27
1.0 PEDAGOGI 1.1 Apa Itu Pedagogi? Teaching at Harvard in the 1890s, William James defined pedagogy as "the art and science of teaching". A hundred years later - after over two decades of reform ranging from curriculum to administration to testing - education systems, schools and teachers are focusing again on what matters most: teaching and learning in classrooms. At the same time, schools face new contexts and conditions for pedagogy. These include the challenges of rapidly changing disciplinary fields, the emergence of new knowledge, new technologies, and the challenges posed by linguistically and culturally diverse, students. These are difficult and challenging times - but there is a new spirit of innovation and enterprise in pedagogy emerging internationally” (Conference on Pedagogy 2005). Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan greek “pedagogue” pendidik/tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi bermaksud “sains/seni pengajaran” yang melibatkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran. Mengikut Mok Soon Sang (2002) “Pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip 1

1. Pedagagi.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pedagogi

Citation preview

Page 1: 1. Pedagagi.docx

1.0 PEDAGOGI

1.1 Apa Itu Pedagogi?

“Teaching at Harvard in the 1890s, William James defined pedagogy as "the art and science of teaching". A hundred years later - after over two decades of reform ranging from curriculum to administration to testing - education systems, schools and teachers are focusing again on what matters most: teaching and learning in classrooms. At the same time, schools face new contexts and conditions for pedagogy. These include the challenges of rapidly changing disciplinary fields, the emergence of new knowledge, new technologies, and the challenges posed by linguistically and culturally diverse, students. These are difficult and challenging times - but there is a new spirit of innovation and enterprise in pedagogy emerging internationally” (Conference on Pedagogy 2005).

Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan greek “pedagogue” pendidik/tutor

yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran

secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi bermaksud “sains/seni

pengajaran” yang melibatkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta

proses pengajaran.

Mengikut Mok Soon Sang (2002) “Pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai

salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas

prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang

optimum”.

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,

pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang

dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

1

Page 2: 1. Pedagagi.docx

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang

dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup

menghasilkan tindak balas yang baru.

Mengikut Mergen dan King dalam bukunya introduction to psychology, pembelajaran

ialah sebrang perubahan tingkahlaku yang agak kekal akibat pengalaman yang di

perolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang di jalaninya. Pembelajaran ialah

perubahan tingkh laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau

latihan yag diteguhkan.

Menurut Guy Le Francis di dalam buknya, psychological theories and human

learning (1982), pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang

agak kekal yang dihasilkan melalui pengalaman.

1.2 Apakah skop kajian Pedagogi?

Skop kajiannya luas. Skopnya merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah, teknik dan

strategi pengajaran dan pembelajaran, organisasi sekolah dan pengurusan bilik

darjah, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan

pengayaan dan sebagainya.

Di institusi pendidikan guru seperti Institiut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, UBD,

pedagogi merupakan aspek terpenting dalam kurikulum perguruan. Ianya dikaji dan

dipelajari oleh setiap guru pelatih atau bakal-bakal guru bagi menguasia kemahiran-

kemahiran dan teknik-tenik berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran dalam

2

Page 3: 1. Pedagagi.docx

bilik darjah. Penguasaan kemahiran mengajar ini merupakan syarat yang mutlak

bagi membantu seseorang guru dalam manjalankan tugasnya secara professional.

Mengikut Mok Soon Sang (2001), Diploma Perguruan Malaysia, Kursus Pedagogi

membincangkan topik-topik berikut:

1. Konsep kurikulum dan peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum

2. Strategi Berfikir dan Alat Berfikir

3. Pengurusan bilik darjah sebagai sebuah organisasi,

4. Kominikasi berkesan dalam dan luar bilik darjah

5. Interaksi dalam bilik darjah

6. Pengajaran Mikro I

7. Konsep Pengajaran

8. Model-model Pengajaran

9. Pendekatan, startegi, Kaedah dan Teknik

10.Pengajaran Mikro II

11.Perancangan untuk mengajar

12.Perancangan Penyampaian Pengajaran

13.Perancangan penilaian

14.Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan

15.Perangkaan Asas

16.Pemulihan dan Pengayaan

17.Pendidikan Inklusif

18.Refleksi Pasca Praktikum

19.Penyelidikan Tindakan

1.3 Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru

dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti

untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

3

Page 4: 1. Pedagagi.docx

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan.

