Upload
others
View
48
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA
(TPAR)
RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Berkuatkuasa 1 Mei 2009
i
TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA
KANDUNGAN
TAJUK PARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA:
BAHAGIAN I : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH 16 - 65
PENDAHULUAN 16
BAB A : PENERIMAAN 1 - 5 21 - 25
Definisi Objektif Peraturan Penerimaan Carta Aliran dan Proses Kerja Penerimaan Jadual 1: Carta Aliran Penerimaan Aset Alih RISDA Jadual 2: Proses Penerimaan Aset Alih RISDA
1-2
3
4
5
21
21
21
23
24
25
BAB B : PENDAFTARAN 6 - 33 26 - 57
Objektif Perekodan Maklumat: Harta modal Inventori Pemindahan Aset Di Antara Pusat Tanggungjawab Susut Nilai Harta Modal Tempoh Pendaftaran
6
7 – 8 9 – 10
11
12 – 13
14
26
26 26 28
30
30
31
ii
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN I : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH (samb.)
BAB B : PENDAFTARAN (samb.) Pendaftaran Aset: Pendaftaran aset hadiah Pendaftaran aset lucuthak Punca Maklumat Dokumen Pendaftaran Butiran Maklumat Pengesahan Pendaftaran Urusan Pendaftaran Aset Alih: Pendaftaran Nombor pendaftaran aset Pelabelan aset Pergerakan aset Penyimpanan Daftar Senarai Aset Di Lokasi Laporan Tahunan Harta Modal dan Inventori Carta Aliran dan Proses Kerja Pendaftaran Jadual 3: Carta Aliran Pendaftaran Aset Alih RISDA Jadual 4: Proses Pendaftaran Aset Alih RISDA Jadual 5: Kod Pusat Tanggungjawab Jadual 6: Kod Harta Modal Jadual 7: Kod Inventori
15 – 16 17 – 19
20
21 – 22
23
24
25 26 27 28 29 30
31 – 32
33
31 31 32
33
34
34
34
35 35 36 37 39 39 39
40
40
41
43
45
50
52
iii
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN I : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH (samb.)
BAB C : PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN 34 - 50 57 - 62
Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Jadual 8: Carta Aliran Pemeriksaan Aset Alih RISDA Jadual 9: Proses Pemeriksaan Aset Alih RISDA
34
35 – 38
39 – 41
42
43 - 50
57
57
58
58
59
61
62
BAB D : PENYELENGGARAAN 51 - 54 63 – 65
Objektif Jenis Penyelenggaraan Manual Penyelenggaraan Panduan Penyelenggaraan
51
52
53
54
63
63
64
64
iv
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN II : TATACARA PENGURUSAN ASET TAK
ALIH 66 - 93
PENDAHULUAN 66
BAB A : PENERIMAAN 1 - 4 76 - 77
Definisi Objektif Peraturan Penerimaan
1-2
3
4
76
76
76
BAB B : PENDAFTARAN 5 - 19 78 - 87
Objektif Perekodan Maklumat Tempoh Pendaftaran Punca Maklumat Dokumen Pendaftaran Butiran Maklumat Urusan Pendaftaran Aset Tak Alih: Pendaftaran Penyimpanan Daftar Nombor Pendaftaran Aset Tak Alih Pelabelan Aset Tak Alih Laporan Tahunan Tanah dan Bangunan Carta Aliran dan Proses Kerja Pendaftaran Jadual 1: Carta Aliran Pendaftaran Aset Tak Alih RISDA Jadual 2: Proses Pendaftaran Aset Tak Alih RISDA Jadual 3: Kod Aset Tak Alih
5
6
7
8 - 9
10 – 11
12
13 14 15 16
17 – 18
19
78
78
79
80
80
81
81 81 82 82 83
84
84
85
86
87
v
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN II : TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (samb.)
BAB C : PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN 20 - 29 88 - 90
Objektif Penggunaan Pematuhan Pemeriksaan
20
21 – 22
23
24 - 29
88
88
89
89
BAB D : PENYELENGGARAAN 30 – 33 91 - 93
Objektif Jenis Penyelenggaraan Panduan Penyelenggaraan
30
31
32 - 33
91
91
92
vi
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN III : TATACARA PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA
94 - 166
PENDAHULUAN 94
BAB A : PELUPUSAN ASET RISDA 1 - 110 98 – 132
Objektif Justifikasi Pelupusan Kuasa Melulus Urus Setia Pelupusan Perakuan Pelupusan (PEP) Lembaga Pemeriksa Tempoh Tindakan Pelupusan Pelanjutan Tempoh Pinda Kaedah Pelupusan Pelupusan Peralatan Komputer Kaedah Pelupusan Perlaksanaan Kaedah Pelupusan: Penjualan Aset RISDA Tender Sebut Harga Lelong Jualan Skrap (Sisa) Tukar Barang (Barter Trade) Tukar Beli (Trade In) Tukar Ganti (Cannibalize) Pindahan Hadiah Musnah Kaedah-kaedah Lain Pelupusan Aset Yang Diluluskan Pelupusan Tidak Berjaya Dijual Pelupusan Melalui Kontrak Pusat
1
2
3 – 4
5 – 6
7 – 11
12 – 13
14
15 – 16
17
18 – 20
21 – 22
23 – 25 26 – 47 48 – 63 64 – 72 73 – 77 78 – 80 81 – 83 84 – 86 87 – 89 90 – 96 97 – 99
100
101
102 - 103
98
98
99
100
102
102
103
104
104
104
105
106 106 107 111 114 115 116 117 118 119 120 121 122
122
123
vii
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN III : TATACARA PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA (samb.)
BAB A : PELUPUSAN ASET RISDA (samb.)
Tindakan Semasa Melaksanakan Pelupusan Pelupusan Bangunan Tindakan Selepas Melaksanakan Pelupusan Carta Aliran dan Proses Kerja Pelupusan Aset RISDA Jadual 1: Carta Aliran Pelupusan Aset Jadual 2: Proses Kerja Pelupusan Aset Jadual 3: Aset Yang Boleh Dikeluarkan PEP oleh JKR Jadual 4: Senarai Perkakasan Komputer
104
105 - 107
108 - 109
110
123
124
125
125
126
127
128
132
BAB B : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET RISDA 111 - 136 133 - 146
Objektif Definisi Kuasa Melulus Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira Kehilangan Aset Alih Elektronik Proses Hapus Kira: Melaporkan Kehilangan Laporan Awal (KEW.PA-28) Aset Yang Dilindungi Insuran Jawatankuasa Penyiasat Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat Laporan Akhir (KEW.PA-30)
111
112
113
114 – 115
116
117 118
119 – 123 124 – 126
127
128 - 134
133
133
133
134
136
138 138 138 139 140 141
141
viii
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN III : TATACARA PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA (samb.)
BAB B : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET RISDA (samb.)
Tindakan Selepas Kelulusan Carta Aliran dan Proses Kerja Hapus Kira Aset RISDA Jadual 5: Carta Aliran Kehilangan dan Hapus Kira Aset RISDA Jadual 6: Proses Kerja Hapus Kira Aset RISDA
135
136
143
143
144
146
BAB C : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA 137 - 166
Objektif Definisi Kuasa Melulus Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira Proses Hapus Kira: Hapus Kira Kehilangan Wang Awam Disebabkan Oleh Kecurian/ Penipuan/ Penyelewengan dan Kecuaian Pegawai Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Hutang dan Tunggakan Hasil Yang Tidak Boleh Didapatkan Hapus Kira Kehilangan Buku Resit, Lesen, Kupon Atau Buku Yang Seumpamanya
137
138 – 140
141
142- 143
144
145 – 153
154 – 160
161 – 165
147
147
148
149
150 150
157
160
162
ix
TAJUK PARA MUKA SURAT
BAHAGIAN III : TATACARA PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA ASET RISDA (samb.)
BAB C : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA (samb.)
Carta Aliran dan Proses Kerja Hapus Kira Wang Awam RISDA Jadual 7: Carta Aliran Hapus Kira Wang Awam RISDA Jadual 6: Proses Kerja Hapus Kira Wang Awam RISDA
166
163
164
166
x
APPENDIX NAMA BORANG KOD
BORANG MUKA SURAT
LAMPIRAN 1 Borang Input Data Aset RISDA BI-01 167 LAMPIRAN 2 Borang Laporan Penerimaan Aset Alih
RISDA KEW.PA-1 173
LAMPIRAN 3 Daftar Harta Modal KEW.PA-2 174 LAMPIRAN 4 Daftar Inventori KEW.PA-3 177 LAMPIRAN 5 Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 179 LAMPIRAN 6 Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5 180 LAMPIRAN 7 Daftar Pergerakan Harta Modal dan
Inventori KEW.PA-6 181
LAMPIRAN 8 Senarai Aset Alih RISDA Mengikut
Lokasi KEW.PA-7 182
LAMPIRAN 9 Laporan Tahunan Harta Modal dan
Inventori Bagi Tahun ….. KEW.PA-8 183
LAMPIRAN 10 Borang Aduan Kerosakan Aset Alih
RISDA KEW.PA-9 184
LAMPIRAN 11 Laporan Pemeriksaan Harta Modal KEW.PA-10 185 LAMPIRAN 12 Laporan Pemeriksaan Inventori KEW.PA-11 186 LAMPIRAN 13 Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta
Modal dan Inventori KEW.PA-12 188
LAMPIRAN 14 Senarai Aset Alih RISDA Yang
Memerlukan Penyelenggaraan KEW.PA-13 189
LAMPIRAN 15 Senarai Penyelenggaraan Harta
Modal KEW.PA-14 190
LAMPIRAN 16 Daftar Bangunan KEW.PTA-1 191 LAMPIRAN 17 Daftar Binaan Lain KEW.PTA-2 194
xi
APPENDIX NAMA BORANG KOD
BORANG MUKA SURAT
LAMPIRAN 18 Daftar Tanah KEW.PTA-3 197 LAMPIRAN 19 Senarai Daftar Aset Tak Alih:
Bangunan BORANG
DA-1 200
LAMPIRAN 20 Senarai Daftar Aset Tak Alih: Binaan
Lain BORANG
DA-2 201
LAMPIRAN 21 Senarai Daftar Aset Tak Alih: Tanah BORANG
DA-3 202
LAMPIRAN 22 Borang Aduan Kerosakan/
Penambahbaikan Aset Tak Alih RISDA
KEW.PTA-4 203
LAMPIRAN 23 Senarai Penggunaan Aset Tak Alih
RISDA Oleh Pihak Luar KEW.PTA-5 204
LAMPIRAN 24 Laporan Pemeriksaan Aset Tak Alih KEW.PTA-6 205 LAMPIRAN 25 Senarai Aset Tak Alih Yang
Memerlukan Penyelenggaraan/ Penyelenggaraan Berjadual
KEW.PTA-7 206
LAMPIRAN 26 Senarai Penyelenggaraan Aset Tak
Alih KEW.PTA-8 207
LAMPIRAN 27 Format Surat Perlantikan Lembaga
Pemeriksa Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-15 208
LAMPIRAN 28 Perakuan Pelupusan JKR KEW.PA-16 209 LAMPIRAN 29 Perakuan Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-
16(A) 210
LAMPIRAN 30 Laporan Lembaga Pemeriksa Aset
RISDA KEW.PA-17 211
LAMPIRAN 31 Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset
RISDA KEW.PA-18 213
LAMPIRAN 32 Sijil Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-19 214
xii
APPENDIX NAMA BORANG KOD
BORANG MUKA SURAT
LAMPIRAN 33 Laporan Tahunan Pelupusan Aset
Alih KEW.PA-20 215
LAMPIRAN 34 Kenyataan Tawaran Tender
Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-21 216
LAMPIRAN 35 Borang Tender Pelupusan Aset
RISDA KEW.PA-22 218
LAMPIRAN 36 Jadual Tender Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-23 220 LAMPIRAN 37 Kenyataan Tawaran Sebut Harga
Pelupusan Aset RISDA KEW.PA-24 221
LAMPIRAN 38 Borang Sebut Harga Pelupusan Aset
RISDA KEW.PA-25 223
LAMPIRAN 39 Jadual Sebut Harga Pelupusan Aset
RISDA KEW.PA-26 225
LAMPIRAN 40 Kenyataan Jualan Lelongan Aset
RISDA KEW.PA-27 226
LAMPIRAN 41 Senarai Aset Yang Dilelong KEW.PA-
27(A) 228
LAMPIRAN 42 Laporan Awal Kehilangan Aset RISDA KEW.PA-28 229 LAMPIRAN 43 Format Surat Perlantikan
Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset RISDA
KEW.PA-29 230
LAMPIRAN 44 Laporan Akhir Kehilangan Aset
RISDA KEW.PA-30 231
LAMPIRAN 45 Sijil Hapus Kira Aset RISDA KEW.PA-31 234 LAMPIRAN 46 Laporan Tindakan Surcaj/ Tatatertib
Aset Bagi Tahun ..... KEW.PA-32 235
LAMPIRAN 47 Laporan Awal Mengenai Kehilangan
Wang Awam KEW.PA-33 236
xiii
APPENDIX NAMA BORANG KOD
BORANG MUKA SURAT
LAMPIRAN 48 Format Surat Perlantikan
Jawatankuasa Penyiasat Berhubung Dengan Kehilangan Wang Awam
KEW.PA-34 237
LAMPIRAN 49 Laporan Akhir Mengenai Kehilangan
Wang Awam RISDA KEW.PA-35 238
LAMPIRAN 50 Laporan Mengenai Tunggakan Hasil/
Akaun Belum Terima (ABT) Yang Tidak Boleh Didapatkan
KEW.PA-36 242
LAMPIRAN 51 Penyata Mengenai Jumlah Hutang
Lapuk atau Akaun Belum Terima Yang Telah Dibiarkan Pada 30 Jun/ 31 Disember Tahun .....
