57

Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Page 2: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

أفعال هللا دان أفعال العبادPerbuatan Allah dan Perbuatan Hamba/Manusia

DISEDIAKAN OLEH:

AZIELAH MOHD ASRI

NURUL HIDAYAH ABD. HALIM

NUR ZAWANI AHMAD

ZUR’AIN ZAINI

6 PISMP PENGAJIAN AGAMA B

Page 3: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

AF’ALULLAH

• Perbuatan Allah.

• Setiap kejadian yang berlaku di alam inidengan kehendak dan iradat Allah.

• Contoh: Siang dan malam, bencana alam.

Page 4: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Kekeliruan Memahami Af ’alullah

Pergerakan makhluk atau manusia.

Pendapat ahli sunnah wal jamaah:

“Allah memberi kuasa memilih kepada manusiaberdasarkan akal dan wahyu dalam melakukan perkaraatau perbuatan”.

4

Kekeliruan Memahami Af’alullah

Page 5: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

TIGA MASALAH POKOK

Allah SWT adalahyang mencipta kita

dan menciptasemua perbuatankita. Mengapa Dia

menghisabperbuatan jahat

yang kita lakukan, sedangkan Dia-lahyang menciptanya?

Apakah maksudfirman Allah SWT dalam surah Al-Nahl, ayat 93?

“Dia menyesatkansesiapa sahaja yang

dikehendaki danmenunjuki sesiapa

sahaja yang dikehendaki”.

Apabila Allah SWT telah menentukan

diriku menjadi orangyang celaka (ahli

neraka), bagaimanadengan amalku dan

mengapa Diamenyeksaku?

1 32

Page 6: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

MASALAH POKOK PERTAMA:

MENGAPA ALLAH MENGADILI PERBUATAN JAHAT

MANUSIA?

Allah SWT adalah yang menciptakan kita danmenciptakan semua perbuatan kita.

Mengapa Dia mengadili perbuatan jahat yangkita lakukan, sedangkan Dia-lah yangmenciptanya?

1

Page 7: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Dr. Abdullah Nashih ‘Ulwan dalam bukunya berjudul“Masalah Taqdir” membahasnya denganmemahami dua sifat Allah seperti berikut:

1. Bahawa Dia adalah Pencipta (al-Khaliq). Dialahyang melakukan segala sesuatu.

“Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nyadan merekalah yang akan ditanyai”.

(Surah Al-Anbiya’ : 23)

Page 8: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

2. Bahawa Dia bersifat ‘Adil’ dan tidakmenganiaya seseorang.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya walauseberat zarah”. (Surah Al-Nisa’ : 40)

Page 9: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Oleh sebab itu, seseorang tidak bolehmengambil satu sifat sahaja denganmengabaikan sifat yang lain serta tidakboleh mempercayai satu sifat sahaja denganmembatalkan sifat yang lainnya.

Page 10: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Aliran Al-Jabariyah:

Meniadakan iradat dan ikhtiar manusia, malahmereka mengatakan bahawa manusia ituseperti bulu yang terapung di udara (tidakmempunyai kebebasan sama sekali).

Aliran Al-Qadariyah:

Manusialah yang menentukan perbuatannyasendiri tanpa ada campur tangan Allah didalamnya.

Page 11: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Allah SWT adalah pencipta segala sesuatu, tetapi Dia jugabersifat Adil.

• Adil dalam erti kata yang lain:

1. Allah tidak membebani (taklif) terhadap manusia kecualidengan sesuatu yang sesuai dengan keadaan (ciptaan)manusia mampu untuk melakukannya dan juga tidakmampu untuk melakukannya.

2. Allah membekalkan manusia dengan potensi,menunjukkan jalan, menjadikan kemampuan pada dirimanusia dan memberikan kebebasan dan ikhtiarkepadanya untuk melakukan sesuatu atau tidakmelakukannya.

Page 12: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Dasar dari permasalahan ini adalah daripadafirman Allah SWT:

“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuaidengan kemampuannya”.

(Surah Al-Baqarah : 286)

...

Page 13: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

MASALAH POKOK KEDUA:

“ALLAH MENYESATKAN DAN MENUNJUKI

SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI”• Berdasarkan penjelasan tersebut, maka makna

ayat … (Surah Al-Nahl : 93) adalah:

Dia menolong untuk mendapatkan kesesatan sesiapasahaja yang dikehendaki dan menolong untukmendapatkan petunjuk (kebenaran) sesiapa sahaja yangdikehendaki.

