12
09 | 2016

09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

  • Upload
    dothien

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016

Page 2: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 2

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4

Prestasi Integriti Profesionalisme

Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan daripada pengurus Membuat laporan tentang pelanggaran tatakelakuan Tiada tindakan balas dan kerahsiaan

Memupuk persekitaran kerja yang positif 6 Menghargai kepelbagaian Diskriminasi dan gangguan Amalan guna tenaga yang wajar Kesihatan dan keselamatan

Mengelakkan konflik kepentingan 7 Kerja luar Hubungan keluarga dan peribadi

Menjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah

Antisogokan Sogokan tidak langsung Hadiah dan hiburan Derma amal dan penajaan Sumbangan politik

Persaingan dan antitrust Sekatan perdagangan Pematuhan kontrak

Memastikan integriti kewangan 10 Penyimpanan rekod, pelaporan kewangan, pengawalan kewangan dan pendedahan Tanggungjawab tambahan pegawai kewangan kanan Perbelanjaan perniagaan Membeli dan menjual saham – perdagangan orang dalam Pencegahan pengubahan wang haram

Melindungi dan mengurus aser dan maklumat syarikat 11 Aset fizikal dan sistem komunikasi Maklumat empunya dan harta intelek Penyimpanan rekod Privasi data

Melindungi alam sekitar 12

Page 3: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 3

Perutusan daripada Stefan Karlen

Ke hadapan rakan sekerja sekalian

Di samping kita bekerja keras untuk meneruskan prestasi cemerlang kita dalam dunia yang pesat berubah dan berdaya saing, kita harus sentiasa mengamalkan nilai teras dan standard kelakuan beretika yang sewajarnya. Apabila digabungkan, semua ini menjadi asas kejayaan kita semasa susah dan semasa senang. Panalpina komited kepada standard nilai etika yang tertinggi. Kita membina budaya berdasarkan nilai teras kita iaitu Prestasi, Integriti dan Profesionalisme. Kita komited kepada amalan perniagaan yang jujur dan bereti-ka di semua peringkat dan di semua lokasi di mana kita menjalankan perniagaan. Tatakelakuan ini ialah panduan bagi menjalankan perni-agaan dengan berintegriti dan membantu anda menga-malkan nilai-nilai kita. Bersama-sama dengan dasar per-niagaan khusus dan undang-undang serta peraturan tempatan, Tatakelakuan ini bertindak sebagai pedoman yang membantu anda menangani pilihan sukar yang ada kalanya perlu dihadapi semasa menjalankan tugas di

Panalpina. Ia menyediakan prinsip kukuh untuk anda patuhi dan menunjukkan perkara yang patut dilakukan apabila situasi yang rumit dan jalan untuk maju ke hada-pan sukar ditemui. Apabila sesiapa saja antara kita menghadapi dilema un-dang-undang atau etika semasa menjalankan tugas, kita mesti berhenti sejenak untuk mencari penyelesaian yang sesuai atau membuat keputusan tentang cara bertindak. Dalam situasi seperti ini, kita mematuhi undang-undang dan peraturan Panalpina; apabila tidak ada undang-undang atau peraturan yang nampaknya boleh diterima pakai, kita menggunakan akal budi dan standard etika kita yang tinggi. Dengan berbuat demikian kita membantu memastikan bahawa kita sama-sama melakukan perkara yang betul dan tidak pernah berasa malu untuk member-itahu ahli keluarga, rakan sekerja, pihak media dan orang ramai tentang perkara yang kita lakukan. Jika anda ragu-ragu, dapatkan nasihat seperti yang dinyatakan dalam halaman berikut. Orang yang berakhlak tidak membiarkan orang lain yang berakhlak melakukan kesilapan dari segi etika – suarakan pendapat anda. Walaupun dasar adalah penting, kejayaan kita sebagai sebuah syarikat akhirnya ditentukan oleh tindakan yang diambil oleh setiap daripada kita. Semua pekerja Panalpi-na berkongsi tanggungjawab menjadikan kelakuan bereti-ka bahagian yang penting dalam kegiatan perniagaan harian kita. Kegagalan melakukannya menghakis keper-cayaan dan melemahkan asas yang dengannya kehidu-pan dan perniagaan kita dibentuk. Saya mengharapkan anda semua untuk mendukung semua nilai etika kita dan menjadikannya suatu ke-biasaan. Kita perlu melakukannya demi semua pihak yang berkepentingan dalam perniagaan kita, daripada pelanggan hinggalah kepada pelabur kita dan akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, kepada diri kita sendiri sebagai pekerja untuk mengekalkan Panalpina sebagai tempat kerja yang terbaik. Kami memerlukan sokongan anda dalam mengekalkan transformasi budaya Panalpina ke arah kecemerlangan.

