Upload
osrinz8081
View
269
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini dilakukan di sekolah di kawasan pedalaman Miri, Sarawak. Ia melibatkan sepuluh orang responden daripada kelas tahun lima tahun 2014 yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kesemua responden merupakan bumiputera Sarawak. Responden mempunyai prestasi yang sederhana dan lemah di dalam matapelajaran sains terutamanya mengenalpasti pembolehubah. Responden juga merupakan kumpulan terakhir yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR).PROFIL RESPONDEN KAJIANJadual 4.1RespondenJantinaUmurPencapaian dalam sains
R1Lelaki11 ThnSederhana
R2Perempuan11 ThnLemah
R3Lelaki11 ThnSederhana
R4Lelaki11 ThnSederhana
R5Lelaki11 ThnSederhana
R6Perempuan11 ThnLemah
R7Lelaki11 ThnSederhana
R8Lelaki11 ThnSederhana
R9Perempuan11 ThnSederhana
R10Lelaki11 ThnLemah
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 PROSEDUR TINDAKAN Kajian Tindakan ini adalah berdasarkan Model kitaran Kurt Lewin (1946). Berdasarkan kitaran Kurt Lewin (1946) terdapat 5 peringkat yang perlu dilaksanakan sehingga kitaran yang seterusnya. Saya memilih Model ini kerana sesuai dengan fokus kajian yang akan akan jalankan. Peringkat tersebut dapat di fahami seperti rajah 1.1 dibawah :
KITARAN 1MENGENALPASTI ASPEK AMALANMengumpul data untuk mengenalpasti amalan yang ingin ditambah baik.
MERANCANGMerancang pelan tindakan untuk menambahbaik amalanMerancang pengumpulan data tentang kesan tindakan
REFLEKSIMenganalisis dan menilai.Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.
TINDAKANMelaksanakan pelan tindakan.
MELIHAT KESAN TINDAKANMengumpul data tentang kesan tindakan
KITARAN 2
KITARAN 3
MENGENALPASTI ASPEK AMALANMengumpul data untuk mengenalpasti amalan yang ingin ditambah baik.
REFLEKSIMenganalisis dan menilai.Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.
MERANCANGMerancang pelan tindakan untuk menambahbaik amalanMerancang pengumpulan data tentang kesan tindakan
MELIHAT KESAN TINDAKANMengumpul data tentang kesan tindakanTINDAKANMelaksanakan pelan tindakan.
Rajah 1.1
Saya memilih Kitaran Kurt Lewin (1946) ini kerana sesuai dengan keadaan, faktor dan latarbelakang responden dan saya sendiri. Kitaran ini lebih memudahkan saya membuat kajian tindakan. Dalam Kajian ini, terdapat 5 peringkat yang saya jalankan sehingga ke kitaran seterusnya.
