8
JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018 EISBN: 978-967-16483-8-4 44 ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT BEHAVIOUR OF SINGLE MOTHER FAMILIES KONSEP KENDIRI DAN TINGKAH LAKU DELINKUEN REMAJA KELUARGA IBU TUNGGAL Norlizah C. Hassan 1 1 Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia Accepted date: 16 September 2018 Published date: 01 December 2018 To cite this document: Hassan, N. C. (2018). Adolescents‟ self concept and delinquent behaviour of single mother families. Journal of Management, Business & Social Sciences Impact, 1, 44-51. __________________________________________________________________________________________ ABSTRACT This study aims to identify adolescents‟ self-concept and delinquent behaviour of single mother families, and to examine the relationship between self-concept and delinquent behaviour. The survey was conducted on 63 adolescents (single mother families) who were asked to complete the questionnaires. This study found that there was high score of self-concept among the majority of adolescents of single mother families, and low score of delinquent behaviour. There is also a significant relationship between self-concept and delinquent behaviour. The findings conclude that high self-concept can prevent students from being trapped in by social problems and delinquent behaviour, as well as criticisms from some theories being expressed in this study. Suggestions are also being addressed to the relevant parties as an effort to empower the concept of self-concept and delinquent behaviour of the adolescents. The positive self-concept can be a stronghold for social problems among adolescents, and this study also provides recommendations to parents, teachers and schools, especially in understanding youth development. Keywords: adolescent, self concept, delinquent behaviour and single mother families ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen remaja keluarga ibu tunggal, selain mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen. Kajian ini dijalankan secara survey dengan seramai 63 orang remaja (keluarga ibu tunggal) diminta untuk mengisi borang soal selidik. Kajian ini

ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

44

ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT BEHAVIOUR

OF SINGLE MOTHER FAMILIES

KONSEP KENDIRI DAN TINGKAH LAKU DELINKUEN REMAJA KELUARGA IBU TUNGGAL

Norlizah C. Hassan1

1Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia

Accepted date: 16 September 2018 Published date: 01 December 2018

To cite this document:

Hassan, N. C. (2018). Adolescents‟ self concept and delinquent behaviour of single mother families. Journal of Management, Business & Social Sciences Impact, 1, 44-51.

__________________________________________________________________________________________

ABSTRACT

This study aims to identify adolescents‟ self-concept and delinquent behaviour of single mother families, and to examine the relationship between self-concept and delinquent behaviour. The survey was conducted on 63 adolescents (single mother families) who were asked to complete the questionnaires. This study found that there was high score of self-concept among the majority of adolescents of single mother families, and low score of delinquent behaviour. There is also a significant relationship between self-concept and delinquent behaviour. The findings conclude that high self-concept can prevent students from being trapped in by social problems and delinquent behaviour, as well as criticisms from some theories being expressed in this study. Suggestions are also being addressed to the relevant parties as an effort to empower the concept of self-concept and delinquent behaviour of the adolescents. The positive self-concept can be a stronghold for social problems among adolescents, and this study also provides recommendations to parents, teachers and schools, especially in understanding youth development.

Keywords: adolescent, self concept, delinquent behaviour and single mother families

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen remaja keluarga ibu tunggal, selain mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen. Kajian ini dijalankan secara survey dengan seramai 63 orang remaja (keluarga ibu tunggal) diminta untuk mengisi borang soal selidik. Kajian ini

Page 2: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

45

mendapati wujud wujud skor konsep kendiri yang tinggi dalam kalangan majoriti remaja keluarga ibu tunggal, selain skor yang rendah pada tingkah laku delinkuen. Begitu juga wujud perkaitan yang signifikan antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen. Dapatan kajian merumuskan bahawa konsep kendiri yang tinggi dapat menghalang pelajar daripada terjebak dengan permasalahan sosial dan tingkah laku delinkuen, sebagaimana kupasan daripada beberapa teori yang diutarakan dalam kajian ini. Beberapa cadangan juga turut diutarakan kepada pihak yang berkenaan dalam usaha untuk memperkasakan aspek konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen remaja. Konsep kendiri positif mampu menjadi benteng kepada permasalahan sosial dalam kalangan remaja, dan kajian ini juga turut memberi cadangan kepada para ibu bapa, guru dan sekolah khususnya dalam memahami aspek perkembangan remaja.