Stefan Karlen

Page 4: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 4

Nilai etika Panalpina Panalpina komited kepada budaya syarikat yang teguh dan unik dengan nilai etika yang kukuh. Iltizam ini memerlukan kita semua bertindak dengan berintegriti dan menerapkan standard etika yang tertinggi dalam kerja harian kita. Oleh itu, mustahak untuk setiap daripada kita memahami dan menerapkan nilai teras Panalpina yang menjadi pedoman tentang cara kita membuat keputusan dan menjalankan tugas. Nilai teras Panalpina adalah berdasarkan tiga prinsip utama:

Prestasi Prestasi ialah komitmen berterusan kami kepada pem-bangunan lestari dan kejayaan kewangan jangka panjang. Di Panalpina, prestasi dicapai dengan menerapkan ke-cemerlangan dalam segala perkara yang dilakukan, didorong oleh inovasi, melihat kemungkinan mengatasi halangan, mencapai kejayaan kewangan dan sentiasa berpandukan integriti.

Integriti Integriti ialah cara kita mendorong kelakuan kita dan me-nerapkan semua nilai kita secara konsisten dalam segala perkara yang kita lakukan. Kita menunaikan janji dan mematuhi peraturan. Kita komited untuk melaksanakan

janji; kita melayan semua orang dengan adil, penuh hor-mat dan bermaruah; dan menerapkan nilai etika yang tertinggi dalam kerja harian kita. Profesionalisme Profesionalisme ialah cara kita mencipta nilai untuk pelanggan kita dengan menjangkakan keperluan perni-agaan mereka dan menerapkan penyelesaian yang dapat dilaksanakan. Di Panalpina kita arif tentang perniagaan kita dan memikul tanggungjawab untuk menunjukkan hasilnya. Kita bersedia menerima kesan daripada segala perkara yang kita lakukan dan memberikan umpuan kepada menjadi rakan niaga “pilihan pertama” pelanggan kita.

Page 5: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 5

Pengenalan Tatakelakuan Perkara yang diharapkan daripada semua orang Semua pekerja Panalpina tertakluk kepada Tata-kelakuan ini dan kita semua diharapkan memahami serta mematuhi Tatakelakuan ini dan undang-undang dalam kerja harian kita. Kita mesti meng-gunakan pertimbangan yang baik dan memikirkan semua tindakan kita. Ada kalanya kita akan menghadapi keadaan apabila pilihan yang tepat tidak jelas. Dalam keadaan ini, tanya diri anda: ● Adakah ia selaras dengan Tatakelakuan ini? ● Adakah ia beretika? ● Adakah ia sah? ● Adakah ia akan mendatangkan nama baik kepa-

da saya dan Panalpina? ● Adakah saya ingin membaca tentangnya dalam

surat khabar? ● Adakah keluarga dan rakan saya akan memper-

setujuinya?

Jawapan bagi semua soalan mesti ya. Jika jawapan bagi mana-mana soalan ialah “tidak”, jangan la-kukannya. Jika anda masih tidak pasti, dapatkan bimbingan. Anda boleh berbincang dengan pengu-rus anda atau Sumber Manusia. Jika anda berasa tidak selesa berbincang dengan kedua-dua pihak ini, anda boleh berbincang dengan Jabatan Etika Korporat dan Pematuhan.Semua maklumat tentang cara menghubunginya terdapat dalam intranet.

