Upload
ramziah-bongsu
View
376
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
1/16
TEKNIK GA-MA ;
SATU KAEDAH MENGUASAI
KEMAHIRAN MASA DAN WAKTU.
Oleh
Hazni bin Osman
Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah
KM 3, Jalan Hassan
85000 Segamat, Johor.
ABSTRAK
Kajian ini pada asasnya dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 menguasai dan
meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik khasnya di bawah tajuk Masa
dan Waktu dengan menggunakan Teknik Ga-ma. Kemahiran dalam tajuk ini
memerlukan murid menguasai asas masa dan waktu iaitu jam, minit dan saat.
Apabila mereka telah menguasai kemahiran asas ini, maka mudahlah mereka
menjawab soalan matematik yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam kajian ini
seramai 5 orang murid yang sederhana dan lemah dari Kelas Tahun 5 telah dipilih
sebagai kumpulan sasaran berdasarkan kajian awal yang dijalankan. Kajian awal ini
dilakukan berdasarkan pemerhatian, temubual, hasil kerja dalam kelas, latihan
bertulis serta rekod ujian ( diagnostik dan pra ). Hasil kajian awal ini , didapati 5
orang murid tersebut berada di dalam kelompok yang lemah berkaitan tajuk masa
dan waktu. Mereka menghadapi masalah untuk mencari tempoh masa dalam jam
dan minit, menambah atau menolak jam dan minit serta menentukan waktu mula
atau waktu akhir sesuatu aktiviti yang diberikan dalam soalan berbentuk
penyelesaian masalah. Mereka juga agak lemah untuk menanamkan konsep masa
bagi jam iaitu 60 minit. Teknik ini membantu murid memahami dan mengingati
konsep 60 minit adalah satu jam. Ia juga membantu murid menambah dan menolak
masa dalam minit dan jam, mencari tempoh masa serta menentukan waktu mula
atau waktu akhir sesuatu aktiviti. Teknik ini amat mudah digunakan ,
menyeronokkan dan memang amat membantu murid lemah kerana ia lebih kepada
penggunaan hands on.
1
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
2/16
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.
Bila saya mula mengajar mengenai tajuk masa dan waktu, didapati ramai murid tidak
dapat menjawab kebanyakan soalan penyelesaian masalah. Dalam soalan tersebut
murid diminta mencari tempoh masa sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Jangkaan saya pada mulanya ialah kemungkinan soalan ini lebih tinggi arasnya
berbanding kemampuan murid. Apabila saya berikan soalan soalan lain yang lebih
rendah arasnya , mereka masih tidak berjaya menjawab malah ada yang
membiarkan saja soalan tanpa dijawab. Bermula dari keadaan itu, saya berasa perlu
melakukan sesuatu supaya murid-murid ini boleh menjawab sekurang-kurangnya
sebahagian daripada keseluruhan soalan yang diberikan.
Dapatan awal saya ialah murid-murid ini tidak menguasai kemahiran asas dalam
tajuk Masa dan Waktu iaitu jam dan minit. Oleh itu, mereka menghadapi masalah
untuk menjawab soalan berkaitan tajuk tersebut.
2.0 Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan kemahiran
menjawab soalan matematik berkaitan Masa dan Waktu.Teknik Ga-Ma ini diajar
menggunakan kaedah pengajaran ansur maju supaya murid dapat menguasai
kemahiran asas dalam pengiraan jam dan minit. Kelemahan untuk menguasai
kemahiran asas dalam tajuk ini akan menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan
masalah berkaitan tajuk.
Sebagai contoh, jika diberi soalan ( 40 minit + 40 minit : berikan jawapan dalam
jam dan minit ) kebanyakan murid menjawab 80 minit. Ini adalah kerana merekasukar untuk menukarkan unit jam dan minit tanpa memahami konsep 60 minit adalah
1 jam.
Teknik Ga-Ma ini dicipta bagi memastikan murid menanamkan konsep jam dan minit
itu dalam ingatan mereka kerana konsep ini diterjemahkan secara konkrit dengan
penggunaan alatan. Teknik ini mempunyai tiga fasa bermula dari alatan hingga
kepada penggunaan teknik.
