Upload
vantuong
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

BAB III
SEJARAH ISLAM DI MUKAH SARAWAK
A. Sejarah Masuk Islam Di Mukah Sarawak
Sejarah kedatangan Islam merupakan fenomena yang amat penting
dalam sejarah peradaban melayu. Menelusuri sejarah Islam di Mukah, hal ini
sangat berkait rapat dengan sejarah kemasukan kekuasaan Kesultanan Brunei
ke Sarawak sekitar 1500 Masehi.34 Brunei memainkan peranan yang penting
dalam mengerakkan dakwah Islam di Borneo dan juga pulau-pulau di
Maluku, lebih-lebih lagi apabila sultannya mengistiharkan gerakan dakwah
Islamiah secara besar-besaran.35
Sebagaimana juga sejarah kedatangan Islam ke Brunei yang
menimbulkan berbagai-bagai pendapat, begitu juga halnya dengan
kedatangan Islam ke Sarawak. Kebanyakan penulis menghubungkan
kedatangan Islam ke Mukah Sarawak dengan kedatangan Islam ke Brunei.
Dalam kajian Islam sejarah Islam Sarawak, kebanyakan tempat seperti
Saribas, Maluku, Bintulu dan Mukah sangat aktif dalam halnya kemasukan
para pedagang-pedagang dari Brunei.36 Maka dengan itu, fakta sejarah
mengatakan masyarakat tempatan mendapat kemasukan Islam salah satu
faktornya adalah langsung dari pedagang-pedagang Islam Brunei. Pedagang-
pedagang Brunei aktif berhubung di Mukah, Kuching, Saribas dan Santubong
34Al-Sufri dan Haji Awang Mohd Jamil, Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam(Kementerian Kebudayaan, 2001), 37.35Wan Hussein Hazmi, Kedatangan Islam dan Perkembangan di Alam Melayu ke VII M hinggaabad ke XVVI M, 1989, 20.36Hj Ibrahim Masnon, Islam di Brunei, Sabah dan Sarawak (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana,1998), 84.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
27
karena Sarawak ketika itu merupakan wilayah yang dikuasai oleh Sultan
Brunei yakni Sultan Muhammad.37
Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei di Sarawak 1599
Masehi.pedagang-pedagang dari keturunan mereka mendapat penghormatan
istimewa dari penduduk pribumi (Sarawak). Mereka pendapat layanan
istimewa bukan sekadar faktor barang dagangan, akan tetapi meraka di layan
baik atas faktor pedagang-pedagang mempunyai ilmu yang luas mengenai
Islam. Maka dari situ, ada juga sesetengah penduduk pribumi bukan sekadar
menjalinkan hubungan sebagai penjual dan pembeli sahaja, tetapi sebagai
murid dan guru.38Justeru itu, masyarakat yang tinggal di pelabuhan pantai
Sarawak adalah dipercayai mula-mula menerima Islam kerna kedudukan
geografisnya yang mudah untuk didatangi oleh pedagang-pedagang luar.
B. Perkembangan Islam Pada Zaman Penjajahan Brooke
Pada pertengahan abad ke-19, perkembangan dan penghayatan agama
Islam semakin meluas dan kuat serta telah menjadikan Brunei sebagai sebagai
sebuah kerajaan melayu Islam yang mantap dan terkenal di alam Melayu
yakni dalam pemerintahan Sultan Bolkiah yang mana pemerintahan kerajaan
Brunei telah meliputi seluruh pulau Borneo.39 Perkembangan ini sudah pasti
terkesan di seluruh wilayah Sarawak termasuk Mukah walaupun
perkembangannya tidaklah sehebat di Brunei sendiri namun Sultan Bolkiah
telah meletakan asas yang kukuh untuk perkembangan Islam.
37Wan Yahya Wan Ahmad, Perkembangan Pendidikan Sarawak (Sinar Press: Sarawak, 2003), 28-29.38Ibid., 43.39D.E Brown, The Structure and History of A Borneo Malay Sultanate (Monograph of the BruneiMuseum Journal 1: 2000), 136.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
28
Namun menjelang abad ke 19, kekuatan Islam di bawah Kesultanan
Brunei yang aktif berkembang terutamanya di Kalimantan telah menjadi
lemah mengenai perluasan Islamnya ketika Sarawak telah jatuh ke tangan
penjajah Barat yakni oleh keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga tahun
1941.