Perkara yang diharapkan daripada pengurus Semua pengurus Panalpina diharapkan menjadi contoh ikutan dan menggalakkan budaya etika serta pematuhan dalam bidang tanggungjawab mereka. Antaranya termasuk memastikan pekerja yang dise-lia memahami tanggungjawab mereka, yang tersirat dan tersurat di bawah Tatakelakuan. Pengurus mes-ti mewujudkan suasana kerja positif yang pekerja digalakkan dan berasa selesa untuk bersuara dan meminta bantuan. Apabila pengurus menerima la-

poran tentang situasi yang tidak beretika atau mungkin akan menjejaskan reputasi Panalpina, mereka mesti memberitahu Jabatan Etika Korporat dan Pematuhan dengan segera.

Membuat laporan tentang pelanggaran tatakelakuan Jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa mana-mana pekerja Panalpina atau sesia-pa saja yang bekerja bagi pihak Panalpina terlibat dalam salah laku dari segi etika atau undang-undang, anda dikehendaki melaporkan kejadian itu dengan segera. Anda boleh berbincang dengan pengurus anda, Sumber Manusia atau Jabatan Etika Korporat dan Pematuhan. Sebagai alternatif, anda bebas melaporkan kebimbangan anda kepada Talian Penting Etika dan Pematuhan. Talian Penting Etika dan Pematuhan ialah cara yang selamat untuk mengemukakan laporan sulit, di mana-mana saja di dunia, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sama ada secara dalam talian atau melalui telefon. Anda boleh mengakses nombor telefon dan alat pelaporan web tertentu melalui intranet kita.

Tiada tindakan balas dan kerahsiaan Panalpina menghargai bantuan pekerja yang men-genal pasti masalah yang mungkin akan timbul dan perlu kita tangani. Panalpina akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk memastikan bahawa semua laporan dirahsiakan, termasuk iden-titi orang yang membuat laporan. Panalpina tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa jenis tin-dakan balas terhadap pekerja yang secara jujur membuat laporan tentang pelanggaran atau penca-bulan Tatakelakuan Panalpina atau apa-apa kela-kuan lain yang menyalahi undang-undang. Panalpi-na memandang serius dakwaan tentang tindakan balas. Tuduhan tentang tindakan balas disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil.

Page 6: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 6

Memupuk persekitaran kerja yang positif Panalpina komited kepada usaha memupuk persekitaran kerja yang positif, pelbagai dan menarik berdasarkan sikap terus terang dan saling menghormati. Semua pekerja memperlakukan satu sama lain dengan bermaruah dan penuh hormat. Kita tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi di tempat kerja kita. Panalpina menghormati dan mematuhi semua peraturan buruh, kesihatan dan keselamatan yang berkaitan.

Menghargai kepelbagaian Kepelbagaian pekerja Panalpina merupakan aset yang sangat berharga dan setiap seorang pekerja adalah penyumbang utama kepada kejayaan kita. Kita sangat komited kepada usaha menyediakan peluang yang sama dalam semua aspek pekerjaan dan menyambut baik perbezaan dari segi bangsa, jantina, bahasa, pendidikan dan sebagainya. Perbe-zaan ialah asas kreativiti dan inovasi.

Diskriminasi dan gangguan Panalpina menggalakkan persekitaran yang bebas daripada gangguan. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa kelakuan yang secara tidak patut atau tidak wajar mengganggu prestasi kerja, menja-tuhkan maruah mana-mana orang atau mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bersifat ber-musuhan atau menjelikkan. Hal ini termasuk diskri-minasi atau gangguan berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, jantina, usia, negara asal, orientasi seks, status perkahwinan atau kehilangan upaya.

Amalan guna tenaga yang wajar Panalpina mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai berkaitan dengan amalan guna tenaga yang wajar, contohnya yang berkaitan

dengan pampasan dan manfaat, buruh kanak-kanak, buruh paksa dan kebebasan berpersatuan di semua negara yang kita beroperasi. Sebagai satu prinsip kita tidak boleh bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk layanan kepada pekerja yang tidak dapat diterima di mana-mana operasi atau kemu-dahan Panalpina.

Kesihatan dan keselamatan Panalpina menghargai semua pekerjanya sebagai aset yang paling penting dan komited untuk men-yediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada semua pekerja. Setiap pekerja ber-tanggungjawab memenuhi komitmen ini dengan mematuhi semua prosedur kesihatan dan kesela-matan dan dengan mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat. Kita semua diharap dapat menja-lankan perniagaan bebas daripada pengaruh apa-apa bahan yang mungkin menjejaskan kerja kita. Semua kemalangan di tempat kerja, kelengkapan yang tidak selamat, amalan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja mesti dilaporkan kepada pengurus HR atau HSE. Hal ini termasuk alkohol, dadah yang menyalahi undang-undang, bahan ter-kawal dan dalam beberapa kes, ubat-ubatan yang dipreskripsikan.

