13
iVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI F 5 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIV _____________________________________________________________________________ * Lfi KERTAS KERJA 5 ISIU PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PEN UNIVERSITI PENDIDIKAN SUL \N IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERS

* Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

iVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI F

5 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIV

_____________________________________________________________________________ *

Lfi

KERTAS KERJA5

IS IU PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PEN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SUL \N IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERS

Page 2: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Senibina Landskap Melayu Tradisi - Analisis Dari Perspektif NilaiAbdullah Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar, Fawazul Khair Ibrahim dan Hazel Khamis

Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

1.0 Fengenalan

Senibina landskap Melayu telah lama bertapak dan berkembang dalam negara ini tetap

tidak ketahui akan kehadirannya dalam kehidupan masyarakat k’ta. Adat dan budaya

dalam masyarakat Melayu itu sendiri merupakan agen dalam mengetengahkan senibina

landskap Melayu. Ini dapat dilihat dengan amalan penggunaan tumbuhan-tumbuhan

dalam kehidupan harian, upacara dan majlis tradisi yang diadakan dalam masyarakat

Melayu.

Landskap tradisi Melayu secara amnya menekankan fungsi dan peranan berbanding

dengan unsur estetikanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita mempunyai

pelbagai fungsi dan kegunaannya terhadap kehidupan harian iaitu seperti contohnya

sumber makanan, pelindung, penedub. perubatan, pagar dan keperluan adat serta budaya.

Fungsi yang di maksudkan ini adalah berdasarkan kepada kehidupan Melayu sebenamya.

Fungsi ini terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal dan rohani (spiritual).

Secara fizikalnya, tumbuh-tumbuhan di halaman rumah digunakan untuk kegunaan

harian. Penggunaan tumbuh-tumbuhan ini adalah berdasarkan kepada fungs^ tumbuhan

itu sendiri iaitu sebagai sumber makanan, pokok hiasan, perubatan dan sebagainya. Selain

itu, ia juga berfungsi untuk mengasingkan kawasan hadapan rumah dengan kawasan

dapur. Halaman hadapan rumah kebiasaannya dibiarkan terbuka luas. Ini adalah

disebabkan faktor kedatangan tetamu dan juga majlis-majlis yang diadakan di kawasan

rumah [1]. Oleh yang demikian, pokok-pokok halaman ditanam di pinggir kawasan

supaya dapat mewujudkan kawasan yang luas untuk memenuhi keperluan ini. Kawasan

belakang rumah merupakan kawasan kegiatan peribadi. Kebiasaannya kawasan ini

digunakan untuk ruang memasak, membasuh dan menjemur pakaian. Oleh yang

1

Page 3: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

demikian tumbuhan-tumbuhan tertentu ditanam bagi memenuhi keperluan seperti

pengadang aurat ruang dan juga bahan masakan. Pokok-pokok yang digunakan dalam

hiasan halaman juga mempunyai pengaruh kerohanian (spiritual) kerana fungsi

tumbuhan sebagai perubatan mempunyai perkaitan dengan dunia halus. Sebagai

contohnya pokok limau nipis bukan sahaja sebagai bahan sumber makanan dan perubatan

malah ia juga digunakan sebagai bahan pengusir gangguan halus.

Berikut dinukilkan beberapa nilai-nilai yang sempat dikuiip dari keistimewaan landskap

Melayu tradisi.

1.1 Sumber Makanan

Buah-buahan merupakan sumber makanan tambahan penting bagi manusia. Buah-buahan

ini mengandungi banyak khasiat iaitu vitamin, mineral, pektin dan selulosa, protein, asid

amino dan enzim [6]. Pokok buah-buahan ini ditanam di kawasan pinggi an rumah

sebagai sebahagian daripada hiasan halaman. Pokok-pokok yang lazim terdapat di

halaman rumah Melayu adalah pokok mempelam, rambutan, ciku, nam nam, pisang,

kelapa, jambu, limau, belimbing, dan betik Kebiasaannya pokok ni ditanam untuk

makanan sampmgan. Selain itu telah menjadi resam Melayu memberi buah tangan

apabila berkuniung ke rumah saudara-mara atau sahabat taulan dengan mambawa buahan

yang berbuah ketika itu. Begitu juga apabila tetamu jauh yang datang ke rumah, mereka

tidak akan pulang dengan tangan kosong melainkan disediakan buah tangan dari apa yang

terdapat disekeliling rumah.