Ketika pemerintahan Brooke, muncul seorang mubaligh Kristen yang
bergerak aktif berdakwah tentang ajaran Kristen kepada penduduk Ssrawak.
Beliau ialah Francis T. MacDougall yang tiba di Kuching pada tahun 1848.
Beliau mempunyai strategis yang tersendiri dalam memperluaskan ajaran
Kristen. Antara lain, beliau membuka sekolah kepada anak-anak pribumi
untuk kemudahan menuntut ilmu. Melalui sekolah itu, telah diwujudkan
dasar-dasar ajaran Kristen terhadap anak-anak pribumi.Selain itu juga,
Borneo Church Mission juga dibangun oleh beliau yang berfungsi sebagai
pusat penyebaran agama Kristen.40
Sepanjang pemerintahan Brooke, pergaulan dan cara hidup
masyarakat pribumi Islam mula dipengaruhi oleh unsur-unsur Barat. Hal ini
sangat membimbangkan sebahagian masyarakat Islam yang lain. Sebagai
contoh, sekitar tahun 1920-an telah muncul persatuan-persatuan yang
bercorak hiburan seperti Kampung Tanjung Kesenangan Club (1926),
Sarawak Malay Tennis Club (1929) Sinjan Music Club dan Surabaya Jolly
Minstrels.41 Antara yang dikritik hebat oleh masyarakat adalah majlis joget
yang berlarutan hingga ke Subuh seperti yang di catatkan dalam Sarawak
Gazette bertarikh 2 Disember 1935:
40Ghazali Basri, Kristian Di Sarawak Satu Kajian Kes, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 2010,24.41Zulkifli dan Juanda, Kemasyalatan Ummah, 2008, 48.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
29
…with those drum, the lady singers strike behind the curtains, singing
beautiful songs, in front, the youngsters will jump and step dance inany
direction they desire, and the chance of two dancers is simultaneous.. in
conclusion, last in earnest that home folks should take steps to limit these
dancers, as they lead to ruination and whosoever craves for their
continuation only invites more practical troubles and nuisance…42
Di samping itu, perubahan dalam cara berpakaian di kalangan masyarakat
Islam di seluruh Sarawak juga turut berlaku. Fenomena ini tercatat juga
dalam Sarawak Gazzette bertarikh 2 Disember 1935:
…During the last few years the tradisional dress of the Malay appears
largely to have given way to gaudy neckties, blazers and bell bottom
trousers. This seems a pity. Visitor from Malaya where national dress is
far more generally worn that it is here cannot fail to be unfavourably
impressed and ut seems Government might take the lead by insisting on all
malay cutumes in the office.43
Kesedaran sebilangan pribumi Islam Sarawak samada Melayu
mahupun Melanau tentang kepentingan menghayati ajaran Islam
menyebabkan mereka mula menunjukan perasaan tidak puas hati terhadap
pihak penjajah dan budaya Barat yang mula menular di kalangan masyarakat
Islam itu.Ini dihangatkan lagi dengan kasus kedudukan orang pribumi yakni
Melanau dan Melayu yang seringkali dikaitkan dengan masalah kemunduran
terutama dalam bidang ekonomi dan juga pendidikan.Hal ini telah mendorong
42Azry Hafify Mustapa, “Sebaran agama Kristian melalui pendidikan di zaman Brooke”, dalamhttp://www.ismaweb.net/2014/01/sebaran-agama-kristian-melalui-pendidikan-di-zaman-brooke/(24 Disember 2015)43Ibid., 98.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
30
pemikir-pemikir untuk menyuarakan pendapat mereka, sekaligus
menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya kemajuan dalam
kehidupan.Oleh yang demikian mereka telah menerbitkan Koran yang bukan
sahaja berperanan sebagai penyampai berita, tetapi juga sebagai wadah untuk
menyebarkan pengetahuan Islam. Koran tersebut ialah Fajar Sarawak.44
Fajar Sarawak dilancarkan untuk memberi kesedaran di kalangan
masyarakat Islam supaya memberi perhatian terhadap kedudukan politik dan
ekonomi disamping memeupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat
Islam. Para penulis didalam Koran itu berpendapat bahawa perkara asas yang
perlu dilaksanakan ialah berpegang teguh terhadap ajaran Islam karena
dengan cara ini barulah orang-orang melayu dapat mengubah sikap mereka
untuk mencapai kemajuan. Selain itu, Koran ini juga membicarakan hal-hal
yang berkaitan Islam. Antara rencana-rencana yang telah di masukan dalam
Koran ini ialah “Hikmah dan Rahsia Puasa”, “Dari Hal Agama Islam” dan
juga “Kewajiban Kita Sebagai Manusia”45 dalam masa yang sama,
perdebatan mengenai peranan agama dalam kehidupan harian masyarakat
Islam serta langkah-langkah pemulihan atau pembaharuan turut diutarakan.