Page 7: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 7

Mengelakkan konflik kepentingan Dalam aktiviti seharian kita bekerja dengan pembekal, pelanggan dan pihak lain yang berurusan dengan Panalpina. Penting bagi setiap keputusan dibuat secara objektif serta berdasarkan keperluan syarikat, dan bukannya berdasarkan kepentingan atau hubungan peribadi.

Kerja luar Panalpina membenarkan pekerjanya bekerja di luar asalkan pekerjaan itu tidak mengganggu tanggung-jawab pekerja di Panalpina. Kerja luar mesti tidak melibatkan pesaing Panalpina dan tidak melibatkan penggunaan kelengkapan Panalpina atau maklumat empunya seperti komputer, perisian, maklumat pe-langgan dan lain-lain. Semua kerja luar mesti diberi-tahu kepada pengurus anda.

Hubungan keluarga dan peribadi Melainkan dalam keadaan yang terbatas, kita tidak patut mengupah, menyelia atau mempunyai penga-ruh terhadap ahli keluarga atau orang yang mem-punyai hubungan peribadi yang rapat dalam Panal-pina melainkan kebenaran diberikan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan. Kejayaan Panalpina bergantung pada rakan kongsi dan subkontraktornya. Oleh sebab itu, pemilihan rakan kongsinya mesti berdasarkan kriteria yang objektif termasuk integriti, kualiti dan prestasi, dan bukan kepentingan peribadi. Oleh yang demikian, jika ahli keluarga atau orang yang mempunyai hu-bungan peribadi yang rapat bekerja untuk pihak ketiga yang berurusan dengan Panalpina (contohn-ya subkontraktor) kita mesti mendedahkan maklu-mat ini kepada pihak pengurusan.

Page 8: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 8

Menjalankan perniagaan dengan berintegriti Kejayaan kita yang berterusan bergantung pada persaingan secara agresif. Namun begitu, kita selalu melakukannya secara jujur, adil dan dengan mematuhi undang-undang sepenuhnya. Hubungan perniagaan yang berdasarkan kepercayaan dan manfaat bersama sangat penting bagi kejayaan kita dan kita akan berusaha untuk mewujudkan kelebihan bersama dengan memahami keperluan pelanggan, kontraktor, pembekal dan usaha sama kita. Jika amalan tempatan kelihatan bercanggah dengan standard kelakuan Panalpina, anda mesti menghubungi pihak pengurusan atasan untuk mendapatkan nasihat sebelum bertindak.

Antirasuah Antisogokan Rasuah memudaratkan bukan hanya syarikat tetapi juga komuniti di mana kita menjalankan perniagaan. Kerajaan mengambil langkah untuk memerangi rasuah dan banyak negara di mana kita menjalan-kan operasi mempunyai undang-undang khusus menentangnya. Itulah sebabnya Panalpina meneri-ma pakai dasar toleransi sifar terhadap rasuah tan-pa menghiraukan di mana kita berada. Ini bererti bahawa mana-mana pekerja Panalpina tidak dibe-narkan memberikan atau menjanjikan apa-apa kelebihan tidak wajar kepada orang dalam jawatan beramanah sama ada dalam kerajaan atau pernia-gaan swasta. Tidak ada pengecualian bagi amaun bayaran yang sedikit atau bayaran “pemudahan” atau “suapan”. Selain itu, pekerja Panalpina tidak dibenarkan menerima atau meminta apa-apa kele-bihan yang tidak wajar.

Sogokan tidak langsung Panalpina Pekerja Panalpina tidak menggunakan pihak ketiga untuk membayar sogokan atau mem-buat bayaran “pemudahan” atau “suapan”. Oleh itu, kita mesti memastikan rakan kongsi kita sedar dan komited kepada dasar antirasuah Panalpina dan prosedur usaha wajar untuk memilih pihak ketiga betul-betul dipatuhi.