2

Page 4: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Gambarajab 1.10 Pokok Belimbing Gambarajah 1.11 Pokok Rambutan

Gambarajah 1.12 Pokok Ciku Gambarajah 1.13 Pokok Betik

Hendakiah rajin bertanam betik,

Betik rambai banyak faedahnya,

Segala kerja mestilah selidik,

Kalau tidak burukpadahnya.

Limau purut lebat dipangkal,

Sayang selasih condong uratnya,

Angin ribut dapat ditangkal,

Hati kasih apa ubatnya? [3]

Page 5: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

1.2 Hiasan

Ruang utama di kawasan hadapan rumah adalah ruang penting dalam susunatur lanskap

Melayu, kerana ia mengambil faktor kehadiran tetamu dan kenduri-kendara. Meraikan

tetamu memang sudah menjadi suatu nilai peradaban orang Melayu sejak bertemurun.

Bukan sekadar menghias rumah, malah halaman juga turut diberi perhatian. Walaupun

lanskap lebih menumpukan kepada fungsi, pengolahan dan susunatur tanaman di

halaman dapat mewujudkan nilai estetikanya yang tersendiri. Ini adalah sebahagian dari

cara hidup orang Melayu menghias dan merai tetamu.

Dibahagian hadapan halaman rumah, banyak pokok bunga ditanam terutama sekali

pokok yang berbunga harum. Diantara pokok bunga harum yang lazim ditanam

dihalaman rumah Melayu adalah bunga melur, tonking, cempaka, tanjung, cina,

bakawali, kenanga, kemuning, siantan, kemboja dan melati, Keharuman pokok bunga

tersebut memang mendamaikan suasana dan banyak cerita penglipur lara dikaitkan

dengannya.

Gambarajah 1.20 Bunga Kenanga Gambarajah 1.21 Bunga Cempaka

Lebat claun bunga tanjung,

Berbau harum bunga cempaka,

Adat dijaga pusaka dijunjung,

Bam terpelihara adat pusaka [3].

4

Page 6: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

1.3 Perihal Budaya

Dalam budaya Melayu, tumbuh-tumbuhan banyak digunakan sebagai bahan alatan adat,

ide persuratan [2] dan juga ubat-ubatan. Tumbuhan yang biasa digunakan dalam alatan

beradat adalah seperti daun sirih dan daun pandan. Daun sirih dijadikan sebagai makanan

tambahan oleh masyarakat Melayu dahulu. Petani-petani makan sirih sambii berbual-bual

setelah selesai mengerjakan bendang. Nelayan pula akan membawa bekalan sirih pinang

ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu, raja-raja di

istana akan memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.

Gambarajah 1.30 Bekas sirih

Gambarajah 1.31 Peralatan untuk penyedian sirih seperti tepak sirih

Sirih pinang merupakan alatan adat istiadat Melayu yang penting terutamanya di dalam

majlis perkahwinan, iaitu bermula sewaktu merisik, pertunangan, menikah, bersanding

dan beradu. Selain itu, dari sudut perubatan, daun sirih ini dipercayai dapat memberi

beberapa khasiat ketahanan gigi.

5

Page 7: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Gambarajah 1.32 Daun sirih mi kebiasaannya digunakan dalam adat kebudayaan Melayu iaitu dalam Majlis

perkahwinan

Gambarajah 1.33 Gambar di atas menunjukkan susunan sirih pada dulang yang dipanggii sirih junjung di arak ketika

majlis perkahwinan

Berikut adalah contoh pantun yang dipetik dari sumber internet yang menggunakan sirih

sebagai kata pengantar atau kiasan.

Sirih junjung sirih pinang,Sirih kami susun bertingkat,Adat dijunjungpusaka dikenang, Bangsa berbudi hidup muafakat.

Sirih junjung sirih pinang,Sirih kuning diberi nama,Adat dijunjung pusaka dikenang, Hidup berbudi muafakat bersama.

Sirih kuning sirih dara,Sirih Tanya berserta cincin,Hidup beradat aman sejahtera, Budaya lama tetap terjamin.

