47
TIGA BULAN – NURIL BAHANUDIN Prolog D IA menggerakkan jari-jemarinya perlahan-lahan. Terasa kebas dan kejang. Matanya yang terpejam rapat itu dicelikkan perlahan-lahan dengan rasa sukar. Kelopak mata terasa memberat, seperti menjadi beban dan memerlukan tenaga yang banyak untuk dibuka. Di mana aku ni? Hatinya menyoal hairan. Bila sedar, dirinya sedang terbaring di dalam sebuah kamar yang luas lebarnya. Ini bilik akukah? Siapa aku? Kenapa aku ada di sini pula? Masakan aku baru bangun dari tidur? Kalau bukan tidur sebelum ini, mana mungkin aku boleh berada di sini? Dalam sebuah bilik tidur mewah dan serba lengkap ini pula tu. Pintu yang tertutup rapat tiba-tiba dibuka dari arah luar. Terbuntang mata si wanita berpakaian serba putih itu bila melihat dirinya. Prang!!! Dulang yang berada di tangan si wanita itu terlepas jatuh. Berterabur segala isinya ke atas lantai. Kenapa pula dengan wanita itu? Buruk benarkah wajahku sampai begitu sekali reaksinya bila melihat aku? Dia tertanya-tanya. Perlahan-lahan dia cuba gerakkan tubuhnya. Cuba untuk bangun. Urghhh… sudahnya dia mengeluh hampa. Tubuhnya terasa terlalu lemah, kebas dan kejang. Kenapa dengan aku ni sebenarnya? Berbagai-bagai persoalan mula menggasak minda namun, dia tidak mampu menjawabnya. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya ketika ini. Pelik! Fikirannya seolah-olah kosong. Langsung tidak mampu mengingati barang satu perkara pun berkaitan dengan dirinya sendiri. “Kenapa? Apa yang sudah berlaku?” Seorang lelaki berwajah redup muncul secara tiba-tiba dan buru-buru melontar tanya kepada si wanita. Errr... tak ada apa-apa. Saya terlepas pegang. Terkejut. Errr... encik… dia dah sedar,” jawab wanita itu sambil jari telunjuknya menuding ke arah dirinya. Mendengar kata si wanita itu, lelaki berwajah redup itu terus memusatkan pandangan ke arah dirinya. Sudahnya mata mereka bertembung. Agak lama seolah- olah menghantar bicara kepada dirinya namun sayang, dia langsung tidak mengerti. Hanya pandangan kosong sahaja yang membalas renungan tajam lelaki itu. Dia langsung tidak kenal siapa lelaki itu. Kenapa dia pandang aku sampai macam tu sekali? Dia hairan bercampur pelik. “Sa… yang akhirnya awak dah sedar. Lama tau saya tunggu awak bangun dari tidur tu,” ucap lelaki itu seraya meluru ke arah dirinya dan menerkam tubuh lesunya. Memeluk tubuhnya erat sehingga dia terasa sedikit lemas. Ingin meleraikan pelukan lelaki itu, tetapi dia tiada berdaya. Akhirnya terpaksa merelakan. Akur dengan rasa berat hati. Sayang? Kenapa dia panggil aku sayang? Siapa dia sebenarnya? Apa hubungan dia dengan aku ni? Kehairanan bila mendengar panggilan lelaki itu terhadap dirinya. Keliru apabila melihat perbuatan lelaki itu kepada dirinya.

3 Bln 1-10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 3 Bln 1-10

TIGA BULAN – NURIL BAHANUDIN

Prolog

DIA menggerakkan jari-jemarinya perlahan-lahan. Terasa kebas dan kejang. Matanya yang terpejam rapat itu dicelikkan perlahan-lahan dengan rasa sukar. Kelopak mata terasa memberat, seperti menjadi beban dan memerlukan tenaga yang banyak untuk dibuka. Di mana aku ni? Hatinya menyoal hairan.

Bila sedar, dirinya sedang terbaring di dalam sebuah kamar yang luas lebarnya. Ini bilik akukah? Siapa aku? Kenapa aku ada di sini pula? Masakan aku baru bangun dari tidur? Kalau bukan tidur sebelum ini, mana mungkin aku boleh berada di sini? Dalam sebuah bilik tidur mewah dan serba lengkap ini pula tu.

Pintu yang tertutup rapat tiba-tiba dibuka dari arah luar. Terbuntang mata si wanita berpakaian serba putih itu bila melihat dirinya.

Prang!!!

Dulang yang berada di tangan si wanita itu terlepas jatuh. Berterabur segala isinya ke atas lantai.

Kenapa pula dengan wanita itu? Buruk benarkah wajahku sampai begitu sekali reaksinya bila melihat aku? Dia tertanya-tanya.

Perlahan-lahan dia cuba gerakkan tubuhnya. Cuba untuk bangun.

Urghhh… sudahnya dia mengeluh hampa. Tubuhnya terasa terlalu lemah, kebas dan kejang. Kenapa dengan aku ni sebenarnya? Berbagai-bagai persoalan mula menggasak minda namun, dia tidak mampu menjawabnya. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya ketika ini. Pelik! Fikirannya seolah-olah kosong. Langsung tidak mampu mengingati barang satu perkara pun berkaitan dengan dirinya sendiri.

“Kenapa? Apa yang sudah berlaku?” Seorang lelaki berwajah redup muncul secara tiba-tiba dan buru-buru melontar tanya kepada si wanita.

“Errr... tak ada apa-apa. Saya terlepas pegang. Terkejut. Errr... encik… dia dah sedar,” jawab wanita itu sambil jari telunjuknya menuding ke arah dirinya.

Mendengar kata si wanita itu, lelaki berwajah redup itu terus memusatkan pandangan ke arah dirinya. Sudahnya mata mereka bertembung. Agak lama seolah-olah menghantar bicara kepada dirinya namun sayang, dia langsung tidak mengerti. Hanya pandangan kosong sahaja yang membalas renungan tajam lelaki itu. Dia langsung tidak kenal siapa lelaki itu.

Kenapa dia pandang aku sampai macam tu sekali? Dia hairan bercampur pelik.

“Sa… yang akhirnya awak dah sedar. Lama tau saya tunggu awak bangun dari tidur tu,” ucap lelaki itu seraya meluru ke arah dirinya dan menerkam tubuh lesunya. Memeluk tubuhnya erat sehingga dia terasa sedikit lemas. Ingin meleraikan pelukan lelaki itu, tetapi dia tiada berdaya. Akhirnya terpaksa merelakan. Akur dengan rasa berat hati.

Sayang? Kenapa dia panggil aku sayang? Siapa dia sebenarnya? Apa hubungan dia dengan aku ni? Kehairanan bila mendengar panggilan lelaki itu terhadap dirinya. Keliru apabila melihat perbuatan lelaki itu kepada dirinya.

Terasa hangatnya pelukan lelaki itu. Hangat dan erat sekali.

“Errr... awak… awak ni siapa?” Dia bertanya lurus.

“Sayang… mungkin awak sudah terlupa yang saya ni tunang awak,” jawab lelaki itu ringkas.

Hah! Dia tunangan aku? Lelaki ini tunangan aku? Lelaki ini yang menjadi pilihan hati aku sebelum ini? Biar betul aku ni dah bertunang? Masakan aku begitu mencintai lelaki ini sebelum-sebelum ni? Kenapa aku tak rasa apa-apa perasaan pun bila kami berbalas renungan sebentar tadi? Musykil!

Page 2: 3 Bln 1-10

Eh, siapa sebenarnya aku ya? Kenapa aku jadi macam ni? Apa nama aku ni? Huh, kenapa aku tak dapat ingat semua ni? Dia menekan dahi dengan dua jarinya. Kepalanya terasa sesak dan berserabut. Semakin dia paksa dirinya untuk mengingati, semakin berdenyut-denyut sakit. Berkerut-kerut dahinya.

“Sayang… sayang… sayang, are you okay?” Soal lelaki itu bila melihat dirinya yang hanya sepi di pembaringan. Ralit menguliti pelbagai persoalan yang mula tumbuh melambak-lambak dalam benaknya.Suara lelaki itu terasa semakin jauh dari pendengarannya. Jauh dan menjauh. Tenggelam-timbul. Sayup-sayup dan dunianya dirasakan menjadi semakin sepi. Pandangan menjadi kelam tiba-tiba. Dia pengsan akhirnya. Keletihan dengan persoalan yang dia sendiri tidak jumpa apa jawapannya.

Bab 1

MANA pulaklah mereka ni? Kata nak datang pukul dua tiga puluh petang, tapi ni dah dekat pukul tiga petang, batang hidung masing-masing pun tak nampak bayangnya. Kalau dah namanya janji Melayu, memang begitulah kut. Dia membebel dalam hati sendirian dengan rasa geram yang mula membuak-buak.

Hai… kalaulah bukan disebabkan mereka yang bersungguh-sunguh nak jemput aku dari KL Sentral ni, memang aku dah balik sendiri dah. Sabar, sabar. Nasiblah barang aku ni menimbun, kalau tak dah lama aku pergi merayap daripada terus terpacak dekat tengah-tengah sini macam pak guard tak berbayar.

Dia merenung bagasinya yang sarat dengan muatan itu. Tiga bulan di Kota London dek kursus yang disertainya.

Huih! Tak sangka Malaysia ni semakin panas, keluhnya dalam hati. Walaupun di dalam bangunan yang berbumbung, dengan penghawa dingin yang sentiasa terpasang, peluh tetap keluar merembes di dahi, lalu menitis, melurut ke pipinya. Wajahnya yang putih mula kemerahan.

“Assalamualaikum abang….”

Telinganya mendengar ada suara yang memberi salam kepadanya, membuatkan dia sedikit tersentak. Isy… siapa pula yang alim sangat bagi salam dekat aku ni. Pantas kepalanya dipusingkan, menoleh mencari gerangan yang menyapa dirinya.

“Hmmm… waalaikumussalam... hah ada apa?” Dia menjawab acuh tak acuh. Macamlah aku tak tau sangat dekat KL Sentral ni ramai manusia yang meminta derma, kononnya daripada persatuan itulah, sekolah inilah. Entah ya entah tidak. Hati berdongkol benci.

“Saya dari rumah anak-anak yatim Darul Qaseh. Saya…” ucap gadis itu sedikit gugup, tersentak barangkali bila teguran lembutnya dibalas dengan sergahan daripada lelaki itu.

“Hah... kalau nak minta derma, sorry aku tak ada duit kecik nak bagi dekat kau!” Dia pantas memotong ayat gadis itu. Tak betah mendengar penerangan gadis itu yang bunyinya sudah seperti orang yang sedang membebel di pendengarannya.

Mood aku dahlah tengah tak berapa nak baik ni! Memang silaplah kalau kau minta daripada aku.

“Errr... tak bang, bukan… abang jangan salah faham. Saya cuma mahu jual barang hasil kraftangan anak-anak di sana. Kalau abang sudi beli, setiap dua ringgit dari nilai yang abang beli tu akan disumbangkan kepada tabung rumah anak-anak yatim tu. Buat belanja

Page 3: 3 Bln 1-10

makan minum bulanan mereka.” Pantas gadis itu menafikan dan menerangkan yang sepatutnya tanpa perlu dia minta.

Dia mencebik mendengarnya. Benci, meluat… segalanya ada. Kalau ya pun nak menjual, bukan di sini tempatnya ataupun janganlah jual dengan dirinya, pergilah jual kat pasar atau jual dengan orang lain. Mengganggu privacy orang aja, dia mendengus dan terus melangkah pergi.

“Abang tak nak tengok-tengok dulu ke?” soal gadis itu tatkala melihat dia mula melangkah pergi.

“Argh… aku tak ada masa! Aku nak cepat. Kalau ya kau nak menjual, pergi jual dekat orang lain yang lebih banyak masa, atau lebih baik hati daripada aku ni. Aku betul-betul tak berminat!”

Dari kejauhan dia dapat melihat kelibat tiga orang temannya yang semakin menghampiri. Huh, nasib baik mereka sampai tepat pada masanya. Tak perlulah aku nak dengar apa yang perempuan tu kata. Sempat juga hatinya mengucap syukur bila melihat kedatangan temannya itu. Hilang terus rasa marah yang bergumpal dalam dadanya kerana kelewatan mereka sebentar tadi .

“Apehal korang lambat sangat ni? Janji jam berapa, datangnya jam berapa. Apalah korang ni. Letih aku tunggu tau!” Dia membentak geram.

“Sorrylah kawan, bukannya kami sengaja. Macam biasa, jalan sesak, nak pecut pun tak boleh.”

“Yalah tu… korang tu macamlah aku tak tau. Dah-dah… jom blah. Aku dah lapar ni.”

Sebelum berlalu, dia sempat memerhati kelibat gadis yang menyapanya sebentar tadi, yang memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

Mereka berlaga pandang seketika. Lama dia cuba mentafsir pandangan gadis itu. Ah, lantaklah dengan perempuan tu. Ada aku kisah?

“BARU balik Riz?”

Dia disapa sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya. Senyuman hambar dihadiahkan kepada teman serumahnya itu. Dia kepenatan seharian berada di luar rumah. Mengerah keringat demi mencari rezeki untuk anak-anak yatim.

“Nak air tak? Aku boleh tolong buatkan untuk kau, sementara aku masih dalam mood rajin ni.”

“Boleh jugak. Kalau dah orang tu tawarkan diri, takkan aku nak tolak. Terima kasih.”

Lenguh terasa kakinya, mungkin kerana berdiri berjam-jam siang tadi sehingga terasa macam hendak tercabut kepala lututnya. Macam-macam ragam aku jumpa hari ini. Ada yang sombong, ada yang sporting, ada yang pandang aku ni macam peminta sedekah. Ah, manusia memang macam tu. Suka sangat menilai orang dengan pandangan mata kasar tanpa menyelidik terlebih dahulu. Macamlah diri dia tu sempurna sangat.

Tangannya membuka porch bag yang tergantung di pinggang. Menarik zip untuk mengeluarkan isinya. Mula mengira berapa pendapatan yang diperolehi hari ini. Terkumat-kamit mulutnya.

“Banyak ke dapat hari ni Riz?” Mirna yang muncul dari dapur sambil menatang dua biji mug di tangan, menegurnya secara tiba-tiba, membuatkan dia yang sedang asyik itu sedikit tersentak.

Laju tangannya mengusap dadanya untuk menghilangkan rasa terkejut. Matanya menjeling Mirna, tajam tanda tidak puas hati dengan tindakan teman itu.

Mirna menghulurkan sebiji mug kepadanya.

“Adalah juga. Alhamdulillah... rezeki budak-budak ni.”

Kerja sukarela tanpa gaji, tetapi dia seronok. Yalah… ni saja yang dia mampu lakukan untuk membalas kembali budi yang pernah ditabur ke atas dirinya. Tenaga dan bakti demi

Page 4: 3 Bln 1-10

membela kebajikan anak-anak yang telah kehilangan tempat bergantung dan dahan tempat berpaut.

Riz atau nama sebenarnya Nuriz Abdullah menyandarkan tubuhnya pada sofa, menghilangkan lelah selepas meneguk air yang dibuat oleh Mirna. Teman yang berada di sisi, dijelingnya sekali lalu. Huh, tu dia… bukan main tekun menghadap TV. Agaknya kalau boleh, nak masuk dalam TV tu sekali. Dia mengomel dalam hati melihat tingkah Mirna. Dia sudah faham benar dengan perangai temannya itu, selalu terlupa segala-galanya bila sudah dapat menonton drama yang menjadi kesukaannya.

Fikirannya menerawang jauh mengingati peristiwa yang mengisi harinya.

“Hah... kalau nak minta derma, sorry aku tak ada duit kecik nak bagi dekat kau!”

Hai, muka aku ni macam muka orang minta derma ke? Tak faham sungguh dengan orang sekarang ni. Pakaian punyalah bergaya, tapi bila minta buat bakti, semua kata tak ada duitlah, apalah. Sekali Allah tarik nikmat tu baru padan muka, terus betul-betul tak ada duit. Dia mendengus geram bila mengenangkan tingkah lelaki itu. Kalau ya tak nak kasi, cakaplah elok-elok. Macamlah aku ni pengemis pula. Itulah dia sikap orang kaya, menyombong tak bertempat.

“Kau ada masalah ke Riz? Berat semacam aje aku dengar hembusan nafas kau tu.”

“Tak ada apalah Mir, mungkin aku penat sikit. Aku gerak ke bilik dululah. Nak mandi, rasa dah berlengas dah badan ni. Lagipun aku tak solat asar lagi ni.” Dia meminta diri dan dilihatnya temannya itu menganggukkan kepala sebelum kembali memfokuskan mata ke kaca TV.Mirna sahabatnya yang sama-sama dibesarkan di Darul Qaseh. Dia anak terbuang dan Mirna pula anak yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya kerana masalah imigran. Keluarganya pulang ke Indonesia maka, tinggallah dia di rumah itu membesar seorang diri dan semenjak itu mereka menjadi teman dan telah berjanji akan susah senang bersama-sama.

Bab 2

“M

ACAM MANA kau bawak motor ni hah?!” Melengking kuat suara lelaki itu memarahinya.

Rasa malu usah katalah. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya tika itu bila sedar dirinya jadi tumpuan banyak mata yang berada di sekelilingnya. Masing-masing ada yang berbisik sesama sendiri. Mungkin menghakimi dirinya.

Salah akukah? Nuriz tertanya-tanya sendiri. Bukan ke lelaki itu yang membelok tanpa beri signal? Bukan dia tak tahu jalan depan Sogo ni sesak. Dia ingat aku suka-suka hati aja nak susahkan diri sondol kereta mahal dia tu?

Aduh... pedihnya! Dia memandang ke arah sikunya yang sedikit bergesel pada jalan sebentar tadi, mungkin tercalar.

“Hei, orang cakap tu pandanglah sini!” bentak lelaki itu sedikit kuat lalu memegang kasar dagunya, mendongakkan wajahnya sehingga mereka bertentangan mata.

Nuriz sedikit meronta, tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu yang dirasakan sudah keterlaluan.

Ceh! Kurang ajar lelaki ni. Dia ingat aku ni adik-adik dia ke main sentuh-sentuh ni. Tak tahu halal haram. Ditepis kasar tangan lelaki itu, langsung tak bersetuju dengan perbuatan biadabnya.

“Eh... kejap, kejap. Kenapa aku rasa aku macam pernah nampak muka kau sebelum ni hah?”

Nuriz tersentak. Pernah jumpa sebelum ini? Di mana pula aku jumpa mamat ni? Aku tak rasa yang aku pernah kenal atau ada kawan lelaki yang sombong dan tak beradab seperti dia sebelum ini. Lama dipandangnya wajah lelaki itu, sehinggalah ingatannya kembali tersusun. Oh, lelaki sombong di KL Sentral hari tu. Pantas fikirannya mengingati seraut wajah lelaki itu.

Page 5: 3 Bln 1-10

“Ha... aku dah ingat. Kaulah budak pengemis hari tukan, yang dekat KL Sentral tukan?”

Uik! Pengemis dia kata. Hai… memang betul sungguhlah dia ni tak ada adab sopan. Aku dah terangkan hari tu yang aku ni bukan peminta sedekah. Aku ni jual barang-barang, itu pun tak faham ke? Sengal ubi kayu betul. Takkan nak kena ulang pula, buat kering air liur aku aje.

“Encik ni yang lelaki sombong, lagi angkuh hari tukan?” Sengaja ditekankan perkataan sombong dan angkuh itu biar semua mendengarnya. Tak perlu bersopan dengan orang yang tak beradab. Prinsip hatinya ringkas dan mudah. Aku bukan insan sempurna yang punya bergunung sabar walau dikeji dan dihina, tetap mampu melemparkan budi bahasa yang baik.

“Apa kau cakap? Tak guna!” Menggelegak perasaannya mendengar kelancangan mulut gadis itu.

Dahlah langgar kereta aku, lepas tu siap kutuk-kutuk aku depan orang ramai. Kecik aje aku nampak perempuan ni, rasa nak ketuk aje mulut dia biar langsung tak boleh nak bercakap.

“Uik! Marah ke encik? Tau pun marah rupanya. Yang pergi panggil saya ni pengemis pasal apa? Muka aja nampak baik, tapi mulut jahat. Cakap orang ikut sedap mulut dia aja.”

Grrr... beraninya dia ni. Hari tu bukan main nampak sopan santun, lemah lembut lagi, tapi hari ni dah gaya macam orang nak bertinju dengan aku aja. Terbang ke mana entah sopan santunnya yang dia tunjukkan hari itu. Ceh!

