4
TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN ESAH BT MOHAMMAD DAN EN. ZAINOL ABIDIN BIN ABU HASSAN TARIKH: 25 JANUARI 2010

51226260-TEKS-UCAPAN-WAKIL-PELAJAR[1]

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 51226260-TEKS-UCAPAN-WAKIL-PELAJAR[1]

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJARSEMPENA

MAJLIS PERSARAAN

PUAN ESAH BT MOHAMMADDAN

EN. ZAINOL ABIDIN BIN ABU HASSAN

TARIKH: 25 JANUARI 2010

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJARSEMPENA

Page 2: 51226260-TEKS-UCAPAN-WAKIL-PELAJAR[1]

MAJLIS PERSARAAN PUAN ESAH BT MOHAMAD DAN EN. ZAINOL ABIDIN BIN ABU HASSAN

Terima kasih Pengerusi Majlis..Yang Berusaha Puan Hamidah bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Cheras PerdanaYang Dihormati Encik Chin Choong Fuan, Yang Dipertua PIBGYang Dihormati Encik Ishak bin Abdullah, Penolong KananPuan Esah bt Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Siti Salmah bt Sulaiman, Penolong Kanan KokurikulumPuan Paridah bt Hashim, Penolong Kanan PetangYang diraikan Puan Esah Mohamad dan Encik Zainol Abidin bin Abu Hassan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, ”Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell” Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan kedua-dua guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, kedua-dua guru ini bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu dan bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Puan Esah Mohamad. Puan Esah Mohamad telah memulakan tugasnya sebagai seorang guru pada tanggal 1 Februari 1977 setelah tamat pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi dan kemudiannya menyambung Diploma Pendidikan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Puan Esah Mohammad, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di

Page 3: 51226260-TEKS-UCAPAN-WAKIL-PELAJAR[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana kerana di sinilah tempoh perkhidmatannya paling lama iaitu selama 12 tahun. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya bersesuaian dengan moto hidupnya, “memberi lebih baik daripada menerima”.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

‘Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose’. Itulah Encik Zainol Abu Hassan yang merupakan mantan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang guru pada tahun 1977. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan ‘passionate’ terhadap tugas dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai guru yang begitu ‘down to earth’ dan memahami.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, ‘easy-going’, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya, pelajar SMK Cheras Perdana.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Cheras Perdana merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru kami yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Esah Mohamad dan Encik Zainol Abidin Abu Hassan serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.