2

Page 14: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Berdasarkan penjelasan tersebut, makamakna al-hidayah dalam surah Al-Nahl, ayat93 mengandungi dua pengertian:

1. Menunjukkan (Al-dalalah)

2. Pertolongan (Al-’i’anah)

Page 15: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Al-hidayah yang bererti menunjukkan (al-dalalah)

ditujukan kepada semua orang sama ada mukmin

ataupun kafir kerana Allah menunjukkan kepada

semua manusia terhadap manhaj-Nya dengan

mengutus para Rasul dan menurunkan wahyu,

tetapi manusia dengan ikhtiar dan sombongnya

lebih menyukai kesesatan daripada kebenaran.

Page 16: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Al-hidayah yang bererti pertolongan dan dorongan

untuk melakukan kebaikan pula, maka ia khusus bagi

orang yang mahu beriman kepada Allah dan menyerah

kepada petunjuk-Nya serta membenarkan. Seakan Allah

berfirman kepada mereka: “Ketika kamu percaya

kepada-Ku, membenarkan manhaj-Ku dan datang

menyerah sepenuhnya kepada-Ku, maka sungguh Aku

menolong kamu dalam persoalan ini dan Kutetapkan

kamu atas kebaikan ini.

Page 17: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Jadi, kehendak Allah di dalam hidayah(menunjuki) dan dhalal (menyesatkan) adalahmutlak dan tidak dipersoalkan apa yang Dialakukan.

• Tetapi Allah juga bersifat adil, maka tidakmungkin Allah menyesatkan orang yangberhak mendapat petunjuk dan tidak mungkinAllah memberikan petunjuk kepada orangyang berhak mendapat kesesatan.

Page 18: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

MASALAH POKOK KETIGA:

MENGAPA ALLAH MENYEKSA ORANG YANG

TELAH DITENTUKAN MASUK NERAKA?

Pertanyaan ini dapat dijawab dari dua segi:

1. Dari mana seseorang tahu bahawa Allah SWT telahmenentukan dirinya menjadi orang yang celaka(penghuni neraka) dan akan mati dalam kekufuran?Adakah dia telah membaca Luh Mahfuzh atau hanyaseseorang yang mengatakan kepadanya demikian?

2. Kita tidak dapat mengatakan bahawa seseorangtelah ditentukan untuk menjadi penghuni nerakakecuali setelah mati dan dia dalam keadaan kufur.Jika Allah telah menentukannya demikian, mengapaDia menyeksanya?

3

Page 19: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Jawapan 1

• Allah menjawab sekelompok orang musyrik ketika merekaberkata:

“Jika Allah menghendaki, nescaya kami dan bapa-bapa kamitidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kamimengharamkan barang sesuatu apa pun”.

(Surah Al-An’am : 148)

...

Page 20: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Lalu Allah menjawab tipu muslihat mereka ini denganfirman-Nya:

“Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatupengetahuan sehingga kamu dapat mengemukakannyakepada Kami? Kamu tidak mengikuti kecuali prasangkabelaka dan kamu tidak lain hanya berdusta”.(Surah Al-An’am : 148)

Page 21: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Jawapan Allah terhadap orang musyriktersebut adalah:

- Dari mana kamu tahu bahawa Allah telahmenghendaki kemusyrikan buat kamu dan telahmenentukan buat kamu?

- Adakah Allah telah membacakan kepadamu hal-hal ghaib?

- Adakah kamu berdusta kepada Allah dengansesuatu yang tidak kamu ketahui?

Page 22: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Jawapan 2

• Allah SWT bersifat dengan “Al-Ilm” (Maha Mengetahui). Ilmu-Nya adalah menyeluruh, mengetahui yang telah lalu, sedangdan akan terjadi, malah ilmu-Nya meliputi segala juz’iyat dankulliyat. Tidak seberat zarah pun di bumi dan di langit yangluput dari ilmu-Nya.

• Allah mengetahui Dia akan mencipta manusia ini danmengetahui ketika Dia menciptanya: mencipta dalamkeadaan diberikan pilihan (ikhtiar) dalam sebahagianperbuatannya, dan tidak diberikan pilihan dalam sebahagianperbuatannya yang lain.