Hadiah dan hiburan Hadiah dan hiburan ialah ihsan biasa dalam pernia-gaan dan diterima dalam banyak budaya. Malahan, dalam banyak keadaan ia merupakan cara yang penting untuk mendapat nama baik dan mewuju-dkan kepercayaan dalam hubungan perniagaan. Kita mesti memastikan bahawa hadiah perniagaan

dan amalan memberikan hiburan adalah munasa-bah dan selaras dengan dasar Panalpina serta un-dang-undang dan peraturan tempatan yang berkai-tan. Kita mesti sentiasa memastikan bahawa ihsan perniagaan tidak diberikan atau diterima untuk memperoleh atau memberikan kelebihan yang tidak wajar, mempunyai nilai yang sederhana, bukan dalam bentuk wang dan jarang-jarang sekali diberi-kan atau diterima.

Derma amal dan penajaan Panalpina menyokong pemberian derma amal ter-tentu sebagai cara memberi balik kepada komuniti dan memberikan sumbangan untuk tujuan yang wajar. Selain itu, Panalpina juga menyokong pena-jaan korporat tertentu agar dapat mempromosikan kehadiran Panalpina dalam komuniti perniagaan. Malangnya, derma dan penajaan yang sah pun kadang kala berisiko mewujudkan gambaran sogo-kan dan rasuah. Oleh itu, anda mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu selaras dengan prosedur yang ditetapkan sebelum memberikan derma dan membuat penajaan bagi pihak Panalpina.

Sumbangan politik Panalpina tidak memberikan apa-apa jenis sum-bangan politik di mana-mana saja di dunia, sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang (misalnya sumbangan harta benda atau perkhidmatan, atau pembelian tiket ke acara penubuhan tabung). Na-mun begitu, Panalpina mengakui hak pekerja untuk mengambil bahagian sebagai individu dalam proses politik, jika mereka betul-betul menjelaskan bahawa mereka tidak mewakili Panalpina dalam proses itu.

Page 9: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 9

Persaingan dan antitrust Panalpina betul-betul mematuhi undang-undang yang dinamai undang-undang “persaingan” di bebe-rapa negara dan undang-undang “antitrust” di nega-ra lain. Undang-undang ini menggalakkan atau me-lindungi persaingan bebas dan adil di seluruh dunia dan melarang semua tingkah laku antipersaingan, seperti komplot penetapan harga. Pekerja Panalpi-na tidak dibenarkan terlibat dalam perbuatan me-netapkan harga, memanipulasi bida, memperuntuk-kan pasaran atau pelanggan, atau aktiviti antiper-saingan haram sepertinya. Beberapa undang-undang persaingan – seperti undang-undang anti-trust Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah – ter-pakai walaupun perbuatan itu berlaku di luar sem-padan negara atau negara-negara yang berkaitan.

Panalpina hanya menggunakan sumber pakar, in-dustri dan sumber lain yang tersedia kepada umum untuk memahami strategi perniagaan, pelanggan dan pembekal, trend teknologi, cadangan dan pem-bangunan pengawalan serta tindakan pembekal dan pesaing yang sedia ada dan dijangkakan. Panalpina mengumpulkan maklumat ini secara adil dan sah, bukan dengan cara yang meragukan seperti mencu-ri, memecah masuk, memberi rasuah, memberikan

gambaran yang salah tentang siapa anda sebena-rnya atau memasang telinga secara elektronik.

Sekatan perdagangan Beberapa buah negara, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dari semasa ke semasa menge-nakan sekatan terhadap eksport dan urusan lain dengan negara, entiti dan individu tertentu. Sekatan itu melarang Panalpina daripada menjalankan per-niagaan tertentu yang diaktifkan di negara-negara yang dinyatakan dan dengan individu serta entiti tertentu. Panalpina tidak akan mengadakan hubun-gan perniagaan dengan syarikat yang diketepikan oleh kerajaan. Penalti berat seperti denda, pemba-talan permit untuk mengeksport dan hukuman pen-jara boleh dikenakan apabila sekatan itu tidak dipa-tuhi. Panalpina mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara dan antarabangsa tentang eksport dan embargo.

