19
1

2 BeST - isl · PDF fileDengan perisian yang lebih padat dan cepat serta enjin pencarian yang lebih pantas, kesemua ciptaan canggih teknologi ini membolehkan kita tidak perlu memproses

  • Upload
    ngoque

  • View
    236

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

1

2

BeST

Learn While You Asleep

Lina Karim Diploma in App Science, Certified NeuroLinguistic Programming

Practitioner, NFNLP (US), Clinical Diploma in Aromatheraphy, IFPA (UK), Certified Ericsonian Hypnotist, AAH (US)

3

Isi Kandungan

Kata Penghantar ……………………………………………………………………………… 6 Pengenalan …………………………………………………………………………………… 9 Belajar Semasa Berjaga …………………………………………………………………… 15 Belajar Semasa Khayal - Semasa Mengelamun …………………………………………………………… 17 - Semasa Bosan …………………………………………………………………….. 18 - Semasa Hipnosis …………………………………………………………………. 19 FAHAMI MINDA - Minda Sedar dan Minda Bawah Sedar ………………………………. 21 - Struktur Minda …………………………………………………………………… 24 - Pembelajaran dan Kelupaan ………………………………………………. 26 - Minda Bawah Sedar …………………………………………………………… 27 - Hubungan Minda Bawah Sedar Semasa Tidur …………………….. 31 - Kuasa Minda Bawah Sedar ………………………………………………….. 33 - Garis Pemisah Antara Minda ……………………………………………… 35 - Mesej Visual Bawah Sedar (Subliminal Visual Message ……….. 40 Tentang Tidur - Pengenalan ………………………………………………………………………….. 46 - Tidur dan Mimpi Dalam Islam ……………………………………………… 52 - Mimpi dan Minda Separuh Sedar …………………………………………. 54 - 7 Klasifikasi Mimpi Palsu & 5 Klasifikasi Mimpi Benar ...………. 56

Panduan Menafsir Mimpi ……………………………………………………. 59 - 5 Langkah Berbual Dengan Anak Tentang Mimpi ………………….. 60 - Contoh Kaedah Menafsir Mimpi ………………………………………….. 61 - Mimpi Penghafal Al Quran ……………………………………………………. 64 Tidur Dalam Islam - Tidur itu Mati Sementara …………………………………………………. 66

4

- Tidur dan Produktiviti ………………………………………………………… 67 - Tidur Di Siang Hari ……………………………………………………………… 69 - Panjang Masa Yang Diperlukan Untuk Tidur ……………………….. 71 - Posisi Tidur …………………………………………………………………………. 72

Belajar Semasa Tidur (BeST) - Pengenalan BeST …………………………………………………………………. 74 - Bau dan Memori …………………………………………………………………. 76 - Gelombang Otak Ketika Tidur & Tidak Tidur ……………………… 81 - Teori BeST …………………………………………………………………………. 90 - Prosedur BeST ……………………………………………………………………. 95 - Rasional Menggunakan BeST ………………………………………………. 98 - Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Kepada BeST ……………….. 102 - Kekerapan Latihan ……………………………………………………………… 104 - Kesan Negatif BeST ……………………………………………………………… 104 - Minda dan Persepsi …………………………………………………………… 106 - Langkah Pemahaman BeST …………………………………………………. 109 - Adakah BeST Relevan? ……………………………………………………….. 111 - Motivasi Diri ……………………………………………………………………… 114 Aplikasi BeST pada Darwish & Darwisya - Pengenalan ………………………………………………………………………. 117 - Perkembangan Minda Emosi …………………………………………….. 119 - Kisah Al Quran dan Ketiduran ……………………………………………… 120 - Saranan …………………………………………………………………………….. 124 - Kaedah Darwish & Darwisya ………………………………………………. 125 - Kesimpulan ………………………………………………………………………… 128

5

Kata Pengantar Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menurunkan ilmuNya ke atas umat manusia. Mencapai impian menjadi penghafal al Quran tidak sukar jika ada ilmu tentangnya. Hanya dengan izinNya seseorang itu menjadi ahli terpilih (ahlul Quran) dalam ramai manusia di muka bumi ini. “Orang yang ahli (membaca) Al-Qur’an adalah orang yang terdekat dan istimewa (di sisi) Allah.” –(HR Ahmad 3/127 dan Ibnu Majah no. 215, dinyatakan shahih oleh Syaikh al-Albani) Kaedah yang pelbagai banyak dikongsikan di dalam buku keluaran fizikal yang berada di pasaran. Saya sarankan untuk anda dapatkannya bagi menambah ilmu pengetahuan. Apa yang dikongsi dalam penulisan ebook ini lebih menjurus kepada pemahaman dan kepercayaan bahawa al Quran itu masih boleh dipelajarai bukan sahaja sewaktu siangnya dengan kaedah yang anda pilih (dari seminar atau buku) malah ia boleh dipelajari ketika tidur. Allah s.w.t berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah memudahkan al Quran untuk diingat, maka adakah yang mahu mengambil pelajaran?” (Surah Qamar ayat 17)