Sehubungan dengan itu, Fajar Sarawak juga menyiarkan berita-berita semasa
yang berlaku di negara-negara Islam yang lain seperti di Afghanistan, Iran,
Turki dan Negara-negara di Timur tengah.
Berkaitan dengan kekuasaan Brooke dengan agama Islam di Sarawak,
ketika Brooke mula berkuasa di Serawak tahun 1841 dan seterusnya zaman
pemerintahan British, mereka sama sekali tidak berjaya menukar agama
44Muhammad Rakawi Yusuf, Menjejaki Sejarah Sarawak di Masa Brooke (Fajar Rohani:Universiti Malaya, 2009), 93.45Ibid., 100-101.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
31
penduduk Islam di Sarawak walaupun usaha pengkristenan itu begitu hebat di
jalankan dengan bermula lebih awal.46Hal ini adalah karena sebelum
kedatangan James Brooke ke Sarawak, kedudukan pembesar-pembesar
melayu di Sarawak ternyata begitu kukuh ditambah lagi dengan pegangan
agama Islam yang begitu kuat hasil dakwah dari Kesultanan Brunei
sebelumnya. Sekiranya kedudukan orang melayu yang telah menganut Islam
tidak kuat pada masa itu, pasti amat mudahlah penyebaran Kristen itu
berkembang di seluruh Sarawak kerana usaha dakwah Kristen pada masa itu
amat kuat. Namun berkat daripada pertolongan Allah, umat Islam di seluruh
Sarawak selamat daripada permurtadan oleh golongan paderi-paderi Barat
tersebut.
C. Tokoh Ulama Sarawak Sebelum Kemerdekaan
Walaupun begitu kuatnya cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
setelah kemasukan keluarga Brooke dan zaman penjajahan British, namun
satu perkara yang amat penting ialah munculnya ulama yang berwibawa yang
telah memainkan peranan mempertahankan Islam serta menyebar luaskan
pengaruhnya pada ketika itu. Mereka telah menabur jasa dan bakti yang besar
dalam usaha memantapkan akidah umat Islam dan meningkatkan
penghayatan terhadap syariat Allah sekaligus memartabatkan kedudukan
umat Islam yang merupakan golongan minoritas di Serawak dulu dan kini.
Antara ulama awal di Sarawak ialah Al-Marhum Datuk Hakim Abang
Haji Abdul Rahman (1829-1890M). Beliau dikenali oleh anak cucunya dan
juga masyarakat sebagai Datuk Hakim Keramat.Belaiu adalah seorang yang
46Anis Hj Abot, Peranan Pegawai Islam Sarawak Dalam Dakwah Bersepadu (KualaLumpur:2009), 79.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
32
sangat mengambil berat dalam pegangan agamanya sehingga tindak tanduk
seharian beliau adalah didasarkan kepada dasar-dasar Islam.47
Al-Marhum Datuk Hakim Keramat setakat yang dapat di kesan
sehingga kini mempunyai salasilah keturunan daripada Abang Ambil yang
berkahwin dengan Dayang Bagus.Perkahwinan mereka ini telah melahirkan
ayahanda kepada Al-Marhum Datuk Hakim Keramat iaitu Haji Ibrahim. Haji
Ibrahim telah berkahwin dengan Dayang Wan Maimunah dan hasil dari
perkahwinan ini lahirlah Datuk Hakim Keramat. Datuk Hakim Keramat
berkahwin dengan Dayang Fatimah dan menghasilkan anak-anak yang ramai
seperti Datuk Hakim Azhari, Datuk Hakim Haji Ashaari, Sheikh Shabli,
Datuk Imam Haji Suhaili, Datuk hakim Haji Musaili dan lain-lainnya.48
Al- Marhum belajar agama di Mekah dan telah berangkat ke Mekah
sewaktu berusia lebih kurang 12 tahun. Ketika Serawak dijajah oleh Brooke,
beliau kembali ke Serawak buat sementara pada tahun 1850M, karena takut
dan bimbang “orang putih” mengubah akidah masyarakat pribumi.49
Daripada senarai ulama Sarawak, jelas sekali bagaimana peranan
penting yang dimainkan oleh Al-Marhum Datuk Hakim Keramat yang
mempunyai ramai anak murid yang terdiri daripada anak beliau sendiri, anak
susuan dan lain-lainnya. Beliaulah pemangkin dan dan penggalak kepada
anak-anak muridnya supaya menyambung pelajaran ke Mekah pada masa
itu.Antara anak murid beliau yang terkenal ialah Datuk Hakim Ashaari (anak
beliau sendiri) dan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.
