1
1. Penasihat/Presiden Pergas Ustaz Mohd Hasbi Hassan 2. Pengerusi/Perundingcara Ustazah Harinah Abdul Latiff Perundingcara 3. Ustaz Ahmad Shamsuddin Ahmad 4. Ustaz Mohd Ramzi Salleh 5. Ustaz Feirul Maliq Intajalle 6. Ustazah Zarina Begum Abdul Razak Kakitangan Sepenuh masa Penolong Pengarah Eksekutif Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha Ketua Jabatan Ustazah Nazrana Haniff Kakitangan Ustaz Muhammad Daud Mohd Zainordin Harta warisan: Harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagihkan di kalangan mereka yang berhak. Faraid: Pembahagian harta pusaka secara Islam seperti yang tercatat secara terperinci dan jelas dalam Al-Quran. Wasiat: Pesanan yang dibuat oleh seseorang tentang apa-apa yang berkaitan dengan hartanya bagi tujuan dilaksanakan oleh warisnya selepas kematian. Had maksimum yang boleh diberikan ialah satu pertiga daripada harta pusaka itu dan ditujukan kepada bukan waris. Hibah: Hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusian tanpa mengharapkan balasan. Hibah Ruqba: Salah satu daripada bentuk hibah. Ia dilakukan apabila si pemberi menyatakan: “Harta ini adalah milik kami sebagai ruqba, dengan cara sekiranya kau mati sebelumku harta itu dikembalikan kepadaku dan sekiranya, aku mati sebelummu, harta itu milik kamu’’. Hadis yang membenarkan ruqba diriwayatkan oleh Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya.’’ Nuzriah: Membuat sesuatu nazar bagi mengkhususkan harta seseorang bagi tujuan kebajikan mahupun hadiah. Nuzriah boleh melebihi satu pertiga harta beliau dan boleh diberikan kepada ahli waris. Allah swt berfirman: “Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takut hari akhirat yang azab seksanya merebak di sana sini.’’ (Surah Al-Insan, ayat 7). Sumber: Risalah Pengurusan Harta Pusaka Islam Pergas PERSATUAN Ulama dan Gu- ru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah mengorak langkah un- tuk menggabungkan asatizahnya ba- gi menyediakan khidmat nasihat me- ngenai pengurusan harta pusaka se- cara Islam. Ideanya cetusan Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, sen- diri, yang merasakan perlunya Per- gas memainkan peranan mendidik masyarakat mengenai ilmu faraid kerana banyak kekeliruan dan salah tanggapan timbul berkenaan de- ngannya. Sebuah Unit Konsultansi Kewa- ngan Islam (UKKI) telah dibentuk bagi tujuan itu yang dipengerusikan oleh Ustazah Harinah Abdul Latiff. Bagi menyediakan khidmat me- nyeluruh, Pergas akan juga beker- jasama dengan beberapa orang pe- guam bagi mendapatkan kepakaran mereka dalam undang-undang sivil dan melakarkan dokumen dari su- dut guaman. “Ramai anggota masyarakat kita yang kenal dengan faraid sahaja se- dangkan dalam Islam, terdapat wa- dah-wadah lain yang disediakan yang boleh digunakan. Wadah seper- ti hibah ruqba memang ada di da- lam kitab-kitab fiqh. Nuzriah juga ada walaupun tidak ada kata sepa- kat di kalangan ulama. Perkara ini yang harus kita dedahkan kepada masyarakat,’’ jelas Ustaz Hasbi, da- lam temu ramah dengan Ekoniaga baru-baru ini. Tahun ini sahaja, Ustazah Hari- nah berkata Pergas sudah pun mem- bantu tujuh kes, yang kebanyakan- nya melibatkan individu yang masih hidup yang ingin membuat doku- men seperti hibah ruqba atau nuzri- ah bagi anggota keluarga yang masih hidup. “Masyarakat kita sudah sedar perlunya dokumen seperti ini kera- na banyak berita dalam akhbar me- ngenai isteri dan anak-anak yang terabai. Dari cerita-cerita ini, mere- ka lihat perlunya membuat persedi- aan semasa hidup,’’ jelas Ustazah Harinah. Tambahnya, jika suami berhajat memberikan, misalnya, wang