Page 23: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Semua perbuatan yang tidak ada ikhtiar di dalamnya tidakakan dihisab dan tidak ada seksa di dalamnya sepertimembunuh seseorang kerana keliru tanpa sengaja. Amalan initidak ada seksa di dalamnya kerana dianggap tidak memilikiiradat dan ikhtiar di dalamnya.

• Perbuatan manusia yang ada ikhtiar di dalamnya pula, makaakan dihisab dan diseksa seperti meninggalkan solat ataspilihannya. Amalan ini dihisab dan diseksa kerana manusiamemiliki iradat dan ikhtiar di dalamnya.

Page 24: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Pertanyaan:

Adakah Allah itu bersifat memaksa hambatersebut kepada kekufuran?

Jawapan:

Ilmu Allah tidak memiliki sifat ijbar(memaksa). Dia hanya memiliki sifat inkisyaf(menyingkap), iaitu mampu menyingkapsegala sesuatu sesuai dengan hakikatnya.

Page 25: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Pengajaran &kesimpulan

Page 26: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Allah telah membekalkan ‘kemampuan’ pada dirimanusia untuk melakukan sesuatu atau untukmeninggalkannya.

• Allah telah memberikan akal untuk membezakanantara yang baik dan yang buruk.

• Allah menggariskan manhaj yang sempurna agarkita mengetahui perintah yang wajibdilaksanakan dan larangan yang wajibditinggalkan.

• Allah SWT memiliki kehendak mutlak di dalamsesuatu perkara, tetapi kehendak Allah disertaidengan keadilan-Nya.

Page 27: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Allah menyeksa hamba-Nya atas amalan jahatyang termasuk dalam lingkup kemampuandan ikhtiarnya. Amalan yang di luar lingkupkemampuan dan ikhtiarnya, maka tidak akandihisab dan diseksa.

• Allah mengetahui secara azali tentang hamba-Nya bahawa seseorang itu akan memilih jalankekufuran dan akan mati dalam kekufuran,tetapi ilmu Allah itu hanya memiliki sifatinkisyaf, dan bukan sifat ijbar.

Page 28: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

أفعال العبادPerbuatan Hamba/Manusia

Page 29: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

a)PENDAHULUAN

b)PAHALA DAN DOSA

c)SYURGA DAN NERAKA

d)QADA’ QADAR

SENARAI KANDUNGAN

Page 30: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

PENDAHULUAN

Zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, zaman

ulama salaf terdahulu-

Persoalan perbuatan makhluk atau manusia tidak pernah

dibangkitkan (kerana iman yang teguh terhadap qudrat dan

iradat Allah S.WT)

Namun, apabila masyarakat Islam telah bertembung dengan

pengaruh kebudayaan dan falsafah maka perbahasan

ulama’ tauhid telah bertukar corak menjadi ilmu kalam iaitu

bertukar corak dari aliran pemikiran yang mudah kepada

aliran pemikiran falsafah.

Page 31: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

PANDANGAN ALIRAN ILMU KALAM

TERHADAP AF’ALUL IBAD

Jabariah

Qadariah

Mu’tazilah

Ahlu Sunnah wal Jamaah

Page 32: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

AFA’LUL I’BAD

Perbuatan manusia

Tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar sendiri.

Cth: makan, minum,rajin

Allah telah mencipta manusia mempunyai kehendak dan

kekuatan untuk memilih samaada untuk melakukan sesuatu

perkara ataupun tidak.

Page 33: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

BAHAGIAN AFA’LUL IBAD

Ijbari

• Perkara yang berlaku

bukan atas pilihan

sendiri.

• Cth: kecacatan

anggota badan.

Ikhtiari

• Sesuatu yang berlaku

atas kemahuan

sendiri.

• Cth: makan dan

minum

Tidak melibatkan dosa pahalaMelibatkan dosa pahala

Page 34: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Dua perdebatan dalam masalah perbuatan manusia iaitu

Jabariah Ekstrim dan Jabariah Moderat.

Jabariyah Ekstrim : mengatakan bahawa manusia tidak

mampu berbuat apa-apa, ia tidak mempunyai daya.

Jabariyah Moderat : mengatakan bahawa Tuhan

menciptakan perbuatan manusia, perbuatan baik dan

perbuatan buruk tetapi manusia mempunyai peranan di

dalamnya.

