Upload
others
View
21
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenalpasti tahap
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya dalam kalangan pelajar
tahun empat di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 41 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel
kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang
mengandungi 53 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi
instrumen kajian iaitu α = 0.86. Data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis
dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 15.0 untuk
mendapatkan nilai alpha serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap kemahiran membaca, menulis dan mendengar
dalam Bahasa Inggeris pelajar adalah sederhana manakala bagi kemahiran bertutur pula
adalah rendah. Pada keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah
sederhana. Walau bagaimanapun pelajar berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris
adalah penting sebagai persediaan untuk kerjaya.
vi
ABSTRACT
This descriptive research was carried out to identify the mastery of English
language proficiency level as for career preparation for 4th year students of Technical
and Engineering Education Department, Faculty of Education, Universiti Teknologi
Malaysia. As many as 41 students had been chosen as research sample. The research
instruments used in this study was questionnaire which consists of 53 items. Pilot study
was done to determine the value of Alpha for the research instruments which is
indicated at 0.86. All the data collected were being analysed by using computer with
Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 15.0 to determine the value of
Alpha, frequency and percentage. Research showed that the skill level of reading,
writing, and listening among students are moderate. On the other hand, the skill level of
speaking is low. In conclusion, the mastery of English language proficiency level among
students is moderate. However students perceive that English language is important for
career preparation.
.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Kesimpulan 12
ix
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.0 Pengenalan 14
2.1 Pelaksanaan Mata pelajaran Teknikal di dalam 15
Bahasa Inggeris (PPSMTI)
2.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 16
2.3 Kemahiran Membaca 17
2.4 Kemahiran Menulis 19
2.5 Kemahiran Bertutur 20
2.6 Kemahiran Mendengar 22
2.7 Kepentingan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan 23
Pembelajaran
2.8 Dapatan Kajian-kajian Terdahulu yang Berkaitan 24
2.9 Kesimpulan 26
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.0 Pengenalan 27
3.1 Rekabentuk Kajian 27
3.2 Prosedur Persampelan 28
3.3 Instrumen Kajian 29
3.3.1 Bahagian A
3.3.2 Bahagian B
3.3.3 Bahagian C
3.4 Pengesahan Instrumen 34
3.5 Kajian Rintis 35
3.6 Prosedur Kajian 36
3.7 Analisis Data 37
3.8 Batasan Kajian 38
3.9 Kesimpulan 38
x
4 DAPATAN KAJIAN 39
4.0 Pengenalan 39
4.1 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 40
4.1.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap
Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
4.1.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Apakah Tahap
Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
4.1.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Apakah Tahap
Kemahiran Mendengar Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
4.1.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Apakah Tahap
Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
4.1.5 Analisis Persoalan Kajian 5: Apakah Persepsi
Pelajar Mengenai Kepentingan Penguasaan
Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk
Kerjaya
4.2 Analisis Keseluruhan 51
4.3 Penutup 52
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53
5.0 Pengenalan 53
5.1 Rumusan 53
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Tahap
Kemahiran Membaca Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
xi
5.2.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Tahap
Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
5.2.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Tahap
Kemahiran Mendengar Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
5.2.4 Persoalan Kajian 4: Apakah Tahap
Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Di Kalangan Pelajar
5.2.5 Persoalan Kajian 5: Apakah Persepsi
Pelajar Mengenai Kepentingan Penguasaan
Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk
Kerjaya
5.3 Cadangan 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.5 Penutup 67
RUJUKAN 68
Lampiran A - C 76-91
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan Populasi Mengikut Kursus 29
3.2 Jumlah Item Bagi Keseluruhan Instrumen Kajian 30
Mengikut Bahagian
3.3 Contoh Item Bahagian A 31
3.4 Contoh Item Bahagian B 32
3.5 Contoh Item Bahagian C 33
3.6 Contoh Item Yang Diubahsuai 34
3.7 Jenis Analisis Mengikut Bahagian 37
3.8 Tahap Kemahiran Berdasarkan Peratus 37
4.1 Frekuensi dan Peratusan Tahap Kemahiran Membaca 41
Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar
4.2 Frekuensi dan Peratusan Tahap Kemahiran Menulis 43
Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar
4.3 Frekuensi dan Peratusan Tahap Kemahiran Mendengar 45
Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar
4.4 Frekuensi dan Peratusan Tahap Kemahiran Bertutur 47
Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar
4.5 Frekuensi dan Peratusan Persepsi Pelajar Mengenai 50
Kepentingan Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan
Untuk Kerjaya
4.6 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian Bahagian B: Tahap 51
Penguasaan Bahasa Inggeris
4.7 Analisis Keseluruhan – Bahagian C: Persepsi Pelajar 52
Mengenai Kepentingan Penguasaan
Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam
JPTK : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
SPA : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
PKA : Pengajian Kejuruteraan Awam
PKE : Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
PKM : Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 76
i. Bahagian A
ii. Bahagian B
iii. Bahagian C
B Nilai Alpha Cronbach 84
C Pengesahan Instrumen Kajian 86
BAB 1
PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan
Umum mengetahui bahawa Bahasa Inggeris merupakan satu elemen penting
dalam komunikasi kehidupan seharian khususnya di Malaysia (Kamarul Aifin, 2005).