LH 1000 244
PENDAHULUAN
BAHAGIAN I
Tatacara Pengurusan Aset Alih RISDA
BAHAGIAN II
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih RISDA
66
PENDAHULUAN
1. Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih RISDA ini adalah tatacara bagi
menguruskan aset tak alih yang meliputi:-
Bab A : Penerimaan
Bab B : Pendaftaran
Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
Bab D : Penyelenggaraan
2 Aset Tak Alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari
tempatnya iaitu, tanah, bangunan dan infrastruktur di bawah kawalan RISDA.
3. Nilai satu-satu Aset Tak Alih merangkumi harga belian dan segala kos
langsung yang dikenakan dalam memperolehi aset berkenaan.
4. Financial Reporting Standard 116 memberi kriteria-kriteria untuk
menentukan sama ada satu-satunya perolehan harus diperjeniskan sebagai
perolehan Aset Tetap. Kriteria-kriteria utama yang dianggapkan sesuai untuk
RISDA adalah seperti berikut:
(a) Aset berkenaan mempunyai nilai yang material;
(b) Aset berkenaan digunakan untuk perjalanan aktiviti-aktiviti rasmi
RISDA;
(c) Aset berkenaan diguna secara berterusan.
5. Satu perolehan/ pembinaan yang merupakan sebahagian daripada
satu-satu Aset Tak Alih hendaklah dianggap sebagai tambahan kos aset asal
itu sungguhpun nilai perolehan berkenaan kurang daripada RM5,000.
67
6. Kos pembaikan Aset Tak Alih yang menyebabkan tambahnya nilai/
mutu satu-satu Aset Tak Alih perlu dipermodalkan. Kos pembaikan tersebut
dikenakan sebagai tambahan kos Aset Tak Alih itu. Atas sebab praktis,
perbelanjaan pembaikan yang bernilai kurang daripada RM5,000 dianggap
tidak material dan seterusnya tidak dipermodalkan.
7. Pembaikan bangunan yang tidak memenuhi keperluan para 6 di atas
untuk dipermodalkan, hendaklah diakaunkan sebagai pembaikan aset.
Perbelanjaan ini tidak akan dipermodalkan kerana dianggap sebagai tidak
menambah nilai Aset Tak Alih yang dibaiki. Sebagai contoh, pembaikan
menggantikan kemudahan sedia ada seperti pendawaian semula (rewiring).
Pembelian Tanah
8. Pembelian tanah yang dimaksudkan adalah pembelian tanah
berbentuk tanah kosong mengikut peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah Tanah dan Galian daripada orang perseorangan, syarikat
atau perbadanan, iaitu:
(a) Tanah Kosong mengikut peraturan berkaitan yang ditetapkan
oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
(b) Tanah berserta dengan bangunan sama ada bangunan telah
siap atau sedang dalam pembinaan (termasuk pembelian di
dalam sesuatu skim strata).
9. Kategori kegunaan bagi Tanah ialah:-
(a) Tanah Kediaman;
(b) Tanah Pejabat;
(c) Tanah Pertanian; dan
(d) Tanah lain daripada yang dinyatakan di atas.
68
Pembelian Tanah Berserta Bangunan
10. Pembelian yang dimaksudkan adalah pembelian tanah berserta
bangunan yang telah siap atau sedang dalam pembinaan (termasuk
pembelian dalam satu skim strata) daripada orang perseorangan, syarikat
atau perbadanan.
11. Pembelian tanah berserta bangunan seumpama ini hendaklah
mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawas
Ke Atas Harta Kerajaan (JPHK), Jabatan Perdana Menteri.
12. Kategori kegunaan Bangunan ialah:-
(a) Bangunan Kediaman;
(b) Bangunan Pejabat (termasuk institusi latihan dan institusi
penyelidikan);
(c) Bangunan Perusahaan;
(d) Bangunan Penyetoran
(e) Bangunan Kilang;
(f) Bangunan Rumah Asap; dan
(g) Bangunan lain daripada yang dinyatakan di atas.
Fungsi Unit Pengurusan Hartanah RISDA
13. Unit Pengurusan Hartanah, Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan
bertanggungjawab ke atas Aset Tak Alih RISDA. Di antara fungsi Unit
berkenaan ialah seperti berikut:
(a) Mengurus pembelian, penjualan dan sewaan hartanah RISDA,
iaitu:
i. Menguruskan pembelian hartanah untuk RISDA;
ii. Menguruskan penjualan dan pelupusan hartanah RISDA;
iii. Menguruskan penyewaan dan penggunaan hartanah
RISDA;
69
iv. Menyemak dan membuat perancangan pembangunan
hartanah RISDA; dan
v. Menyemak dan meluluskan permohonan penyewaan
bangunan oleh Pusat Tanggungjawab ke Pihak Luar
(b) Mengurus penilaian hartanah seperti berikut:
i. Menguruskan penilaian hartanah untuk tujuan pembelian,
penjualan dan perlindungan insurans
ii. Menguruskan penilaian hartanah untuk penyewaan oleh
pihak luar;
iii. Menguruskan penilaian hartanah untuk tujuan
penyewaan oleh RISDA; dan
iv. Menguruskan penilaian hartanah bagi cadangan
pembelian dan penyewaan untuk Anak Syarikat;
(c) Mengendali pengurusan insuran ke atas Aset Alih dan Aset Tak
Alih seperti berikut:
i. Menguruskan perlindungan insurans untuk hartanah
RISDA;
ii. Menguruskan perlindungan insurans untuk Aset Alih
RISDA;
iii. Menguruskan tuntutan pampasan insurans bagi Aset
RISDA
(d) Mentadbir hartanah RISDA:
i. Mengumpul dan mengemaskini daftar hartanah RISDA;
ii. Mengumpul dan mengemaskini maklumat sewaan
hartanah RISDA;
iii. Mengumpul dan mengemaskini maklumat sewaan
hartanah pihak luar oleh RISDA;
iv. Mengumpul dan mengemaskini maklumat pendudukan
kuarters atau rumah kediaman RISDA;
v. Menguruskan pembayaran cukai tanah dan cukai pintu
bagi Ibu Pejabat RISDA;
70
vi Memastikan Pusat Tanggungjawab membayar cukai
tanah dan cukai pintu bagi Pusat Tanggungjawab
masing-masing.
(e) Urusetia Jawatankuasa Perundingan Harga.
Jawatankuasa Perundingan Harga
14. Satu Jawatankuasa Perundingan Harga di peringkat Ibu Pejabat
RISDA dianggotai oleh wakil-wakil daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian (JKPTG), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan
Korporat).
15. Urusetia Mesyuarat ialah Unit Pengurusan Harta, Bahagian
Pentadbiran & Kejuruteraan.
16. Perlaksanaan rundingan harga hanya akan dibenarkan selepas semua
peraturan berikut dipatuhi:
(a) Pembelian tanah berbentuk:
i. Tanah kosong mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah Tanah dan Galian;
ii. Tanah berserta bangunan sama ada bangunan telah siap
atau sedang dalam pembinaan (termasuk pembelian di
dalam sesuatu skim strata).
(b) Pembelian adalah tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi
dan hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
(PTP).
(c) Pembelian tanah milik orang perseorangan, syarikat dan
perbadanan dibenarkan sekiranya pemilik berkenaan
mempunyai hak milik bagi tempoh sekurang-kurangnya lima (5)
71
tahun serta bebas daripada sebarang bebanan dan syarat
kegunaan yang akan menghalang daripada sebarang
pembangunan yang dicadangkan. Pembelian tanah di para 16
(a) i., berserta cadangan membina infrastruktur atau cadangan
membina bangunan oleh pemilik tanah tidak dibenarkan.
(d) Ketua Pengarah diberi kuasa meluluskan pembelian sesuatu
tanah secara terus melalui rundingan harga daripada pemililk
yang berdaftar atau pemaju tanpa perlu merujuk kepada
Kementerian Kewangan dengan syarat setiap permohonan
hendaklah memastikan setiap permohonan dikemukakan
bersekali dengan perakuan daripada Jabatan Ketua Pengarah
Tanah dan Galian (JKPTG) dan penilaian daripada Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
(e) Bagi pembelian tanah di bawah 16 (a) ii., RISDA hendaklah
mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pengawas Ke Atas Harta Kerajaan (JPHK),
Jabatan Perdana Menteri. Satu senarai semak bagi pematuhan
ke atas arahan JPHK hendaklah disertakan semasa kelulusan
Ketua Pengarah bersekali dengan perakuan JKPTG dan JPPH.
Tugas-tugas Jawatankuasa Perundingan Harga
17. Sebelum pembelian tanah dan pembelian tanah berserta bangunan
dilaksanakan, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:
(a) Mendapat maklumat-maklumat tanah yang lengkap;
(b) Memastikan tapak yang hendak dibeli bebas daripada sebarang
bebanan (encumbrances) dan syarat kegunaan tanah
hendaklah bersesuaian dengan cadangan pembangunan yang
akan dilaksanakan;
72
(c) Mengadakan runding harga dengan pemaju atau pemilik bagi
mendapatkan harga berpatutan dengan memastikan harga
pembelian hendaklah tidak melebihi harga penilaian yang
ditentukan;
(d) Memaklumkan dan merundingkan terma-terma bagi Perjanjian
Jual Beli; dan
(e) Memperakukan harga yang telah dirunding kepada Pegawai
Pengawal untuk keputusan muktamad.
18. Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan
terma perjanjian yang muktamad, Jawatankuasa boleh memperakukan
kepada Ketua Pengarah untuk membatalkan pembelian tersebut.
19. Selain daripada tanah dan bangunan, Aset Tak Alih lain termasuk
jambatan, jalan dan binaan-binaan lain.
Kaedah Pembayaran
20. Kaedah pembayaran hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
20.1 Bagi pembelian tanah di bawah para 16 (a) i.:
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
Perjanjian Jual Beli ditandatangani;
(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(Semenanjung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSF 18
Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan; dan
73
(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas
nama RISDA.
20.2 Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang telah siap di
bawah para 16 (a) ii:
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
Perjanjian Jual Beli ditandatangani;
(b) 85% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(semenanjaung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSF
18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan; dan
(c) baki 5% dibayar setelah hak milik didaftarkan di atas
nama RISDA.
20.3 Bagi pembelian tanah berserta bangunan yang sedang dalam
proses pembinaan di bawah para 16 (a) ii:
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
perjanjian ditandatangani;
(b) 20% setelah Borang Pindah Milik atau Memorandum of
Transfer (Sabah dan Sarawak) iaitu Borang 14A KTN
(semenanjaung), Borang G (Sarawak) dan Borang LSF
18 Schedule XIII (Sabah) diserahkan untuk didaftarkan di
Pejabat Tanah yang berkenaan; dan
(c) baki 70% untuk bayaran seterusnya hendaklah dibuat
mengikut kaedah bayaran kemajuan projek-projek
Kerajaan yang berkuatkuasa.
74
20.4 Bagi pembelian di bawah para 16 (a) ii yang melibatkan
bangunan dalam bentuk strata:
(a) 10% daripada harga pembelian yang dipersetujui selepas
perjanjian ditandatangani;
(b) 85% mengikut kemajuan pembinaan bangunan; dan
(c) baki 5% untuk dibayar setelah hak milik strata bagi
bangunan berkenaan didaftarkan di atas nama RISDA.
21. Bagi pembelian yang melibatkan pemilik atau pemaju hendaklah
dikenakan syarat supaya mengemukakan bon perlaksanaan sebanyak 5%
daripada keseluruhan harga pembelian. Tempoh sah laku bon perlaksanaan
hendaklah meliputi 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.
22. RISDA hendaklah melantik pegawai yang sesuai untuk mengesahkan
semua bayaran dan memantau perlaksanaan sepenuhnya syarat-syarat jual
beli tanah sehingga sempurna didaftarkan atas nama RISDA. RISDA boleh
memasukkan nama pengurus/pentadbir kontrak di dalam perjanjian tersebut
di atas nama jawatan pegawai di RISDA yang membiayai pembelian tanah
bagi memudahkan pengurusan dan pemantauan kontrak.