Sirih kuning diberi nama,Sirih Tanya berserta cincin,Hidup berunding muafakat bersama, Bangsa mulia budaya dijamin.

Orang Jawa turun ke dusun,Singgah sejenak dipinggir kota, Kami bawa sirih tersusun,Sudilah sepiak pembuka kata.

Page 8: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Bunga rampai merupakan ramuan yang diperolehi dari campuran bungaan yang terdapat

disekeliling halaman Melayu. Ia digunakan diupacara tepung tawar majlis mencukur

rambut bayi. Antara lain campuran yang dijadikan bunga rampai adalah daun pandan

yang dihiris halus, bunga kertas, dan bunga raya.

Kolam mandi sangat diperlukan untuk mencuci badan setelah saban han bekeija

diladang. Di situ juga mereka mengambil wuduk. Air dari kolam yang sama digunakan

untuk menyiram pokok. Diantara kolam dan tangga menaik' rumah diatur barisan batu

sebagai tempat berpijak ketika tanah becak.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Perigi dikatakan telaga,

Tempat budak berulang mandi,

Emas merah ada berharga,

Budi Bahasa bernilai abadi [3],

Hiasan inai dijari bakal pengantin perempuan biasanya dilakukan diupacara pertunangan.

Secara tidak lansung orang ramai diberitahu bahawa anak dara yang berinai dijari sudah

di pinangi. Inai ini diperolehi dari pokok inai yang memang mudah didapati dihalaman

rumah Melayu.

1.4 Utiliti

Pelbagai jenis juadah orang Melayu yang meggunakan daun pokok untuk menyedapkan

dan menyerikan makanan. Nasi lemak, roti pau, pais, botok-botok, koci, lemang, putu

piring, putu bambu, tapai, dan sebagainya memang tidak menjadi sekiranya tidak diolah

menggunakan daun pisang.

7

Page 9: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Manakala makanan seperti satey, ikan percik, otak-otak dan pulut panggang pula

memerlukan lidi dari daun kelapa untuk memanggangnya. Untuk menghasilkan telur

pindang, berbagai ramuan seperti daun senduduk, daun kadok, kunyit, garam, kicap.

rempah dan lain-lain direbus secara perlahan.

Daun Kadok Kunyit Halia

Gambarajah 1.40 Tumbuhari-tumbuhan berikut digunakan sebagai perencah dalam masakan

Penyapu lidi, bakul, tikar, tudung saji, berus sabut, tirai gantung, bubu, joran, sangkar,

dan sebagainya adalah merupakan peralatan dan perkakas yang terdapat di rumah Melayu

tradisi yang menggunakan bahan landskap.

Mengkuang Buluh

Gambarajah 1.41 Tumbuhan-tumbuhan yang digunakan untuk dijadikan peralatan rumah.

Tikcir pucuk tikar mengkuang,

Pakaian raja Tanah Melayu,

Ikan busuk jangan dibuang,

Buatperencah tarukkayu [3].

8

Page 10: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

Alat permainan kanak-kanak seperti lastik, kunda-kendi, galah panjang, gasing, sumpit,

serunai, juga tidak lari dari penggunaan bahan landskap sekeliling. Unsur pendidikan

secara tidak formal banyak didedahkan apabila berada dihalaman landskap Melayu

seperti mengenali flora dan fauna, kreativiti membuat alat permainan dan secara tidak

lansung mengasah kecerdasan minda kanak-kanak.

1.5 Peneduh

Landskap yang terdapat disekeliling rumah Melayu menjadi unsur penting mengimbangi

tekanan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab. Tanaman pokok-pokok di sekitar

rumah dapat memberi teduhan kepada kawasan rumah yang boleh c'gunakan untuk

berehat, bekerja dan tempat permainan kanak-kanak. Suhu udara di bawah pokok lebih

rendah berbanding kawasan yang lapang dan terdedah terutama semasa tengah hari.

Tumbuhan dapat mengawal angin melalui ketinggian, pemesongan, penapisan, tekstor

dan komposisi [4], Kelembapan dalam bentuk hujan, kabus, embun dapat disekat dan

dialihkan pada tahap tertentu oleh tumbuh-tumbuhan. Jumlah hujan yang sampai ketanah

berubah-ubah mengikut spesis tumbuhan, tempoh penurunan hujan dan struktur kanop

tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan juga dapat menghalang pemandangan yang kurang

menyenangkan, menyerap bunyi bising atau mewujudkan keadaan privasi. Tumbuhan

yang biasa digunakan sebagai teduhan adalah seperti pokok asam jawa (Tamarindus

Indicd), pokok mangga (Mangifera Indica) atau jambu air (Eugenia Aquea Burm).