2
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
3/16
Teknik Ga-Ma mengikut fasa:
Fasa 1 ( Alatan Bahan Bantu Mengajar )
Fasa 2 ( Teknik Ga-Ma Versi Murid )
Fasa 3 ( Teknik )
3
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
4/16
3.0 Objektif Kajian :
1.1 Objektif Umum
Membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik berkaitan
tajuk Masa dan Waktu.
1.2 Objektif Khusus
1.2.1 Menggunakan Teknik Ga-Ma untuk menyelesaikan masalah matematik untuk
mencari tempoh masa, waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti.
1.2.2 Menyelesaikan soalan menambah dan menolak masa dan tempoh masa
dalam minit dan jam.
1.2.3 Meningkatkan minat murid mempelajari matematik.
4.0 Kumpulan Sasaran.
Kumpulan sasaran terdiri daripad 5 orang murid Tahun 5 yang menghadapai
masalah dalam menjawab soalan matematik untuk tajuk Masa dan Waktu.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan tinjauan awal, pemerhatian dan ujian pra
yang dijalankan terhadap murid Tahun 5 berkenaan.
5.0 Pelaksanaan Kajian.
5.1 Tinjauan Masalah:
Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi, satu tinjauan yang sistematik
telah dijalankan. Tujuannya adalah untuk memastikan apakah masalah,
siapakah yang terlibat dan apakah langkah-langkah yang boleh dirancang
untuk mengatasinya. Tinjauan ini dilaksanakan berpandukan kaedah-kaedah
berikut:
5.1.1 Pemerhatian
Dijalankan semasa P & P di dalam kelas. Murid yang bermasalah dikenalasti
melalui respon serta penyertaan mereka dalam aktiviti berkaitan.
5.1.2 Soalselidik
4
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
5/16
Kaedah ini dijalankan secara rawak semasa pengajaran dan pembelajaran
dilakukan. Murid ditanya secara lisan tentang masalah mereka ketika
menjawab soalan yang diberikan. Respon mereka dicatat dan dikumpulkan
untuk dianalisis.
5.1.3 Ujian Diagnostik
Kaedah ini menggunakan set soalan khusus untuk tajuk Masa dan Waktu. Ia
mengandungi soalan aneka pilihan dan bertulis berbagai aras.
5.1.4 Ujian Pra / Ujian Pos
Ujian ini diberikan kepada murid sasaran. Hasil ujian ini direkod untuk analisis
dan perbandingan.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah:
Tinjauan awal telah dijalankan ke atas murid tahun 5 dan dilakukan dalam
tempoh sebulan. Tujuan utama adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan
murid yang terlibat sebagai kumpulan sasaran.
5.2.1 Pemerhatian
Hasil pemerhatian dalam kelas lebih kurang 10 orang murid mempunyai
masalah dalam topik ini. Mereka mudah keliru apabila berlaku pertukaran
antara unit jam dan minit. Namun dalam kajian kali ini hanya 5 orang saja
dipilih dengan tahap penguasaan berbeza , iaitu lemah dan sederhana.
5.2.2 Soal selidik
5
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
6/16
Soal selidik ini dibuat secara rawak semasa P & P. Bila murid sedang
membuat latihan, guru menyoal murid dan respon mereka direkod.
Contoh:
Mengapa tak jawab soalan ini?
Kenapa minit ini tidak ditukar kepada jam dan minit?
Berapa jam tempoh yang diberi? ( soalannya dalam unit minit)
Respon murid:
Kenapa jam ini lebih/kurang?
Tak ingatlah 80 minit ni dah lebih dari 1 jam
Macam mana nak tukar jadi jam dan minit?
5.2.3 Ujian Diagnostik
Kaedah ini menggunakan set soalan khusus bagi tajuk Masa dan Waktu.
Tahap kesukaran sederhana dan mudah. Hasil ujian ini, kita akan dapat
menilai sejauh mana tahap penguasaan murid bagi tajuk ini.
5.2.4 Ujian Pra.
Hasil dari ujian ini direkodkan seperti berikut:
Jumlah
Soalan
Jumlah jawapan
betul
Bilangan
murid %
10
soalan
10 8 - -
7 6 - -
5 - 4 2 40
3 2 2 40
1 - 0 1 20
JUMLAH 5 100
Berdasarkan Ujian Pra didapati didapati 3 orang murid sasaran ( 60%) hanyadapat menjawab kurang daripada 3 soalan dengan betul.Ini adalah satu keadaan
yang membimbangkan dan perlu diambil tindakan segera oleh guru khasnya tajuk
ini.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan.