KITARAN KURT LEWIN (1946). KITARAN 15.1.1 Mengenalpasti Aspek AmalanMengikut tinjauan awal yang telah saya kumpul dan perhatikan. Saya mendapati bahawa kebanyakan responden tahun lima lemah dalam mengenalpasti pemboleh ubah- pemboleh ubah semasa menjawab soalan bahagian B UPSR. Saya juga mendapati terdapat responden yang kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini mungkin menyebabkan mereka tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah-pemboleh ubah dengan betul dan tepat. Saya juga merasakan kemungkinan pendekatan yang saya gunakan kurang menarik minat dan tidak sesuai kepada responden di tempat saya membuat kajian. Oleh hal yang demikian, saya akan lebih memfokuskan kepada bagaimana cara saya untuk membantu penguasaan responden mengenalpasti pemboleh ubah- pemboleh ubah agar responden dapat menguasai mengenalpasti pembolehubah. 5.1.2MerancangDalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya akan membuat soalan latihan yang bersesuaian dengan fokus kajian yang akan saya jalankan. Saya akan memberi dua latihan kepada responden. Dengan menggunakan pendekatan konstrutivisme. Dalam fasa pencetusan idea, responden akan diminta untuk mengenalpasti pemboleh ubah dalam soalan yang telah diberikan. Bagi fasa penstrukturan semula idea, responden diminta untuk merujuk carta jawapan dan menulis jawapan di dalam latihan serta diminta memberi penjelasan tentang kesalahan yang responden lakukan dalam menjawab soalan pembolehubah. Rawatan yang akan diberikan kepada murid yang lemah ialah bimbingan yang berterusan dan kata kunci iaitu perkataan yang mudah diingati kepada mereka. Dalam fasa aplikasi idea pula, saya memberikan latihan latih tubi bagi mengetahui kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan. Jawapan daripada lembaran kerja responden di jadikan bahan pengukur dan mengumpul maklumat dan data bagi tujuan mengetahui kesan terhadap tindakan yang telah dilakukan. 5.1.3TindakanSebelum proses pembelajaran dan pembelajaran di laksanakan, analisis dokumen akan dilakukan seperti melihat hasil kerja di dalam buku kerja responden. Temubual juga akan dilakukan kepada responden dalam mengenalpasti masalah mereka. Temubual ini dilakukan pada hari lain iaitu bukan pada hari proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini dilakukan supaya saya dapat merancang perkara yang perlu saya lakukan untuk responden saya. Dalam kajian tindakan ini, saya mengambil masa selama 60 minit masa pengajaran dan pembelajaran saya. Beberapa tindakan akan saya lakukan bagi menjalankan kajian ini. Berikut merupakan aktiviti yang akan saya lakukan :-Aktiviti 1: Kenal pasti masalah .1. Responden diberi dua latihan dalam fasa pencetusan idea semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebenarnya aktiviti ini lebih berfokuskan kepada mengenalpasti pembolehubah semata-mata. responden tidak difokuskan kepada soalan lain..2. Setelah responden selesai menjawab soalan latihan yang diberikan, dalam fasa penstrukturan idea, carta jawapan akan dipaparkan di skrin putih bagi membantu responden mendapat jawapan. Responden diminta untuk mencari dan menulis sendiri jawapan mereka di latihan untuk diperbetulkan. Responden akan dipilih secara rawak bagi memberitahu kesalahan yang responden lakukan semasa menjawab soalan di hadapan kelasAktiviti 2 : Latih Tubi 1. Lembaran kerja akan diberi dalam fasa aplikasi idea bagi memperkukuhkan penguasaan mengenalpasti pemboleh ubah. Sebanyak empat latihan latih tubi diberikan kepada responden untuk memperkukuhkan penguasaan responden dalam menguasai mengenalpasti pemboleh ubah. 2. Saya akan memberi lembaran kerja satu persatu dan dibincangkan dahulu sebelum diberikan lembaran kerja yang seterusnya. Semasa perbincangan tersebut, Saya membuat aktiviti sumbang saran kepada responden bagi menarik minat responden terhadap matapelajaran sains agar responden diberi peluang untuk mengemukakan jawapan mereka.3. Saya bersama-sama responden menyemak lembaran kerja yang telah mereka lakukan bagi mengenalpasti kesilapan yang telah mereka lakukan semasa perbincangan di dalam fasa ini..Aktiviti 3: Ujian1. Ujian akan dilakukan pada waktu yang lain bagi mengetahui peningkatan prestasi responden dalam mengenalpasti pemboleh ubah semasa menjawab soalan B.2. Sebanyak 5 soalan akan diberikan kepada responden. Responden akan diberi masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut.3. Hasil ujian akan di analisis dan dijadikan bahan pengukur kepada kajian ini.