47Azhar Ahmad, Masyarakat Bidayuh di Bahagian pertama Sarawak, 2009, 18.48Ismail Abd Rahman, Kegemilangan Tokoh Sarawak, 1998, 60-62.49Ibid., 39.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
33
Menyentuh mengenai tokoh agama yakni Datuk Hakim Haji Ashaari,
beliau adalah salah seorang daripada anak murid handalan Datuk Hakim
Keramat yang kemudiannya mengambil alih tugas ayahnya sebagai Datuk
Hakim. Beliau adalah seorang alim ulama yang progresif dan terkenal yang
lebih menguasai dalam bidang agama terutamanya dalam bidang Ilmu
Fiqh.50Beliau juga adalah seorang yang kuat dan gagah berdakwah di seluruh
Kabupaten Sarawak demi untuk menyebarkan agama Islam kepada
masyarakat.
Selain daripada Datuk Hakim Ashaari, Allahyarham Sheikh Haji
Othman Abdul Wahab juga adalah merupakan anak murid yang arif dalam
ilmu agama.Sejak menjadi anak murid Datuk Hakim Keramat, beliau telah
berazam untuk memperdalami ilmu agama sebetul-betulnya. Kebanyakan
masa harian beliau dipergunakan untuk mengali ilmu agama dengan cara
lebih banyak membaca buku. Waktu malam beliau akan mengulangkaji ilmu
yang beliau telah dapat pada siang harinya. Apabila telah tiba waktunya,
beliau telah dihantar oleh Datuk Hakim Keramat ke Mekah bersama anak-
anak murid yang lainnya.
Penglibatan al-Marhum Syeikh Othman dalam bentuk pengajaran di
Sarawak tidaklah sebanyak tokoh-tokoh ulama yang lain. Ini karena beliau
banyak menghabiskan masanya mengajar ilmu-ilmu agama di Masjidil
Haram di Mekah al Mukarramah dan menetap di situ. Inilah perbezaan
dengan diantara beliau dengan tokohagama yang lain di Sarawak. Sekali
sekala al-Marhum juga pulang ke Sarawak.Semasa beliau pulang ke tanah air,
50Azhar Ahmad, Pewaris Bangsa Pribumi Islam (Pustaka Sarawak, 2008), 79.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
34
beliau menggunakankn kesempatan itu dengan sebaiknya untuk mengajar dan
mendidik masyarakat tempatan dengan ilmu agama.
D. Tokoh dan Ulama Sarawak Setelah Merdeka
Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September
1963.51 Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi
menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai
pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan
bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan
termasuk pembangunan insan.
Sarawak telah mempunyai lima orang Ketua Menteri iaitu yang
pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai
1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari
tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub dari 1970-
1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981 hingga
2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.
Di sini penulis ingin menekankan mengenai tokoh Menteri yang
ketiga yakni Abdul Rahman bin Ya’kub. Kepimpinan Abdul Rahman bin
Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak amat menyerlah berbanding dua
ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini berjaya membawa keamanan,
perpaduan masyarakat, pembangunan dan kemajuan fizikal Negeri Sarawak
sebagaimana telah dibincangkan pada bab yang ketiga kajian ini. Tokoh ini
mendapati umat Islam menerima pembangunan fizikal yang dibawa dengan
51Abdul Hafiz, Kesatuan Malaya dan Borneo (Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka, 1999), 37.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
35
baik tetapi beliau bimbang apabila melihat keadaan umat Islam yang masih
ketinggalan dan rendah kesedaran agama mereka.
Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama
dan terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan
kehidupan ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka,
berfoya-foya dan pergaulan bebas.52
Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan
kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah
berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini
telah melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat
pembangunan insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini,
yang terpenting sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA.
