Upload
trinhnhan
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI AUTOCAD 2D.
WAN MANSOR BIN WAN ABDUL RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Segala Puji akan
Limpah dan Kurnia-Nya Tuhan seluruh alam. Salawat dan Salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W.
Untuk insan yang dihormati dan dikasihi ayah dan bonda,
Wan Abdul Rahman Bin Wan Ali
Mek Yah Binti Harun
Isteri Tercinta,
Rosniaida Binti Mohamad
Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan dan kejayaanku. Jua buat
kekanda-kekanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati kalian tidak termampu diungkapkan
dengan kata-kata.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semua kejayaan ini menjadi pendorong seluruh
kaum keluargaku untuk mencapai kejayaan dan kemenangan terhadap apa jua bidang
yang kalian ceburi.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka dapatlah saya
menyempurnakan MPK ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak di
dalam membantu saya bagi menyiapkan MPK ini. Kepada penyelia saya, En
Rosnizammuddin Shah Bin Sidek, terima kasih yang tidak terhingga di atas kesabaran
dan kesungguhan dalam membimbing saya serta mengatasi pelbagai kesulitan dan
kesukaran di dalam menyiapkan MPK ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam
Projek Sarjana Muda ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada
kepada pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu-bapa, isteri tersayang dan
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama saya memberi sokongan, semangat dan
bantuan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak
membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu,
penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu pelajar
dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji mengambil
inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik Autocad 2D.
Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini menggunakan pendekatan
penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori Beban Kognitif. Pembinaan
topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada perisian Autocad 2D sepenuhnya.
Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa pembangunan bersama penyelia untuk
memastikan modul pembelajaran yang dibangunkan menepati objektif dan sasaran
pembinaannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat membantu
para pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan pelajar di sekolah
dalam mempelajari dan menguasai penggunaan Autocad 2D dengan lebih jelas dan
mudah.
vi
ABSTRACT
Nowadays, the development of self learning module existed in the market has
help students to learn by themselves. It also help them to better understand the topic that
they have learn. Therefore, the researcher has take an initiative to develop self learning
module for the autocad 2D topics. The construction of this module is based on the
syllabus of Computer Assisted Engineering Drawing, Faculty of Education, University
Technology of Malaysia. This module using step by step explaination approach and
based upon Cognitive Load Theory. The topic in this module is fully develop from
Autocad software. Formative evaluation has been done with supervisor from time to
time along the development process of this module in order to make sure it suits the
objective of its development. Therefore, the development of this module is hoping to
help students of Faculty of Education, University Technology of Malaysia in acquiring
and mastering the basic skills in using AutoCAD software clearly and easier.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 5
1.5 Rasional Pemilihan MPK 6
1.6 Kepentingan MPK 7
1.6.1 Pelajar 7
viii
1.6.2 Pendidik 8
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 8
1.7 Skop MPK 8
1.8 Penutup 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Perbezaan Antara P&P Konvensional Dengan MPK 12
2.3 Modul 12
2.3.1 Andaian Modul 14
2.3.2 Prinsip-prinsip Modul 15
2.3.3 Kegunaan Modul 16
2.3.4 Objektif Penggunaan Modul 17
2.3.5 Proses Pembelajaran Modul 17
2.3.6 Kebaikan Penggunaan Modul 18
2.4 Modul Pembelajaran Kendiri 20
2.4.1 Takrif Modul Pembelajaran Kendiri 21
2.5 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran 23
2.5.1 Teori Beban Kognitif 23
2.5.2 Fungsi Screen Capture Dalam MPK 25
2.6 Model Reka Bentuk Pembinaan Modul Pembelajaran 26
2.7 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Penggunaan Model ASSURE Sebagai Model
Rekabentuk Pengajaran Untuk Menghasilkan MPK 29