5.1.4Melihat Kesan TindakanSetelah melakukan tindakan seperti yang dirancang, saya mengumpul segala data yang diperlukan dengan menggunakan instrumen yang telah saya pilih iaitu memerhati, menemubual responden dan menganalisis data iaitu lembaran kerja yang akan saya berikan. Sekiranya kaedah yang saya lakukan tidak berjaya, kitaran kedua akan saya lakukan dan menambahbaik kekurangan yang terdapat pada pelaksanaan di kitaran satu. Saya akan merancang dengan lebih teliti dan melaksanakan kembali aktivti yang sama tetapi kemungkinan menggunakan kaedah dan gaya penyampaian yang berbeza serta lebih berkeyakinan daripada sebelumnya.
5.1.5 RefleksiHasil dapatan yang akan saya perolehi melalui aktiviti 1, aktiviti 2 dan aktiviti 3 dijadikan panduan untuk penambahbaikan kepada kaedah yang telah saya jalankan. Saya juga perlu mencari kelebihan dan kelemahan tindakan yang saya rancang agar tindakan yang akan saya lakukan pada kitaran kedua lebih sistematik dan teratur, seterusnya lebih berkesan dan bermakna. Segala aktiviti yang dijalankan akan menjadi pengukur kepada kajian yang akan saya lakukan. Setelah berpuas hati dengan dapatan kajian, Saya akan sentiasa mengubah dan mempertingkatkan kualiti kerja saya sehingga mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.
KITARAN KEDUAMengenalpasti aspek amalan, merancang, tindakan, melihat kesan tindakan, refleksi hanya akan dapat dilakukan penambahbaikan setelah kajian ini dilakukan sepenuhnya. Kitaran Kedua tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana ini hanya kertas cadangan sebelum melakukan tindakan. 5.2 CARA PENGUMPULAN MAKLUMATPengumpulan data awal bagi memulakan kajian ini adalah daripada perbincangan awal tajuk, pemerhatian, buku kerja murid, lembaran kerja yang disediakan dan temubual. Secara ringkasnya, kajian ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual 5.2.1 dibawah.Jadual 5.2.1 cara pengumpulan maklumatMETODOLOGIKELOMPOK SASARANMAKLUMAT SASARAN
Mengadakan perbincangan awal tajukBerbincang dengan penyelia dan rakan-rakan sekuliah (IPGM) untuk memastikan pendekatan, susuncara penyelidikan dan maklumat yang sesuai dengan kajian.Maklumat dan cara pendekatan yang sesuai untuk tajuk berdasarkan kelemahan yang terdapat pada murid-murid saya.
Pemerhatian Seramai 10 responden akan di pilih dikalangan murid tahun 5 tahun 2014. Pemerhatian ini dilakukan sebelum, semasa dan selepas kajian tindakan dicadangkan bagi mengumpul maklumat awal untuk tindakan seterusnya
Buku kerjaSeramai 10 responden akan di pilih dikalangan murid tahun 5 tahun 2014.Maklumat dan data diperolehi dijadikan panduan dalam membuat kajian tindakan dan hasil tindakan
Lembaran Kerja Murid.Dan ujian bertulisSeramai 10 responden akan di pilih dikalangan murid tahun 5 tahun 2014.Sebanyak 6 soalan yang dikemukakan dan terdapat 1 ujian yang mempunyai 5 soalan akan diberikan. Keputusan ujian dijadikan bahan pengukur dan pencapaian dalam kajian tindakan.
TemubualSeramai 10 responden akan dipanggil untuk di temubual iaitu 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.Bagi mendapatkan respons mengenai penguasaan mereka terhadap pembolehubah dan kesan proses pengajaran dan pembelajaran.
Buku logSeramai 10 orang responden akan dipilih dikalangan murid tahun 5 tahun 2014Segala dapatan sama ada pertuturan murid, gerak murid dan sebagainya yang boleh dijadikan dapatan seperti melalui pemerhati dan pendengaran akan dicatat di dalam buku log sebagai panduan untuk mebuat tindakan yang seterusnya.
Bahagian ini akan membincangakan secara lebih terperinci tentang kaedah-kaedah pengunpulan data seperti yang tersenarai dalam jadual 5.2.1 di atas.