23. Jika kontrak ditamatkan atas sebab kegagalan pemilik atau pemaju
menyempurnakan obligasi, RISDA hendaklah memastikan bayaran tertentu
yang telah dibuat kepada pemilik atau pemaju dikutip balik dengan dikenakan
kadar faedah tidak kurang daripada 8% setahun dan terma ini hendaklah
dimasukkan dalam Perjanjian Jual Beli.
SUSUT NILAI ASET TAK ALIH
24. Kadar susut nilai tahunan aset tak alih yang telah ditetapkan mengikut
kaedah garisan lurus (straight line method) adalah seperti berikut:
75
Jenis Harta Modal Kadar Susut Nilai Tahunan (%)
(a) Tanah (hak milik kekal) 0
(b) Tanah (hak milik pajak) mengikut tempoh masa pajakan
(c) Bangunan rumah asap 10
(d) Bangunan kilang 4
(e) Bangunan selain dari rumah asap atau kilang 2
25. Perakaunan susut nilai tahunan Aset Tak Alih akan dilakukan oleh
Bahagian Kewangan dan Belanjawan. Pusat Tanggungjawab yang
menyimpan salinan KEW.PTA-1/ KEW.PTA-2/ KEW.PTA-3 (LAMPIRAN-LAMPIRAN 16, 17 DAN 18, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA) tidak perlu menyimpan rekod terhadap susut nilai yang dilakukan ke
atas satu-satu Aset Tak Alih.
26. Istilah dan perkataan yang diguna pakai dalam Tatacara Pengurusan
Aset Tak Alih RISDA hanyalah bagi maksud pengurusan aset tak alih RISDA
sahaja.
76
BAB A – PENERIMAAN
DEFINISI
1. “Pegawai Bertauliah” ialah pegawai yang memiliki kepakaran dalam
bidang yang berkaitan dalam memperakukan spesifikasi
pembelian/pembinaan Aset Tak Alih.
2. “Pegawai Penerima” ialah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk
menerima dan mengesahkan aset yang diperolehi setelah menerima
perakuan Pegawai Bertauliah.
OBJEKTIF 3. Objektif penerimaan aset bertujuan:
(a) Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang
ditetapkan;
(b) Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut Perjanjian
Jual Beli; dan
(c) Memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna
dan selamat untuk digunakan.
PERATURAN PENERIMAAN
4. Pegawai penerima perlu mengambil tindakan berikut apabila menerima
Aset Tak Alih:
(a) Hartanah yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti
bagi memastikan ia menepati spesifikasi yang ditetapkan;
77
(b) Pemeriksaan teknikal oleh pegawai-pegawai yang bertauliah
hendaklah dilakukan apabila perlu mengikut kaedah yang
bersesuaian;
(c) Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi semasa menerima
aset:-
(i) Menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi
memastikan aset yang diterima adalah betul;
(ii) Aset hendaklah diperiksa dan dokumen lengkap sebelum
disahkan penerimaannya;
(iii) Pegawai Penerima hendaklah memastikan bahawa aset
diterima menepati spesifikasi seperti dalam Perjanjian
Jual Beli; dan
(iv) Pegawai Penerima hendaklah memastikan aset yang
diterima disertakan manual penggunaan dan
penyelenggaraan, jika berkaitan.
78
BAB B – PENDAFTARAN
OBJEKTIF 5. Pendaftaran aset adalah bertujuan untuk:-
(a) Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan
kemaskini;
(b) Memudahkan pengesanan dan pemantauan;
(c) Membolehkan keadaan aset diketahui; dan
(d) Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian
aset.
PEREKODAN MAKLUMAT
6. Bagi perolehan Aset Tak Alih, Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan
yang bertanggungjawab ke atas aset berkenaan dikehendaki mengisi Borang
Input Data Aset RISDA (BI-01) bagi maklumat asas hartanah berkenaan
seperti berikut:.
(a) Bagi perolehan baru, isikan Borang BI-01 untuk diinput dalam
Sistem Pengurusan Aset RISDA. KEW.PTA-1, KEW.PTA-2
atau KEW.PTA-3 hendaklah dicetak oleh Bahagian Pentadbiran
dan Kejuruteraan sebagai rekod Daftar Aset Tak Alih yang
berkaitan.
79
(b) Untuk perolehan bangunan baru yang dibina atas tanah yang
sedia ada yang merupakan sebahagian daripada satu-satu Aset
Tak Alih yang telah pun wujud rekodnya (iaitu No. Aset telah
diuntukkan), No. Aset baru hendaklah diuntukkan pada
KEW.PTA-1, KEW.PTA-2 atau KEW.PTA-3 yang baru.
(c) Bagi perolehan tanah berserta bangunan, dua nombor aset
yang berlainan hendaklah diuntukkan. Satu nombor aset bagi
tanah dan satu nombor aset bagi bangunan tersebut.
(d) Salinan baucer bayaran hendaklah dilampirkan bersama-sama
KEW. PTA-1, KEW.PTA-2 atau KEW-PTA 3 itu.
(e) Untuk perolehan Aset Tak Alih yang merupakan sebahagian
daripada satu-satu Aset Tak Alih yang telah pun wujud rekodnya
(iaitu No. Aset telah diuntukkan), catatkan No. Aset yang telah
diuntukkan itu pada BI-01. Butiran Jenis Input ditandakan
sebagai “TAMBAHAN NILAI”.
(f) Salinan KEW.PTA-1/ KEW.PTA-2/ KEW.PTA-3 yang dicetak
hendaklah dimajukan ke Bahagian Kewangan dan Belanjawan
untuk difailkan bagi tujuan auditan.
Nota Penting: Baucer yang tidak mengandungi KEW.PTA-
1/ KEW.PTA-2/ KEW.PTA-3 atau pun BI-01 yang tidak diisi
dengan sempurna (bagi tujuan selain pendaftaran perolehan
baru) tidak akan diuruskan bayaran dan dikembalikan ke Pusat
Tanggungjawab yang berkaitan.
TEMPOH PENDAFTARAN
7. Setiap aset hendaklah didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu dari
tarikh pembayaran.
80
PUNCA MAKLUMAT
8. Bagi mendaftar aset, salinan dokumen berikut boleh dirujuk:-
(a) Surat Perjanjian Jual Beli;
(b) Geran Tanah;
(c) Sijil Akaun Muktamad Projek (Certificate of Final Account);
(d) Sijil Perakuan Bayaran Kemajuan (Certificate of Progress
Payment) bagi projek dalam pembinaan;
(e) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan; dan
(f) Sekiranya tiada punca maklumat seperti di para (a) hingga (e)
pendaftaran hendaklah berasaskan maklumat fizikal aset
berkenaan atau sumber-sumber lain yang berkaitan.
9. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan bertanggungjawab
mengemaskini maklumat aset dari semasa ke semasa.
DOKUMEN PENDAFTARAN
10. Bagi memudahkan urusan merekod dan mengesan sesuatu aset,
dokumen yang digunakan adalah seperti berikut:-
(a) Daftar Bangunan (KEW.PTA-1);
(b) Daftar Binaan Lain (KEW.PTA-2); dan
(c) Daftar Tanah (KEW. PTA-3).
81
11. Pendaftaran melalui sistem berkomputer meliputi perkara-perkara
berikut:-
(a) Format yang diguna pakai adalah seperti yang telah ditetapkan;
(b) Daftar Aset yang kemaskini hendaklah dicetak, disemak dan
disahkan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa; dan
(c) Diluluskan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa .
BUTIRAN MAKLUMAT 12. Butiran maklumat di dalam KEW.PTA-1, KEW.PTA-2 dan KEW.PTA-3
hendaklah lengkap dan tepat.
URUSAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH
Pendaftaran
13. Daftar Aset RISDA perlu diselenggarakan mengikut panduan berikut:
(a) Semua Aset Tak Alih hendaklah didaftarkan oleh Unit
Pengurusan Hartanah, Bahagian Pentadbiran dan
Kejuruteraan dengan menggunakan dokumen KEW.PTA-1
untuk Bangunan, KEW.PTA-2 untuk Binaan Lain dan
KEW.PTA-3 untuk Tanah;
(b) KEW. PTA-1/ KEW. PTA-2/ KEW. PTA-3 (Bahagian B)
hendaklah dikemaskini dengan menggunakan Borang Input
Data Aset RISDA (BI-01) apabila berlaku perkara-perkara
berikut:-
82
(i) Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan aset;
(ii) Pemeriksaan aset;
(iii) Penilaian semula aset;
(iv) Pelupusan; dan
(v) Hapus Kira.
(c) Satu Senarai Daftar Aset Tak Alih dengan menggunakan
Borang DA-1 untuk Bangunan, Borang DA-2 untuk
Infrastruktur/ Binaan Lain seperti jalan dan Borang DA-3
untuk tanah (LAMPIRAN-LAMPIRAN 19, 20, 21, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA),
perlu disediakan.
Penyimpanan Daftar
14. Penyimpanan Daftar Aset hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) KEW.PTA-1, KEW.PTA-2 dan KEW.PTA-3 hendaklah disimpan
dalam fail kulit perkara bagi setiap Aset Tak Alih di dalam
kabinet berkunci di Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan;
(b) KEW.PTA-1, KEW.PTA-2 dan KEW.PTA-3 asal disimpan oleh
Ketua Unit Pengurusan Hartanah.
(c) Salinan KEW.PTA-1, KEW.PTA-2 dan KEW.PTA-3 disimpan di
Pusat Tanggungjawab berkenaan.
Nombor Pendaftaran Aset Tak Alih
15. Nombor Pendaftaran Aset Tak Alih hendaklah dilakukan berasaskan
susunan berikut:
83
Contoh Nombor daftar bagi Aset Tak Alih iaitu Bangunan PRN
Selangor yang dibeli/ dibina dalam tahun 2007 ialah seperti berikut:
B/2007/010194
Pelabelan Aset Tak Alih
16. Nombor Aset Tak Alih hendaklah dilabelkan sama ada pada fizikal atau
papan tanda atau sebagainya di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada
aset berkenaan berdasarkan kepada susunan seperti berikut:
(a) RISDA Ditulis dengan huruf besar
(bi) Kod Pusat Tanggungjawab = Berasaskan Kod Pusat
Tanggungjawab
(c) Kod Kumpulan Aset sama
ada:
Bangunan
Binaan Lain
Tanah
=
=
=
(B)
(L)
(T)
(d) Tahun pembelian = (yyyy)
e) Nombor Siri = Diwujudkan secara berturutan
(xxxxxx)
(a) Kod Kumpulan Aset sama ada:
Bangunan
Binaan Lain
Tanah
=
=
=
(Ditulis dalam huruf besar) B
L
T
(b) Tahun Pembelian (yyyy)
(c) Nombor Siri Diwujudkan secara berturutan
(xxxxxx)
84
Contoh melabelkan aset adalah seperti di bawah:-
Contoh Nombor Label Aset Tak Alih iaitu Bangunan PRN Selangor
yang dibeli/ dibina dalam tahun 2007 ialah seperti berikut:
RISDA/2241/B/2007/010194 LAPORAN TAHUNAN TANAH DAN BANGUNAN
17. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan hendaklah mengemukakan
Laporan ke Pusat Tanggungjawab setiap setengah tahun (setakat 30 Jun dan
setakat 31 Disember tahun laporan) untuk mengesahkan kedudukan Aset
Tak Alih di Pusat Tanggungjawab.
18. Salinan Borang-Borang DA-1, DA-2 dan DA-3 hendaklah dikemukakan
secara tahunan kepada Kementerian (KKLW) sebelum 28 Februari tahun berikutnya.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA PENDAFTARAN
19. Carta Aliran dan Proses Kerja Pendaftaran Aset Tak Alih RISDA
adalah seperti di Jadual 1 dan Jadual 2.
85
JADUAL 1
CARTA ALIRAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH
1
2
3
6
7
Terima aset bersama punca maklumat
Tentukan jenis Aset Tak Alih
Isi BI-01 untuk aset yang berkaitan
Cetak KEW.PTA-1/ KEW.PTA-2/ KEW.PTA-3
Cetak Borang DA-1/ Borang DA-2/ Borang DA-3
Maju salinan Borang DA-1/ Borang DA-2/ Borang DA-3 ke PT 2 kali setahun (setakat 30 Jun dan setakat 31 Disember)
Maju salinan Borang DA-1/ Borang DA-2/ Borang DA-3 ke Unit Pengurusan Aset, BKB setiap bulan
8 Maju salinan Borang DA-1/ Borang DA-2/ Borang DA-3 ke KKLW sebelum 28 Februari tahun berikutnya
4
5
TAMAT
86
JADUAL 2
PROSES KERJA PENDAFTARAN ASET TAK ALIH RISDA Langkah Proses Kerja
1 Terima aset oleh Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan bersama-sama dengan punca maklumat:-
(a) Tanah yang dibeli:- (i) Surat Perjanjian (ii) Geran (iii) Dokumen lain yang berkaitan
(b) Bangunan yang Dibeli:- (i) Surat Ikatan Perjanjian (ii) Dokumen lain yang berkaitan
(c) Aset diterima daripada sumber lain:- (i) Salinan daftar jika terima secara pemberian (ii) Surat kelulusan menerima hadiah (iii) Geran
(iv) Dokumen lain yang berkaitan
(d) Aset yang belum pernah berdaftar:- (i) Maklumat di fizikal aset (ii) Geran
(ii) Sumber lain berkaitan
2 Tentukan kumpulan aset mengikut:- (a) Bangunan (b) Binaan Lain (c) Tanah
3 Sediakan Borang Input Data Aset RISDA (BI-01) oleh Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan untuk kemasukan data asas aset berkenaan.