3.2.1 Fasa Pertama : Analisis 29
3.2.2 Fasa Kedua : Menyatakan Objektif 30
3.2.3 Fasa Ketiga : Memilih Kaedah, Media Dan Bahan 31
ix
3.2.4 Fasa Keempat : Menggunakan Media Dan Bahan 32
3.2.5 Fasa Kelima : Penglibatan Pelajar 33
3.2.6 Fasa Keenam : Pengujian 33
3.3 Penutup 34
4 PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan 35
4.2 Rekabentuk MPK 36
4.2.1 Rekabentuk Penuh Keseluruhan MPK 38
4.2.1.1 Manual Penggunaan Modul 39
4.2.1.2 Objektif Pembelajaran 40
4.2.1.3 Isi Kandungan Modul 41
4.2.1.3.1 Unit 1 – Asas Komputer
dan CADD 41
4.2.1.3.2 Unit 2 – Mengenal Paparan
AutoCAD 42
4.2.1.3.3 Unit 3 – Bantuan Melukis 42
4.2.1.3.4 Unit 4 – Membuka Fail Baru 43
4.2.1.3.5 Unit 5 – Menyelaras Lukisan
Baru 43
4.2.1.3.6 Unit 6 – Melukis Dengan
AutoCAD 44
4.2.1.3.7 Unit 7 – Mengubah lukisan
AutoCAD 44
4.2.1.3.8 Unit 8 – Teks dan Dimensi 45
4.2.1.3.9 Unit 9 – Layer dan Block 45
4.2.1.3.10 Unit 10 – Memplot 45
4.2.1.4 Aktiviti Pembelajaran 46
4.2.1.5 Penilaian Kendiri 47
4.3 Komen terhadap MPK 48
x
4.4 Penutup 48
5 KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan Soal Selidik Secara Umum 49
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Membangunkan MPK 51
5.3.1 Kekangan Masa 52
5.3.2 Kos 52
5.4 Kelebihan dan Kekurangan MPK 53
5.4.1 Kelebihan MPK 53
5.4.2 Kekurangan MPK 54
5.5 Cadangan 55
5.6 Penutup 57
RUJUKAN 59
LAMPIRAN 62
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses Pembelajaran Modul 18
4.1 Paparan MPK 37
4.2 Paparan Manual Penggunaan Modul 39
4.3 Objektif Pembelajaran 40
4.4 Paparan Isi Kandungan MPK 41
4.5 Aktiviti Pembelajaran 46
4.6 Paparan Penilaian Kendiri MPK 47
xii
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PB - Pengajaran Bermodul
PBL - Project Based Learning
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Penilaian Pakar 62
Lampiran B Borang Penilaian Rakan 65
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengorbanan guru sangat diperlukan bagi menyampaikan maklumat untuk
pemahaman pelajar menguasai ilmu yang disampaikan. Guru pula bukan hanya
menyampaikan ilmu tetapi merancang menyampaikan ilmu itu dengan berkesan dan
sistematik. Pengajaran mungkin menjadi hambar dan kosong kiranya kegagalan guru
dan murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor itu sangat
berkait dan kuat hubungannya dalam proses mengajar dan belajar. Apakah proses ini
dapat digantikan dengan suatu metodologi yang lain? Sudah tentunya tidak
sepenuhnya. Dekad manapun, abad mana sekalipun peranan guru tidak mungkin
dipisahkan.
Menurut Dale (1946), dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut
sebagai ‘Cone of Experience’, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar
daripada sukar kepada yang lebih mudah.
Teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada para guru serta
perlu dikuasai oleh guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses
pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang
mempengaruhi dan mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran
seseorang. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang
diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
2
Tetapi situasi pada masa kini lebih mengutamakan kepada satu bentuk
pembelajaran yang mana setiap pelajar diberikan dengan satu cara pengajaran dan isi
pembelajaran tanpa mengambil kira perbezaan di antara pelajar. Ini bermakna, tidak
semua pelajar dapat menguasai apa yang diajarkan kerana pengajaran seperti itu
hanya bermakna kepada segelintir pelajar sedangkan pelajar yang lain terpaksa
belajar tanpa mempunyai kemampuan serta keselesaan terhadap pembelajaran.
Menurut Shaharom (1993), salah satu cara bagi menangani masalah ini
adalah dengan cara mengindividukan sesuatu pengajaran itu dengan cara pendidik
membuat aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan melihat kebolehan
seseorang pelajar tersebut. Di samping ianya masih mengekalkan pendekatan sistem
pengajaran yang diamalkan sekarang, cara ini juga boleh membuatkan seseorang
pelajar itu belajar dalam satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
humanistik. Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penekanan kepada aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sebagai pendidik, guru perlu menguasai pelbagai kaedah pengajaran yang
berkesan. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan di institusi pengajian
tinggi mahupun di peringkat sekolah seperti kaedah perbincangan, simulasi, projek,
modul, main peranan, kuliah dan bermacam-macam lagi termasuklah kaedah
psikologi.
