8
1 PELIHARALAH HAK ASASI KANAK-KANAK(20 Julai 2018 / 7 Zulkaedah 1439H) ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Ajaran Islam amat menitikberatkan pembelaan dan pemerhatian terhadap kanak-kanak dengan mengamanahkan tanggungjawab tersebut kepada golongan dewasa. Justeru, tajuk khutbah pada hari ini ialah, “Peliharalah Hak Asasi Kanak-kanak”.

PELIHARALAH HAK ASASI KANAK-KANAK - islam.gov.my · menjejaskan proses tumbesaran mereka. Kanak-kanak juga mempunya hak yang sama dengan golongan dewasa yang perlu dihormati seperti

Embed Size (px)

Citation preview

1

“PELIHARALAH HAK ASASI KANAK-KANAK” (20 Julai 2018 / 7 Zulkaedah 1439H)

﴾ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦٿ ٿ ٹ ﴿

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi

sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan

bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di

dunia dan di akhirat.

Ajaran Islam amat menitikberatkan pembelaan dan pemerhatian terhadap

kanak-kanak dengan mengamanahkan tanggungjawab tersebut kepada golongan

dewasa. Justeru, tajuk khutbah pada hari ini ialah, “Peliharalah Hak Asasi

Kanak-kanak”.

2

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Kanak-kanak merupakan amanah dan anugerah yang diberikan Allah

kepada Hamba-Nya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk

memastikan hak dan kebajikan mereka sentiasa terjaga. Mereka adalah bakal

pewaris kepimpinan yang akan membentuk sesebuah negara dan

membangunkan syiar Islam pada masa hadapan.

Secara umumnya, di dalam Islam kanak-kanak adalah merujuk kepada

seseorang yang belum baligh. Ia ditentukan dengan faktor tabii atau had umur.

Namun dalam konteks Malaysia, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang

yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak

2001 dan takrifan ini turut digunakan di peringkat antarabangsa. Walau apa jua

takrifan yang digunakan, perlindungan dan perkembangan seseorang kanak-

kanak adalah bergantung kepada orang dewasa.

Dalam tempoh mencapai tahap kematangan yang sempurna, kanak-kanak

bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk membuat keputusan ke atas

perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka. Oleh yang demikian, golongan

dewasa mempunyai pengaruh terbesar dalam pembentukan watak kanak-kanak,

sama ada membesar dengan identiti yang terpuji atau sebaliknya. Firman Allah

dalam surah al-Syu’ara’, ayat 132 hingga 135:

ېئ ىئ ىئ ىئ ی یی ی جئ حئمئ ىئ يئجب

حب خب مب ىب يب جت

Bermaksud : “Dan bertaqwalah kepada (Allah ) yang telah

menganugerahkan kepada kamu apa yang kamu ketahui. Dia telah

menganugerahkan kepada kamu binatang-binatang ternakan, anak-anak,

kebun-kebun, dan mata air. Sesungguhnya aku (Nabi Hud) takut kalian akan

ditimpa azab hari yang besar”.

3

Ayat tersebut mengisyaratkan bahawa segala anugerah Allah kepada

kita berupa ilmu pengetahuan, haiwan ternakan, ladang pertanian, mata air dan

lain-lain termasuklah kanak-kanak adalah merupakan ujian kepada kita. Sama

ada ia membawa kepada taqwa kepada Allah atau sebaliknya. Hak-hak

mereka mestilah ditunaikan dan diberikan perhatian sewajarnya. Islam amat

menitikberatkan perihal kemaslahatan kanak-kanak. Abdullah bin ‘Amr

meriwayatkan bahawa Nabi pernah bersabda:

Ertinya: “Orang-yang tidak bersikap belas kasihan terhadap kana-kanak dan

tidak tahu (menunaikan) hak orang-orang tua, maka dia bukan daripada

kalangan kami”.

(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Inilah Islam agama yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi

Muhammad dengan risalah Rahmatan lil ‘Alamin (رحمة للعالمين) - rahmat

kepada sekalian alam. Ia menerapkan perasaan kasih sayang, belas kasihan,

bertimbang rasa dan perihatin kepada setiap makhluknya, lebih-lebih lagi kasih

sayang terhadap golongan kanak-kanak.