9

Page 11: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

UNIVE

Gambarajah 1.50 Pokok Asam Jawa Gambarajah 1.51 Pokok Mangga

1.6 Perubatan

Masyarakat Melayu terkenal dengan kebolehan menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai

bahan perubatan. Dalam perubatan tradisional Melayu, pelbagai jenis akar, daun, dan

kulit pokok telah digunakan untuk tujuan perubatan. Kertas seminar ini tidak mengupas

bab ini dengan lebih lanjut kerana ianya memerlukan kajian yang lebih terperinci dan

masa lebih lama.

Perubatan:Pegaga dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Daun pegaga juga digunakan sebagai ubat sapu untuk menurunkan panas badan atau demam. Selain itu, campuran daun pegaga dan daun-daun lain digunakan untuk penyakit lelah, reumatisme dan kencing berdarah[5]-

Gambarajah 1.61 Pegaga

10

Page 12: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

IVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI F

5 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVI

Perubatan:Buah Limau Purut digunakan untuk mencuci rambut dan mandi bagi menghilangkan bau badan. Buah limau ini juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional iaitu sebagai penawar berbagai-bagai penyakit seperti sakit perut, penyakit cacing pada kanak-kanak, sakit kepala dan bengkak-bengkak pada badaan [5].

Gambarajah 1.62 Daun Limau Purut

1.7 Pagar

Walaupun sempadan kawasan landskap rumah Melayu tidak begitu jelas, namun tumbuh-

tumbuhan yang ditanam berperanan secara tidak langsung sebagai sempadan kawasan. Ia

juga mewujudkan satu pengenalan bagi rumah dan kawasan rumah tersebut. Laz tnnya

pokok kelapa, rumpun buluh, puding dan pokok buah-buahan digunakan untuk tujuan ini.

Pokok buluh Pokok kelapaGambarajah 1.70 Pokok-pokok yang digunakan untuk dijadikan pagar atau garis sempadan

Berangan besar didalam peti,

Rumpun buluh dibuat pagar,

Jangan syak didalam hati,

Maklumlah saya baru belajar [3].

11

Page 13: * Lfi KERTAS KERJA - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/355/1/Abdullah Sani Ahmad, Dr. Jamil... · ketika turun ke laut untuk menangkap ikan dan mengikut sejarah Melayu,

2.0 Kesimpuian

Inspirasi untuk mengenalpasti nilai-nilai yarig terdapat dalam landskap Melayu bermula

dari faktor kehidupan rakyat Malaysia memang kaya dengan warisan bemilai tinggi. Oleh

yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membantu masyarakat dewasa hari ini

memahami dan mencontohi nilai-nilai yang tersirat dalam keunikan landskap Melayu.

Banyak nilai-nilai mumi yang boleh diteladani hasil dari kajian landskap Melayu tradisi

seperti yang telah dikemukan di atas. Jelas menunjukkan bahawa senibina landskap

Melayu tradisi mempunyai banyak fungsi. Ianya tidak wujud untuk satu tujuan sahaja.

Ianya juga tidak mempunyai konsep pembaziran, malah boleh dimanfaatkan untuk

kegunaan harian.

Rujukan

1. Nurhanani Abdul Rahman (2003). Kajian Pengaruh Halaman Terhadap Senibina

Melayu. Kajian Topik.al, UTM.

2. Mohd Sazili Mohd Suhaimi (2003). Kajian Pantun Lama Untuk Mengesan Ciri-

ciri Senibina Lanskap Melayu Di Malaysia. Kajian Topikal, UTM.

3. Prof. Mohd. Taib Osman (1978). Warisan Puisi Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. Zulkifly Hanafi dan Nur Huzeima (2002). Lanskap Melayu. Prosiding Seminar

Landskap Melayu Prospek dan Cabaran. Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan

Perancangan, USM.

5. Rukayah Aman (2000). Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Rukayah Aman (1999). Buah-buahan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

12