Penggunaan modul pembelajaran kendiri (MPK) adalah salah satu cara yang
dapat digunakan bagi mengatasi masalah perbezaan individu. Memetik hasil
penulisan Kamdi Kamil (1990), menyatakan bahawa dengan menggunakan modul
pembelajaran kendiri satu-satu aktiviti itu sebenarnya telahpun dirangka dan
diprogramkan selaras dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik
minat, memberikan motivasi dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran. Melalui MPK
ini, pelajar akan dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari dalam
mendapatkan sesuatu ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan dan seterusnya
dapat memupuk nilai-nilai yang baik. MPK ini adalah sesuai sebagai bahan
pembelajaran kepada penguasaan perisian AutoCAD di peringkat sekolah dan
universiti, bahkan juga kepada sesiapa yang berminat dalam bidang grafik digital.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Oleh sebab kebanyakan daripada pelajar menghadapi masalah dalam
memahami perkara terbaru yang merangkumi penggunaan komputer dalam
penghasilan lukisan, beberapa konsep asas penghasilan lukisan kejuruteraan perlu
didedahkan sehingga ke peringkat bagaimana konsep tersebut dapat dihubungkan
dengan penggunaan komputer. Pada peringkat awal pelajar mungkin akan
menghadapi masalah untuk mempelajari lukisan kejeruteraan berbantu komputer
kerana beranggapan kurang pengetahuan dalam asas perkomputeran serta berasa
terdapatnya batasan sewaktu melukis garisan pada layar komputer. Diharapkan
dengan mengenengahkan penggunaan MPK ini dalam bidang Lukisan Kejuruteraan,
ini akan mengubah penerimaan pengguna terhadap proses penghasilan lukisan
kejuruteraan berbantukan komputer ke tahap yang lebih cekap.
Pelajar juga kebanyakkannya kurang mengetahui prinsip asas lukisan
kejuruteraan yang merangkumi kaedah penghasilan lukisan menggunakan komputer
dari peringkat penghasilan lukisan yang mudah sehinggalah yang lebih rumit.
Penggunaan arahan-arahan dalam lukisan kejuruteraan juga penting untuk difahami
oleh pelajar di mana arahan-arahan tersebut digunakan peringkat demi peringkat
mengikut kepentingan dalam penghasilan lukisan geometri, lukisan isometri, lukisan
ortografik dan lukisan mesin
Begitu juga dengan pendidik perlu kepada kefahaman dan pengetahuan yang
luas di dalam bidang lukisan kejuruteraan kerana kurangnya pengetahuan akan
menyebabkan minat serta kecenderungan pelajar akan terbantut. Kekurangan
kepakaran dalam bidang lukisan kejuruteraan komputer ini mengikut kreativiti dan
keperluan adalah disebabkan ketiadaan bahan bantuan yang dapat mengajar para
pendidik khususnya dan orang ramai amnya tentang cara-cara menjalankan aplikasi
perisian autocad tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Memang diakui terdapat
banyak bahan bantuan tambahan di kedai-kedai buku, namun ianya kurang mendapat
sambutan disebabkan oleh penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium
perantaraannya.
4
Untuk mengatasi masalah ini, para pendidik perlu kepada cara pengajaran
yang bersistematik dan cara yang paling berkesan adalah melalui penggunaan Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) yang akan digunakan berdasarkan kepada perbezaan
setiap individu seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini.
Menurut Shaharom dan Yap (1991), MPK adalah satu alternatif yang baik
dan bersesuaian dengan kadar kebolehan seseorang pelajar. Kita sedia maklum
bahawa kebolehan seseorang pelajar berbeza dengan pelajar yang lain tetapi dengan
menggunakan MPK pelajar dapat meneruskan proses pembelajaran mengikut
kemampuan dan kebolehan mereka sendiri. Pembinaan MPK ini juga sesuai
digunakan di dalam pembelajaran seharian di kelas dan dapat meringankan beban
guru untuk menyediakan persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar.