Menurut Ahmad Yuzaidi Abdul Wahab (2003), dari segi kedudukan bahasa dunia yang
utama, bahasa yang mempunyai paling ramai penuturnya ialah Bahasa Mandarin iaitui
sekitar 1.5 bilion, diikuti Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sekitar
250 juta. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa ketiga di dunia, penggunaannya
di dalam pendidikan mahupun pekerjaan adalah sangat meluas di kala ini.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, perubatan
perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan
pengetahuan ekonomi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa
Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk
memperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi Bahasa Inggeris. Ini menjadikan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting (Fadhlina Mohd.
Azizuddin, 2006).
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan sempena Hari Guru 2007,
menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa antarabangsa
dan bahasa ilmu. Bahasa Inggeris telah diguna pakai di negara kita semenjak sebelum
merdeka lagi dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, ekonomi, perhubungan,
2
termasuklah pendidikan sendiri. Justeru, keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris
yang merentasi masa dan zaman tidak dapat dinafikan. Menyedari hakikat ini,
Kementerian Pelajaran telah merubah senario dunia pendidikan di Malaysia dengan
pelaksanaan mata pelajaran di dalam Bahasa Inggeris. Subjek yang mula diajar di dalam
Bahasa Inggeris ialah Matematik dan Sains yang bermula pada tahun 2003.
Ia memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai subjek dan kandungan mata
pelajaran tersebut malah memiliki kefasihan dan kompetensi mengajarnya dalam Bahasa
Inggeris. Tun Dr. Mahathir Mohammad (News Straits Times, Isnin, 24 Jun 2002)
berkata kerajaan terpaksa membuat keputusan drastik dengan melaksanakan segera
penggunaan Bahasa Inggeris iaitu memperbaiki Bahasa Inggeris menerusi mata
pelajaran Matematik dan Sains. Inilah yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan dalam
menangani masalah kelemahan Bahasa Inggeris di kalangan orang melayu.
Komunikasi di dalam Bahasa Inggeris memerlukan individu itu menguasai
Bahasa Inggeris samada dari segi bertutur, menulis, membaca mahupun mendengar
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai bakal guru, penguasaan terhadap
komunikasi di dalam Bahasa Inggeris amatlah diperlukan. Kelemahan mempelajari
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amatlah ketara jika dilihat dari perspektif
penguasaannya dan cara munasabah untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar ialah dengan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran subjek
berkenaan (News Straits Times, 12 Julai 2002). Ini bermakna guru memainkan peranan
yang penting di dalam memupuk minat dan juga pemahaman di kalangan pelajar. Jika
guru tidak mempraktikkannya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ia akan
mempengaruhi pelajar kelak.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya
di dalam subjek teknikal memberikan peluang pelajar dan guru untuk menimba ilmu
dengan lebih mendalam lagi. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal
guru perlu berada pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan
3
dalam penyampaian maklumat ilmu pengetahuan. Pertukaran bahasa pengantar boleh
membawa kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara
mereka berfikir dan memahami aspek-aspek yang dipelajari. Ini selari dengan penyataan
oleh Gilbert (1982) iaitu kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk
diubah.
Jika sewaktu sekolah rendah para pelajar mempelajari sesuatu subjek di dalam
Bahasa Melayu selama enam tahun mereka sudah pasti biasa menggunakan Bahasa
Melayu. Apabila mereka berada di sekolah menengah subjek tersebut ditukar
menggunakan Bahasa Inggeris, ia akan memberikan sedikit sebanyak masalah kepada
mereka kerana segala asas-asas, pengetahuan yang diperolehi semasa sekolah rendah
adalah di dalam Bahasa Melayu dan berlainan jika digunakan di dalam Bahasa Inggeris.