4 Cetak Daftar Bangunan (KEW.PTA-1)/ Daftar Binaan Lain (KEW.PTA-2)/ Tanah (KEW.PTA-3) Senarai daftar ini hendaklah dikemukakan seperti berikut:-
(a) Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail kulit perkara bagi setiap aset tak alih di dalam kabinet berkunci di Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan.
(b) Salinan asal di simpan oleh Ketua Unit Pengurusan Hartanah (BPK) (c) Satu Salinan di simpan di Pusat Tanggungjawab Aset berkenaan berada.
5 Cetak Senarai Daftar Tanah (Borang DA-1) dan Senarai Daftar Binaan Lain (Borang DA-2) dan Senarai Daftar Tanah (Borang DA-3).
6 Maju satu salinan ke PT di mana aset berkenaan berada setiap setengah tahun (setakat 30 Jun dan 31 Disember )
7 Maju satu salinan kepada Unit Pengurusan Aset (BKB) setiap bulan
8 Maju satu salinan kepada KKLW setiap tahun sebelum 28 Februari tahun berikutnya.
87
JADUAL 3
KOD ASET TAK ALIH
KOD KOD
Tanah 311 Tanah Kediaman 01Tanah Pejabat 02Tanah Pertanian 03Tanah Lain 99
Bangunan & Kemudahan 321 Bangunan/Kemudahan Kediaman 01Bangunan/Kemudahan Pejabat 02 ( termasuk institusi latihan dan institusi penyelidikan)Bangunan/Kemudahan Perusahaan 03Bangunan/Kemudahan Penyetoran 04Bangunan/Kemudahan Kilang 05Bangunan/Kemudahan Rumah Asap 06Bangunan/Kemudahan Lain 99
Kemudahan 331 Kemudahan Jalan Raya 01Kemudahan-kemudahan Lain 99
KATEGORI SUB KATEGORIPERIHAL PERIHAL
88
BAB C – PENGGUNAAN DAN PEMERIKSAAN OBJEKTIF
20. Semua aset RISDA hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir
dan teratur bagi tujuan:-
(a) Mengurangkan pembaziran;
(b) Menjimatkan kos;
(c) Menambah jangka hayat;
(d) Mencegah penyalahgunaan;
(e) Mengelakkan pencerobohan.
PENGGUNAAN 21. Penggunaan aset RISDA hendaklah mematuhi peraturan berikut:-
(a) Bagi tujuan rasmi sahaja;
(b) Bagi tujuan menjana pendapatan;
(c) Dikendalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan;
(d) Perlu direkodkan dalam Borang DA-1, Borang DA-2 dan Borang DA-3;
dan
(e) Melapor kerosakan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan
Aset atau KEW.PTA-4 (LAMPIRAN 22, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA)
89
22. Senarai penggunaan ruang bangunan atau tapak tanah milik RISDA oleh
Pihak Luar (termasuk Anak Syarikat RISDA) hendaklah dilaporkan kepada Unit
Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Belanjawan) dua kali setahun (setakat
30 Jun dan 31 Disember tahun berkenaan) melalui Senarai Penggunaan Aset Tak
Alih RISDA oleh Pihak Luar atau KEW.PTA-5 (seperti di LAMPIRAN 23, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA)
PEMATUHAN 23. Pegawai yang gagal mematuhi peraturan di atas boleh dikenakan tindakan
termasuk surcaj di bawah Seksyen 18 (c) Akta Prosedur Kewangan 1957.
PEMERIKSAAN 24. Pemeriksaan aset dilakukan ke atas fizikal aset berkenaan oleh pegawai di
Unit Pengurusan Hartanah.
25. Tujuan pemeriksaan adalah untuk:-
(a) Mengetahui keadaan dan prestasinya;
(b) Memastikan setiap aset mempunyai daftar/ rekod yang lengkap,
tepat dan kemaskini; dan
(c) Memastikan setiap aset berada dalam keadaan baik dan terurus
26. Ketua Pengarah RISDA hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua (2)
orang Pegawai Pemeriksa untuk membuat pemeriksaan ke atas setiap Aset Tak
Alih.
27. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali
setahun bagi setiap aset oleh Pegawai Pemeriksa dari Pusat Tanggungjawab yang
lain.
90
28. Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan Laporan Pemeriksaan Aset
Tak Alih RISDA atau KEW.PTA-6 (LAMPIRAN 24, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA) kepada Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan
dan Belanjawan dalam tempoh yang ditetapkan dan satu salinan kepada Unit
Pengurusan Hartanah, Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan.
29. Ketua Unit Pengurusan Hartanah yang diberi kuasa hendaklah melakukan
sendiri pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa bagi memastikan peraturan di
patuhi.
91
BAB D – PENYELENGGARAAN OBJEKTIF
30. Penyelenggaraan aset RISDA bertujuan:-
(a) Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan
selamat digunakan;
(b) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat;
(c) Meningkatkan keupayaan;
(d) Mengurangkan kerosakan;
(e) Menjimatkan perbelanjaan RISDA;
(f) Menjamin keselamatan pengguna;
(g) Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif; dan
(h) Memelihara imej RISDA.
JENIS PENYELENGGARAAN 31. Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2) jenis seperti berikut:-
(a) Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah
tindakan penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa,
menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal
secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara
berterusan; dan
(b) Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) ialah tindakan
membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal supaya dapat
berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.
92
PANDUAN PENYELENGGARAAN 32. Pegawai Bertauliah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-
langkah berikut:-
(a) Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan
Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan
disenaraikan mengikut KEW.PTA-7 (LAMPIRAN 25, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA).
(b) Merancang Penyelenggaraan
Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu
program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.
(c) Melaksanakan Program Penyelenggaraan
Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan penyelenggaraan
segera.
(d) Merekodkan Penyelenggaraan
Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah direkodkan
dalam Senarai Penyelenggaraan Aset Tak Alih RISDA atau KEW.PTA-8 (LAMPIRAN 26, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA).
(e) Menilai Program Penyelenggaraan
Penilaian hendaklah dibuat ke atas program penyelenggaraan bagi
tujuan berikut:
(i) Menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai;
(ii) Memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berkualiti,
bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan masa;
(iii) Mengenal pasti penyelenggaraan yang seterusnya; dan
(iv) Membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan
yang sesuai ke atas aset berkenaan.
93
(f) Menyelia dan Memantau Penyelenggaraan oleh pihak swasta
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak swasta hendaklah
diselia dan dipantau bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan
dalam perjanjian dipatuhi.
33. Daftar Aset (KEW.PTA-1, KEW. PTA-2 dan KEW PTA-3) perlu
dikemaskinikan butiran penyelenggaraan di peringkat Pusat Tanggungjawab yang
berkenaan dan salinannya dimajukan ke Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan.
BAHAGIAN III
Tatacara Pelupusan dan Hapus Kira
94
PENDAHULUAN
1. Tatacara Pelupusan dan Hapus Kira Aset RISDA ini adalah tatacara bagi
menguruskan pelupusan dan hapus kira Aset Alih (harta modal dan inventori),
Aset Tak Alih, Barangan Stor Tidak Diuntukkan (BSTD), Wang dan Hutang yang
meliputi:-
Bab A : Pelupusan
Bab B : Kehilangan dan Hapus Kira Aset
Bab C : Kehilangan dan Hapus Kira Wang RISDA
DEFINISI 2. “Pelupusan” ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan,
kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.
3. “Kehilangan” bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan
disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan,
penipuan atau kecuaian pegawai awam. Ia juga termasuk kehilangan wang
disebabkan kekurangan, bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang
yang tidak boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan perbelanjaan
yang sia-sia.
4. “Hapus kira” ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang
hilang.
95
LEMBAGA PELUPUSAN DAN HAPUSKIRA – KEAHLIAN DAN KUASA 5. Selaras dengan kehendak Peraturan J.4 (3) Peraturan Kewangan RISDA,
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira akan diwujudkan di peringkat:
(a) Ibu Pejabat
Untuk meneliti dan memperakukan permohonan pelupusan dan
hapus kira aset RISDA dari Pusat Tanggungjawab dalam Ibu
Pejabat dan juga dari anak syarikat.
(b) Negeri
Untuk meneliti dan memperakukan permohonan pelupusan dan
hapus kira aset RISDA dari Pusat Tanggungjawab dan juga dari
anak syarikat dalam negeri yang dimaksudkan.
(c) Daerah
Untuk meneliti dan memperakukan permohonan pelupusan dan
hapus kira item BSTD yang bernilai kurang daripada RM25,000.00
dalam Pusat Tanggungjawab.
6. Keahlian Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira adalah seperti berikut:-
(a) Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat i) Pengarah/ Wakil Bahagian Kewangan dan Belanjawan
(Pengerusi)
ii) Pengarah/Wakil Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan
(Ahli)
iii) Pengarah/Wakil Bahagian Teknologi Maklumat RISDA (Ahli)
iv) Ketua Unit Pengurusan Akaun (Ahli)
v) Ketua Unit Gaji dan Perolehan (Ahli)
vi) Pegawai Aset RISDA (Setiausaha)
96
(b) Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Negeri i) Pengarah/ Wakil Pengarah RISDA Negeri (Pengerusi)
ii) Ketua Pusat Tanggungjawab yang memohon hapus kira
iii) Pegawai Tadbir Negeri* (Setiausaha)
* jika jawatan tersebut tidak wujud, kakitangan yang menjalankan
tugas pentadbiran pejabat PRN hendaklah dilantik.
(c) Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Daerah i) Ketua/ Wakil Pegawai RISDA Daerah (Pengerusi)
ii) Pegawai Tadbir Negeri * (Ahli)
iii) Wakil Unit Bekalan PRD (Setiausaha)
* jika jawatan tersebut tidak wujud, kakitangan yang menjalankan
tugas pentadbiran pejabat PRN hendaklah dilantik.
7. Bagi aset RISDA yang diuruskan oleh anak syarikat, perakuan pelupusan
dan hapus kira hendaklah dibuat oleh Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu
Pejabat/ Negeri bergantung kepada lokasi Pejabat Pengurusan anak syarikat/
ladang/ kilang tersebut tertakluk kepada nilai aset tersebut. Sebagai contoh:
(a) Pelupusan dan hapus kira aset RISDA di Ibu Pejabat ESPEK Sdn
Bhd akan diperakukan oleh Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira
Ibu Pejabat;
(b) Pelupusan dan hapus kira di Kilang Kelapa Sawit Durian Mas akan
diperakukan oleh Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Negeri
Terengganu;
(c) Pelupusan dan hapus kira aset di Ladang RISDA Tanjung Genting
akan diperakukan oleh Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Negeri
Kedah.
97
8. Pengerusi Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira berkuasa melantik mana-
mana individu sebagai ahli tambahan Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira jika
kepakaran/ pengetahuan individu berkenaan diperlukan untuk membantu
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira menjalankan kewajipannya menurut
Peraturan J.4 dan J.5 Peraturan Kewangan RISDA.
JAWATANKUASA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
9. Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira meneliti dan memperakukan
kes-kes kehilangan aset alih RISDA untuk kelulusan Kuasa Melulus bagi kes
berkenaan.
10. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada:
(a) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Korporat) - Pengerusi
(b) Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - Ahli
(c) Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan - Ahli
(d) Pengarah Pentadbiran & Kejuruteraan - Ahli
(e) Bahagian Inspektoret & Audit Dalam - Ahli
(f) Pegawai Aset RISDA - Setiausaha
11. Istilah dan perkataan yang diguna pakai dalam Tatacara Pelupusan dan
Hapus Kira hanyalah bagi maksud aset RISDA seperti yang dinyatakan di para 1
di atas sahaja.
98
BAB A – PELUPUSAN
OBJEKTIF
1. Pelupusan aset RISDA bertujuan untuk:
(a) Memastikan RISDA tidak menyimpan aset yang tidak boleh
digunakan atau tidak diperlukan;
(b) Menjimatkan ruang simpanan/ pejabat;
(c) Mendapatkan hasil pulangan yang terbaik; dan
(d) Membolehkan aset milik RISDA dipindahkan ke pihak lain atas
sebab-sebab tertentu.
JUSTIFIKASI PELUPUSAN 2. Aset boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut:
(a) Tidak ekonomik dibaiki;
(b) Usang/ obselete;
(c) Rosak dan tidak boleh digunakan;
(d) Luput tempoh penggunaan;
(e) Keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum;
(f) Tiada alat ganti;
(g) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan;
(h) Disyorkan selepas pemeriksaan aset;
(i) Tidak lagi diperlukan oleh RISDA;
(j) Perubahan teknologi; dan
(k) Melebihi keperluan.