Kata Kunci: remaja, konsep kendiri, tingkah laku delinkuen dan keluarga ibu tunggal

PENGENALAN

Institusi keluarga adalah unit yang paling asas dalam membentuk generasi muda akan datang.Terdapat kira-kira 4.2 juta buah keluarga di Malaysia (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan). Berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat seramai 831,860 orang wanita adalah ibu tunggal dan ini bersamaan dengan 5.98 peratus daripada jumlah penduduk wanita Malaysia. Kumpulan umur 45 – 54 tahun menjadi taburan ibu tunggal tertinggi dengan umur anak pada kelompok ini adalah dalam peringkat usia remaja yang sudah pastinya mudah terdedah dengan pelbagai permasalahan sosial dan pengaruh negatif. Umumnya, perceraian melibatkan pelbagai tekanan dan perubahan dalam kehidupan berkeluarga, tekanan daripada kekurangan sumber kewangan selepas perceraian dan konflik dalaman keluarga yang berterusan memberikan impak negatif ke atas penjagaan ibu tunggal yang akan turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja kerana proses sosialisasi yang dijalankan oleh keluarga mempengaruhi tingkah laku remaja. Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang individu dalam mempelajari dan menginternalisasikan sikap, nilai dan tingkah laku yang bersesuaian bagi seseorang untuk berfungsi sebagai manusia sosial dan ahli yang responsif dan mengambil bahagian dalam persekitaran masyarakat.

Aspek konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen adalah fenomena sosial yang mempengaruhi perkembangan diri remaja terutamanya remaja pelajar dari keluarga ibu tunggal. Konsep kendiri merupakan fenomena kendiri yang merangkumi aspek kehidupan dan pengalaman yang berkait rapat dengan keluarga. Oleh itu, konsep kendiri dilihat sebagai satu pemboleh ubah yang penting dalam menjelaskan tingkah laku manusia. Konsep kendiri juga turut mempengaruhi pembentukan sikap seseorang. Konsep kendiri dapat menerangkan tentang pemahaman seseorang individu terhadap tingkah laku sosial yang diperolehi melalui pengalaman dan muncul dalam proses perkembangan seseorang individu. Bermula pada peringkat remaja dan di sepanjang peringkat ini, berlaku perubahan yang mendadak dalam pelbagai aspek diri remaja dan perubahan ini saling mempengaruhi antara satu sama lain, iaitu aspek-aspek emosi, sosial dan fizikal. Menurut, Judith Mabey dan Bernice Sorenson (1995) remaja didefinisikan sebagai suatu proses perubahan pembesaran tubuh badan dan peningkatan usia dari zaman kanak-kanak ke zaman baru iaitu remaja. Pelbagai rintangan dan cabaran akan ditempuhi sama ada aspek emosi, sosial dan fizikal. Perubahan-perubahan yang berlaku ini jika tidak dikawal dengan baik mungkin akan menjerumuskan remaja ke arah aktiviti yang tidak sihat.

Page 3: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

46

KAJIAN LITERATUR

Umumnya perceraian melibatkan pelbagai peristiwa tekanan dan perubahan dalam kehidupan berkeluarga. Ingatan tentang peristiwa perceraian ibu bapa akan mempengaruhi tahap penyesuaian anak-anak. Kombinasi permasalahan seperti proses penjagaan oleh ibu ataupun bapa tunggal, tekanan akibat dari kekurangan sumber kewangan selepas perceraian, kekurangan sokongan dan konflik dalam keluarga yang berterusan memberikan impak negatif atas persepsi penjaga tunggal serta tingkah laku keibubapaan yang merangkumi cara gaya keibubapaan dan seterusnya memberikan impak yang negatif pula terhadap perkembangan diri anak-anak (Hoeve et al., 2009).