“Okeylah… aku malas nak bertekak dengan kau. Buang masa aku aja! Aku nak RM3,000.00 sebagai ganti rugi kereta aku yang dah kau hentam ni. Sila bertanggungjawab okey!”

“Hah! RM3,000.00? Encik ingat saya ni kerja cop duit ke? Setakat kemik macam tu, terus minta RM3,000.00? Habis tu, scooter saya ni siapa nak repair? Sesedap rasa aja mahu ‘pau’ orang.”

Dia yang salah, sesuka rasa dia aja minta ganti rugi dekat orang. Aku ni nak mengelakkan mak cik tua tu, dan dia pula yang main terjah aja kenapa? Padanlah kena cium dengan skuter aku!

“Okey… kalau kau tak nak settle sini, kita jumpa dekat mahkamah ajalah. Aku tak kisah,” ujarnya terus berlalu.

Sudahlah terik matahari ni. Lepas tu ditambah lagi dengan perangai perempuan yang tak berapa betul ni. Mahu aku rentung dekat sini.

“Wait... wait. Saya mana ada duit sebanyak itu. Kalau RM30.00 ada la.”

“RM30.00 tu buat apa? Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tau kau mesti tak mampu nak bayar punya. Tu la… lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Okeylah… kalau macam ni senang cerita. Kau kerja dengan aku untuk tiga bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat. Kebetulan dispatch kat opis aku tu pun baru aku pecat.”

“Uik! Tiga bulan kena kerja? Tanpa gaji pula tu? Habis, saya ni nak makan pakai apa?”

“Pandai-pandailah kau sendiri uruskan masalah kau. Yang aku tau kau kena kerja dengan aku untuk ganti rugi kereta aku ni. Kira okeylah aku suruh kau kerja dengan aku, daripada aku suruh kau bayar aku. Ni kad aku. Aku dah ambik nombor motor kau. Kalau kau buat hal, siap kau… faham!”

Aku jadi minah dispatch. Isyyy...! Tak pernah terfikir dalam benak aku ni. Nak menolak? Tapi macam mana? Aku mana ada duit nak bayar ganti rugi yang dia minta tu. Aku tak mahu naik turun mahkamah, silap-silap aku kena jail. Hu hu hu… dia memejamkan mata takut membayangkan.Kad di tangannya direnung. Wan Nazariel Wan Nazri. Patutlah sombong, pengarah urusan Naz Holding rupa-rupanya.

Page 6: 3 Bln 1-10

Bab 3

“M

ACAM MANA la sampai boleh accident ni Riz?” Mirna menyoal sambil tangannya ligat penuh berhati-hati mencuci luka di siku dan lengan sebelah kanan temannya itu.

Wajahnya berkerut-kerut menahan kepedihan iodin yang meresap pada lukanya. Huh, kena tahan sikitlah. Nasib baik juga rumah ni ada first aid. Kalau nak harapkan aku pergi hospital, memang taklah. Tak pasal-pasal aku kena injection… tak nak aku.

“Entahlah Mir… aku nak elak seorang perempuan ni dan datang pula ‘seekor beruk’ yang buat jalan ni macam jalan mak ayah dia. Dia main belok aja tanpa bagi signal. Kalau jauh sempat juga aku brek, ni dah depan mata. Hah, aku langgar ajalah kereta dia.”

“Teruk tak kereta tu kau langgar? Pemandu dia ada cedera tak?”

“Entah… aku rasa taklah teruk mana pun tadi, cedera pun tak. Tapi dia siap minta ganti rugi RM3,000. Manalah aku ada duit sebanyak tu. Alahai… pening kepala aku ni memikirkannya, dengan skuter aku yang barai lampunya.” Dia mengeluh lesu.

“Kau bagitau dia tak yang kau tak ada duit sebanyak tu nak bayar?”

“Dah, aku dah cakap… tapi dia tak nak dengar. Dia kata itu masalah aku, bukan masalah dia. Dia nak aku kerja dengan dia tiga bulan tanpa gaji. Gila ke apa? Aku nak makan apa dalam tempoh tiga bulan tu? Kalau aku tak nak kerja dengan dia, dia akan bawak kes ni ke mahkamah. Lagilah panjang ceritanya. Silap-silap meringkuk aku dalam penjara. Hu hu hu… buntu aku dibuatnya Mir. Langsung tak ada belas kasihan betul lelaki tu. Pentingkan diri dia aja.”

Alahai… Mirna bersimpati, belas rasanya melihat bebanan yang ditanggung oleh temannya itu. Mereka ibarat kembar di Darul Qaseh dulu. Ke mana dia pergi mesti ada Nuriz bersama, begitu juga sebaliknya. Andai Nuriz dalam masalah, bermakna itu juga masalahnya. Andai Nuriz sedih, dia pun turut merasai kesedihan itu. Ah, kalau aku ada duit sebanyak tu Riz, aku sanggup bagi kat kau.

“Ni kad yang lelaki tu bagi dekat aku aku. Kau rasa patut ke aku kerja dengan lelaki tu? Aku dah buntu sangat ni, tak tau nak fikir apa lagi. Nak bayar seperti yang dia nak memang aku tak ada. Nak pinjam dengan orang, memang aku jenis yang tak suka berhutang sana sini.”

Kulit putihnya sudah mula kemerahan. Rasa mahu menangis dibuatnya. Ya Allah… kenapa mesti ada saja nasib malang yang menimpa aku ni?

Mirna mencapai kad yang dihulurkan oleh temannya itu. Kecil matanya memerhati setiap tulisan yang tertera. Alahai Riz… apalah daya yang aku ada untuk membantu kau kali ini. Yang aku ada hanyalah sokongan supaya kau mampu menghadapinya dengan tabah. Hati Mirna berbisik belas.

“Beginilah Riz, try ajalah jumpa lelaki tu dulu. Cuba bawa berbincang lagi dengan dia. Manalah tau dia akan lembut hati sedikit lepas ni? Belum cuba belum tau.” Cadang Mirna.

“Entah Mir, macam tak ada peluang aja. Kalau ingat-ingatkan balik wajah dia pun, aku rasa macam dah tahu sifat dia yang macam pentingkan diri itu. Dia ajalah betul dan kita ni kena ikut cakap dia aja. Pendapat orang lain bukan dia nak ambil kira.” Timbul rasa meluat tatkala mengingatkan kembali raut wajah lelaki itu.

Page 7: 3 Bln 1-10

“Belum cuba belum tau Riz. Tadi tu mungkin dia dalam keadaan marah, tu yang dia nampak macam tu. Manalah tau sekarang hati dia dah sejuk, dah boleh terima apa yang kau cakap nanti.”

“Entahlah Mir… aku akan cuba. Kalau tak, terpaksalah aku jadi minah dispatch. Haiii… kerja yang tak pernah terlintas dalam benak aku ni.”

“Aku doakan dia lembut hati dengan kau. Kalau kau nak, aku boleh temankan kau jumpa dengan mamat tu.” Mirna menawarkan diri. Bimbang juga dengan perangai kawannya yang sedikit berani itu. Manalah tahu perbincangan mereka menemui jalan buntu dan Nuriz tidak mampu mengawal diri. Nanti tak pasal-pasal bertumbuk pula mereka berdua. Sia-sia pula kena bermalam dalam lokap.

“Eh... tak payahlah. Insya-Allah, aku boleh selesaikan sendiri. Lagipun Isnin kan kau kena kerja. Kau pun baru dapat kerja tu. Takkan nak ambil cuti semata-mata kerana aku? Nanti apa pula kata bos kau, jangan risaulah.” Cepat-cepat dia menolak tawaran temannya itu. Tidak mahu menyusahkan orang lain dengan masalah dirinya.

“SELAMAT pagi,” tegur Nuriz kepada wanita penyambut tetamu yang terdapat di situ. Hai, betul ke tempat yang aku pergi ni?

“Ya, selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” jawab penyambut tetamu itu dengan nada yang dibuat-buat lembutnya.

Senyum pun macam senyum plastik aja. Macam tak ikhlas aja nampaknya. Hatinya mengomel.

“Errr... betul ke ni Naz Holding?”

“Awak tengok sana tu, pandai baca tak?” jawab penyambut tetamu itu sambil menunjuk ke arah pintu masuk.

Terkejut dia. Isy… kenapalah aku tak perasan waktu lalu masuk tadi? Dia menelan air liur. Wajah penyambut tetamu di hadapannya itu dipandang. Harap wajah aja cantik, tapi... hampeh. Macamlah tak boleh nak cakap elok-elok. Eh, awak tau tak yang budi bahasa tu budaya kita. Hatinya membentak geram.

“Saya nak jumpa Wan Nazariel Wan Nazri.” Terus diberitahu tentang tujuan utama dia datang ke situ. Lagi lama tercegat di sini, bertambah sakit hati dengan perangai perasan bagus minah ni. Macam manalah dia ni boleh kerja dekat bahagian ni? Tetapi bila difikirkan, tak ada apa yang nak dihairankan kalau bos dia pun berperangai sama.

“Awak ada buat appointment dengan dia ke hari ni? Bos kata dia sibuk dan tak mahu diganggu hari ni,” ujar wanita tersebut acuh tak acuh.

“Saya tak ada buat appointment dengan dia, tapi saya tetap mahu berjumpa dengan dia hari ni juga. Ada hal penting yang perlu dibincangkan dengan dia,” tegas Nuriz.

“Okey. Kalau macam tu, tunggu sini sekejap,” ujar wanita itu seraya bangun menuju ke arah salah sebuah bilik yang terdapat di situ.

“Bos kata dia sibuk sekarang ni, tapi kalau awak sanggup tunggu, awak boleh jumpa dia pukul sepuluh empat puluh lima pagi nanti,” beritahu wanita itu kemudiannya.

Sepuluh empat puluh lima pagi… huh, ada lebih satu jam lagi ni. Apa aku nak buat ni? Dia mengeluh.

“Awak boleh duduk dekat situ kalau nak tunggu,” ujar wanita itu sambil jarinya menuding ke arah sofa tempat menunggu.

“Oh... terima kasih.”

Dalam masa yang sama, tanpa dia sedar, ada mata yang sedang memerhati segala tingkahnya, mencuri pandang dirinya.

Hai, apalah dia ni? Datang ke pejabat pun dengan jean lusuh. Tak tahu etika berpakaian betul, bebel Wan Nazariel dalam hati di sebalik tirai pejabatnya.

Page 8: 3 Bln 1-10

Sengaja dia berlengah satu jam untuk memudahkan dia menyiapkan syarat-syarat yang patut kepada gadis itu. Hmmm… datang juga kau. Aku ingatkan kau tak datang. Sebenarnya aku tak hairan sangat dengan duit RM3,000.00 untuk ganti rugi kereta aku ni. Tapi disebabkan mulut kau yang lancang sangat hari tu, buatkan aku jadi geram. Siaplah… aku nak kenakan kau cukup-cukup. Tengok berapa lama kau boleh bertahan. Hatinya berbisik nakal dengan jari-jemarinya laju menaip di papan kekunci.

Kenapa pula aku rasa masa ni macam lambat sangat bergerak? Biasanya tu sekejap saja berlalunya. Nuriz mengeluh. Kejap-kejap dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Hembusan nafas berat dilepaskan. Dia mula dilanda kebosanan.

Sedar-sedar bahunya sedang digoyang oleh seseorang.

“Cik, dah sepuluh empat puluh lima… cik dah boleh masuk sekarang.”

Terpisat-pisat matanya. Dia menutup mulutnya menahan kuap.

“Cik, bilik bos arah sini,” tegur wanita itu bila melihat langkah kakinya melencong ke arah lain.

Pintu bilik diketuk perlahan. Mata terasa seolah-olah masih kelat. Apabila mendengar arahan menyuruhnya masuk, barulah dia memulas tombol pintu. Kelihatan lelaki yang dicari sedang duduk santai sambil badannya bersandar pada kerusi.

“Assalamualaikum….” Seperti selalu walau menyampah macam mana pun pada seseorang tu, dia tetap memberi salam. Mendoakan kesejahteraannya.

“Waalaikumussalam… hah, datang pun. Ingat awak tak nak datang. Saya baru nak suruh peguam saya siapkan dokumen apa yang patut.”

Wajah lelaki itu direnung geram. Macam ni gayanya aku nak bawa berbincang? Hai… macam tak ada peluang aja.

“Hah yang berdiri aja tu, kenapa? Duduklah…” arah lelaki itu bila melihat dirinya masih tercegat berdiri.

“Errr... terima kasih,” ucapnya.

“Aku tak tau nama kau lagi. Siapa nama kau?” soal lelaki itu.

Hai… dah macam wartawan pencen aja gayanya. Tu dia… baru sesaat saja, hilang sudah bahasa saya, awak dia. Sekelip mata bertukar aku dan kau. Hai, macam perang akan bermula saja ni.

“Nuriz Abdullah.” Dia menjawab perlahan.

“Okey, Nuriz. Aku rasa kau dah tau nama aku so, tak perlulah aku bagitau lagi, kan?”

Dia hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Entah mengapa mulutnya jadi berat untuk mengeluarkan kata-kata.

“So, kau datang ni bermakna kau dah buat keputusanlah ya?”

“Errr... awak tak nak bagi saya pilihan lain ke selain daripada kena bekerja dengan awak?”

“Tiada apa-apa pilihan. Nah, ni dokumen perjanjian kita tiga bulan ni. Sila tandatangan di tempat yang sepatutnya.”

Kertas putih yang dihulurkan kepadanya disambut lambat-lambat. Aku dah agak dah. Lelaki ni memang jenis yang tak berperikemanusiaan. Sepatutnya dengarlah dulu apa yang aku nak cakapkan ni. Dia mendengus geram. Mak aiii!!! Terbeliak biji mata apabila dia membaca isi yang terkandung dalam dokumen di tangannya itu.

Syarat perjanjian berkuatkuasa serta-merta:

1) Tempoh bekerja adalah 3 bulan. Seandainya tidak hadir gaji anda akan dipotong dan adalah wajib menggantikan hari yang tidak hadir itu.

2) Sekiranya anda ingin berhenti bekerja sebelum cukup tempoh 3 bulan, anda wajib membayar kepada syarikat dengan nilai dua bulan gaji sebagai ganti rugi.

3) Anda juga perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kerja dan sanggup bekerja lebih masa dan pada waktu cuti umum.

Page 9: 3 Bln 1-10

“Mana boleh macam ni? Tak fairlah pada saya.” Hilang sabar rasanya bila membaca syarat-syarat yang tertera. Berat sebelah sungguh! Dia buat aku ni macam tak berperasaan langsung. Ini baru separuh aja yang aku baca, selebihnya entah apa pula.

“Terpulang pada kau nak ikut ke tak. Kalau tak nak ikut, aku pun tak kisah. Tapi kau kenalah sediakan RM3,000.00 sekarang, settle segalanya dan tak perlulah aku nak menghadap muka kau. Apa kau ingat aku suka ke menghadap muka kau yang tak lawa tu?”

Huh, macamlah dia tu handsome sangat nak mengutuk orang lain. Berdesing telinganya mendengar penghinaan daripada lelaki itu.

“So, kau nak terima ke tak tawaran aku ni?” soal lelaki itu bila melihat dirinya yang sedikit terdiam.

Aku memang tak ada duit sekarang ni. His! Nak tak nak terpaksa kena terimalah jugak ni nampaknya. Nasib, nasib....

“Pinjam pen.” Belum sempat lelaki itu menjawab apa-apa, dia terus mengambil pen yang berada di tangan lelaki itu. Terus dokumen itu ditandatanganinya dengan penuh rasa geram.

“Nah… sekarang puas hati?” Dia menghulurkan kertas itu kepada lelaki itu.

Meluat bila melihat senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu. Hai… bila benci semuanya jadi meluat. Dia bangun mencapai beg galasnya, menyampah untuk terus berlama di situ.

“Eh, nak ke mana tu Cik Nuriz? Kau tak baca ke yang kau akan mulakan kerja serta-merta sebaik sahaja dokumen tu ditandatangani. Ni nampak ni?” Jari telunjuk lelaki itu menunjuk pada ayat yang tertera atas dokumen yang berada di tangan lelaki itu.

Hah… ada ke perjanjian tu? Kenapa aku tak perasan tadi? Dia mengeluh.

“Awak nak saya buat apa sekarang ni?” Dia bertanya malas.

“Mulai sekarang, panggil aku tuan okey!” arah lelaki itu sambil menekankan sedikit perkataan tuan itu.

“Ya, tuan... nak saya buat apa sekarang ni?”

Aku ni dahlah tengah lapar, sebab nak jumpa kaulah aku tak sempat breakfast tadi. Nanti ada pula yang jadi makanan aku ni karang. Bebel hatinya geram.

“Kau nampak surat-surat nikan? Aku nak kau hantar surat-surat ni hari ni juga. Ingat, bereskan sebelum waktu pejabat tamat. Untuk pengetahuan kau, waktu pejabat di sini sampai pukul lima petang. Habis hantar, kau balik sini balik. Jangan nak melencong.” Arah lelaki itu sambil menghulurkan sampul-sampul surat yang elok terikat kemas dengan getah mengikut kriteria.

Mak aiii! Sebabun! Apa dia ingat motor aku tu ada kuasa turbo ke apa? Alih-alih kalau aku pecut maksimum nanti, bukan surat yang semakin kurang, mahu bertambah lagi dengan surat saman pula.

“Yalah saya tau... tak payahlah nak membebel!”

“Bagus. Ha, sekarang tunggu apa lagi? Pergi buat kerja kau. Jangan pula tersalah hantar. Kalau aku dapat aduan ada yang tersilap hantar, siap kau. Faham?”

“Ya, tuan!”Dia melangkah keluar meninggalkan bilik lelaki itu dengan perasaan berbaur, terbakar. Grrr... sesedap rasa dia buat syarat tu. Entah apa-apa! Jangan harap aku akan ikut cakap kau. Tuan konon... huh, menyampah! Kutuk Nuriz dalam hati.

Page 10: 3 Bln 1-10

Bab 4

“M

ANA budak tu Maria?” soal Wan Nazariel kepada setiausahanya itu ketika melangkah masuk ke pejabat. Tercari-cari akan kelibat Nuriz.

“Entahlah… tadi ada terserempak dengan dia waktu punch card. Mungkin dia keluar breakfast kut. Ada apa bos cari dia?” Hairan pagi-pagi lagi dah masuk pejabat dengan muka mencuka. Elok muka tu handsome terus jadi tak handsome kalau macam tu gayanya.

“Ha... kalau jumpa dia nanti, suruh masuk bilik I, kata I nak jumpa dia.”

“Okey!”

Lelaki itu kelihatan pantas mengatur langkah menuju ke biliknya. Hai mood tak baik lagilah tu nampaknya hari ini. Maria mencapai buku hitam berkulit keras dan sebatang pen yang terletak di atas mejanya lalu langkah dipanjangkan menuju ke arah bilik lelaki itu.

Perlahan diketuknya pintu bilik itu. Hai, nilah risikonya bila jadi seorang setiausaha. Kalau bos dalam mood tak baik, selalu aja jadi mangsa keadaan. Dia mengeluh sebelum melangkah masuk.

“Yang you tercegat dalam bilik I ni kenapa? Tak ada kerja lain nak buat?” soal lelaki itu acuh tak acuh sambil wajahnya asyik tunduk menghadap kertas-kertas yang terdapat di atas mejanya.

Eh, dia ni kenapa pula hari ni? Takkan pula masih lagi mamai pagi-pagi ni.

“Hai, bos… tercegat dalam bilik you nikan kerja I setiap hari? I nikan setiausaha you. Mestilah kena masuk jumpa you pagi-pagi macam biasa. You ni sihat ke tak ni? Sejak bila pula you jadi seorang pelupa ni?” Apalah dia ni, pagi tadi breakfast semut cecah kopi ke? Sampai jadi pelupa tahap orang tua lanjut usia.

“Ha... ops yalah. Isy… macam mana I boleh lupa ni. Ha... hari ni ada apa-apa janji temu untuk I ke?”

Huh, macam mana aku boleh lupa yang dia ni setiausaha aku. Asyik fikirkan sangat pasal minah yang sorang tu, sampai benda rutin pun aku boleh terlupa. Ceh, buat malu aja dengan Maria.

“Hari ni you ada dua janji temu. Yang pertama jam sebelas pagi nanti dengan Tuan Munir di pejabatnya dan yang kedua jam tiga petang dengan Puan Sita… tu aja.”