99
KUASA MELULUS 3. Kuasa untuk meluluskan pelupusan adalah seperti berikut:
Jenis Aset Nilai (RM) Lokasi Kuasa Memperakukan Pelupusan
Kuasa Meluluskan Pelupusan
< 150,000 Ibu Pejabat RISDA LPHK Ibu Pejabat RISDA Pengarah Kew dan B'jawan
< 150,000 Negeri/ Daerah/ IKPK LPHK Negeri Pengarah Kew dan B'jawan
< 150,000 Anak Syarikat LPHK Negeri Pengarah Kew dan B'jawan
150,000 < 500,000 Anak Syarikat LPHK Ibu Pejabat RISDA Ketua Pengarah
150,000 < 500,000 Lokasi Lain LPHK Ibu Pejabat RISDA Ketua Pengarah
500,000 ke atas Semua lokasi LPHK Ibu Pejabat RISDA Pihak Berkuasa
< 25,000 Daerah LPHK Daerah Pengarah RISDA Negeri
25,000 < 50,000 Daerah LPHK Negeri Pengarah Kew dan B'jawan
50,000 & ke atas Negeri/ Daerah/ IKPK LPHK Negeri Ketua Pengarah
< 50,000 Anak Syarikat LPHK Negeri Pengarah Kew dan B'jawan
50,000 & ke atas Anak Syarikat LPHK Ibu Pejabat RISDA Ketua Pengarah
< 50,000 Ibu Pejabat RISDA LPHK Ibu Pejabat RISDA Pengarah Kew dan B'jawan
< 50,000 Negeri/ Daerah/ IKPK LPHK Negeri Pengarah RISDA Negeri
< 50,000 Anak Syarikat LPHK Negeri Pengarah Kew dan B'jawan
50,000 & ke atas Ibu Pejabat RISDA LPHK Ibu Pejabat RISDA Ketua Pengarah
50,000 & ke atas Negeri/ Daerah LPHK Negeri Ketua Pengarah
50,000 & ke atas Anak Syarikat LPHK Ibu Pejabat RISDA Ketua Pengarah
Barangan Stor Tidak Diuntukkan (Stok - Anak Syarikat)
Harta Modal/ Aset Tak Alih
Inventori
* LPHK = Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira
Nota Penting:
Harta Modal/ Aset Tak Alih = Nilai asal (nilai buku kasar) setiap unit
Barangan Stor Tidak Diuntukkan
= Jumlah nilai mengikut setiap jenis barangan
stor
Inventori = Jumlah nilai (harga perolehan)
100
4. Pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa di bawah Seksyen 17, Akta
Acara Kewangan 1957 tidak boleh mewakilkan kuasa selanjutnya kepada mana-
mana pegawai lain sebagaimana Arahan Perbendaharaan yang sedang
berkuatkuasa.
URUS SETIA PELUPUSAN
5. Unit Pengurusan Aset di Bahagian Kewangan dan Belanjawan adalah
bertanggungjawab sebagai Urus Setia Pelupusan.
6. Tugas-tugas Urus Setia Pelupusan adalah seperti berikut:
(a) Mengurus perlantikan Ahli Lembaga Pemeriksa mengikut KEW.PA-15 seperti di Lampiran 27, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA;
(b) Mendapatkan Perakuan Pelupusan (PEP) (KEW.PA-16/ KEW.PA-16A) seperti di Lampiran 28 dan Lampiran 29, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA;
(c) Mendapatkan Laporan Lembaga Pemeriksa Aset RISDA (KEW.PA-17) seperti di Lampiran 30, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA;
(d) Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan lengkap dan
teratur;
(e) Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira untuk syor dan ulasan.
101
(f) Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa Melulus
seperti di Para 3 bab ini;
(g) Memaklumkan kelulusan kepada Pusat Tanggungjawab yang
memohon untuk tindakan, Unit Pengurusan Akaun (Bahagian
Kewangan dan Belanjawan) dan juga kepada Bahagian Pentadbiran
dan Kejuruteraan;
(h) Memohon perlanjutan tempoh pelupusan;
(i) Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan;
(j) Melantik dua orang saksi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
Pegawai Kumpulan Sokongan 1 bagi pelupusan melalui kaedah
pemusnahan;
(k) Mendapatkan Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset RISDA (KEW.PA-18) seperti di Lampiran 31, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA;
(l) Memperolehi Sijil Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-19) seperti di
Lampiran 32, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA, bagi semua pelupusan yang telah dilaksanakan;
(m) Mengemukakan Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan
(KEW.PA-20) seperti di Lampiran 33, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA, ke Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum 28 Februari tahun berikutnya.
102
PERAKUAN PELUPUSAN (PEP)
7. PEP diperlukan bagi semua aset Mekanikal, Teknikal, Elektrikal dan
Elektronik seperti di Jadual 3 dan perkakasan komputer seperti di Jadual 4.
8. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah merujuk kepada Jabatan Kerja
Raya (JKR) atau Jabatan yang mempunyai worksyop sendiri atau khidmat pakar-
pakar khusus dalam peralatan-peralatan tertentu untuk mendapatkan PEP
(KEW.PA-16).
9. PEP bagi perkakasan komputer hendaklah disediakan oleh Pegawai
Sistem Maklumat RISDA dengan menggunakan KEW.PA-16(A).
10. Setiap PEP hendaklah disahkan oleh dua (2) pegawai yang mempunyai
pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan tidak terlibat dengan
pengurusan aset berkenaan.
11. Nilai semasa aset di PEP hanya sah digunakan untuk tempoh satu (1)
tahun sahaja. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, Pusat Tanggungjawab perlu
mendapatkan pengesahan nilai semasa yang baru di PEP.
LEMBAGA PEMERIKSA
12. Perlantikan Lembaga Pemeriksa:
(a) Ketua Pengarah RISDA perlu melantik Lembaga Pemeriksa bagi
membuat pemeriksaan ke atas aset yang hendak dilupuskan.
(b) Lembaga Pemeriksa dilantik berdasarkan jawatan dan tempoh
perlantikan tidak melebihi dua (2) tahun. Keanggotaan Lembaga
Pemeriksa hendaklah terdiri daripada:
103
(i) Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai (seorang
pengerusi dan seorang ahli) yang tidak terlibat secara
langsung dalam pengendalian aset berkenaan;
(ii) Pegawai mempunyai kepakaran memeriksa aset, jika perlu;
(iii) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
Kumpulan Sokongan 1 atau setaraf; dan
(iv) Pegawai dari Pusat Tanggungjawab lain boleh dilantik jika
perlu.
13. Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa adalah seperti berikut:
a) Menyedia dan mengemukakan jadual pemeriksaan kepada Urus
Setia Pelupusan RISDA;
b) Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1)
bulan dari tarikh diarahkan oleh Pusat Tanggungjawab;
c) Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa Aset RISDA (KEW.PA-17)
d) Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai;
e) Menandatangani KEW.PA-17 dan mengemukakan kepada Urus
Setia Pelupusan RISDA.
TEMPOH TINDAKAN PELUPUSAN
14. Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah
dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan.
104
PELANJUTAN TEMPOH
15. Permohonan melanjutkan tempoh pelupusan hendaklah dikemukakan
kepada Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab ini, dua (2) minggu sebelum tamat
tempoh pelupusan. Pelanjutan tempoh hanya dibenarkan sekali sahaja.
16. Sekiranya tindakan pelupusan masih tidak dapat diselesaikan selepas
tempoh pelanjutan, permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah
dikemukakan kepada Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab ini.
PINDA KAEDAH PELUPUSAN
17. Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan
kepada Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab ini. Permohonan hendaklah
dikemukakan dua (2) minggu sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan.
PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER 18. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) tidak perlu memulangkan semula
peralatan komputer yang dihantar untuk pemeriksaan atau pembaikan ke Pusat
Tanggungjawab berkaitan sekiranya didapati ianya tidak ekonomik untuk dibaiki
dan perlu dilupuskan. Sebaliknya pihak BTM perlu memaklumkan kepada Pusat
Tanggungjawab berkenaan bahawa peralatan komputer tersebut perlu
dilupuskan atas sebab-sebab tertentu bersama dengan Perakuan Pelupusan
(KEW.PA-16(A)). BTM juga adalah bertanggungjawab untuk menyempurnakan
Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset RISDA (KEW.PA-18) kelak.
105
19. Permohonan pelupusan hendaklah diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab
berkenaan mengikut tatacara ini bersama dengan KEW.PA-16(A) sebagai
lampiran kepada KEW.PA-17.
20. Setelah kelulusan diperolehi, Pusat Tanggungjawab hendaklah
memaklumkan kepada BTM untuk mengambil tindakan ke atas peralatan
komputer berkenaan berdasarkan kelulusan pada KEW.PA-17 berkaitan. Pihak
BTM akan mengemukakan KEW.PA-18, sekiranya berkenaan, kepada Pusat
Tanggungjawab dan Pusat Tanggungjawab berkenaan dikehendaki
mengemukakan Sijil Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-19) kepada Urus Setia
Pelupusan di Bahagian Kewangan dan Belanjawan bersama-sama KEW.PA-18
tersebut.
KAEDAH PELUPUSAN
21. Dalam urusan pelupusan aset, kriteria pulangan hasil hendaklah sentiasa
diberi perhatian. Bagi mencapai tujuan ini, Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab
ini boleh menetapkan kaedah pelupusan yang sesuai dan paling menguntungkan
RISDA.
22. Kaedah pelupusan adalah seperti berikut:
(a) Jualan secara:
i. Tender
ii. Sebut Harga
iii. Lelong
(b) Jualan Skrap (Sisa)
(c) Tukar Barang (Barter Trade)
(d) Tukar Beli (Trade In)
(e) Tukar Ganti (Cannibalize)
(f) Pindahan luar dari RISDA
106
(g) Hadiah
(h) Musnah secara:
i. Ditanam
ii. Dibakar
iii. Dibuang
iv. Ditenggelam
(i) Kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai.
Nota Penting: Jualan secara tender akan dilakukan oleh
Jawatankuasa Tender di mana nilai jualan* dijangkakan sebanyak
RM50,000 dan lebih, manakala jualan secara sebutharga adalah bagi nilai
jualan aset yang dicadangkan kurang daripada RM50,000 dan lebih
daripada RM500. Bagi nilai jualan RM500 dan ke bawah, ianya hendaklah
diuruskan secara lelong/ jualan skrap (sisa).
* nilai jualan aset diasaskan kepada unit ukuran berikut:
Harta Modal/ Aset Tak Alih = nilai jualan bagi setiap unit
BSTD = jumlah nilai jualan mengikut setiap jenis barangan stor
Inventori = jumlah nilai jualan mengikut setiap jenis inventori
PERLAKSANAAN KAEDAH PELUPUSAN
Penjualan Aset RISDA
23. Bahagian Kewangan dan Belanjawan adalah Urus Setia Penjualan Aset di
Ibu Pejabat bagi aset RISDA di Ibu Pejabat RISDA dan Ibu Pejabat Anak
Syarikat yang telah diluluskan untuk pelupusan. Bagi aset RISDA di Pusat
Tanggungjawab dan anak syarikat yang telah diluluskan pelupusan, Pejabat
RISDA Negeri adalah Urus Setia Penjualan Aset bagi semua Pusat
Tanggungjawab dan anak syarikat di dalam negeri berkenaan.
107
24. Urus Setia Penjualan Aset hendaklah menjalankan urusan penjualan aset
berpandukan arahan yang diberikan oleh Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab
ini. Hasil jualan hendaklah diakaunkan ke Akaun Pelbagai Jualan.
25. Bagi aset RISDA yang diuruskan oleh anak syarikat RISDA, hasil jualan
aset tersebut hendaklah diakaunkan ke akaun tabung iaitu sumber aset tersebut
diperoleh. Penender yang berjaya akan diminta untuk membuat bayaran atas
nama tabung dan nombor akaun tabung berkenaan. Setelah hasil jualan diterima
oleh anak syarikat, salinan resit jualan tersebut hendaklah dipanjangkan kepada
Urus Setia Penjualan Aset (Bahagian Kewangan dan Belanjawan/ Pejabat
RISDA Negeri) dan juga kepada Urus Setia Pelupusan di Bahagian Kewangan
dan Belanjawan bersama-sama KEW.PA-19. Penerimaan bayaran atas nama tabung hendaklah dilakukan oleh anak syarikat. Tiada transaksi perakaunan
perlu dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab RISDA.
Tender 26. Semua aset RISDA di Ibu Pejabat dan Pusat Tanggungjawab, termasuk
aset RISDA yang diuruskan oleh anak syarikat, yang nilai jualan dijangkakan
sebanyak RM50,000 dan lebih, hanya Urus Setia Penjualan Aset Ibu Pejabat
(Bahagian Kewangan dan Belanjawan) sahaja yang boleh menguruskan jualan
secara tender bagi aset tersebut.
27. Tender hendaklah dipelawa dengan menggunakan Kenyataan Tawaran
Tender Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-21) seperti di Lampiran 34, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA.
