13
Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005 Oleh: SHUKOR BIN MAT ‘Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’ Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar, di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya hanya bermula pada tarikh tersebut. Encik Ahmad bin Ismail atau Cikgu Mat Tawarikh , di dalam bukunya, Mengenal Sejarah Negeri Perlis Indera Kayangan, telah menyatakan: "Beberapa orang Menteri telah dititah supaya pergi membangunkan istana dan rumah. Mereka telah membangunkannya di Kampung Sena, manakala Kangar dijadikan Bandar Diraja." (1) Ini menunjukkan bahawa Bandar Kangar wujud lebih awal daripada kota Sena, kerana selepas kota Sena siap dibina untuk raja bersemayam, pekan Kangar diperintahkan supaya dijadikan Bandar Diraja, sesuai dengan persekitarannya yang bersih dan menarik. Menurut Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, pembinaan Kota Sena dimulakan pada tahun 1063H (1652M) dan siap dalam tahun 1065H (1654M).(2) Maklumat ini menjelaskan bahawa sementara menanti Kota Sena siap dibina, maka pekan Kangar juga perlu diterokai iaitu setahun kemudiannya (1653 M) kerana pekan ini penting dari segi perdagangan dan pengangkutan barangan, tetapi dalam proses pembinaan itu Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat Perlis 2003-2005 Oleh: SHUKOR BIN MAT

‘Di Tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya pekan purba yang dahulunya di kenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi bandar Kangar’

Tahun 2003-2005 merupakan Tahun Melawat Perlis, iaitu satu tempoh masa yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Perlis untuk menarik minat pengunjung dan pelancong melawat Perlis. Tarikh 2003 dipilih bersesuaian dengan tempoh genapnya usia 350 tahun pekan Kangar, di mana asas pertumbuhannya bermula pada tahun 1653 M. Walaupun aktiviti perdagangan dan pengangkutan di sini wujud lebih awal lagi daripada tarikh tersebut, tetapi pertempatan kekalnya hanya bermula pada tarikh tersebut.

Encik Ahmad bin Ismail atau Cikgu Mat Tawarikh , di dalam bukunya, Mengenal Sejarah Negeri Perlis Indera Kayangan, telah menyatakan: "Beberapa orang Menteri telah dititah supaya pergi membangunkan istana dan rumah. Mereka telah membangunkannya di Kampung Sena, manakala Kangar dijadikan Bandar Diraja." (1) Ini menunjukkan bahawa Bandar Kangar wujud lebih awal daripada kota Sena, kerana selepas kota Sena siap dibina untuk raja bersemayam,

pekan Kangar diperintahkan supaya dijadikan Bandar Diraja, sesuai dengan persekitarannya yang bersih dan menarik. Menurut Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, pembinaan Kota Sena dimulakan pada tahun 1063H (1652M) dan siap dalam tahun 1065H (1654M).(2) Maklumat ini menjelaskan bahawa sementara menanti Kota Sena siap dibina, maka pekan Kangar juga perlu diterokai iaitu setahun kemudiannya (1653 M) kerana pekan ini penting dari segi perdagangan dan pengangkutan barangan, tetapi dalam proses pembinaan itu

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Kangar juga perlu diterokai kerana pembangunannya tidak telalu rumit. Sedangkan pembinaan kota Sena memakan masa yang lama sehingga 3 tahun terutamanya kerana pembinaan istana yang memerlukan persiapan yang rapi dan lengkap sebagai sebuah tempat untuk bersemayamnya seorang raja yang memerintah negeri Indera Kayangan.

Kedudukan Bandar Kangar asalnya di tebing Sungai Perlis, iaitu di tapak Bangunan TELEKOM dan Majlis Perbandaran Kangar sekarang (dahulunya bangunan Market Lama). Kini saiznya membesar akibat pembinaan bangunan kerajaan dan premis perniagaan. Pesatnya pembangunan Bandar ini kerana lokasinya yang strategik dari segi keselamatan dan perdagangan. Banjaran Bintang yang memanjang dari Utara Perlis merentasi bahagian barat daya dan barat Perlis telah membentuk benteng semulajadi yang kukuh dan selamat dari serangan musuh. Manakala di bahagian tengah Perlis iaitu di utara Bandar Kangar, terdapat Bukit Besi Hangit menjadi sebagai Benteng Timur. Di bahagian selatannya terdapat Sungai Perlis yang seolah-olah menjadi benteng air bagi menangkis serangan musuh. Sungai Perlis ini asalnya luas dan dalam, menganjur dari kawasan tadahan Banjaran Bintang menuju ke kawasan tanah pamah di bahagian tengah Perlis, melalui bangar Kangar dan terus ke Kuala Perlis.

Penerokaan Bandar Kangar dan bagaimana Kangar mendapat nama

Di tebing Sungai Perlis yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Kepala Bukit Lagi itulah lahirnya sebuah pekan purba yang dahulunya dikenali sebagai Pekan Atap yang kemudiannya bertukar nama menjadi Bandar Kangar. Ramai orang tidak mengetahui asal usul namanya dan sejarah penerokaannya. Dinamakan Pekan Atap kerana gerai-gerai jualannya dan tempat menyimpan barangnya dibuat daripada atap, iaitu tiangnya kayu bulat, dinding dan atapnya dibuat daripada daun nipah.

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Melalui sumber lisan yang boleh dipercayai, menyatakan Bandar Kangar wujud serentak dengan kelahiran Negeri Indera Kayangan. Penerokaannya dibuat oleh Tok Peduka Tua (Wan Long Aru ) beusama-sama dengan orang-orangnya membina bangsal daripada atap dan dengan itu juga menyebabkan kawasan tersebut dipanggil Pekan Atap. Tok Peduka dan orang-orangnya yang meneroka Pekan, tinggal di Kampung Sena. Tok Peduka berasal dari Indonesia yang kemudiannva membawa diri ke Perak.(3)

Tok Peduka diizinkan menjadi raja di negeri Indera Kayangan oleh Marhum Pak Pandak, raja Kedah pada masa tersebut, apabila Tok Peduka berjaya melepasi satu ujian kehandalan membelah buah tembikai. Kedua-dua belah buah ternbikai itu didapati sama besar dan sama berat timbangannya.(4) Sebelum berjaya membelah buah tembikai ini, sudah ramai pemuda yang mencubanya tetapi gagal dan menerima hukuman berat daripada Marhum Palz Pandak akibat kegagalan tersebut. Orang yang berjaya membelah buah tembikai dalam keadaan sama besar dan sama berat akan dihadiahkan sebuah negeri iaitu menjadi raja di negeri Indera Kayangan. Nasib menyebelahi Tok Peduka akhirnya beliau berjaya. Marhum Pak Pandak telah menunaikan janjinya iaitu melantik Tok Peduka menjadi raja dengan gelaran Datuk Peduka Maharaja Indera Jaya.(5)

Tujuan Marhum Pak Pandak melantik raja di kawasan baru itu ialah untuk menahan Siam daripada menyerang Kedah dengan mudah kerana di utara belum ada negeri, jika ada negeri baru, ini akan menjadi penghalang utama kemaraan Siam ke selatan. Tok Peduka dan orang-orangnya menebas untuk meneroka negeri baru yang belum ada nama dan pekan. Parang yang digunakan untuk membelah buah tembikai itulah yang digunakannya untuk memugar hutan. Tok Peduka bukan menebas sangat tetapi parangnya yang menebas sendiri iaitu menggunakan kuasa jin yang dimilikinya. Setelah selesai meneroka hutan maka dibinalah beberapa buah bangsal di tepi sungai. Bangsal ini dibuat daripada atap daun nipah untuk tujuan perniagaan. Lama kelamaan ramailah orang masuk mengikut Kuala Perlis untuk membawa barang dagangan ke Pekan Atap. Orang India dan Cina datang dengan tongkang. Dengan itu wujudlah sebuah Bandar di dalam negeri yang baru dihadiahkan oleh Marhum Pak Pandak. Kemudian Tok Peduka bermesyuarat dengan orang-orangnya untuk memberi nama kepada pekan dan negeri tersebut. Ketika Tok Peduka dan orang-orangnya sedang bermesyuarat terdengar bunyi burung lang kangok, di atas pokok besar yang tinggi dengan laungan “kangok..... kangok”. Tok Peduka terdengar bunyi tersebut, lalu mencadangkan supaya memberi nama “kangok” kepada Pekan Atap. Nama “kangok” ini telah diterima dan digunakan oleh orang ramai. Sebutan “kangok” ini kemudiannya berubah menjadi “kangar” apabila orang Inggeris mula menuturkannya dan akhirnya orang ramai pun terikut-ikut dengan sebutan “kangar” hingga ke hari ini. Begitu juga dengan nama negeri; Tok Peduka mencadangkan supaya diberi nama Perlis memandangkan kawasan atau negeri Indera Kayangan itu baru saja diperoleh daripada Marhum Pak Pandak, raja Indera Kayangan, iaitu salah sebuah negeri di dalam jajahan Kedah. (6)

Keadaan Kangar yang bersih dan menarik dalam abad ke 17

Hubungan yang rapat di antara keluarga Tok Peduka dengan kerabat diraja Kedah terbukti kebenarannya, iaitu selepas kematian Tok Peduka Tua (Wan Long Aru), pemerintahan Indera Kayangan dipegang oleh anaknya Tok Peduka Muda (Wan Long Salleh) yang menjadi bapa mertua kepada Sultan Muhyiddin Mansor Shah, Sultan Kedah

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 4: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

yang ke 22. (7) Keadaan Kangar yang bersih dan menarik pada abad ke 17, telah diceritakan oleh Sherard Osborn yang melawat Perlis pada tahun 1838.

“Kaugar dibangunkan di atas tebing sungai Perlis, dan seperti lain-lain pekan di

negeri ini, hanya terdapat sedikit tanah yang telah diusahakan di sekelilingnya, untuk mendapatkan ruang bagi tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran ke pekan penduduk tempatan hutan luas yang tidak terurus mengelilingi tanah pertanian dan kebun buah-buahan yang luas yang menjangkau sehirngga 1.5 batu persegi.”

“Rumah semuanya dibina di kawasan yang berasingan, dipenuhi dengan tanaman yang kecil, atau diantara pohok-pokok nyior dan pinang sepertimana juga lain-lain pokok istimewa bagi negeri ini, tidak ketinggalan juga pokok pisang yang kelihatan indah yang menaungi hampir-hampir setiap rumah kediaman, dan buahnya lazat, kelihatan sejuk, daunnya bewarua hijau tua, dan arnat menarik perhatian”(8)

Mercu Tanda bandar Kangar

Kangar setanding dengan Bandar-bandar besar yang lain diutara

Bandar Kangar dari segi sejarah dan perkembangannya sejak awal lagi adalah

setanding dengan bandar-bandar besar di utara Semenanjung Malaysia seperti yang digambarkan oleh R.Bonney: “Dalam tahun 1875 penduduk Kedah dianggarkan berjumlah 100,000 orang, sungguhpun demikian ini adalah jumlah yang dibesar-besarkan. Orang-orang yang datang kemudian dianggarkan lebih kurang 60,000 orang, terutama sekali orang-orang

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 5: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Melayu pedalaman, orang-orang Chulia (saudagar India dari Malabar), orang-orang Cina, orang-orang Siam dan orang-orang Sam-sam. Kangar Kuala Kedah, Alor Star dan Kota Kuala Muda merupakan Bandar-bandar utama di samping Lembah Sungai Kedah yang merupakan kawasan paling popular.”(9)

Pemandangan dari atas bulatan besar bandar Kangar

Kangar mempunyai kilang pada abad ke 17

Terdapat bukti menunjukkan Kangar bukan sahaja penting sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan, tetapi juga sebagai Bandar yang sudah mempunyai kilang memperoses hasil tempatan:

“Sebatu atau lebih daripada Kangar, kami tiba bertentangan dengan sebuah kilang tepong, dimana orang Melayu yang mengawalnya menyambut kami dengan baik, dan kami menyatakan kepadanya bahawa kami mendapat kebenaran belayar daripada Haji Long, dia tidak menahan kami.”(10) Air Sungai Perlis berhampiran Kangar masin pada masa dahulu

Sungai Perlis menjadi laluan utama ke Pekan Kangar pada zaman silam, dimasuki air laut sehingga jauh ke pendalamannya, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan air tawar untuk kegunaan seharian seperti yang digambarkan ini:

“Kami tidak tunggu untuk mendapatkan penerangan lanjut, dan sebentar selepas itu, kami dapati bekalan air segar, iaitu kawasan yang jaraknya kira-kira 8 batu daripada laut, kami berlabuh dan mengisikan air ke dalam tong-tong kayu, kami mandi, membasuh, dan minum air, setelah mendapat keperluan air bersih yang banyak dengan segala bekalan untuk pelayaran yang lebih jauh lagi.”(11)

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 6: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Penduduk Kangar mesra dengan tetamu Penduduk pekan Kangar melayan tetamu mereka dengan baik terutama sekali

orang orang Eropah, sepertimana yang berlaku pada tahun 1838:

“Seorang daripada Bandar (Kangar) memberikan kepada saya sebakul manggis yang lazat, dan orang-orang lain meminjamkan kami beberapa helai tikar sebagai pelindung daripada panas terik matahari yang memancarkan cahayanya ke atas bot kami yang terdedah.”(12)

Kebimbangan penduduk Kangar dalam tahun 1838

Dalam tahun 1838 penduduk Kangar berasa bimbang tentang bentuk pemerintahan yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh tentera Siam apabila mereka memerintah Kangar nanti, manakala pelawat-pelawat Barat merasa simpati dengan nasib yang diterima oleh orang-orang Melayu Kedah yang terpaksa melarikan diri apabila Kedah tewas di dalam peperangan dengan Siam:

“Semua penduduk bimbangkan tentang bagaimanakah mereka akan diperintah oleh

pasukan tentera Siam yang mengepong rnereka, adakah mereka terpaksa melarikan diri sebelum kedatangan Siam, dan ini telah nyata, daripada apa yang diceritakan oleh orang-orang Melayu adalah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terlalu murah hati sehingga sanggup melarikan diri daripada negeri Kedah dan Tamelan secara baik tanpa menerima sebarang balasan kebaikan (daripada Siam).” (13)

Kebimbangan kepada kekejaman Siam

Orang-orang Melayu Kangar juga bimbang dengan kekejaman yang sering dilakukan oleh tentera Siam dengan cara menyula dan sebagainya:

“Tidak seorang pun menyangka daripada pemandangan di bazaar (pemandangan yang

begitu aman di bazaar), terdapat seramai 15,000 orang tentera Siam sedang menghampiri bandar bersedia untuk menyula, mengeluarkan isi perut, atau bermain dengan sebarang permainan kelakar (lucu) yang pernah diceritakan kepada saya di tempat lain oleh setinp orang atau orang-orang yang pernah ke sini sebelum kedatangan saya”.

“Walau bagaimanapun dia berfikiran baik terhadap saya, menerangkan secara lemah-

lembut tentang pesalah, dan berkata bahawa perasaan terlalu seronok itu datang daripada “orang-orang Dato Mahomet Alee yang dapat menawan kembali Kedah!: (Kedah Selatan) memulangkannya kepada pemerintahannya yang sebenar, tetapi tentera Siam telah sekali lagi berjaya, dan berarak di tempat yang selesa di Pekan Kangar.”(14)

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 7: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Keadaan Bandar dan bangunan Keadaan Bandar dan bangunan di Kangar dalam tahun 1838 adalah seperti berikut:

“Ianya seperti luar biasa untuk menceritakan idea yang baik tentang kecantikan dan tempat kediaman yang semuanya dibina daripada kayu, buluh, dan daun-daun yang dibuat tikar, Bandar Kangar, meskipun lebih tinggi sedikit daripada sungai, dibina dengan tiang setinggi 3-4 kaki; ini boleh jadi ukuran yang penting untuk musim hujan, tetapi dalam masa yang sama, apabila bumi menjadi keras seperti batu, ia kelihatan sebagai usaha yang berlebihan. Bandar ini secara keseluruhannya kelihatan bujur di dalam plan tapaknya, mempunyai serambi yang memanjang di sepanjang tiap-tiap bahagian luarnya, mempunyai tangga primitif yang menganjur dari tanah. Lantainya dibina daripada bilah-bilah buluh, cukup kuat untuk menahan barang-barang pukal, tetapi memberikan keselesaan untuk memijaknya; di atas buluh-buluh ini yang keadaannya berselang satu inci satu dijalin melintang “snaking” dengan rotan, tikar-tikarnya dihampar dengan teratur, nombornya, keindahannya, dan kecantikannya bergantung kepada kekayaan pemiliknya dan kemahiran orang-orang perempuannya. Dindingnya dibentuk daripada daun kelapa dan lain-lain daun pokok palma, berkeadaan teguh, licin dan kemas bagi menahan tiupan angin dan percikan air, dan dalam satu masa menyegarkan mata memandang. Atapnya yang berkeadaan tinggi dan berpuncak yang menandakan hujan lebat, dalam jangka panjang mengangkat cucur atap, yang mengindahkan lagi pemandangan pada bangunan dan mengingatkan kembali saya kepada “chalets” di Switzerland. Dalam keadaan yang sama rumah-rumah tersebut dibahagikan kepada dua atau lebih bahagian-bahagiannya, dan balkoni (tempat mengambil angin di tepi tingkat atas) dibina yang menunjukkan adanya perhubungan antara satu bilik dengan bilik-bilik lain, selain daripada itu tempat ini menjadi tempat lepak bagi penghuninya.”(15)

Bangunan Persekutuan

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 8: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Pemandangan Bandar Kangar

Barang - barang perdagangan Jenis-jenis barang yang dijual di Bandar Kangar pada pertengahan abad ke 17 dijelaskan sebagai:

“Bazaar tersebut berupa sebatang jalan lurus, yang letaknya di sebelah kanan sungai. Tiap-tiap kedai berbentuk pisang sesikat dan kedai yang terbuka di bahagian depannya, kelihatan elok kerana terlindung daripada panas terik matahari, yang dipenuhi oleh bau buah-buahan dan sayur-sayuran yang kuat, terlalu banyak perhiasan dari Manchester, sapu tangan merah dan kuning yang bercahaya terang, tikar cantik dan pakaian-pakaian siap yang kemas, longgok-longgok beras, tiub-tiub minyak sapi, keris-keris yang cantik, dan pedang-pedang yang hebat atau jenis-jenis parang, yang boleh didapati di semua bazaar-bazaar di Singapura, Melaka atau di Pulau Pinang.”(16)

Tingkah laku penduduk berbilang kaum

Tidak ketinggalan juga diceritakan secara ringkas perangai atau tingkah laku penduduk berbilang kaum yang tinggal di pekan Kangar:

“Didapati anak-anak negeri Mohametan dari wilayah Madras, melilit serban dan

berjubah putih (kain belacu) yang mewarisi rupa orang-orang Moguls Yang Gagah seperti yang digambarkan di atas kad daun terup; berminyak, hitam, dan berbau kuat. Orang-orang Keling suka berbual, berbohong dan menipu; orang-orang Melayu berjalan dengan bergaya, berhias dengan pakaian yang menyukakan hati, dan mempunyai lengan baju yang cantik bercorak lembing warna perak, kelihatan segak dan gagah, jika ditepuk pada bahagian atas belakang mereka secara perlahan-perlahan mereka akan berkeadaan separuh membongkok (tunduk) dan berkata, “Akan dilaksanakan dengan baik !”. Sekiranya mereka mengetahui bahawa mereka sedang diserang, maka segala gambaran tadi hilang bagaikan mimpi, dan dengan cara itulah mereka menjadi perompak di tempat lain.”

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 9: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

“Bagi beberapa orang Cina, iaitu yang dikenali sebagai Yahudi di Kepulauan Melayu Timur, iaitu tempat di mana mereka berada sekarang. Mereka bersikap merendahkan diri juga bimbang jika diperhatikan oleh pegawai laut British, bahawa dengan segala pangkat dan kebanggaan puak, membolehkan mereka untuk menggunakan wang ringgit bagi kepentingan mereka. Orang Cina kebanyakannya menjadi pengurup wang. Perlakuan yang sangat biadab dan dengan kata-kata yang menghina mereka oleh orang-orang Melayu sungguh menyentuh perasaan saya.”

“Buruh-buruh India apabila dianianya, berbunyi seperti burung gagak di dalam sarangnya. Tidak seperti orang-orang Cina jika mereka jemu mereka tunduk dan takut; tetapi kita akan dapati, dengan sekelip mata kecil mereka yang bercahaya itu, mereka tidak membuang masa untuk menggigit tumit yang meluha dan membengkakkan mereka.”(17)

Masjid lama Kangar

Kangar pada abad ke 17 mempunyai sebuah masjid seperti gambaran berikut:

“Di bahagian tengah Bandar ini ada sebuah masjid yang meninggi di antara pokok-pokok dan menunjukkan bahawa, walaupun banyak rumah yang cantik bertaburan disekitarnya tetapi kelihatan tidak kukuh kerana bahan binanya rapuh, namun begitu kedudukan tapak bandar Kangar (pekan dan rumah kediaman). Kedua-duanya di dalam penguasaan Siam sepertimana yang diceritakan di dalam sejarah-sejarah Melayu, mereka sering mengambil kira tentang Bandar.”(18)

Melihat kepada rekod-rekod sejarah yang telah diberikan itu, dapatlah kita bandingkan sejauh manakah berkembangnya dan majunya Kangar dewasa ini, yang bangun bersama-sama dengan perkembangan dan kemajuan negeri Perlis.

Masjid lama Kangar

Ekonomi saradiri yang menjadi amalan utama penduduk persekitaran Kangar dan negeri Perlis di zaman silam telah digantikan dengan pelbagaian ekonomi, bermula dengan tanaman padi dua kali setahun dengan penggunaan benih dan baja yang

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 10: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

bermutu. Diikuti dengan projek penanaman tebu oleh FELDA dan penemuan getah oleh FELCRA. Semua projek ini membantu meningkatkan pendapatan individu dan hasil kerajaan negeri.

Perusahaan mengilang dan membungkus simen dan gula di Chuping dan projek mengetin udang di Kuala Perlis menjadi satu agenda yang membantu memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk Bandar Kangar dan negeri Perlis yang bertambah dengan pesatnya.

Usaha-usaha ke arah peningkatan elconomi negeri semakin nyata keberkesanannya, terutama sekali selepas terbinanya beberapa institusi pelancongan yang menarik dan menguntungkan. Tumpuan bukan sahaja diberikan kepada usaha pengubahsuaian hotel dan tempat-tempat penginapan pelancong, tetapi juga kepada kerja-kerja pembesaran dan penambahan gerai-gerai makanan di Kangar dan di Kuala Perlis. Tidak ketinggalan juga usaha membaikpulih institusi pelancongan di Batu Pahat, Padang Besar, Wang Klian, Kuala Perlis dan Kangar. Jalan-jalan utama, alatan perabut yang lengkap dan lampu-lampu berwarna-warni dan lain-lain bahan yang menjadi daya penarik utama pelancong telah dibina dengan rancaknya di sana sini.

Projek-projek sosial juga tidak kurang pentingnya kerana ianya boleh menarik minat pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri, terutama sekali penubuhan universiti dan universiti kolej, yang bukan sahaja menjadi daya saing dari segi akademik tetapi juga dari segi fizikal dan keceriaannya. Ini seperti yang kita sedia ketahui iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Matrikulasi, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM), Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan beberapa buah institusi pengajian tinggi yang lain lagi, yang sedang di dalam proses pembinaannya.

Bangunan-bangunan yang sedia ada seperti Dewan Warisan Kangar, Muzium Negeri, Mercu Tanda Negeri, Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Kompleks Islam Kangar, Kompleks Budaya Kangar, Hospital Besar Kangar, Sekolah-sekolah, Masjid Negeri, Masjid Alwi Kangar dan bangunan-bangunan usang lagi bersejarah seperti rumah Dato' Wan Ahmad bin Wan Daud, adalah menjadi sumber inspirasi ke arah meningkatkan daya dan minat melancong di kalangan pelawat-pelawat dalam dan luar negeri. Semua khazanah negeri yang telah dinyatakan itu perlu diperkaya dan dipelihara keceriaannya sama ada dari segi luarannya mahupun untuk pengisian pada bahagian dalamannya.

Di samping itu bangunan-bangunan popular seperti Tabung Haji, Bank-bank Perniagaan, Pejabat-pejabat Pos, KIinik-klinik Kesihatan, Balai Bomba, Market, Kompleks Membeli Belah dan lain-lain premis awam perlulah diawasi keceriaannya, di samping usaha-usaha membaiki dan menaikkan taraf jalan-jalan lama dan jalan-jalan kecil di seluruh negeri.

Bandar Kangar sejak sebelum merdeka lagi sudah dijaga keceriaannya oleh pemerintah British, terutama sekali tentang sampah sarap dan pembuangan najis yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kangar. Selepas merdeka, kawasan-kawasan yang perlu dijaga semakin bertambah akibat pertambahan penduduk dan pembinaan bangunan tambahan. Kini kerja memungut dan melupuskan sampah telah banyak diswastakan di samping dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kangar. Sampah sarap, bahan-bahan buangan makanan dan minuman, juga sisa-sisa minyak dan lain-lain kotoran bukan sahaja mengotori kawasan, tetapi juga mencemarkan udara dan perairan di sekitarannya. Penjagaan kebersihan ini perlu dititikberatkan di samping adanya usaha-usaha untuk mengindahkan bangunan dan halaman bagi sesuatu institusi.

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 11: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Sejak merdeka sehingga kini, kerajaan negeri mengambil sikap yang sederhana dan penyayang di dalam menangani masalah pencemaran sampah dan minyak, seperti pengotoran kawasan dan pencemaran sungai. Orang-orang yang bersalah tidak dihukum seperti yang tertera di papan kenyataan iaitu denda lima ribu ringgit dan sebagainya jika membuang sampah atau mengotori kawasan. Ini menyebabkan kaki pengotor banyak lemak dan tidak langsung menghiraukan kebersihan, walaupun di kawasan rumah sendiri. Ada baiknya orang-orang yang pengotor dan keras kepala ini diajar sekali sekala supaya mereka sedar tentang kesalahan mereka dan dengan itu mereka tidak melampau.

Banyak sudah tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan oleh kerajaan negeri dan pusat bagi projek-projek pelancongan dan keceriaan negeri, tetapi sungguh menyedihkan! Kerana kebanyakannya tidak dapat dijaga dan diselia dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak dan luas kawasannya. Usaha-usaha untuk membantu secara individu atau berkumpulan boleh dikatakan tidak ada, kecuali usaha-usaha membersihkan masjid di kampung-kampung atau kawasan perkuburan secara gotong-royong. Kerja-kerja kebajikan seperti menebas rumput di jalan raya berdekatan dengan rumah pun tidak dapat dijalankan oleh orang yang berdekatan, melainkan diserahkan kepada kontrak sahaja. Sewajarnya kerja gotong-royong itu dihidupkan semula, seperti pada zaman tahun-tahun 50 an dahulu, di mana banyak kerja amal seperti membina jalan dan mendirikan rumah di buat secara gotong royong.

Penyakit dengki khianat dan tidak mahu membantu semakin menular luas di seluruh Negara, terutama sekali di tempat-tempat peranginan dan pelancongan. Bukan sahaja papan tanda, ukiran dan pasu-pasu bunga dirosakkan, tetapi juga pondok rehat yang boleh digunakan untuk berteduh daripada hujan dan panas, juga dirobohkan. Umpamanya pondok rehat di Bukit Lagi, bukan sahaja siling dan atapnya dijolok dan dipecahkan tetapi juga pondok itu sendiri dirobohkan oleh tahi betina kerana takut orang mengintipnya dari atas bumbung.

Adalah diharapkan bahawa projek gotong-royong secara berperingkat dapat dibentuk dan digerakkan bagi membantu kerajaan negeri membangunkan semula keceriaan, dalam usaha ke arah menarik pelancong ke Perlis, terutama sekali pelancong-pelancong asing. Usaha gotong royong ini boleh dibuat pada hari minggu atau hari-hari cuti umum, terutama sekali bagi kerja-kerja membersihkan jalan, tanah perkuburan, bangunan-bangunan kerajaan atau meletakkan penunjuk arah, meletakkan papan-papan tanda pemandu arah, iklan pelancongan dan sebagainya.

Ada baiknya jika disenaraikan khazanah-khazanah lama yang perlu diberikan perhatian untuk tujuan memperkaya dan menerapkan kembali nilai-nilai sejarah dan budaya lama agar ianya menjadi daya penggerak kearah menjayakan Tahun Melawat Perlis 2003-2005 bersempena dengan genapnya 350 tahun wujudnya Bandar Kangar:

• Rumah Tetamu Kangar dan rumah-rumah lcediaman kakitangan penasihat British sebelum kemerdekaan

• Makam Tok Peduka Kangar dan makam masjid lama Arau • Kubor Tok Arau • Tempat yang menjadi pengkalan perahu dan tongkang di Pengkalan

Assam • Kota Keran • Kota Sena • Mercu tanda Bandar Kangar

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 12: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

• Mendirikan beberapa contoh tandiap (tempat singgah sementara bagi raja-raja zaman silam)

• Mendirikan contoh balairong istana lama atau replikanya Bangunan Jam Besar Kangar

• Tapak Penjara • Menamakan bangunan bersejarah di tepi Bangunan Jam Besar (atapnya macam topi

kokhat) • Padang Hospital (Padang Merdeka) • Rumah Dato' Wan Ahmad Wan Daud • Rumah kediaman Syeikh Abu Bakar Asshaary • Menyediakan jenis-jenis kenderaan lama untuk muzium seperti beca, gerek, motosikal

lama dan bas lama yang pernah digunakan di Perlis • Replika buah-buahan dan hasil-hasil tempatan mengikut tempatnya • Menyediakan papan tanda bersama simbolnya bagi tempat-tempat pengeluaran bahan dan

peralatan tradisional Perlis seperti tempat membuat atap, tembikar, nira nipah, gula nyior dll.

• Menyediakan bilik khas untuk pameran peralatan tradisional Perlis seperti lesong kisar, lesong tangan, kerobong, jelapang, tong pukul padi, pengandar, salang cupak, kal, gantang, tin, tenggala, penyisir, tenggiling, pengarik tebu, pengarik santan nyior, beliong, gaji tiam, raga jaras, bujam, kecong, guni dsb.

• Diorama Pekan Atap (Kangar di zaman awal kemunculannya)

Kerjasama yang padu daripada jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kegiatan gotong-royong oleh semua badan dan agensi kerajaan merupakan satu penggerak utama kearah mempercepatkan usaha dan melicinkan kerja untuk menjayakan Tahun Melawat Perlis bersempena 350 tahun wujudnya Bandar Kangar. Langkah pertama yang perlu dijalankan ialah memupuk kesedaran mental terhadap kebersihan dan kerja-kerja amal melalui ceramah agama, ceramah sivik dan kesihatan kepada seluruh rakyat Perlis agar mereka faham dan dapat menghayati hasrat murni kerajaan yang sebenarnya.

Bagi badan-badan kerajaan dan agensi kerajaan, arahan-arahan melalui warta kerajaan dan surat-surat rasmi penting dibuat untuk dilaksanakan segera sebelum menjelangnya tahun 2003. Semoga usaha-usaha bersama yang murni ini diberkati Allah. ______________________________________________________________________________

1) Ahmad bin Ismail, Mengenal Sejarah Negeri Perlis Indera Kayangan, (tidak diterbitkan), Hlm. 28 2) Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, Al Tarikh Salasiah Kedah DBP, K.1.,

Cetakan 1, 1968, Hlm 74-76. 3) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud, Pesara JKR, penduduk asal Kampung Sena 4) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud, Pesara JKR, penduduk asal Kampung Sena 5) Mokhtar A.K., Tuk Peduka Pahlawan Sejarah Di Negeri Indera Kayangan, Warisan Indera Kayangan

Bil 3 1991, Hlm. 28-29 6) Temubual dengan En Wan Ishak Wan Mahmud 7) Muhammad Hassan bi Dato' Kerani Muhammad Arshad, Op.cit., Hlm. 74. 8) Sherard Osborn, The Blockade of Kedah In 1838, Oxford University Press, 1987, Hlm. 268-269. 9) R. Bonney, Kedah 1771-1821 The Search for Security and Independence, Oxford University Press, K.L. 1974, Hlm.8 10) Sherard Osborn, Op,cit.,Hlm.268

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 13: 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar · Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis 350 Tahun Wujudnya Bandar Kangar Bersempena Tahun Melawat

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 14 - 2002

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

11) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.269 12) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.272. 13) Sherard Osborn,Ibid. 14) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm.276 15) Sherard Osborn,Op.cit.,hlm.273-274 16) Sherard Osborn,Op.cit. Hlm.275. 17) Sherard Osborn,Op.cit.Hlm.275-276. 18) Sherard Osborn,Op.cit.,Hlm. 274. Ini menunjukkan masjid lama Kangar lebih dahulu dibina

daripada masjid lama Arau yang dibina dalam tahun 1843. Tuan Syed ali, seorang warga tua di Kampung Kebun, Arau Perlis menyatakan bahawa lokasi masjid lama Kangar ialah di tapak Pejabat Tenaga Nasional (TEN) sekarang.

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2002 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis