adat perkahwinan kadazan dusun.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    1/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    Merisik

    Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua

    pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara

    yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi

    tanda peminangan daripada pihak lelaki.

    Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan

    terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan

    juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan

    malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu

    bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa

    perempuan itu sudah tidak ada.

    Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada

    dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau

    perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau

    perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan

    itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh

    daripada risikan terdahulu itu.

    Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang

    kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh

    diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan

    adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai

    merisik meminang bertunang majlisperkawinan

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    2/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan

    jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya.

    Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

    Meminang

    Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan,

    mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin

    pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.

    Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

    Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti

    membersihkan diri pada hari itu juga.

    Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan.

    Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam

    tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada

    malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali

    akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir

    serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

    Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti,

    risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk.

    Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses

    pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit

    kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

    Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang

    yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang

    yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk

    ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    3/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu

    berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

    Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga

    terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat

    mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka

    menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

    Bertunang

    Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak

    lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin

    yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki

    diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi

    kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi

    buruk.

    Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki

    dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran

    perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya

    pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.

    Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran

    yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat

    di depan pengadilan adat.

    Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk

    adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran

    untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat

    pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri

    oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    4/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,

    gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.

    Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi

    atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.

    Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum

    berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan

    dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

    Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari

    perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum

    beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain

    daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat

    beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan

    memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat

    semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah

    pihak.

    Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,

    pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta

    pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi

    mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas

    hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama

    dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam

    pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah

    ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya.

    Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu

    diadakan.

    Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

    pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang

    sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    5/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum

    pasangan itu sah bersatu.

    Majlis Perkahwinan

    Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk

    adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran

    untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat

    pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri

    oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan

    'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya

    menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari

    perkahwinan.

    Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada

    kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak

    perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni

    kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di

    rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang

    dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang

    sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di

    rumah pengantin perempuan.

    Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,

    terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan

    memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat

    semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah

    pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara

    adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat

    pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi

  • 8/13/2019 adat perkahwinan kadazan dusun.docx

    6/6

    PROSES PERKAHWINAN KAUM KADAZAN DUSUN EDu)

    mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas

    hari.

    Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan

    kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama.

    Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang

    mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya

    ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

    Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

    pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang

    sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantinlelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum

    pasangan itu sah bersatu.

    Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara

    yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu

    upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki

    dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang

    ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

    Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan

    menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur

    ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu

    dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara

    tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun

    dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti

    dengan pertunjukan tarian sumazau.