Upload
others
View
18
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MERANGKAP PRESIDEN ASEAN
CO-OPERATIVE ORGANIZATION
(ACO)
2
MAJLIS PENYERAHAN CEK
SUMBANGAN ANGKASA UNTUK
TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA
MEDIA PRIMA
29 JANUARI 2019 (SELASA)
10.00 PAGI
3
DEWAN DATO’ MOHD ALI
BAHARUM”A”, ANGKASA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
4
YBhg. Encik Mohammad Khaidir A.
Majid,
Pengarang Kumpulan Berita Harian
YBhg. Dato' Hj. Kamarudin lsmail
Timbalan Presiden ANGKASA
5
YBhg. Datuk Hj. Mohamad Ali
Hasan
Naib Presiden ANGKASA
YBhg. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKASA
6
YBhg. Tuan Haji Borhan Mat Aris
Pengurus Besar Bahagian
Komunikasi Korporat ANGKASA
YBhg. En Azlan Abdul Aziz
Pengurus Besar Kumpulan
Bahagian Komunikasi Korporat
7
Kumpulan Media Prima Berhad
Barisan Pengurusan Kanan
ANGKASA
Pengurusan Media Prima Berhad
Rakan Media
8
Dato’ / Datuk Tuan-Tuan Dan Puan-
Puan Yang Dihormati Sekalian.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan
limpah dan berkat kurniaNYA dapat
kita bersama-sama
9
berkumpul untuk Majlis Penyerahan
Cek Sumbangan ANGKASA
kepada Tabung Kemanusiaan
Media Prima Berhad
2. Saya mengucapkan terima
kasih dan Selamat Datang kepada
10
delegasi dari Media Prima Berhad
yang sudi hadir.
Hadirin dan hadirat yang saya
hormati sekalian,
11
3. Koperasi merupakan
pertubuhan secara demokrasi yang
menyatukan masyarakat secara
sukarela dan memberi keutamaan
kepada anggota-anggotanya.
Setiap anggota
12
mempunyai matlamat dan hala
tuju yang sama , iaitu untuk
meningkatkan kepentingan
ekonomi para anggotanya malah
pada masa yang sama
menyumbang kepada masyarakat
amnya.
13
4. Sepertimana yang semua telah
maklum, ANGKASA sebagai badan
Puncak Gerakan Koperasi yang
diiktiraf oleh Kerajaan yang
menaungi 14,094 buah koperasi di
seluruh negara sentiasa melakukan
14
yang terbaik untuk memperkasa
Gerakan Koperasi Negara.
5. Statistik koperasi yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) sehingga
30 Jun 2018 menunjukkan kira-kira
15
14,094 buah koperasi di seluruh
negara dengan keanggotaan
individu kira-kira 6.5 juta orang.
Jumlah modal syer / yuran anggota
adalah sebanyak RM14.34 bilion,
jumlah aset RM140,42 bilion
16
dan perolehan tahunan sebanyak
RM40.24 bilion
6. ANGKASA sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi menyatukan
serta menjadi suara gerakan
koperasi dalam merangsang
17
perniagaan sektor ini di peringkat
domestik dan juga global.
Walaubagaimanapun, ANGKASA
juga amat menitikberatkan hal-hal
berkaitan kebajikan dan
kesukarelawanan menerusi
program tanggungjawab Sosial
18
Koperasi (CSR) selaras dengan
prinsip ketujuh koperasi, Prihatin
terhadap Masyarakat.
7. Justeru, penderitaan etnik
Rohingya sebagaimana yang
dipaparkan oleh oleh media massa
19
membuatkan ANGKASA rasa
terpanggil untuk membantu dan
menyeru koperasi-koperasi
dibawah ANGKASA untuk
memberikan sumbangan sebagai
tanda keprihatinan untuk
meringankan penderitaan yang
20
dilalui oleh masyarakat Rohingya.
Kita membantu bukan kerana
kaum, agama atau bangsa, tetapi
kita membantu di atas keprihatinan
sesama insan dan mereka harus
dibantu untuk terus hidup.
21
Hadirin dan hadirat yang saya
hormati sekalian,
8. Menerusi Tabung Kemanusiaan
Rohingya ANGKASA yang
dilancarkan sejak September tahun
2017 sebagai saluran untuk
22
anggota koperasi menghulurkan
sumbangan, Tabung ini telah
berjaya mengumpul sebanyak
RM92, 040.30 (SEMBILAN PULUH DUA
RIBU EMPAT PULUH RINGGIT DAN
TIGA PULUH SEN)
23
Nota: Sumbangan ANGKASA
RM20,000
9. Saya juga mengalu-alukan
kolaborasi dengan pihak Media
Prima Berhad untuk melaksanakan
program tanggungjawab sosial
24
koperasi (CSR) bersama-sama
dengan ANGKASA dan sedia
bekerjasama dalam program-
program kebajikan atau
kesukarelawanan menerusi Rakan
Sukarelawan Coop Malaysia yang
25
digerakkan oleh Bahagian
Komunikasi Korporat ANGKASA.
10. Untuk makluman YBhg. Dato’/
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sehingga kini ANGKASA telah
melaksanakan pelbagai program
26
Tanggungjawab Sosial Koperasi
(CSR) dengan tema “Coop Care”.
Diantaranya aktiviti sukarelawan
bersama kanak-kanak Autisme di
Pusat Permata Kurnia, Sentul,
Program Gotong-Royong di Taman
Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu,
27
Program Tautan Kasih Bersama
Warga Gelandangan di Pusat
Khidmat Sementara Gelandangan,
memberi bantuan kepada mangsa
banjir di Pantai Timur dan Perak
yang berlaku beberapa tahun
dahulu serta Sumbangan Program
28
Sejuta Tudung untuk rakyat
Kemboja.
11. Akhir kata, saya sekali lagi ingin
merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan kepada
seluruh anggota koperasi yang
29
telah memberi sumbangan Tabung
Kemanusiaan Rohingya ANGKASA
dan terima kasih serta syabas
kepada Media Prima Berhad yang
telah mengumpul dana menerusi
Tabung Kemanusiaan Rohingya
Media Prima. Semoga sumbangan
30
ini akan dapat mencapai
objektifnya dan terima kasih sekali
lagi.
Kepada semua YBhg. Dato’, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan yang
melapangkan masa untuk
31
menjayakan program pada hari ini.
Semoga program – program
seterusnya yang akan dianjurkan
akan berjalan dengan lancar dan
memberi manfaat kepada semua.