Pendapat ini disokong oleh wartawan Utusan Malaysia, Marzita Abdullah yang
telah menemubual Muhamad Ali Hasan (Utusan Malaysia, Isnin, 16 September 2002)
yang mengulas mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Beliau mengatakan jika di peringkat sekolah rendah
mata pelajaran itu diajar dalam Bahasa Melayu dan kemudian ia ditukar kepada Bahasa
Inggeris semasa di peringkat sekolah menengah ia akan menimbulkan kecelaruan
pemikiran. Ini adalah kerana akan berlaku perubahan konsep atau istilah dalam mata
pelajaran itu di antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Dengan jelas ia tidak
menunjukkan kesinambungan pemikiran.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Saban tahun kita pasti disajikan dengan berita-berita mengenai siswazah
menganggur. Bagaikan sudah menjadi tradisi apabila tamat pengajian, ada graduan yang
tiada pekerjaan. Akhbar tempatan telah melaporkan bahawa terdapat lebih 30, 000
siswazah dari pelbagai bidang menganggur (Esa Abd. Samad, 2000). Inilah masalah
utama bagi graduan selepas mereka menamatkan pengajian. Rata-ratanya tidak berjaya
melepasi standard sesuatu institusi untuk bekerja di mana kebanyakan institusi
pekerjaan pada zaman serba moden ini amat menitikberatkan kemahiran komunikasi
terutamanya di dalam Bahasa Inggeris.
Walaupun pencapaian dalam akademik merupakan ukuran paling tinggi bagi
seseorang penuntut. Tetapi pada masa kini, dengan sekeping ijazah tidak akan menjamin
pastinya mendapat pekerjaan apabila keluar kelak. Oleh itu, individu harus
memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang lain selain daripada
pencapaian akademik yang cemerlang (Owi Kim Huei, 2004).
Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, timbul keresahan
dan kebimbangan di kalangan para pegawai tinggi kerajaan dan para majikan tentang
betapa merosotnya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para lulusan sekolah
dan universiti tempatan. Masalah ini juga dikatakan sebagai faktor penyumbang kepada
masalah pengangguran di kalangan graduan IPTA (Portal Pendidikan Utusan, 2003).
Kegagalan pelajar di IPTA juga dikaitkan dengan kelemahan dalam penggunaan Bahasa
Inggeris (Izam Firdaus Kamaluddin, 2002). Kajian terbaru Persatuan Profesional Muda
Malaysia mendapati kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dan komunikasi adalah
antara cabaran terbesar menyebabkan graduan di negara ini sukar mendapat pekerjaan
(Berita Harian, Sabtu, 5 April 2008).
5
Bagi graduan yang berada di dalam bidang pendidikan, mereka bukan sahaja
perlu mempunyai kemahiran komunikasi di dalam Bahasa melayu tetapi perlu juga di
dalam Bahasa Inggeris di mana subjek Matematik, Sains dan teknikal telah diajar di
dalam Bahasa Inggeris. Melalui penguasaan Bahasa Inggeris, para guru dan pelajar akan
terdedah kepada limpahan ilmu yang tiada sempadan samada melalui media cetak
mahupun media elektronik (Kamarul Aifin, 2005).
Guru yang kurang fasih menggunakan bahasa ketika mengajar akan
menunjukkan dirinya seorang yang kurang berpengetahuan dan tidak merancang
pengajarannya. Ini akan memberi pengaruh negatif terhadap tingkahlaku pelajar.
Menurut Shavelson (1987) dalam Adzmi (2003), bahawa keputusan-keputusan yang
dibuat oleh guru semasa merancang pengajaran mempunyai pengaruh yang mendalam
terhadap tingkahlaku dalam bilik darjah dan hasil pendidikan yang diterima oleh pelajar.
Oleh itu, untuk menguasai Bahasa Inggeris, seseorang perlulah terlebih dahulu bertutur
untuk menyampaikan kepada orang lain apa yang diingininya (Kamarul Aifin, 2005).
Melalui kajian yang dijalankan oleh Ting Hie Huong (2006) terhadap guru-guru
Matematik di dua buah Sekolah Menengah di Daerah Meradong, Sarawak, secara
keseluruhannya ramai responden bersetuju dengan pengajaran Matematik di dalam
Bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat bahawa pelaksanaan ini selaras dengan
zaman teknologi yang banyak melibatkan Bahasa Inggeris dalam apa-apa jua bidang.
Kajian ini juga adalah selari dengan saranan oleh Oliver (1977) yang menyatakan di
dalam pembaharuan kurikulum, sikap yang penting di dalam pendidikan ialah guru.
Subjek teknikal sudah mula diperkenalkan di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya
mulai tahun 2006. Antara subjek teknikal yang terlibat ialah Pengajian Kejuruteraan
Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE), Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Lukisan Kejuruteraan (LK) serta Teknologi
Kejuruteraan. Masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik juga berlaku di dalam subjek teknikal. Seperti Lim Chap Sam (2003) di
6
dalam kajiannya, beliau membincangkan tentang pelaksanaan pengajaran Matematik
dalam Bahasa Inggeris yang merupakan satu dasar baru dalam sistem pendidikan negara
kita. Beliau mempersoalkan adakah guru-guru bersedia terhadap perubahan bahasa bagi
pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam menjayakan dasar pendidikan ini.