6

Amatlah rugi jika amalan Best (Belajar Semasa Tidur) ini jika tidak dilakukan dari anak itu masih kecil. Usia bayi ini adalah usia ia mudah menyerap apa sahaja dimasa jaga dan dimasa tidurnya. Ia membolehkan seseorang mudah menghafal al Quran pada waktu ia mahu mula menghafalnya nanti. Dan yang paling penting adalah ia memperkuatkan apa yang telah dihafalnya sewaktu jaganya tadi.

Gunakanlah kemudahan yang sedia ada dizaman ini untuk memudahkan usaha mengajar dan belajar untuk anak-anak kita. Kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti MP3 Player, radio CD dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu dulu kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman mu”. Bukan sahaja kemudahan elektronik yang berlainan antara zaman dahulu dan sekarang, malah ia juga termasuk kemudahan mendapatkan ilmu. Contohnya, anda mendapatkan ilmu didalam buku atau ebook yang dibaca ini tanpa keluar dari rumah untuk membelinya. Semoga buku ini membantu dalam menyampaikan ilmu ‘lama’ ini yang mungkin adalah ilmu terbaru bagi diri pembaca seperti anda. Semoga ianya bermanfaat.

Lina Karim

7

PENGENALAN MEMORI adalah skill (kemahiran) yang paling mustahak didalam kehidupan kita. Tanpa memori kita tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir. Tanpa memori kita kehilangan dayausaha untuk berkomunikasi dengan lancar dan teratur. Tanpanya, kita tidak dapat mengekspresi diri demi menjalin silaturrahim atau ukhuwah, bekerja dan berinteraksi. Malah, kalau dilihat mereka yang mengalami penyakit Alzheimer’s yang serius, mereka tidak dapat mengenal siapa dan lupa identiti atau siapa diri mereka sendiri. Memori berkait rapat dengan otak kita. Untuk memahami memori, kita perlu memahami bagaimana otak bekerja dalam memproses maklumat atau ingatan. Otak mengeluarkan tenaga elektrik untuk menghantar signal ke bahagian otak yang lain.

Otak kita terdiri daripada berbilion-bilion sel khusus yang dipanggil neuron. Sel-sel ini membentuk ribuan sambungan antara satu sama lain membentuk rangkaian yang kompleks dan sentiasa berubah.

Neuron menghantar maklumat menggunakan signal elektrik dan kimia. Setiap kali kita mempelajari sesuatu yang baru, sambungan, atau sinaps, antara neuron akan mengukuh. Ia juga boleh membuat sambungan baru.

8

Proses ini akan terjadi setiap kali kita belajar kemahiran baru, hafalan baru, menyimpan atau memproses maklumat baru.

Jika lebih banyak kita melatih otak untuk menyimpan, dan memproses maklumat, lebih banyak sambungan akan berlaku. Akan lebih besar kapasiti otak seseorang itu. Namun, di zaman ini, proses penting untuk melatih otak mencapai tahap potensi ideal ini seakan terhapus secara perlahan-lahan. Tanpa kita sedari kemahiran memori kita terus berkurang dengan lebih canggihnya teknologi. Sebelum adanya telefon bimbit, saya boleh mengingati nombor telefon dengan banyaknya. Sekarang ini, tanpa ‘contact list’ di memori telefon bimbit saya, saya kehilangan punca bagaimana mahu menghubungi rakan atau sahabat yang di

fikiran. Malah tanpa ‘waze’ atau ‘google maps’, saya selalu kesesatan, apatah lagi destinasi yang jarang saya kunjungi. Teknologi akan terus berkembang dengan mendadak berlipat kali ganda didalam masa yang amat singkat. Dahulu kita ada telefon bimbit sebesar batu bata. Hanya fungsi membuat dan menerima panggilan sahaja yang ada. Harganya melebihi RM5500. Sangat mahal!