Justeru, semua pihak harus menyedari dan memainkan peranan bagi

memastikan kanak-kanak sentiasa terjaga dan terlindung daripada sebarang

bentuk pengabaian, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi yang akan

menjejaskan proses tumbesaran mereka. Kanak-kanak juga mempunya hak

yang sama dengan golongan dewasa yang perlu dihormati seperti hak

kerahsiaan peribadi, tidak dimalukan di khalayak, dan tidak didera secara

fizikal, mental juga emosi. Lebih penting lagi kanak-kanak mempunyai hak

untuk disayangi dan dimanja.

4

Umat Islam juga harus mengambil iktibar dan contoh teladan daripada

junjungan besar Nabi Muhammad yang sangat menyantuni kanak-kanak.

Sebagaimana Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah

bersabda:

Bermaksud : “Muliakanlah anak-anak kamu dan perbaikilah (didikan) adab

mereka”.

(Riwayat Ibnu Majah)

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Mutakhir ini banyak dilaporkan kes penderaan bayi dan kanak-kanak

sehingga membawa kematian sesetengahnya. Amat menyedihkan apabila orang

dewasa yang mempunyai akal fikiran dan pertimbangan melakukan perkara-

perkara yang diluar batas kasih sayang terhadap bayi dan kanak-kanak yang

tidak berdaya.

Islam telah menggariskan satu cara hidup yang sempurna dan sejahtera

dalam menyantuni kanak-kanak. Islam melarang keras seseorang daripada

mencederakan orang lain tanpa sebarang alasan terutamanya kanak-kanak.

Penderaaan kanak-kanak adalah suatu bentuk pencabulan dan jenayah yang

serius terhadap hak anak-anak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan

bermaruah baik secara fizikal mahupun emosi.

Kanak-kanak diibaratkan seperti sehelai kain putih dan adalah menjadi

tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk mencorakkannya. Ibu bapa

mempunyai tanggungjawab utama bagi memberi pendidikan dan memastikan

perkembangan seseorang kanak-kanak, Nabi SAW bersabda:

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). Kemudian

kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani, atau

Majusi”.

(Riwayat Imam al-Bukhari)

5

Hadis ini menunjukkan ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam

menentukan hala tuju dan masa depan kanak-kanak. Pendidikan merupakan

aspek yang amat penting dalam membentuk personaliti, bakat, kebolehan

mental dan fizikal kanak-kanak baik secara formal di sekolah atau institusi

pendidikan mahupun secara tidak formal di rumah dan persekitaran setempat.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Kanak-kanak sememangnya bergantung kepada orang dewasa dalam

semua aspek kehidupan. Orang dewasa terutama ibu bapa sewajarnya

bertanggungjawab dan menjadi contoh teladan yang utama kepada kanak-

kanak. Layanilah mereka dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.

Pastikan mereka diberi keperluan hidup yang seimbang dan mencukupi. Hal ini

sangat penting kerana acuan didikan dan teladan orang dewasalah yang akan

mencorakkan generasi dan kepimpinan akan datang.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Kanak-kanak adalah anugerah Allah sebagai zuriat dan

penyambung keturunan kita.

Kedua: Kanak-kanak berhak mendapat kasih sayang, penjagaan,

pendidikan, keselamatan seperti mana golongan dewasa.

Ketiga: Ibu bapa dan masyarakat turut memainkan peranan yang besar

dalam membela dan melindungi kanak-kanak.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ ﴿

﴾ڳ ڳ ڳ گ

6

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman serta anak cucu mereka yang

menuruti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan mereka dengan zuriat

mereka, dan kami tidak mengurangkan sedikitpun (pahala) daripada amalan

mereka. Setiap individu terikat dengan apa yang dikerjakannya”.

(Surah A-Tur, ayat 21)

7

KHUTBAH KEDUA

________________________________________________________________

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara

kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.