MPK adalah berbeza dari pengajaran secara konvensional disebabkan oleh
dua cirinya. Pertama, setiap bahan yang dikemukakan akan diteliti dan dianalisa agar
ianya benar-benar sesuai dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki dan ianya
akan disusun secara rapi dan berturutan. Keduanya, setiap isi kandungan yang
disertakan telah disusun secara teratur agar pengembangan idea pelajar jelas dan
lancar. Penggunaan MPK yang menekankan kepada langkah kecil dan mudah,
membolehkan seseorang pelajar dapat belajar mengikut tahap kebolehannya dan
menambahkan keyakinan dari setiap pelajar termasuklah pelajar yang lemah
kognitifnya. Pelajar yang lemah tahap kognitifnya akan terlibat secara aktif dalam
usaha mempelajari dan menyelesaikan permasalahan kecil dan hasil yang dicapainya
adalah amat memberangsangkan.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Perbezaan di antara individu merupakan satu masalah yang tidak dapat
dinafikan dalam pengajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi.
Kebiasaannya, pendidik akan menggunakan pendekatan secara keseluruhan kelas
iaitu mengajar dengan caranya yang tersendiri tanpa mengambil kira kemampuan
pelajar. Bagi mempelajari sesebuah perisian, kita sudah sedia maklum bahawa ianya
adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan masa yang agak panjang bagi
membolehkan pelajar menguasainya. Manakala bagi pelajar yang lemah pula, pasti
kaedah tradisional ini tidak akan membantu dalam menerima pengajaran yang
disampaikan.
Tambahan pula, untuk memahirkan diri dengan sesebuah perisian, pastinya
komputer diperlukan agar apa yang diajar dapat diaplikasikan terus bagi
mendapatkan hasilnya. Persoalannya, mungkinkah ada pendekatan lain yang
membolehkan perisian ini berjaya dipelajari dan sesuai dengan kehendak dan
kebolehan pelajar itu sendiri?
1.4 Objektif Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
Kajian ini dilakukan kerana berdasarkan objektif berikut :
a) Pembangun dapat menghasilkan sebuah MPK bagi perisian AutoCAD.
b) MPK yang dibangunkan akan dikenakan penilaian dalaman bagi aspek
kebolehpercayaan isi kandungan dan kebolehgunaannya pada pihak yang
terbabit.
6
Dengan terhasilnya Modul Pembelajaran Kendiri berasaskan perisian
AutoCAD ini, diakhir pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah diharapkan agar :
a) Mengenal konsep komputer dan CADD
b) Memahami paparan AutoCAD
c) Memahami arahan bantuan AutoCAD
d) Memahami kendalian fail AutoCAD
e) Menyelaras unit, sudut dan skala lukisan
f) Melukis menggunakan arahan AutoCAD
g) Mengubah lukisan menggunakan arahan AutoCAD
h) Menghasilkan teks dan membuat dimensi pada objek
i) Menggunakan arahan layer dan block
j) Memahami istilah dan konsep mengenai plotter
1.5 Rasional Pemilihan MPK
Di dalam sebuah kelas, terdapat pelbagai perbezaan di kalangan individu
pelajar dan seseorang pendidik itu tidak mungkin dapat memenuhi keperluan setiap
individu pelajarnya dalam masa yang sama dan singkat. Penggunaan Modul
Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat
dapat mengatasi perbezaan setiap individu ini. Ini adalah kerana sifat MPK tersebut
yang berpusatkan pelajar dan seterusnya memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengawal pembelajarannya sendiri mengikut kebolehan dan kemampuan yang
dimilikinya.
Sesebuah kelas biasanya mempunyai bilangan pelajar yang ramai yang mana
menyebabkan pendidik tidak dapat memberikan perhatian yang penuh kepada pelajar
yang tertinggal atau yang bermasalah. Perkara ini akan menyebabkan kesuntukan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan objektif pengajaran
yang diharapkan oleh pendidik tidak akan tercapai. Di sebabkan kekangan inilah,
penggunaan MPK adalah dirasakan sesuai dalam pengajaran yang mempunyai
pelajar yang berbagai tahap kognitifnya. Dengan menggunakan MPK ini, pelajar
7
yang mempunyai tahap kopgnitif yang tinggi dan sederhana dapat belajar secara
kendiri dan guru dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajar yang lemah.
