8
Adab Sosial dalam Islam Kedudukan Jiran dalam Islam Islam amat mementingkan adab sosial dalam kehidupan harian kita. Manusia merupakan makhluk sosial, yang tidak mampu hidup seorang diri, atau mengasingkan diri dari kehidupan bermasyarakat. Atas dasar penciptaan manusia yang memikul amanah berat menjadi khalifah di muka bumi, maka Islam memerintahkan ummat manusia untuk saling ta’awun, saling tolong-menolong, supaya tersebarnya nilai rahmatan lil alamin ajaran Islam. Maka Islam menganjurkan ummatnya untuk saling ta’awun dalam kebaikan saja dan tidak dibenarkan ta’awun dalam kejahatan ( QS Al Maaidah:2). Begitulah indahnya hidup bermasyarakat dalam Islam yang serba serbi sempurna dan menyeluruh tidak kira masa dan tempat. Manusia sentiasa memerlukan orang lain untuk terus mengingatkannya, agar tidak tersesat daripada jalan Islam. Allah SWT mengingatkan bahawa peringatan ini amat penting bagi kaum muslimin. Jiran tetangga merupakan orang yang mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Nabi menyarankan kita supaya sentiasa menjaga hak-hak kejiranan yang selalunya dipandang remeh oleh sesetengah orang. Oleh itu, adab sosial dalam Islam amat dituntut terutamanya di kalangan jiran-jiran tetangga yang merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Firman Allah yang bermaksud: 1

Adab Sosial Dalam Islam

  • Upload
    an-nur

  • View
    449

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Adab Sosial Dalam Islam

Adab Sosial dalam Islam

Kedudukan Jiran dalam Islam

Islam amat mementingkan adab sosial dalam kehidupan harian kita. Manusia

merupakan makhluk sosial, yang tidak mampu hidup seorang diri, atau mengasingkan

diri dari kehidupan bermasyarakat. Atas dasar penciptaan manusia yang memikul

amanah berat menjadi khalifah di muka bumi, maka Islam memerintahkan ummat

manusia untuk saling ta’awun, saling tolong-menolong, supaya tersebarnya nilai

rahmatan lil alamin ajaran Islam. Maka Islam menganjurkan ummatnya untuk saling

ta’awun dalam kebaikan saja dan tidak dibenarkan ta’awun dalam kejahatan ( QS Al

Maaidah:2). Begitulah indahnya hidup bermasyarakat dalam Islam yang serba serbi

sempurna dan menyeluruh tidak kira masa dan tempat. Manusia sentiasa memerlukan

orang lain untuk terus mengingatkannya, agar tidak tersesat daripada jalan Islam. Allah

SWT mengingatkan bahawa peringatan ini amat penting bagi kaum muslimin.

Jiran tetangga merupakan orang yang mendapat kedudukan yang tinggi dalam

Islam. Nabi menyarankan kita supaya sentiasa menjaga hak-hak kejiranan yang

selalunya dipandang remeh oleh sesetengah orang. Oleh itu, adab sosial dalam Islam

amat dituntut terutamanya di kalangan jiran-jiran tetangga yang merupakan orang yang

paling dekat dengan kita. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat

bagi orang-orang yang beriman ” (Adz Dzariyat: 55)

Bahkan Allah SWT menjadikan orang-orang yang selalu ta’awun (menolong)

dalam kebenaran dan kesabaran dalam kelompok orang yang tidak merugi hidupnya.

(QS: Al Ashr: 1-3). Maka hendaknya umat Islam mengerahkan segala daya dan

upayanya untuk sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan, pada masyarakat

dengan memanfaatkan peluang, momen yang ada. Jika kita berada di bulan

Ramadhan maka, kita akan merasai nikmatnya hidup berjiran yang saling menolong

dan membantu antara satu sama lain. Hidup berjiran amat dituntut dalam Islam kerana