Tidak sampai dua tahun selepas itu, telefon bimbit bersaiz sebesar sekeping roti dan berharga lebih dari RM3500. Masih mahal dan diluar kemampuan ramai orang biasa.

9

Sekarang ini, kita ada ‘smart phone’ yang sekecil atau lebih kecil dari saiz tapak tangan kita. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan boleh dibeli semurah RM350. Dan yang lebih canggih seperti iPhone 6 dan Samsung Galaxy Edge berharga kurang dari RM2000 mempunyai memori yang tinggi, camera pixel mengalahkan kamera biasa, dan boleh muat turun berbagai apps. Teknologi canggih sebegini menjerumus memori kita lebih bergantung kapadanya. Di masa akan datang dikatakan manusia tidak memerlukan laptop kerana semua boleh dilakukan melalui handphone. Semakin canggih teknologi, semakin menguncup otak kita kerana ianya akan semakin kurang digunakan. Seperti badan yang memerlukan exercise untuk sihat, otak dan minda kita juga perlu aktiviti ‘senaman’ untuk terus cergas menggalak dan menguatkan memori. Tanpa otak yang sihat, proses pembelajaran yang efektif juga akan terjejas.

“Informasi dihujung jari”. “Apa yang kita ingin tahu? Senang aje, tanya Pakcik Google”. Kita lihat harga memori chips komputer semakin rendah, makin tinggi kuasa pemprosesannya dan makin kecil pakej produk komputer yang dicipta. Dulunya kita disediakan dengan desktop

komputer. Kemudian laptop. Disusul pula dengan mini laptop. Diramalkan, Google akan mencipta komputer yang boleh dipakai dan dilihat melalui kaca mata khas ciptaannya. Dengan perisian yang lebih padat dan cepat serta enjin pencarian yang lebih pantas, kesemua ciptaan canggih teknologi ini membolehkan kita tidak perlu memproses carian diotak kita sendiri. Kerja penyetoran dan

10

memproses maklumat yang sepatutnya menjadi tugas otak sudah tidak releven dizaman milenia ini. Hanya perlu Google, Yahoo, Firefox. Kita hanya perlu jari jemari menekan butang papan kekunci untuk menyingkap apa jua informasi didalam memori teknologi ini. Malah ia tersedia didalam format digital dan HD (high-definition). Persolanya ‘Apa akan terjadi kapada memori biologi

didalam otak atau minda kita? Mahukah kita biarkan memori ini tidur tidak digunakan dan terus malap?’

Bukti penyelidikan telah menunjukkan anak muda kita digenerasi sekarang ini kurang menggunakan memori biologi berbanding dengan orang terdahulu. Perubahan seperti yang terjadi pada teknolologi juga telah berlaku pada al Quran beberapa ratus tahun dahulu dengan terciptanya tulisan dan percetakan. Sejarah menyatakan bahawa al-

Quran adalah wahyu Allah yang disampaikan kapada Nabi Muhammad SAW oleh malaikat Jibril. Nabi Muhammad SAW pula telah berkongsi ayat ayat al-Quran tersebut melalui lisan yang dihafaz kepada pengikut baginda termasuk sahabat-sahabat baginda. Seterusnya, sahabat sahabat Nabi menyampai, mengajar dan mengembangkan agama Islam menerusi ayat ayat al-Quran yang dihafaz didalam memori. Ramai mereka yang boleh menghafaz keseluruhan al-Quran seluruh al Quran! Ini tidak termasuk menghafal ribuan hadis. Idea pengumpulan al Quran bermula apabila ramainya penghafal al Quran iaitu sebanyak 70 qurra’ telah syahid dalam perang Yamamah. Kerana bimbang di masa akan datang al Quran yang didalam hafalan para sahabat yang masih hidup ketika itu akan hilang dengan kematian mereka, Umar al-khattab mencadangkan kepada Abu Bakar r.a. supaya al-Quran

Persolannya ‘Apa akan terjadi kapada memori biologi didalam otak atau minda kita? Mahukah kita biarkan memori ini tidur tidak digunakan dan terus malap?’