Konsep Kendiri Remaja

Konsep kendiri mula dikaitkan sebagai salah satu faktor dalam etiologi delinkuen seawal tahun 1950 dan 1960 yang mula dipelopori oleh Lemert (1951) dan Reckless (1961). Manakala teori-teori terkini yang dikenali sebagai self perspective teori pula dipelopori oleh beberapa orang tokoh seperti Gottfredson dan Hirschi (1990). Banyak kajian menunjukkan terdapat perkaitan antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen, di antaranya ialah kajian oleh Reckless dan Dinitz (1973), Kim et al., (2018). Beberapa teori, mengandaikan konsep kendiri yang positif mampu bertindak sebagai benteng dalaman terhadap sebarang tingkah laku delinkuen. Konsep kendiri yang tinggi dianggap sebagai satu mekanisme kawalan dalaman yang dapat mengawal tingkah laku, di samping meminimakan jenis-jenis tingkah laku yang tidak konsisten dengan imej kendiri. Sebaliknya individu yang mempunyai konsep kendiri yang rendah tidak mempunyai kawalan dalaman terhadap tingkah lakunya. Ini bermakna, remaja yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi mampu mengawal dirinya dari melakukan tingkah laku yang negatif, sebaliknya remaja yang mempunyai konsep kendiri yang rendah sering terlibat dengan pelbagai masalah salah laku.

Kajian-kajian berkenaan konsep kendiri telah dijalankan oleh beberapa pengkaji tempatan di antaranya kajian oleh Rozumah Baharudin, Siti Nor Yaacob, Rojanah Kahar dan Abdullah Al Hadi Hj Muhamad (2003) ke atas pelajar sekolah rendah dengan dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan pada konsep kendiri anak sekolah rendah antara pelbagai struktur keluarga iaitu murid yang tinggal dengan keluarga lengkap (ibu bapa biologi, keluarga tiri) dan keluarga induk tunggal (keluarga janda dan keluarga induk tunggal balu). Manakala hasil kajian bagi anak sekolah menengah pula didapati berlainan dengan anak sekolah rendah, di mana kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan pada konsep kendiri anak sekolah menengah antara pelbagai struktur keluarga. Kajian oleh Rozumah, Siti Nor, Abdullah A-Hadi, Maznah dan Aidah (1999) pula mendapati konsep kendiri murid yang tinggal dengan keluarga lengkap (ibu bapa biologi, keluarga tiri) adalah lebih tinggi berbanding dengan murid dari struktur keluarga lain. Selain itu kajian oleh Rozumah et al., (1999) ke atas kefungsian keluarga pelbagai struktur dan kesannya terhadap kesejahteraan anak, mendapati bahawa anak-anak yang tinggal dengan keluarga induk tunggal di bandar mempunyai tahap tingkah laku antisosial yang lebih tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tahap kendiri anak-anak dari keluarga induk tunggal adalah lebih rendah berbanding keluarga lengkap. Hasil kajian yang melibatkan struktur keluarga dan jantina, remaja lelaki dari keluarga ibu tunggal mendapat skor paling rendah manakala remaja perempuan dari keluarga yang mempunyai kedua ibu bapa pula mendapat skor konsep kendiri yang paling tinggi. Kajian ini juga mendapati kasih sayang ibu bapa merupakan tingkah laku yang sangat relevan dalam mempengaruhi konsep kendiri remaja. Kajian ini menunjukkan bahawa konsep kendiri remaja adalah berbeza antara remaja keluarga tunggal dan remaja keluarga asas (mempunyai kedua ibu bapa). Remaja perempuan daripada keluarga asas mendapat skor konsep kendiri yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan kasih sayang ibu adalah 19% iaitu paling tinggi dan ini menunjukkan bahawa hubungan ibu dan anak merupakan faktor yang terpenting dalam perkembangan konsep kendiri. Begitu juga kajian oleh Amato (1991) yang melaporkan bahawa ibu tunggal pada kebiasaannya bersikap terlalu mengawal dan mengamalkan cara gaya autoritarian disebabkan tekanan ekonomi serta ketidaksejahteraan.