5.2.1 Tinjauau Awal Kaedah ini mempunyai dua fasa. Bagi fasa pertama saya akan berbincang dengan penyelia kursus dan mendapat maklumat awal berkenaan cara membuat kajian tindakan dan juga bertanya kepada rakan-rakan sekuliah IPGM. Proses ini dilakukan bertujuan mendapat pandangan, pendapat dan idea-idea baru tentang pendekatan yang sesuai untuk tajuk kajian tindakan ini.. Seterusnya, saya akan memilih dan mencari buku-buku, artikel, jurnal, dan laporan di perpustakaan sekolah dan di laman sesawang. Fasa kedua pula, saya akan melihat maklumat murid dari segi markah ujian murid, buku kerja murid dan lembaran kerja, temubual serta pemerhatian terhadap murid.
5.2.2Pemerhatian.Kaedah pemerhatian dilakukan sebelum kajian dilakukan. Perkara ini sangat penting dalam menentukan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Seterusnya perkara yang kedua dilakukan adalah semasa dan selepas melaksanakan kajian yang akan dirancang. Semua dapatan dijadikan panduan untuk menentukan keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan. Senarai semak pemerhatian sepanjang kajian tindakan ini dijalankan boleh dilihat di dalam lampiran 1
5.2.3 Buku kerja Mengimbas dan melihat semula buku kerja yang telah responden buat. Buku kerja ini merupakan penanda aras bagi mengetahui kelemahan responden dan bagi menentukan tajuk kajian tindakan yang akan dilakukan.5.2.4Lembaran Kerja Murid Lembaran kerja yang telah disediakan adalah sebanyak 6 soalan dan 1 ujian yang mempunyai 10 soalan. Semua soalan yang disediakan berfokus kepada mengenalpasti pembolehubah sahaja. Lembaran kerja ini tidak diberi sekaligus tetapi diberi secara berperingkat untuk mengetahui tahap penguasaan responden dalam menentukan kaedah yang digunakan berkesan kepada responden. Ujian pula dilakukan pada hari yang berlainan. Lembaran kerja dan ujian yang digunakan dalam kajian ini boleh dilihat di dalam lampiran. 2
5.2.5 Kaedah Temubual.Dalam kajian ini, kaedah temubual merupakan kaedah yang penting dalam pengumpulan data bagi mendapat respons daripada respondens. Seramai 10 orang responden akan di temubual yang terdiri daripada 7 orang responden lelaki dan 3 orang responden perempuan. Semasa menjalankan kaedah ini, terdapat satu cara temubual yang saya gunakan iaitu soalan temubual tertutup. Bagi soalan tertutup, respondan agak senang menjawab dan memudahkan saya menganalisis dapatan. Soalan temubual yang akan digunakan boleh dilihat di dalam lampiran 3..
5.3 CARA MENGANALISIS DATA Kaedah analisis dalam kajian ini lebih kepada melihat kepada buku kerja murid, lembaran kerja, dan melalui pemerhatian. Ia di gabung pula dengan dapatan melalui temubual yang dilakukan. Dapatan-dapatan yang akan diperolehi diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan maklumat di analisis dan di tafsir. 5.3.1 Data DeskriptifSebanyak 10 responden telah dikaji di kawasan pedalaman miri. Berikut merupakan profil responden yang akan dijadikan kajian ini.:PROFIL RESPONDEN KAJIANJadual 5.3.1.1RespondenJantinaUmurPencapaian dalam sains
R1Lelaki11 ThnSederhana
R2Perempuan11 ThnLemah
R3Lelaki11 ThnSederhana
R4Lelaki11 ThnSederhana
R5Lelaki11 ThnSederhana
R6Perempuan11 ThnLemah
R7Lelaki11 ThnSederhana
R8Lelaki11 ThnSederhana
R9Perempuan11 ThnSederhana
R10Lelaki11 ThnLemah
Berikut merupakan contoh untuk mendapatkan maklumat secara data deskriptif.Jadual 5.3.1.2 Senarai Semak Pemerhatian.BilPerkaraBilangan murid
YaTidak
1Adakah responden lemah dalam pemboleh ubah?