1.4 Apakah ciri-ciri Pengajaran?

guru dan murid,

guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,

hanya bermakna apabila ada pembelajaran,

melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,

melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,

ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,

boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-

murid serta berpusatkan sumber,

meliputi rancangan mengajar (KOPI),

proses yang melibatkan interaksi dua hala,

ada unsur sains dan seni.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

4

Page 5: 1. Pedagagi.docx

2.1 Definisi Kaedah Mengajar

Para sarjana Pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai definisi tentang

kaedah mengajar. Walaupun pada zahirnya terdapat sedikit perbezaan, tetapi

perbezaan tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Antaranya adalah :

1. Mohd.Athiyyah Al-Ibrasyi, (t.t.) mentakrifkan kaedah mengajar dalam bukunya

Ruh Attarbiyyah Watta’alim sebagai jalan yang kita ikuti untuk memudahkan

kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia

adalah perancangan yang disusun sebelum memasuki kelas dan

dilaksanakan di dalam kelas.

2. Ghunaimah, Mohd. Abd. Rahim, Prof. (1953) mentakrifkan kaedah mengajar

sebagai cara-cara praktis yang menjelaskan tujuan-tujuan dan maksud-

maksud pengajaran.

3. Ali Al-Jumbalathy, Prof. dan Abu Al-Fath Attawanisy (1971) mentakrifkan

kaedah mengajar sebagai cara-cara yang diikuti oleh guru untuk

menyampaikan maklumat kepada murid-murid.

4. Salleh Abd. Aziz, Prof. dan Abd. Aziz Abdul Majid, Dr. (t.t.) mengemukakan

dua pengertian yang diberi oleh Kilpatrick (pendidik Amerika Syarikat), iaitu

pengertian yang ringkas bertujuan menyampaikan maklumat dan makna yang

luas dan menyeluruh, iaitu memperoleh maklumat ditambah dengan

pandangan, kebiasaan berfikir dan lain-lainnya dan pandangan-pandangan

atau sikap seperti cinta pada ilmu, guru dan sekolah, menghormati dan

mencintai orang lain dan bertanggungjawab pada diri sendiri.

5. Edgar Bruce Wesley (1950), mentakrifkan kaedah dalam bidang pendidikan

sebagai urutan kegiatan terarah bagi guru yang menyebabkan timbulnya

proses belajar dalam kalangan murid atau ia ialah proses yang

pelaksanaannya secara sempurna menghasilkan proses belajar atau ia ialah

jalan kea rah pengajaran yang lebih berkesan.

6. Mangantar Simanjuntak (1982), satu rencana (prosedur) yang menyeluruh

untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya

mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan.

5

Page 6: 1. Pedagagi.docx

7. Parera (1986), satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara

teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling

bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan.

8. Ishak Ramly (2006), satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan

sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Mengikut Ahmad Mohd Salleh dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, kaedah

merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-

langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan

kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu

pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran, guru-guru

boleh menggunakan kaedah yang sesuai, terutamanya kaedah yang dapat

memenuhi keperluan murid-murid. Oleh itu, guru-guru sepatutnya dapat merancang

prosedur; mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka

ciri-ciri atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

2.2 Panduan Menentukan Kaedah Pengajaran

1. Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan

mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.

2. Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara

individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam

usaha mendapatkan ilmu.

3. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum

menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan.

4. Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan

dan kelemahan setiap pelajar.

6

Page 7: 1. Pedagagi.docx

5. Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan

tingkah laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa

yang ada di persekitaran pembelajaran.

6. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal

dan emosi pelajar.

7. Penentuan kaedah pengajaran berdasar gaya pembelajaran yang berbeza di

kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai

perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan

kecenderungan.

8. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti

di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti

perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan

berhujah dan mengeluarkan pendapat.

2.3 Jenis-jenis Kaedah Pengajaran

Pengajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu. Antara tujuan yang utama adalah

perubahan tingkah laku murid serta pencapaian objektif-objektif yang disediakan

bagi satu-satu pengajaran. Oleh itu, adalah perlu bagi seseorang guru merancang

dengan baik tentang satu-satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu

pengajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan membawa pengajaran yang

berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

1. Kaedah Sokratik

Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Apa yang dipentingkan

ialah perkembangan kemahiran menyoal yang menuju kepada kebenaran. Sokratik

mengajar pengikutnya cara bagaimana sesuatu definisi dicapai. Kaedah ini

berbentuk elektif, iaitu perbualan, peranan guru mengemukakan soalan dan murid

pula menyusun pengalaman-pengalaman lampau untuk menjawab soalan-soalan.

7

Page 8: 1. Pedagagi.docx

2. Kaedah Projek

Kaedah projek merupakan suatu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu

uji kaji atau kegiatan di dalam situasi sebenar bertujuan mendapatkan sesuatu hasil.

Contohnya projek bercerita, melibatkan pembelajaran menikmati cerita dalam

berbagai-bagai bentuk, lisan lagu, muzik dan gambar.