Tujuan tokoh ini di sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai
medium untuk membawa perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas
terhadap umat Islam. Pelaksanaan dakwah secara organisasi berpeluang
memberi impak yang jauh lebih besar daripada pelaksanaan secara individu.
Tokoh ini telah merombak dan yakin dalam langkah beliau menginstitusikan
dakwah dengan menubuhkan organisasi dakwah.
a) Penubuhan Bina oleh Abdul Rahman bin Ya’kub tahun 1969
Tokoh ini mengetuai penubuhan organisasi yang dikenali dengan
nama BINA pada tahun 1969. BINA adalah Angkatan Nahdatul Islam
52 Abdul Rahman Fadzail, Wawancara, Miri, 19 nopember 2015.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
36
Bersatu yang dibaca terbalik setiap huruf pertama pangkal perkataannya
membentuk perkataan BINA.53
Fakta menyebut bahawa penubuhan BINA adalah hasil dari usul
yang timbul daripada sebuah kongress yang diadakan pada tahun 1968
iaitu Kongress Islam Malaysia Timur di Kuching.Berdasarkan pengamatan
penulis berkaitan usul usul atau resolusi yang terhasil dari kongress
tersebut tidaklah secara langsung menyentuh penubuhan BINA. Terdapat
sebuah usul yang paling hampir yaitu keputusan yang telah diluluskan,
keputusan nombor tiga dari pembentangan kertas kerja oleh Encik Abdul
Taib Mahmud yang bertajuk Kedudukan “Orang-Orang Islam Di Malaysia
Timur”.54 Keputusan tersebut adalah seperti berikut ;
...Kongress berpendapat bahawa masanya sudah tiba bagi orang-orang
Islam memikirkan cara-cara hendak melancarkan pekerjaan mubaligh
(missionary work). Sebagai langkah yang pertama ialah diadakan rayuan
kepada negara-negara Islam yang kaya dan kepada umat Islam di
Malaysia supaya mengadakan satu tabung untuk membiayai perancangan
tersebut...
Pada analisa penulis, istilah missionary work dalam keputusan di
atas sememangnya menggambarkan BINA. Berdasarkan dari gerak kerja
dan tujuantujuan penubuhan BINA, ia adalah sebuah gerakan missionary.
Oleh itu penulis yakin keputusan di atas menjadi asas yang paling hampir
kepada penubuhan BINA pada tahun 1968.
53 Staf Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, “Resolusi Kongres Islam MalaysiaTimur”, dalam http://bppmis.blogspot.co.id/2009/01/resolusi-kongres-islam-malaysia-timur.html(21 Disember 2015)54 Wan Hussein Azmi, Kedatangan Islam dalam Perkembangan Di Alam Melayu (Kertas KerjaSeminar Antarabangsa Tamadun Islam di Alam Melayu), 20.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
37
Secara ringkas disebutkan di sini bahawa kepentingan kongres
diadakan adalah sebagai langkah untuk mencetuskan kesedaran di
kalangan umat Islam daripada kelalaian serta kealpaan mereka. Selain itu
juga adalah untuk mengembalikan umat Islam pada landasan yang asal
kerana gejala budaya liar yang telah dibawa penjajah tersebar secara
meluas dan bertapak kuat di tengah umat Islam. Budaya ini semakin
menjadi trend terutama di kalangan anak muda Islam sehingga sukar
membezakan mereka dengan anak muda bukan Islam dari segi pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan, budaya pesta pora, minum arak,
berpakaian yang mendedah aurat serta berbagai lagi masalah yang lain.55
Oleh yang demikian, penubuhan BINA ketika itu sangat penting
dan tepat pada waktunya bagi menangani gejala yang tidak sihat itu
daripada berterusan. Disamping itu, kewibawaan dan kepimpinan tokoh ini
dalam mengemudi BINA benar-benar menyentap lamunan umat Islam
yang mabuk dengan budaya Barat. Tokoh ini mampu menyedarkan mereka
daripada mimpi dan angan-angan kosong dan kemudian membawa mereka
bangkit untuk memartabatkan dakwah Islam di Sarawak.
Setelah itu BINA mula aktif masuk ke tengah masyarakat Islam
dengan membawa mesej dakwah dan juga kepada golongan non-Muslim
sebagai usaha mengajak mereka masuk Islam.56 Berbagai program dan
aktiviti telah dicanang untuk tujuan tersebut kemudian dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya. BINA menjadi jentera dakwah yang aktif bergerak
di Sarawak kepada semua lapisan masyarakat.
