8
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1000 ATRIBUSI KEMISKINAN DALAM KALANGAN PELAJAR ORANG ASLI DI MALAYSIA Azlina Mohd Khir & Ma’rof Redzuan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia [email protected] & [email protected] ABSTRAK Pemahaman tentang bagaimana orang miskin mengatribut penyebab kemiskinan adalah penting kerana persepsi memainkan satu peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku. Berdasarkan perintis kajian empirikal ke atas atribusi kemiskinan yang dilakukan oleh Feagin (1972), artikel ini mengenal pasti struktur atribusi kemiskinan dalam kalangan pelajar Orang Asli. Seramai 402 pelajar Orang Asli (umur 14 dan 16 tahun; 157 = lelaki dan 245 = perempuan) dari negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Berdasarkan metod analisis faktor yang telah dilakukan, dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor atribusi kemiskinan iaitu faktor diri, sokongan, ekonomi dan fatalistik. Dapatan kajian ini tidak menyokong pandangan tiga faktor kemiskinan (individu, struktural dan fatalistik) yang dicadangkan oleh Feagin (1972). Hasil kajian juga menunjukkan atribusi kemiskinan paling utama dalam kalangan pelajar Orang Asli adalah faktor ekonomi diikuti oleh faktor fatalistik, diri dan sokongan. Penilaian bagaimana pandangan pelajar Orang Asli terhadap kemiskinan yang dialami oleh etnik mereka sendiri dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk membangunkan strategi intervansi yang sesuai dalam membasmi kemiskinan terutamanya dalam kalangan penduduk pribumi di Malaysia. Kata Kunci: Atribusi kemiskinan, Kemiskinan, Orang Asli. ABSTRACT The understanding of how poor people attribute the causes of poverty is important as perception play an important role in influencing behavior. Based on the pioneer of empirical study on attributions of poverty made by Feagin (1972), this article identifies the structure of attribution of poverty among Orang Asli students. A total of 402 Orang Asli students (age 14 and 16 years old; 157 = male and 245 = female) from Pahang and Perak states involved in this study. Respondents were selected through systematic random sampling. Based on the factor analysis method that has been done, the findings indicate that there are four factors of attribution of poverty namely self factor, support, economic and fatalistic. The findings of this study do not support the view of the three factors of poverty (individual, structural and fatalistic) proposed by Feagin (1972). The results also revealed the most important attribution of poverty among Orang Asli students are economic factors followed by a fatalistic factors, self and support. The evaluation on how Orang Asli students view of poverty as experienced by their own ethnicity can assist the authorities concerned to develop appropriate intervention strategies in alleviating poverty particularly among indigenous people in Malaysia. Field of Research: Attribution of poverty, poverty, Orang Asli.

236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jurnal orang asli

Citation preview

Page 1: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1000

ATRIBUSI KEMISKINAN DALAM KALANGAN PELAJAR ORANG ASLI DI MALAYSIA

Azlina Mohd Khir & Ma’rof Redzuan Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia [email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Pemahaman tentang bagaimana orang miskin mengatribut penyebab kemiskinan adalah penting kerana persepsi memainkan satu peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku. Berdasarkan perintis kajian empirikal ke atas atribusi kemiskinan yang dilakukan oleh Feagin (1972), artikel ini mengenal pasti struktur atribusi kemiskinan dalam kalangan pelajar Orang Asli. Seramai 402 pelajar Orang Asli (umur 14 dan 16 tahun; 157 = lelaki dan 245 = perempuan) dari negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Berdasarkan metod analisis faktor yang telah dilakukan, dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor atribusi kemiskinan iaitu faktor diri, sokongan, ekonomi dan fatalistik. Dapatan kajian ini tidak menyokong pandangan tiga faktor kemiskinan (individu, struktural dan fatalistik) yang dicadangkan oleh Feagin (1972). Hasil kajian juga menunjukkan atribusi kemiskinan paling utama dalam kalangan pelajar Orang Asli adalah faktor ekonomi diikuti oleh faktor fatalistik, diri dan sokongan. Penilaian bagaimana pandangan pelajar Orang Asli terhadap kemiskinan yang dialami oleh etnik mereka sendiri dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk membangunkan strategi intervansi yang sesuai dalam membasmi kemiskinan terutamanya dalam kalangan penduduk pribumi di Malaysia. Kata Kunci: Atribusi kemiskinan, Kemiskinan, Orang Asli.

ABSTRACT

The understanding of how poor people attribute the causes of poverty is important as perception play an important role in influencing behavior. Based on the pioneer of empirical study on attributions of poverty made by Feagin (1972), this article identifies the structure of attribution of poverty among Orang Asli students. A total of 402 Orang Asli students (age 14 and 16 years old; 157 = male and 245 = female) from Pahang and Perak states involved in this study. Respondents were selected through systematic random sampling. Based on the factor analysis method that has been done, the findings indicate that there are four factors of attribution of poverty namely self factor, support, economic and fatalistic. The findings of this study do not support the view of the three factors of poverty (individual, structural and fatalistic) proposed by Feagin (1972). The results also revealed the most important attribution of poverty among Orang Asli students are economic factors followed by a fatalistic factors, self and support. The evaluation on how Orang Asli students view of poverty as experienced by their own ethnicity can assist the authorities concerned to develop appropriate intervention strategies in alleviating poverty particularly among indigenous people in Malaysia. Field of Research: Attribution of poverty, poverty, Orang Asli.

Page 2: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1001

1. Pengenalan Persepsi tentang penyebab asas masalah sosial seperti kemiskinan, ketidaksamarataan dan pengangguran memainkan peranan penting dalam menentukan sikap dan respon tingkah laku individu terhadap masalah sosial tersebut (Hine, Montiel, Cooksey, & Lewko, 2005). Dalam aspek atribusi kemiskinan, kajian tentang persepsi individu terhadap penyebab kemiskinan telah menarik perhatian ramai penyelidik (Wollie, 2009). Ini kerana, selagi terdapat masalah kemiskinan di dunia, terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk menjelaskan permasalahan tersebut (Harper, 2001).

Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011), kemiskinan keseluruhan di Malaysia telah berkurangan dengan ketara daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 3.8 peratus pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini masih terdapat segolongan masyarakat yang terus dibelenggu masalah kemiskinan yang serius. Masyarakat tersebut adalah masyarakat Orang Asli yang mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi iaitu 49 peratus pada tahun 2009. Ini menunjukkan satu daripada dua Orang Asli adalah miskin ketika itu. Justeru, menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh, pihak kerajaan telah mensasarkan untuk mengurangkan insiden kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli daripada 50 peratus pada tahun 2009 kepada 25 peratus pada tahun 2015.

Sejumlah besar kajian yang dijalankan dalam bidang psikologi kemiskinan berkait dengan bagaimana persepsi manusia terhadap penyebab kemiskinan (Furnham, 2003). Kajian-kajian tentang persepsi terhadap faktor penyebab kemiskinan telah dipengaruhi oleh teori atribusi (Heider, 1958). Atribusi adalah proses dalam mana kita menggunakan maklumat tertentu untuk membuat kesimpulan tentang sebab-sebab di sebalik sesuatu peristiwa (Rozmi, 2011). Teori atribusi (Heider, 1958) menekankan faktor dalaman dan luaran. Menurut Azizi, Yusof, Jamaludin, Jaafar, Fawziah dan Amir Hamzah (2004), manusia sering membezakan antara sebab dalaman dan luaran dalam menentukan tindakan. Atribusi dalaman merujuk kepada sebarang penjelasan yang berpunca dari diri individu seperti personaliti, sikap, keupayaan dan usaha. Sementara atribusi luaran merujuk kepada sebarang penjelasan yang berpunca selain daripada diri individu tersebut seperti desakan situasi, pengaruh orang lain, nasib dan ketentuan Tuhan.

Perintis kajian empirikal ke atas atribusi kemiskinan muncul pada awal tahun 1970-an apabila Joe R. Feagin (1972) menguji persepsi rakyat Amerika terhadap penyebab kemiskinan. Beliau mendapati sebelas alasan yang selalu diberikan oleh rakyat Amerika dalam menjelaskan penyebab kemiskinan dan mengkategorikan alasan-alasan tersebut kepada tiga kategori asas iaitu individualistik, strukturalistik dan fatalistik. Pendekatan individualistik menekankan penjelasan individu sebagai punca kemiskinan, manakala pendekatan struktural memberi fokus kepada faktor luaran seperti tiada pekerjaan dan pendapatan yang rendah (Wilson, 1987). Faktor fatalistik pula menekankan sifat berserah kepada takdir seperti keuzuran, nasib tidak baik dan malang di luar kawalan manusia (Feagin, 1972; Feather, 1974; Morcol, 1997; & Saunders, 2002).

Beberapa kajian atribusi kemiskinan yang dijalankan di negara yang berbeza-beza latar belakang

melaporkan struktur faktor yang pelbagai. Dapatan kajian oleh Bullock (1999), Murnizam dan Webley (2009) dan Wollie (2009) menunjukkan struktur faktor yang konsisten dengan analisis tiga faktor yang dilaporkan oleh Feagin (1972). Sementara itu, penyelidik-penyelidik lain melaporkan hasil analisis faktor yang berbeza iaitu antara tiga hingga enam faktor. Misalnya, Cozzarelli et al. (2001) mendapati tiga faktor penyebab kemiskinan adalah faktor internal, eksternal dan budaya. Ljubotina dan Ljubotina (2007) melaporkan empat faktor iaitu individu, persekitaran mikro, struktural atau kemasyarakatan dan

Page 3: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1002

fatalistik. Selain itu, Hine et al. (2005) pula melaporkan lima faktor iaitu individu, kemasyarakatan (internal), kemasyarakatan (eksternal), persekitaran dan fatalistik, manakala Nasser, Singhal & Abouchedid (2005) dengan enam faktor kemiskinan iaitu struktural (perlaksanaan), individu (internal), fatalistik, kesilapan polisi, individu (eksternal) dan sosial. Memandangkan limitasi kajian atribusi kemiskinan terdahulu ke atas kelompok minoriti pribumi yang dihimpit kemiskinan, maka pengkaji berminat untuk mengetahui bagaimana remaja Orang Asli mengatribut kemiskinan yang dialami oleh etnik mereka sendiri. Justeru, kertas kerja ini cuba untuk mengenal pasti struktur atribusi kemiskinan daripada sampel etnik minoriti Orang Asli di Semenanjung Malaysia. 2. Metod

2.1 Sampel

Seramai 402 pelajar Orang Asli dari sepuluh buah sekolah menengah di negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Pemilihan sampel negeri dan sekolah adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan, manakala pemilihan sampel pelajar menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. Responden terdiri daripada 157 orang lelaki dan 245 orang perempuan yang berumur antara 14 hingga 16 tahun. Majoriti responden adalah dari kumpulan Senoi beretnik Semai iaitu seramai 255 orang (63.43%). 2.2 Prosedur

Teknik pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri. Walau bagimanapun, penyelidik membantu membacakan soalan dan memberikan sedikit penjelasan bagi item-item yang kurang difahami responden.

2.3 Instrumen

Atribusi Kemiskinan diukur menggunakan instrumen yang telah dibina oleh penyelidik mengikut kesesuaian latar belakang Orang Asli di Malaysia. Instrumen ini diadaptasi daripada beberapa instrumen yang telah digunakan oleh-oleh penyelidik-penyelidik lepas seperti Feagin (1972), Nasser dan Abouchedid (2001) dan Wollie (2009). Instrumen ini mengandungi 27 penyataan yang menggambarkan beberapa persepsi tentang kemiskinan dalam kalangan Orang Asli. Subjek dikehendaki menandakan persetujuan bahawa “Kemiskinan dalam kalangan Orang Asli berpunca daripada…” berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan dengan menggunakan skala Likert lima pilihan (1=Tidak Benar hingga 5=Sangat Benar). 3. Hasil Kajian dan Perbincangan

3.1 Struktur Faktor bagi Konstruk Atribusi Kemiskinan Untuk meninjau struktur faktor bagi instrumen Atribusi Kemiskinan dalam sampel pelajar Orang Asli, metod yang sama seperti mana yang telah digunakan oleh Feagin (1972), Nasser dan Abouchedid (2001) dan Nasser et al. (2005) iaitu analisis ‘principal component’ dengan ‘varimax rotation’ telah digunakan. Dalam melaksanakan analisis ‘principal component’, beberapa kriteria yang perlu ditetapkan adalah setiap faktor perlu mempunyai nilai ‘Eigen’ lebih besar daripada satu dan item akan dikekalkan apabila

Page 4: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1003

muatan (loading) bersamaan atau lebih besar daripada 0.30 (Geggie, DeFarin, Hitchcock, & Silberberg, 2000; Hair, Anderson, Tantham, & Black, 1998; & Lewis-Beck, 1994). Keputusan analisis faktor menunjukkan tujuh faktor mempunyai nilai ‘Eigen’ lebih besar daripada satu, yang menyumbang 58.50% varians. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan ke atas ‘scree plot’, penyelidik telah menentukan empat faktor untuk dikekalkan. Menurut Zwick dan Velicer (1982), ‘scree plot’ cenderung untuk dijadikan penentu yang lebih tepat untuk menentukan bilangan faktor yang perlu dikekalkan dalam analisis faktor. Jadual 1 memaparkan penyelesaian empat faktor setelah putaran faktor (factor rotation) dilakukan. Keempat-empat faktor tersebut menyumbang 46.37% varians bagi data pelajar Orang Asli yang dikaji. Setelah meneliti setiap item yang telah dimuatkan dalam faktor, faktor pertama yang dilabel sebagai Atribusi Diri meyumbang 13.65% daripada varians dan muatan faktornya (factor loading) antara .78 hingga .45. Atribusi Diri menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar Orang Asli, mereka mengatribut kemiskinan berpunca daripada penyebab individu atau dalaman yang menjelaskan kemiskinan dari segi ciri-ciri atau gaya hidup orang miskin (Feagin, 1972; Wollie, 2009) seperti kurang keinginan untuk berjaya, kurang usaha untuk perbaiki keadaan hidup, malas, suka membuang masa, tiada cita-cita, kurang motivasi, sikap bergantung kepada kerajaan dan tidak tahu mengurus wang dengan baik.

Jadual 1: Analisis Faktor Atribusi Kemiskinan Komuniti Orang Asli

Item Kemiskinan dalam kalangan Orang Asli disebabkan oleh…

Faktor

1

Faktor

2

Faktor

3

Faktor

4

Faktor 1: Atribusi Diri (α = .818)

Kurang keinginan untuk berjaya. .782

Kurang usaha untuk perbaiki keadaan hidup. .760

Malas berubah kepada sesuatu yang lebih baik. .735

Tiada cita-cita untuk memajukan diri. .707

Sikap bergantung kepada bantuan kerajaan. .620

Suka membuang masa. .564

Kurang motivasi untuk perbaiki diri. .534

Tidak tahu menguruskan wang dengan baik. .454

Faktor 2: Atribusi Sokongan (α = .839)

Tiada bantuan untuk Orang Asli dalam bidang pertanian. .755

Tiada sokongan kepada Orang Asli untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

.739

Kerajaan kurang menyediakan kemudahan awam. .682

Kerajaan kurang menyediakan perkhidmatan kesihatan. .637

Kurang peluang kerja untuk Orang Asli. .624

Sistem pendidikan negara tidak sesuai untuk Orang Asli. .607

Kerajaan tidak memperjuangkan nasib Orang Asli. .605

Page 5: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1004

Faktor 3: Atribusi Ekonomi (α = .708)

Orang Asli mempunyai pekerjaan bergaji rendah. .755

Barang-barang jualan susah hendak dijual kerana tinggal jauh dari pekan atau bandar.

.739

Tiada modal untuk berniaga. .682

Bergantung kepada hasil hutan sebagai sumber ekonomi. .637

Harga barang dikuasai oleh orang luar (eksploitasi). .624

Faktor 4: Atribusi Fatalistik (α = .696)

Telah mengalami kemalangan atau musibah. .755

Bencana alam seperti tanah runtuh, banjir. .739

Kerana tidak bernasib baik. .682

Bilangan anak yang ramai dalam sebuah keluarga. .637

Masalah kesihatan. .624

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin. .607

Kuasa Tuhan yang tidak dapat dielakkan. .605

Eigenvalue 3.685 3.589 2.909 2.336

Percent of variance explained 13.647 13.293 10.776 8.653

Cumulative percent of variance explained 13.647 26.940 37.716 46.370

*Extraction Method: Principal Component; Rotation Method: Varimax

Seterusnya, faktor kedua dilabel sebagai Atribusi Sokongan yang menyumbang 13.29% varians dan muatan faktor antara .76 hingga .61. Atribusi Sokongan menunjukkan responden mempersepsikan kemiskinan berpunca daripada kurangnya sokongan dan bantuan untuk kemajuan Orang Asli dalam bidang pertanian dan perniagaan, juga kekurangan kemudahan awam, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan peluang kerja. Faktor ketiga dilabel sebagai Atribusi Ekonomi yang menyumbang 10.78% varians dan muatan faktor antara .76 hingga .62. Atribusi Ekonomi menunjukkan responden mengatribut kemiskinan berpunca daripada keadaan ekonomi komuniti Orang Asli yang mempunyai pekerjaan bergaji rendah, tiada modal untuk berniaga, masih bergantung kepada hasil hutan, barang jualan yang susah hendak dijual kerana tinggal jauh di pedalaman dan eksploitasi harga barang. Faktor terakhir adalah Atribusi Fatalistik yang menyumbang 8.65% varians dan muatan faktornya antara .76 hingga .61. Atribusi Fatalistik merujuk kepada nasib yang malang atau ketentuan oleh kuasa-kuasa besar yang tidak diketahui (Tuhan, nasib dan lain-lain) (Feagin, 1972).

Secara keseluruhan, hasil analisis faktor menunjukkan terdapat empat faktor penyebab kemiskinan dalam kalangan Orang Asli iaitu faktor diri, sokongan, ekonomi dan fatalistik. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak mereplikasi tiga faktor atribusi kemiskinan yang diketengahkan oleh Feagin (1972) dan tidak seiring dangan dapatan yang dilaporkan oleh Bullock (1999), Murnizam dan Webley (2009) dan Wollie (2009). Ini menunjukkan hasil analisis faktor yang berbeza bagi subjek kajian dan lokasi yang berbeza. Justeru, kajian membuktikan perlunya perbandingan silang budaya bagi konstruk atribusi kemiskinan dari Barat ke Timur, yang mungkin mempunyai implikasi tersendiri dalam budaya negara maju dan negara membangun, juga dalam budaya etnik minoriti Orang Asli di Malaysia yang berada dalam kemiskinan. Responden kajian ini yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi keluarga

Page 6: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1005

yang rendah dan seringkali dikaitkan dengan kemunduran pastinya mempunyai persepsi dan penjelasan tersendiri tentang penyebab kemiskinan dalam kalangan komuniti Orang Asli. 3.2 Atribusi Penyebab Kemiskinan dalam Kalangan Orang Asli Menerusi kajian ini, atribusi penyebab kemiskinan dalam kalangan Orang Asli diklasifikasikan kepada empat faktor seperti mana yang telah diperoleh daripada analisis faktor iaitu atribusi diri, sokongan, ekonomi dan fatalistik. Paparan pada Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai purata pemberat bagi keseluruhan atribusi kemiskinan dalam kalangan Orang Asli. Nilai purata tertinggi ialah atribusi ekonomi (2.95), diikuti oleh atribusi fatalistik (2.81), atribusi diri (2.77) dan atribusi sokongan (2.13).

Jadual 2 : Dimensi Atribusi Penyebab Kemiskinan

Dimensi Purata S.P Min Mak

Ekonomi

2.95 0.90 1 5

Fatalistik

2.81 0.78 1 4.86

Diri

2.77 0.90 1 5

Sokongan

2.13 0.91 1 4.57

Nota: S.P= Sisihan Piawai, Min=Minimum, Mak=Maksimum Dapatan kajian menunjukkan responden didominasi oleh faktor ekonomi dalam mengatribut

penyebab kemiskinan dalam kalangan Orang Asli. Faktor ekonomi mencerminkan keadaan ekonomi komuniti Orang Asli seperti mana yang turut dilaporkan oleh Juli Edo (2008) dan Zainal Abidin (2008) iaitu pergantungan kepada hasil hutan sebagai sumber ekonomi dan tempat tinggal yang jauh di pedalaman menyulitkan perhubungan dan pemasaran barang-barang yang hendak dijual. Selain itu, remaja Orang Asli juga peka terhadap isu gaji yang rendah, ketiadaan modal untuk berniaga dan eksploitasi harga barang dalam kalangan Orang Asli. Keadaan ini menunjukkan generasi muda Orang Asli kini semakin berubah, mengalami transformasi arus pemodenan dan memandang penting faktor-faktor ekonomi seperti sumber, modal dan pekerjaan sebagai faktor yang sangat berkait dengan kemiskinan. 4. Kesimpulan

Kajian ini telah menjelaskan atribusi penyebab kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Kajian ini memberikan satu sumbangan baru kepada penyelidikan atribusi kemiskinan khususnya struktur faktor penyebab kemiskinan yang unik bagi etnik minoriti iaitu Orang Asli di Malaysia. Terdapat empat struktur faktor penyebab kemiskinan Orang Asli iaitu faktor diri, sokongan, ekonomi dan fatalistik. Kajian mendapati faktor penyebab yang dominan ialah faktor ekonomi diikuti oleh faktor fatalistik, diri dan sokongan. Justeru, untuk mengimplementasikan usaha pembasmian kemiskinan dalam kalangan komuniti Orang Asli, pihak kerajaan perlu mengambilkira faktor-faktor penyebab yang sangat berkait dengan kemiskinan etnik tersebut.

Page 7: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1006

Penghargaan Kajian ini adalah sebahagian daripada tesis Doktor Falsafah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Ma’rof Redzuan sepanjang tahun 2010-2014. Kajian ini mendapat peruntukan daripada Skim Geran Universiti Penyelidikan (RUGS) Sesi 1 (2011) di bawah Insiatif 6. Rujukan Azizi, Y., Yusof, B., Jamaludin, R. Jaafar, S.L, & Amir Hamzah, A. (2004). Psikologi Sosial. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Bullock, H.E. (1999). Attributions for Povert: A Comparison of Middle-Class and Welfare Recipient Attitudes. Journal of Applied Social Psychology, 29(10), 2059-2082. Cozzarelli, C., Wilkinson, A., & Tagler, M. J. (2001). Attitudes toward the poor and attributions for poverty. Journal of Social Issues, 57(2), 207-227.

Feagin, J. R. (1972). Poverty: We still believe that God helps those who themselves, Psychology Today, 6, 101-129.

Feather, N.T. (1974). Explanation of poverty in Australian and American samples. Australian Journal of Psychology 26, 199-216.

Furnham, A. (1982). Why are the poor with us? Explanations for poverty in Britain. Journal of Adolescence, 5, 135-147. Furnham, A. (2003). Poverty and wealth. In Stuart C. Carr & T. S. Sloan (Eds.), Poverty and psychology: From global perspective to local practice (pp. 163–183).New York: Kluwer Academic/Plenum Publishers. Geggie, J., DeFarin, J., Hitchcock, S., & Silberberg, S. (2000). Family strengths research project. Retrieved January, 7, 2004, from University of Newcastle, Australia, The Family Action Centre Web site: http://www.newcastle.edu.au/centre/fac/conferences/Family%20Strengths%20Research%20Report.pdf Hair, J. F., Anderson, R. E., Tantham, R. L., & Black W. C. (1998). Multivariate data analysis (5th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Harper, D.J. (2001). Poverty and Disclosure: In S. Carr & T.S. Sloan (Eds.), Poverty and Psychology: From Global Perspective Local Practice. New York: Kluwer-Plenum. Heider, F. (1958). The psychology of interpersonal relations. New York: Wiley. Hine, D.W., Montiel, C.J., Cooksey, R.W. & Lewko. J.H. (2005). Mental Model of Poverty in Developing Nations: A Causal Mapping Analysis using a Canada-Philippines Contrast. Journal of Cross Cultural Psychology, 36(3), 1-21.

Page 8: 236 - Azlina - Atribusi Kemiskinan Dalam Kalangan Pelajar Orang Asli Di Malaysia

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1007

Juli Edo dan rakan-rakan. (2008). Kemiskinan Orang Asli Bandar. Kertas kerja dibentangkan dalam International Conference on Indigenous People (ICIP), 2008, anjuran The Center of Poverty and Development Studies (CPDS), 29-31 Julai, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya. Kline, P. (1994). An easy guide to factor analysis. London: Routledge. Lewis-Beck, M. S. (1994). Factor analysis and related techniques. London: SAGE Publications Ltd. Ljubotina, O. D., & Ljubotina, D. (2007). Attributions of poverty among social work and non-social work students in Croatia. Croat Med J., 2007(48), 741-749. Morcol, G. (1997). Lay explanations for poverty in Turkey and their determinants. The Journal of Social Psychology, 137(6), 728-738. Murnizam, H. & Webley, P. (2009). The attribution of Poverty Among Malaysian Students In The United Kingdoms. Kertas kerja yang dibentangkan di Southeast Asia Psychology Conference (SEAP), 2009, anjuran School of Psychology and Social Work, 9-11 Julai, Universiti Malaysia Sabah. Nasser, R., & Abouchedid, K. (2001). Causal attribution of poverty among Lebanese University students. Current Research in Social Psychology, 6(14), 205-220.

Nasser, R., Singhal, S., & Abouchedid, K. (2005). Causal attributions for poverty among Indian youth. Current Research in Social Psychology, 11(1), 1-13. Malaysia. (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Rozmi, I. (2011). Psikologi Sosial. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Saunders, P. (2002). The ends and mean of welfare: Coping with economic and social change in Australia. Cambridge: Cambridge University Press.

Wilson, W.J. (1987). The truly disadvantaged: the inner city, the underclass and public policy. Chicago IL: University of Chicago Press.

Wollie, C. W. (2009). Causal attributions for poverty among youths in BAhir Dar, Amhara Region, Ethiopia. Journal of Social, Evolutionary, and Cultural Psychology, 3(3), 251-272. Zainal Abidin, H. A. (2008). Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam Pembangunan Masyarakat Orang Asli. Dalam Ma’Rof, R. & Sarjit, S. G. (Pyt.), Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran (pp. 1-24). Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Zwick, W. R., & Velicer, W. F. (1982). Factors influencing four rules for determining the number of components to retain. Multivariate Behavioral Research, 17, 253-269.