6
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
7/16
5.3.1 Bagi mengatasi kurangnya penguasaan kemahiran dalam tajuk Masa dan
Waktu , maka diperkenalkan Teknik Ga-ma. Teknik ini mengandungi tiga (Fasa).
Berikut adalah perincian tentang fasa-fasa tersebut:
a) Fasa 1:
Melalui fasa ini, murid sasaran akan diajar menggunakan alatan Teknik Gama.
Berikut adalah contoh penggunaan alatan Teknik Ga-Ma:
Topik : Masa dan Waktu
Kemahiran : Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang
diberi [ tanpa melibatkan minit ]
Kata kunci : Jam bertambah, butang bergerak ke kanan.
Contoh soalan :
Ali mula mengulangkaji pelajaran pada pukul 8.00 pagi selama 2 jam.
Pukul berapakah Ali tamat mengulangkaji ?
Penyelesaian :
Langkah 1
- Tetapkan masa mula belajar pada muka jam waktu mula.
- Letakkan butang pada garis jam di nombor 8.Langkah 2
- Tulis tempoh masa yang diberi pada ruangan tempoh masa pada Papan
Teknik GA MA.
- Gerakkan butang pada garis / indikator jam sebanyak dua kedudukan ke
kanan bagi melambangkan 2 jam.
Langkah 3
7
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
8/16
- Baca kedudukan baru butang selepas digerakkan [ jawapan ] iaitu
nombor sepuluh.
- Lukis jarum jam pada waktu akhir.
- Baca waktu yang ditunjukkan ada muka jam / jawapan sebenar.
- Jawapannya : Pukul 10.00 pagi.
Topik : Masa dan Waktu
Kemahiran : Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang
diberi [ melibatkan jam dan minit minit tidak
melebihi 60 minit ]
Kata kunci : Jam bertambah, butang bergerak ke kanan.
Contoh soalan:
Ali bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 9.10 pagi. Perjalanan mengambil
masa selama 3 jam 30 minit. Pukul berapakah Ali sampai ke destinasinya ?
Penyelesaian :
Langkah 1
- Tetapkan masa mula pada muka jam [ waktu mula ].
- Letakkan butang jam pada nombor 9 bagi menandakan pukul 9.
- Letakkan butang minit pada nombor 10 bagi menandakan 10 minit.
Langkah 2
- Tulis tempoh masa yang diberi.
- Gerakkan butang jam ke kanan sebanyak 3 [ 3 jam ].
- Gerakkan butang minit ke kanan sebanyak 30 [ 30 minit ].
Langkah 3
- Baca kedudukan baru butang jam [ nombor 12 ].- Baca kedudukan baru butang minit [ nombor 40 ].
- Lukis jarum jam waktu akhir berdasarkan kedudukan butang pada
indikator jam dan minit.
- Baca jawapan pada muka.
- Jawapannya : Pukul 12.40 tengah hari.
b) Fasa 2
8
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
9/16
Untuk fasa ini, murid tidak lagi menggunakan alatan Teknik Ga-Ma. Mereka akan
menggunakan pula Teknik Ga-Ma Versi murid. Bahan ini boleh digunakan di meja
murid atau pada bila-bila masa mereka cuba menyelesaikan masalah matematik
dalam tajuk Masa dan Waktu.
c) Fasa 3
Bagi fasa terakhir ini, murid tidak lagi menggunakan apa-apa alatan. Fasa ini lebih
kepada teknik ringkas yang boleh dibuat oleh murid. Mereka hanya perlu membuat
garisan ringkas bagi unit jam dan minit.
d) Membuat latihan selepas menggunakan alatan ( dengan bantuan guru
dan tanpa bantuan guru ).
e) Menjalani Ujian Pos
9
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
10/16
5.3.2 Bahan-bahan Yang Digunakan Semasa kajian
a) BBM Teknik Ga-Ma
b) Teknik Ga-Ma Versi Murid
c) Lembaran Kerja
d) Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos
5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.
i) Kajian tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 bulan bermula
pertengahan Januari hingga Mac 2007.