Page 4: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

47

Manakala kajian oleh Dornbusch, Ritter, Leiderman, Roberts, dan Fraleight (1987) pula mendapati ibu tunggal didapati terlalu awal memberikan kebebasan kepada anak-anak dan ini pastinya akan mempengaruhi pembentukan kendiri anak-anak. Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti keibubapaan keluarga induk tunggal. Di antaranya keluarga induk tunggal berhadapan dengan masalah imej yang mempengaruhi corak tingkah laku ahli-ahlinya (Tengku Aizan, Jayaletchumi dan Chai Sen Tyng, (2000). Begitu juga tanggapan serong dari masyarakat bahawa struktur keluarga ini adalah pincang. Label-label yang negatif sering diberikan kepada keluarga induk tunggal, dan ini tentunya memberikan kesan ke atas perkembangan diri anak-anak, yang mana akhirnya mencetuskan kendiri yang rendah dan kelakuan yang negatif dalam kalangan mereka. Identiti keluarga yang negatif seolah-olah turut mempengaruhi perkembangan diri anak-anak dan mengancam usaha induk tunggal dalam membesarkan anak-anak mereka. Persepsi ramai bahawa keluarga induk tunggal adalah sinonim dengan anak-anak yang bermasalah menjejaskan kemampuan ibu atau bapa tunggal membina imej keluarga yang lebih positif. Memandangkan keluarga ibu tunggal yang semakin bertambah dalam masyarakat, kajian berkait dengan keluarga ini haruslah ditambah untuk memberikan lebih pengetahuan tentang permasalahan yang dihadapi oleh ibu tunggal dan perkembangan anak remaja mereka terutamanya tahap konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen.

Perkaitan antara Konsep Kendiri dengan Tingkah laku Delinkuen

Konsep kendiri melibatkan pertimbangan dan penilaian diri yang ditentukan oleh diri individu itu sendiri. Banyak kajian menunjukkan konsep kendiri yang rendah mempunyai kaitan dengan tingkah laku delinkuen. Begitu juga penghargaan kendiri yang rendah dalam kalangan remaja dan kanak-kanak diramalkan boleh mengakibatkan perangai delinkuen di kemudian hari (David Brownfield, Kevin Thompson, 2005; Kim, et al., 2018). Beberapa kajian membuktikan konsep kendiri merupakan aspek penting dalam menentukan tingkah laku seseorang, dan juga turut mempengaruhi tingkah laku disiplin murid. Murid-murid yang melanggar disiplin, mempunyai konsep kendiri yang rendah berbanding dengan murid biasa. Menurut Auden et al., (2010) terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah dan yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dalam perbuatan melanggar disiplin sekolah. Pada kesimpulannya, murid-murid yang mempunyai konsep kendiri rendah lebih cenderung melanggar disiplin berbanding dengan murid-murid yang mempunyai konsep kendiri tinggi (William, Christy & Judith, 2009). Justeru itu pembentukan konsep kendiri yang tinggi atau positif mampu menghalang pembentukan tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja. Oleh itu menjadi tujuan kajian ini untuk mengenal pasti tahap konsep kendiri remaja dari keluarga ibu tunggal dan melihat perkaitannya dengan tingkah laku delinkuen.