ALIRAN JABARIAH

Page 35: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

SYURGA DAN NERAKA-

Syurga dan neraka tidak kekal kerana tidak ada yang kekal selain

zat Allah S.W.T.

Yang dimaksudkan dengan kekal yang dinyatakan dalam Al-

Quran bermaksud lama.

Bagi mereka, Allah juga tidak dapat dilihat diakhirat kelak.

QADA’ QADAR-

Makhluk bergantung kepada qada’ dan qadar semata-mata atau

sepenuhnya.

Mereka melaksanakan semua itu dengan kehendak Allah S.W.T

Mereka seperti kapas yang terbang di udara.

-SURAH AZZUMAR AYAT 62-

Page 36: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Aliran ini mengatakan bahawa segala tingkah laku

manusia dilakukan atas kehendak sendiri, baik perbuatan

buruk atau perbuatran baik, dan oleh sebab itu dia berhak

mendapat pahala atas kewajipan dan juga berhak

mendapat hukuman atas kejahatan yang dibuatnya.

Tetapi aliran Qadariah berpendapat bahawa tidak

sepatutnya bagi manusia untuk dilakukan sedemikian bagi

tindakan salah yang dilakukan bukan atas keinginan dan

kemampuannya sendiri.

ALIRAN QADARIAH

Page 37: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

PAHALA DAN DOSA-

Manusia sendiri memberi kesan kepada perbuatannya.

QADA’ DAN QADAR

Mereka percaya Allah tidak membuat apa-apa takdir

terhadap manusia.

Page 38: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Aliran ini memandang manusia memiliki daya yang besar

dan bebas, oleh kerana itu Mu’tazilah menganut paham

Qadariyah, perbuatan manusia bukanlah diciptakan Tuhan

pada diri manusia tetapi manusia sendirilah yang mewujudkan

perbuatannya.

Dengan paham ini aliran Mu’tazilah mengakui Tuhan

sebagai pencipta awal sedangkan manusia berperanan

sebagai pihak yang beraksi untuk mengubah bentuknya.

ALIRAN MU’TAZILAH

Page 39: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

PAHALA DAN DOSA-

Golongan ini percaya bahawa orang yang melakukan dosa

besar selain syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir tetapi

fasik.

Mereka mengambil jalan tengah ketika menghukum

kedudukan.

SYURGA DAN NERAKA-

Almanzilah bainal Manzilatain.

Percaya syurga dan neraka serta balasan baik dan buruk.

Page 40: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Golongan yang mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W

Manusia dan hamba tidak dipaksa dan tidak diserahkan

sepenuhnya, serta tidak memberi kesan terhadap usaha

manusia yang dilakukan secara sengaja.

Iktikad ASWJ yang sederhana dan pertengahan manakala

Iktikad Qadariah dan Jabariah adalah melampau.

ALIRAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

Page 41: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

PAHALA DAN DOSA-

ASWJ beriktikad sederhana dan manusia yang membuat baik

akan mendapat pahala dan yang sebaliknya akan mendapat dosa

tetapi manusia sendiri ada pilihan terhadap pilihan mereka sama

ada baik atau buruk, kecuali dosa itu diampunkan oleh Allah

S.W.T.

SYURGA DAN NERAKA-

Mereka percaya balasan baik akan dimasukkan ke dalam syurga

manakala balasan dosa akan dimasukkan dalam neraka tetapi

mereka berpegang pada pendapat urusan syurga dan neraka

adalah urusan Allah.

QADA’ DAN QADAR-

Allah menentukan takdir namun Allah memberi manusia akal

untuk berikhtiar

Page 42: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

MU’TAZILAH: Manusia

menciptakan perbuatan dirinya

sendiri yang ikhtiyariyyah

DIJAWAB: Tidak,tetapi Allah-lah

yang menciptakannya.

Page 43: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Allah-lah pencipta segala sesuatu.

Hamba tiada kuasa menciptakan

apa-apa. Berdasarkan :Surah Al-Hajj:73

Page 44: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Ringkasnya:

-tidak ada pencipta selain Allah

-Manusia mempunyai kasab atau berbuat dan

beramal.(makan,minum,duduk,dll)

- Manusia berakal(punya perasaan yang dapat

membezakan baik buruk, serta menilai yang haq

dan yang batil, mencari manfaat dan membuang

yang berbahaya,dll).

