10
PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Kursus Kemahiran Asas Kaunseling UPSI Semester 2 (2010/2011)

1.Pengenalan Kepada Kaunseling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan Kepada Kaunseling

Citation preview

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

Kursus Kemahiran Asas KaunselingUPSISemester 2 (2010/2011)PengenalanTiga istilah yang sering dikelirukan ; NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaranBIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentuKAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling

PengenalanTerdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. AntaranyaKaunseling adalah nasihatKaunseling hanya untuk orang bermasalah sahajaKaunseling adalah untuk pelajar IPT sahajaKaunseling adalah berbual-bual sahajaKaunseling boleh mengubati semua masalah tingkah lakuKaunseling untuk orang kaya sahajaKaunseling untuk pelajar sekolah sahajaKlien dipsiko apabila jumpa kaunselorApabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselorHabis terbongkar semua rahsia

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling.Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi.Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya.Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan.Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ;~ Memahami dirinya yang sebenar~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung

DEFINISI KAUNSELINGSecara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ;~ Pertolongan yang profesional~ Perhubungan dan interaksi dua hala~ Pembelajaran semula~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat.Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.

TUJUAN KAUNSELING

Memberi MaklumatMasalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumatMendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselorSecara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnyaMenggalakkan Celik AkalMembantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinyaDi samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klienKaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya

TUJUAN KAUNSELINGMemberi SokonganKlien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.Penyelesaian KonflikMengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Memperbaiki hubungan klien dengan masyarakatRamai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lainMasalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

MATLAMAT KAUNSELINGMenolong mengubah tingkah lakuMembantu membuat keputusanMembentuk kemahiran daya-tindakMempercepatkan seseorang menjadi rasionalMemperbaiki hubungan interpersonalMemahami dan mengelolakan kecemasan

KESIMPULAN

Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;Memahami diri dan situasinyaMengenal pasti keperluannyaMenerima realiti hidupnyaMembuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnyaBertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannyaDan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.