108
28. Tender boleh disertai oleh syarikat atau orang perseorangan kecuali
pegawai yang menguruskan tender dan aset berkenaan dengan menggunakan
Borang Tender Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-22) seperti di Lampiran 35, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA.
29. Kenyataan Tender yang mengandungi maklumat seperti di KEW.PA-21
hendaklah diiklankan dalam dua (2) akhbar tempatan. Tindakan untuk mengiklan
jualan tersebut dalam akhbar hingga tarikh tutup tawaran diterima, dilakukan
dalam masa 3 minggu dari tarikh kelulusan pelupusan diumumkan (diterima).
30. Harga simpanan adalah berdasarkan nilai semasa di KEW.PA-17/ KEW.PA-16/ KEW.PA-16(A).
31. Wang cagaran tender sebanyak 10% daripada harga tawaran tertakluk
kepada maksima RM10,000 hendaklah disertakan bersama tawaran. Segala
wang cagaran ini hendaklah dimasukkan ke dalam bank dan diakaunkan ke
Akaun Cagaran Diterima. Cagaran tersebut boleh diguna sebagai bayaran
sebahagian nilai jualan aset bagi penender yang berjaya. Bagi penender yang
tidak berjaya, wang cagarannya perlu dikembalikan sebaik sahaja keputusan
jualan telah ditetapkan.
32. Tawaran hendaklah menggunakan sampul berlakri dan dimasukkan ke
dalam peti tender pada atau sebelum tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan.
Tender yang lewat diterima tidak boleh dipertimbangkan.
33. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah dilantik secara bertulis oleh
Setiausaha Lembaga Perolehan untuk membuka dan menjadualkan tender. Ahli
Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua (2) orang pegawai di mana seorang hendaklah terdiri daripada Kumpulan
Pengurusan dan Profesional. Sekiranya ketiadaan pegawai Kumpulan
109
Pengurusan dan Profesional, Setiausaha Lembaga Perolehan hendaklah
melantik seorang pegawai kanan dari Kumpulan Sokongan I.
34. Tender hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender pada
tarikh dan waktu yang ditetapkan. Jika tidak dapat diuruskan, Urus Setia
Lembaga Tender hendaklah memastikan supaya peti tawaran itu dilakri pada
waktu tutup yang ditetapkan dan mengatur supaya peti itu dibuka oleh
Jawatankuasa Pembuka Tender secepat mungkin.
35. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah menyenaraikan semua
tawaran yang diterima dengan menggunakan Jadual Tender Pelupusan Aset
RISDA (KEW.PA-23) seperti di Lampiran 36, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA dan menandatangani Jadual Tender tersebut.
36. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah mengemukakan KEW.PA-23
bersama-sama dengan dokumen-dokumen tawaran kepada Pusat
Tanggungjawab yang berkenaan.
37. Ketua Pusat Tanggungjawab berkenaan hendaklah membuat penilaian
dan perakuan tender kepada Lembaga Perolehan untuk keputusan. Perakuan
hendaklah disertakan dengan salinan iklan tender, jadual pembukaan tender dan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
38. Lembaga Perolehan hendaklah menimbang tender-tender dan memilih
yang tertinggi.
39. Dalam memilih tawaran yang tertinggi, Lembaga Perolehan hendaklah
memastikan harga tawaran yang diterima tidak kurang daripada 70% harga
simpanan. Sekiranya harga tawaran kurang daripada 70% harga simpanan,
tawaran hendaklah dirujuk kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan
Belanjawan untuk pertimbangan.
110
40. Dalam memproses tender, Urus Setia Penjualan Aset hendaklah
memastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan
tender tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau kepentingan
terletakhak mengenai tender itu. Jika Urus Setia Penjualan Aset atau pegawai-
pegawai lain yang menguruskan tender mempunyai apa-apa kepentingan
persendirian atau kepentingan terletakhak, Urus Setia Penjualan Aset atau
pegawai-pegawai lain berkenaan hendaklah mengisytiharkan kepentingan
tersebut secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan tender itu.
Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama jadual dan analisis
tender kepada Lembaga Perolehan.
41. Pegawai yang terlibat dengan pelupusan aset tidak dibenarkan menyertai
tender kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau kepentingan
terletakhak.
42. Sekiranya petender yang berjaya menolak tawaran maka deposit tender
tidak akan dikembalikan.
43. Lembaga Perolehan hendaklah dimaklumkan mengenai penolakan ini bagi
membolehkannya menimbang tawaran-tawaran lain.
44. Jika tawaran-tawaran lain terlalu rendah, tender boleh dipelawa semula
atau dirujuk kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan bagi
mendapatkan kelulusan.
45. Sekiranya tiada sebarang tawaran diterima, tender boleh dipelawa semula
atau mohon pinda kaedah pelupusan daripada Kuasa Melulus seperti di Para 3
bab ini.
111
46. Tindakan untuk membuka tender, mengadakan mesyuarat Lembaga
Perolehan, mengeluarkan surat tawaran kepada penender yang berjaya hingga
terimaan hasil jualan dilakukan dalam masa 2 minggu.
47. Terimaan hasil jualan ini hendaklah dalam bentuk tunai, wang pos atau
deraf bank sahaja. Pembayaran melalui cek tidak diterima.
Sebut Harga 48. Sebut harga hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya kepada 10 syarikat
atau orang perseorangan.
49. Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-24)
seperti di Lampiran 37, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA, hendaklah seberapa boleh disebarkan dengan meluas. Ia juga hendaklah
dipaparkan di papan kenyataan di Ibu Pejabat/ Pejabat-pejabat RISDA. Tindakan
untuk mengiklan jualan tersebut hingga tarikh tutup tawaran diterima, dilakukan
dalam masa 2 minggu dari tarikh kelulusan pelupusan diumumkan (diterima).
50. Tawaran sebut harga hendaklah menggunakan Borang Sebut Harga
Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-25) seperti di Lampiran 38, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA.
51. Harga simpanan adalah berdasarkan nilai semasa di KEW.PA-17/ KEW.PA-16/ KEW.PA-16(A).
52. Wang Cagaran sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran
tertakluk kepada maksima RM5,000 hendaklah disertakan bersama tawaran.
Segala wang cagaran ini hendaklah dimasukkan ke dalam bank dan diakaunkan
ke Akaun Cagaran Diterima. Cagaran tersebut boleh diguna sebagai bayaran
112
sebahagian nilai jualan aset bagi penyebutharga yang berjaya. Bagi
penyebutharga yang tidak berjaya, wang cagarannya perlu dikembalikan sebaik
sahaja keputusan jualan telah ditetapkan.
53. Tawaran hendaklah dikemukakan dengan menggunakan sampul berlakri
dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum tarikh dan waktu yang
ditetapkan. Sebut harga yang diterima lewat tidak boleh dipertimbangkan.
54. Sebut harga hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
55. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah dilantik secara bertulis
oleh Setiausaha Lembaga Perolehan untuk membuka dan menjadualkan sebut
harga. Ahli Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua (2) pegawai di mana seorang hendaklah terdiri daripada
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional. Sekiranya ketiadaan pegawai Kumpulan
Pengurusan Dan Profesional, Setiausaha Lembaga Perolehan hendaklah
melantik seorang pegawai kanan dari Kumpulan Sokongan I.
56. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah menyenaraikan semua
tawaran yang diterima dengan menggunakan Jadual Sebut Harga Pelupusan
Aset RISDA (KEW.PA-26) seperti di Lampiran 39, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA dan menandatangani Jadual Sebut Harga
tersebut.
57. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah mengemukakan
KEW.PA-26 kepada Urus Setia Penjualan Aset untuk menilai dan membuat
perakuan kepada Jawatankuasa Sebut Harga untuk pertimbangan dan keputusan
selanjutnya.
113
58. Dalam memilih tawaran yang tertinggi, Jawatankuasa Sebut Harga
hendaklah memastikan harga tawaran yang diterima tidak kurang daripada 70%
harga simpanan. Sekiranya harga tawaran kurang daripada 70% harga
simpanan, tawaran hendaklah dirujuk kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan
Belanjawan untuk pertimbangan.
59. Dalam memproses sebut harga, Urus Setia Penjualan Aset hendaklah
memastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan
sebut harga tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau
kepentingan terletakhak mengenai sebut harga itu. Jika Urus Setia Penjualan
Aset atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan sebut harga mempunyai apa-
apa kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak, Urus Setia Penjualan
Aset atau pegawai-pegawai lain berkenaan hendaklah mengisytiharkan
kepentingan secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan sebut harga
itu. Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama jadual dan analisis
sebut harga kepada Jawatankuasa Sebut Harga.
60. Penyebutharga yang berjaya hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Sekiranya penyebutharga yang terpilih menolak tawaran, deposit sebut harga
tidak akan dikembalikan. Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah menimbang
tawaran-tawaran lain atau memutuskan pelawaan sebut harga semula.
61. Pegawai yang terlibat dengan pelupusan aset tidak dibenarkan menyertai
sebut harga kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau
kepentingan terletakhak.
62. Tindakan untuk membuka sebut harga, mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa Sebut Harga, mengeluarkan surat tawaran kepada penyebutharga
yang berjaya hingga terimaan hasil jualan, dilakukan dalam masa 2 minggu.
114
63. Terimaan hasil jualan ini hendaklah dalam bentuk tunai, wang pos atau
deraf bank sahaja. Pembayaran melalui cek tidak diterima.
Lelong 64. Pelupusan melalui kaedah lelong boleh dilaksanakan ke atas aset berikut:
(a) Mempunyai nilai pasaran;
(b) Kuantiti yang banyak; dan
(c) Terdapat permintaan yang tinggi untuk membelinya.
65. Kenyataan Lelong hendaklah mengandungi maklumat terperinci semua
aset yang akan dilelong. Tarikh, waktu dan tempat lelongan hendaklah
dinyatakan dengan jelas. Contoh Kenyataan Jualan Lelong Aset RISDA
(KEW.PA-27) adalah seperti di Lampiran 40, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA. KEW.PA-27 hendaklah diberi publisiti meluas
dengan diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab untuk dipamerkan di
papan kenyataan. Bagi maksud mengiklankan sesuatu lelongan, adalah memadai
notis itu mengandungi maklumat tarikh, masa dan tempat lelongan akan
diadakan.
66. Harga simpanan untuk lelongan berdasarkan kepada nilai semasa aset di
KEW.PA-17/ KEW.PA-16/ KEW.PA-16(A) hendaklah dinyatakan di dalam
senarai aset yang akan dilelong.
67. Urusan lelong hendaklah diadakan di ruang terbuka atau di dewan di mana
kemudahan yang sesuai hendaklah disediakan untuk urusan melelong.
68. Aset yang akan dilelong hendaklah dipamerkan untuk dilihat oleh orang
ramai sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2) hari dengan harga simpanan
dipamerkan pada aset yang dilelong.
115
69. Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan
pegawai pelelong dengan memberikan nama penuh, no. kad pengenalan dan
alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar
deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan atau maksima RM1,000.
70. Pembida yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan. Aset yang dibeli hendaklah diambil di
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelongan.
71. Sekiranya harga tawaran tertinggi kurang daripada 70% harga simpanan,
tawaran hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan dan Belanjawan untuk
pertimbangan.
72. Terimaan hasil jualan ini hendaklah dalam bentuk tunai, wang pos atau
deraf bank sahaja. Pembayaran melalui cek tidak diterima.
Jualan Skrap (Sisa) 73. Kaedah pelupusan secara jualan skrap (sisa) dilaksanakan bagi aset yang
tidak boleh digunakan dalam bentuk dan fungsi asalnya yang mempunyai
kandungan logam (besi, tembaga dll.), getah, kayu, plastik dan sebagainya yang
mempunyai nilai jualan.
74. Jualan skrap (sisa) dilaksanakan dengan cara:
(a) Tender mengikut peraturan di bab ini kecuali para 28;
(b) Sebutharga mengikut peraturan di bab ini kecuali para 48; dan
116
(c) Keutamaan dipelawa kepada syarikat Bumiputra mengikut negeri/
setempat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta
Bahagian Kewangan dan Belanjawan RISDA dalam bidang
Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit). Keutamaan hendaklah
diberikan kepada syarikat-syarikat setempat. Juga boleh disertai
oleh syarikat atau orang perseorangan kecuali pegawai yang
menguruskan jualan skrap aset berkenaan.
75. Pusat Tanggungjawab/ Anak Syarikat yang mempunyai kuantiti jualan
skrap (sisa) yang banyak boleh mewujudkan kontrak sendiri.
76. Kenderaan yang telah diluluskan pelupusan secara jualan skrap (sisa)
tidak boleh didaftarkan semula.
77. Terimaan hasil jualan ini hendaklah dalam bentuk tunai, wang pos atau
deraf bank sahaja. Pembayaran melalui cek tidak diterima. Tukar Barang (Barter Trade) 78. Kaedah pelupusan secara tukar barang (barter trade) merupakan
pertukaran aset dari jenis yang sama atau berbeza melalui tender terhad.