55 Afida Helmi, Metode Dakwah Di kalangan Masyarakat Dayak, Satu Kajian Di BahagianPertama, (Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, 1991), 77.56Ibid,.80.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
38
Selanjutnya catatan sejarah kepimpinan BINA merekodkan barisan
Presiden atau Yang Dipertua yang berkebolehan seperti berikut:
1. Abdul Raman bin Ya’kub menjadi Presiden BINA dari tahun 1969
hingga 1988
2. Mohd. Mortadza bin Haji Daud (Datuk) menjadi Yang Dipertua
BINA dari tahun 1988 hingga 1993
3. Bujang bin Mohd. Nor (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua
BINA/HIKMAH dari tahun 1993 hingga 2005; dan
4. Abdul Aziz bin Dato Haji Husain (Tan Sri) menjadi Yang Dipertua
HIKMAH dari tahun 2005 hingga sekarang.
Sejarah BINA terus berkembang dan bercambah sehingga sekarang.
Penulis merasakan perlunya menyebut perubahan nama BINA kepada
HIKMAH kerana BINA sekarang adalah HIKMAH dan generasi baru
tidak lagi menyebut nama BINA bahkan mereka tidak mengetahui
maklumat tentang BINA.
Pertukaran nama BINA kepada HIKMAH telah disempurnakan
melalui Perhimpunan Perwakilan BINA pada tahun 1994. Perubahan nama
tersebut memberi imej dan semangat baru kepada BINA bergerak di
zaman moden ini dengan nama HIKMAH. HIKMAH terdiri daripada
HIKMAH Bahagian iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan,
Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu,
Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu, Bahagian Miri dan Bahagian
Limbang.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
39
b. Sumbangan Tokoh Tun Rahman Ya’kub
1. Aktivitas Surau Setia
Aktiviti yang pertama dipaparkan adalah Surau Setia iaitu
sebuah program yang diilhamkan oleh tokoh ini bagi mendekati para
pegawai kerajaan yang beragama Islam. Pelaksanaan program ini
adalah dengan kekerapan seminggu sekali di tempat yang berbeza-
beza mengikut kesesuaian yang ada dan program ini dikendali oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Pengisian program ini oleh
mufti Negeri Sarawak dan tokoh ini pernah menyampaikan ceramah
dalam program ini. Objektif program ini adalah untuk melibatkan
para pegawai kerajaan dengan program agama kerana ada dari
kalangan pegawai-pegawai ini memiliki gaya hidup yang bercanggah
dengan ajaran Islam.57Alangkah bahayanya sekiranya para pegawai
kerajaan ini dibiarkan dalam keadaan yang penuh mungkar kerana di
tangan mereka letaknya keputusan-keputusan penting dalam
pentadbiran bahagian atau daerah di Sarawak kerana mereka
bertugas di berbagai tempat seluruh Sarawak. Program ini telah
menyedarkan para pegawai ini akan tanggungjawab mereka sebagai
seorang Muslim dan menjadikan mereka lebih berjiwa Islam.
2. Darul Rahmah Pusat Latihan Dakwah BINA
Tokoh ini memandang serius aspek pendidikan terutamanya
dari kalangan Saudara Kita. Oleh itu sebuah pusat pendidikan
golongan ini ditubuhkan pada tahun 1977 bertempat di Jalan Haji
57Abdul Rahman Fadzail, Wawancara, Kuching 22 nopember 2015.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
40
Bolhasan Kuching. Pusat ini dinamakan Darul Rahmah Pusat
Latihan Dakwah BINA menganjur kelas Fardhu Ain kepada mereka
yang baru memeluk Islam.58Dengan adanya pendidikan serta
bimbingan yang baik kepada golongan ini akan membantu mereka
mengamalkan Islam dalam hidup mereka.
Bagi menampung keperluan golongan ini di kampung,
beberapa orang guru agama akan dihantar ke kampung Saudara Kita
di pedalaman untuk mengajar mereka sembahyang dan mengaji.
Tokoh ini sendiri pergi ke pedalaman untuk memberi nasihat,
mendidik dan mengajar Saudara Kita pengetahuan asas agama
Islam.59 Dengan aktiviti ini, keIslaman Saudara Kita lebih baik dan
semakin kukuh serta sukar untuk dipengaruhi oleh saudara mara
mereka yang tidak Islam.
58Ibid., 66.59Mohamad Syed Osman, Wawancara, Kuching 23 nopember 2015.