Kesediaan guru dalam melengkapkan diri mereka dengan pelbagai aspek khususnya
kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris amatlah penting.
Menurut Abu Bakar Shawkat Ali ketika ditemubual oleh Marzita Abdullah dan
Rohana Man (Utusan Malaysia, Rabu, 19 Jun 2002), beliau berkata masalah utama kita
ialah majoriti guru atau kira-kira 70 peratus guru sekarang adalah guru melayu.
Kebanyakan mereka tidak mahir Bahasa Inggeris dan masa yang lama diperlukan untuk
membiasakan mereka dengan bahasa itu.
Ini boleh dilihat jika dahulu guru-guru sudah biasa menggunakan Bahasa melayu
sebagai bahasa pengantar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama bertahun-
tahun di sekolah akan tetapi apabila ada dasar yang baru yang menghendaki mereka
berbahasa Inggeris di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan satu
perubahan yang tidak mungkin akan dapat dikuasai oleh guru dalam waktu yang
singkat. Jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan
membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut (Jumrang Mendeng,
2004). Hanya guru yang mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi sahaja yang
mampu bercakap dan meyakinkan murid-murid mereka dengan baik dan berkesan
(Kamarudin Husin, 1994).
Tajul Ariffin Nordin di dalam wawancara bersama Rohana Man (Utusan
Malaysia, Isnin, 7 Oktober 2002) berkata masalah ‘Broken English’ dan istilah-istilah
yang kurang tepat akan berlaku pada awal pelaksanaan. Ini pasti berlaku walaupun guru
terlibat telah mengikuti kursus intensif yang disediakan kementerian. Ia kerana budaya
mengajar dalam Bahasa Melayu sudah sebati dalam diri guru. Selama 30 tahun kita
7
sudah berjaya dan untuk berpatah balik iaitu membina budaya mengajar dalam Bahasa
Inggeris akan memakan masa yang lama. Oleh itu, bahasa adalah satu keperluan yang
perlu diambil kira semasa berinteraksi dengan pelajar. Penggunaan bahasa perlulah
sesuai dengan tahap kebolehan pelajar (Ee Ah Meng, 1993).
1.2 Penyataan Masalah
Penguasaan bahasa seseorang pelajar bergantung kepada aspek mendengar,
membaca, menulis dan bertutur (Radha Nambiar, Noraini Ibrahim dan Pramela, 2008).
Kemahiran-kemahiran ini merupakan empat kemahiran asas yang tidak boleh kurang
dalam pembelajaran. Sebagaimana yang kita tahu apabila sesuatu pengajaran dijalankan
maka pelajar akan memberi perhatian dengan mendengar apa yang diajar oleh
pensyarah. Serentak dengan itu, mereka akan mencatatkan perkara penting dalam
pengajaran tersebut. Apabila terdapat soalan atau tempat yang tidak faham atau kurang
faham, mereka akan bertanya dengan bertutur kepada pensyarah. Selepas sesuatu
pengajaran biasanya pensyarah akan meminta pelajar membaca atau dipanggil membuat
ulang kaji di rumah sebelum kuliah seterusnya diadakan. Inilah merupakan perkaitan di
antara empat kemahiran ini yang biasa digunakan dalam pembelajaran. Jika kita
mendengar sahaja, kita akan lupa dengan cepat berbanding kita mencatat sambil
mendengar (Ab. Rahim Selamat, 2000).
Ini disokong oleh Marhaini Kamaruddin dan Amree Ahmad (2002) yang
menyatakan bahawa kelemahan pelajar melayu terletak pada masalah penggunaan dan
penguasaan Bahasa Inggeris untuk pertuturan atau komunikasi. Daripada semua aspek
inilah dapat diketahui penguasaan mereka terhadap kemahiran berkomunikasi di dalam
Bahasa Inggeris. Ini sekaligus akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan. Menurut P.Ramanathan (Utusan Malaysia, Rabu, 19 Jun 2002),
guru perlu memberi penjelasan dan penerangan tentang sesuatu topik dengan terperinci
dan jika guru tidak mahir Bahasa Inggeris maka proses pengajaran dan pembelajaran di
8
kelas akan terjejas. Masalah itu juga akan menjejaskan proses penyampaian ilmu kepada
pelajar sekali gus menjejaskan proses pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, penyelidik merasakan adalah
penting untuk mengkaji tahap kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis
dalam Bahasa Inggeris dan juga mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1. Untuk mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
jurusan 4SPA/E/J.
2. Untuk mengenalpasti persepsi pelajar mengenai kepentingan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai persediaan untuk kerjaya.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.
2. Apakah tahap kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.
3. Apakah tahap kemahiran mendengar dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.