79. Semua cadangan pelupusan mengikut kaedah tukar barang hendaklah
mempunyai justifikasi dan memperolehi kelulusan Bahagian Kewangan dan
Belanjawan tanpa mengira nilai perolehan asal.
80. Kaedah tukar barang (barter trade) dilaksanakan berasaskan:
(a) Nilai aset hendaklah dianggarkan oleh pihak yang pakar dalam
bidang berkenaan;
(b) Aset yang mempunyai unsur keselamatan;
117
(c) Pertukaran aset adalah berasaskan nilai terbaik;
(d) Pertukaran aset hendaklah mengikut keperluan sebenar RISDA;
(e) Syarikat yang mengambil bahagian hendaklah dihadkan kepada 5
hingga 10 syarikat sahaja yang mempunyai lesen dan kemahiran
dalam urusan tukar barang; dan
(f) Syarikat pengeluar atau agen pembekal aset baru hendaklah
bertanggungjawab memberi khidmat lepas jualan.
Tukar Beli (Trade-In) 81. Kaedah pelupusan secara tukar beli (trade-in) dilaksanakan bagi aset yang
masih boleh digunakan dalam bentuk asal tetapi tidak diperlukan oleh Pusat
Tanggungjawab dan tiada Pusat Tanggungjawab lain yang berminat melainkan
pembekal asal atau pembekal yang berniaga dalam bidang berkaitan.
82. Semua cadangan pelupusan mengikut kaedah tukar beli hendaklah
mempunyai justifikasi dan memperolehi kelulusan Bahagian Kewangan dan
Belanjawan tanpa mengira nilai perolehan asal.
83. Kaedah tukar beli (trade-in) dilaksanakan berasaskan;
(a) Aset yang sama jenis;
(b) Aset perlu dikeluarkan sebelum gantinya dipasang. Sebagai contoh,
loji/ alat penghawa dingin perlu dibuka sebelum penggantinya
dipasang;
(c) Penggantian aset hendaklah disahkan oleh Jabatan Teknikal (jika
perlu);
(d) Harga jualan dirundingkan di antara Pusat Tanggungjawab dengan
pembekal;
118
(e) Nilai semasa yang ditaksir oleh Jabatan Teknikal atau mengikut nilai
pasaran;
(f) Peruntukan yang mencukupi bagi membiayai harga penuh aset
yang akan diganti;
(g) Harga jualan aset hendaklah dikreditkan sebagai hasil RISDA dan
tidak boleh ditolak daripada harga sebenar aset yang dibeli; dan
(h) Cadangan jualan secara tukar beli hendaklah dimasukkan sebagai
syarat dalam dokumen pelawaan tender/ sebut harga dan juga
dalam perjanjian kontrak perolehan.
Tukar Ganti (Cannibalize) 84. Kaedah pelupusan secara tukar ganti (Cannibalize) boleh dilaksanakan ke
atas aset yang tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh dikeluarkan bahagian-bahagian
tertentu seperti bahagian-bahagian jentera/ kenderaan/ perkakasan komputer
dikeluarkan dan dipasang sebagai alat/ komponen ganti bagi pembaikan jentera/
kenderaan/ perkakasan komputer yang lain.
85. Pelupusan secara tukar ganti (Cannibalize) dilaksanakan berasaskan:
(a) Aset yang sama jenis dan kegunaannya;
(b) Diperiksa dan disahkan kesesuaiannya oleh Pegawai Teknikal; dan
(c) Keperluan semasa bagi tujuan baik pulih dan penjimatan
86. Alat/ komponen tukar ganti yang dipasang kepada aset penerima perlu
direkodkan di Bahagian B KEW.PA-2 aset berkenaan.
119
Pindahan 87. Pelupusan secara pindahan boleh dilaksanakan kepada Jabatan
Persekutuan/ Agensi/ Anak Syarikat RISDA bagi aset yang boleh digunakan
dalam bentuk asalnya tetapi tidak diperlukan lagi kerana:
(a) Melebihi keperluan;
(b) Tidak diperlukan selepas projek siap; dan
(c) Obsolete/ Obsolescent.
88. Pindahan daripada RISDA kepada Jabatan Persekutuan/ Agensi/ Anak
Syarikat RISDA tertakluk kepada Kuasa Melulus seperti di Para 3 bab ini;
89. Kaedah pelupusan secara pindahan dilaksanakan berasaskan:
(a) Permohonan atau keperluan Jabatan Persekutuan/ Agensi/ Anak
Syarikat RISDA;
(b) Tidak dikenakan apa-apa bayaran;
(c) Kos pengendalian pindahan hendaklah ditanggung oleh penerima;
(d) Salinan KEW.PA-2/ KEW.PA-3 dan dokumen berkaitan hendaklah
diserahkan kepada Jabatan Persekutuan/ Agensi/ Anak Syarikat
RISDA tersebut;
(e) Aset yang diterima secara pindahan hendaklah dilupuskan oleh
Pusat Tanggungjawab/ Anak Syarikat penerima mengikut tatacara
pelupusan yang berkuatkuasa; dan
(f) Surat Akuan Penerimaan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa
Melulus selepas aset diterima oleh pihak yang menerima.
120
Hadiah 90. Pelupusan secara hadiah hendaklah mendapat perakuan dari Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat dan kelulusan Pengarah Bahagian
Kewangan dan Belanjawan RISDA tanpa mengira nilai perolehan asal.
91. Ciri-ciri aset yang boleh dilupuskan secara hadiah iaitu:
(a) Aset boleh digunakan lagi dalam bentuk dan fungsi asal tetapi tidak
diperlukan lagi oleh Pusat Tanggungjawab/ Anak Syarikat; atau
(b) Aset tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh diguna sebagai bahan
latihan atau pameran.
92. Pelupusan secara hadiah boleh dilaksanakan:
(a) Kepada Anak Syarikat bagi tujuan latihan atau pameran sahaja;
atau
(b) Dari Pusat Tanggungjawab/ Anak Syarikat kepada mana-mana
organisasi, pertubuhan sukarela atau badan-badan lain yang
dianjurkan dan diiktiraf oleh Kerajaan.
93. Kaedah pelupusan hadiah dilaksanakan berasaskan:
(a) Permohonan atau keperluan penerima; dan
(b) Kos pengendalian dan pengangkutan hendaklah ditanggung oleh
penerima.
94. Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan surat
permohonan daripada anak syarikat, organisasi pertubuhan sukarela atau badan-
badan lain.
121
95. Surat Akuan Penerimaan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan dan Belanjawan berserta Sijil Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-19)
selepas aset diterima oleh pihak yang menerima.
96. Aset yang diluluskan sebagai hadiah untuk tujuan latihan atau pameran
hendaklah digunakan bagi maksud tersebut sahaja. Contohnya, kenderaan yang
dihadiahkan untuk latihan hendaklah digunakan untuk latihan sahaja dan tidak
boleh dibaiki dan digunakan semula di jalanraya.
Musnah
97. Pemusnahan aset hendaklah dilakukan dalam masa 2 minggu dari tarikh
kelulusan pelupusan.
98. Kaedah pelupusan secara musnah boleh dilaksanakan bagi aset yang
tiada nilai jualan/ nilai sisa atau aset yang berunsur keselamatan dengan cara
berikut:
(a) Ditanam
(b) Dibakar
(c) Dibuang
(d) Ditenggelam
99. Langkah-langkah berikut hendaklah diambil sebelum pelupusan secara
musnah dilaksanakan:
(a) Mendapat kelulusan tempat pemusnahan daripada Pihak Berkuasa
yang berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan
Alam Sekitar, Jabatan Laut dan lain-lain.
(b) Mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa yang berkenaan;
122
(c) Bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alat ganti hendaklah
ditanggal/ dikeluarkan terlebih dahulu untuk kegunaan akan datang;
(d) Tindakan bersesuaian seperti diketuk, dipotong, digelek dan
sebagainya perlu diambil terlebih dahulu supaya tiada mana-mana
pihak dapat mengambil dan menjual semula atau bagi aset yang
mempunyai unsur-unsur keselamatan, tiada sebarang maklumat
dapat diakses; dan
(e) Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset RISDA (KEW.PA-18) hendaklah
disediakan selepas tindakan selesai.
Kaedah-kaedah Lain Pelupusan
100. Kaedah-kaedah lain yang tidak dinyatakan seperti di Para 22 hendaklah
mendapat kelulusan Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan RISDA
tanpa mengira nilai perolehan asal.
ASET YANG DILULUSKAN PELUPUSAN TIDAK BERJAYA DIJUAL 101. Urus Setia Penjualan Aset RISDA (Bahagian Kewangan dan Belanjawan/
Pejabat RISDA Negeri) hendaklah memaklumkan kepada Urus Setia Pelupusan
Aset RISDA sekiranya arahan penjualan satu-satu aset RISDA tidak dapat
dilakukan dengan menghuraikan sebab-sebab yang tertentu. Urusetia Pelupusan
Aset RISDA akan mendapatkan arahan baru dari pihak yang berkuasa atas
kelulusan penjualan aset ini dalam masa 14 hari setelah perkara ini dimaklumkan.
123
PELUPUSAN MELALUI KONTRAK PUSAT 102. Kontrak Pusat bermaksud kontrak bekalan atau perkhidmatan oleh
Kementerian Kewangan.
103. Jika terdapat pelupusan melalui kontrak pusat, peraturan yang
berkuatkuasa hendaklah digunakan.
TINDAKAN SEMASA MELAKSANAKAN PELUPUSAN 104. Tindakan-tindakan berikut perlu diambil semasa melaksanakan
pelupusan:
(a) Label HAK KERAJAAN MALAYSIA (HKM) dan label aset
hendaklah dipadamkan;
(b) Bagi pelupusan kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan
hendaklah diberitahu oleh Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan
mengenai pelupusan kenderaan supaya pendaftaran kenderaan
RISDA dibatalkan;
(c) Kad Pendaftaran kenderaan bermotor dan kunci kenderaan
diserahkan kepada pembeli kecuali pelupusan secara jualan skrap
(sisa);
(d) Kenderaan RISDA dan aset lain yang telah dilupus adalah
dikecualikan daripada semua jenis cukai; dan
(e) Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan hendaklah sentiasa
memastikan bahawa urusan pertukaran hak milik telah diselesaikan
oleh pembeli kenderaan tersebut.
124
PELUPUSAN BANGUNAN
105. Kelulusan pelupusan bangunan dengan cara dimusnahkan boleh diberikan
apabila aset tersebut tidak dapat dijual atau RISDA masih boleh mempunyai
kepentingan atas tanah di mana bangunan berada, dan tiada Pusat
Tanggungjawab lain yang minat mengambilalih bangunan tersebut.
106. Apabila kelulusan pemusnahan bangunan diberikan atas satu-satu
bangunan, ianya bukan bererti untuk tindakan meruntuhkan bangunan itu dengan
membelanjakan kos tambahan bagi tujuan tersebut. Pemusnahan dalam konteks
ini bermakna bangunan ini boleh dikeluarkan dari senarai aset tetap RISDA
kerana bangunan ini tidak mempunyai nilai ekonomi kepada RISDA.
NOTA PENTING: Satu kenyataan bertulis bahawa bangunan ini telah
diluluskan pelupusan hendaklah ditampal di bangunan ini supaya kedudukan
sebenar aset ini dapat dikenalpasti semasa pengiraan senarai aset tetap
dijalankan. Prinsip ini boleh juga diamalkan bagi aset tetap lain yang telah
diluluskan pelupusan dengan kaedah pemusnahan, sekiranya praktikal.
107. Bagi bangunan RISDA yang telah diluluskan pelupusan dengan cara
dimusnahkan, Bahagian Kewangan dan Belanjawan hendaklah mengambil
tindakan susulan supaya aset ini dapat diubahsuaikan dan digunakan oleh pihak
yang berminat. Setelah pengubahsuaian bangunan ini dibuat, aset ini akan
diberikan nombor aset baru.
125
TINDAKAN SELEPAS MELAKSANAKAN PELUPUSAN
108. Pusat Tanggungjawab hendaklah menyedia dan mengemukakan Sijil
Pelupusan Aset RISDA (KEW.PA-19) sebaik sahaja selesai melaksanakan
pelupusan kepada Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Belanjawan
bersama-sama dokumen sokongan berikut:
(a) Salinan resit bagi aset yang dilupus melalui kaedah seperti di Para
22(a) dan Para 22(b);
(b) Surat Akuan Terima bagi aset yang dilupus melalui kaedah seperti
di Para 22(f) dan 22(g);
(c) KEW.PA-18 (Sijil Menyaksi Pemusnahan Aset) bagi aset dilupus
melalui kaedah seperti di Para 22(h); atau
(d) Lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan sesuai bagi aset
dilupus melalui kaedah seperti di Para 22(c), Para 22(d), Para
22(e) dan Para 22(i).
109. KEW.PA-19 dan dokumen sokongannya hendaklah dikemukakan kepada
Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Belanjawan selewat-lewatnya 2
minggu dari tarikh tindakan pelupusan dilaksanakan.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA PELUPUSAN ASET RISDA 110. Carta aliran dan proses kerja pelupusan aset RISDA adalah seperti di
Jadual 1 dan Jadual 2.
