Upload
margaret-payne
View
96
Download
16
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kaedah
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kathleen Chee (2010) mengatakan bahawa seni anyaman ialah milik
masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.
Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh
dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah
mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
sehingga ke hari ini. penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha
tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar
di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai.
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam pelbagai
motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai
suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas
(menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut
kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau
birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung. Kathleen Chee
(2010).
Cikgu Fazil (2013),telah mencatatkan Puan Aminah yang dilahirkan pada
tahun 1944, berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun
1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan
1
tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai
seorang ahli kraftangan anyaman. Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh kraf
anyaman yang terdapat di negara kita iaitu Cik Siah binti Jumaat berasal dari
negeri Terengganu telah mencipta kelarai Sambas, Puan Hajah Asiah bt. Salleh
dari negeri Terengganu telah mencipta kelarai Tapak harimau dan Puan Hajah
Semek juga dari negeri Terengganu telah mencipta kelarai Mak Mek.Selain itu,
Puan Esah binti Said dari negeri Kelantan telah mencipta kerai Sisik Kelah
manakala Puan Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta
kelarai bunga.
1.2 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU
Saya hanya mempunyai 2 tahun pengalaman mengajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pada tahun ini, saya diberi tanggungjawab
untuk mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual bagi tahap 1 iaitu tahun 3
Merah. Bilangan murid di dalam kelas ini adalah seramai 18 orang. Dunia Seni
Visual amat berguna dan bermakna kepada setiap orang murid. Mata pelajaran
Dunia Seni Visual ini berupaya membantu perkembangan emosi murid,
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Sepanjang mengajar Dunia Seni Visual di SJK(C) Kampung Baru Sungai
Nipah, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi murid tahun tiga Merah. Melalui
pemerhatian terhadap hasil kerja murid, saya berpendapat murid tahun tiga
2
Merah agak berpotensi, kreatif dan inovatif. Tetapi dalam keempat-empat bidang
kegiatan mata pelajaran Dunia Seni Visual, saya telah mendapati murid-murid
tidak dapat menguasai bidang mengenal kraf tradisional. Buktinya semasa saya
meneliti hasil karya murid yang bertajuk anyaman kelarai siku keluang.
Pada hari Selasa, 22 April 2014, saya telah menggunakan masa selama
satu jam untuk mengajar murid tahun tiga menghasilkan kraf anyaman kelarai
siku keluang.
Bagi memudahkan murid mempelajarai anyam kelarai siku keluang, saya
membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama, saya
menunjukkan cara-cara menganyam kelarai siku keluang. Seterusnya kumpulan
kedua dan ketiga. Murid-murid amat memerlukan pendedahan dan tunjuk ajar
dari guru untuk memahami cara-cara menanyam kelarai siku keluang. Tetapi
bagi murid-murid yang menunggu giliran telah tidak sabar. Mereka mula
bercakap dengan kawan-kawan atau menggunakan kertas warna yang dibawa
untuk dijadikan sebagai senapang. Saya mendapati cara ini dapat tidak dapat
mengawal disiplin kelas.
Selain itu, saya mendapati bahawa murid-murid tidak boleh menganyam
kelarai siku keluang dengan susunan yang betul dan tidak kekemasan. Masalah
ini kelihatan ketara apabila murid-murid menganyam tidak mengikut corak kelarai
siku keluang seperti yang dikehendaki. Mereka tidak akan berusaha sendiri jika
guru tidak memberikan perhatian.
3
Saya berasa kecewa dan tertarik untuk mengkaji masalah ini. Sebagai
seorang guru Pendikan Seni Visual, saya akan menangani masalah ini dengan
menggunakan kaedah tayangan iaitu menggunakan video visualizer untuk
membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menganyam kelarai siku
keluang.
1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
yang berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing (Open University Malaysia,2007). Hal ini
disokong oleh penyataan definisi kraf Tradisional di dalam Buku Sumber Guru
Pendidikan Seni KBSR iaitu sebagai perusahaan (kerja seni) yang diwarisi turun
temurun. (Kementerian Pendidikan, Malaysia 1998).
Menurut E-man (2008), “penghasilan barangan kraf tidak hanya dilakukan
secara tradisional, tetapi talah menjadi satu sumber ekonomi yang terpenting.
Keunikan, kemahiran dan kreativiti rakyat Malaysia telah menyebabkan seni kraf
Malaysia terkenal di luar Negara.”
Ee Ah Meng (1993), menekankan strategi pemusatan bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan penggunaan slaid dan
transparensi dapat membantu murid memahami sesuatu dengan lebih mudah,
cepat serta jitu penanggapannya. Slaid yang berwarna-warni akan menjadikan
pembelajaran lebih bermakna serta menyeronokkan lagi. Penggunaan slaid
4
hampir sama dengan penggunaan video visualizer. Gambar yang berwarna-
warni dapat ditayangkan dengan jelas dan dapat dibesarkan lagi. Dengan jelas,
penggunaan video visualizer dapat menarik minat murid.
Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad (2010),
menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas. Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau
pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya
daripada mudah ke sukar.. Menurut kajian Atan Long (1981), alat bantu
mengajar dibahagikan kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat
pandangan dan alat pandang-dengar. Pada tahun 1982, Atan Long menegaskan
lagi kajian beliau bahawa BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,
carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin.” Saya menggunakan
video visualizer sebagai alat tayangan untuk menayangkan langkah-langkah
menghasilkan anyaman kelarai siku keluang. Melalui alat video visualizer ini,
murid dapat memerhatikan langkah mengayam dengan jelas. Kajian ini terbukti
bahawa alat bantu mengajar harus melibatkan penggunaan deria, penglihatan
dan pendengaran seseorang pelajar.
Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1987). menyatakan bahawa
semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran
tersebut. Oleh sebab demikian, pengajaran yang menggunakan pelbagai
5
pancaindera adalah lebih berkesan terutamanya pengajaran aktiviti mengenal
motif anyaman.
Video visualizer merupakan media elektronik yang amat sesuai
digunakan untuk mengajar anyaman kelarai siku keluang. Ia merupakan sebuah
teknologi yang canggih dan memberi kelebihan dan kebaikan kepada guru.
Annuar Ayub (2010) mengatakan beliau membahagikan BBM kepada dua
kumpulan iaitu media elektronik (radio, televisyen, filem pita, piring hitam,
overhead projektor, makmal bahasa) dan media bukan elektronik (buku, carta,
kad imbasan, papan hitam, objek-objek dan benda-benda wujud). Selain dua
kumpulan tersebut, bahan bantu mengajar yang asas (papan hitam, buku teks
dan buku kerja) juga antara jenis bahan bantu mengajar, Mat Nor Hussin,
(1988). W.F. Connell (1981), di dalam buku Azizul Rahman Abdul Rahman &
Mohamad Saleeh Rahmad membahagikan sumber pengajaran kepada tiga
kategori iaitu alat bantu mengajar am (papan hitam dan buku bercetak), alat
pandang-dengar (model, patung, gambar, lukisan, gambar foto, graf, kartun,
radio, pita rakaman suara, alat pemain piring hitam dan sistem pembesar suara)
dan alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram dan mesin mengajar yang
berkaitan. Paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969), di dalam buku Azizul
Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad merumuskan BBM boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bahan media elektronik, bahan media
bukan elektronik dan bahan bercorak pengalaman ( lakonan, lawatan, projek,
pameran, bahan maujud dan sebagainya). Pengabungan video visualizer dan
lukisan atau gambar yang akan saya gunakan dapat meningkatkan kualiti dan
6
keberkesanan PDP. Kadah ini melibatkan penggunaan deria penglihatan dan
pendengaran pelajar. Pelajar dapat melihat contoh hasil karya dan langkah-
langkah mengayam kelarai siku keluang melalui tayangan video visualizer.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATIAN
2.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Berdasarkan refleksi yang telah saya buat, saya mendapati bahawa
murid-murid saya mengahdapi pelbagai masaalah dalam aktiviti menghasilkan
kraf tradisional anyaman kelarai siku keluang. Namum fokus kajian ini telah saya
kecilkan kepada skop yang lebih khusus iaitu kekurangan pengetahuan tentang
motif anyaman kelarai siku keluang dan menarik minat murid membuat anyaman
kelarai siku keluang itu sendiri.
Setelah membuat aktiviti menghasilkan anyaman kelarai siku keluang
pada kali pertama, saya berasa tidak memuaskan kerana tidak terjadi motif siku
keluang. Maka markah yang diperolehi oleh mereka juga terlalu rendah dan
kebanyakannya mendapat Gred C dan Gred D. Sebagai seorang guru, saya
menginginkan semua murid mendapat markah yang cermelang iaitu Gred A dan
sekurang-kurangnya Gred B. Hasil daripada analisis markah, didapati seramai 6
orang murid daripada jumlah 18 orang murid mendapat markah yang paling
rendah berdasarkan kriteria-kriteria pemarkahan yang telah dibuat.
7
Jadual 1 Markah 3 Merah Bagi Kraf Tradisional
Anyaman Kelarai Siku Keluang
GRED BILANGAN PERATUSAN(%)
A (80-100) 5 27.78%
B ( 60-79 ) 7 38.89%
C ( 40-59 ) 4 22.22%
D ( 0-39 ) 2 11.11%
JUMLAH 18 100%
Carta graf ini telah menunjukkan bahawa 6 orang murid dari tahun tiga
Merah dijadikan responden kajian. Pemilihan responden ini dibuat berdasarkan
kelemahan murid tidak dapat menghasilkan anyaman yang bermotif kelarai siku
keluang. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini kekurangan pengetahuan
tentang motif anyaman kelarai siku keluang dan cara membuat anyaman kelarai
siku keluang itu sendiri serta kurang berminat terhadap anyaman. Walaupun
telah diajar beberapa kali, tetapi mereka masih tidak memahami motif anyaman
kelarai siku keluang. Mereka lebih bergantung kepada guru untuk menolong
mereka menganyam motif siku keluang pada peringkat awal. Pada masa yang
sama, saya juga mendapati mereka kurang berminat untuk menganyam kerana
tidak dapat melihat langkah-langkah menganyam dengan jelas. Hasil karya
murid juga tidak kemas serta mengambil masa yang agak lama. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat disiapkan dalam masa yang diberikan dan
pengahasilan adalah tidak sempurna.
8
Fokus pada masalah dalam kajian ini ialah murid kekurangan
pengetahuan tentang motif anyaman kelarai siku keluang. Untuk mengatasi
masalah ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman
kelarai siku keluang kepada murid-murid melalui tayangan video visualizer. Saya
juga akan menjelaskan motif siku keluang yang seakan dengan gambar tangga,
agar murid dapat mengingati motif tersebut.
Bagi murid yang tidak tahu cara membuat anyaman kelarai siku keluang
dan kurang berminat terhadap anyaman, saya akan menggunakan kaedah
tayangan melalui video visualizer. Dengan kaedah ini, semua murid dapat
melihat langkah-langkah menganyam anyaman kelarai siku keluang dengan
jelas dan mudah difahami. Penambahbaikan ini dapat menarik minat murid
terhadap anyaman serta membantu murid menghasilkan anyaman kelarai siku
keluang dengan susunan motif yang betul dan kemas.
Dari segi kebolehtadbiran, penggunaan kaedah tayangan juga dapat
mengawal keadaan kelas kerana murid-murid dapat melihat langkah-langkah
yang ditunjukkan dengan jelas dan tidak perlu menunggu giliran untuk
mempelajari. Guru juga dapat memantau tingkah laku murid ketika melakukan
aktiviti di dalam kelas.
Pada masa yang sama, murid-murid mengambil masa yang agak lama
untuk menyelesaikan hasil karya tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya
bercadang mengecilkan saiz kertas lukisan.
9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap anyaman
kelarai siku keluang dengan menggunakan video visualizer dalam teknologi
maklumat dan kominikasi.
3.2 OBEKTIF KHUSUS
I. Meningkatkan kefahaman murid untuk menghasilkan anyaman kelarai
siku keluang melalui penggunakan video visualizer.
II. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan
cepat.
III. Meningkatkan minat murid terhadap anyaman kelarai siku keluang.
3.3 PERSOALAN KAJIAN
I. Bagaimanakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan
kefahaman murid mengenal motif anyaman kelarai siku keluang ?
II. Adakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat?
III. Adakah penggunaan video visualizer dapat meningkatkan minat murid
menganyam anyaman kelarai siku keluang?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bagi menjalankan kajian tindakan ini, seramai 6 orang responden dari
tahun tiga Merah telah dipilih sebagi responden. Responden ini terdiri daripada 3
10
orang lelaki dan 3 orang perempuan. Responden berumur dalam lingkungan 9
tahun dan 1 orang daripada 6 responden berbangsa India, yang lain adalah
berbangsa Cina. Responden-responden tahun 3 ini adalah dalam lingkungan
tahap pembelajaran yang sederhana. Kebanyakan responden di dalam kelas ini
menghabiskan masa mereka dalam kelas tuisyen, agar dapat mempertingkatkan
keputusan akedemik. Melalui maklumat yang saya perolehi tentang responden
yang dipilih, ibu bapa mereka sangat mengambil berat tentang keputusan
akademik sehingga mengabaikan seni visual. Melalui pemerhatian yang
dijalankan, saya mendapati responden-responden ini mempunyai masalah dalam
mengenali anyaman kelarai siku keluang dan cara menganyam serta kurang
berminat terhadap anyaman. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan hasil
karya dalam masa yang diberi.
Jadual 3 Jumlah responden bagi kelas 3 Merah
JANTINA BILANGAN PERATUSAN
Lelaki 3 50%
Perempuan 3 50%
Jumlah 6 100
5.0 PERANCANGAN KAJIAN
Sebelum kajian yang seterusnya dijalankan, tinjauan masalah yang
dikenalpasti akan dibuat supaya dapat dimahami dengan lebih mendalam. Kajian
tindakan ini dijalan berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin.
11
5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Set induksi
Bagi set induksi,saya ingin murid lebih memahami corak anyaman kelarai siku
keluang dahulu. Mula-mulanya, saya akan memberikan cebisan kertas kepada
setiap orang murid. Murid-murid menggelintir cebisan kertas, kemudian tampal di
petak-petak yang disediakan oleh guru. Murid-murid melihat corak di petak lalu
diterapkan dalam pengajaran pada hari ini.
Langkah pertama :
Pada langkah pertama, saya akan memaparkan gambar tangga kepada murid-
murid dengan menggunakan video visualizer. Saya mengkaitkan gambar tangga
dengan corak anyaman kelarai siku keluang agar mereka lebih faham akan
corak anyaman kelarai siku keluang. Selepas itu, guru memaparkan contoh hasil
kerja anyaman kelarai siku keluang.
Gambar tangga yang hampir sama dengan corak kelarai siku keluang.
Contoh hasil karya kelarai siku keluang.
Langkah kedua:
12
Saya mengagihkan bahan dan alatan kepada murid-murid. Saya akan
meletakkan gambar dan menunjukkan cara mengayam kelarai siku keluang
melalui alat video visualizer. Projektor akan menayangkan segala benda yang
terdapat di video visualizer ke skrin paparan. Penerangan dan tunjuk ajar dibuat
dengan menggunakan video visualizer supaya murid lebih memahami dan dapat
dilihat dengan jelas.
Langkah ketiga:
Langkah seterusnya, murid-murid mula menganyam tikar mengikut cara-cara
yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid boleh menganyam sambil melihat tunjuk
cara melalui video visualizer. Setelah beberapa kali ditunjukkkan cara-cara
mengayam, akhirnya murid-murid dikehendaki menganyam kelarai siku keluang
tanpa panduan daripada guru.
Guru mengayam kelarai siku keluang sambil
mendidik murid-murid dengan menggunakan
13
video visualizer.
5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA
5.2.1 PERANCANGAN
Dalam langkah pertama, saya telah memilih 6 orang responden dari tahun
tiga Merah. Responden-responden ini mendapat markah gred C dan gred
D.dalam hasil kerja anyaman kelarai siku keluang. Kelemahan responden-
responden telah dikenali pasti dalam aktiviti yang dijalankan sebelum ini.
Sebagai langkah menyelesaikan, saya telah membuat keputusan menggunakan
video visualizer untuk menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman
kelarai siku keluang kepada responden-responden melalui tayangan video
visualizer. Dengan adanya video visualizer, saya akan menjelaskan motif siku
keluang dengan menggunanakan tayangan gambar tangga, agar murid dapat
mengingati motof tersebut. Saya juga akan memberi pendedahan kepada para
14
Refleksi
Merancang
Bertindak
Memerhati
responden dengan menunjukkan contoh-contoh hasil karya anyaman kelarai siku
keluang melalui tayangan video visualizer. Selepas itu, semua responden
dibekalkan kertas lukisan dan kertas warna yang telah siap digunting. Alat-alat
dan bahan lain seperti gunting dan gam perlu dibawa sendiri.
Dalam perancangan mengumpul data, saya telah menggunakan kaedah
analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik untuk menjalankan kajian ini.
5.2.2 TINDAKAN
Setelah alat dan bahan disediakan, guru menggunakan video visualizer
untuk memperkenalkan anyaman kelarai siku keluang. Guru menekankan motif
anyaman kelarai siku keluang dengan menunjukkan gambar tanggal, agar
responden-responden dapat mengingati motif ini dengan mudah. Selepas itu,
guru menunjukkan beberapa contoh hasil karya anyaman kelarai siku keluang
kepada responden-responden melalui tayangan video visualizer.
Seterusnya, guru menunjukan langkah-langkah menganyam anyaman
kelarai siku keluang dengan mengggunakan tayangan video visualizer.
Responden-responden menganyam sambil memerhatikan langkah-langkah yang
ditunjuk. Hujung kertas warna hendaklah digamkan pada bahagian belakang
kertas lukisan untuk dikekalkan. Setelah ditunjukkan beberapa kali, responden-
responden dikehendaki menganyam anyaman kelarai siku keluang tanpa tunjuk
ajar guru.
15
Akhir sekali, responden-responden menggunting kertas warna yang
berlebihan untuk kekemasan. Aktiviti ini diambil gambar untuk membuat
pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik serta dijadikan bukti kajian.
5.2.3 PEMERHATIAN
Responden-responden dapat menghasilkan anyaman kelarai siku keluang
dengan kemas dalam masa yang ditetapkan. Semasa sesi apresiasi, responden-
responden menyatakan pendapat serta menghayati karya sendiri dan rakan.
Melalui penggunaan kaedah tayangan, responden-responden dapat memahami
motif kelarai siku keluang dan dapat belajar menganyam dengan mudah.
5.2.4 REFLEKSI
Satu rubrik pemarkahan telah disediakan untuk menilaian hasil kerja
responden-responden. Melalui rubrik pemarkahan, saya mendapati bahawa
kebanyakkan responden telah mendapat markah yang cermelang dan baik, iaitu
gred A dan gred B. Kali ini, hasil kerja tangan responden-responden sangat
kemas dan dapat menganyam dengan baik, sungguh berbeza dengan hasil
karya yang lalu. Kualiti hasil kerja responden telah ditingkatkan dan
ditambahbaik. Setelah menggunakan kaedah tayangan video visualizer,
responden-responden dapat menumpulkan perhatian untuk belajar menganyam.
Selain itu, ini juga telah menarikkan minat mereka terhadap kraf tradisional.
Dengan adanya tayangan yang menarik, kawalan kelas juga dapat dikawal
dengan baik dan tidak berasa bosan lagi.
5.3 PERANCANGAN CARA MENGALISIS DATA
16
Kaedah atau cara pengumpulan data dalam sesuatu kajian tindakan
adalah sebagai satu bukti untuk melihat kesahan sesuatu penyelidikan yang
dijalankan.
5.3.1 PEMERHATIAN
Aspek yang diberi perhatian adalah melibatkan kefahaman responden-
responden terhadap konsep anyaman, motif dan juga reaksi responden-
responden sepanjang aktiviti menganyam anyaman kelarai siku keluang
berlangsung.
5.3.2 ANALISIS DOKUMEN
Setiap hasil karya responden-responden yang telah diberikan gred dan
markah telah membantu saya mengumpulkan bahan bukti dan dapat mengesan
masalah yang dihadapi semasa menganyam anyaman kelarai siku keluang.
Rubrik pemarkahan yang telah disediakan lebih awal bagi memerhati empat
aspek yang mempengaruhi kemahiran responden-responden dalam menganyam
corak dan motif anyaman kelarai siku keluang. Aspek dinilai adalah melibatkan
ketepatan motif anyaman kelarai, susun atur motif anyaman dan kekemasan.
5.3.3 SOAL SELIDIK
Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan 6 penyataan soalan yang
telah dikaji. Responden-responden menanda aras respon mengenai penggunaan
kaedah tayangan video visualizer terhadap tajuk menganyam anyaman kelarai
siku keluang.
6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
17
6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
6.1.1 CARTA GANTT PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BAGI MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2014
Aktiviti Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt
Mengenal PastimasalahCadangan
Merancang
Melaksanakan
Mengumpul Data
Refleksi
Tulis laporan
Mulai bulan Januari, saya telah mengajar murid-murid menghasilkan
pelbagai jenis hasil karya seni. Dalam tempoh tiga bulan ini, saya telah
mendapati murid-murid tahun tiga ini mengalami masalah tidak boleh
mengayam kelarai siku keluang. Kebanyakkan murid tidak megenali motif siku
keluang. Hal ini menyebabkan mereka berkurang berminat untuk menghasilkan
anyaman tersebut. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid,
saya tertarik untuk mengkaji masalah ini.
Pada bulan April, saya telah mencari pelbagai jenis cadangan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid tahun tiga. Perbincangan
18
dengan panitia dan guru-guru di sekolah juga telah dijalankan bagi memilih
sebuah cadangan yang sesuai dengan murid tahun tiga.
Setelah cadangan ditentukan, saya menggunakan tiga bulan untuk
merancangkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dapat menarik minat
murid tahun tiga. Kaedah dan teknik pengajaran juga perlu diambil kira agar
sesuatu pengajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Pada bulan Jun, saya akan mulai melaksanakan segala perancangan
yang telah dibuat dan mengenal pasti peringkat-peringkat penting bagi mencapai
matlamat aktiviti dengan menentukan tarikh aktiviti.
Data-data yang dikumpul merupakan bukti yang terbaik. Perbandingan
gred sebelum dan selepas boleh dibuat bagi mencatatkan pencapaian murid
tahun tiga. Data-data tersebut hendaklah disimpam di dalam fail.
Refleksi ditulis bagi membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak
langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai
semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan
pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-
alternatif dalam membuat keputusan.
Akhir sekali, sebuah laporan ditulis bermula dengan cadangan yang
diambil, aktiviti-aktiviti yang dirancang serta masalah yang dihadapi memasa
melaksanakan aktiviti tersebut.
6.2 KOS KAJIAN
19
Bil Bahan Kuantiti Harga
1 Video visualizer 1 RM 720.00
2 Gambar 1 RM 1.00
3 Contoh hasil karya 3 RM 10.00
4 Kertas lukisan 12 RM 2.40
5 Kertas warna 12 RM 1.20
Jumlah kos RM745.40
7.0 SENARAI RUJUKAN
20
Annuar Ayub (2010).Belajar Secara Berkesan Di Sekolah.Kuala Lumpur: Institut Terjemah Negara Malaysia Berhad.
Atan Long (1981). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publising Sdn.Bhd.
Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahmad (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Cikgu Fazil (2013). Tokoh-tokoh anyaman . dimuat turun pada 1 Ogos 2014 daripada http://secretofart.blogspot.com/2011/01/tokoh-anyaman.html
Ee Ah Meng (1993). Pedagogi II Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.
e-man (2008). Anyaman. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
Kathleen Chee (2010). Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Perincian Sukatan Pelajaran: Mata Pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab. Rashid. (1987). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Rousliluddin et al.(2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Modul Open University Malaysia
21