Upload
hahaha93
View
380
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
CABANGFALSAFAH
BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus,
suci dan mulia - FROEBEL
Pendidikan sebagai suatu proses yang memberikan bantuan kepada setiap individu supaya hidup dengan penuh
kegembiraan – JOHN STUART MILL
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Orang berpendidikan sempurna akan bersedia untuk berkhidmat demi kemajuan diri dan
masyarakatnya, serta ikhlas dalam pekerjaan dan patuh kepada segala undang-undang
- T.H HUXLEY
Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani,
rohani dan sosial kanak-kanak - MARIA MOTESSORI
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan individu dan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya,
supaya hidup dengan lebih berguna. - JOHN DEWEY
FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
Perenialisme
Essensialisme
Progresivisme
Rekonstruktivisme
Eksistensialisme
FALSAFAH PENDIDIKAN
BARAT
Tradisional
Moden
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : PERENIALISME
Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman falsafah Plato dan Aristotle.
Diasaskan oleh R.M. Hutchins (1899-1977),
Mortimer J. Adler (1902-2001) dan Jacques Maritain
(1882-1973)
Menerangkan akibat pengaruh materialistik, pragmatisme & sains menyebabkan nilai moral & rasional manusia merosot.
JacquesMaritain
Robert M. Hutchins
MortimerJ. Adler
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : PERENIALISME
Ahli perenialisme berpendapat, dengan membaca karya cendekiawan lama, dapat membentuk pemikiran.
Mereka berpendapat, pendidikan teologi keagamaan harus dipelajari dahulu sebelum belajar ilmu sains.
Tugas utama pendidikan ialah mendisiplinkan mental dan jiwa murid-murid, mengembang potensi menaakul.
Pendidikan harus mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, bagi mereka menemui pinsip mutlak dan
seterusnya memahami dunia sebenar.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISME
Banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme.
Diasaskan oleh William C. Bagley (1874-1946), antara pendukung ialah James B.
Conant (1893-1978) & Hyman George Rickover (1900-1986).
Semakin diberi penekanan dalam inovasi kurikulum sekolah setelah Rusia berjaya menghantar satelit Sputnik 1 ke angkasa
pada tahun 1957.
WilliamC. Bagley
James B. Conant
Hyman G. Rickover
Russian Sputnikl
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISME
Guru berperanan penting membekalkan kualiti kehidupan orang dewasa kepada murid supaya dapat bersosialisasi.
Pembelajaran ilmu secara amnya berkesan jika pelajar menumpukan perhatian dan adanya kerajinan.
Ianya dapat dibaiki dengan baik bergantung kepada kebudayaan masyarakat yang melatih menjadi personaliti
yang harmoni dan intelek yang sempurna.
Berpendapat fitrah manusia kekurangan nilai murni.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISME
Di sekolah rendah : 3M harus dipupuk, subjek bahasa, sains, sejarah, geografi merupakan subjek utama, subjek seni &
muzik adalah subjek tambahan.
Dari sudut kurikulum, ahli essensialisme berpendapat kurikulum hendaklah mengikut situasi semasa, bahan
pembelajaran hendaklah rapi, aktiviti pengajaran sistematik & kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi.
Di sekolah menengah : membaca/menulis lebih khusus, subjek arithmetik, geometri, algebra subjek utama, subjek
pendidikan seni, jasmani dan muzik subjek tambahan.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISME
Masyarakat hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi & moden.
Ahli essensialisme juga berpendapat, ilmu tentang nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan
hendaklah diajar sepanjang tempoh persekolahan.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISME
Banyak dipengaruhi oleh falsafah naturalisme dan pragmatisme.
Diasaskan oleh Jean J. Rousseau (1712-1778), Heinrich Pestalozzi (1746-1827) & Freidrich Froebel
(1782-1852)
Menurut Rousseau, manusia dilahirkan bagai kain putih dan persekitaran yang akan mempengaruhinya, konsep ini
dipengaruhi oleh konsep naturalisme.
Jean J.Rousseau
HeinrichPestalozzi
Freidrich Froebel
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISME
Teori ini menekankan pembelajaran haruslah berlaku apabila adanya kesediaan individu itu untuk belajar.
Konsep pragmatisme menerangkan ilmu pengetahun diperoleh akibat interaksi dengan manusia dan persekitaran.
Rousseau mewujudkan Teori Pembelajaran Semula Jadi yang menerangkan pembelajaran individu ditentukan oleh
persekitaran.
Pengaruh konsep pragmatisme dalam falsafah progresivisme dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H.
Bode dan Harold V. Rugg.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISME
Charles S. Pierce & John Dewey berpendapat kaedah paling berkesan
untuk mendapatkan ilmu ialah menggunakan Kaedah Penyelesaian
Masalah.
Konsep pragmatisme menerangkan idea, prinsip atau fakta haruslah diuji secara saintifik serta objektif dan membawa
kepada hasil yang memuaskan.
Konsep Penyelesaian Masalah akan berkesan sekiranya ada minat dan keperluan untuk menyelesaikan masalah itu.
Charles S. Pierce
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISME
Teori ini mengatakan murid mempunyai naluri ingin tahu dan guru harus menjadi pembimbing kepada mereka.
Guru juga harus menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memperoleh ilmu.
Teori progresivisme 1930-an lahir untuk menentang fahaman perenialisme, iaitu pembelajaran kaku (hanya mengingat) dan
mengamalkan autoriti guru yang tegas.
Ahli pragmatisme progresivisme menyokong kaedah strategi kolaboratif dan koperatif dalam pendidikan.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISME
Merupakan satu falsafah serpihan dari fahaman progresivisme.
Diasaskan oleh George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960)
Ahli rekonstruktivisme mengatakan falsafah progresivisme hanya sesuai kepada masyarakat
yang stabil, justeru satu falsafah yang kritikal harus wujud untuk menyelamatkan kebudayaan
masyarakat yang diancam keruntuhan
George S. Counts
Harold O. Rugg
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISME
Berpendapat, pendidikan harus mempunyai objektif eksplisit bagi membentuk Order Baru Masyarakat.
Mereka berpendapat, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan/proses pendidikan, mengabaikan objektif dam
hasil pendidikan
Rekonstruktivisme menjadi perhatian apabila Theodore Burghard Hurt Brameld
(1904-1987) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial
science sebagai asas rekonstruktivisme Theodore Burghard Hurt Brameld
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISME
Sekolah haruslah mengamalkan rekonstruktivisme kerana bagi menjamin murid mengikut peraturan dalam
mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
Theodore Burghard Hurt Brameld berpendapat hasil interaksi manusia dengan elemen alam sekitar merupakan tempat
utama proses pendidikan.
Peranan guru bukan sahaja mendidik, tetapi lebih pentingnya membawa isu sosial yang penting untuk diselesaikan secara
usahasama.
Ringkasnya, rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan pemikiran kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : EKSISTENSIALISME
Falsafah yang berasaskan fahaman naturalisme Rousseau dan mazhab humanis.
Diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987)
Berpendapat murid tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu.
Carl Rogers
Berpendapat bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai hendaklah ditentukan oleh murid.
Guru hendaklah menghormati pandangan & pemilihan murid dan tidak memaksa murid menerima nilai diajar oleh guru.
CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : EKSISTENSIALISME
Sekolah hendaklah memberikan peluang kepada pelajar berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan diri.
Berpendapat permainan yang ada unsur kreatif, seni dan nilai estetika tinggi akan mengembangkan potensi murid.
Amalan eksistensialisme ini banyak diamalkan di sekolah terbuka di US, Taiwan, Jepun dan UK.
SUMBER RUJUKAN
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor