7
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER MEI 2015 ____________________________________________________________________ ____ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb – 26hb Julai 2015. Serahan selepas 26hb Julai 2015 TIDAK akan diterima. 1

33665

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Jenis Jenis Komunikasi Bertulis

Citation preview

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBML4403KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYUSEMESTER MEI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb 26hb Julai 2015. Serahan selepas 26hb Julai 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Kemahiran dalam komunikasi bertulis bukanlah bergantung kepada kepantasan penulis menulis dan melontarkan kata-kata, sebaliknya teks itu perlu jelas, tepat dan mudah difahami khalayak.

Perbincangan berfokus kepada perkara berikut;a) Pemahaman anda tentang komunikasi bertulis dan tafsirkan ciri-ciri yang perlu ditekankan bagi menghasilkan sebuah teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak (berkesan).b) Sebagai seorang guru yang berpengalaman, hasilkan sebuah Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah selengkapnya.c) Sejauh manakah aktiviti pertandingan pidato dapat membantu pelajar mengembangkan daya pemikiran dan sahsiah?Perbincangan anda hendaklah disokong dengan fakta daripada sekurang-kurangnya TIGA buah teks yang berkaitan.Sila rujuk garis panduan yang telah disediakan dalam rubrik berkaitan dengan pemarkahan dan juga kandungan tugasan. [Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan HBML4403 Kompetensi dalam Bahasa Melayu / Semester Mei 2015 KriteriaWajaranLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

1234

Pengenalan1Penulisan pengenalan berdasarkan kriteria berikut:

(a)Pengenalan takrifan komunikasi bertulis dinyatakan secara ringkas dan umum sahaja.

(b)Tiada sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.

Penulisan pengenalan berdasarkan kriteria berikut:

(a)Pengenalan takrifan komunikasi bertulis kurang jelas tetapi masih berkaitan. Mengemukakan ayat tesis yang agak jelas tetapi tidak menyeluruh kepada pengenalan penulisan.(b)Hanya satu sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.Penulisan pengenalan berdasarkan kriteria berikut:

(a)Pengenalan takrifan komunikasi bertulis jelas dan relevan. Mengemukakan ayat tesis yang jelas dan memberi impak yang menyeluruh kepada pengenalan keseluruhan penulisan.

(b)Hanya dua sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.Penulisan pengenalan berdasarkan kriteria berikut:

(a)Pengenalan takrifan komunikasi bertulis amat jelas dan amat relevan. Mengemukakan ayat tesis yang jelas dan memberi impak yang menyeluruh kepada pengenalan penulisan.(b)Sekurang-kurang tiga sumber rujukan dinyatakan sebagai bahan sokongan penulisan pengenalan.4

Taksiran: Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah difahami khalayak (berkesan)2(a)Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah di- fahami khalayak dinyatakan secara umum tanpa adanya huraian.

(b) Kurang idea dan tiada bahan rujukan digunakan.(a)Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah di- fahami khalayak dinyatakan tanpa dihuraikan dengan baik. Mengemukakan empat ciri teks yang berkesan.

(b)Hujah yang disampaikan agak baik dan berkaitan serta menampakkan adanya percambahan pemikiran yang bersesuaian.(a)Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah di- fahami khalayak dihuraikan dengan jelas. Mengemukakan lima ciri teks yang berkesan.

(b)Hujah dan idea dikemukakan dengan baik beserta contoh yang relevan serta menampakkan percambahan pemikiran yang bernas.(a)Ciri-ciri teks yang jelas, tepat dan mudah di- fahami khalayak dihuraikan dengan amat jelas. Mengemukakan sekurang-kurangnya enam ciri teks yang berkesan.

(b)Hujah dan idea dikemukakan dengan baik beserta contoh yang sangat relevan serta menampakkan percambahan pemikiran yang amat bernas.8

KriteriaWajaranLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

1234

Menghasilkan Risalah Panduan Pengendalian Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah

a. Panduan Pengurusan Pertandingan Pidato

b. Panduan Pemarkahan/ Penghakiman

c. Panduan Kriteria Pemidato yang Baik3Format Risalah Panduan Pidato mengandungi:

(a) Maklumat panduan pengurusan dengan langkah-langkah dinyatakan secara umum dan tidak menggambarkan satu proses pengurusan pidato.

(b) Ciri penilaian dalam proses penghakiman dihuraikan secara ringkas dan umum sahaja.

(c) Kriteria pemidato yang baik dinyatakan secara umum.Format Risalah Panduan Pidato mengandungi:

(a) Panduan pengurusan dinyatakan dengan langkah-langkah teratur tetapi kurang lengkap. Pernyataan dapat menggambarkan satu proses pengurusan pidato.

(b) Ciri penilaian iaitu isi, penyampaian, bahasa, adab dan markah bonus dalam proses penghakiman dihuraikan secara ringkas. (c) Kriteria pemidato yang baik dari aspek keilmuan, kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian dihuraikan secara umum sahaja.Format Risalah Panduan Pidato mengandungi:

(a) Panduan pengurusan dinyatakan dengan langkah-langkah yang teratur dan lengkap. Pernyataan dapat menggambarkan satu proses pengurusan pidato yang baik.

(b) Ciri penilaian iaitu isi, penyampaian, bahasa, adab dan markah bonus dalam proses penghakiman dihuraikan dengan agak jelas tetapi kurang terperinci.

(c) Kriteria pemidato yang baik dari aspek keilmuan, kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian dihuraikan berserta contoh yang sesuai.Format Risalah Panduan Pidato mengandungi: (a) Panduan pengurusan dinyatakan dengan langkah-langkah yang sangat teratur dan amat jelas serta lengkap. Pernyataan dapat meng- gambarkan satu proses pengurusan pidato yang baik.(b) Ciri penilaian iaitu isi, penyampaian, bahasa, adab dan markah bonus dalam proses penghakiman dihuraikan dengan jelas dan terperinci serta meyakinkan.

(c) Kriteria pemidato yang baik dari aspek keilmuan, kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian dihuraikan beserta contoh dengan amat jelas dan relevan.12

Implikasi aktiviti pidato bahasa Melayu dalam aspek;

a. .Mengembangkan daya pemikiran.b. Sahsiah2Implikasi aktiviti dibincangkan secara ringkas dan umum sahaja.a) Implikasi diterangkan terlalu ringkas. Hujah dan idea dijelaskan dengan baik tetapi tiada contoh bagi menyokong kerelevanan hujah..(b) Setiap aspek dibincangkan dengan hujah yang jelas dan berkaitan.a) Implikasi diterangkan secara ringkas tetapi jelas. Hujah dan idea masih jelas berserta contoh yang sesuai.(b) Setiap aspek dibincangkan dengan hujah yang jelas dan berkaitan berserta saranan yang relevan.(a) Implikasi diterangkan amat jelas dan padat. Hujah dan idea dijelaskan dengan baik berserta contoh yang amat sesuai.(b) Setiap aspek dibincangkan dengan hujah yang bernas, jelas dan mantap berserta saranan yang amat relevan.8

Rumusan/ kesimpulan1Rumusan dan kesimpulan yang ringkas serta tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan tetapi tiada penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.

Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna.

Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti (koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah.4

Organisasi penulisan1Tugasan menngandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan.

Bahasa yang digunakan sesuai.

Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheren dan kohesi).

Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan kertas kerja.Tugasan mengandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan.

Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) agak baik.

Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya APA. Peraturan tatabahasa dan penggunaan tanda baca dikuti dengan baik.

Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai.Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) amat baik.

Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan sistem ejaan dipatuhi dan dikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.4

JUMLAH MARKAH40

22