6
OBJEKTIF i. Menelusuri kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W ketika remaja. ii. Meneladani sifat ‘al-Amin’ dalam kehidupan seharian. 1. 0 MUQADDIMAH Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan berpandangan bernas. Ketika usia Nabi Muhammad S.A.W mencecah 25 tahun, Baginda sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidup termasuk penglibatan Baginda di dalam dunia perdagangan serta peristiwa peletakan Hajarul Aswad. Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia dalam kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegakkan kebenaran. Pelbagai peristiwa Baginda lalui dan diuji dengan ujian yang sangat berat sehinggakan sukar sekali bagi kita bayangkan bagaimana Baginda boleh membesar dengan begitu sempurna. Permulaan hidupnya yang dipenuhi kisah sedih adalah permulaan yang akhirnya membentuk Nabi Muhammad dengan sahsiah mulia dan bersemangat waja. Moga-moga kita mendapat pengajaran berharga daripada kisah ini. 2. 0 PERISTIWA Tarikh secara tepat peristiwa ini tidak dapat dinyatakan kerana hanya beberapa kitab sahaja menyatakan pristiwa ini berlaku semasa umur Baginda mencecah 35 tahun. 2. 1 PENYERTAAN RASULULLAH S.A.W DALAM USAHA MEMBINA SEMULA KAABAH. Kaabah ini telah dibina oleh Sayyidina Ibrahim a.s untuk mengerjakan ibadah kepada Allah S.A.W. Pembinaan dapat dilaksanakan selepas mengalami DISKUSI 9 : MUHAMMAD : THE MOST TRUSTWORTHY

[2] DISKUSI KE-9

  • Upload
    dzarrin

  • View
    10

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Silibus Smart Group

Citation preview

OBJEKTIF

i. Menelusuri kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W ketika remaja.

ii. Meneladani sifat ‘al-Amin’ dalam kehidupan seharian.

1. 0 MUQADDIMAH

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan

berpandangan bernas. Ketika usia Nabi Muhammad S.A.W mencecah 25 tahun,

Baginda sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidup termasuk penglibatan

Baginda di dalam dunia perdagangan serta peristiwa peletakan Hajarul Aswad.

Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak

terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia dalam

kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya,

benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia

pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka

menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat

yang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai

seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan,

memberi makan kepada tetamu dan menolong menegakkan kebenaran.

Pelbagai peristiwa Baginda lalui dan diuji dengan ujian yang sangat berat

sehinggakan sukar sekali bagi kita bayangkan bagaimana Baginda boleh membesar

dengan begitu sempurna. Permulaan hidupnya yang dipenuhi kisah sedih adalah

permulaan yang akhirnya membentuk Nabi Muhammad dengan sahsiah mulia dan

bersemangat waja. Moga-moga kita mendapat pengajaran berharga daripada kisah

ini.

2. 0 PERISTIWA

Tarikh secara tepat peristiwa ini tidak dapat dinyatakan kerana hanya beberapa kitab

sahaja menyatakan pristiwa ini berlaku semasa umur Baginda mencecah 35 tahun.

2. 1 PENYERTAAN RASULULLAH S.A.W DALAM USAHA MEMBINA SEMULA

KAABAH.

Kaabah ini telah dibina oleh Sayyidina Ibrahim a.s untuk mengerjakan ibadah

kepada Allah S.A.W. Pembinaan dapat dilaksanakan selepas mengalami

DISKUSI 9 :

MUHAMMAD : THE MOST TRUSTWORTHY

beberapa persengketaan dan permusuhan dengan para penyembah berhala.

Pembinaan ini diselenggarakan mengikut wahyu Ilahi seperti yang tersebut

dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar

Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada

kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi

Maha mengetahui. ”

(Surah al-Baqarah : 127)

Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu,

penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan

memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu.

Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali

sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan

riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain. Mereka takut untuk

merobohkannnya, namun al-Walid bin al-Mughirah al-Mukhzumi memulakan

perubahan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkena sebarang bala,

barulah orang-orang lain berani bertindak merobohkannya, dan terus mereka

merobohkan bangunan yang lama ini hinggalah sampai ke asas yang dibina

oleh Saidina Ibrahim, setelah itu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di

mana mereka membahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap

qabilah bertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yang

dipertanggungjawab kepadanya, semua kerja adalah di bawah seliaan

seorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum.

Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletakkan Hajarul Aswad

ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat

penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap kabilah

ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat

sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka

bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk

Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram ) sebagai hakim.

Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu

ialah Rasulullah S.A.W. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini

al-Amin (gelaran kepada Rasulullah S.A.W. ). Kami rela dengan hukumannya.

Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda

menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh

semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya,

kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda

kemudiannya meminta setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila

mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya,

Baginda mengambil dan meletakkan ke tempatnya dengan tangan Baginda.

Mereka semua berpuas hati.

Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang

Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu

tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

2. 2 SEJARAH RINGKAS

Semasa remaja, Baginda S.A.W. dikenali sebagai seorang yang jujur dan

amanah dalam kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik,

menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi

baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda

agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kabilah yang pergi

ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan

kepada Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada

lelaki daripada kaumnya sendiri.

Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah

menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga

melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut.

Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada

yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar

Baginda.

Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih

muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik

terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau

ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan

menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-

kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu. Kamu

menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi

pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong

mereka yang berhak.

3. 0 PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Dari potongan sejarah Rasulullah S.A.W ini kita cuba membuat komentar dan ulasan

mengenai beberapa perkara:

1. Keagungan dan kemuliaan Kaabah sejak zaman berzaman. Ini dapat

dipastikan melalui usaha Sayyidina Ibrahim a.s yang telah meletakkan batu

asas pembinaannya. Kesemuanya ini dilakukan mengikut apa yang telah

disuruh dan diperintahkan oleh Allah S.A.W untuk dijadikan rumah yang

ulung dan pertama untuk menunaikan ibadah kepada Allah dan sebagai

tempat keamanan dan kesejahteraan umat manusia seluruhnya.

Walaupun Kaabah itu agung dan mulia di sisi Allah tetapi ini tidak bererti pula

bahawa Kaabah ini boleh memberi sesuatu kesan dan pengaruh terhadap

mereka yang melakukan tawaf di sekeliingnya kerana Kaabah itu adalah batu

yang tidak boleh memberi sebarang manfaat atau mudharat. Allah

mengutuskan Ibrahim a.s buat merubah berhala, kuil dan candi-candi malah

menyapu licin sebarang kesán penyembahan berhala. Ini semata-mata untuk

membuktikan hikmat Ilahi bahawa rumah ibadat Allah sahaja yang boleh

tegak dan kekal sedangkan yang lain yang membawa unsur-unsur

mensyirikkan Tuhan sudah tidak harus wujud lagi. Beberapa masa lampau

manusia telah menghabiskan masa hidupnya dengan menyembah berhala

buatan tangan mereka sendiri maka kini sudah sampai masanya kepalsuan

tadi dibenteras dan dihapuskan sama sekali dan muka bumi serta digantikan

tempatnya itu dengan satu lambang dan tema baru iaitu menyembah Tuhan

yang Maha Esa, manusia akan bersua dan berdiri tunduk kepada Maha

Pencipta alam sejagat.

Sekiranya mereka yang beriman dengan Tuhan yang Esa dan percayakan

kepada agama yang diturunkan memerlukan kepada ikatan yang

menghubungkan mereka yang tinggal di merata pelusuk dunia, maka Kaabah

tadi sudah sewajarnya dijadikan simbolik utama ke arah percantuman ini. Di

sini Kaabah melambangkan syi’ar perpaduan umat Islam dan tempat

pancaran sinaran tauhid.

Firman Tuhan yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika kami menjadikan rumah (Baitullah) itu tempat

berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikaniah

sebahagian maqam Ibrahim tempat sembahyang. ”

(Surah al-Baqarah : 125)

Inilah tujuan yang dapat dilihat oleh mereka yang mengerjakan tawaf di

Baitul Haram setelah hati nuraninya di pancar dengan rasa kehambaan

kepada Tuhan demi melaksanakan segala suruhanNya.

2. Sejauh manakah kebijaksanaan Rasulullah dalam menghadapi dan

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dan menghapuskan

persengketaan. Selalunya perselisihan yang berlaku di antara dua puak akan

berakhir dengan pertumpahan darah. Keupayaan Nabi Muhammad S.A.W

mendamaikan puak-puak yang berselisih faham tadi adalah satu anugerah

Ilahi kepada Baginda sebagai seorang Nabi.

Dan sini dapatlah kita faham bahawa faktor utama dalam pembentukan diri

Nabi Muhammad S.A.W ialah keRasulan dan keNabiannya sementara anasir-

anasir yang lain merupakan faktor tambahan sahaja.

3. Ketinggian dan kelebihan Nabi Muhammad S.A.W di kalangan orang-orang

Quraisy sehingga mereka pada umumnya mempercayai dengan penuh segala

percakapan serta menyanjung tinggi akhlaq dan pekerti Nabi Muhammad

S.A.W sehingga Baginda digelar “al-Amin”.

4. Sekiranya pendakwah berada pada kedudukan yang mulia dalam kalangan

masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya.

Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pendakwah

sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau

keturunan yang hina. Mereka hanya mampu mereka-reka fitnah bagi

melepaskan diri daripada mendengar dakwah atau kata-katanya.

Oleh kerana itu, setelah Rasul S.A.W. mengirimkan surat kepada Hercules

(Maharaja Rom) mengajak beliau dan kaumnya kepada Islam, soalan pertama

yang ditanyakan oleh Hercules kepada Abu Suffian ialah: "Bagaimanakah

keturunan Muhammad dalam masyarakatmu?" Abu Suffian menjawab,

(ketika itu beliau masih lagi musyrik): "Dia daripada keturunan kami yang

paling mulia. " Apabila Hercules selesai bertanya dan mendengar jawapan

Abu Suffian tentang diri Baginda, Hercules menerangkan rahsia soalan soalan

yang dikemukakannya. Hercules berkata kepada Abu Suffian: "Aku tanyakan

kepadamu, bagaimanakah keturunannya? Kamu mendakwa bahawa dia

daripada keturunan kamu yang paling mulia. Demikianlah, Allah hanya

memilih nabi daripada golongan yang mulia dalam kaumnya dan mempunyai

keturunan yang paling baik. "

Benar, Islam tidak meletak apa-apa nilai kepada kemuliaan keturunan dalam

menilai amalan seseorang. Namun, seseorang menjadi lebih mulia,

berkedudukan dan mudah menempa kejayaan jika dia berketurunan dan

berperibadi mulia. Sebagaimana dalam sebuah hadith sahih disebut:

اهلية ف خيارهم الم ف خيارهم ال فقهوا إذا اإلس

Mereka yang terpilih semasa jahiliah adalah juga mereka yang terpilih

semasa Islam sekiranya mereka memahami.

5. Hanya orang yang cerdik dan cerdas layak memegang tampuk dakwah dan

kepimpinannnya. Bahkan antara peraturan hidup, mereka yang bodoh,

berpemikiran bercelaru dan pelik, tidak layak memimpin mana-mana bidang

kehidupan. Sekiranya secara kebetulan atau situasi yang ada memberi

peluang kepada mereka untuk memegang pusat kepimpinan, dia akan jatuh

menjunam. Masyarakat akan memecatnya setelah mendapati tindak

tanduknya menunjukkan kebodohan, kejanggalan dan pemikirannya yang

bercelaru.

6. Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang

mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk

mendengar seruannya.

7. Pengalaman pendakwah berkelana, bergaul dengan orang ramai, memahami

adat, situasi dan masalah mereka, memberi kesan besar kepada kejayaan

dakwahnya.

RUJUKAN

1. Al-Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy.

2. Sahih Sirah Nabawiah, Ibrahim Al ‘ali.

3. Fiqh sirah, AlButi.

4. Perjalanan Hidup Nabi Mumammad S.A.W, Kajian dan Pengajaran ( As Sirah Nabawiah), Dr Mustafa

As Siba’ei.