11

dikumpul , ditulis dan dibukukan dalam bentuk kitab kerana dibimbangi al-Quran akan hilang dan dilupai. Alhamdulillah, idea yang tidaklah terus mendapat persetujuan Saidina Abu Bakar ketika itu, akhirnya dibukakan hati oleh Allah untuk direalisasikan. Berpeluanglah manusia termasuk kita dan anak-anak kita untuk menghafal dan menjadi ahli al Quran. Kini al Quran melangkah jauh dari arena penulisan di atas kertas. Ia sekarang sudah wujud di apps telefon bimbit orang muslim yang berminat untuk memuat turun (download) al Quran tersebut. Bukan sahaja punya tulisannya, malah bacaan Qarinya sekali. Manusia sudah mula berkata, tidak perlu untuk menghafal kerana kita sudah ada aplikasi ini dimana al Quran boleh dibawa ke mana-mana. Kita sudah boleh bergelar al Quran berjalan dengan membawa handphone ketika berjalan. Apakah alasan lain lagi untuk kita tidak menggunakan otak kita? Bukankah menghafal al Quran adalah ubat dalam zaman teknologi yang sudah melupakan tugas otak untuk digunakan bagaimana? Ia adalah ubat untuk penyakit lupa atau nyanyuk. Otak, minda dan seterusnya memori amat penting didalam pembelajaran. Kalau secara biologinya memori kita ini tidak diperkuat dan diperkayakan, kita tidak akan berupaya memajukan proses pembelajaran, maka rugilah kita didalam memperjuangkan hidup kita ini. Kita boleh selarikan kemajuan teknologi dengan peningkatan memori biologi. Kita tidak mahu kerana terlalu bergantung kapada peningkatan teknologi, kita mundurkan keupayaan memori biologi. Otak Kelas, Minda Cergas, Memori Pantas Pembelajaran Cerdas!

Oleh itu amatlah penting untuk kita mencari strategi dan applikasi mempertingkat dan memperkuat keupayaan memori kearah pencapaian pembelajaran yang berkualiti. Kebolehan kita mengisi informasi kedalam memori diotak dan minda membolehkan kita membawanya kemana mana dan bila bila masa. Teknologi dan material merupakan

12

pelengkap bukannya pengganti memori kita.

Teknologi dan material merupakan pelengkap bukannya pengganti kapada memori kita.

13

BELAJAR SEMASA BERJAGA

Kita dianugerahkan dengan lima deria (senses) membolehkan kita belajar dan mengalami nikmat hidup. Lihat dengan mata. Dengar dengan telinga. Rasa (taste) dengan lidah. Bau hidu dengan hidung. Dan sentuh (touch) dengan kulit . Apabila kita mahir menggunakan kelima lima deria ini, kita akan dapat membentuk ‘the sixth sense’.

Daripada deria-deria ini, kita dapat mengumpul fakta dan informasi dan disimpan didalam memori dibahagian otak. Informasi ini akan digunakan didalam segala keputusan yang dibuat sebelum menggerakan tubuh badan kita. Proses membuat keputusan dan seterusnya menggerakkan perilaku emosi dan tubuh menjadi pengalaman dan pengetahuan. Pembelajaran terjadi. Proses ini pula menjadi fakta dan informasi yang secara otomatis tersimpan didalam memori dibahagian otak. Oleh itu, otak kita memainkan peranan terpenting membolehkan kita ‘belajar’ dari pengalaman dan pengetahuan ini dan ‘menyimpan’ apa yang dipelajari menjadi ingatan dan kenangan. Ada yang tersimpan lama. Dan banyak juga yang terlupa. Adakah anda tahu bahawa ‘lupa’ itu adalah satu keupayaan otak bagi melindung emosi dan tubuh kita? Bayangkan sesuatu yang menyakitkan hati atau tragedi yang tidak diingini terjadi. Apakah kita mahu setiap inci maklumatnya tersimpan kemas didalam minda kita? Jika ianya begitu, ia akan memburukkan keadaan, menyebabkan kita tidak boleh melangkah kedepan dan terus hidup, maka otak akan memberi arahan untuk ianya di proses sebagai maklumat yang perlu dilupakan. Lupa itu menyelamatkan kita.

14

Namun, lupa juga boleh menimbulkan masalah untuk kita. Kita lupa perkara yang sepatutnya kita tidak perlu lupa. Otak menerima banyak informasi setiap hari. Ia secara sistematiknya akan menyimpan informasi ini dalam satu sistem teratur jika kita menyusunnya menggunakan pelbagai kaedah memori. Ada pelbagai kaedah menyusun informasi antaranya memory pegging, memory linking, memory rhyming dan pelbagai lagi. Sebahagiannya saya ada kongikan dalam Kursus Right Brain yang saya anjurkan di IPN. Bagi informasi yang tidak disusun oleh kita, yang diterima secara rawak, otak akan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak penting kepada kita. Lebih-lebih lagi kita tidak mengulang untuk mengingatnya. Maka lebih lagi ia fikir bahawa ianya tidak penting untuk kita. Perkara yang tidak penting, akan di proses ke bahagian ‘lupa’. Kembali kepada perbincangan tentang deria kita yang lima, kita dapat mengguna dan menggerakkan deria ini semasa kita dalam keadaan berjaga. Tidak dapat disangkal nikmat Allah ini aktif semasa kita mengerjakan sesuatu semasa kita berjaga. Mata kita melihat, telinga kita mendengar, lidah kita merasa, hidung kita menikmati bau dan kulit kita terasa dek sentuhan. Otak kita ligat memainkan peranannya. Apa tidaknya, lebih 16 jam sehari kita berjaga. Kita belajar semasa kita berjaga.