Pematuhan kontrak Kita mematuhi semua terma dan syarat kontrak dan mengharapkan rakan niaga kita melakukan perkara yang sama. Kita membuat serahan seperti yang dijanjikan dan menyediakan bil yang betul-betul mematuhi terma kontrak.

Page 10: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 10

Memastikan integriti kewangan Panalpina komited untuk mempunyai rekod kewangan dan menjalankan urusan yang jujur, tepat dan kena pada waktunya. Syarikat ini melarang apa-apa tindakan atau ketiadaan tindakan yang mungkin melindungi kegiatannya daripada pihak berkepentingannya. Semua pekerja Panalpina mesti menghormati tanggungjawab untuk mendukung semua standard dan peraturan perakaunan kewangan dan laporan yang berkaitan.

Penyimpanan rekod, pelaporan kewangan, pengawalan kewangan dan pendedahan Sebagai syarikat tersenarai awam, penting bagi semua buku, rekod, akaun dan kenyataan kewan-gan Panalpina berada dalam keadaan lengkap, tepat dan mudah difahami. Ia patut diselenggarakan secara terperinci dan mematuhi sistem kawalan dalaman Panalpina. Semua urus niaga kewangan mesti direkodkan dalam buku yang berkenaan kena pada waktunya kerana laporan yang tepat pada waktunya membolehkan pengurusan campur tan-gan pada peringkat awal. Dana, aset atau urus nia-ga yang tidak direkodkan atau “tidak dicatatkan dalam buku” tidak dibenarkan.

Tanggungjawab tambahan pegawai kewangan kanan Pegawai kewangan kanan dan orang lain yang ber-tanggungjawab bagi ketepatan laporan kewangan mempunyai tanggungjawab tambahan memastikan kawalan yang berkesan disediakan untuk mengha-silkan laporan kewangan dan pengurusan yang benar, tepat, lengkap, objektif, konsisten, kena pada waktunya dan mudah difahami.

Perbelanjaan perniagaan Semua akaun perbelanjaan perniagaan hendaklah didokumenkan dan direkodkan dengan tepat dan kena pada waktunya. Jika anda tidak pasti sama ada perbelanjaan tertentu itu sah, tanya pengurus bidang utama anda terlebih dahulu.

Membeli dan menjual saham – perdagangan orang dalam Semasa bekerja di Panalpina kita mungkin men-dapat tahu maklumat bukan umum tentang Syarikat

atau syarikat lain yang dengannya kita berurusan. Maklumat bukan umum (juga dikenali sebagai “ma-klumat dalam” ialah maklumat tentang syarikat yang tidak diketahui oleh orang ramai dan yang pelabur yang berfikiran waras menganggap penting semasa membuat keputusan tentang sama ada hendak membeli, menjual atau memegang sekuriti syarikat berkenaan. Membeli atau menjual sekuriti berdasar-kan maklumat dalam (dikenali sebagai “perdagan-gan orang dalam”) ialah kesalahan jenayah di ban-yak negara. Pekerja Pinalpina dilarang berdagang saham atau sekuriti lain Pinalpina, apa-apa entiti Pinalpina atau apa-apa syarikat awam berdasarkan maklumat “dalam”. Mendedahkan “maklumat dalam” kepada pihak lain, termasuk ahli keluarga sendiri juga dilarang dan mungkin menyebabkan orang yang terlibat didakwa kerana melakukan jenayah.

Pencegahan pengubahan wang haram Pengubahan wang haram ialah proses yang mela-luinya individu atau entiti cuba menyembunyikan dana haram atau menjadikan dana itu kelihatan sah dengan menggerakkannya melalui sistem kewan-gan untuk menyembunyikan semua tanda bahawa ia berpunca daripada kegiatan haram. Penting untuk kita mengetahui dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk menghentikan pengubahan wang haram. Kita mesti teliti dan menggunakan pertimbangan yang baik apabila berurusan dengan pelanggan atau urus niaga vendor yang luar biasa. Pinalpina tidak mem-biarkan, memudahkan atau menyokong pengu-bahan wang haram.

Page 11: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 11

Melindungi dan mengurus aser dan maklumat syarikat Aset fizikal dan harta intelek Panalpina sangat penting untuk kejayaan Panalpina dan setiap daripada kita berkewajipan melindunginya. Kita mesti mengurus rekod syarikat dengan bertanggungjawab dan melindungi rekod peribadi serta maklumat empunya, sama ada ia milik syarikat kita, rakan niaga, pelanggan atau pekerja kita.

