[3] DISKUSI KE-12

  • Upload
    dzarrin

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 [3] DISKUSI KE-12

    1/3

    OBJEKTIF

    Mengambil ibrah dari peristiwa ini yang jelas menunjukkan betapa kaum Muslimin sangat menjaga

    ikatan ukhuwwah sesama mereka sehingga sanggup berbaiah demi maruah Islam dan menuntut

    balas ke atas kematian Saidina Uthman r.a .

    Mengaplikasikan konsep ukhuwwah dalam kehidupan seorang Mahasiswa Muslim.

    Mengatahui ayat-ayat al-Quran yang turun rentetan daripada peristiwa ini.

    1.0 MUQADDIMAH

    Bai'ah menurut bahasa arab adalah asal kata YABI'U-BAA'A yaitu artinya menjual. Bai'ah berarti

    Penjualan atau jual beli. Menurut Istilah ialah Suatu perjanjian terhadap Allah S.W.T yang wajib

    dipenuhi dan dipatuhi oleh seorang hamba Allah untuk mendapat balasan dari sisi-Nya. Dalil

    tentang Bai'ah : Surah al-Fath ayat 10,

    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu

    (Wahai Muhammad-untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikanpengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat

    setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya

    maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya, dan sesiapa yang

    menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi

    kepadanya pahala yang besar.

    Ayat tersebut menjelaskan bahawa bai'ah itu sebenarnya janji-janji seorang mu'min kepada Allah

    S.W.T, maka Rasulullah S.A.W sebagai pelaksana hanyalah berfungsi sebagai saksi hanya Allah saja

    yang berhak memberi balasan dan ganjaran bai'ah. Orang yang mengikuti pola kepemimpinan

    Rasulullah S.A.W iaitu Khalifah dengan sistem kekhilafahanya berhak menjadi pelaksana bai'at demi

    terwujudnya ajaran Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan bermasyarakat.

    DISKUSI 12 :

    BAIAH AR-RIDHWAN

  • 7/26/2019 [3] DISKUSI KE-12

    2/3

    2.0 PERISTIWA

    2.1 DIALAH YANG MENGHALANG TANGAN MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS KAMU

    Rasulullah S.A.W telah keluar dari Madinah berangkat ke Mekah bersama-sama dengan

    sahabatnya dari kaum Muhajirin, Ansar dan kabilah-kabilah Arab lain seramai 1400 orang

    pada bulan Zulhijjah dengan tujuan untuk mengerjakan ibadat umrah. Baginda membawa

    bersamanya 70 ekor unta untuk korban. Rombongan Nabi S.A.W ini berjalan dan sampai di

    Hudaibiyah dan berhenti di situ.

    Rasulullah S.A.W telah berusaha untuk memberitahu kepada orang-orang Quraisy di Mekah

    maksud kedatangan baginda bersama rombongannya untuk menziarah rumah suci Kaabah

    dan bukan untuk berperang. Baginda telah memanggil Saidina Umar al-Kattab untuk

    membawa pesanan baginda kepada orang-orang Quraisy itu, maka jawab Saidina Umar :

    "Wahai Rasulullah SAW, saya khuatir orang-orang Quraisy akan mengambil tindakan ke

    atas saya. Kerana tidak ada di Mekah ini Bani Adi bin Kaab yang akan melindungi saya.

    2.2 UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY

    Rasulullah menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy.

    Kata Rasulullah: "Beritahu mereka bahawa kita datang bukan untuk berperang tapi datang

    untuk mengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam". Baginda juga menyuruh

    beliau bertemu dengan kaum lelaki Mukmin dan wanita Mukmin, memberitahu mereka

    perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan meninggikan agamaNya di Makkah

    hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

    Saidina Uthman pun bergerak ke sana dengan melalui kawasan orang-orang Quraisy yang

    sedang berada di Baldah. Kata mereka: "Kamu ingin ke mana?". Jawab beliau: "Aku ini

    telah diutuskan oleh Rasulullah untuk tujuan begini-begini". Maka mereka berkata: "Kami

    faham apa yang kau katakan itu, teruskan sahaja tujuanmu itu".

    Di situ Abban bin Said bin al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau serta mengenakan

    pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu. Beliau memberi

    perlindungan dan mengiringinya hingga ke Makkah dan terus menyampaikan perutusan

    tersebut kepada Quraisy. Beliau ditawarkan untuk bertawaf mengelilingi Kaabah, tetapi

    beliau menolak tawaran tersebut dan enggan bertawaf kecuali setelah dilakukan oleh

    Rasulullah terlebih dahulu. Setelah tiba disana, Usman bin Affan ditahan selama beberapa

    waktu oleh orang-orang Quraisy.

    2.3 KHABAR ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN

    Pada ketika itu telah sampailah berita kepada Nabi S.A.W bahawa Usman bin Affan telah

    dibunuh. Maka Nabi S.A.W menyatakan tekad bahawa Kami tidak akan berdiam hingga

    kami berhasil menumpaskan Quraisy. Kemudian Rasulullah S.A.W mengajak para sahabat

    berbaiah. Maka terjadilah Baiatur Ridhwan dibawah sebuah pohon di tempat perhentian

    mereka itu. Berita Rasulullah S.A.W membuat bai'ah ar-Ridhwan itu sampai kepada orang-

    orang Musyrikin Quraisy. Mereka merasa amat gerun dengan perpaduan orang Islam yang

    menyokong Rasulullah S.A.W untuk menuntut bela kematian Saindina Uthman r.a.

  • 7/26/2019 [3] DISKUSI KE-12

    3/3

    Dalam baiah ini, Nabi S.A.W mengambil tangan para sahabatnya satu demi satu. Mereka

    berbaiah kepada Nabi S.A.W untuk tidak lari meninggalkan medan perang. Sementara itu,

    Rasulullah S.A.W menepuk tangannya antara satu sama lain dan berkata Baiahini adalah

    untuk Usman. Setelah peristiwa baiah tersebut berlaku, barulah datang berita kepada

    Rasulullah S.A.W bahawa Usman tidak di bunuh dan berita kematiannya adalah palsu.

    3.0

    NILAI DAN PENGAJARAN

    1.

    Dalam peristiwa tersebut telah menunjukkan tentang kesungguhan para sahabat r.a dalam

    memperjuangkan Islam.

    Salamah bin al-Akwa berbaiah sebanyak tiga kali untuk berjuang bersama Islam dalam

    peristiwa Baiah ar Ridhwan.

    2.

    Kita hendaklah menanamkan semangat persaudaraan yang teguh sesama Muslim.

    3. Sesuatu tindakan yang dilakukan oleh kita, hendaklah secara bersungguh-sungguh kerana ia

    akan mendatangkan maslahah dimasa hadapan.

    4. Kekuatan umat Islam akan bertambah apabila wujud kesatuan dan perpaduan dalam

    membawa Islam.

    RUJUKAN

    1.

    Ibnu Hisyam, Sirah an-Nabi, Jilid 3, Halaman 363-367.

    2.

    Fiqh Al-Sirah, Muhammad Said Ramadhan al-Buti