2Adakah responden dapat mengenalpasti pembolehubah?
3.Adakah responden berminat dengan matapelajaran sains?
4Adakah responden memberi tumpuan dan perhatian semasa belajar?
5Adakah responden dapat membuat latihan yang diberikan?
6Adakah program rakan sains membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
7Adakah program rakan sains membantu di dalam menarik minat responden dalam matapelajaran sains?
8 Adakah lembaran kerja yang diberikan membantu responden dalam penguasaan mengenalpasti pemboleh ubah?
9Adakah penerangan yang dilakukan oleh saya berkesan dengan responden?
10Adakah gaya penyampaian saya dapat menarik minat dan difahami responden?
Jumlah murid keseluruhan
SOALAN TEMUBUAL 1 (TERTUTUP)Jadual 5.3.1.3 Soalan Temubual.BilPerkaraBilangan Murid
YaTidak
1Adakah kamu lemah dalam soalan bahagian A
2Adakah kamu lemah dalam soalan bahagian B
3.Adakah kamu lemah dalam pemboleh ubah
4Adakah kamu lemah dalam soalan corak
5Adakah kamu dapat membuat menjawab soalan pemboleh ubah
6Adakah pengajaran dan pendekatan yang cikgu sesuai dengan kamu
7Adakah program rakan sains membantu di dalam menarik minat responden dalam matapelajaran sains.
8 Adakah lembaran kerja yang diberikan membantu kamu dalam penguasaan mengenalpasti pemboleh ubah.
9Adakah kamu berminat dengan mata pelajaran Sains
10Adakah matapelajaran Sains ini susah
Jumlah murid keseluruhan
Sebanyak 6 lembaran kerja akan diberikan kepada 10 responden. Berikut merupakan contoh jadual yang akan digunakan untuk menunjukkan tahap penguasaan responden dalam pembolehubah di manipulasi, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan mengikut soalan yang akan diberikan. Jadual 5.3.1.4 Soalan 1Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Jadual 5.3.1.5 Soalan 2Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Jadual 5.3.1.6 Soalan 3Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Jadual 5.3.1.7 Soalan 4Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Jadual 5.3.1.8 Soalan 5Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Jadual 5.3.1.9 Soalan 6Pemboleh UbahBilangan Murid Yang Menjawab
BetulSalah
Pemboleh Ubah Dimanipulasi
Pemboleh Ubah Bergerak Balas
Pemboleh Ubah Dimalarkan
Dalam menganalisis dapatan dengan lebih terperinci graf akan dibuat seperti contoh yang telah di berikan dibawah ini. Berikut merupakan contoh untuk membina graf hasil dapatan yang akan diperolehi :-
Rajah 5.3.1.1 Contoh Perbandingan Responden Menjawab Pembolehubah Dimanipulasi
Rajah 5.3.1.2 Contoh Perbandingan Responden Menjawab Pembolehubah Bergerakbalas
Rajah 5.3.1.3 Contoh Perbandingan Responden Menjawab Pembolehubah Dimalarkan
Berikut merupakan contoh jadual yang akan digunakan untuk menunjukkan tahap penguasaan responden dalam pembolehubah di manipulasi, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan setelah mereka menjawab ujian.