15

Belajar Semasa Khayal Termenung mengelamun Pernahkah anda mengelamun dan berkhayal semasa didalam perjalanan menaiki kereta atau kapal terbang? Kita merenung jauh dalam khayalan tidak menyedari keadaan sekeliling. Pada masa itu, bermain diminda kita berbagai gambaran dan ingatan masa lampau dengan sendirinya. Tidak tahu bagaimana ia terjadi begitu. Kenangan ini berlaku tanpa dikawal. Ikut suka hati ‘dia’. ‘Dia’ yang saya maksudkan adalah minda bawah sedar. Tatkala keadaan kita mengelamun, minda sedar kita didalam keadaan tenang dan relaks. Dimasa beginilah minda bawah sedar mengambil peluang untuk aktif. Pembelajaran dari informasi dan kisah lama yang telah terpahat sekian lama disimpan didalam memori diminda bawah sedar menyusur bermain difikiran semasa minda melayang dalam khayalan. Semasa melakukan sesuatu Untuk mencapai tahap khusyu’ dalam Solat adalah sesuatu yang boleh tetapi perlu hati yang benar-benar ingin kekhusyukkan dengan daya fokus yang tinggi. Suami

saya pernah berkata, waktu empat rakaat solat fardhu lah mudah untuk mindanya menjelajah satu dunia. Tidak seperti mengelamun, kita aktif melakukan solat dan bersungguh untuk mengawal minda sedar agar dapat mengadu doa dengan Allah. Pada masa yang sama, keadaan ini juga membuat minda sedar kita relaks dan tersasar arah. Apabila ini terjadi, minda bawah sedar

menyusur keluar bermain diminda kita. Itu yang membuat fikiran kita merayau ke Mekah, ke London, New York atau ke mana-mana sahaja terutama tempat kita

16

banyak menghabiskan masa melakukan tugas dan tanggungjawab yang belum selesai. Contoh, laporan yang belum selesai untuk di hantar ke majikan atau baju yang belum berangkat dari sidaian. Boleh jadi juga waktu solat adalah waktu fikiran kita melayan memori manis yang lama tertanam didalam memori minda bawah sedar yang menunggu masa sesuai (waktu solat) untuk menerjah timbul bermain didalam fikiran sedar. Anda pernah mengalami situasi dimana anda memandu, tanpa sedar, anda sudah sampai tempat yang dituju? Sekejap saja masa rasanya. Atau anda tersasar sesat ke tempat lain. Suami saya kerap menyindir saya sebagai ‘homing pigeon’. Seperti burung merpati yang hanya tahu satu jalan untuk balik ke rumah mereka. Kadang-kadang saya memandu untuk ke suatu destinasi, tetapi saya terikut jalan ke rumah ibu saya kerana ini adalah laluan biasa bagi saya. Minda bawah sedar menguasai minda sedar saya ketika itu. Segan dibuatnya. Alah bisa tegar biasa. Informasi dan pengalaman menjadi pembelajaran diminda bawah sedar. Semasa Bosan (Boring)

‘Khutbah Jumaat adalah keadaan yang amat mencabar!’ kata sekumpulan lelaki muda berbual antara mereka. Saya terdengar perbualan mereka. Bila penat, lapar, dengan cuaca panas diluar, sampai di masjid yang dingin atau berkipas, masa itu lah fikiran kita belayar entah kemana terutama jika khatib membacakan teks khutbah yang agak membosankan. Ada yang tertidur ketika khutbah. Sekurang-kurangnya mereka berada di Masjid.