Ta- bung Simpanan Pekerja (CPF) kepa- da isteri, beliau perlu melafazkan akad dan isteri pula menerimanya. Sebelum ini, Pergas juga telah membantu satu kes melibatkan seo- rang nenek yang telah meninggal du- nia yang memberikan sebuah har- tanah kedai kepada seorang cicitnya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan anggota keluar- ga yang lain. “Setelah mendapat nasihat Per- gas, anak-anaknya bersetuju untuk tidak mempertikaikan pemberian nenek itu kepada cicitnya,’’ jelas- nya. Sementara itu, Penolong Penga- rah Eksekutif Pergas, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha berkata setiap pelanggan yang menemui Per- gas untuk mendapat khidmat nasi- hat akan ditanya mengenai niat dan latar belakang keluarga mereka. “Jika niat mereka tidak betul dan langkah mereka itu dibuat untuk menzalimi orang lain, kita perlu beri- kan nasihat. Kita juga ingin memasti- kan mereka tidak mempunyai un- sur-unsur hendak menyembunyikan maklumat keluarga mereka kepada kami,’’ tambah Encik Hajah Mohai- deen. Bergantung pada keperluan pe- langgan, Pergas boleh menyediakan khidmat nasihat dari sudut Syariah sahaja tetapi jika pelanggan ingin- kan khidmat melibatkan peguam, khidmat itu juga boleh disedikan. Bayaran $150 dikenakan bagi runding cara sebanyak dua kali. Jika ia melibatkan peguam, bayaran ber- mula $300 ke atas dikenakan. Untuk mendapatkan khidmat Pergas, boleh hubungi Pergas di 6346-9350 atau e-mel [email protected] org.sg. PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) akan mempergiatkan usaha pendidikan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pengagihan harta pusaka. Satu seminar sedang dirancangkan hasil usa- ha sama Pergas dengan Persatuan Peguam- Peguam Islam pada awal November ini, yang akan menggabungkan pandangan dan nasihat mengenai pengagihan harta pusaka dari sudut Is- lam dan sivil. “Sebelum ini, kami sudah pun menjemput pa- kar-pakar dari luar negara yang menganjurkan ceramah bagi asatizah agar kita dapat sama- sama mendidik masyarakat secara jelas menge- nai isu ini. “Bagi masyarakat juga, kami mengadakan ce- ramah dari masa ke masa. Baru-baru ini, salah se- orang perundingcara kami, Ustaz Ahmad Sham- suddin Ahmad, juga mengadakan ceramah di Masjid Al-Mukminin selama sebulan. “Kami menyedari pentingnya meningkatkan usaha pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai mengenai ilmu faraid. Kami sedang dalam perancangan bagi me- nganjurkan sebuah lagi seminar awal November ini,’’ kata t Penolong Pengarah Eksekutif Pergas, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha. Selain itu, Pergas sudah pun menerbitkan se- buah risalah bertajuk Pengurusan Harta Pusaka Islam yang menjelaskan, antara lain, takrif harta pusaka, pemahaman mengenai faraid, penger- tian wasiat, hibah ruqba dan nuzriah serta dalil dan hukun-hukumnya. Risalah-risalah itu telah diedarkan di masjid- masjid dua bulan lalu. “Kami telah mencetak 1,000 risalah dan sam- butannya begitu hangat sehingga semuanya habis. Masjid-masjid meminta kami mencetak la- gi dan kami mencetak lagi 5,000 risalah,’’ jelas Encik Hajah Mohaideen. SEMASA memberikan cera- mah-ceramah dakwah, nasihat mereka kerap diminta oleh indi- vidu-individu yang ingin nasihat mengenai pengagihan harta me- ngikut Islam. Melihat permintaan yang se- makin meningkat bagi nasihat serupa itu, tiga asatizah – Ustaz Firdaus Yahya, Ustaz Syed Mus- tafa Alsagoff dan Ustaz Mus- tazah Bahari – membentuk se- buah firma, Syariah Consultan- cy Education & Training, yang membolehkan mereka memberi- kan nasihat tersebut secara pro- fesional. Yang menarik mengenai khid- mat itu ialah ketiga-tiga asatizah tersebut akan pergi ke rumah- rumah pelanggan untuk membe- ri nasihat dan pandangan dalam keselesaan rumah pelanggan itu sendiri. Ini juga dapat memastikan agar semua waris yang terlibat akan dapat bersama-sama men- dengar nasihat tersebut. “Apabila kami mengajar, ka- mi melihat ramai pelajar yang meminta nasihat kami secara in- dividu mengenai pengagihan harta secara Islam. “Kami melihat ada keperlu- an menjawab soalan mereka itu secara profesional kerana ada kalanya interpretasi yang mere- ka dapatkan hasil nasihat kami tidak sama dengan apa yang ingin kami sampaikan. Jadi, ka- mi lihat perlunya kami menyedi- akan khidmat itu secara rasmi dan formal,’’ jelas Ustaz Syed Mustafa ketika ditemui baru- baru ini. Ditanya jika permintaan bagi khidmat itu akan bertambah, be- liau akur bahawa dengan masya- rakat Islam yang semakin berke- mampuan dan mempunyai har- ta yang pelbagai seperti wang daripada Tabung Simpanan Pe- kerja (CPF), rumah, insurans dan sebagainya, isu pengagihan harta ini menjadi semakin pen- ting, apatah lagi masalah itu se- ring menjejas hubungan keluar- ga. Malah, sejak menulis buku bertajuk Huraian Ilmu Faraid, yang diterbitkan pada 2003, Ustaz Firdaus sendiri banyak menerima pertanyaan sama ada isu berhubung cara pengagihan harta bagi rumah pemilikan ber- sama dan pengagihan wang CPF. Baru-baru ini, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengelu- arkan fatwa yang membolehkan pemegang Muslim akaun CPF membuat penamaan atau penca- lonan bagi wang CPF mereka dan penamaan itu dikira sebagai hibah (hadiah) beliau kepada orang yang dicalon itu. Dengan ini, orang yang dica- lonkan itu tidak lagi perlu mem- bahagikan wang tersebut meng- ikut faraid. Pemegang akaun yang memi- lih untuk mengagih wang CPF mereka mengikut faraid pula ti- dak perlu membuat sebarang pencalonan atau meninggalkan pesanan kepada pencalon terse- but agar membahagikannya me- ngikut faraid. Sebelum perubahan fatwa itu, penama merupakan penga- manah yang perlu mengagihkan wang CPF itu mengikut faraid. “Kami hendak jelaskan di si- ni bahawa faraid adalah tung- gak dalam pengagihan harta pusaka. Ia merupakan satu pe- rintah Allah. “Tetapi, jika terdapat keper- luan seperti dalam kes-kes ter- tentu, instrumen lain seperti hi- bah dan nuzriah juga boleh di- gunakan. “Namun, ia perlu ada landas- an dan sebab. Kami perlu beri- kan kesedaran bila dan menga- pa ia dibenarkan. Apa yang Al- lah halalkan kami tidak boleh haramkan,” tegas Ustaz Fir- daus. Ditanya apakah “keperluan” itu, beliau berkata jika misalnya si suami merasakan isterinya akan dizalimi setelah kematian beliau dan anggota keluarganya akan merebut hartanya sehing- ga kebajikan isterinya tidak dija- ga, lantas wajarlah beliau mem- buat hibah atau nuzriah untuk isterinya. Ustaz Syed Mustafa pula ber- kata bahawa mereka juga harus menekankan pentingnya hak dan tanggungjawab yang dipi- kul setiap individu yang menda- pat harta pusaka itu. “Ini penting kerana ada kala- nya anggota keluarga lebih meli- hat kepada hak faraid tetapi ti- dak tahu tanggungjawab yang mereka pikul,’’ jelasnya. Misalnya, isteri yang menda- pat harta pusaka peninggalan suami perlu tahu tanggungja- wabnya untuk membantu ibu bapa mentua yang masih hidup ataupun adik beradik yang men- dapat harta faraid abangnya yang sudah meninggal dunia harus juga membantu isteri abangnya. Menurut Ustaz Firdaus, nasi- hat-nasihat yang betul harus di- beri kepada setiap anggota kelu- arga agar mereka benar-benar faham mengenai pembahagian harta itu. “Oleh kerana itulah, kami ra- sakan lebih baik untuk kami me- lawat rumah pelanggan kami agar kami dapat memberi pene- rangan kepada semua anggota keluarga agar mereka jelas du- duk perkara. “Kami juga ingin mereka me- rancang awal agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku sele- pas kematian anggota keluarga mereka. Ini merupakan satu dak- wah yang kami lakukan,’’ jelas beliau. Bayaran $75 dikenakan bagi runding cara selama sejam yang pertama dan $50 bagi sejam se- lanjutnya. Jika dokumen seperti nuzri- ah diperlukan, bayaran seba- nyak $150 dikenakan. Ustaz Mustazah menerang- kan bahawa kadar bayaran ter- sebut sejajar dengan matlamat dakwah syarikat tersebut. “Selain kadar bayaran yang berpatutan, kami juga akan me- nyalurkan 10 peratus keuntung- an syarikat ini setiap bulan kepa- da Sekolah Ugama Radin Mas sebagai usaha kami menyokong usaha dakwah organisasi Islam lain,’’ ujarnya. Buat masa ini, Syariah Con- sultancy tidak bekerja sama de- ngan peguam bagi membuat do- kumen itu kerana mahu memas- tikan yuran yang dikenakan ren- dah dan boleh dimampui oleh masyarakat umum. Namun, dokumen yang di- siapkan telah terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada peguam penasihat. Selain khidmat nasihat harta pusaka, syarikat itu menyedia- kan khidmat pengiraan zakat, kewangan Islam dan khidmat pendidikan Islam. Bagi mendapatkan khidmat Syariah Consultancy, hubungi 6294-3665 atau e-mel: info@- syariahconsultancy.com.sg. Memperbetul kekeliruan mengenai pembahagian harta pusaka Pergas akan pergiat usaha mendidik tingkat kesedaran Tiga asatizah tubuh firma beri nasihat profesional PENGURUSAN UKKI, PERGAS Ustazah Harinah: Pengerusi Unit Konsultansi Kewangan Islam (UKKI) yang dibentuk untuk mendidik masyarakat mengenai ilmu faraid. GABUNG KEPAKARAN: (Dari kiri) Ustaz Mustazah Bahari, Ustaz Firdaus Yahya dan Ustaz Syed Mustafa Alsagoff bersama-sama membentuk Syariah Consultancy Education & Training. – Foto M.O. SALLEH PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM Permintaan yang meningkat bagi nasihat pengagihan harta pusaka secara Islam telah mendorong para asatizah untuk menyediakan khidmat ini secara formal. Apakah dan mengapakah khidmat itu disediakan? Laporan NORHAIZA HASHIM ([email protected]) Apabila kami mengajar, kami melihat ramai pelajar yang meminta nasihat kami secara individu mengenai pengagihan harta secara Islam. Kami melihat ada keperluan menjawab soalan mereka itu secara profesional kerana ada kalanya interpretasi yang mereka dapatkan hasil nasihat kami tidak sama dengan apa yang ingin kami sampaikan. Jadi, kami lihat perlunya kami menyediakan khidmat itu secara rasmi dan formal. – Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, yang bersama-sama Ustaz Firdaus Yahya dan Ustaz Mustazah Bahari, membentuk firma Syariah Consultancy Education & Training. Kami hendak jelaskan di sini bahawa faraid adalah tunggak dalam pengagihan harta pusaka. Ia merupakan satu perintah Allah. Tetapi, jika terdapat keperluan seperti dalam kes-kes tertentu, instrumen lain seperti hibah dan nuzriah juga boleh digunakan. Namun, ia perlu ada landasan dan sebab. Kami perlu berikan kesedaran bila dan mengapa ia dibenarkan. Apa yang Allah halalkan kami tidak boleh haramkan. – Ustaz Firdaus Yahya. Selain kadar bayaran yang berpatutan, kami juga akan menyalurkan 10 peratus keuntungan syarikat ini setiap bulan kepada Sekolah Ugama Radin Mas sebagai usaha kami menyokong usaha dakwah organisasi Islam lain. – Ustaz Mustazah Bahari. 4 Berita Harian 4 Isnin, 4 Oktober 2010 EKONIAGA