Dia ni entah dengar, entah tidak dengan apa yang aku cakap ni? Rupa macam orang tengah angau aje.

“Errr... apa tadi yang you cakapkan Maria? Boleh tolong ulang balik tak?”

Grrr... kan aku dah agak dah. Maria mendengus geram.

Dia mengulangi apa yang dicakapkannya sebentar tadi satu per satu dengan harapan lelaki itu mendengarkannya untuk kali ini. Kalau terpaksa ulang untuk sekali lagi juga selepas ini, memang dia telah merancang untuk merekodkan terus suaranya.

“Bos, dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” Dia menyoal inginkan kepastian.

“I dengarlah Maria. Jam sebelas pagi dan tiga petang, kan I punya appointment hari ini?”

“Yes, betul. Ada apa-apa lagi kerja yang you nak suruh saya buat?”

“Tak ada rasanya. I tak mahu diganggu, dan jangan lupa kalau Nuriz dah masuk opis nanti suruh dia datang jumpa I. As soon as possible. Ada benda I nak suruh dia buat.”

“Yes, boss!” Hai, apalah lagi yang Si Nuriz buat sampai bos jadi macam tu. Tak faham sungguh aku dengan budak Nuriz ni.

Page 11: 3 Bln 1-10

BARU berapa hari sahaja aku kerja dengan dia, dah mula rasa bosan yang teramat. Nak tengok muka lelaki itu pun rasa meluat sangat. Dia mengeluh berat bila terkenangkan kerenah Wan Nazariel itu. Kepingan roti canai yang berada di hadapannya dicubit sedikit demi sedikit. Rasa tidak berselera untuk menjamahnya.

Kesian budak-budak tu, mesti ternanti-nanti kedatangan aku. Dahlah aku janji dengan mereka nak ajar subjek matematik dan akaun. Teringat pula akan janjinya dengan anak-anak di Darul Qaseh. Memang itu yang selalu dilakukan andai dia kelapangan. Namun, minggu ini kerana keletihan yang teramat sangat, dia terpaksa melupakan janji yang telah dibuat itu.

Dahlah kerjanya memenatkan. Dia kerah tenaga aku macam aku ni robot. Isy… malasnya nak masuk kerja. Jam di pergelangan tangan dikerling sekali lalu. Lapan empat puluh lima pagi. Ini karang mesti ada sahaja benda yang dia nak suruh aku buat. Pantang nampak muka aku.

Dia bangun selepas meneguk air Nescafenya sampai habis.

“Tak ada duit tak boleh makan!” Tuan kedai sedang memarahi seseorang.

Dia tersentak. Terpanggil untuk melihat punca kemarahan tuan punya kedai itu. Mati langkahnya kala itu. Terkejut melihat drama yang terbentang di depan mata. Simpati menerjah benaknya.

“Tolonglah saya pak cik, saya lapar.” Kedengaran pula satu suara yang agak halus, sayu memohon simpati.

Terbit rasa belas dalam hatinya saat itu. Perasaan sebak hadir secara tiba-tiba.

“Ah, tak ada… tak ada! Pergi! Pergi! Apa kau ingat sini tempat makan free ke?”

Hiba hatinya melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian lusuh, mungkin dalam lingkungan sembilan tahun, memohon belas untuk diberikan makanan. Sayang... pemilik kedai itu seolah-olah tiada sedikit pun rasa simpati.

“Ah, pergi berhambus kau! Aku kan dah kata kalau tak ada duit tak boleh makan sini. Kau tak faham ke?”

“Tak apa... biarkan dia makan encik. Nanti saya bayarkan untuk dia.” Nuriz sendiri tak sedar macam mana boleh terluncur kata-kata itu daripada mulutnya.

Tak sampai hati! Ya... dia seolah-olah dapat merasai apa yang dideritai oleh kanak-kanak itu daripada pandangan matanya yang sayu mengharapkan belas daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan. Mengapa mesti ada yang bernasib malang, saat insan lain hidup senang lenang?

Dia melihat kanak-kanak itu begitu gelojoh menjamah makanan yang dihidangkan. Seolah-olah sudah berhari-hari tidak menjamah sebarang makanan. Sebak rasanya. Kesian… manalah mak ayah dia ni agaknya. Masakan dia tak ada keluarga? Nuriz mengeluh.

Not sepuluh ringgit dihulurkan kepada penjaga kaunter bayaran itu sebelum dia melangkah pergi. Insaf pula hatinya bila teringatkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dirinya walaupun tidak punya siapa-siapa, tetapi nasibnya tetap terbela.

Sempat dia menoleh sekali lagi ke arah kanak-kanak itu, dan dalam masa yang sama kanak-kanak itu memandang ke arahnya juga. Mereka berbalas pandangan dan kanak-kanak itu sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya, tanda terima kasih. Dia mengangguk, sempat melambaikan tangan sebelum berlalu.

Hai… aku dah lambat ni, kejap lagi mesti membebel panjang pak cik tu dengan aku ni. Dia tu suka sangat cari silap aku. Kalau sehari tak marah aku, memang bukan dialah tu. Teringat pada Wan Nazariel, hatinya jadi sebal. Ditambah pula dengan kerenah penyambut tetamu, a.k.a Dorina yang suka menempel pada Wan Nazariel yang menyakitkan matanya. Dorina konon... dah macam deodorant saja bunyinya aku dengar.

Page 12: 3 Bln 1-10

LANGKAH kaki diatur pantas menuju ke pejabat. Dia tak mahu lelaki itu mengamuk. Bukan kerana dia takutkan lelaki itu, cuma… dia tak suka bising-bising, memanjangkan perkara yang tak berapa nak panjang tu.

“Hah, Nuriz… ada pun awak. Bos nak jumpa. Entah apa yang dia nak entah, pagi-pagi lagi dah cari you,” tegur Maria sebaik sahaja melihat dirinya menolak pintu masuk.

Aku dah agak dah. Apalah yang dia nak suruh aku buat pula kali ini?

“You… hati-hati sikit. Mood dia tak berapa baik hari ni,” bisik Maria perlahan kepadanya.

“Wah… staf baru pun dah pandai curi tulang” Dorina yang entah dari mana muncul, tiba-tiba menghamburkan kata-kata sinis kepadanya.

Nuriz dan Maria tersentak, terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

“Tak apa Cik Maria... dengan saya mood dia memang hari-hari tak baik. Saya dah biasa dah. Tak perlu nak berhati-hati, hati saya dah kebal dengan perangai dia,” ujarnya kepada Maria tanpa sedikit pun mengambil peduli Dorina yang tersengih sinis kepada mereka.

Maria hanya tersenyum mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuriz itu. Tak tau nak kata apa-apa, dua-dua memang tak ngam agaknya. Dia sendiri hairan memikirkan perhubungan antara Nuriz dan Wan Nazariel semenjak kemunculan awal gadis itu di pejabatnya lagi. Majikannya seolah-olah tidak menyukai gadis itu dan yang bertambah dia tak faham, kalau betul Wan Nazariel tidak sukakan Nuriz, apa pula motifnya mengajikan Nuriz di kompeninya?

Isy… kalau difikir, sampai ke pagi esok pun belum tentu dia akan dapat jawapannya. Wan Nazariel mungkin ada sebabnya yang tersendiri. Maria menjongketkan bahu. Ah, biarlah… bukan urusan aku pun mereka nak ‘berperang’.

“Hai, Nuriz… you tak dengar ke I cakap ni?” soal Dorina tidak puas hati.

“Aku nak cepat ni Dorynn, tak ada masa nak layan orang mulut murai macam kau ni.” Selamba dia membidas kata Dorina itu. Tak padan bekerja sebagai penyambut tetamu, tapi berlagak macam diva di sini.

Maria tersenyum lebar, sempat mengangkat ibu jarinya kepada Nuriz tanda menyokong kata-kata gadis itu. Huh! Biar perempuan ni rasa.

“Eiii Nuriz!!! Kau… kau... kan!” Hilang sudah bahasa I dan you yang diguna pakainya sebentar tadi.

Dia menghentakkan kakinya geram. Bergema bunyi tumit kasut tingginya itu. Matanya yang sememangnya bulat bertambah bulat mendengar bidasan polos yang keluar daripada mulut Nuriz itu. Tak apa. Ada masa nanti siap kau aku kenakan cukup-cukup. Sempat hatinya menyemat dendam.

“Tuan nak jumpa saya?” Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu dia terus memulas tombol pintu bilik lelaki itu dan melangkah masuk walaupun lelaki itu tak sempat mempelawanya.

Tersentak Wan Nazariel dibuatnya, hampir tersembur air Nescafe yang baru saja diteguknya. Kurang asam punya minah, main terjah saja taunya dia ni. Dia merenung tajam Nuriz yang berdiri memandangnya. Wan Nazariel membetulkan duduknya, cuba menutupi rasa terkejutnya tadi.

Ekekeke... padan muka dia. Terperanjat. Nuriz mengulum senyum menahan tawa yang hampir melantun keluar dek tingkah lelaki itu sebentar tadi.

“Hai... awal kau masuk hari ni?” sindir lelaki itu dengan wajah sinisnya seperti selalu.

“Eh... tuan mengigau ke apa ni? Awal apanya, saya rasa dah lewat ni. Jam tuan yang mati kut? Jam saya dah pukul sembilan pagi lebih dah.” Sengaja dia buat-buat tidak faham maksud lelaki itu, walaupun dia sememangnya sedar yang dirinya sedang disindir.

Tengok! Aku yang nak kenakan dia, tapi aku yang terkena balik. Cis!

“Tau pun kau dah lewat masuk. Ni apa benda ni hah?” soalnya sambil menghempaskan sekeping sampul surat sederhana besar berwana coklat ke atas mejanya.

Page 13: 3 Bln 1-10

“Ni suratlah tuan… tuan nak saya bacakan untuk tuan ke?” Nuriz menyoal sengaja.

“Aku taulah ni surat. Masalahnya, kau dah hantar ke salah tempat. Berapa kali aku nak pesan buat kerja tu elok-elok. Kau tak reti baca ke alamatnya? Buta huruf ke hah? Nasib baik mereka pulangkan balik. Buat kerja tak semenggah langsung!” bebel lelaki itu.

Eiii… betul ke aku ada salah hantar ni? Ke dia sengaja nak kenakan aku? Aku tengok sampul dia macam baru lagi. Dia ni bukannya betul sangat, suka sangat cari silap aku. Aku buat betul pun dia mesti kata salah punya.

“Sorry tuan.” Dia mohon maaf. Tak kiralah kita silap atau tak, jangan lokek memohon maaf. Itu pesan ustazahnya dahulu.

“Sorry, sorry… itu aja yang kau tau. Sorry pergi naik lorilah. Huh!”

“Habis tuan nak saya buat apa? Nak suruh saya naik lori tu sekali ke? Saya tak sengajalah.” Kira untung aku nak minta maaf tau. Walaupun belum pasti aku yang bersalah dalam hal ini.

“Amboi-amboi… kau loyar buruk pula dengan aku ek? Cuba belajar jadi serius sikit bila buat kerja. Ini tak, asyik nak main-main aja. Tu yang sampai salah hantar ke tempatnya. Ni, aku nak kau pergi hantar balik surat ni ke tempat dia yang betul, alamat yang betul. Hah, lagi satu… hari ni kau kena buat OT, denda sebab kau cuai buat kerja,” sambungnya lagi.

Aik! Ada denda-denda pula? Ingat zaman sekolah aja yang ada denda-denda ni.

“Hari ini aku nak kau kemaskan fail-fail, susun ikut kriteria. Buang habuk-habuk yang ada. Tukar lapik kabinet fail tu sekali.”

“Aik! Tu kerja dispatch juga ke tuan?” soalnya. Macam tak ada staf lain nak dikerah ke apa dia ni? Apa guna bayar gaji kepada mereka kalau tak suruh buat kerja. Tu... Si Dorina yang selalu mengendeng dekat meja dia, tak mahu pula dia suruh. Cis! Dia mendesis geram.

“Hai… kau dah lupa ke dalam perjanjian yang kau tandatangani, yang kau kena buat apa yang aku suruh. So, kalau aku dah suruh buat tu, buat ajalah. Tak payah nak banyak soal... faham?” bentak Wan Nazariel kasar.

“Tapi tuan, hari ni saya rasa tak bolehlah. Saya dah janji dengan kawan saya.” Teringat pula akan janjinya pada Mirna yang mereka akan pergi membeli barang keperluan rumah.

“Tak ada excuse okay. Kalau kau ada hal… siapkan kerja kau tu dulu,” putus lelaki itu.

Isy dia ni… semua nak kena ikut cakap dia aja. Tak berperikemanusiaan langsung. Geram dengar arahan lelaki itu. Kecik saja aku nampak dia ni. Rasa nak cekik-cekik saja biar sesak nafas. Errr… geramnya. Sabar Riz, cool down. Tarik nafas panjang-panjang, hembus... fuuu.

“Ingat, esok pagi aku nak tengok semua dah siap seperti yang aku suruh. Faham?”

“Yalah... saya buatlah… tak perlu nak ulang cakap berjuta-juta kali, sebab saya belum jadi pelupa.”

“Okey… sekarang kau boleh keluar buat kerja kau tu. Hah, lagi satu… bawak motor tu elok-elok sikit. Ya… jangan jadi minah rempit pula. Aku tak nak pula nanti keluar kat paper, seorang staf Naz Holding ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti lumba haram. Malu kompeni aja nanti.”

Ewah-ewah dia ni! Apa dia ingat semua orang yang naik motor ni, jenis yang merempit ke? Cakap ikut sedap mulut dia aja!

“Tuan jangan risau. Eh... eh kalau tertangkap pun okey juga, nanti bolehlah mempopularkan nama Naz Holding. Tak payah dah tuan nak iklankan syarikat tuan.” Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan puas. Puas sebab dapat mengenakan lelaki itu. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan lelaki itu yang terdiam mendengar bidasannya tadi. Ini barulah kena buku dengan ruas, kan? He he he….

“Eiii… kesiannya orang tu. Sayang… rupa ada, tapi bebal. Baca alamat pun sampai salah. Tak pasal-pasal kena buat kerja dua kali.”

“Kau ni apehal Dorynn? Dah tak ada kerja nak dibuat ke selain menyibuk mendengar perbualan orang?” Geram mendengar sindiran Dorina itu. Panas hatinya.

Page 14: 3 Bln 1-10

Dia tak faham kenapa Dorina seolah-olah tidak puas hati dengan dirinya. Suka mencari pasal dengannya. Dari hari pertama lagi dia sudah perasan hal ini. Ke dia cemburu sebab… Wan Nazariel tu terlalu ‘memberi perhatian’ kepada aku? Ha ha ha… cemburukan aku? Tak ada kerja ke apa? Dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Suka hati akulah nak dengar ke apa?” Balas Dorina sinis sambil melenggang meninggalkan dirinya yang terpinga-pinga itu.Biul ke apa perempuan ni? Nampak benar perangai kaki sibuknya tu. Nuriz menggelengkan kepala. Bos dengan staf sama saja tak betulnya. Nasib juga Cik Maria tak seperti mereka berdua ni. Kalau tak, mesti tak sampai tiga bulan, aku dah jadi penghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. ‘Bahagia’ selamanya....

Bab 5

“K

ALAU ya pun kau penat, pergilah mandi dulu. Tukar baju tu kalau nak tidur.” Mirna mula membebel menegur perilaku temannya itu. Kurang senang. Nak marah rasa macam tak sampai hati sangat pula, apatah lagi bila melihat wajah temannya itu jelas bergaris kepenatan.

Jam yang tergantung di dinding di ruang tamu dikerlingnya. Kesian… memang patut sangatlah dia penat, dah pukul sembilan malam rupa-rupanya. Hesy… kerja apalah yang dibuatnya sampai ke malam begini?

“Riz... oit! Ya Allah, perempuan ni!” Tubuh Nuriz digoyangkan perlahan namun, tiada tindak balas.

“Riz....” Dia menyeru perlahan. Yalah orang kata tak baik kejutkan orang yang sedang tidur dengan suara marah-marah. Karang tak pasal-pasal lain pula jadinya.

“Hmmm....”

Kedengaran rengekan manja yang terlahir daripada mulut temannya itu, mungkin marah lenanya diganggu.

“Bangunlah… mandi, lepas tu kita makan malam sama-sama. Penat tau aku masak kalau kau tak nak makan. Lagipun aku pun belum makan lagi sebab tunggu kau balik.”

“Penatlah... janganlah kacau aku ni Mir. Aku nak tidur kejap aja ni. Hmmm….”

“Aku tau kau penat, tapi bangunlah. Pergi segarkan badan tu. Isy… ke kau nak aku mandikan kau? Bukan susah, jirus aja air dengan gayung, biar sofa ni basah sekali,” ugut Mirna. Ingin melihat reaksi Nuriz.

Nuriz menarik bantal kecil yang terdapat di situ lalu menutup wajahnya.

Sudahnya, Mirna mengeluh sendiri di ruang tamu itu.

“Riz!” Bantal yang menutupi wajah Nuriz ditariknya, dialihkan daripada terus menutupi wajah temannya itu. Isy… memang jenis liat nak bangun kalau dah dapat tidur.

“Hmmm... yalah, yalah… aku bangunlah ni. Kau ni kacau ajelah. Aku nak tidur lima minit pun tak dapat. Penatlah… Si Zariel tu buli aku teruk-teruk hari ni. Lepas tu ditambah pula dengan perangai Si Dorina yang menjengkelkan tu, lagilah menambahkan penat aku ni. Eee... kalau boleh nak saja aku jodohkan kedua-duanya, memang nampak macam sesuai aja. Sorang dengan perangai busybodynya dan seorang dengan perangai perasan bagusnya.

Page 15: 3 Bln 1-10

Memang sepadan, macam pinang dibelah dengan kapak.” Dia mengomel panjang dengan mata separuh terbuka.

“Tengok tu. Kata tadi nak bangun dah tapi mata tu tetap juga pejam lagi. Nuriz!”

Nuriz duduk perlahan, dengan rambut yang sedikit menutup wajahnya. Sebiji macam orang yang kurang waras. Badan dahlah rasa penat tak bermaya, dalam fikiran pula cuma inginkan rehat. Dia ingin tidur. Perlahan-lahan dia bangun ingin menuju ke biliknya. Tak mahu berlengah-lengah lagi, takut bertambah panjang pula leteran Mirna itu nanti. Tak sanggup dia nak mendengarnya.

“Oit Riz… kau nak pergi mana pula tu? Bukan main lagi laju menonong.”

“Pergi bilik akulah, nak mandi.” Dia menjawab malas. Dah tahu lagi nak tanya. Sajalah tukan.

“Oh, pergi bilik engkau? Nak mandi ya? Bilik kau sanalah, tu bilik aku. Isy… tu mamai lagilah tu.” Mirna menegur bila melihat temannya ingin memulas tombol pintu biliknya.

“Oh, salah ya. Patutlah aku rasa macam lain macam aja jalannya ni.”

Menggeleng Mirna mendengar jawapan temannya itu. Macam-macam hal dia ni tau.

“Laaa... yang tenung aja nasi tu kenapa? Kau ingat nasi tu akan bergerak masuk ke dalam mulut kau sendiri ke?” tegur Mirna perlahan, hairan melihat wajah kuyu Nuriz yang hanya merenung pinggan nasi tanpa menjamahnya langsung.

“Tak ada seleralah Mir, aku mengantuklah. Letih segala letih dah rasa badan aku ni. Kau pun tahu, kan aku kalau mengantuk memang macam ni, hilang selera makan.”

“Aku taulah kau mengantuk… tapi makanlah sikit. Sedap tau lauk aku masak ni, rugi kalau tak jamah. Lagipun kalau biar perut tu kosong, nanti gastrik kau datang pula. Lagi cari nahas tau. Mana pula aku nak carikan teksi untuk kau tengah-tengah malam ni kalau kau dah start guling-guling sakit perut. Kan ke haru?” Mirna memujuk.

“Yalah… aku makanlah ni.” Dia menyuap perlahan nasi ke dalam mulut. Tak bersemangat langsung. Macam gaya orang putus cinta pun ada lakunya itu. Terpaksa juga memaksa dirinya untuk menjamah makanan di hadapan mata walaupun seleranya mati. Biasanya begitulah... bila kepenatan menguasai diri.

“Banyak sangat ke kerja kau kena buat, sampai pukul sembilan baru sampai rumah?”

“Banyak jugalah Mir. Aku kena kerah kemas bilik dokumen sampai siap. Aku tak fahamlah. Punyalah ramai staf yang ada, aku juga yang nak disuruhnya. Tu Si Dorina yang duk menempel kat dia macam parasit tu, tak mahu pula disuruhnya. Dah tu banyak pula songehnya. Itu tak kena, ini tak sempurnalah. Sakit hati aku ni tau. Sebab sabar ajalah aku masih bertahan. Kalau tak dah lama aku cabut… tak pun aku ketuk-ketuk mulut Si Wan Nazariel tu biar bisu terus!”

“Tahan ajalah Riz. Setidak-tidaknya untuk tiga bulan. Tak lama… pejam celik, pejam celik… cukuplah tiga bulan.” Nasihat Mirna bernada simpati.

Memang itulah yang cuba dilakukan kini. Bertahan dan bersabar dengan kerenah lelaki itu.

“TERSENYUM sorang-sorang ni kenapa Riel? Kau dah jatuh cinta ke apa? Dah dapat puteri idaman hati?” soal Eric sambil menepuk bahu temannya itu. Hairan, ceria benar wajah temannya itu hari ini.

Terkejut, terus wajah temannya itu dipandang geram. Selalu sangat macam tu. Datang senyap-senyap… tau-tau dah ada di sisi. Eric Adlan, sahabat sepermainan dari kecil, anak kacukan Cina-Melayu itu tersengih nakal bila melihat dia terkejut.

“Mana ada Eric. Kau ni ada-ada ajalah, suka sangat serkap jarang aku ni. Mana kawan-kawan kita yang lain, tak nampak pun muka masing-masing?” Dia bertanya bila melihat hanya Eric sahaja yang ada di situ.

Page 16: 3 Bln 1-10

“Dia orang lambat sikit... biasalah budak berdua tu, janji mana pernahnya nak tepat. Ni… cuba cerita sikit apa yang buat kau tersenyum-senyum sampai ke telinga ni? Jarang aku tengok kau macam ni, macam orang angau aje,” usik Eric.

“Heh… mengarutlah kau ni. Aku cuma teringatkan staf kat opis aku tu. Budak baru yang aku ceritakan dekat kau hari tu,” beritahu Wan Nazariel.

“Budak dispacth tu? Kenapa dengan dia? Dia ada buat hal lagi dengan kau ke?”

“Tak adalah buat hal, cuma aku rasa seronoklah dapat kenakan dia. Aku suruh dia buat itu, aku suruh dia buat ini. Aku tau dia bengang gila dengan aku. Nak memberontak, tapi kau taulah dia, kan dah setuju dengan syarat-syarat aku tu. So, terpaksalah dia ikut aja tanpa rela arahan aku,” kata Wan Nazariel dengan selamba.

“Kau ni teruklah Riel. Dari zaman sekolah sampai dah bekerja, perangai suka membuli kau tu tak pernah kurang. Bawa-bawalah jadi matang sikit Riel. Sedar sikit yang diri kau tu dah berumur, bukan lagi masih belasan tahun yang perlu berdendam kerana hal-hal kecil,” nasihat Eric yang kurang senang dengan kelakuan temannya itu.

Teringat zaman sekolah mereka dahulu. Masalah sengaja dicipta untuk keseronokan sehingga memaksa campur tangan Dato’ Wan Nazri untuk menyelesaikannya. Semuanya gara-gara tertangkap temannya itu oleh cikgu disiplin ketika sedang asyik membuli seorang pelajar yang lurus bendul di dalam tandas sekolah mereka. Dia bernasib baik sebab papanya antara penyumbang terbesar tabung PIBG sekolah itu, jadi dengan pengaruh papanya jugalah dia tak perlu digantung sekolah dan dihukum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja.

“Mana ada aku buli dia, Eric. Aku buat macam tu sebab nak bagi pengajaran dekat dia. Salah dia juga, kan? Siapa suruh dia tunjuk lagak dengan aku hari tu. Cuba kalau dia cakap dengan aku baik-baik, tunjuk sikit adab dengan aku ni, sure aku kira halal saja kos accident tu.”

“Yalah… macam-macamlah kau. Ada saja akalnya kalau dalam bab-bab nak mengenakan orang ni. Eh, cun sangat ke minah tu sampai kau tak nak lepaskan dia?”

Cun? Tergambar wajah Nuriz di ingatannya secara tiba-tiba. Rasanya bukan sebab gadis itu cantik.

“Tak adalah cun mana, biasa aja... bukan taste kaulah Eric. Dia bukannya jenis lemah lembut punya orang. Jenis minah-minah nakal. Bayangkan, first day dia datang opis, dah buat hal. Menyakitkan mata aku dengan pakaian entah apa jenisnya. Lepas tu tambah pula dengan mulut dia yang laser tu, memang mencabar sungguh.”

“Wow! Daripada apa yang kau ceritakan, macam menarik minat aku aja nak kenal dengan dia. Eh, bawaklah aku jumpa dia. Aku suka juga dengan orang yang pandai melawan ni.”

“Kau nak buat apa Eric? Nak masukkan dalam koleksi teman wanita kau ke? Aku rasa dia tak sesuailah untuk kau. Lupakan ajalah niat hati kau tu. Carilah perempuan lain.”

Nuriz jika dibandingkan dengan teman wanita Eric yang lain, macam langit dengan bumi. Bukan sebab dia tak cantik, tetapi sebab gadis itu agak lasak perangainya. Macam mana dia tak kata lasak, malam-malam bersendirian naik motosikal. Hujan panas pun sanggup dia redah asalkan semua kerjanya selesai, memang seorang yang agak menarik sebenarnya.

“Mana kau tau aku tak sesuai dengan dia? Eh, belum cuba belum tau, tau. Orang macam tu sekali dia bergaya, terserlah keayuannya. Ke kau cemburu dengan aku?” Sengaja dia berkata begitu, untuk melihat reaksi Wan Nazariel. Tetapi wajah lelaki itu tetap seperti biasa malah, hanya tersenyum sinis.

“Suka hati kaulah Eric. Kau buatlah apa yang kau rasa patut. Aku tak kisah, sikit pun aku tak hairan. Perempuan macam tu ramai kat luar sana. Malah, aku boleh dapat yang lebih baik daripada minah tu. Lebih ayu dan lebih lemah lembut. Perempuan kasar hanya lelaki buta aja yang sanggup jadi pasangan hidupnya. Dan lelaki buta itu pastinya bukan aku. Aku akan sponsor majlis kau kalau berjaya tackle Si Nuriz tu. Ha ha…” kata Wan Nazariel mengejek.

Eric hanya tersenyum mendengarnya. Sedikit pun tidak terasa dengan ejekan Wan Nazariel itu. Ya, memang dia akui Wan Nazariel punya segala-galanya, wang, rupa dan

Page 17: 3 Bln 1-10

kerjaya. Tapi dia lupa yang semua tu takkan mampu membeli cinta ataupun sebuah keikhlasan, kebahagiaan, kasih sayang dan yang paling utama rasa cinta yang datang daripada hati yang tulus ikhlas.

“Dahlah… malas aku nak bertekak dengan kau ni Riel. Kau tu selalu nak menang aja bila bercakap. Tu ha… budak berdua tu dah sampai pun. Kita nak ke mana pula hari ni?” Tanya Eric.

Dari kejauhan sudah nampak kelibat dua orang temannya, Johan dan Izmi. Masing-masing tersengih mempamerkan muka tanpa riak bersalah langsung, walaupun telah lewat hampir setengah jam.

“Tempat biasa kita lepaklah Ric. Macamlah kita ada port lain, selain Bukit Bintang tu.”

“NURIZ! Buatkan aku Nescafe,” arahnya. Mengantuknya mata ni. Tu la... malam tadi melepak lagi sampai pukul tiga pagi. Matanya masih terasa kelat, berat dan memang perlu disegarkan dengan kafein.

“Tapi tuan, tu bukan kerja yang saya perlu buat. Itukan kerja Cik Maria.” Apa dia ingat aku pekerja am ke kat sini? Semua kerja nak aku buat? Kata hari itu hanya jadi dispatch aja. Tak kata pula kena jadi semua sekali. Daripada jawatan tea lady sampai ke store keeper, aku yang kena buat. Lebihlah tukan nampaknya. Nampak benar aku ditindas di sini. Cis!

“Buat ajalah tanpa banyak bunyi, tak boleh ke? Lagipun Si Maria EL hari ni, baby dia demam. So, kaulah yang kena take over segala kerja dia termasuk buatkan aku air hari ni.”

Maria cuti? Macam tak boleh suruh orang lain ke selain aku ni. Tu, Si Dorina penyambut tetamu tu, tak boleh ke suruh dia aja yang buat? Lagipun aku tengok dia tu banyak aja masa. Kalau tak ada kerja, asyik belek muka dan tempek bedak menghadap cermin dua puluh empat jam. Dia menggetap bibir menahan geram. Tak apa… tak apa….

Satu sudu besar Nescafe untuk secawan air. Nuriz tersenyum nakal. Nah, ambik kau! Nak sangat kafein, kan? Ni aku bagi kau hilang mengantuk terus. Rasakan!!!

“Nah tuan… ni airnya,” hulurnya perlahan, penuh sopan yang sengaja dibuat-buatnya.

“Letaklah situ. Hah, hari ni kau duduk opis aja tau. Buat kerja-kerja di pejabat ni gantikan tempat Si Maria,” arah lelaki itu tanpa langsung memandang ke arahnya.

“Tak ada surat nak hantar ke hari ni bos?” Mesti sah bosan aku hari ni kena duduk opis. Jadi mangsa bulilah aku dengan dia hari ni. Hai… apalah malang nasibku hari ni.

“Kenapa? Kau tak suka duduk dalam pejabat ke? Oh, aku tau... kalau kena hantar surat, bolehlah kau melencong ke mana kau suka, kan?” sindir lelaki itu.

Seperti selalunya... dengan dirinya memang lelaki itu tidak pernah menggunakan bahasa yang lembut. Dia sendiri pun tak tahu apa sebabnya lelaki itu terlalu berkasar dengan dirinya. Mungkin sebab kemalangan itu puncanya. Tetapi kalau difikirkan sebelum kemalangan lagi lelaki itu dah berkasar dengan dirinya. Peristiwa yang berlaku beberapa minggu lalu di KL Sentral menerjah ke ingatannya.

“Tak adalah, tuan. Saya mana tau buat kerja opis ni. Nanti karang susahkan tuan pula.”

“Kalau aku suruh tu, ikut aja, jangan banyak soal. Cuba jadi macam Si Dorina tu, langsung tak pernah bantah cakap aku. Ikut saja apa yang aku suruh buat. Dah, dah... kau pergi keluar. Bisinglah. Aku nak buat kerja pun tak tenang tau. Apa kata kau ambil fail ni... semak mana ejaan yang silap, lepas tu kau betulkan. Taip balik guna komputer. Buat dekat meja Maria tu.”

“Masalahnya… saya bukanlah Dorina, pekerja terbaik tuan tu.”

Eleh… dia ni yang tak tahu, yang Si Dorina tu selalu buat-buat rajin di depan dia aja. Nak ambil perhatian memang begitu. Hipokrit!

“Ah, apa-apalah kau nak cakap. Yang penting, aku nak kau buat apa yang aku suruh kau buat tadi.”

Page 18: 3 Bln 1-10

Tangannya dipanjangkan mencapai cawan yang berisi Nescafe buatan Nuriz lalu dibawa ke mulutnya. Tiba-tiba dahinya berkerut. Mak aiii… pahitnya! Hampir hendak tersembur air itu dari mulutnya. Tetapi memandangkan egonya masih menggunung, air mukanya tetap dijaga. Apatah lagi dilihatnya mata Nuriz melirik, mencuri memandang ke arahnya. Digagahkan juga dirinya untuk meneguk air itu sehingga kosong cawannya. Dalam hati beribu sumpah-seranah dihadiahkan kepada Nuriz. Kau kenakan aku ya… hatinya berbisik geram.

“Hmmm… ‘sedap’ air kau buat ni. Seumur hidup, aku tak pernah rasa air ‘sesedap’ ni.” Dia menyindir memandang wajah Nuriz yang sedikit pun tiada tergambar riak bersalah.

“Sedap ke? Terima kasih tuan sebab memuji saya. Lain kali saya buatkan lagi untuk tuan ya?” Dia tersenyum girang, sengaja menambahkan lagi kepanasan hati lelaki itu.

Air macam tu pun dia kata sedap. Sahih, tak ada deria rasa dia ni. Macamlah aku tak tahu yang kau cover diri daripada nak tersembur tadi. Ha ha... budak kecik bolehlah kau tipu, tapi bukan akulah.

“Dah, dah… kau ambil fail ni. Lepas tu pergi buat kerja. Sebelum habis waktu pejabat, aku nak semua mesti dah siap ada kat atas meja. Kalau tak, kau kena over time nanti.”

“Ya, tuan....” Huh! Banyak macam ni, manalah sempat nak siapkan dalam masa satu hari. Sengajalah tu. Isy… menyampah betullah aku dengan dia ni.

“Encik Zaariieel….” Dorina yang muncul, tiba-tiba mematikan langkahnya.

Alahai, apa pula minah opera ni nak? Nuriz mencebik geli mendengar gaya manja tak asli daripada Dorina itu. Selalu sahaja begitu. Pantang aku berdua dengan Si Zariel, mesti dia muncul. Sahih menghendap aja kerjanya tu.

“Ada apa Dorynn?” Sengaja Wan Nazariel melembutkan suara di hadapan Nuriz.

“Balik nanti boleh tolong hantarkan I tak? Kereta I rosaklah hari ni, masuk workshop.”

“Okey, I pun sehala dengan jalan rumah you so, tak ada masalah Dorynn.”

Euwww… baguslah, sesuailah mereka ni. Seorang muka dah macam patung opera klasik. Seorang pula muka macam kayu pintu. Nuriz menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum melajukan langkah. Tak sanggup menonton drama sebabak tanpa skrip yang berlaku di depan mata.

“DORYNN….”

Dorina yang sedang asyik menempek bedak padat ke muka, tersentak bila ditegur oleh suara garau yang sering menjadi igauan tidur malamnya. Serta-merta wajahnya yang sudah dua kali lima dengan wajah pelakon opera Cina itu tersenyum lebar. Menayangkan barisan giginya. Matanya yang memberat dek tampalan bulu mata palsu terkedip-kedip mengalahkan kucing betina miang.

“Ada apa Encik Zariel?” Lembut berlagu dia menjawab.

Wan Nazariel menelan air liur yang terasa kelat. Kegelian melihat aksi pekerjanya itu namun, lain pula yang Dorina faham. Barangkali lelaki itu gubra dan tertawan dengan dirinya. Sehingga terkedu memandangnya.

“Errr... I rasa… I…”

“Kenapa Encik Zariel?”

Bertambah melebar senyuman di wajahnya. Sangkanya mungkin lelaki itu ingin mengajaknya makan malam sebelum menghantarnya pulang. Itu yang tergagap-gagap, takut pelawaannya ditolak barangkali. Perasannya seratus peratus yakin. Yakin bahawa dia telah berjaya menawan hati lelaki itu. Sementelah sebelum ini dia tak pernah nampak lelaki itu keluar berpacaran ataupun ada gadis-gadis yang datang menjenguk menagihkan cinta daripada lelaki itu selain dirinya.

“I tak dapat tumpangkan you balik hari ni. Dengan erti kata lain, you balik naik teksi sajalah ya Dorynn. I kena staylah, over time maybe. Kerja banyak tak siap lagi ni.” Lega, sekali nafas dia memberitahu.

Page 19: 3 Bln 1-10

Sebenarnya dalam hati sudah tidak mampu untuk menyabarkan diri, memandang gadis itu. Kenapalah selama ini aku tak sedar yang aku ada pekerja gatal macam ni?

“What?” Terjerit kecil Dorina. Serentak wajahnya berubah mencuka. Habis segala impianku musnah!

“Sorrylah Dorynn, maybe next time okay I tumpangkan you,” katanya cuba memujuk.

“Tak apalah Encik Zariel… orang tak sudi, siapalah I, kan?” Ada nada rajuk kedengarannya. Sengaja dibuat-buat.

Kenapalah kau tak jadi pelakon aja Dorynn? Boleh juga menang award. Serba salah Wan Nazariel sudahnya.

“Ni sebab budak Nuriz yang tak tau buat kerja tu ke?”

“Tak adalah, Dorynn. Sebab Maria cuti jadi, kerja I bertambah dan tak ada siapa boleh buatkan.”

Bertambah panas hatinya bila mendengar Wan Nazariel menafikan Nuriz sebagai penyebab kerjanya yang bertimbun.

“Encik Zariel nak I tolong sekali ke? I boleh temankan you di opis ni. Boleh urutkan tengkuk you kalau terasa lenguh. Boleh buatkan air kalau you rasa dahaga.” Dia menawarkan diri. Serentak berdiri mendekati Wan Nazariel. Hampir sama tinggi dan tanpa berasa malu, mengusap dada bidang lelaki itu.

“Uih, Dorynn… apa ni? Orang nampak tak manislah. You baliklah… tak perlu temankan I. Nuriz pun ada sekali. Dia boleh buatkan air untuk I kalau I dahaga.” Laju dia menepis tangan Dorina itu. Urgh… macam ular sawa menjalar tak dapat dikawal.

Teringat dahulu sewaktu mula-mula Dorina masuk kerja. Dia ada menyuruh gadis itu menyediakan air untuknya dan hasilnya… dia mungkin akan menjadi pesakit diabetes pertama dalam sejarah keluarganya. Manis mengalahkan lori gula tumpah dan cair mengalahkan pokok kopi sudah pupus di muka bumi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Alah Encik Zariel ni, dengan I pun nak jual mahal....”

“Dorynn... jaga diri you, jangan sampai you nampak murah di mata I. I tak suka perempuan murahan.” Bidasnya. Mula meluat dengan perangai Dorina itu.

Tanpa pamitan, Wan Nazariel melangkah pergi. Sungguh! Hatinya kurang berkenan dengan tingkah Dorina itu. Semua perempuan sama sahaja ke? Pantang diberi muka, mulalah melebih mengadanya.

Dorina menggetap bibir memerhati langkah panjang lelaki itu. Tak sangka Wan Nazariel lebih menghargai kehadiran Nuriz daripada kehadirannya. Panas dadanya, panas juga hatinya. Terbakar! Marah membuak-buak dalam dada.

Tak guna! Tak guna punya Nuriz! Dorina membentak geram. Sangkanya kerana Nurizlah impian untuk pulang bersama Wan Nazariel berkecai. Hari ini dirasakan sebagai hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya. Gembira tidak terkira bila buat pertama kalinya dia mendapat peluang untuk pulang berdua bersama dengan Wan Nazariel. Majikan yang sering dipuja dan sentiasa hadir dalam mimpi malamnya. Tak sangka kegembiraan tidak kekal lama, hanya beberapa jam sahaja kegembiraan itu dan berakhir dalam sekelip mata.

“LAGI-LAGI aku, asyik-asyik aku, segalanya akulah. Isy... kalau begini, serupa kau gajikan aku sorang aja sebagai staf kau.” Nuriz membebel perlahan. Dari tadi hatinya panas mengenangkan perlakuan Wan Nazariel terhadap dirinya. Isy... ini dah dikira penganiayaan ni. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

Punyalah banyak spelling error. Mereka ni buat kerja asal siap saja ke? Kalau ya pun nak hantar pada bos, semak la dulu ejaannya sebelum hantar. Ini tak, main hantar aja. Lepas tu siapa yang susah? Aku juga! Aku juga yang jadi mangsa keadaan nak kena betulkan balik ejaannya. Baguslah sangat. Bosnya tak betul, stafnya pun tak betul juga.

Adeysss... pinau dah biji mata aku menghadap benda alah ni. Jam di pergelangan tangan diperhatikan lagi untuk ke sekian kalinya. Alahai... dah dekat lima tiga puluh minit

Page 20: 3 Bln 1-10

petang. Nampak gayanya balik malam lagilah aku hari ni. Kesian Si Mirna kena makan seorang diri.

Jahat punya Wan Nazariel! Bukan main seronok dia membuli aku ni. Mentang-mentanglah tiga bulan aja aku kerja kat sini, dia kenakan aku cukup-cukup. Apa dia ingat aku ni mesin ke? Isy, mesin pun tau nak berhenti rehat dan rasa penat tau bila tiba masanya.

Bila teringatkan lelaki itu, entah kenapa hati aku jadi panas tiba-tiba. Fail-fail yang bersusun menimbun di sisi, dikerlingnya. Dia mendengus geram lagi dan lagi.

“Bye Nuriz, kesiannya you kena over time hari ni.” Ucap Dorina diiringi ketawa kecil mengejek.Seperti selalu ada sahaja benda yang menyakitkan hatinya akan dibuat oleh Dorina. Entah kenapa senyuman Dorina itu nampak lain daripada yang sebelumnya. Seolah-olah terselit sesuatu yang sukar dirungkai. Apa ya? Hati berdetik gundah tiba-tiba. Bukannya terbit marah seperti selalunya. Pelik….

Bab 6

TALI LEHER yang terikat kemas di lehernya dirungkai kasar, terasa rimas pula kala ini. Hmmm... sunyi sepi opis ni. Agaknya semua dah balik kut. Wan Nazariel mengurut belakang tengkuknya yang terasa lenguh dengan tangan kanan. Yalah... seharian duduk menghadap skrin komputer, mata juga sudah mula terasa pedih. Semuanya gara-gara Maria yang bercuti. Kalau ada setiausahanya itu, tiadalah dia sesibuk hari ini. Habis segala jadual janji temunya bersama teman-teman yang tiga orang itu terpaksa dibatalkan.

Dia berdiri perlahan. Agak-agaknya Si Nuriz tu buat ke tidak apa yang aku suruh ni? Teringat pula pada Nuriz, lampu di luar masih terang-benderang, tanda masih ada penghuni selain daripada dirinya. Perlahan-lahan dia mendekati pintu bilik itu, melihat batang tubuh Nuriz yang sedang tunduk, tekun meneliti fail yang bertimbun. Amboi… khusyuknya dia.

Wan Nazariel tersengih kecil melihat gelagat gadis itu yang nampak bersungguh-sungguh cuba menyiapkan kerja yang disuruhnya. Hatinya terusik melihat reaksi Nuriz itu, yang sesekali kelihatan berkerut, sesekali pula mulutnya terkumat-kamit dengan kepala menggeleng-geleng, seolah-olah tidak berpuas hati. Hesy… macam-macam reaksi dia ni.

Tup!!! Tiba-tiba terasa sekeliling gelap-gelita tanpa cahaya. Terkaku sesaat dia di tempatnya.

Eh… boleh pula tiba-tiba black out ni. Aduhai… Wan Nazariel tersentak.

“Huarghhh... emak!!!” Kedengaran suara Nuriz terjerit kecil, mungkin terkejut seperti dirinya.

“Eh… kenapa pula aku panggil emak ni? Aku mana ada emak.” Nuriz mengomel sendiri. Tangannya terawang-awang. Berjalan dalam gelap memang menyukarkan. Mana pula arah yang betul menuju ke pantri ni. Yalah… mana tau ada lilin spare ke yang terdapat di situ. Minta-minta sekejap sajalah black outnya. Sudahlah aku dekat tingkat 21 ni, mahu semput aku kalau turun guna tangga.

“Hai… kenapalah Si Zariel ni buat kompeni tinggi-tinggi? Kan dah susah kalau jadi macam ni.” Dia membebel perlahan dalam kekalutannya.

“Amboi... kau mengata aku ya? Ingat aku tak dengar ke hah?”

Page 21: 3 Bln 1-10

Tiba-tiba ada suara menegurnya dalam suasana gelap itu. Nuriz terkejut. Peluh mula merembes keluar daripada tubuhnya. Alamak! Jangan-jangan opis ni berhantu tak? Matilah aku hari ini nampaknya.

Darahnya berderau. Peluh mula merembes di dahinya. Nuriz mula pucat dalam gelap itu. Jantung mula berdegup laju tak menentu. Terbayang di ruang minda dia akan raut yang menakutkan seperti yang selalu dilihat di dalam drama atau filem-filem seram.

Tak apa Nuriz, bawa bertenang. Baca ayat kursi cepat, hati kecilnya berbisik.

“Hantu... hu hu hu… tolonglah jangan cekik saya. Saya muda lagi. Kahwin pun belum lagi tau. Kalau nak cekik juga, cekiklah Wan Nazariel bos saya tu. Dia jahat, selalu buli saya dengan kerja yang macam-macam!” Dia menjerit kuat. Terus dia bertempiaran lari... tetapi terlanggar sesuatu dan terus terjatuh.

“Aduh!!!” Dua jeritan bergabung menjadi satu. Agak kuat juga bunyinya bergema. Gamat seketika ruang yang tadinya sunyi sepi.

Nuriz terkaku. Takut menggerakkan tubuhnya yang terasa seperti seolah-olah tertindihkan sesuatu. Hangat dan agak keras rasanya. Dia menelan air liur. Gluppp!

“Sakitnya… kau ingat, kau budak kecik ke apa? Suka-suka landing atas orang. Dahlah mengutuk aku, lepas tu suka-suka saja panggil aku ni hantu!” marah Wan Nazariel geram.

“Sorry, tuan. Saya ingat saya sorang aja yang tinggal kat opis. Itulah… yang tuan main sergah aja saya tadi kenapa? Kan dah kena panggil hantu. Tapi memang patut pun, tuan tu bukannya baik sangat pun, kan?”

Nasib aku jatuh atas dia. Kalau dia jatuh atas aku tadi? Mesti sakit, kan? Pasti pengsan dah aku tadi. Dalam tak sedar, sedikit perasaan lega terbit dalam dirinya. Lega sebab dirinya tidak keseorangan di sini, lega sebab dirinya ditemani walaupun orang yang meneman itu adalah musuh ketatnya sendiri.

Ah… dalam keadaan darurat macam ni kena lupakan seketika persengketaan antara aku dan dia.

“Banyaklah kau punya sorry! Eh… kau tak reti nak bangun ke? Sampai bila nak baring atas aku ni? Kalau badan tu ringan tak apa juga, ingat aku ni tilam ke apa? Bangun cepat!!!”

Alamak! Eh… aku terlupa. Cepat-cepat Nuriz bangun mengibas-ngibas tapak tangannya. Nasib baik black out, kalau tak mesti dia dah perasan perubahan dekat muka aku ni. Mesti dah jadi warna merah kulit wajah aku ni. Terasa ada kelebihan pula dalam situasi gelap begini, kan? He he....

Wan Nazariel mengusap perlahan kepalanya yang terasa sedikit sengal akibat terhentak pada lantai sebentar tadi. Ini semua gara-gara perempuan tak betul nilah. Hai… aku tak fahamlah kenapa kalau ada dia dekat dengan aku ni, mesti ada saja benda yang tak kena berlaku. Malang betul! Memang pembawa malang agaknya perempuan ni.

“Tuan ni tak bayar bil elektrik ke apa sampai boleh black out opis kita ni?”

“Eh, tolong sikit. Aku bayar tau. Kau ingat aku tak mampu ke kalau setakat nak bayar bil?”

“Kalau bayar, dah tu kenapa black out pulak? Ni macam mana saya nak balik rumah ni? Dahlah tinggi… nak turun lif pula tak ada, takkan nak guna tangga kut? Lepas tu gelap pulak tu. Buat seram aja, buat susah orang aja....” Nuriz membebel tidak puas hati.

“Manalah aku tau. Dah nak black out, jangan nak salahkan aku pula ya dalam hal ni. Aku pun tak jangka tau. Alah… kalau tak nak guna tangga, kau tunggu ajalah sampai dia okey balik.”

“Nak tunggu sampai bila? Buatnya tak okey sampai esok pagi, macam mana?” Dahlah perut aku lapar ni. Tengah hari tadi makan sikit aja gara-gara kau. Kalau gastrik aku datang nanti, kan ke haru….

“Kalau tak okey juga, kau tidur ajalah dekat sini diam-diam. Eh, kau jangan banyak bunyi boleh tak?” Wan Nazariel berdiri dalam gelap, mengibas tangannya yang terasa sedikit berdebu. Kotor terkena lantai sebentar tadi.

“Eh, tuan nak ke mana pula tu?” soal Nuriz bila dia perasaan ada bunyi pergerakan.

Page 22: 3 Bln 1-10

“Aku nak ke bilik tetamu, nak tidur! Daripada layan kau bercakap buat aku sakit kepala aja tau.” Baik lelapkan mata sementara menanti bekalan elektrik kembali pulih.

“Aaa... jangan tinggalkan saya, saya nak ikut!” Dia memang takut dengan keadaan yang gelap. Cepat-cepat dia bingkas menerpa ke arah lelaki itu. Bimbang ditinggalkan sendirian. Buk...!!!

“Aduhh!” jerit Nuriz kuat. Terlanggar lagi buat kali keduanya dalam masa tidak sampai setengah jam.

“Eh, kau ni kenapa Nuriz? Cuba bawa bertenang sikit!” marah Wan Nazariel. Isy… perempuan macam tu la dia, kalut tak bertempat.

“Sorry tuan….”

“Sorry, sorry dan sorry lagi. Itu ajalah yang kau tau, kan? Hei… penakut juga kau nikan? Nampak aja berani… tapi penakut. Apalah!”

Amboiii… seronok mengutuk nampak? Macam sengajalah tu nak menyakitkan hati aku ni.

“Mana ada saya penakut.” Laju dia menyangkal.

“Hah, tak nak mengaku konon. Ha… kalau berani, kenapa nak berkepit dengan aku aja ni?”

“Mana ada nak berkepit? Saya cuma tak mahu tinggal sorang-sorang dalam gelap ni. Bahaya tau… macam-macam boleh jadi dalam keadaan begini.”

“Haah... macam-macam alasan, kan? Kalau takut mengaku ajalah. Kalau dah namanya perempuan, macam tu la... lagi nak menafikan pula.” Ejek Wan Nazariel, sengaja mahu memprovokasi Nuriz yang tidak mahu kalah itu.

Sabarlah Nuriz. Gelap-gelap macam ni syaitan suka, terutama dengan orang yang mudah tewas dengan emosi ni. Istighfar banyak-banyak okey. Hati kecilnya berbisik memujuk diri sendiri.

“Suka hatilah tuan nak kata apa... malas saya nak bergaduh.”

Eh... tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Macam mana ni? Teringat pula telefon bimbitnya yang telah kehabisan bateri. Itulah… semalam lupa lagi nak cas. Mesti Mirna ternanti-nantikan aku ni. Kesian dia....

MANA pula Si Riz ni? Dahlah call dia semuanya masuk voice mail. Hatinya mula risau, apatah lagi bila mengerling jam yang tergantung di dinding, jarumnya telah menunjukkan pukul sebelas malam.

Hai… duduk tak senang, berdiri tak tenang. Biasanya memang Nuriz akan hubunginya. Tapi kali ni... diam... sepi. Kalau handphonenya habis bateri, takkan dia tak boleh gunakan telefon pejabat untuk hubungi aku.

Ha… apa kata aku cuba telefon opis dia. Teringat Nuriz pernah memberikan nombor pejabatnya untuk dihubungi kalau ada apa-apa yang berlaku. Butang telefon bimbitnya ditekan. Lama dia menanti... tetap hampa… panggilan tidak tersambung.

Hatinya mula digayut resah. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Nak kata over time macam tak logik saja. Dah dekat tengah malam ni. Isy... aku nak hubungi siapa lagi ya? Kawan-kawan dia manalah aku kenal. Pejabat dia pun aku tak tahu kat mana. Kalau tau pun macamlah aku nak pergi. Malam-malam macam ni dahlah susah nak dapat teksi… lagipun bahaya.

Riz… Riz… manalah kau pergi ni? Ya Allah… lindungilah sahabat aku ini daripada segala mara bahaya. Hanya kepadaMu aku mohon segala pertolongan.

Tangannya mula menyelak lembaran demi lembaran buku telefon yang berada di tangan. Manalah tahu terjumpa nombor-nombor yang boleh dihubungi. Matanya tiba-tiba tertancap pada sekeping kad yang terselit di buku telefon itu.

Page 23: 3 Bln 1-10

Wan Nazariel Dato’ Wan Nazri

Managing Director Naz Holding Sdn Bhd

019-2231980/012-2231980

Ha... apa kata aku try hubungi dia. Manalah tahu Riz ada dengan dia. Nombor yang tertera itu didailnya tapi... hampa. Semua panggilan menuju ke voice mail. Huh! Tak guna sertakan nombor telefon, kalau call pun tak dapat. Nak kata dah tidur, macam pelik aja kalau orang lelaki tidur awal.

Hai… ke manalah kau ni Riz? Aku harap kau tak apa-apa. Mirna berdoa perlahan dalam hati. Tubuhnya disandarkan pada sofa yang terdapat di ruang tamu. Sesekali kepalanya menjengah ke luar setiap kali mendengar bunyi motosikal yang lalu. Namun, Nuriz tetap tidak juga pulang. Matanya sudah mula memberat, sehingga tak sedar bila dia mula terlena di atas sofa dengan lampu terang-benderang terpasang.

DAH pukul berapa ni? Kenapa aku boleh berada di sini pula, siap tidur lagi? Nuriz terpinga-pinga. Dipandangnya ke arah sekeliling. Eh, kenapa dia pun ada sekali dengan aku di sini? Apa yang dia buat? Bertambah hairan bila melihat susuk tubuh milik Wan Nazariel turut terbaring lena di sofa panjang yang terdapat di situ.

Lama dia terdiam, cuba mengingati kembali apa yang terjadi beberapa jam yang lalu sehingga membuatkan dirinya dan lelaki itu berada di sini. Ah... baru teringat. Tadi, kan black out. Tu yang aku dan Si Zariel ni ada dekat sini sementara menanti bekalan elektrik pulih. Isy… tak sangka pula aku boleh terlena dengan dia-dia sekali. Isy… nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Patutlah badan aku berpeluh, panas tanpa penghawa dingin tadi rupa-rupanya.

Jarum jam di pergelangan tangan menunjukkan ke angka dua belas dan tiga bermaksud sudah pun pukul tiga pagi. Isy, lamanya. Mesti Mirna risau ni. Teringat pula kepada temannya nan seorang yang berada di rumah. Dia menggeliat perlahan mengendurkan kembali urat tubuh yang terasa kejang. Lenguh… yalah tidur dalam keadaan duduk memang inilah akibatnya.

Huh! Amboi… lenanya dia tidur. Nuriz menjeling ke arah Wan Nazariel yang kelihatan begitu lena sekali tidurnya. Hai… mimpikan apalah agaknya mamat sorang ni.

Aduhh!!! Dia mengaduh tiba-tiba. Perutnya terasa sedikit sakit. Lama-kelamaan sakit itu semakin menyucuk. Tekak pula mula terasa mual. Ah, sudah... tolonglah jangan sakit sekarang. Tunggulah aku sampai rumah dulu ke kalau betul nak sakit pun.

Aku nak balik terus ke atau nak kejutkan dia ni dulu? Dia mula berkira-kira. Ah… kejutkanlah. Nanti tak pasal-pasal dia marahkan aku. Dahlah dia tu jenis yang kuat membebel.

“Tuan….” Takut-takut dia menyentuh bahu milik lelaki itu, digoyangkannya perlahan-lahan.

“Hmmm….”

“Bangunlah tuan, dah pukul tiga pagi ni. Takkan tuan nak tidur sini sampai ke siang kut.”

Wan Nazariel duduk perlahan-lahan, menyandar dengan mata yang masih terpejam. Mengantuk tak hilang lagilah tu.

“Tuan!”

Isy… lecehlah kejutkan dia ni. Dahlah perut aku tengah sakit sangat ni. Kalau ikutkan hati aku yang jahat ni, nak saja aku biarkan dia ni dekat opis ni. Habis cerita. Hati Nuriz merungut geram melihat perlakuan Wan Nazariel itu.

“Umi!!”

“Oh! Mak kau!” Terjerit Nuriz terkejut.

Page 24: 3 Bln 1-10

Tiba-tiba tanpa diduga Wan Nazariel menerpa ke arahnya dan memeluk tubuhnya erat sehingga membuatkan Nuriz terpempan, terpaku.

Eh, dia ni kenapa? Mengigau ke apa? Siapa umi? Kekasih dia ke? Nuriz mula tertanya-tanya. Seboleh mungkin dia cuba melepaskan diri. Namun, hampa. Pelukan lelaki itu terlalu erat.

“Umi... lamanya tak jumpa. Zariel rindukan umi,” bisik lelaki itu perlahan di telinganya.

Errr... ada ke aku disangkanya umi. Sahih, sure, pasti mamat ni mamai punyalah.

“Tuan… oh tuan... awak mengigau ni. Saya bukan umi awak....” Dia meronta-ronta.

“Dah berapa tahun kita tak jumpa ya umi? Umi tak rindukan Zariel ke?” soalnya bila umi yang dipeluk hanya beku, langsung tidak membalas rangkulannya.

“Umi….” Wajah itu dikucupnya penuh kasih. Di dahi… kemudian di pipi.

Dalam masa yang sama, Nuriz yang disangka umi meronta-ronta kuat, menepis kucupan yang singgah merata-rata di wajahnya.

Ya Allah… tolonglah aku. Macam manalah aku nak sedarkan dia ni? Masih tenggelam dengan dunianya. Dah besar-besar pun tidur mengigau lagi.

Pang!!! Entah kenapa tangannya laju menampar wajah lelaki itu. Tak tahu kuasa apa yang mendorongnya. Namun agak berkesan kiranya cara yang menjadi pilihannya itu, bila lelaki itu dilihatnya sedikit tersentak.

“Aduh!!!” Wan Nazariel mengaduh kesakitan dek penangan tangan kecilnya itu.

“Padan muka!” ucapnya sambil menjelirkan lidah laksana kanak-kanak berumur empat tahun gayanya.

“Weh... apesal kau lempang aku tiba-tiba ni?” marahnya geram. Suka hati aja nak tampar orang.

“Siapa suruh tuan mengigau peluk-peluk orang... gatal sungguh! Saja nak ambil kesempatanlah tu. Huh!”

“Huh! Siapa yang gatal? Siapa pula yang miang? Eh, kenapa pula aku peluk kau ni? Kau nak goda aku ya?”

“Amboi... banyaklah saya nak goda tuan, tak kuasa tau. Orang nak kejutkan dia, boleh pula dia peluk-peluk orang. Itulah… tidur lagi tak baca bismillah. Kan dah mengigau yang bukan-bukan... macam budak kecil,” jawab Nuriz geram sambil tangannya sibuk mengesat wajahnya. Isy… geli-geliman rasanya kena cium pagi-pagi buta ni.

“Aku mengigau? Kau biar betul.”

“Betullah... takkan saya yang mengigau pula kut.” Huh! Cakap orang tak nak percaya pula tu.

Betul ke aku mengigau? Macam tak percaya aja. Eh… bukan ke tadi memang aku nampak the real umi tadi, tapi mana mungkin. Betullah kut perempuan ni kata aku mengigau. Yalah… umi, kan dah lama pergi. Waktu aku berusia sembilan tahun lagi dia dah tinggalkan aku....

Dia menggelengkan kepala tak percaya dengan apa yang dilalui sebentar tadi. Dah lama arwah umi pergi, masakan dia boleh kembali dan berdiri dalam pelukan aku ni. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Wajah Nuriz dipandangnya tajam. Gadis itu hanya mencebik membalas pandangannya. Tu tak lain tak bukan dok seronok mengata akulah tu. Mesti dia fikir macam-macam pasal aku ni. Mesti dia ingat aku nak ambil kesempatan pada dia ni.

“Dahlah tuan, saya nak balik rumah. Esok kalau saya terdatang lewat, nanti tuan marah pula.”

“Siapa suruh kau datang lewat... memanglah aku marah.” Selamba dia membalasnya. Aduh! Sakit juga tamparan perempuan ni. Dia menggosok perlahan pada pipi kirinya yang terasa sedikit berpijar dan sengal.

Uwek! Nuriz menekup mulut. Cepat-cepat menahan isi perutnya yang tiba-tiba mahu terhambur keluar.

Page 25: 3 Bln 1-10

“Eh, kau ni kenapa pula? Takkan aku baru peluk sikit kau dah termengandung pula ni? Pelik sungguh.” Dia menyoal lurus. Hairan pun ya juga.

Nuriz hanya menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Berpeluh-peluh dahinya menahan kesakitan.

“Weh! Kau okey ke tak ni?” soalnya bila melihat langkah kaki Nuriz yang sudah sedikit terhuyung-hayang.

“Saya okeylah tuan, tak usah risau. Eh… saya nak balik dululah.”

Kepala sudah mula terasa sakit, pandangannya juga dirasakan semakin berbalam-balam dengan langkah kaki yang semakin terasa di awang-awangan. Inilah akibatnya kalau dia terlewat makan. Dunia dirasakan semakin sepi dan akhirnya dia rebah, melonglai namun belum sempat tubuhnya jatuh tersembam ke lantai, Wan Nazariel sempat menyambutnya dan dalam sayup-sayup dia dapat mendengar pintu bilik itu dibuka kasar dari arah luar.

“Jangan bergerak, tunjukkan kad pengenalan anda. Anda berdua didapati dalam keadaan mencurigakan,” sergah satu suara garau yang semakin perlahan di pendengarannya.

“Kami tak buat apa-apa pun tuan,” jawab Wan Nazariel kepada lelaki yang berkopiah itu dan mereka semua yang berada di situ memandang tajam ke arahnya bila mendengar jawapannya. Pandangan yang dilontarkan jelas tidak puas hati bila mendengar jawapan daripadanya.

“Tak buat apa-apa kamu kata?” sindir salah seorang daripada mereka.

“Habis tu apa? Berpelukan tu tak buat apa-apa ke? Atau kamu berdua betul-betul suami isteri? Kalau betul dah nikah, tunjukkan sijil nikah kamu berdua?” soal lelaki separuh umur itu siap menjegilkan matanya lagi.

Wan Nazariel tersentak dengan sergahan itu. Terus dilepaskan rangkulannya pada tubuh Nuriz yang sudah tak sedarkan diri itu. Tindakan reflex dan tubuh itu terhentak jatuh ke lantai.

“Saya cuma nak tolong dia aja tuan, dia sakit.” Beritahu Wan Nazariel dengan terketar-ketar.

Dikelilingi oleh beberapa manusia yang merenung tajam ke arah dirinya, memang membuatkan dia jadi tak tentu arah. Seolah-olah dirinya bersalah. Gulp! Dia menelan air liur. Terasa seperti berpasir, kesat.

“Tolong? Boleh pula kebetulan sakit ya? Nak kata buat kerja, kerja apa yang ada awal-awal pagi ni? Lepas tu berdua-duaan pula tu. Kalau ya pun tak dapat nak kawal nafsu tu, bernikah ajalah kalau mampu. Hesy dah, dah... tak usah nak berlakon lagi, pura-pura pengsan pula kawan kamu tu. Hai… saya dah jumpa banyak pasangan macam kamu ni, ditangkap berdua-duaan, lepas tu bila ditanya kata tak buat apa-apa. Tak malu ke dengan malaikat di bahu kiri dan kanan kamu tu? Tak malu ke kepada Dia yang sentiasa melihat setiap tingkah dan perbuatan kamu tu?” Panjang lebar lelaki itu berceramah.

“Tapi tuan....”“Dah, dah… tak ada tapi-tapinya lagi. Mari ikut kami, apa-apa nanti boleh cerita di sana. Bawa kawan kamu tu sekali.”

Bab 7

DIA tersenyum sambil meletakkan gagang telefon yang berada di tangannya. Hatinya puas membayangkan apa yang bakal terjadi nanti. Segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Page 26: 3 Bln 1-10

Dalam mindanya sudah mula terbayangkan bermacam-macam perkara. Semuanya yang menyenangkan hati, yang boleh membuatkan dia tersenyum sepanjang hari. Itu pasti sekali.

Rasakan kau! Biar kau kenal apa itu erti derita. Kau mahu bermain dengan api, kan? Sekarang rasakan sakitnya bila api itu memamah diri kau sendiri. Entah kenapa hatinya terasa riang sehingga tawanya tidak mampu ditahan. Dia ketawa sendirian tanpa mempedulikan mereka yang memerhatikan tingkahnya. Biarlah orang kata dia tak betul ke apa ke. Yang pasti, hatinya sangat gembira… sehingga tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Buang tabiat, kan? Sanggup keluar meredah malam yang gelap-gelita untuk ‘mengintai’ perilaku si jejaka kesayangannya. Panas hatinya bila melihat kereta si jejaka dan motor si gadis masih terparkir di tempat yang sama walaupun jam sudah melepasi angka tiga pagi. Dengan hati yang membara marah, langkah kakinya dipanjangkan menujuk ke pondok telefon awam untuk membuat satu panggilan yang bagi dirinya sangat ‘berharga’. Teramat berharga.

Satu panggilan telefon yang akan mengubah segala-galanya. Satu panggilan telefon yang akan membuatkan dia tersenyum sepanjang waktu. Satu panggilan telefon yang akan meninggalkan kenangan manis kepada dirinya. Hilang rasa letih bila agendanya dapat dilaksanakan. Hati siapa yang tak panas, baru pertama kali ingin berasa indahnya berdua dengan lelaki itu, ada pula yang mengacaunya dan pengacaunya perlu dibalas balik. Dibalas dengan berkali ganda kesakitan, biar rasa sakit hatinya dapat disembuhkan.

“WHAT the heck are you doing huh?” Merah padam wajah Dato’ Wan Nazri menahan geram dengan apa yang telah dilakukan oleh anak lelakinya itu.

Dari kecil bawak ke besar, tak habis-habis dengan masalah. Dia mendengus geram mengekang amarah yang semakin membuak-buak. Hei! Ikutkan hati memang teruk budak Zariel ni aku kerjakan.

Berita yang diterima sebentar tadi memang menyegarkan terus dirinya pada awal-awal pagi begini. Nasib juga dia tiada penyakit jantung. Kalau ada, mungkin dia sudah menjadi arwah saat ini.

“Dahlah abang, cool down. Benda dah jadi... kalau abang nak marah, pukul Si Zariel ni sampai berdarah pun tak guna tau,” pujuk Datin Jacinta sambil mengusap lembut belakang suaminya itu, menenangkannya.

“Huh... Cinta cakap senanglah, sebab dia bukan anak Cinta. Dia tu anak abang tau. Apa abang nak jawab nanti kalau kawan-kawan business abang dapat tahu? Mana abang nak sorok muka ni? Abang malu tau tak?” keluhnya kesal.

“Apa ni? Berapa kali saya nak kata, anak abang... kan anak saya juga. Apa kata kita dengar dulu apa yang Zariel nak katakan tu, mungkin betul kes ni satu kesilapan.”

Wajah anak tirinya yang muram itu direnung belas. Sungguh. Dia tahu anak itu membencinya namun, tidak pernah sekali terlintas di hatinya untuk membenci anak itu. Dia cuba sedaya upaya mencurahkan kasih sayang kepada anak itu semenjak lebih sepuluh tahun dulu.

“Papa... ni semua satu kesilapan, salah faham. Zariel tak bersalah, Zariel tak buat apa-apa pun.”

“Tak bersalah kamu kata? Habis apa yang mereka nampak? Mereka kata, waktu mereka serbu, kamu tengah berpelukan dengan perempuan tu. Isy... papa tak fahamlah dengan kamu. Ikut sangat nafsu. Dah kantoi… pandai pula kamu kata kamu tak buat apa-apa.”

“Betul papa... tolonglah percaya pada Zariel. Zariel cuma nak tolong perempuan tu. Dia sakit, takkanlah Zariel nak biarkan dia macam tu aja.”

“Sakit konon… habis apa kamu dengan dia buat tengah-tengah pagi dekat opis tu? Kerja? Mustahil, kan….”

Page 27: 3 Bln 1-10

“Papa… tadi sebelumnya, black out dekat opis tu. Kami terperangkap, lama. So… macam mana nak turun?” Wan Nazariel berharap sangat papanya dapat mempercayai ceritanya. Memahami situasi sebenar yang telah berlaku padanya.

“Ah, papa tak percaya. Mana perempuan tu? Papa nak jumpa dia, papa nak jumpa keluarga dia, papa nak kamu bertanggungjawab! Dah usik anak dara orang, takkan nak tinggal macam tu aja. Papa tak pernah ajar kamu buat kerja separuh jalan.”

“Papa... tolonglah faham. Ni semua kesilapan. Zariel takkan sesekali bersama dengan perempuan tu. Dia bukan calon yang sesuai untuk Zariel,” rayu Zariel, memohon simpati.

“Bukan calon sesuai ya? Pandai kamu nak lepaskan diri. Kamu nak berita ‘gempak’ yang kamu buat tu terpampang kat akhbar? Kamu nak kompeni kita lingkup ke kerana perbuatan kamu yang tak bermoral tu? Dah rosakkan anak orang, lepas tu tinggalkan macam tu aja! Cuba belajar bertanggungjawab sikit!!!” Bentak Dato’ Wan Nazri berang. Bertambah berang bila mendengar kata yang meluncur keluar daripada mulut si anak itu.

Sungguh, memang itu saja jalan yang terbaik buat anak itu dirasakannya kini. Tak ada yang lain lagi. Yalah… sebelum ini belum pernah sekali pun dia nampak anaknya keluar berpacaran dengan mana-mana perempuan. Nak kata tak ada rupa… Zariel mempunyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki.

“Tak, saya tak akan kahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun. Perempuan ni memang menyusahkan!!!” Akhirnya terhambur segala amarah yang dipendam selama ini.

Terdiam Dato’ Wan Nazri dan Datin Jacinta mendengarnya. Apa kena anak ini? Tak normalkah sehingga mengeluarkan kata-kata begitu?

“Hei, mana kamu tahu perempuan tu menyusahkan? Habis, arwah umi kamu tu bukan perempuan? Cakap ikut sedap mulut aja.”

“Umi tu lain. Jangan samakan perempuan lain dengan arwah umi. Umi beribu kali lebih mulia daripada perempuan-perempuan yang ada dekat muka bumi ni.”

Matanya merenung sinis kepada ibu tirinya itu. Entah kenapa dari dulu lagi dia tidak pernah reda dengan keputusan papa untuk mencari pengganti arwah uminya itu. Sehingga kini dia masih merasakan Jacinta perampas. Ya perampas kasih sayang, perhatian papa daripadanya.

Agak tergores hatinya mendengar kata-kata anak tirinya itu. Tak sangka apa yang berlaku terhadap anak tirinya itu, turut mengheret luka di hatinya. Dia tahu Wan Nazariel tak pernah menyenangi kehadirannya. Dia sedar semua itu melalui pandangan mata yang beku, dingin yang ditonjolkan oleh anak suaminya itu.

“Dahlah... papa tak mahu kamu makin meleret jauh kepada perkara yang bukan-bukan. Papa dah bincang dengan pegawai-pegawai pejabat agama tu. Mereka kata kamu boleh pilih sama ada kamu nak bertanggungjawab atau kamu nak naik turun mahkamah untuk selesaikan kes kamu ni. Kalau naik turun mahkamah, papa pasti kes kamu akan kecoh nanti. Apa pun terpulanglah… kamu yang akan menanggungnya nanti. Bukan papa atau Mama Jac kamu.”

Wan Nazariel mengeluh. Bertanggungjawab umpama membawa diri ini ke tempat hukuman tali gantung dan memberi arahan kepada algojo untuk menjalankan hukuman itu ke atas dirinya sendiri. Tapi kalau sebaliknya... aku terpaksa berdepan dengan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali... dan yang paling teruk reputasi aku yang baru ingin teguh tu mesti menyungkur jatuh. Dia menggetap bibir. Tidak! Aku takkan biarkan semua ni berlaku! Tidak sama sekali!

“Papa nak jumpa perempuan tu. Mana dia?”

“Tapi papa…”

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, papa sudah berlalu. Melangkah pergi.

Argh... apa yang aku nak lakukan ni? Aku buntu... apalah salah aku sampai aku perlu dihukum sebegini? Cis! Perempuan tu memang pembawa malang. Satu-satu benda yang berlaku semenjak aku kenal dia.

Dia menghempaskan tubuh sasanya pada kerusi yang terdapat di situ. Fikiran bercelaru. Penghawa dingin pun sudah tidak terasa fungsinya. Dia rasa panas... sangat

Page 28: 3 Bln 1-10

panas! Perempuan tu memang nak kena, mesti diajar sikit, biar dia tahu siapa aku! Bentak hatinya keras.

“MIR… aku tak salah Mir. Semua ni satu kesilapan, kebetulan di tempat yang salah.”

Sebak mendengar ayat Nuriz itu. Rasanya sudah lebih daripada sepuluh kali dia mendengar ayat itu diulang dan terus diulang sejak Nuriz sedar dari pengsannya tadi.

Ya Allah... ujian apakah pula kali ini? Apa yang perlu aku lakukan untuk membantunya kali ini? Mirna sendiri buntu. Wajah pucat Nuriz direnungnya belas. Kasihan dia. Dahlah sakit, lepas tu benda ni pula yang terjadi. Macam sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Sebentar tadi lebih kurang jam empat pagi, dia dikejutkan dengan panggilan yang tidak diduga. Kejadian yang berlaku benar-benar di luar fikirannya yang waras. Sangkanya dia hanya bermimpi. Tapi apabila dicubit pipinya... terasa sakit... sahihlah yang itu semua bukan mimpi.

“Sabarlah Riz, aku percayakan kau. Kawan aku takkan melakukan benda yang bodoh macam tukan?” pujuknya. Jari-jemarinya mengenggam erat jari-jemari Nuriz. Cuba memberi semangat, apatah lagi bila melihat wajah temannya seolah-olah telah putus harapan. Pandangan mata yang kosong, tidak seperti Nuriz yang dikenalinya sebelum ini.

“Aku tak sangka benda ni boleh jadi. Kami cuma berehat sementara menanti bekalan elektrik disambung semula. Kalaulah aku tahu benda ni akan berlaku, aku sanggup turun guna tangga. Penat, letih, pengsan… hatta mati pun tak apa, daripada aku terpaksa tempuh perkara macam ni. Katakan ini mimpi Mir, katakan aku sedang bermimpi buruk Mir. Tolonglah… sedarkan aku Mir, mimpi ni terlalu ngeri buat aku.” Dia mengongoi pilu. Ya Allah… aku tak kuat dengan ujianMu kali ini.

“Riz, jangan cakap macam tu. Aku sayangkan kau lebih daripada sayang seorang saudara. Kalau kau sedih, aku pun turut terasa sedihnya. Tolong Riz... kau tak perlu menyerah macam ni… putus asa macam ni. Aku tau kau kuat. Kau mesti boleh lalui benda ni.”

Sebak rasanya mendengar bicara yang lahir daripada dua ulas bibir itu, menyucuk sanubarinya. Dia tahu bila-bila masa sahaja air matanya akan gugur.

Akhirnya tubuh yang masih terbaring lemah itu didakapnya. Hanya tangisan yang mengisi ruang bilik itu kini. Memecah sepi. Riz, kau kena kuat. Mesti ada hikmahnya, aku sentiasa mendoakan kau... bisik hatinya.

Matanya dipejamkan rapat. Cuba mencari, mengutip kekuatan yang masih bersisa. Dia tidak kisah menjadi hamba lelaki itu. Dibuli, disuruh melakukan itu dan ini… tapi untuk bersama dengan lelaki itu, mustahil sama sekali. Dia tidak ingin, dia tidak mahu... tidakkk!!!

“Awak ni Nuriz, kan?” tegur satu suara yang agak garau.

Tersentak mereka berdua.

Terus Mirna tegakkan duduknya kembali. Isy… bila masa pula mereka masuk ni? Tak dengar pun bunyi pintu dibuka. Mirna kehairanan memandang wajah pasangan separuh usia yang berdiri tidak jauh dari mereka. Wajah yang asing. Siapa pula mereka ni? Dia tertanya-tanya sendiri.

“Ya… dia ni Nuriz dan saya ni kawan dia, Mirna.”

“Saya Dato’ Wan Nazri dan ni isteri saya Datin Jacinta. Saya nak jumpa keluarga awak Nuriz, kami nak bincangkan pasal pernikahan kamu berdua.”

“Nikah?” Nuriz menelan air liur, kelat... macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengarnya tadi.

“Yalah... nikah. Kamu dan anak saya akan bernikah. Takkan dah tertangkap pun tak nak nikah lagi. Nak tunggu perut tu besar baru nak kelam-kabut bernikah.” Sinis nadanya kedengaran.

“Maaf Dato’… Nuriz cuma ada saya sebagai keluarganya, jadi Dato’ bolehlah berbincang dengan saya,” celah Mirna. Tidak mahu situasi yang dingin menjadi hangat.

Page 29: 3 Bln 1-10

“Oh... saya dah ambil keputusan. Kamu berdua akan bernikah pada Jumaat depan. Ini semua untuk kebaikan kamu berdua juga.”

“Errr... Dato’... saya rasa ni semua salah faham. Saya bagi pihak Nuriz yakin yang dia tak lakukan seperti yang Dato’ fikirkan.” Lembut Mirna cuba berbincang. Memastikan salah faham yang timbul dapat dijernihkan kembali.

“Cik Mirna... saya percaya kamu tak melihat bagaimana keadaan mereka ketika tertangkap tadi. Walaupun saya tak ada di sana sewaktu kejadian tapi menurut saksi, keadaan mereka berdua mencurigakan. Berpelukan berduaan dalam tempat yang sunyi tu dikatakan tak ada buat apa-apa ke? Orang buta pun tahu benda tu salah Cik Mirna? Takkan kamu mahu membela seorang penzina?” Lancang tutur Dato’ Wan Nazri, semakin hilang sabarnya.

“Tidak papa! Zariel tak mahu nikah dengan dia. Zariel tak kenal dia, tak cinta dia!” sampuk Wan Nazariel yang baru saja merempuh masuk secara tiba-tiba. Bulat matanya menikam wajah Nuriz.

“Huh, apa kau ingat aku ni yang tergedik-gedik ke nak nikah dengan kau? Boleh jalanlah oi. Nasib aku tengah tak berdaya ni tau, kalau tidak... depan-depan mak ayah kau ni juga aku kerat kau empat belas,” cebik Nuriz menahan geram.

“Jangan nak mengada! Papa dah buat keputusan dan kamu tak berhak bantah keputusan ni. Faham!” tegas Dato’ Wan Nazri memberi kata putus langsung tidak memberi sebarang pilihan.

“Tapi papa... argh... kau... kau!” Tiba-tiba Wan Nazariel seperti dirasuk, meluru ke arah Nuriz yang terlantar di katil itu. Tanpa diduga dia terus mencekik leher gadis itu.

“Mampus kau! Hidup menyusahkan aku aja!” pekiknya.

Suasana menjadi kalut tiba-tiba. Mirna berusaha keras meleraikan cekikan pada leher Nuriz yang tercungap-cungap itu.

“Zariel!” panggil Dato’ Wan Nazri lantang cuba menegah. Ya, anak itu mesti disedarkan.

Nuriz semakin lemah. Bibirnya semakin membiru. Nafasnya pula dirasakan terlalu sukar untuk ditarik. Ya Allah... jika ini akhirnya, aku pasrah. Matanya terpejam perlahan dengan ombak di dada yang semakin perlahan.

“Ya Allah, Zariel! Kamu nak bunuh dia ke nak?” pekik Datin Jacinta.

Pang! Dato’ Wan Nazri menampar wajah anak lelakinya itu lantas, cekikan di leher Nuriz dilepaskan.

“Istighfar Zariel, ingat Allah... jangan ikutkan kata hati kamu tu.”

“Riz... Riz!!!” panggil Mirna sambil menggoyang tubuh Nuriz yang diam dengan mata rapat terpejam di pembaringannya.

“Riz... bangun Riz. Jangan takutkan aku macam ni... tolonglah.” Mirna semakin resah. Darah merah mengalir dari hidung Nuriz dan bila melihat bibir temannya yang membiru pucat lagilah dia takut. Air matanya mula mengalir lagi... fikirannya mula berkecamuk. Kau tak boleh mati Riz, kau tak boleh tinggalkan aku.

“Nurse... doctor!!!” jeritnya sekuat hati.

“Tengok apa kamu dah buat ni Zariel? Kamu nak jadi pembunuh pula ke sekarang ni? Puas hati kamu?” soal Dato’ Wan Nazri bila dia melihat anak itu hanya berdiam diri dengan wajah yang keruh sedari tadi.

Doktor bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa Nuriz.

“Maafkan Riel, papa. Riel tak sedar apa yang Riel buat tadi.” Lemah... kesal segalanya ada, tapi segalanya telah terlanjur berlaku. Dia sendiri pun tak percaya dia sanggup mencekik gadis itu sebentar tadi.

DIA hanya memeluk tubuh sambil berdiri di hujung katil, memandang kosong tubuh Nuriz yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital itu. Matanya tertancap pada lebam

Page 30: 3 Bln 1-10

biru yang terkesan di bahagian leher gadis itu. Kesan cengkaman tangannya jelas meninggalkan tanda. Dia mengeluh. Nasib ajal belum mahu mengkehendaki. Kalau tidak, sia-sia saja aku mati di tali gantung. Itulah akibatnya kalau amarah mula merajai hati. Bila diingatkan kembali macam tidak percaya dengan apa yang telah dia lakukan. Tidak sangka dia boleh hilang kawalan sampai begitu sekali.

“Dahlah tu. Kamu berdiri pandang dia macam tu, macamlah dia akan sedar. Eh, kamu tak nak balik lagi ke Zariel? Papa dah letih sangat dah ni. Semua gara-gara kamulah bikin ribut pada pagi-pagi buta.” Sungguh, Dato’ Wan Nazri memang memerlukan rehat waktu ini.

“Papa baliklah dulu kalau dah letih, Zariel nak tunggu dia sedar. Ada benda nak bincang dengan dia.” Banyak rasanya perkara yang bermain-main dalam dirinya dan selagi tidak diluahkan selagi itulah dirinya rasa tak tenteram.

“Nanti-nantilah Zariel kalau nak bincang dengan dia pun. Takkan kamu tak kesiankan dia? Biarkan dia berehat dulu. Emosi kamu pun masih tak stabil. Dahlah tadi kamu nyaris bunuh dia. Papa takut kalau-kalau lepas ni kamu betul-betul bunuh dia pula. Kita balik dulu ya... berehat dulu. Nanti kamu dah tenang sikit, barulah boleh datang berbincang.”

“Tapi papa… Zariel rasa tak tenang selagi belum dapat berbincang dengan dia.”

“Itu papa tau. Tapi kamu tengoklah keadaan dia, belum tentu dia akan sedar dalam masa yang terdekat ni.”

Wan Nazariel diam. Ada benar juga kata-kata papanya itu. Lagipun doktor sendiri telah memberitahunya tadi yang Nuriz tidak akan sedar dalam masa beberapa jam terdekat ni, sebab telah diberikan suntikan untuk merehatkan dirinya.

“Lagipun cuba kamu tengok keadaan kamu sekarang ni. Tak terurus dengan rambut kusut-masai, baju berkedut seribu. Ada baiknya kamu balik dulu dan kemaskan diri kamu tu.” Sambungnya lagi bila melihat agak lama anaknya terdiam, seolah-olah memikirkan sesuatu.

“Zariel balik tumpang papalah ya?” Terpujuk juga dengan kata-kata papanya itu.

Sesungguhnya baru kini dia rasa teramat letih. Banyak perkara yang tak diduga yang berlaku dalam beberapa jam ini betul-betul menyesakkan otaknya sehingga dia rasa kehilangan daya dan semangatnya.

“Kereta kamu mana?”

“Kereta tinggal kat pejabat. Nanti papa tinggalkan Zariel dekat opis tu. Zariel nak ambil kereta dan barang-barang Zariel.” Teringat pula akan briefcasenya yang tidak sempat dicapai ketika dia dibawa terus ke pejabat agama tadi.

“Nanti-nanti ajalah ambil kereta dengan barang kamu tu. Kita terus balik rumah ajalah. Kamu tu dah letih, larat ke nak memandu nanti?”Dia terdiam, akur dengan kata-kata papanya itu. Dalam keadaan sekarang ni belum tentu dia mampu memandu secara berhemah.

Bab 8

KENAPA mereka berdua tak datang serentak ya? Dia duduk termenung di mejanya. Duduk sambil menongkat dagu, berfikir. Semenjak kejadian beberapa hari lepas, langsung dia tidak dapat melihat rupa jejaka pujaan hatinya. Bercuti panjang nampaknya. Bila soalan diajukan kepada setiausaha lelaki itu, hanya jongketan bahu sahaja yang dia dapat sebagai jawapan.

Page 31: 3 Bln 1-10

Tu la… kau buat lagi benda bodoh tu. Aku rasa mereka berdua tentu tengah seronok mengulit bahagia sekarang ni. Engkau apa dapat? Dapat hampas adalah! Hati kecil mengejek jahat.

Ah, diamlah! Apa yang kau tau tentang mereka? Kau ingat Wan Nazariel tu suka ke dengan perempuan tu? Daripada renungan matanya aku dah tau dia bencikan perempuan tu tau. Perempuan tu bukan taste dia, tak layak pun dengan dia. Kalau nak dibandingan dengan aku ni, aku ni yang lebih layak daripada dia.

Eleh, jangan perasan lebihlah. Kau sebenarnya dah susah hati. Rancangan bodoh kau tu akhirnya memakan diri. Mereka dapat bersatu, kau dapat apa?

“Arghhh… diam! Mereka tak akan bahagia selagi aku ada di sini, hidup di sini!!!” bentak Dorina kuat. Tangannya menghentak meja. Marahnya terhambur keluar. Marah pada hati kecil yang nakal membakar amarahnya.

“Eh, you kenapa ni Dorynn? Terpekik siang-siang buta seorang diri, mengigau ke apa?” tegur Maria kehairanan. Seram pula rasanya. Takut Dorina tersampuk hantu siang. Kalau betul, pasti haru harinya. Sudahlah opis ini haru-biru semenjak bos mereka mengambil cuti kecemasan.

“Errr... tak ada apa-apa Cik Maria.” Merah wajahnya menahan malu.

“Ha, baguslah kalau tak apa-apa. I pun risau gak ni tengok you terbentak-bentak seorang diri… ingat mengigau ke apa? Buat kerja you tu. Telefon di atas meja tu I dengar berdering-dering dari tadi, kenapa you tak sambut? Ke you tak dengar?” bebel Maria perlahan.

Dia yang sememangnya anti dengan perangai Dorina, sempat mengambil kesempatan menyindir gadis itu. Entah gadis lagi entah tidak. Tiap-tiap minggu aku tengok berlainan lelaki yang selalu jemput dia keluar makan. Hesy....

“Eh, ada bunyi ke tadi? Kenapa I tak dengar apa-apa pun?” soal Dorina terpinga-pinga.

“Macam mana nak dengar kalau dah fikiran tu duk mengarut aja,” sindir Maria sinis.

Maria menggeleng-gelengkan kepala. Entah kenapa dia langsung tidak berkenan dengan perangai ‘rakan sepejabatnya’ yang sorang ni. Dari mula gadis itu masuk bertugas, dia memang tak boleh ‘masuk’ dengan perangai gadis itu.

“Errr... Cik Maria….”

Mati langkah Maria bila Dorina memanggilnya. Lambat-lambat dia memusingkan tubuhnya ke arah gadis itu.

“Ya?” soalnya sambil menjongketkan kening.

“Errr... bos cuti sampai bila ek? Errr... you tau tak kenapa dia cuti? Eh, perasan tak semenjak bos cuti, Nuriz pun cuti sekali, agaknya kenapa ya?”

Sudah mula bermukadimah menyebar gosip dan mengorek rahsia kut-kut Maria tahu sebab-musabab mengapa Wan Nazariel dan Nuriz bercuti serentak walaupun hakikatnya dia sudah tahu puncanya.

“Oh… Dorynn. I ni cuma setiausaha Encik Zariel aja, bukan isteri dia atau kekasihnya yang boleh tau sebab apa sebenarnya dia bercuti. Lagipun, inikan kompeni dia. Suka hati dialah nak cuti berapa lama pun. Eh, yang you sibukkan kenapa Dorynn? Mendatangkan masalah ke kalau dia tak masuk opis? You bayar gaji dia ke?

“Lagi satu, you jangan gatal-gatal mulut nak gosipkan dia dengan Si Nuriz tu pula ya. Mungkin kebetulan aja yang mereka cuti serentak. You macam tak tau pula yang Encik Zariel dengan Nuriz bukannya boleh berjumpa. Macam anjing dan kucing. Ada aja benda nak digaduhkan.”

“Eh… I bukannya nak bergosiplah Cik Maria. Cuma…”

“Cuma apa Dorynn?” pintas Maria.

“I bukan apa Cik Maria, cuma risau... takut bos kita tu sakit teruk ke. Kalau ya bos kita tu sakit teruk, bolehlah I datang melawat dia, tolong jagakan dia sekali ke....”

Page 32: 3 Bln 1-10

“Tak perlulah you nak risaukan bos tu. Bos kita tu bukannya budak kecik lagi yang nak dirisaukan pun. Eh, lagipun dia ada keluarga yang boleh jaga dia kalaupun betul dia tak sihat.”

Risau konon! Eleh... macamlah aku tak tau yang kau tu dah sasau sebab dah lama tak nampak Encik Zariel. Eh, satu opis taulah kau tu ada hati dengan bos tu. Maria mencebik, jelik dengan perangai gadis di hadapannya itu.

“Errr… excuse me….” Tak tahan dileteri oleh Maria, Dorina berdiri tiba-tiba.

“Hah, you nak ke mana pula tu Dorynn?” soal Maria hairan. Takkan kena leter sikit dah merajuk. Biasanya minah ni telinga tebal.“I nak ke ladies kejap, cair dah make-up I ni dengar you berleter Cik Maria. So, nak kena touch up balik.” Ujarnya sambil melenggang-lenggok berjalan meninggalkan Maria yang masih tegak berdiri tidak jauh daripadanya tadi.

Bab 9

“K

AU nak termenung sampai bila Riz? Dahlah… cukup-cukuplah menangis tu. Aku tau dugaan yang kau tanggung ni berat, tapi kau kena belajar menerimanya. Mesti kau rasa dunia ni tak adil, kan? Kejam kerana duga kau macam ni. Tapi ingat Riz… kita tak tau apa hikmah yang Allah nak bagi. Percayalah cakap aku, sebaik-baik perancangan, adalah perancangan Allah Riz…” tutur Mirna sambil mengusap lembut belakang sahabat baiknya itu.

Semenjak pulang dari hospital semalam, hanya itulah yang dilakukan oleh Nuriz. Termenung, menangis, termenung, menangis… hanya dua perkara itu.

Sebentar tadi keluarga Wan Nazariel datang bertandang. Nampaknya keputusan mereka nekad untuk menyatukan dia dengan Wan Nazariel. Mirna sendiri pun tak mampu nak kata apa, terpaksa akur bagi pihak perempuan.

“Aku nak bersendirian Mir….” Memang dia mahu bersendirian. Dia perlukan masa untuk diri sendiri. Perlukan waktu untuk menyembuhkan luka yang menggaris dalam jiwa.

“Aku tak mahu kau jadi macam ni. Hilang semangat, macam orang putus harapan. Jalan hidup kau masih jauh. Kalau kau hanya duduk meratapi nasib, sampai bila-bila pun takkan ada penyudahnya. Kau kena bangun balik, buktikan kat mamat tu yang kau sikit pun tak terbeban dengan dugaan kali ni.” Mirna memberi semangat.

“Macam mana aku tak jadi macam ni Mir? Dia tuduh aku sengaja pengsan sebab nak perangkap dia. Sumpah, demi Allah! Walaupun aku tak suka dia, tapi dalam hati ni tak pernah terniat pun nak kenakan dia sampai macam tu sekali.”

Masih terngiang-ngiang lagi kemarahan lelaki itu yang dihamburkan padanya sebaik sahaja dia sedar daripada pengsan.

“Perempuan tak guna! Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Hei, aku tak taulah kenapa kau ni pembawa malang kat aku. Tak sampai sebulan aku jumpa kau, dah macam-macam benda berlaku dekat aku ni!” bentak lelaki itu kasar. Sikit pun tidak ada belas dengan keadaannya yang sedang terlantar tidak bermaya itu.

“Hei, nasib baiklah papa aku halang semalam. Kalau tak, dah lama agaknya kau mampus aku kerjakan. Isy, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!”

Nuriz diam. Sungguh, dia langsung tak mampu untuk mempertahankan diri. Pengsan dan kemudian diserbu. Hai… macam dah dirancangkan aja, dan yang menjadi mangsa adalah

Page 33: 3 Bln 1-10

dirinya. Siapalah dia untuk mengatakan tidak, mesti lelaki itu takkan menerima bulat-bulat apa juga yang cuba dikatakan olehnya.

Matanya dipejamkan rapat-rapat. Sehina itukah dia di mata lelaki itu? Sehingga sebegitu sekali tohmahan yang dilemparkan oleh lelaki itu kepadanya. Sungguh, setiap kali dia teringatkan kembali kata-kata lelaki itu, air matanya pasti melimpah kembali, berjuraian jatuh di pipi. Dia teresak-esak. Pilu mengenangkan hala tuju nasib dirinya itu.

“Sabar Riz….” Mirna merangkul erat tubuh temannya, cuba menenangkan gadis itu yang nampak benar-benar terbeban.

Tiba-tiba Nuriz menolak tubuhnya. Tersentak Mirna seketika. Seolah-olah telah mendapat semangat baru. Nuriz dilihatnya menuju ke arah almari pakaiannya. Beg pakaian dikeluarkan dari dalam almari.

“Eh, kau nak ke mana ni Riz?” Dia menyoal hairan.

“Aku nak pergi. Aku nak keluar dari sini, pergi jauh daripada lelaki itu.”

“Jangan, Riz. Tolonglah jangan bertindak terburu-buru. Cuba bawa bertenang sikit. Jangan ikutkan sangat hati kau yang tengah berserabut tu.”

“Habis, kau nak aku tunggu, tinggal di sini, pasrah menerima apa yang diaturkan dan berkahwin dengan lelaki yang tak boleh terima diri aku ni? Mir, kau tak berada di tempat aku sekarang ni. Kau tak rasa apa yang aku tanggung ni. Kalau ikutkan nafsu aku yang membabi buta ni, memang dah lama aku bunuh diri. Aku lebih rela mati daripada hidup dengan lelaki tu.”

“Ya Allah, Riz… sampai macam tu sekali kau fikir. Bawa mengucap Riz. Cuba kau buat solat istikharah, minta pertunjuk daripada-Nya. Kau mesti ingat yang Dia takkan menduga hamba-Nya lebih daripada apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Fikirkan balik apa yang aku kata ni. Cuba ajarkan hati kau jadi reda. Percayalah, kau akan rasa tenang bila hati kau reda, kau akan berasa lapang bila kau terima ujian-Nya dengan berlapang dada. Tentu semuanya akan ada hikmahnya yang tersendiri, Riz. Kalaupun kau lari jauh, belum tentu masalah kau akan selesai. Lagi bertambah adalah. Kau kena berani hadapi kenyataan. Melarikan diri bukan jalan penyelesaian yang terbaik....”

Nuriz diam. DugaanMu kali ni memang kurasakan seperti tak mampu untuk menanggungnya Ya Allah. Berat… seolah-olah tak termampu digalas oleh bahuku ini. Sukar, seolah-olah tak berdaya jiwa ini menanggungnya. Tolong kuatkan semangatku Ya Allah, tenangkan jiwaku yang kusut ini.

“Mir… tolong Mir, tolong bagi semangat kau kat aku. Aku tak kuat, aku tak tau nak buat apa sekarang. Semuanya nampak serabut.” Tuturnya sayu.

Sebak Mirna mendengar pemintaan temannya itu. Nampak sangat memerlukan dirinya kala ini.

“Insya-Allah Riz, aku akan sentiasa ada di sisi kau. Kau janganlah risau. Aku sentiasa ada untuk kau, selalu ada….” Mereka berdua berpelukan, hinggalah Nuriz terlena di bahu Mirna. Semoga Dia sentiasa di sisimu, membantu kau keluar dari lorong yang berliku ini. Bersabarlah teman… bisik hati Mirna sayu.

Bab 10

“A

Page 34: 3 Bln 1-10

KU terima nikahnya, Nuriz binti Abdullah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai.”

Serentak, terasa kepala dihempap oleh bebanan batu-bata bertan-tan beratnya tatkala dia mendengar ungkapan sah yang dilafazkan oleh saksi-saksi yang berada di majlis pernikahan mereka itu.

Wahai diri, tenanglah… wahai jiwa, sabarlah menghadapi segala bentuk ujian daripada-Nya ini. Wahai perasaan, kuatlah. Jangan mudah mengalah dengan ujian yang kecil ini, bisik hatinya memujuk diri.

Dunianya, segala-galanya kini terasa kosong. Dia menadah tangan mengaminkan doa tika kadi membacakannya namun, fikirannya melayang-layang jauh entah ke mana. Hanya jasad saja yang masih berada di situ. Tinggal tanpa semangat.

Segala-galanya asing di sini. Dia tak kenal siapa-siapa pun. Dia perasan banyak mata asing merenung ke arahnya, mungkin sedang mentafsir tentang dirinya. Dia rasa sangat rimas. Kalau diikutkan kata hati, sudah lama dia berlalu meninggalkan majlis ini. Namun, apakan daya. Ini majlis untuk dirinya. Mesti keadaan menjadi ribut, kalut, andai dia menghilangkan diri. Dia masih lagi rasional, tidak mahu memanjangkan lagi masalah yang sememangnya masih tak berpenghujung. Masih tak nampak jalan penamatnya.

“Mir... aku takut.” Tangan Mirna yang setia berada di sisinya digenggam erat.

“Jangan takut Riz, aku ada sentiasa di sini. Kan ke aku dah janji akan temankan kau, menyokong kau walau apa pun yang terjadi.”

Nuriz diam, tubir mata bergenang lagi. Hai… kenapalah aku jadi sangat mudah terusik sejak akhir-akhir ni?

“Syyy... jangan menangis okey. Tengok, semua orang pandang kau...” bisik Mirna perlahan di telinganya. Cuba memujuk.

Nuriz mengangkat perlahan wajahnya, melihat keadaan sekeliling. Tanpa diduga, dia berlaga pandang dengan Wan Nazariel. Tajam sekali pandangan lelaki itu padanya. Seolah-olah menikam terus tepat ke jantungnya. Dia menelan air liur. Terasa pahit berpasir.

“Riz... Zariel nak datang tu untuk batal air sembahyang. Kau tenang ya. Jangan tunjuk sangat muka kau yang tengah sedih tu.”

Nuriz membetulkan duduknya. Segala-galanya serba pantas. Berkenalan dalam masa yang singkat, bertemu dalam keadaan yang tak dijangka, bertekak sentiasa dan berselisih pendapat selalu, akhirnya mereka bersatu dalam keadaan tidak reda.

“Riz… kau tak nak sambut ke tangan dia tu?” tegur Mirna perlahan bila melihat Nuriz hanya diam kaku tanpa menyambut tangan yang dihulurkan oleh Wan Nazariel itu.

Nuriz tersentak. Cepat-cepat dia menyambut tangan lelaki itu, digenggam perlahan sebelum dia tunduk untuk mengucup tangan lelaki itu. Ah, air muka lelaki itu dan keluarganya tetap mesti dijaga. Maklumlah, mereka tu orang kenamaan. Mesti akan menjadi buah mulut orang nanti, andai mereka melihat kepincangan yang berlaku pada majlis ini.

“Kau jangan harap aku akan bagi kau kebahagiaan...” bisik lelaki itu keras, saat dia tunduk mengucup dahi isterinya itu.

Nuriz tersentak. Mereka berlaga pandangan. Dia tahu mereka yang berada di sekeliling tidak sedar tentang perang dingin yang berlaku di antara mereka berdua.

“Huh, jangan nak perasanlah. Ingat saya nak sangat ke bernikah dengan awak? Tolonglah… saya cuma tak mahu kes kita ni berlarutan okey.” Dia membalas geram.

“Kau!” Wan Nazariel menggetap bibir, geram dengan kelancangan mulut gadis di hadapannya itu.

“Apa? Ha… cakaplah. Kenapa berhenti pula?” Sengaja dia memprovokasi lelaki itu. Ingin menguji sejauh mana lelaki itu mampu mengawal kemarahan dalam dirinya itu pada waktu ini.

“Sudah-sudahlah tu berbisik. Kesian kami ni dari tadi asyik tengok drama sepasang suami isteri meluahkan perasaan cinta... romantik gitu,” tegur seorang wanita yang dalam lingkungan tiga puluhan. Mungkin dari kalangan keluarga Wan Nazariel.

Terhenti terus pertengkaran senyap antara mereka. Gamat seketika suasana dengan tawa nakal yang tercetus dek teguran wanita itu.

Page 35: 3 Bln 1-10

Wan Nazariel tiba-tiba menghulurkan tangan kepadanya, sehingga membuatkan dia terpinga-pinga. Isy… untuk apa huluran tangan tu? Dia hairan. Aduh….

Mirna tiba-tiba menyinggul bahunya. Apa dia ni main singgul-singgul….

“Oiii… kau tak nak sambut tangan dia tu ke?”

“Hah? Perlu ke?”

“Perlulah. Apehal kau ni… lampi sangat semenjak dua tiga menjak ni Riz?”

Wajah lelaki itu sudah mula berkerut, memerah kulit yang telah sedia putih itu. Mungkin menahan amarah yang semakin membuak-buak dalam diri. Akhirnya tangan lelaki itu disambut lambat-lambat.

Mereka beriringan berjalan berpimpin tangan menuju ke arah sanak saudara, bersalam-salaman, bertukar senyuman, walaupun sekadar senyuman palsu.

“Apesal tangan kau sejuk sangat ni?” soal lelaki itu perlahan.

“Errr... mungkin sebab air cond tu rendah sangat suhunya, tu yang sejuk.” Isy… banyak tanyalah lelaki ni.

“Yalah tu... ke kau takut dengan aku sebenarnya?” soal lelaki itu lagi siap menjongketkan keningnya.

“Takut? Mana ada. Hei… tak ada maknanya saya nak takut dengan awak tu.”

“Dah, dah. Budak berdua ni memang tak menyempat. Kut ya pun nak berborak, tunggulah dulu majlis ni selesai,” tegur Dato’ Wan Nazri yang semakin hilang sabar melihat gelagat dan kerenah mereka berdua.

PENATNYA... tak sangka pula aku dan mamat ni akan jadi suami isteri. Macam dalam mimpi pula rasanya. Eiii... aku tak sukalah dengan dia ni. Sungguh... aku tak dapat nak bayangkan kalau aku kena hidup berdua dengan dia.

Nuriz mengeluh. Tubuhnya direbahkan ke atas katil mewah yang telah dihias indah itu. Dia berbaring telentang. Baju kurung putih kain sutera yang dipakai pada majlis pernikahan tadi masih lagi melekat pada tubuhnya. Dia belum ada keinginan untuk menukar pakaiannya itu.

Bagaimana agaknya hidup aku selepas ni? Sabarkah aku nanti dalam melayan kerenah dia yang sentiasa menguji kesabaran aku ni? Sedangkan jumpa beberapa jam di pejabat pun buatkan empangan sabarnya hampir pecah berderai, inikan pula kena berjumpa dan bertemu setiap hari. Mahu hancur musnah lebur melerai.

Pintu bilik dikuak dari luar agak kasar. Nuriz sedikit tersentak. Isy… siapa pula ni? Takkan Mirna kut? Mustahil. Mirna dah lama balik sebaik sahaja majlis selesai sebentar tadi.

Bulat matanya bila melihat kelibat Wan Nazariel melangkah masuk. Amboi… masamnya muka dia, macam baru lepas tertelan sekilo asam jawa aja gayanya.

Cepat-cepat tubuhnya dialihkan, kini berbaring di tengah-tengah katil pula. Siap mendepakan kedua-dua belah tangannya. Yalah… dia tak mahu lelaki itu berkongsi katil dengannya.

“Amboi… seronok nampak landing atas katil aku?”

“Eh, katil awak ke? Tak nampak pun tanda nama.” Dia menoleh kiri dan kanan. Siap selak-selak lagi cadar tilam, kononnya untuk mencari kut ada nama lelaki itu tertera di mana-mana penjuru. Dia mencebik.

“Malas nak layan kau.”

Wan Nazariel dilihatnya berjalan menuju ke arah almari pakaian. Dengan selamba, dia menanggalkan baju Melayu yang dipakainya.

“Eiii... tak malulah awak ni! Pergilah masuk bilik air kalau nak tukar baju pun.” Nuriz menegur geram. Tak senonoh punya perangai!

“Eh, suka hati akulah... bilik aku. Yang kau pergi tengok kenapa? Gatallah tu.”

Page 36: 3 Bln 1-10

Ewah, ewah… aku pula yang dikatanya gatal. Betullah dia ni! Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Tiba-tiba terasa tubuhnya ditolak sedikit kuat.

“Tepilah sikit.”

“Hei, awak ni kenapa?” Nuriz membentak marah.

“Aku nak tidurlah. Yang kau buat katil tu macam hak milik kau sorang tu kenapa?” marah lelaki itu.

Nuriz membatukan dirinya. Tidak berganjak dari pembaringannya, tak mahu berkongsi dengan lelaki itu.

Berang dengan kedegilan yang dipamerkan oleh Nuriz itu, Wan Nazariel menolak gadis itu sekuat hatinya.

Bukkk!!!

“Aduh, sakitlah!” Nuriz mengaduh kesakitan sebaik sahaja dia jatuh tergolek ke lantai.

“Padan muka. Cakap elok-elok tak nak dengar,” balas Wan Nazariel dengan selamba, tanpa rasa bersalah.

Cakap elok-elok? Hai… bila ke masanya dia cakap elok-elok dengan aku? Rasanya mana pernah pun selama ni. Nuriz menggetap bibir, geram memandang lelaki itu yang sudah mula menyelesakan dirinya di atas katil.

“Kau kalau nak tidur nanti jangan lupa offkan lampu. Aku tak suka tidur dalam keadaan terang. Tak lena tidur aku nanti.” Pesan lelaki itu.

Tak guna punya lelaki! Tak gentleman sungguh. Isy… aku nak tidur mana pula malam ni? Memanglah dekat sini banyak bilik, tapi aku tak beranilah nak memandai. Karang apa pula kata keluarga dia.

Ah, tidur atas sofa ajalah. Dia membuat keputusan. Tak ingin aku nak tidur sekatil dengan lelaki tu. Buatnya dia mengigau entah apa-apa macam hari tu, kan ke haru-biru jadinya.

AZAN subuh yang kedengaran sayup-sayup dari surau berdekatan membangunkan dia dari lenanya. Nuriz terpisat-pisat, sedikit terpinga-pinga. Kenapa aku ada kat sini? Ini bukan bilik tidurnya. Lama dia termenung memikirkannya. Oh, terlupa... malam tadi, kan aku dah selamat berhijrah ke fasa kehidupan yang baru. Aduh, lenguhnya badan aku. Sepanjang malam tidur di atas sofa. Dia menggeliat, mengendurkan kembali urat-urat di tubuhnya yang dirasakan sedikit menegang.

Dia memanjangkan kepalanya melihat ke arah katil yang mengisi ruang utama bilik itu. Mak aiii... berkuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas, segala gaya pun ada. Hampir terkeluar biji mata dari soketnya bila melihat gaya Wan Nazariel tidur. Beberapa biji bantal kelihatan tergolek di atas lantai. Hai… agaknya mamat ni mimpi pergi berperang kut. Nuriz menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jam di dinding diperhatikannya. Urgh... baru pukul lima empat puluh lima pagi. Perlahan-lahan dia bangun, melipat selimut yang digunakan tadi dan terus mencapai tuala yang tersangkut di penyidai. Dia melangkah menuju ke bilik air. Mandi lagi baik. Lagipun tak elok melengah-lengahkan solat, bisik hatinya.

Usai solat subuh, dilihatnya Wan Nazariel masih juga lena seperti tadi. Isy… dia ni tak reti-reti nak bangun solat subuh ke? Ke dia ni memang tak solat? Nuriz memandang jengkel pada susuk tubuh yang masih diulit mimpi itu. Isy… tak boleh tidak, aku kena gerakkan dia juga. Aku tak mahu dapat dosa sekali, kalau biarkan dia tidur macam tu aja. Akhirnya dia membuat keputusan.

Errr... nak panggil apa ni ya? Bos? Tuan? Zariel? Abang atau… argh tibai ajalah.

“Errr... Zariel oh Zariel.” Dia menyeru nama lelaki itu perlahan-lahan.

“Hmmm... apanya kacau aku pagi-pagi buta ni?”

Page 37: 3 Bln 1-10

“Pagi-pagi buta apanya, dah nak terang dah langit dekat luar tu, tak reti-reti nak bangun solat subuh ke apa? Waktu tak menunggu awak tu tau?”

“Aku letihlah… jangan kacau aku boleh tak,” marahnya sedikit berang.

“Letih konon. Akhirat nanti kalau ditanya kenapa tak solat, takkan nak jawab letih jugak? Dah, dah… bangun solat subuh, tak elok lengah-lengahkan solat. Lagipun orang yang sentiasa tepati masa macam awak ni mesti takkan suka-suka melewat-lewatkan sesuatu benda yang penting, kan?” Sengaja dia menyindir lelaki itu. Memang lelaki itu di pejabat seorang yang sentiasa menepati masa, jarang lelaki itu melewati masa yang telah ditetapkan.

“Yalah… aku bangunlah ni. Bisinglah kau ni, macam mak nenek!”

Tersenyum Nuriz apabila melihat gelagat Wan Nazariel itu. “Hai… macam tak ikhlas aja nak bangun. Kita kalau nak bersolat ni, hati kena ikhlas barulah kita dapat keredaan-Nya tau.”

“Aku taulah! Jangan nak tunjuk baik sangatlah kau tu.”

“Mana ada nak tunjuk baik, sekadar mengingati. Nak terima atau tak terpulanglah, tak paksa pun. Lagipun kan ke kubur kita lain-lain.” Sinis dia membalas.

Pagi-pagi lagi dah cari gaduh. Lelaki egonya memang menggunung tinggi. Kalau nak dibandingkan ego tu dengan tinggi gunung Everest, rasanya ego tu lagi tinggi. Huh, malas aku nak layan dia ni.

“Eh, nak ke mana tu?” soal Wan Nazariel bila melihat Nuriz ingin berlalu menuju ke pintu.

“Turun bawahlah… buat apa yang patut. Lagipun saya malas nak tengok muka awak pagi-pagi ni. Buat hilang mood aja.”

“Ha... baguslah tu. Apa kau ingat aku ni suka sangat tengok muka kau tu? Dahlah kuat membebel mengalahkan nenek kebayan.”

Eleh... dia tu pun sama kuat membebel tak sedar diri agaknya. Kat pejabat tu kalau boleh dua puluh empat jam dia nak bebelkan aku. Nuriz membalas dalam hati. Geram mendengar kata-kata lelaki itu.

“Eh, sebelum kau turun tu, kemaskan katil aku ni dulu. Kalau tak, tak guna aku kahwin dengan kau kalau katil pun aku kena kemas sendiri.”

“Eee… tak suruh pun awak kahwin dengan saya ni. Huh, pemalas sungguh! Awak yang tidur dekat situ, boleh pula suruh orang lain yang kemaskan. Ingat aku ni orang gaji dia kut.” Nuriz merengus geram.

“Apesal pulak? Bukan itu memang tugas seorang perempuan, mengemas? Dah, dah… sila buat apa yang aku suruh ni, jangan nak banyak cakap.”

Eee... geramnya aku dengan dia ni. Tengok tu, buka baju main longgok aja atas lantai. Geram sangat dah ni.Sambil mengomel geram, dia mengemas apa yang patut.

Wan Nazariel yang berdiri di sebalik pintu bilik air, menahan tawa apabila melihat tingkah Nuriz itu. Ho ho… padan muka kau! Ingat kahwin dengan aku, kau dapat hidup senang macam puteri raja ya? Jangan haraplah!!!

Langkah kaki diatur menuruni anak tangga. Huiii… besar juga rumah ni, macam istana. Agaknya rumah orang kaya macam inilah kut gayanya. Usai berkemas di dalam bilik tadi, dia terus keluar, melawati setiap ceruk banglo mewah ini. Sememangnya dia tak mahu bersua dengan lelaki itu lagi, kalau boleh.

Hari ini hari Sabtu. Hmmm… apa yang aku nak buat dekat tempat asing macam ni? Isy... dahlah aku tak kenal langsung semua penghuni dalam rumah ni. Dia mengeluh sendirian. Dia kini membawa diri ke ruang dapur pula. Isy... boring teramat sangat. Mahu juga aku masak ni karang.

“Errr... ada apa-apa yang boleh saya bantu tak bibik?” soalnya pada orang gaji yang kelihatannya sedang kalut menyediakan sarapan pagi.

“Ngak usah non... nanti dimarahi Datin,” tegah bibik bila melihat Nuriz mencapai pinggan mangkuk dan dilap dengan kain bersih.

“Alah bibik… tak payah risaulah. Tak ada apa punya.”

Page 38: 3 Bln 1-10

“Biarlah bibik buat semua tu Nuriz,” tegur satu suara.

Tersentak dia. Lantas menoleh. Terkejut melihat Datin Jacinta yang sedang berdiri di muka pintu memerhatikannya.

“Errr....” Tidak berani dia hendak bantah apa-apa.

“Mari kita ke depan... boleh kita berbual-bual. Lagipun mama belum sempat berbual-bual dengan Nuriz dari semalam lagi.”

Nuriz hanya membuntuti langkah mama mentua tirinya itu.

“Eh, yang berdiri aja tu kenapa? Duduklah…” tegur Datin Jacinta bila melihat Nuriz hanya tercegat berdiri di sebelah sofa. “Awal kamu bangun hari ni Nuriz? Zariel mana? Tak bangun lagi ke?”

“Dah biasa bangun awal mama. Errr... Zariel dah bangun waktu Nuriz turun tadi. Tak taulah pula kalau-kalau dia sambung tidur balik.”

Hmmm… baik juga Datin Jacinta ni. Aku ingat semua mak tiri macam yang dalam cerita novel, garang... jahat dan gila harta. Dia mula menilai wanita awal empat puluhan yang duduk bersebelahan dengannya itu.

“Oh… rumah ni, kalau waktu pagi-pagi macam ni memang sunyi sikit. Maklumlah... tak ramai pun penghuninya.”

Nuriz hanya mengangguk. Tidak tahu sebenarnya hendak bualkan apa. Masih lagi terasa asing di tempat baru begini.

“Datin, sarapannya dah siap. Mau makan sekarang?” Soal bibik yang muncul dari arah dapur.

“Ya bik... nak makan sekarang. Nuriz, pergi panggil Zariel tu, ajak dia turun sarapan sekali.”

Nuriz diam mendengar arahan itu. Lambat-lambat dia bangun, melangkah menuju ke bilik di tingkat atas. Isy… tak sukalah asyik nak menghadap muka lelaki ni. Menyampah tau, hatinya mengomel.

Langkah kakinya terhenti di muka pintu bilik. Baru saja tangannya diangkat untuk mengetuk pintu, pintu bilik telah pun dibuka dari dalam. Terjengul wajah Wan Nazariel di muka pintu.

“Hah, kau nak apa?”

“Mama awak ajak breakfastlah. Isy… pagi-pagi lagi dah marah-marah. Nanti rezeki susah nak masuklah.” Selamba, langsung tak menghiraukan perasaan lelaki itu, dia meluahkan apa yang terlintas di hatinya.

“Dia bukan mama akulah... dia mama tiri aku aja tau!” Lelaki itu memperbetulkan kata-kata Nuriz yang dirasakan salah pada pendengarannya.

Eleh… samalah tu. Dia ni, semua orang dia tak suka. Ke dia ni tak sukakan perempuan? Adakah dia tak normal? Yalah… sepanjang di pejabat dia tak pernah nampak lelaki itu keluar berpacaran. Eh, apa yang kau merapu ni Riz. Tak baik buruk sangka, dosa. Cepat-cepat dia menepis andaian buruk yang mula terbit di hatinya.

“Oi… yang kau tercegat aja kat situ kenapa? Tak tau nak turun ke? Kau tu bukannya tuan puteri dalam rumah ni yang perlu dijemput. Cepatlah.”

“Yalah… awak turunlah dulu. Saya tak suruh pun awak tunggu saya ni.”

“KAU okey ke ni Riz? Dari tadi aku tengok asyik termenung aja, kenapa? Zariel pukul kau ke? Ke dia ada hina kau macam-macam?” tegur Mirna. Sedari tadi dilihatnya Nuriz lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, ceria dan rancak dengan cerita-ceritanya sambil melayan kerenah penghuni Darul Qaseh.

“Aku okey, cuma....” Kata-kata Nuriz terhenti di situ.

“Cuma apa Riz?” soal Mirna tidak sabar.

“Cuma aku masih lagi macam tak percaya apa yang telah berlaku dalam hidup aku ni. Aku masih rasa yang aku ni sedang bermimpi aja.”

Page 39: 3 Bln 1-10

“Riz… kau kena belajar terima hakikat. Kau kena mengaku yang benda ini memang terjadi dalam hidup kau.”

“Entahlah Mir. Aku tau… aku ni hina di mata dia. Aku tau dia bencikan aku. Dia anggap aku ni pembawa malang… dia bencikan aku Mir.” Masih terngiang-ngiang jelas kata-kata lelaki itu. Masih terasa pijar telinganya.

“Bersabarlah Riz. Dia tengah marah, memanglah dia cakap macam tu.”

“Sampai bila aku mampu bersabar Mir? Aku ni insan biasa, setiap perasaan tu mesti ada hadnya.”

“Dah tu, kau nak buat apa Riz? Aku rasa bersabar ni ajalah jalan terbaik buat kau sekarang ni.”

“Aku nak pergi, jauh dari sini. Jauh dari dia dan semua. Aku nak mulakan hidup baharu. Aku dah fikir masak-masak Mir. Aku sanggup terima apa jua akibatnya yang mendatang nanti,” putusnya.

“Riz, melarikan diri takkan dapat selesaikan masalah kau tu. Macam apa yang aku cakapkan dulu, kau tak ingat ke? Takkan kau nak biarkan masalah kau tergantung selamanya macam tu aja. Riz, fikir dulu baik buruk keputusan kau ni.”

“Entahlah Mir. Ini aja jalan yang dapat aku fikirkan. Kalaulah kau berada di situasi aku ni, apa yang akan kau lakukan? Aku tak tau apa dosa yang aku telah lakukan pada lelaki itu, sampai dia membenci aku sebegitu sekali.” Setiap kata yang keluar daripada mulut lelaki itu mesti kedengaran amat berbisa di telinganya. Dia menggetap bibir, sebak hadir menyesak dada.

“Kau nak ke mana ni pagi-pagi lagi dah bersiap?” tegur Wan Nazariel bila melihat Nuriz sudah menukar pakaian. T-shirt lengan pendek sudah bertukar ke T-shirt lengan panjang.

“Saya nak keluar, ada janji dengan kawan.”

Kelakar bukan? Semalam baru saja mereka melangsungkan pernikahan, hari ini masing-masing dah ada aktiviti sendiri. Tak macam pasangan lain yang pasti sedang hangat memadu kasih pada waktu-waktu begini.

“Ada janji dengan kawan konon. Eleh… tu nak pergi menggatallah tu. Tu dengan lelaki manalah pula tu. Macamlah aku tak tau perempuan macam kau ni. Perempuan murahan.” Wan Nazariel mencebik, sengaja ingin menyakiti hati Nuriz.

“Suka hati awaklah nak kata apa pun, saya tak kisah. Saya malas nak bertekak dengan awak. Lagipun buang masa saya aja, bukannya ada faedah pun. Saya pergi dulu.” Sungguh, dia letih. Selagi dia mampu bersabar dia akan cuba bersabar dengan lelaki itu.

“Riz… isy… termenung pula dia.” Mirna menyentuh perlahan jari-jemari temannya itu.

“Aaa... errr… sorry kau cakap apa tadi Mir?”

“Aku cakap jom pergi lunch. Budak-budak dah tunggu dekat dewan tu. Apa pun yang berlaku pada kau, hidup mesti diteruskan. Kau kena buktikan pada dia yang kau tidak serapuh yang disangka. Jangan kau sorang aja yang makan hati dan dia pula bahagia dengan hidup dia seolah-olah tiada apa yang berlaku. I know you can do it Riz.”

“Thanks Mir... kau sentiasa ada dengan aku waktu aku perlukan kau.”

Dia sungguh bertuah punya sahabat sebaik Mirna. Tidak pernah sesekali sahabatnya itu meninggalkan dia sendirian sewaktu dia kelelahan dengan dugaan-dugaan hidup yang datang bertimpa-timpa padanya.

“Tak ada hal. Kau kawan aku. Kita kawan dunia akhirat, Riz. Aku tetap akan sentiasa ada untuk kau selagi nyawa masih bersama aku. Jomlah... perut aku dah berbunyi dah ni.” Mirna menarik tangan Nuriz.

Lambat-lambat Nuriz bangun dari kerusi batu yang terdapat di halaman Darul Qaseh itu. Seleranya tumpul namun, demi Mirna dia akur.Ah, buat apa aku fikirkan pasal lelaki itu andai dia sedikit pun langsung tak mahu fikirkan tentang aku? Buang masa aku aja! Lagipun dia ingat dia tu siapa? Dia tak tau ke dia tu langsung tak penting dalam hidup aku. Lagi menghuru-harakan hidup aku adalah!