3. Kaedah Dapatan Atau Penyelidikan

Dengan kaedah ini, murid-murid belajar menyelidiki sendiri melalui pemerhatian,

percubaan dan ujian. Dalam mata pelajaran Sejarah, misalnya murid-murid akan

belajar mencari fakta-fakta tentang zaman yang dipelajari mereka, contohnya :

Bagaimana kehidupan sesuatu kaum?

Apakah bahasa yang digunakan?

Apakah kemajuan yang dicapai oleh kaum itu?

4. Kaedah Penyelesaian Masalah

Kaedah ini merujuk pendekatan-pendekatan pengajaran berdasarkan kaedah

penyiasatan yang saintifk. Kaedah penyelesaian masalah melibatkan lima langkah,

iaitu :

Mengenalpasti masalah

Mengenalpasti maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

5. Kaedah Terus

- Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran

secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.

8

Page 9: 1. Pedagagi.docx

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar

berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat

dengan fikiran atau sebaliknya.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah

dirancangkan.

Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang

bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan

dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah

sebelum sesuatu yang kompleks.

6. Kaedah Semulajadi

Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan

yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru

diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh

murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

7. Kaedah Oral-Aural

Kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. Menggunakan dialog untuk dihafaz

dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik

memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

8. Kaedah Linguistik

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah

diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti

9

Page 10: 1. Pedagagi.docx

dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran

tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

9. Kaedah Hafalan

Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas.

Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala murid-

murid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat

dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya

pelajar dapat mengingat dalil tersebut.

Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak

melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat

dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi

mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan

Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan,

guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak

memahaminya.

10.Kaedah Syarahan / Kuliah

Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid. Kaedah

kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya

digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular.

Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri

dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar.

10

Page 11: 1. Pedagagi.docx

11.Kaedah Soal Jawab

Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam

tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan

yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat.

Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara

guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran.

Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan

pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang

masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi

menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut

Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan

menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran

tentang apa yang diingati.

12.Kaedah Perbincangan

Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun

Khutbah Jumaat. Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang

pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga

bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.

Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar

sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan

matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk.

Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi

kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam

topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar

berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.

11

Page 12: 1. Pedagagi.docx

13. Kaedah Permainan

Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab

teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada

kaedah permainan.

Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain

boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-

objektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh

sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang

dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah

rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat

menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis.

Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan

merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih

menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling

berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan

tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar

malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu

pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara kelebihan kaedah ini ialah:

1)murid tidak berasa bosan

2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka

3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid

semasa bermain

Kelemahan kaedah ini pula ialah:

1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM

12

Page 13: 1. Pedagagi.docx

2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini

3) Menambahkan penggunaan wang sekolah

14.Kaedah Latih Tubi

Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan

meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang terdapat dalam

rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada

pelajar untuk disiapkan di rumah.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah

corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang

melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca

al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.

Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan

kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara

bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses

pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak

kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh

guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi

soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki

menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.

15. Kaedah Bercerita

Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat, guru boleh

bercerita tentang suasana khutbah Jumaat. Dalam pedagogi, guru dilatih supaya

dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang

mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan

kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.

13

Page 14: 1. Pedagagi.docx

Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita

semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh

yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik

dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat

dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar

pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai.

Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam

pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan

pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh

guru.

16. Kaedah Ulangan

Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru.

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara

secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan

menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan

menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama

ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.

17. Kaedah Halaqah

Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam

bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada

kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap

kiblat.

14

Page 15: 1. Pedagagi.docx

18.Kaedah Induktif

Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukum-

hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang

menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil,

kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk

mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagian-

bahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi.

Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir,

membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsip-

prinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu.

19.Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi

Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau

prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara

langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan

tertentu.

Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar

melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan

pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik

minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi

juga melakukan sesuatu secara praktikal.

20.Kaedah Amali

kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam

sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan

pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses

diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang

15

Page 16: 1. Pedagagi.docx

pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan

membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada

peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar

bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana

mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena

yang dialami.

Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara

terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman

langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal

dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.

Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan

mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang

tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

21.Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri

Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap

pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif

pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya

belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam

kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui

pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti

pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh

maklumat.

22.Kaedah Simulasi

Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan

menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu

melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-

16

Page 17: 1. Pedagagi.docx

satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan.

Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan

main peranan.

23.Kajian Kes

Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar

akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan.

Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak

membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual

sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan,

cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar

kajian ringkas ataupun pendek.

24.Kaedah Luar Kelas

Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu

semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran

akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang

hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka

memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.

25.Kaedah Pengembaraan/ Lawatan

Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang

dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar

kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung

dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh

murid-murid pada waktu itu, di samping perkara yang dapat dilihat secara kebetulan

semasa dalam perjalanan.

17

Page 18: 1. Pedagagi.docx

3.0 PERANCANGAN PENGAJARAN SEBELUM DAN SELEPAS

 

Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan,

kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai

selepas sesuatu aktiviti pengajaran. Perancangan merupakan bahagian yang

penting dalam proses pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan

rapi jika dilaksanakan dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif

pengajaran yang optimum .

 

Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu di kumpul atau disediakan oleh guru bagi

merancang penyampaiannya secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah

maklumat mengenai murid, kelas dan mata pelajaran, topik aktiviti, pengetahuan

sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

 

 

a. Maklumat Umum

Maklumat umum yang perlu diketahui ialah kelas (tahun/tingkatan), tahap, masa,

bilangan dan purata umur murid. Guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana

kelas yang berbeza biasanya menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza. Masa

atau waktu pengajaran pula akan membezakan kesediaan pelajar dan guru perlu

merancang aktiviti yang sesuai. Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan

waktu terakhir (tengah hari). Murid biasanya lebih cergas dan lebih bersedia

menerima pelajaran daripada waktu tengah hari. Tempoh waktu pengajaran sama

ada satu waktu atau dua waktu berkembar dan pengetahuan mengenai bilangan dan

purata umur pelajar juga akan membantu guru merancang aktiviti yang

bersesuaian. 

 

b. Topik dan Isi

Topik dan isi yang hendak disampaikan dalam proses pengajaran dan kemahirannya

haruslah mengikut kurikulum yang dipilih daripada buku teks yang disediakan,

kerana isi pengajaran terkandung dalam buku teks yang diakui oleh Kementerian

Pendidikan adalah dirancang mengikut kurikulum tertentu. Walau bagaimanapun

seseorang guru itu boleh memilih sendiri isi pelajaran daripada sumber-sumber lain

18

Page 19: 1. Pedagagi.docx

sebagai bahan tambahan. Isi pelajaran tambahan ini biasanya disampaikan dalam

bentuk aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan

 

Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang

berkaitan dengan topik tersebut supaya guru dapat merancang kesesuaian tempoh

masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar yang berkaitan. Ia

jiga dapat membantu guru dalam menentukan objektif pengajaran dan

pembelajaran.

 

c. Pengetahuan Sedia Ada

Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting

khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan. Murid-

murid tidak akan boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka tidak diajar

menulis perkataan sebelum mereka menguasai kemahiran menulis huruf abjad.

Demikian juga bagi murid-murid yang belum menghafal sifir darab dengan betul

diajarkan dengan operasi bahagi. Oleh itu dalam usaha menyediakan isi pengajaran

untuk disampaikan dengan berkesan guru haruslah menentukan kebolehan murid

yang sedia ada terlebih dahulu. Isi pengajaran baru yang hendak disampaikan

hendaklah disediakan berdasarkan kebolehan murid yang sedia ada. Dengan cara

yang demikian, barulah murid dapat belajar mengikut kebolehan mereka .

 

Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan kebolehan

yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang oleh guru.

Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah disampaikan kepada

murid sebelum ini, mungkin melalui mata pelajaran yang berlainan atau tahun yang

berlainan, dan juga pengalaman murid sendiri. Pengetahuan sedia ada murid akan

membantu guru mengaitkannya dengan pelajaran baru (biasanya dalam set induksi),

dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan atau

sumber pengajaran dan memilih strategi dan kaedah yang sesuai. 

 

d. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran ia mestilah

mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu. Taraf pencapaian ini

dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan kesan pengajaran itu

19

Page 20: 1. Pedagagi.docx

dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid selepas pengajaran itu. Justeru

itu, sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak

pengajaran guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang

dikehendaki. Dalam konteks KBSR dan KBSM, penentuan objektif pengajaran

biasanya berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran serta

kebolehan murid yang sedia ada. Isi pelajaran yang kemudian dipilih dan dirancang

untuk disampaikan akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah

ditentukan

 

Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai ’performance’ yang perlu

ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent). Ia adalah huraian

cadangan hasil daripada pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager

1990). Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur

pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mata pelajaran yang berkaitan

dengan kesenian seperti Pendidikan Seni dan Muzik, guru perlu mengambil kira

objektif yang berbentuk ekspresif. Objektif juga perlu dipelbagaikan bagi kelas yang

muridnya mempunyai pelbagai keupayaan.

20