4
ISL EDU 3106 Minggu 3 Ahli Kumpulan: Chiang Kok Yoong, Yap Juinn Jye, Jeff Siew Kun Xiong Kurikulum Tersirat Sesebuah sistem pendidikan memerlukan suatu kurikulum yang sesuai untuk digunakan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang oleh sistem pendidikan berkenaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam masa yang tertentu. Pada dasarnya, kurikulum dibahagikan kepada dua jenis iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Melihat kepada kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat di negara Malaysia yang tercinta, kurikulum tersirat begitu penting dalam melaksnakan peranannya dalam membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Ciri-ciri kurikulum tersirat yang menyeluruh telah membantu para guru untuk merancang aktiviti yang pelbagai mengambil kira aspek kepercayaan, bahasa, bangsa, kelas sosial dan adat resam murid-murid berkenaan. Antara ciri-ciri kurikulum tersebut ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar. Kurikulum tersirat juga merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar - guru/pengajar), jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri dan ia boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya

document

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: document

ISL EDU 3106 Minggu 3

Ahli Kumpulan: Chiang Kok Yoong, Yap Juinn Jye, Jeff Siew Kun Xiong

Kurikulum Tersirat

Sesebuah sistem pendidikan memerlukan suatu kurikulum yang sesuai untuk digunakan dalam

menjalankan aktiviti yang dirancang oleh sistem pendidikan berkenaan. Kurikulum dapat

didefinisikan sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan,

strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam masa yang tertentu. Pada

dasarnya, kurikulum dibahagikan kepada dua jenis iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum

tersirat.

Melihat kepada kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat di negara Malaysia yang tercinta,

kurikulum tersirat begitu penting dalam melaksnakan peranannya dalam membentuk bangsa

yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Ciri-ciri kurikulum tersirat

yang menyeluruh telah membantu para guru untuk merancang aktiviti yang pelbagai mengambil

kira aspek kepercayaan, bahasa, bangsa, kelas sosial dan adat resam murid-murid berkenaan.

Antara ciri-ciri kurikulum tersebut ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang

diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar tidak langsung misalnya daya intelek

guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar.

Kurikulum tersirat juga merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum

itu sendiri (pelajar - guru/pengajar), jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza

mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri dan ia

boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan

agak sukar diukur secara kuantitatif.

Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sarna ada pada matlamat atau objektif satu-

satu kurikulum itu tetapi ianya tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun

dalam penilaian. Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran

dan latar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-guru/pengajar). Sebagai contoh, kurikulum

tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum. Akitiviti

kokurikulum yang dianjurkan dalam sekolah terdiri daripada badan beruniform, persatuan, kelab

serta permainan. 

Page 2: document

Seterusnya, mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival permainan

tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini murid-murid dapat

mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan

antara kaum dapat dieratkan.

Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru harus membahagikan

kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan interaksi antara murid yang berlainan kaum. Guru

juga boleh menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dan dialek

kaum lain melalui aktiviti yang pelajar ambil bahagian. Contohnya, apabila dalam kelas bahasa

Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap dalam bahasa Cina dan apabila dalam

kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti ini bukan

sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan

kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling

menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak kementerian dapat menggubalkan isi-isi

sukatan pelajaran dengan menerapkan pelbagai unsur budaya yang terdiri daripadi pelbagai

kaum. Contohnya perayaan, adat resam, makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia. 

Oleh yang demikian, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat memang begitu penting dalam

menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-

budaya dan ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada murid tanpa mengira kaum.

Sebagai kesimpilannya, kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha

mempertingkatkan kualiti kurikulum negara.

http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/05/kurikulum-tersirat-ciri-ciri-dan.html

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga

untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas

dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha

negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar

negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi

Page 3: document

pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma

kursus tetapi merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut

semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.Sebagaimana yang

dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi,

kepelbagaian murid di sekolah memberi implikasi yang besar kepada guru.

 ‘…kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat

untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai”

(Tun Abdullah Ahmad Badawi,Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 m/s 38)

http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/05/kurikulum-tersirat-ciri-ciri-dan.html