RespondenDapat dijawab
Soalan 1Pemboleh ubahSoalan 2Pemboleh ubahSoalan 3Pemboleh ubahSoalan 4Pemboleh ubahSoalan 5Pemboleh ubah
PMPBPRPMPBPRPMPBPRPMPBPRPMPBPR
R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
PETUNJUK
PMPembolehubah dimanipulasi
PBPemboleh ubah bergerakbalas
PRPemboleh ubah dimalarkan
5.4 PELAKSANAAN KAJIAN BILTINDAKANTARIKH
1Menulis Proposal Kajian9 JULAI 2014
2Merancang Kajian12 JULAI 2014
3Mengumpul data16 JULAI 2014
4Melaksanakan tindakan Aktiviti 118 JULAI 2014
5Membincangkan masalah dalam menjalankan akitiviti 121 JULAI 2014
6Melaksanakan tindakan Aktiviti 223 JULAI 2014
7Membincangkan masalah dalam menjalankan aktiviti 24 OGOS 2014
8Refleksi kajian secara keseluruhan9 OGOS 2014
9Menulis Laporan Kajian11 OGOS 2014
10Berbincang dan mendapat bimbingan daripada penyelia kajian tindakan16 OGOS 2014
11Memurnikan Laporan Kajian18 OGOS 2014
12Mendapat maklum balas daripada penyelia menerusi aplikasi edmodo26 OGOS 2014
13Memurnikan dan menambahbaikan Laporan Kajian01 SEPTEMBER 2014
14Memurnikan dan menambahbaikan Laporan kajian selepas berbincang dengan penyelia18 SEPTEMBER 2014
5.4.1. Jadual Pelaksanaan Kajian
CARTA GANTTPerkaraJunJulaiOgosSeptOktNov
Membuat refleksi PdP berdasarkan pengalaman lalu.Tinjauan awal mengenalpasti masalah/isu
Mengenalpasti fokus, tajuk, peserta kajian, objektif dan soalan kajian.
Membuat tinjauan literatur
Penulisan kertas cadangan
Merancang penambahbaik amalan, membina instrumen
6.0 ANGGARAN KOS KAJIANJadual 6.1 Anggaran KosBILJENIS BAHANJUMLAH KOS
1Kertas A4 2 Rim x RM14.50RM 29.00
2Ink Printer 1x RM50.00RM 50.00
3Binding Tape 1 x RM2.80RM 2.80
4Buku catatan 1 x RM1.20RM 1.20
5Kertas Fancy (Fancy Cover) 2 x RM0.50RM 1.00
JUMLAHRM 84.00
7.0RUMUSANKajian tindakan ini mungkin tidak sessuai dijalankan di tempat lain tetapi sesuai ditempat saya jalankan kajian. Kajian tindakan ini diharap memberikan kesan dan impak yang maksimum kepada responden agar objektif dan fokus kajian tercapai. Kajian ini lebih menitikberatkan penguasaan murid mengenal pasti pemboleh ubah yang menjadi kelemahan utama reponden. Kajian ini menggunakan instrument temubual, pemerhatian dan lembaran kerja sebagai alat pengumpalan maklumat. Dalam fasa tindakan pula kajian akan dibuat melalui beberapa aktiviti utama iaitu latih tubi lembaran kerja dan soalan ujian . Semua aktiviti yang dirancang adalah mengikut kemampuan dan tahap penguasaan murid. Kajian ini diharap dapat membantu penguasaan murid dalam mengenal pasti pemboleh ubah di sekolah saya. Secara keseluruhannya, segala contoh, aktiviti dan apa sahaja yang di rancang dalam kajian ini hanya sesuai dijalankan di tempat kajian saya dan mungkin tidak sesuai dijalankan di tempat lain. Kajian yang baik akan memberi kesan yang positif kepada saya. Diharap kajian ini dapat membantu dan menjadi pegangan saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan bagi membantu Dasar Pendidikan Negara amnya serta bersama-sama menjulang Sarawak khususnya.
RUJUKANEe Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan III. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. (2012). Pedoman Rakyat, Penggerak Minda Rakyat. Kuching : Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Buletin Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi Januari-Jun. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Anjakan Buletin Bulanan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Loi Kuang Siang. (2012). Kesan penggunaan kaedah bercerita dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains Tahun Lima. Diperoleh dari http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/
Mohd Izham Kasim. (2011). Enhancing Pupils Interest In The Special Remedial Class. Diperoleh dari http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php
Marni Baharom. (2007). Complete Test & Guide UPSR Bilingual Science Year 5,Arah Pendidikan Sdn. Bhd, Selangor.