4 EKONIAGA Memperbetul kekeliruan mengenai …

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 4 EKONIAGA Memperbetul kekeliruan mengenai …

1. Penasihat/Presiden PergasUstaz Mohd Hasbi Hassan

2. Pengerusi/PerundingcaraUstazah Harinah Abdul Latiff

Perundingcara3. Ustaz Ahmad Shamsuddin Ahmad4. Ustaz Mohd Ramzi Salleh5. Ustaz Feirul Maliq Intajalle6. Ustazah Zarina Begum Abdul Razak

Kakitangan Sepenuh masaPenolong Pengarah EksekutifEncik Hajah Mohaideen Kamal Batcha

Ketua JabatanUstazah Nazrana Haniff

KakitanganUstaz Muhammad Daud Mohd Zainordin

Harta warisan: Harta peninggalan orang yangtelah meninggal dunia dan menjadi hak mutlakahli warisnya untuk diagihkan di kalanganmereka yang berhak.

Faraid: Pembahagian harta pusaka secara Islamseperti yang tercatat secara terperinci danjelas dalam Al-Quran.

Wasiat: Pesanan yang dibuat oleh seseorangtentang apa-apa yang berkaitan denganhartanya bagi tujuan dilaksanakan olehwarisnya selepas kematian. Had maksimumyang boleh diberikan ialah satu pertigadaripada harta pusaka itu dan ditujukan kepadabukan waris.

Hibah: Hadiah yang melibatkan suatu akadyang mengandungi pemberian hak milik olehpemilik harta kepada seseorang secara rela hatisemasa hayatnya atas dasar kasih sayang dankemanusian tanpa mengharapkan balasan.

Hibah Ruqba: Salah satu daripada bentukhibah. Ia dilakukan apabila si pemberimenyatakan: “Harta ini adalah milik kamisebagai ruqba, dengan cara sekiranya kau matisebelumku harta itu dikembalikan kepadakudan sekiranya, aku mati sebelummu, harta itumilik kamu’’.Hadis yang membenarkan ruqba diriwayatkanoleh Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda:“Umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu jugaruqba dibenarkan untuk pemiliknya.’’

Nuzriah: Membuat sesuatu nazar bagimengkhususkan harta seseorang bagi tujuankebajikan mahupun hadiah. Nuzriah bolehmelebihi satu pertiga harta beliau dan bolehdiberikan kepada ahli waris.Allah swt berfirman: “Mereka dikurniakankesenangan itu kerana mereka menyempurnakannazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhankepadanya), serta mereka takut hari akhirat yangazab seksanya merebak di sana sini.’’ (SurahAl-Insan, ayat 7).

Sumber: Risalah Pengurusan Harta Pusaka IslamPergas

PERSATUAN Ulama dan Gu-ru-Guru Agama Islam Singapura(Pergas) telah mengorak langkah un-tuk menggabungkan asatizahnya ba-gi menyediakan khidmat nasihat me-ngenai pengurusan harta pusaka se-cara Islam.

Ideanya cetusan Presiden Pergas,Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, sen-diri, yang merasakan perlunya Per-gas memainkan peranan mendidikmasyarakat mengenai ilmu faraidkerana banyak kekeliruan dan salahtanggapan timbul berkenaan de-ngannya.

Sebuah Unit Konsultansi Kewa-ngan Islam (UKKI) telah dibentukbagi tujuan itu yang dipengerusikanoleh Ustazah Harinah Abdul Latiff.

Bagi menyediakan khidmat me-nyeluruh, Pergas akan juga beker-jasama dengan beberapa orang pe-guam bagi mendapatkan kepakaranmereka dalam undang-undang sivildan melakarkan dokumen dari su-dut guaman.

“Ramai anggota masyarakat kita

yang kenal dengan faraid sahaja se-dangkan dalam Islam, terdapat wa-dah-wadah lain yang disediakanyang boleh digunakan. Wadah seper-ti hibah ruqba memang ada di da-lam kitab-kitab fiqh. Nuzriah jugaada walaupun tidak ada kata sepa-kat di kalangan ulama. Perkara iniyang harus kita dedahkan kepadamasyarakat,’’ jelas Ustaz Hasbi, da-lam temu ramah dengan Ekoniagabaru-baru ini.

Tahun ini sahaja, Ustazah Hari-nah berkata Pergas sudah pun mem-bantu tujuh kes, yang kebanyakan-nya melibatkan individu yang masihhidup yang ingin membuat doku-men seperti hibah ruqba atau nuzri-ah bagi anggota keluarga yangmasih hidup.

“Masyarakat kita sudah sedarperlunya dokumen seperti ini kera-na banyak berita dalam akhbar me-ngenai isteri dan anak-anak yangterabai. Dari cerita-cerita ini, mere-ka lihat perlunya membuat persedi-aan semasa hidup,’’ jelas UstazahHarinah.

Tambahnya, jika suami berhajatmemberikan, misalnya, wang Ta-bung Simpanan Pekerja (CPF) kepa-da isteri, beliau perlu melafazkanakad dan isteri pula menerimanya.

Sebelum ini, Pergas juga telahmembantu satu kes melibatkan seo-rang nenek yang telah meninggal du-nia yang memberikan sebuah har-tanah kedai kepada seorang cicitnyasehingga menimbulkan rasa kurangsenang di kalangan anggota keluar-ga yang lain.

“Setelah mendapat nasihat Per-gas, anak-anaknya bersetuju untuktidak mempertikaikan pemberiannenek itu kepada cicitnya,’’ jelas-nya.

Sementara itu, Penolong Penga-rah Eksekutif Pergas, Encik HajahMohaideen Kamal Batcha berkatasetiap pelanggan yang menemui Per-gas untuk mendapat khidmat nasi-hat akan ditanya mengenai niat danlatar belakang keluarga mereka.

“Jika niat mereka tidak betul danlangkah mereka itu dibuat untukmenzalimi orang lain, kita perlu beri-kan nasihat. Kita juga ingin memasti-kan mereka tidak mempunyai un-sur-unsur hendak menyembunyikanmaklumat keluarga mereka kepadakami,’’ tambah Encik Hajah Mohai-deen.

Bergantung pada keperluan pe-langgan, Pergas boleh menyediakankhidmat nasihat dari sudut Syariahsahaja tetapi jika pelanggan ingin-kan khidmat melibatkan peguam,khidmat itu juga boleh disedikan.

Bayaran $150 dikenakan bagirunding cara sebanyak dua kali. Jikaia melibatkan peguam, bayaran ber-mula $300 ke atas dikenakan.

Untuk mendapatkan khidmatPergas, boleh hubungi Pergas di6346-9350 atau e-mel [email protected].

PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru AgamaIslam Singapura (Pergas) akan mempergiatkanusaha pendidikan bagi meningkatkan kesedaranorang ramai mengenai pengagihan harta pusaka.

Satu seminar sedang dirancangkan hasil usa-ha sama Pergas dengan Persatuan Peguam-Peguam Islam pada awal November ini, yangakan menggabungkan pandangan dan nasihatmengenai pengagihan harta pusaka dari sudut Is-lam dan sivil.

“Sebelum ini, kami sudah pun menjemput pa-kar-pakar dari luar negara yang menganjurkanceramah bagi asatizah agar kita dapat sama-sama mendidik masyarakat secara jelas menge-nai isu ini.

“Bagi masyarakat juga, kami mengadakan ce-ramah dari masa ke masa. Baru-baru ini, salah se-orang perundingcara kami, Ustaz Ahmad Sham-suddin Ahmad, juga mengadakan ceramah diMasjid Al-Mukminin selama sebulan.

“Kami menyedari pentingnya meningkatkanusaha pendidikan bagi meningkatkan kesedarandan pemahaman orang ramai mengenai ilmufaraid. Kami sedang dalam perancangan bagi me-nganjurkan sebuah lagi seminar awal Novemberini,’’ kata t Penolong Pengarah Eksekutif Pergas,Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha.

Selain itu, Pergas sudah pun menerbitkan se-buah risalah bertajuk Pengurusan Harta PusakaIslam yang menjelaskan, antara lain, takrif hartapusaka, pemahaman mengenai faraid, penger-tian wasiat, hibah ruqba dan nuzriah serta dalildan hukun-hukumnya.

Risalah-risalah itu telah diedarkan di masjid-masjid dua bulan lalu.

“Kami telah mencetak 1,000 risalah dan sam-butannya begitu hangat sehingga semuanyahabis. Masjid-masjid meminta kami mencetak la-gi dan kami mencetak lagi 5,000 risalah,’’ jelasEncik Hajah Mohaideen.

SEMASA memberikan cera-mah-ceramah dakwah, nasihatmereka kerap diminta oleh indi-vidu-individu yang ingin nasihatmengenai pengagihan harta me-ngikut Islam.

Melihat permintaan yang se-makin meningkat bagi nasihatserupa itu, tiga asatizah – UstazFirdaus Yahya, Ustaz Syed Mus-tafa Alsagoff dan Ustaz Mus-tazah Bahari – membentuk se-buah firma, Syariah Consultan-cy Education & Training, yangmembolehkan mereka memberi-kan nasihat tersebut secara pro-fesional.

Yang menarik mengenai khid-mat itu ialah ketiga-tiga asatizahtersebut akan pergi ke rumah-rumah pelanggan untuk membe-ri nasihat dan pandangan dalamkeselesaan rumah pelanggan itusendiri.

Ini juga dapat memastikanagar semua waris yang terlibatakan dapat bersama-sama men-dengar nasihat tersebut.

“Apabila kami mengajar, ka-mi melihat ramai pelajar yangmeminta nasihat kami secara in-dividu mengenai pengagihanharta secara Islam.

“Kami melihat ada keperlu-an menjawab soalan mereka itusecara profesional kerana adakalanya interpretasi yang mere-ka dapatkan hasil nasihat kamitidak sama dengan apa yangingin kami sampaikan. Jadi, ka-mi lihat perlunya kami menyedi-akan khidmat itu secara rasmidan formal,’’ jelas Ustaz SyedMustafa ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya jika permintaan bagikhidmat itu akan bertambah, be-liau akur bahawa dengan masya-rakat Islam yang semakin berke-mampuan dan mempunyai har-ta yang pelbagai seperti wangdaripada Tabung Simpanan Pe-kerja (CPF), rumah, insuransdan sebagainya, isu pengagihanharta ini menjadi semakin pen-ting, apatah lagi masalah itu se-ring menjejas hubungan keluar-ga.

Malah, sejak menulis bukubertajuk Huraian Ilmu Faraid,yang diterbitkan pada 2003,Ustaz Firdaus sendiri banyakmenerima pertanyaan sama adaisu berhubung cara pengagihanharta bagi rumah pemilikan ber-sama dan pengagihan wangCPF.

Baru-baru ini, Majlis UgamaIslam Singapura (Muis) mengelu-arkan fatwa yang membolehkanpemegang Muslim akaun CPFmembuat penamaan atau penca-lonan bagi wang CPF merekadan penamaan itu dikira sebagaihibah (hadiah) beliau kepadaorang yang dicalon itu.

Dengan ini, orang yang dica-lonkan itu tidak lagi perlu mem-bahagikan wang tersebut meng-ikut faraid.

Pemegang akaun yang memi-lih untuk mengagih wang CPFmereka mengikut faraid pula ti-dak perlu membuat sebarangpencalonan atau meninggalkanpesanan kepada pencalon terse-but agar membahagikannya me-ngikut faraid.

Sebelum perubahan fatwaitu, penama merupakan penga-manah yang perlu mengagihkanwang CPF itu mengikut faraid.

“Kami hendak jelaskan di si-ni bahawa faraid adalah tung-gak dalam pengagihan hartapusaka. Ia merupakan satu pe-rintah Allah.

“Tetapi, jika terdapat keper-luan seperti dalam kes-kes ter-tentu, instrumen lain seperti hi-bah dan nuzriah juga boleh di-gunakan.

“Namun, ia perlu ada landas-an dan sebab. Kami perlu beri-kan kesedaran bila dan menga-pa ia dibenarkan. Apa yang Al-lah halalkan kami tidak bolehharamkan,” tegas Ustaz Fir-daus.

Ditanya apakah “keperluan”itu, beliau berkata jika misalnyasi suami merasakan isterinyaakan dizalimi setelah kematianbeliau dan anggota keluarganyaakan merebut hartanya sehing-ga kebajikan isterinya tidak dija-ga, lantas wajarlah beliau mem-buat hibah atau nuzriah untukisterinya.

Ustaz Syed Mustafa pula ber-kata bahawa mereka juga harusmenekankan pentingnya hakdan tanggungjawab yang dipi-kul setiap individu yang menda-pat harta pusaka itu.

“Ini penting kerana ada kala-nya anggota keluarga lebih meli-hat kepada hak faraid tetapi ti-dak tahu tanggungjawab yangmereka pikul,’’ jelasnya.

Misalnya, isteri yang menda-pat harta pusaka peninggalansuami perlu tahu tanggungja-wabnya untuk membantu ibubapa mentua yang masih hidupataupun adik beradik yang men-dapat harta faraid abangnyayang sudah meninggal duniaharus juga membantu isteriabangnya.

Menurut Ustaz Firdaus, nasi-hat-nasihat yang betul harus di-beri kepada setiap anggota kelu-arga agar mereka benar-benarfaham mengenai pembahagianharta itu.

