatertib kehidupan harian  melalui cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Semasa zaman Umaiyah di Sepanyol,orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam seperti bertutur dalam bahasa arab, dan berpakaian seperti orang Islam. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman Renaissance dan golongan ini digelar sebagai Mudejar.

       Perluasan kuasa dan jajahan takluk Islam membolehkan cendekiawan Islam dan bukan Islam saling bertukar maklumat.Pada awalnya,  cendekiawan Islam lebih menumpukan perhatian terhadap proses pengumpulan maklumat dan teks- teks penulisan tentang tamadun lain. Proses perkembangan kegiatan penterjemahan telah dipertingkatkan lagi dengan menubuhkan sebuah perpustakaan, iaitu Baitulhikmah yang di tubuhkan oleh khalifah Harun al-Rasyid semasa zaman Abbasiyah. Perpustakaan ini membolehkan bahan penulisan dari tamadun lain dikumpul untuk disimpan dan dikaji.

37

Page 38: Al Mawardi Ppt

Dalam bidang ilmu mantik(logik) dan falsafah, ramai cendekiawan Islam yang disegani seperti Ibn Sina, al-Kindi, fakhr al-Din al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali. Mereka ini telah memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan pemikiran Usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.

Kesenian Islam terutamanya dalam bidang seni bina turut memberi sumbangan dalam perkembangan ketamadunan dunia. Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed(masjid biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada. Semua ini melambangkan ketinggian martabat ketamadunan Islam. Kebanyakan seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaan Tauhid dan Akidah.

38

Page 39: Al Mawardi Ppt

39

Page 40: Al Mawardi Ppt

Di zaman kemuncak keagungan Islam ramai cendekiawan Islam telah mengembara ke serata dunia demi mengumpul ilmu pengetahuan. Antara pengembara yang terkenal ialah Ibn Battuta yang mengembara ke China, India dan Afrika. Catatan yang dibuat oleh Ibn Battuta sepanjang pengembaraannya amat dihargai oleh sejarawan kerana ketepatan fakta-fakta yang terdapat di dalamnya. Seorang lagi pengembara Islam ialah al-Mas'udi yang mengembara ke China, Parsi, India & Timur Afrika.

Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem politik dan sosial. Akhirnya, masyarakat Eropah dapat memanafaatkan keilmuan Islam ini sehingga membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah. Ini juga membuktikan bahawa kekuatan ilmu ialah teras bagi kekuatan setiap kerajaan.

Musbri Mohamed

Februari 2011

40