Rizal Osman. (2013). Unit 1 Kemahiran Saintifik :Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Manipulatif. Diperoleh dari https://www.academia.edu/4655209
Syuhada Asyikin. (2008). Modul Prestasi Cemerlang Tahun 5, CemerlangPublication Sdn. Bhd, Selangor.
Syuhada Asyikin & Maggie Lim. (2013). Akses Cemerlang Sains Tahun 5, Cemerlang Publication Sdn. Bhd, Selangor.
LAMPIRAN
Lampiran 1Jadual 5.2.2.1 Senarai Semak Pemerhatian.BilPerkaraPemerhatian
YaTidak
1Adakah responden lemah dalam pemboleh ubah?
2Adakah responden dapat mengenalpasti pembolehubah?
3.Adakah responden berminat dengan matapelajaran sains?
4Adakah responden memberi tumpuan dan perhatian semasa belajar?
5Adakah responden dapat membuat latihan yang diberikan?
6Adakah kaedah latih tubi membantu di dalam meningkatkan penguasaan responden dalam mengenalpasti pembolehubah?
7Adakah lembaran kerja yang diberikan membantu responden dalam penguasaan mengenalpasti pemboleh ubah?
8Adakah penerangan yang dilakukan oleh saya berkesan dengan responden?
9Adakah gaya penyampaian saya dapat menarik minat dan difahami responden?
Lampiran 2SOALAN 1Arahan :Akilah dan Fatihan mempunyai sebuah kereta mainan yang berbeza. Mereka bermain dengan kereta mainan mereka di atas landasanyag dibuat daripada kaca, kertas pasir dan permaidani sebagaimana rajah di bawah. Masa diambil untuk sampai ke hujung landasan dicatat.
Rajah 24Jenis permukaanMasa yang diambil untuk sampai ke hujung landasan (s)
Kereta MKereta N
Kaca610
Kertas Pasir1423
Permaidani2735
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
SOALAN 2Arahan :Dua ekor belalang direndam di dalam air selama dua jam seperti di dalam gambar rajah di bawah. Didapati belalang di bikar Q mati dan belalang di bikar P masih hidup.
BelalangBelalangAir
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan: b)Nyatakan tujuan penyiasatan ini?
SOALAN 3Arahan :Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid untuk mengetahui bacaan suhu air apabila dipanaskan. Keputusan penyiasatan adalah seperti jadual dibawah.Masa (minit)36912
Suhu Air (oc)20304050
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
b)Nyatakan tujuan penyiasatan ini?
SOALAN 4Arahan :Sekumpulan murid telah menyiasat saiz kiub ais dengan masa kiub ais cair pada suhu bilik. Keputusan penyiasatan seperti dalam jadual dibawah.
Saiz Kiub Ais (cm3)2468
Masa Kiub Ais Cair Pada Suhu Bilik ( minit)5101520
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
b)Nyatakan tujuan penyiasatan ini?
SOALAN 5 Arahan :Sekumpulan murid telah menyiasat bilangan bateri dengan masa yang di ambil untuk wayar nikrom bertukar menjadi merah.
QRPKeputusan penyiasatan seperti dalam jadual dibawah. LitarMasa Yang Di Ambil Untuk Wayar Nikrom Bertukar Menjadi Merah.( Saat)
P30
Q20
R10
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
b)Nyatakan tujuan penyiasatan ini?
SOALAN 6
Arahan :
Satu penyiasatan dijalankan di lading Sani dan Rama yang mempunyai keluasan dan jumlah pokok limau yang sama. Selepas enam bulan hasil kutipan ladang -ladang itu dicatat di dalam Jadual 1.
Jadual 1
LadangJumlah hasil ladang (kg)
Sani1 000
Rama800
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
b)Nyatakan tujuan penyiasatan ini?