ii) Ujian Pra dijalankan sebelum murid menggunakan teknik ini untuk
perbandingan.
iii) Masa luang murid digunakan untuk mempelajari dan menguasai
penggunaan alatan Teknik ga-Ma.
iv) Saya bertindak sebagai Fasilitator ketika murid menggunakan alatan ini.
v) Setelah murid dapat menguasai teknik ini, murid akan diberikan latihan-
latihan berkaitan ( dibantu penggunaan alatan ).
vi) Setelah mahir, murid diberikan pula alatan versi murid dan menyelesaikan
soalan latihan ( bantuan minima guru )
vii) Murid yang mahir menggunakan teknik sahaja untuk menyelesaikan
masalah matematik.
viii) Ujian Pos dijalankan dan direkodkan keputusannya.
Jadual Pelaksanaan Kajian
10
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
11/16
TARIKH AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN
Januari Soal Selidik
Ujian Diagnostik
Pengumpulan Maklumat
Februari Ujian PraPenggunaan Alatan Teknik Ga_Ma
BBM Teknik Ga-maVersi Murid
Mac Ujian Pasca
Analisis
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Penilaian.
5.4.1 Pelaksanaan Fasa 1
Alatan Teknik Ga-Ma ini diperkenalkan kepada murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik. Pada sesi pertama, P & P lebih ditumpukan kepada cara
penggunaan alatan.
i) Pemerhatian
Dari pemerhatian saya, penggunaan alatan ini amatlah menarik minat semua
murid termasuk murid sasaran. Semua murid ingin cuba menggunakan
alatan ini. Minat ini semakin tinggi pada sesi kedua dan seterusnya sehingga
setiap waktu P & P Matematik , murid kelihatan begitu bersemangat.
ii) Refleksi
Saya mendapati murid amat berminat dan bersemangat ketika P & P jika
terdapat sesuatu yang baru dan menarik. Semua murid bersaing untuk
menjawab dengan bantuan alatan ini. Suasana P & P juga sangat kondusif
dan penglibatan murid amat tinggi.
5.4.2 Pelaksanaan Fasa 2
Apabila murid diberikan bahan baru iaitu Teknik Ga-ma Versi Murid, minat mereka
terus bertambah. Alatan yang boleh digunakan di meja murid sendiri memudahkanmereka menjawab soalan berkaitan.
11
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
12/16
Selepas setiap sesi penggunaan alatan murid akan diberikan latihan untuk dinilai
tahap penguasaan penggunaan teknik in.
Perbandingan Pencapaian Murid
MURID
JAWAPAN YANG BETUL
FASA 1 FASA 2
Responden 1 10 10
Responden 2 10 10
Responden 3 10 10
Responden 4 10 10
Responden 5 10 10
i) Pemerhatian
Setelah menggunakan teknik ini, murid menjadi lebih yakin untuk menjawab
soalan berkaitan jam dan minit. Semua soalan telah dapat dijawab dengan betul
walaupun mengambil masa. Mereka menggunakan alatan sebagai bantuan.
ii) Refleksi
Saya berpuas hati dengan pencapaian murid berdasarkan keputusan latihan-
latihan yang diberi sepanjang fasa 2. Konsep jam dan minit sebagai unit difahami
dan diaplikasikan ketika menjawab.
5.4.3 Pelaksanaan Fasa 3
Pada Fasa ketiga, murid dikehendaki menggunakan teknik garisan sahaja untuk
mewakili unit jam dan minit. Penggunaannya sama dengan alatan tetapi lebih ringkas
dan cepat. Semuanya hanya menggunakan garisan dan bulatan.
12
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
13/16
i) Pemerhatian
Dari pemerhatian saya murid telah yakin untuk menjawab soalan latihan yang
diberi. Merka menggunakan teknik garisan masa ini sebagai bantuan dan
untuk menyemak jawapan. Latihan juga dapat disiapkan dalam jangkamasa
yang lebih pendek.
ii) Refleksi
Saya berbangga dengan pencapaian murid-murid sasaran. Soalan matematk
yang sebelumnya dianggap susah telah dijawab dengan betul. Teknik ini
amat membantu meraka mendapatkan keyakinan diri secara beransur-ansur.
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Refleksi Pencapaian Murid.