Aset fizikal dan sistem komunikasi Semua pekerja dikehendaki melindungi aset Panal-pina dan memastikan ia digunakan secara cekap. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang sah dan untuk perniagaan Panalpina sahaja. Semua pekerja mesti menggunakan sistem komunikasi Panalpina, seperti e-mel dan internet, untuk tujuan yang berkai-tan dengan perniagaan sahaja dan mesti menggu-nakan sumber ini dengan cara yang wajar dan sah. Kita tidak patut mengakses, memuat turun atau mengedarkan apa-apa bahan yang dilarang, men-jelikkan atau boleh mendatangkan nama buruk kepada reputasi Panalpina. Kita juga patut menggu-nakan budi bicara dan tekun semasa menyediakan e-mel untuk memastikan komunikasi kita profesional dan sesuai.

Maklumat empunya dan harta intelek Maklumat empunya dan harta intelek seperti paten, cap dagang, hak cipta, rahsia perdagangan, ma-klumat perniagaan yang tidak diterbitkan dan rahsia (pangkalan data pelanggan, perisian dan strategi pemasaran) mewakili aset Panalpina. Maklumat empunya termasuk semua maklumat bukan awam yang mungkin berguna bagi pesaing atau memuda-ratkan Syarikat, atau pelanggannya atau pembe-kalnya, jika didedahkan. Penggunaan, pendedahan atau pengedaran maklumat ini tanpa kebenaran dilarang dan mungkin mengakibatkan penalti sivil atau jenayah. Pekerja mesti mengekalkan ke-rahsiaan maklumat empunya yang diamanahkan

kepada mereka oleh Panalpina atau pelanggan dan pembekalnya, kecuali apabila pendedahan dibenar-kan secara bertulis oleh Pengarah Urusan atau dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan seperti yang disahkan oleh Jabatan Undang-undang.

Penyimpanan rekod Semua pekerja Panalpina dikehendaki memastikan bahawa rekod perniagaan disimpan selaras dengan dasar dalaman dan peraturan tempatan. Rekod perniagaan ini termasuk dokumen fizikal seperti kontrak atau fail dan juga data elektrik seperti e-mel.

Privasi data Panalpina menghormati privasi semua pekerja, rakan niaga dan pelanggannya. Kita mesti mengen-dalikan data peribadi secara bertanggungjawab dan dengan mematuhi dasar dalaman Panalpina serta semua undang-undang privasi yang terpakai. Peker-ja yang mengendalikan data peribadi orang lain mesti bertindak selaras dengan dasar dalaman Pa-nalpina dan undang-undang yang terpakai; men-gumpulkan, menggunakan dan memproses maklu-mat itu hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, mengehadkan akses kepada maklumat itu hanya kepada mereka yang mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk melihat maklumat itu dan mengam-bil langkah berjaga-jaga untuk mencegah pendeda-hannya tanpa kebenaran.

Page 12: 09 | · PDF fileMenjalankan perniagaan dengan berintegriti 8 Antirasuah ... Pematuhan kontrak ... bertolak ansur terhadap apa-apa bentuk gangguan atau tingkah laku mendiskriminasi

09 | 2016 12

Melindungi alam sekitar Melindungi alam sekitar ialah tanggungjawab semua orang. Di Panalpina, kita komited bagi memastikan terdapat kesan yang minimum terhadap alam seki-tar akibat kegiatan harian kita dan akan terus me-mantau kegiatan kita untuk memastikan penambah-baikan berterusan.

Panalpina komited bagi meminimumkan kesan te-rhadap alam sekitar dalam semua kegiatannya dan

akan mematuhi semua undang-undang dan peratu-ran untuk perlindungan alam sekitar di semua tem-pat di mana kita beroperasi. Komitmen dan pematu-han ini dikehendaki daripada semua pekerja kita. Oleh sebab Panalpina komited sepenuhnya untuk mendukung standard alam sekitar setinggi mungkin, kita akan menilai aspek alam sekitar aktiviti kita secara berterusan bagi menyampaikan khidmat tanpa kesan alam sekitar yang tidak wajar.