Page 45: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Surah An-Nisa’ayat 110

Page 46: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

-Allah menyandarkan amal hamba, menganiaya

dirinya dan istighfar

-Ampunan dan rahmat disandarkan kepada Allah

apa yang Dia sandarkan untuk diriNya sendiri, dan

marilah kita sandarkan kepada hamba apa yang

telah Allah sandarkan kepadanya.

-Tidak ada dosa bagi kita dalam ;hal ini, dengan

cara begini.

Page 47: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Makna qadar @ takdir_ sayyid sabiq : akidah islam

ء عندهل بمقدار ش وكلMaksudnya :

segala sesuatu di sisi Allah adalah denganketentuan takdir

(Ar-Ra’d : 8)

++segala sesuatu terlaksana dengan

takdir Tuhan++

Page 48: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• ال عندن خ ء ا ن من ش

ل وا لل لن ال زائنلهل وما ن

ا

بقدر معللوم Maksudnya :

dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisiKami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidakmenurunkannya melainkan dengan menurutkadar dan masa yang tertentu.

(Al-Hijr :21)

++ segala sesuatu dalamperbendaharaan takdir

Tuhan++

Page 49: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

ء خلقناهل ب ش ن كل(٤٩)قدر ا

Maksudnya :

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiapsesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

(Az-Qamar : 49)

++segala sesuatu diciptakannyadengan takdir++

Page 50: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Kaitan QADA’&QADAR

dengan AFALUL IBAD??• Orang yang mengaku beriman wajib

mempercayai dan mematuhi ketentuan yang

ditetapkan oleh Allah S.W.T.

• Mempercayai dan berkeyakinan bahawa

Allah berkuasa menentukan dan mengatur

sesuatu di alam ini dengan kebijaksanaan

dan kehendak-Nya.

Page 51: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

QADA’

• Perlaksanaan

ketentuan Allah

sejak azali

• Cth:siang dan

malam, hidup dan

mati

QADAR

• Ketetapan yang

telah ditentukan

oleh Allah kepada

makhluk sejak

azali

• Cth:Ajal,rezeki,

buruk baik manusia

*TAKDIR ialah Allah S.W.T menentukan nasib seseorang manusia

namun Allah jualah yang memberikan akal dan kemampuan

memilih kepada manusia. Manusia dipertanggungjawabkan atas

pilihan tersebut.*

Page 52: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

TAWAKAL

• Berserah kepada Allah mengenai

sesuatu urusan atau perkara setelah

melakukan usaha dan ikhtiar dengan

bersungguh-sungguh.

• Disertai dengan

AZAM,USAHA,DOA & YAKIN

Page 53: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Kesan Penghayatan Qada’ Dan Qadar

Terhadap Peradaban Manusia

Hindarkan perasaan putus asa dan

bersungguh-sungguh membina kehidupan

Hilangkan sifat angkuh,sombong dan lain-lain

Lahirkan masyarakat yang bersyukur dgn

nikmat dan kurniaan Allah dan memelihara diri

agar sentiasa berada dalam kebaikan

Page 54: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

Mewujudkan insan yang berani

menghadapi cabaran untuk capai

kejayaan

Jadikan masyarakat punyai sifat sabar

dan redha dgn Qada’ Qadar

Page 55: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

KESIMPULAN

Manusia mempunyai kebebasan berkehendak, namun

kebebasan tersebut tidak akan mampu dicapai tanpa Iradah dan

Kudrah Allah.

Allah telah menciptakan manusia dengan memiliki kebebasan

untuk memilih apa yang mereka inginkan.

Allah SWT tidak menciptakan kecuali hanya kebaikan.

Sedangkan keburukan yang diturunkan Allah menurut manusia

adalah merupakan sesuatu kebaikan dengan bentuk hikmah

disebalik keburukan menurut manusia.

Page 56: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan danmengatur sesuatu yang terdapat di alam ini dengankebijaksanaan dan kehendakNya

• Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudahditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlakmengikut peraturan dan ketetapanNya (Qadha’ & Qadar)

• Setiap perkara yang berlaku di alam ini adalahbertepatan dengan ‘ilmu dan iradat Allah mengikutperaturan-peraturanNya

Page 57: Af'alullah & af'alul'ibad gabung

• Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudahditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlakmengikut peraturan dan ketetapanNya (Qadha’ & Qadar)