Apabila rekod pencapaian murid sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
dibandingkan terapat perbezaan yang besar antara kedua-dua ujian tersebut.
Pencapaian Ujian Pos amat tinggi berbanding Ujian Pra ( lihat Graf Perbandingan ).
Ini menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Ga-Ma amatlah berkesan dalam
membantu meningkatkan pencapaian murid.
Graf Perbandingan Pencapaian Murid
0
2
4
6
8
10
UJIAN
PRA
UJIAN
POS
Res 1
Res 2
Res 3
Res 4
Res 5
Berdasarkan graf di perbandingan pencapaian tersebut, dapatlah dinyatakan bahawa
selepas menggunakan Teknik Ga-Ma murid-murid sasaran berjaya menjawab semua
soalan matematik yang diberi dengan betul. Ini apat dilihat dengan prestasi yang
ditunjukkan dalam Ujian Pos. Sebagai perbandingan Responden 4, hanya dapat
menjawab satu (1) soalan betul dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos pula
13
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
14/16
Responden 4 dapat menjawab sepuluh ( 10 ) soalan dengan betul. Ini merupakan
peningkatan sebanyak 90 peratus( % ). Begitu juga dengan responden yang lain
yang menunjukkan kadar peningkatan melebihi 70 peratus ( % ).
Ini menjelaskan bahawa Teknik ini amat berjaya digunakan oleh murid sasaran dan
tidak mustahil untuk diaplikasikan kepada murid-murid sederhana dan lemah yang
lain.
5.5.2 Refleksi Pemerhatian.
Penggunaan Teknik Ga-Ma ini dilihat dapat membantu murid lemah dalam asas
pengiraan unit jam dan minit. Dengan mengambil sedikit masa memahirkan diri
mempelajari teknik ini, murid dapat mengaplikasikan teknik ini ketika menjawab
soalan yang diberikan.
Minat serta keyakinan murid dilihat begitu tinggi dengan dengan adanya alatan yang
menarik ini. Proses P & P melibatkan penglibatan murid yang maksimum. Semua
murid bersaing untuk mengambil bahagian, mencuba serta menggunakan alatan ini.
Proses menggunakan Teknik Ga-Ma secara ansur maju juga menimbulkan
keyakinan diri dalam mencuba sesuatu yang berlainan. Keistimewaan alatan ini
yang membolehkan murid mendapat jawapan tanpa pengiraan yang panjang
memudahkan murid yang lemah mengira. Ini dapat merangsang mereka untuk
mencuba lebih banyak soalan tanpa rasa bimbang jika tidak dapat menjawab soalan
dengan betul.
Sebagai kesimpulan, penggunaan Teknik Ga-Ma ini membantu murid menjawab
soalan berkaitan masa dan waktu dengan betul . Teknik ini mudah dikuasai dandapat diaplikasikan sepenuhnya oleh murid-murid. Kemahiran asas masa dan waktu
akan dapat dikuasai dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dalam tajuk ini.
5.5.3 Refleksi Keseluruhan.
Setelah tempoh dua bulan kajian ini dijalankan saya dapati hasil penggunaan teknik
ini amat berjaya digunakan bagi meningkatkan kemahiran asas yang dikehendaki .
14
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
15/16
Prestasi murid sasaran meningkat dengan ketara. Objektif kajian ini juga dapat
dicapai dengan cemerlang terutamanya dalam menarik minat murid untuk
berseronok sambil belajar.
Namun apa yang lebih penting ialah saya dapat membantu dan mengajar murid satu
teknik mudah untuk menjawab soalan matematik ( masa dan waktu ) dengan tepat
dan betul.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Alatan dan Teknik Ga-Ma ini memfokus kepada unit jam dan minit. Cadangan
seterusnya adalah untuk memperluaskan penggunaan teknik ini kepada unit lebih
kecil seperti saat dan unit lebih besar lain seperti hari dan minggu.
Rujukan.
Mohamad Khairuddi Yahya, 2006 .Mathematics Teachers Guidebook Year 5.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Sidang Pengarang, 2006 . Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor.
Johor Bahru : Jabatan Pelajaran Johor.
Kementerian Pendidikan Malaysia , 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
Tahun 5. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
15
7/28/2019 92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma
16/16
LAMPIRAN
16