Selain dari kegunaan pelajar, orang perseorangan yang baru ingin berjinak
serta berminat dengan perisian ini juga dapat memperolehi pengetahuan dan
kefahaman melalui MPK ini. MPK yang dibangunkan ini sesuai untuk orang
perseorangan kerana kemampuannya untuk pembelajaran secara kendiri dari hasil
yang akan diperolehinya sepanjang pembelajaran malah ianya adalah sesuai bagi
setiap peringkat umur serta menarik dan meningkatkan motivasi sesiapa yang
menggunakannya.
1.6 Kepentingan MPK
MPK yang akan dihasilkan ini adalah berpandukan kepada kepentingan
kepada beberapa pihak iaitu :
1.6.1 Pelajar
Dengan menggunakan MPK ini, pelajar akan dapat belajar mengikut
kemampuan kognitifnya sendiri beserta dengan sela masa yang diperlukan untuk
memahami sesuatu topik tersebut. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih teratur
kerana setiap bahagian dalam MPK ini telah dipecahkan kepada unit-unit kecil yang
membolehkan mereka belajar dengan mudah. Pendekatan berasaskan projek juga
merupakan satu cara belajar yang menarik dan ini pasti akan membuahkan hasil yang
membanggakan apabila pelajar selesai menggunakan MPK ini dengan sebaiknya.
8
1.6.2 Pendidik
MPK ini sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan pendidik dalam
mengajar pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza dalam sesebuah kelas.
Dengan menggunakan MPK ini, pendidik dapat memfokuskan perhatian mereka
sepenuhnya kepada pelajar yang bermasalah. Pendidik juga dapat menyampaikan
ilmu kepada pelajar dengan cara yang mudah kerana setiap isi kandungan yang ingin
disampaikan telah diaturkan dengan teliti dan sesuai dengan kemampuan pelajarnya.
Penggunaan MPK juga membuatkan persekitaran pembelajaran lebih kondusif dan
guru dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan lancar.
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengharapkan agar para
pendidik dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Untuk mendapat seperti yang diharapkan, pelajar perlulah
memperolehi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna iaitu
pembelajaran yang mengikut kemampuan dan kebolehannya. Dengan MPK,
kesemua aspek di atas tadi dapat dicapai dengan berkesan dan sekaligus menaikkan
taraf KPM dan pendidikan yang berkesan ini seterusnya akan membawa kepada
perubahan positif yang besar bagi negara Malaysia kerana wujudnya generasi pelapis
yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
1.7 Skop MPK
MPK ini disediakan bagi pelajar dan individu perseorangan yang mempelajari
perisian Autocad khususnya dalam Autocad 2D. Pendekatan yang digunakan iaitu
berasaskan projek dapat digunakan samada bagi pelajar yang tahap penguasaan yang
lemah, sederhana ataupun tinggi kerana ianya disusun secara teliti agar dapat
memenuhi ketiga-tiga tahap kognitif ini. Skop penghasilan MPK ini adalah
9
berdasarkan kepada setiap elemen yang meliputi perisian itu sendiri yang biasanya
digunakan dalam lukisan-lukisan kejuruteraan dan senibina.
1.8 Penutup
Sesuatu model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat
memberi gambaran tentang sesuatu proses pengajaran. Pada masa dahulu pengajaran
dianggap sebagai proses yang mudah iaitu sabagai penyampaian pengetahuan
daripada guru kepada pelajar. Ini adalah proses sehala di mana guru bertindak
sebagai orang yang bertanggungjawab mengajar menyalurkan pengetahuannya
kepada pelajar dan pelajar yang menerima segala-galanaya. Tetapi kini zaman kian
berubah dan memerlukan banyak perubahan terutama dalam dunia pendidikan.
Proses pengajaran perlu seiiring dengan pembangunan negara. Pelbagai perubahan
telah dibuat ke atas kurikulum dan juga dengan penggunaan pelbagai multimedia
diterapkan dalam proses pengajaran masa kini.
Kaedah pengajaran secara individu merupakan kaedah pengajaran yang
mementingkan pembelajaran seseorang individu. Pembelajaran disempurnakan oleh
individu itu sendiri di mana ia belajar mengikut kemampuan dan kebolehannya dan
seterusnya merasai kejayaan hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilakukannya
sepanjang pembelajaran. Ini kerana bahan pembelajaran yang dipersembahkan
adalah dibahagikan kepada unit-unit kecil yang mampu dipelajari oleh seseorang
pelajar itu dan ianya adalah terperinci dan teliti agar setiap objektif yang diharapkan
tercapai.