36292917-Kertas-Kerja-Senamrobik

Embed Size (px)

Citation preview

GERKO_CONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

PROGRAM JOM BERSENAM

TEMPAT:

DEWAN SK DATO ABU BAKAR JALAN DAVISTARIKH:

12 FEBRUARI 2014ANJURAN:

GURU PELATIH PRAKTIKUM

IPG KAMPUS KAMPUS ILMU KHAS1.0 PENDAHULUAN

Jom bersenam merupakan satu program yang melibatkan pendedahan mengenai kepentingan bersenam dalam kehidpan harian. Jom bersnam di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan Khas dari IPG Kampus Ilmu Khas sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Jalan Davis, sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Program ini terdapat senamrobik. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.. 3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat3.3 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.3.4 Mengisi masa terluang murid.3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 12 Februari 2014.4.2 Dilaksanakan selama sejam oleh guru pelatih sempena praktikum. 4.3 Masa pelaksanaan pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi5.0 BUTIRAN PROGRAMWaktu Aktiviti

7.30 pagiSenaman mudah

7.45 pagiPersembahan power point mengenai kepentingan bersenam.

8.10 pagiSenaman aerobik

8.25 pagiSesi penilaian program

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1Semua murid tahun arus perdana dan murid PPKI kelas K 1 Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar, Jalan Davis.7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat

: Pn. Puziah Binti Abd Rahman (Guru Besar)

Pengerusi

: Nur Amira Emylia Binti Mohd Nor

Setiausaha

: Nor Hidayah Binti Ishak8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.

..................................................

(Nor Hidayah Binti Ishak

(Puan Fuziah)

Setiausaha,

Guru Besar,

Program Jom Bersenam,

Sekolah Kebangsaan Dato Abu BakarSekolah Kebangsaan Dato Abu Bakr,

Jalan Davis Kuala Lumput.Jalan Davis Kuala Lumput.