Air Dan Larutan

Embed Size (px)

Citation preview

AIR DAN LARUTAN

BAB : 5

Komposisi Air Air terbentuk daripada 2 unsur:Hidrogen Oksigen

Satu molekul air mengandungi 2 atom hidrogen

dan 1 atom oksigen. Formula : H2O Elektrolisis : teknik meguraikan air dengan

menggunakan tenaga elektrik.

2 jenis elektrod :Anod : elektrod positif Katod : elektrod negatif

Semasa elektrolisis arus akan mengalir dari anod

ke katod. Unsur- unsur dibebaskan dalam bentuk gas pada

elektrod.Oksigen dibebaskan di anod Hidrogen dibebaskan di katod

Penyejatan Air Penyejatan : satu proses di mana cecair bertukar

kepada wap air pada sebarang suhu di bawah takat didih cecair tersebut. Air akan mudah tersejat apabila:Kelembapan adalah rendah Suhu persekitaran semakin meningkat Luas permukaan yang besar Terdapat gerakan udara

Membandingkan penyejatan dan pendidihanPersamaanPenyejatan Pendidihan cecair bertukar kepada gas ( wap air atau stim) Tenaga haba diserap oleh molekul air Tenaga haba di dalam molekul ditukar kepada tenaga kinetik.

Perbezaan penyejatan dan pendidihanPenyejatan Berlaku di permukaan cecair sahaja Berlaku pada semua suhu di bawah takat didih cecair Proses yang perlahan Pendidihan Berlaku pada keseluruhan cecair Berlaku pada takat didih cecair Proses yang cepat

Aplikasi penyejatan air dalam kehidupan seharian Pengeringan rambut Pengeringan ikan dan udang Mengeringkan pakaian Menyejukkan badan dengan menyejatkan peluh Mengeringkan bahan makanan Penyediaan garam biasa dari laut

Larutan dan ketelarutan Zat terlarutZat terlarut ialah bahan yang boleh larut dalam sesuatu cecair.

PelarutCecair yang melarutkan bahan. Contoh: Air adalah pelarut kerana ia boleh melarutkan suatu bahan (gula)

LarutanCampuran yang terhasil apabila suatu zat melarut di dalam suatu pelarut. Contoh:

Larutan cair, pekat dan tepu Terdapat 3 jenis larutan yang boleh disediakan iaitu

larutan cair, pekat dan tepu. Setiap larutan tersebut berbeza dari segi kuantiti zat

terlarut yang larut dalam isi padu pelarut yang sama. Contohnya, dalam isipadu pelarut yang sama:Larutan cair mengandungi sedikit zat terlarut dilarutkan di dalamnya. Larutan pekat mengandungi banyak zat terlarut dilarutkan di dalamnya. Larutan tepu mengandungi jumlah zat terlarut maksimun di dalamnya pada suhu tertentu.

Larutan dan ampaian Campuran cecair boleh dikelaskan kepada larutan

dan ampaian bergantung kepada jenis zat terlarut dan pelarutnya. Larutan :Larutan terhasil apabila sesuatu bahan larut dalam pelarut. Zarah-zarah di dalam larutan itu tersebar rata dan tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar. Larutan sentiasa homogen atau sekata dari segi warna dan rupa. Larutan boleh berwarna ataupun tidak berwarna.

AmpaianTerhasil apabila bahan terampai di dalam cecair dan tidak larut di dalamnya. Zarah-zarah di dalam ampaian tidak tersebar dengan sekata. Ampaian kelihatan keruh dan legap. Zarah-zarah kekal terampai apabila dikacau. Ampaian memantulkan cahaya.

Ketelarutan Kuantiti maksimun zat terlarut yang boleh larut

dalam kuantiti pelarut yang ditetapkan pada suatu suhu tertentu untuk menghasilkan larutan tepu. Unit SI untuk ketelarutan ialah kg/m3 Ketelarutan = jisim zat terlarut (g)isipadu pelarut (100 ml)

Faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan Saiz zarah yang terlarut Kadar pengacauan Isipadu pelarut Suhu pelarut

Peranan asid dan alkali Asid dan alkali hanya menunjukkan sifatnye dengan

kehadiran air. Sifat sifat asidRasa masam Mengakis Menukarkan kertas litmus biru kepada merah Mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 Bertindak balas dengan karbonat untuk membebaskan karbon dioksida dan membentuk garam dan air. Bertindak balas dengan logam reaktif untuk membebaskan hidrogen dan membentuk garam

Sifat sifat alkaliRasa yang pahit Rasa licin sepertisabun apabila disentuh dengan jari Mengakis Menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru Mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7 Bertindak balas dengan garam ammonium untuk membebaskan gas ammonia.

Nilai pH Nilai pH suatu bahan menunjukkan sama ada

bahan itu berasid, neutral atau alkali.Keadaan berasid = 0 kurang daripada 7 Keadaan neutral = 7 Keadaan beralkali = lebih daripada 7 - 14

Penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan harianAsid PenggunaanAsid formik Membekukan lateks (susu getah) Asid asetik (cuka) Mengawet makanan seperti jeruk Digunakan dalam makanan Asid sulfurik Diisi dalam bateri kereta Digunakan untuk membuat detergen dan baja Asid tartarik Digunakan untuk membuat minuman ringan

AlkaliNatrium hidroksida Kapur barus (kalsium hidroksida) Ammonia hidroksida

PenggunaanDigunakan untuk membuat sabun Meneutralkan tanah berasid Digunakan untuk membuat simen Mencegah pembekuan lateks Digunakan untuk membuat baja

Peneutralan Adalah tindak balas yang berlaku antara asid

dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Persamaan perkataan mewakili tindak balas

peneutralann:Asid + alkali garam + air

Garam yang terhasil daripada proses peneutralan

bergantung pada jenis asid dan alkali yang digunakan.

Aplikasi proses peneutralan dalam kehidupan harian Bakteria dalam mulut menukarkan makanan bergula

kepada asid yang bertindak pada gigi menyebabkan kerosakan gigi. Ubat gigi mengandungi alkali lemah yang meneutralkan asid dalam mulut. Asid lemah seperti cuka digunakan untuk

meneutralkan sengatan tebuan yang bersifat alkali. Pesakit gastrik meminum susu magnesia yang

bersifat alkali untuk mengurangkan keasidan perut.