METOD KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas 63 remaja keluarga ibu tunggal yang dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling). Murid-murid ini telah dikenalpasti oleh pihak sekolah dan semua murid ini mewakili empat buah sekolah dari sembilan buah sekolah di sebuah daerah di Kelantan. Soal selidik yang diguna pakai ialah soal selidik The Tennesse Self Concept Scale yang dibentuk oleh Fitts (1965). Manakala soal selidik bagi mengukur tingkah laku delinkuen adalah dengan menggunakan senarai 55 item tingkah laku kenakalan remaja yang biasa berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia (Azizah Lebai Nordin, 2001).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja dari keluarga ibu tunggal mempunyai tahap kendiri yang tinggi iaitu 87.3% (55 orang), berbanding hanya 12.7% (8 orang) yang menunjukkan tahap kendiri yang rendah. Ini bermakna, pembentukan konsep kendiri yang tinggi atau positif telah ditunjukkan oleh majoriti remaja dari keluarga ibu tunggal. Dapatan kajian ini menunjukkan persamaan dengan beberapa kajian yang telah dijalankan, antaranya kajian yang

Page 5: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

48

dijalankan oleh Guthman dan Robles-Pina (2002) yang mendapati tahap konsep kendiri yang tinggi dalam kalangan remaja dari keluarga ibu tunggal dan ini menunjukkan walaupun keluarga ibu tunggal ini kehilangan “peranan ayah” yang penting dalam sesebuah keluarga, namun anak-anak ibu tunggal ini masih dapat menunjukkan konsep kendiri yang tinggi atau positif. Tahap konsep kendiri yang tinggi pada majoriti remaja keluarga ibu tunggal turut membuktikan struktur keluarga ibu tunggal yang dikaji ini juga mungkin boleh menjadi stabil. Peranan yang dimainkan oleh ibu tunggal sebagai tunjang utama keluarga juga mampu untuk membentuk satu persekitaran yang baik kepada anak-anak seandainya dibantu dengan pelbagai sokongan emosi dan kewangan (Tengku Aizan, Jayaletchumi Mottan dan Chai Sen Tyng, 2000). Kemungkinan remaja ini turut mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan mereka, sebagaimana beberapa kajian menunjukkan bahawa sokongan keluarga ataupun sokongan antara adik beradik dan kawan-kawan memainkan peranan penting dalam meningkatkan konsep kendiri. Manakala, Demo (1992) berpendapat bahawa anak-anak yang menghadapi masalah perpisahan ibu bapa mereka masakini (tahun 90-an) kebanyakannya lebih cekal dan dapat menyesuaikan diri tinggal bersama induk tunggal berbanding anak-anak tahun 60-an yang mengalami masalah yang sama. Kemungkinan perbezaan ini wujud kerana pendedahan yang mereka terima di samping sokongan moral dan fizikal ataupun bantuan kewangan yang kini lebih banyak, sama ada dari segi pendedahan maklumat, bantuan kewangan dan lain-lain lagi berbanding pada masa dahulu. Ini menyebabkan tahap resiliensi anak-anak ibu tunggal akan menjadi lebih baik dengan pelbagai sokongan dan pendedahan yang diterima dan ini membantu membentuk diri mereka menjadi remaja yang mempunyai jati diri dan kendiri yang lebih positif.

Manakala, hasil kajian berkaitan tingkah laku delinkuen (remaja keluarga ibu tungga) memperincikan penglibatan remaja keluarga ibu tunggal dalam semua jenis masalah disiplin mengikut klasifikasi Kementerian Pendidikan (1990). Walaubagaimanapun, didapati kadar bagi tahap penglibatan remaja bagi setiap klasifikasi adalah sangat rendah, iaitu tidak sampai 2% remaja dari keluarga ibu tunggal yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen. Ini bermakna kadar salah laku dalam kalangan remaja daripada keluarga ibu tunggal adalah rendah. Di dapati kadar yang tertinggi bagi tahap penglibatan remaja ialah 1.6 % (1 orang) bagi tingkah laku lucah, tingkah laku tidak mementingkan masa dan tingkah laku jenayah yang melibatkan kenderaan. Masing-masing menunjukkan skor yang sama dengan hanya 1.6% ataupun hanya satu orang remaja yang menunjukkan skor yang tinggi bagi ketiga-tiga kategori ini.