“Oleh kerana itulah, kami ra-sakan lebih baik untuk kami me-lawat rumah pelanggan kamiagar kami dapat memberi pene-rangan kepada semua anggotakeluarga agar mereka jelas du-duk perkara.

“Kami juga ingin mereka me-rancang awal agar perkara yangtidak diingini tidak berlaku sele-pas kematian anggota keluargamereka. Ini merupakan satu dak-wah yang kami lakukan,’’ jelasbeliau.

Bayaran $75 dikenakan bagirunding cara selama sejam yangpertama dan $50 bagi sejam se-lanjutnya.

Jika dokumen seperti nuzri-ah diperlukan, bayaran seba-nyak $150 dikenakan.

Ustaz Mustazah menerang-kan bahawa kadar bayaran ter-sebut sejajar dengan matlamatdakwah syarikat tersebut.

“Selain kadar bayaran yangberpatutan, kami juga akan me-nyalurkan 10 peratus keuntung-an syarikat ini setiap bulan kepa-da Sekolah Ugama Radin Massebagai usaha kami menyokongusaha dakwah organisasi Islamlain,’’ ujarnya.

Buat masa ini, Syariah Con-sultancy tidak bekerja sama de-ngan peguam bagi membuat do-kumen itu kerana mahu memas-tikan yuran yang dikenakan ren-dah dan boleh dimampui olehmasyarakat umum.

Namun, dokumen yang di-siapkan telah terlebih dahulumendapat pengesahan daripadapeguam penasihat.

Selain khidmat nasihat hartapusaka, syarikat itu menyedia-kan khidmat pengiraan zakat,kewangan Islam dan khidmatpendidikan Islam.

Bagi mendapatkan khidmatSyariah Consultancy, hubungi6294-3665 atau e-mel: [email protected].

Memperbetul kekeliruan mengenaipembahagian harta pusaka

Pergas akan pergiatusaha mendidik

tingkat kesedaran

Tiga asatizah tubuh firma beri nasihat profesional

PENGURUSAN UKKI,PERGAS

Ustazah Harinah: Pengerusi UnitKonsultansi Kewangan Islam (UKKI)yang dibentuk untuk mendidikmasyarakat mengenai ilmu faraid.

GABUNG KEPAKARAN: (Dari kiri) Ustaz Mustazah Bahari, Ustaz Firdaus Yahya dan Ustaz Syed Mustafa Alsagoff bersama-sama membentuk SyariahConsultancy Education & Training. – Foto M.O. SALLEH

PENGURUSAN HARTAPUSAKA ISLAM

Permintaan yang meningkat bagi nasihat pengagihan hartapusaka secara Islam telah mendorong para asatizah untuk

menyediakan khidmat ini secara formal. Apakah danmengapakah khidmat itu disediakan? Laporan NORHAIZA HASHIM

([email protected])

’Apabila kami mengajar, kami melihat ramai pelajar yangmeminta nasihat kami secara individu mengenaipengagihan harta secara Islam. Kami melihat adakeperluan menjawab soalan mereka itu secara

profesional kerana ada kalanya interpretasi yang merekadapatkan hasil nasihat kami tidak sama dengan apa yang inginkami sampaikan. Jadi, kami lihat perlunya kami menyediakankhidmat itu secara rasmi dan formal.– Ustaz Syed Mustafa Alsagoff, yang bersama-sama Ustaz Firdaus Yahya dan UstazMustazah Bahari, membentuk firma Syariah Consultancy Education & Training.

’Kami hendak jelaskan di sini bahawa faraid adalahtunggak dalam pengagihan harta pusaka. Ia merupakansatu perintah Allah. Tetapi, jika terdapat keperluanseperti dalam kes-kes tertentu, instrumen lain seperti

hibah dan nuzriah juga boleh digunakan. Namun, ia perlu adalandasan dan sebab. Kami perlu berikan kesedaran bila danmengapa ia dibenarkan. Apa yang Allah halalkan kami tidakboleh haramkan.– Ustaz Firdaus Yahya.

’Selain kadar bayaran yang berpatutan, kami juga akanmenyalurkan 10 peratus keuntungan syarikat ini setiapbulan kepada Sekolah Ugama Radin Mas sebagai usahakami menyokong usaha dakwah organisasi Islam lain.

– Ustaz Mustazah Bahari.

4 Berita Harian4 Isnin, 4 Oktober 2010 EKONIAGA