1

Page 2: Adab Sosial Dalam Islam

jiran merupakan mereka yang terdekat yang boleh membantu di kala susah dan senang

berbanding saudara-saudara kita yang berjauhan dengan kita. Contoh yang boleh kita

ambil ialah ketika berada di bulan Ramadhan, misalnya dengan saling membangunkan

untuk sahur, mengingatkan pentingnya memanfaatkan waktu selama menjalankan

puasa. Selain itu, jiran juga merupakan insane yang terpenting dalam mengingatkan

kita agar sentiasa melakukan kebaikan. Contohnya, mereka akan saling membantu

menjaga kehormatan jiran-jiran sekeliling yang lain, dengan memberi maklumat

tentang sesuatu perkara. Walaupun kadang kala perkara yang dikhabarkan jiran

mengenai keluarga kita amat menyakitkan, tetapi kita harus redha bahawa sekiranya

tanpa jiran hidup kita dan ahli keluarga kita akan tersasar. Oleh yang demikian,

hubungan jiran itu amat penting supaya kita saling membantu memperbetulkan langkah

dan berhati-hati dalam meniti hari-hari di dunia yang fana ini.

Hubungan sosial yang berlanjutan juga lebih ditingkatkan lagi di bulan Syawal

dan bulan Zulhijjah yang merupakan bulan penting umat Islam untuk kembali

menitipkan benang-benang ukhuwah antara jiran tetangga. Jelaslah kepada kita

kenapa Islam begitu memandang tinggi kedudukan jiran-jiran tetangga kerana

sepanjang hidup kita sentiasa dikelilingi oleh jiran tetangga tidak mengira bangsa dan

agama. Islam menganjurkan silaturrahim antara anggota keluarga baik yang dekat

mahupun yang jauh, apakah mahram ataupun bukan. Apalagi terhadap kedua orang

tua dan jiran tetangga. Islam bahkan mengkatagorikan tindakan “memutuskan

hubungan silaturahim” adalah dalam dosa-dosa besar.

“ Tidak masuk surga orang yang memutuskan hubungan silaturahim ” (HR. Bukhari,

Muslim)

Selain itu, Tamu dalam Islam mempunyai kedudukan yang amat terhormat. Dan

menghormati tamu termasuk dalam indikasi orang beriman. Begitulah mulianya ajaran

Islam yang tidak memandang remeh perkara-perkara yang menjadi laluan hidup kita.

Kehidupan manusia di bumi ini telah dirancang sepenuhnya oleh Allah S.W.T supaya

manusia mengambil pengajaran.

2

Page 3: Adab Sosial Dalam Islam

“…barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia memuliakan

tamunya.” (HR Bukhari, Muslim).

Hadis yang membicarakan tentang jiran juga ada diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim.

Menghormati tetangga merupakan salah satu petunjuk apakah seseorang itu beriman

atau belum seperti disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan,

“…Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia memuliakan

tetangganya.” (HR. Bukhari, Muslim)

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk memuliakan tetangga adalah

Menjaga hak-hak tetangga

Tidak mengganggu tetangga

Berbuat baik dan menghormatinya

Mendengarkan mereka

Mendakwah mereka dan mendoakannya.

Jika terdapat jiran yang sakit mahupun sihat, hendaklah kita saling menziarahi

dan ini merupakan adab sosial yang dituntut dalam agama kita. Apabila kita sering

menziarahi antara satu sama lain, maka hubungan sosial antara jiran semakin

bertambah di samping menjadikan adab bersosial itu sebagai panduan, contohnya tidak

melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti mengumpat dan sebagainya.

Nabi kita, Rasulullah SAW, sering menziarahi para sahabatnya. Beliau pernah

menziarahi Qois bin Saad bin Ubaidah di rumahnya dan mendoakan: “Ya Allah,

limpahkanlah shalawat-Mu serta rahmat-Mu buat keluatga Saad bin Ubadah”. Beliau

juga berziarah kepada Abdullah bin Zaid bin Ashim, Jabir bin Abdullah juga sahabat-

sahabat lainnya. Ini menunjukkan betapa ziarah memiliki nilai positif dalam

mengharmoniskan hidup bermasyarakat terutamanya dalam hidup berjiran.