Manakala bagi kategori lain, didapati penglibatan remaja adalah tiada langsung ataupun 100% rendah, iaitu bagi kategori tingkah laku jenayah, kekemasan diri, tingkah laku kurang sopan dan biadap, tingkah laku tidak jujur/ menipu dan ponteng dan lari dari rumah. Min bagi keseluruhan punca tingkah laku delinkuen ialah 67.35, ini bermakna semua aspek bagi tingkah laku delinkuen ini berada pada tahap rendah. Manakala dari segi frekuensi dan peratusan tingkah laku delinkuen, secara keseluruhannya didapati 100% (63 orang) remaja melakukannya pada tahap rendah. Ini bermakna, secara keseluruhannya 100% remaja dari keluarga ibu tunggal di daerah Pasir Puteh ini adalah rendah tahap penglibatan dalam tingkah laku delinkuen dan mereka merupakan remaja yang tidak mempunyai masalah disiplin.

Perkaitan antara Konsep Kendiri dengan Tingkah laku Delinkuen

Dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen. Berdasarkan jadual 1 di bawah, analisis korelasi Pearson (r) yang digunakan mendapati wujud perkaitan yang signifikan, r = -.344, p < 0.001 antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen. Ini menunjukkan bahawa wujud perkaitan lemah yang negatif antara kedua pemboleh ubah tersebut. Pekali yang bersifat negatif/songsang ini menunjukkan bahawa semakin tinggi konsep kendiri maka semakin rendah tingkah laku delinkuen.

Page 6: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

49

Jadual 1: Perkaitan antara Konsep Kendiri dengan Tingkah laku Delinkuen

Konsep kendiri Tingkahlaku delinkuen Keluarga Ibu Tunggal r nilai signifikan

-.344* 0.001

Signifikan pada tahap 0.05

Justeru itu, kajian ini menunjukkan persamaan dengan beberapa kajian lepas yang mendapati wujud perkaitan antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen (Levy, 2001; William, Christy & Judith, 2009). Oleh kerana wujud perkaitan antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen sepertimana disokong oleh banyak kajian (Gottfredson dan Hirschi, 1990; Levy, 2001; David Brownfield & Kevin Thompson, 2005), maka pihak ibu bapa dan sekolah amnya haruslah memberikan perhatian kepada aspek perkembangan konsep kendiri dan tingkah laku remaja. Pihak sekolah dan ibu bapa harus lebih peka dan berkemahiran untuk membantu meningkatkan konsep kendiri remaja kerana konsep kendiri rendah berpotensi menimbulkan banyak permasalahan disiplin. Oleh itu, adalah penting bagi pihak sekolah dan ibu bapa untuk memastikan aspek ini sentiasa diberikan perhatian. Kajian ini juga mementingkan saranan oleh teori kawalan dalaman yang mengandaikan bahawa konsep kendiri yang tinggi mampu menjadi benteng dalam menghalang tingkah laku yang bermasalah dalam kalangan remaja (Hirschi, 1994; William, Christy & Judith, 2009, Kim, et al., 2018). Justeru itu, tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja dapat dikawal dengan lebih berkesan sekiranya aspek perkembangan konsep kendiri ini dititik beratkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa amnya.