UJIANNAMA : Answer all questions.Jawab semua soalan.Write your answers in the spaces provided.Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.
1 Diagram 1.1 shows two similar plastic boxes, P and Q. Box P has one hole punched on one side while box Q has five holes punched on the same side. A pupil puts 10 rats each in box P and box Q.Rajah 1.1 menunjukkan dua kotak plastik yang serupa, P dan Q. Satu lubang ditebuk di bahagian tepi kotak P manakala lima lubang ditebuk di bahagian tepi kotak Q. Seorang murid memasukkan 10 ekor tikus ke dalam setiap kotak.
Diagram 1.1Rajah 1.1
Table 1 shows the observation made after five hours.Jadual 1 menunjukkan pemerhatian yang dibuat selepas lima jam.BoxKotakPO
Number of dead ratsBilangan tikus yang mati30
Table 1/Jadual 1a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
2Diagram 2 shows an investigation in which some marbles are added into a container.Rajah 2 menunjukkan suatu penyiasatan di mana beberapa biji guli ditambahkan ke dalam suatu bekas.
Diagram 2Rajah 2
Table 2 shows the extension of the spring.Jadual 2 menunjukkan pemanjangan bagi spring itu.Number of marbles/ Bilangan guli41020
Extension (cm)/Pemanjangan (cm)2510
Table 2Jadual 2
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
3 Diagram 4 shows an investigation carried out by Allan and Aizat on light. Allan swung the cardboard Q slowly while Aizat observed the light beam from the small holes.Rajah 4 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Allan dan Aizat terhadap cahaya. Allan mengayunkan kadbod Q secara perlahan manakala Aizat memerhatikan cahaya dari lubang kecil.
Diagram 3Rajah 3
Table 3 shows their observation.Jadual 3 menunjukkan pemerhatian mereka.Location of cardboard QKedudukan kadbod QObservationPemerhatian
aCannot see the light beamTidak nampak cahaya
bCan see the light beamNampak cahaya
cCannot see the light beamTidak nampak cahaya
Table 3Jadual 3a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
4. Table 4 shows the time taken by three pupils from the public library to Sekolah Kebangsaan Jaya using different modes of transportation. Jadual 4 menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh tiga orang murid dari perpustakaan awam ke Sekolah Kebangsaan Jaya dengan menggunakan kenderaan yang berbeza.PupilsMuridTypes of transportJenis kenderaanTime taken (minutes)Masa yang diambil (minit)
X
45
Y
25
Z
10
Table 4Jadual 4
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
5. Diagram5 shows three wooden blocks which are different in height and are placed on a cardboard. The cardboard then slowly lifted up.Rajah 5menunjukkan tiga bongkah kayu yang berlainan ketinggian dan diletakkan di atas sekeping kadbod. Kemudian kadbod itu diangkat perlahan-lahan.
Rajah 5
a)Nyatakan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam penyiasatan ini?i)Pemboleh ubah di manipulasi : ii)Pemboleh ubah bergerak balas: iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
Lampiran 3 SOALAN TEMUBUAL 1 (TERTUTUP)Responden : . Tarikh : .BilPerkaraPemerhatian
YaTidak
1Adakah kamu lemah dalam soalan bahagian A
2Adakah kamu lemah dalam soalan bahagian B
3.Adakah kamu lemah dalam pemboleh ubah
4Adakah kamu lemah dalam soalan corak
5Adakah kamu dapat membuat menjawab soalan pemboleh ubah
6Adakah pengajaran dan pendekatan yang cikgu sesuai dengan kamu
7Adakah program rakan sains membantu di dalam menarik minat responden dalam matapelajaran sains.
8 Adakah lembaran kerja yang diberikan membantu kamu dalam penguasaan mengenalpasti pemboleh ubah.
9Adakah kamu berminat dengan mata pelajaran Sains
10Adakah matapelajaran Sains ini susah
1