“ Abu Hurairah RA. Berkata: Bersabda Nabi SAW: Ada seorang berziarah pada

temannya di suatu dusun, maka Allah menyuruh seorang malaikat (dengan rupa

manusia) menghadang di tengah jalannya, dan ketika bertemu, Malaikat bertanya;

hendak kemana engkau? Jawabnya; Saya akan pergi berziyaroh kepada seorang

3

Page 4: Adab Sosial Dalam Islam

teman karena Allah, di dusun itu. Maka ditanya; Apakah kau merasa berhutang budi

padanya atau membalas budi kebaikannya? Jawabnya; Tidak, hanya semata-mata

kasih sayang kepadanya karena Allah. Berkata Malaikat; Saya utusan Allah kepadamu,

bahwa Allah kasih kepadamu sebagaimana kau kasih kepada kawanmu itu karena

Allah ” (HR. Muslim).

Dalam adab sosial dalam Islam juga, Islam amat menganjurkan pemberian

ucapan selamat yang biasa ucapan biasa dilakukan di acara pernikahan, kelahiran

anak, menyambut bulan puasa. Jika sekarang ramai yang menggunakan kad-kad

ucapan selamat, mengirim telegram yang indah, sms atau telefon, dan internet, dan

sebagainya untuk bertanyakan khabar. Sesungguhnya ucapan selamat terhadap suatu

kebaikan itu merupakan hal yang dilakukan Allah SWT terhadap para Nabinya dan

kepada hamba-hamba-Nya yang melakukan amalan surga. Misalnya seperti,

“ Sampaikanlah khabar baik, kepada mereka yang suka mendengarkan nasihat dan

mengikuti yang baik daripadanya ” (Az Zumar: 17).

“ Maka Kami memberi selamat kepada Ibrahim akan mendapat putra yang sopan

santun (sabar) ” (Al Maidah: 101),

Rasulullah SAW juga memberikan kabar gembira (surga) kepada para

sahabatnya semisal, Abu bakar RA, Umar bin Khathab RA, Utsman RA, Ali RA, dan

sebagainya. Memberi bantuan sosial dan mengambil berat sesama jiran juga

merupakan tuntutan terhadap umat Islam. Orang-orang lemah mendapat perhatian

yang cukup tinggi dalam ajaran Islam dan kita diperintahkan untuk membantunya. Jiran

tetangga kita semestinya mempunyai hak seperti itu. Sekiranya kita mendapati jiran

menghadapi masalah dan mengalami kemiskinan, hendaklah kita memberi bantuan

sewajarnya. Bahkan orang yang tidak terbetik hatinya untuk menolong golongan

lemah, atau mendorong orang lain untuk melakukan amal yang mulia ini dikatakan

sebagai orang yang mendustakan agama.

“ Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak

yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin” (Al Maa’un: 1- 3).

4

Page 5: Adab Sosial Dalam Islam

Sebagai seorang umat Islam, hak-hak jiran itu perlu kita laksanakan, tidak mengira jiran

itu seorang muslim mahupun bukan muslim, mereka tetap merupakan jiran kita dan

mendapat hak-hak tersebut. Hadis Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka

hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada

Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara

yang baik atau diam.

Kesimpulannya, secara kesluruhannya Islam merupakan agama yang syumul dalam

segala hal, sehinggakan hak-hak jiran diangkat oleh Allah supaya umat manusia ini

sentiasa berbuat kebajikan tidak mengira siapa jiran kita sama ada yang agama Islam

atau sebaliknya. Sekiranya kita dikurniakan jiran bukan Islam, kita juga dituntut untuk

berbuat baik terhadap mereka. Begitulah besarnya nilai jiran dalam Islam. Oleh yang

demikian,

5

Page 6: Adab Sosial Dalam Islam

Rujukan:

Adab Interaksi Sosial dalam Masyarakat Muslim, 2009. Dilayari di laman web http://pks-

kab-bekasi.org/cetaktarbiyah.php?id=73 pada 26 Mei 2009.

Dipetik daripada Al-Islam. Com, 2009. Dilayari di laman web

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=28 pada 26 Mei

2009.

6