Implikasi dari kajian ini ialah konsep kendiri sebagai asas yang penting dalam tingkah laku delinkuen dan juga pentingnya aspek hubungan antara kendiri yang positif dengan tingkah laku remaja. Selain dari hubungan antara guru, ibu bapa dengan murid, hubungan antara murid dengan murid juga perlu dipertingkatkan. Ini kerana hubungan yang rapat di antara rakan sebaya turut mempengaruhi perkembangan diri remaja, selain itu, ia juga boleh meningkatkan rasa dihormati, rasa kepunyaan dan dihargai mahupun kendiri murid. Ini kerana penilaian diri murid merupakan konsep kendiri. Jadi hubungan yang baik sesama rakan sekelas hendaklah dipupuk. Beberapa kajian mendapati murid yang diterima oleh rakan sebaya mempunyai sikap yang lebih positif terhadap sekolah dan berkemungkinan memperolehi pencapaian yang lebih baik daripada murid yang merasakan diri mereka tidak diterima oleh rakan sebaya dan merasa terasing dan tersisih (William, Christy & Judith, 2009).

Beberapa tindakan juga boleh dilakukan oleh guru di kelas dalam mempertingkatkan konsep kendiri negatif murid, antaranya murid-murid perlu dididik mesra dan adil, guru juga perlu sentiasa menghargai murid-murid mereka, dan ini seharusnya menjadi satu agenda pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan murid. Selain itu, pelbagai bantuan dan kerjasama daripada pihak kerajaan, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat harus dipertingkatkan dalam memberi tumpuan terhadap permasalahan keluarga ibu tunggal. Kerana dengan bantuan yang diberikan dapat membantu ibu tunggal meringankan beban mereka dengan harapan mereka dapat berfungsi dengan lebih baik lagi dalam mendidik anak-anak. Sebagaimana dapatan kajian yang menyatakan dengan sokongan dan bantuan yang diberikan, keluarga ibu tunggal dapat berfungsi sama dengan keluarga lain (Tengku Aizan Hamid, Jayaletchumi Mottan & Chai Sen Tyng, 2000). Ini kerana tahap konsep kendiri dan resiliensi anak-anak adalah berkait rapat dengan penjagaan yang diterima dari si ibu. Aspek penjagaan yang diterima dari keluarga ibu tunggal pula turut dipengaruhi oleh status sosioekonomi dan aspek sosioemosi ibu tersebut. Oleh itu pelbagai bantuan dan sokongan hendaklah diberikan kepada ibu tunggal dalam usaha meningkatkan status ekonomi dan aspek sosioemosi mereka. Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan suatu asas empirikal bagi menghuraikan rangkaian hubungan teoritikal antara beberapa elemen konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen. Secara lebih terperinci, kajian ini menggambarkan perkaitan antara pemboleh ubah antara konsep kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja keluarga ibu tunggal. Beberapa pengkaji telah pun mengandaikan beberapa perkaitan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah ini. Namun demikian, dapatan kajian ini ada yang menunjukkan persamaan dengan kajian terdahulu ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, tegasnya

Page 7: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

50

kajian ini merupakan satu usaha penerokaan yang dapat menonjolkan beberapa dapatan yang dapat memberikan beberapa implikasi dan cadangan yang berguna kepada ibu bapa dan bidang pendidikan khususnya.

KESIMPULAN

Keremajaan ialah satu proses transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja ini sebenarnya memerlukan bimbingan dan panduan dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Pembentukan konsep kendiri yang positif adalah penting pada diri anak-anak, dan peranan keluarga adalah penting dalam memastikan pembentukan kendiri yang positif dalam kalangan anak-anak. Begitu juga tidak semestinya seseorang remaja yang dibesarkan oleh ibu tunggal, maka dia akan menjadi remaja yang bermasalah, tetapi apa yang lebih penting aspek keibubapaan yang dimainkan oleh para ibu bapa menjadi asas kepada pembentukan kendiri dan tingkah laku yang baik pada diri anak-anak. Perbezaan keadaan hidup dalam keluarga ibu tunggal mewujudkan perbezaan pada tingkah laku remaja, ada yang positif dan ada yang negatif. Walaupun banyak kajian mendapati bahawa perceraian banyak memberikan impak yang negatif kepada anak-anak. Namun, mendidik anak-anak akan menjadi lebih mudah sekiranya para ibu tunggal ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak sama ada dari segi moral mahupun material. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak ibu tunggal adalah lebih cenderung menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, tetapi kajian mendapati sekiranya keluarga ini diberikan bantuan yang sewajarnya maka mereka juga mampu menyumbang kepada pembentukan keluarga dan anak-anak yang baik. Daripada kajian yang terhad persampelannya ini, didapati tahap konsep kendiri remaja adalah tinggi dengan analisa korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen. Untuk kajian akan datang adalah dicadangkan agar mengambilkira kajian berkait dengan kekuatan dan resiliensi sesebuah keluarga induk tunggal, dan begitu juga tahap kekuatan dan resiliensi anak-anak ibu tunggal. Aspek kekuatan dan resiliensi keluarga ibu tunggal hendaklah diberikan tumpuan dalam kajian memandangkan peningkatan perceraian dalam kalangan pasangan. Selain itu kajian seterusnya juga perlu mempelbagaikan method kajian seperti menggunakan kajian kuali yang lebih mendalam.