Tidak seperti sebahagian lelaki Islam yang lain yang tidak rasa malu atau bersalah bersidai di pejabat atau restoran makan ketika solat Jumaat. Kaum wanita tentu

17

dapat melihat keadaan ini di mana-mana kalau di Selangor dan Kuala Lumpur. Saya tidak pastilah jika ianya sama di negeri lain. Yang pergi ke Masjid, ada beberapa darjat yang membezakan mereka dengan yang lain. Ada yang mendengar dengan khusyuk dan sepenuh hati. Ada yang tubuh disitu tetapi minda melayang ditempat lain. Keadaan sama juga berlaku jika seseorang itu dipaksa rela untuk ke seminar atau kursus. Hilang minat seperti ini membenarkan minda sedar kita berehat. Dan dimasa inilah minda bawah sedar dibebaskan untuk aktif mengeluarkan memori mereka sendiri. Semasa Hipnosis Hipnosis adalah cabang ilmu psikologi yang mempengaruhi fikiran manusia. Dalam kesusasteraan barat, "hypnosis" yang berasal dari perkataan "hypnos" satu dewa tidur dalam mitologi Yunani Kuno. Pada tahun 1940-an seorang Doktor British, James Braid, memberi nama "hypnotism" kerana menganggap keadaan ‘trance’ ketika hipnosis itu sama dengan tidur. Namun akhirnya James Braid menyedari bahwa kondisi ‘trance’ tidak sama dengan tidur.

Seorang yang mengalami trance masih sedar dan masih mendengar seperti biasa yang mana hal itu tidak terjadi ketika seseorang tidur. Untuk itu, James Braid menggantikan nama hypnotism menjadi monoideaism yang ertinya suatu keadaan dimana seseorang sangat fokus pada suatu idea sehingga mengabaikan sekitarnya. Namun kerana nama hypnotism telah popular, maka istilah monoideaism menjadi tidak terkenal. Jadi, sebenarnya hypnosis atau hypnotism adalah nama yang kurang tepat untuk ilmu ini.

18

Hipnosis adalah keadaan dimana seorang pakar memanipulasi minda seseorang untuk mengekstrak memori didalam minda bawah sedar seseorang yang dia rawat. Hipnosis adalah terapi yang dipraktikan oleh pakar untuk merawat seseorang mengalami gangguan fikiran (psychotheraphy). Polis juga menggunakan teknik yang sama untuk mendapatkan maklumat dari penjenayah. Apabila pesakit menjalani terapi hipnosis, pakar psikologi dapat menenangkan minda sedar bagi membolehkan beliau mengakses terus kedalam minda bawah sedar dibahagian memori. Beliau akan dapat informasi/maklumat apa yang telah terjadi didalam hidup pesakit dan akan menggunakannya untuk meleraikan apa masaalah yang menjadi kekusutan diminda mereka. Ini membuktikan bahawa pengalaman pahit yang tersedia tersimpan didalam memori diminda bawah sedar boleh dikeluarkan dan dileraikan. Hipnosis juga dikenali sebagai ilmu untuk "memprogram fikiran bawah sedar". Manfaat hipnosis adalah banyak dan pelbagai dalam segala masalah yang berkaitan dengan fikiran dan perasaan. Boleh digunakan untuk mengubah perilaku, menghilangkan kebiasaan buruk, motivasi, meningkatkan kepercayaan diri, mengawal perasaan, mengatasi rasa sakit dan banyak lagi. Ramai yang tidak tahu tentang hipnosis, menganggap bahawa kondisi hipnosis itu sama dengan tidur atau pengsan. Sebenarnya, kondisi hipnosis adalah kondisi relaksasi fikiran yang biasanya disertai relaksasi tubuh seperti ketika kita sedang menuju tidur di malam hari. Ketika kita dihipnosis, kita akan merasakan seluruh tubuh rileks, fikiran fokus, perasaan damai, dan dalam keadaan masih mendengar suara di sekitar kita. Ada juga yang menganggap bahawa orang yang boleh dihipnosis adalah orang yang bodoh atau lemah fikirannya. Ini adalah anggapan yang salah. Faktanya, seseorang yang boleh dihipnosis adalah orang yang sihat cerdas fikirannya, mampu memberi tumpuan dan boleh berimaginasi. Hipnosis tidak boleh diterapkan pada orang gila, lembam, pekak, atau bayi yang belum boleh berkomunikasi dua arah. Semakin cerdas seseorang itu semakin mudah dihipnosis.

19

Untuk bacaan selanjutnya, ebook ini boleh dibeli di eshop www.islamicparentingnetwork.net dengan harga RM39.

PERCUMA Voucher Diskaun Kursus/ebook IPN bernilai RM20