RUJUKAN

Amato, P.R. & Gilbreth, J.G. (1999). Non-resident fathers and children wellbeing: A meta analysis. Journal of the Marriage and the Family, 61: 557-573.

Auden C. McClure, Susanne E. Tanski, John Kingsbury, Meg Gerrard, and James D. Sargent (2010). Characteristics Associated with Low Self-esteem among U.S. Adolescents. Academic Pediatric 10(4): 238–442.

Azizah Lebai Nordin. (2001). Masalah disiplin di kalangan remaja tingkatan empat di Kuala Lumpur. Tesis Phd yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

David Brownfield, Kevin Thompson. (2005). Self-Concept and Delinquency: The Effects of Reflected Appraisals by Parent and Peers. Western Criminology Review 6(1), 22-29.

Demo, D.H. (1992). Parent-child relations: Assessing recent changes. Journal of Marriage and Family 54 (February): 104-117

Fitts, W.H. (1965). The Tennessee Self-Concept Scale Manual. Nashville, Counselor Recordings and Tests. Jayaletchumi Mottan, Rohani Abdullah & Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed. (2000). Keluarga dan Keibubapaan.

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kim, Min Seo; Jun, Soo Young; Cho, Yeon Su; Jone, Hoon Jung. (2018). The Effect of Self-esteem and Social

Withdrawal on Aggression in Early Adolescents with Delinquent Behavior. Journal of the Korean Society of School Health. Volume 31, Issue 1, pp.1-9

Levy, K. S. C. (2001). The relationship between adolescent attitudes towards authority, self-concept, and delinquency. Adolescence, 36(142): 333-347.

Page 8: ADOLESCENTS’ SELF CONCEPT AND DELINQUENT … · Proses sosialisasi merujuk kepada proses yang dilalui oleh seseorang ... Pada hakikatnya, banyak permasalahan yang menjejaskan kualiti

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

51

Rozumah, B., Siti Nor, Y., Abdullah A-Hadi, M., Maznah, B. & Aidah, M.T. (1999). Institusi keluarga Islam di Malaysia: Fungsi dan kesejahteraan. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Rozumah Baharuddin, Siti Nor Yaccob, Rojanah Kahar dan Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamed. (2003). Dinamik Keluarga dan Pencapaian Anak-anak : Siri Monograf Sains Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rozumah Baharuddin, Rumaya Juhari. (2002). Pengantar Perkahwinan dan Keluarga. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tengku Aizan Hamid, Jayaletchumi Mottan & Chai Sen Tyng. (2000). Keluarga induk tunggal: Penekanan kepada cabaran keluarga ibu tunggal. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

William S. F, Christy C. & Judith C. F. (2009). Self‐Concepts and Self‐Worth as Predictors of Self‐Perception of Morality: Implications for Delinquent Risk Behavior Associated With Shoplifting. Family and Consumer Sciences (open acess). https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/ 10.1177/1077727X06289640

.