126
JADUAL 1
CARTA ALIRAN PELUPUSAN ASET RISDA1
2
3
4
5
6
7
8
9
15
16
17
18
20
19
Kenalpasti aset yang perlu dilupus
15(a)
Dapatkan PEP KEW.PA-16, jika perlu
Sediakan maklumat aset dalam Borang Laporan Lembaga Pemeriksa Aset RISDA (KEW.PA-17)
Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa
Lembaga Pemeriksa melengkapkan KEW.PA-17 dan tandatangan
Kemukakan KEW.PA-17 kepada Urusetia Pelupusan
Urusetia menyemak KEW.PA-17 dan pastikan dokumen sokongan disertakan
Lengkap? Tidak
Ya
Lulus? Tidak
YaMaklumkan keputusan kepada pemohon
Laksanakan pelupusan mengikut keputusan
Sediakan Sijil Pelupusan KEW.PA-19
Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Urus Setia dan dokumen lain
Kemaskini rekod
Kembalikan kepada Lembaga Pemeriksa
Urusetia kemuka KEW.PA-17 kepada Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira
10 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira teliti KEW.PA-17
11Puas hati?
12 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira beri syor dan ulasan
13 Urusetia semak dan tentukan Kuasa Melulus
14 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan
Tidak
8(a)
11(a)
Ya
127
PROSES KERJA PELUPUSAN ASET RISDA
Langkah Proses Kerja 1 Kenalpasti aset yang perlu dilupus
2 Dapatkan PEP KEW.PA-16, jika perlu,
3 PT sediakan maklumat aset dalam KEW.PA-17 seperti berikut: a) Keterangan aset b) Kuantiti c) Tarikh pembelian d) Tempoh digunakan/ disimpan e) Nilai Perolehan Asal f) Nilai Semasa
4 Pemeriksaan oleh Lembaga Pemeriksa
5 Lembaga Pemeriksa melengkapkan dan menandatangani KEW.PA-17
6 Kemukakan KEW.PA-17 kepada Urus Setia Pelupusan
7 Urus Setia menyemak KEW.PA-17 dan pastikan dokumen sokongan berikut disertakan: a) PEP bagi aset mekanikal/ peralatan teknikal/ perkakasan komputer b) Justifikasi Jabatan bagi syor kaedah tukar beli, tukar barang c) Laporan kemalangan bagi kenderaan terlibat dengan kemalangan d) Gambar aset, jika perlu e) Surat permohonan daripada Kementerian/ Jabatan/ Pertubuhan bagi kaedah hadiah/
pindahan 8 Jika laporan lengkap, terus ke Proses 9
8a Jika laporan tidak lengkap, dikembalikan kepada Lembaga Pemeriksa
9 Urus Setia kemuka KEW.PA-17 kepada Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira
10 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira teliti KEW.PA-17
11 Setelah berpuas hati dengan hasil pemeriksaan, terus ke Proses 12
11a Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus Setia untuk maklumat lanjut
12 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira beri syor dan ulasan
13 Urus Setia semak dan tentukan Kuasa Melulus
14 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan
15 Jika pelupusan diluluskan, terus ke Proses 16
15a Jika pelupusan tidak diluluskan, laporan dikembalikan kepada Urus Setia Pelupusan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
16 Maklumkan keputusan kepada pemohon
17 Laksanakan pelupusan mengikut keputusan
18 Sediakan Sijil Pelupusan KEW.PA-19
19 Kemukakan Sijil Pelupusan kepada Kuasa Melulus berserta: a) Salinan resit bagi pelupusan kaedah jualan b) Surat akuan tarima bagi pelupusan kaedah pindahan/ hadiah c) Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW.PA-18 bagi pelupusan kaedah musnah
20 Kemaskini rekod daftar aset.
JADUAL 2
128
JADUAL 3 ASET YANG BOLEH DIKELUARKAN PEP OLEH JKR
BIL PERKARA Agricultural Machinery
1 Agricultural, horticultural or forestry machinery for soil preparation or cultivation, lawn or sports ground rollers such as ploughs, harrow, scarifiers, cultivator, weeder, seders, planter, spreaders and fertilizer distributors.
2 Harvesting or threshing machinery, including straw of folder balers, grass or hay mowers, machines for cleaning, sorting or grading eggs, fruit or other agricultural produce and other agricultural machinery.
3 Milking machines and dairy machinery.
4 Agricultural, forestry, poultry-keeping or bee-keeping machinery, including germination plant fitted with mechanical or thermal equipment, poultry incubators and brooders.
5 Machines for cleaning, sorting or grading seed, grain or dried leguminious vegetables, machinery used in the milling industry or for the working of cereal or dried leguminous vegetables, other than Farm-type machinery.
Air Conditioning Machinery 6 Refrigerators, freezers and other refrigerating or freezing equipment, heat
pumps and air conditioning machinery.
Automotives 7 Motorcycles, cars, vans, lorries, trucks, recovery vehicles, cranes and Etc.
Boilers
8 Steam or other vapours generating boilers, super -heated water boilers.
Cranes and Hoist 9 Pulley tackle and hoists, skip hoists, winches and capstans, jacks.
10 Ships derricks, cranes, including cable cranes, mobile lifting frames,
staddle carries and works trucks fitted with a crane – overhead travelling crane, bridge cranes, tower cranes, portal or pedestal jib cranes.
Construction Plants and Machinery 11 Bulldozers, angledozers, graders, levelers, scrapers, mechanical shovels,
excavators, shovel loaders, tamping machines, horing machinery, pile drivers, road rollers and other building or road construction machinery.
129
BIL PERKARA Dish Washing Machines, Packing Or Rapping Machines
12 Dish washing machines, machinery for cleaning or drying bottles or other containers, machinery for filling, closing, sealing or labeling bottles, cans, boxes, bags or other containers, machinery for capsuling bottles, jars, tubes and similar containers, other packing or wrapping machinery for aerating beverages.
Engines 13 Spark-ignition reciprocating or rotary internal combustion piston engines.
14 Compression-ignition internal combustion piston engines (diesel or semi- diesel engines).
Fans 15 Air or other gas compressors and fans, ventilating or recycling hoods.
Furnace 16 Furnace burners for liquid fuel, for pulverised solid fuel or gas, mechanical
stokers, including their mechanical ash dischargers and similar appliances.
17 Industrial or laboratory furnaces and ovens, including incinerators.
Gas Producer 18 Gas producer, acetylene gas generator and etc.
Handing Equipments 19 Forklift trucks, other works trucks fitted with lifting or handling equipment.
Heat Treatment Equipments And Heat Exchanges 20 Machinery, plant or laboratory equipment, for the treatment of materials by
process involving a change of temperature such as heating, cooking, roasting, distilling, rectifying, sterilizing, pasteurising, steaming, drying, evaporating, vaporising, condensing or cooling, instantaneous or storage water heater
21 Medical, surgical or laboratory sterilizes, dryers, heat exchange, cooling tower.
Jet Projecting Machines 22 Mechanical appliances for projecting, dispersing or spraying liquids or
powder, fire fighting equipments including fire extinguishers and auxiliary equipments, steam or sand blasting machines and similar jet projecting machines.
Lift And Escalators 23 Lift and escalators, conveyors and other lifting, handling, loading or
unloading machinery.
130
BIL PERKARA Locomotives
24 Rail locomotives and coaches
25 Railway or tramway maintenance or service vehicles (for example, workshops, cranes, ballast tampers, trackliners, testing coaches and track inspection vehicles).
26 Railway or tramway goods vans and wagons.
27 Railway or tramway track fixtures and fitting, mechanical, including electro mechanical) signalling, safety or traffic equipment for railways, tramways, roads, inland waterways, parking facilities, port installations or airfields.
Mecha-Electric Equipment 28 Electric motors and generators.
29 Electric generating sets and rotary converters.
30 Electro magnets, electro magnetic or permanent magnet chucks, clamps
and similar bolding devices, electro-magnetic couplings, clutches and brakes, electro- magnetic lifting heads.
31 Electro-mechanical domestic appliance, with self-contained electric motor.
32 Soldering, brazing or welding, machines and apparatus. Electric machines and apparatus for hot spraying of metals or cermets.
Metrological Equipments 33 Drawing, marking out or mathematical calculating instruments (for
example, drafting machines, pantographs, protractors, drawing sets, slide rules, disc calculators), instruments for measuring length, for use in the hands (for examples, measuring rods and tapes, micrometers, callipers).
34 Hydrometers and similar floating instruments, thermometers, pyrometers, barometers, hygrometers and psychrometers.
35 Instruments and apparatus for measuring or checking the flow, level, pressure or other variables liquids or gases (for example polarimeter, refractometers, spectrometers, gas or smoke and analysis apparatus, instruments and apparatus for measuring or checking viscosity, porosity, expansion, surface tension, checking quantity of heat, sound or light.
36 Gas, liquid or electricity supply or production meter.
131
BIL PERKARA 37 Revolution counters, production counters, taximeters, miliometers,
pedometers and speed indicator tachometer.
38 Wrist-watches, pocket-watches and other watches, including stop watches, alarm clock, wall clocks.
39 Weighing Machinery.
Medical Equipment 40 Instruments and appliances used in medical, surgical, dental or veterinary
sciences, including scientigraphic apparatus, other electromedical apparatus and sight testing instruments.
Musical Instruments 41 All musical instruments.
Turbines
42 Steam turbines, gas turbines, hydraulic turbines, water wheels
Textile Machinery 43 Machines for extruding, drawing texturing or cutting textile materials.
44 Machines for preparing textile fibres, spinning, doubling or twisting
machines and other machinery for producing textiles yarns textile reeling or winding machines and machines for preparing textile yarns for use on the machines.
45 Weaving machines (looms)
46 Knitting machines, stitch-bonding machines and machines for making gimped yarn, tulle, lace, embroidery, trimmings, braid or net and machines for tufting.
Workshop Equipments 47 Workshop equipments and machinery such as lathe machine, sharper,
driller, hydraulic jack machine, milling machine and etc.
Nota: Sumber daripada JKR
132
JADUAL 4 SENARAI PERKAKASAN KOMPUTER
JENIS PERKAKASAN ALAT/ KOMPONEN
Perkakasan Utama
1. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
2. Unit Kawalan, Kira-kira dan Logik
3. Ingatan Utama
4. Alatan yang tekandung di dalam CPU
Perkakasan Periferal/ Storan Sekunder
1. Pemacu cakera dan kawalannya
2. Pemacu pita magnetik dan kawalannya
3. Pemacu cakera liut
4. Alat storan mikroflis
5. Pemacu pita katrij/ kaset dan lain-lain
Alat Input/ Output
1. Unit pameran video
2. Unit konsol
3. Teletaip
4. Pembaca pita kertas
5. Pembaca kad
6. Mesin penebuk
7. Pembaca aksara optik (OCR)
8. Pembaca tanda optik (OMR)
9. Alat pen bercahaya
10. Tetikus
11. Degitiser
12. Scanner
13. Pencetak
14. Pemplot
15. Telepencetak dan lain-lain
Perkakasan Komunikasi
1. Unit kawalan komunikasi
2. Modem
3. Line Driver
4. Alat antara muka
5. Alat rangkaian (networking device) dll.
133
BAB B – KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET RISDA
OBJEKTIF
111. Hapus kira aset RISDA bertujuan untuk:-
(a) Mengawal kerugian yang ditanggung oleh RISDA akibat kehilangan
aset;
(b) Menyelaraskan rekod aset;
(c) Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap
kepentingan keselamatan aset RISDA; dan
(d) Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas
kecuaian pegawai.
DEFINISI
112. “Pegawai Teknikal” ialah pegawai yang mahir dalam penilaian aset
elektronik, telekomunikasi dan ICT yang dilantik bagi menentukan nilai semasa
ketika aset berkenaan hilang.
KUASA MELULUS
113. Kuasa untuk meluluskan kehilangan dan hapus kira adalah seperti berikut:
134
Jenis Aset Nilai (RM) Lokasi Ulasan dan Cadangan Kuasa Memperaku Kuasa Melulus
< 50,000 Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
< 50,000 Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
50,000 ke atas Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
50,000 ke atas Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
< 50,000 Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
< 50,000 Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
50,000 & ke atas Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
50,000 ke atas Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
< 50,000 Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
< 50,000 Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
50,000 ke atas Semua Lokasi Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
50,000 ke atas Anak Syarikat Jawatankuasa Kehilangan & Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Pihak Berkuasa
Barangan Stor Tidak Diuntukkan (Stok - Anak Syarikat)
Harta Modal
Inventori
Nota Penting: Harta Modal = Nilai asal (nilai buku kasar) setiap unit
Barangan Stor Tidak Diuntukkan
= Jumlah nilai mengikut setiap jenis barangan stor
Inventori = Jumlah nilai (harga perolehan)
URUS SETIA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
114. Unit Pengurusan Aset RISDA adalah bertanggungjawab sebagai Urus
Setia Kehilangan dan Hapus Kira.
115. Tugas-tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira adalah seperti
berikut:-
(a) Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar Harta
Modal/ Inventori (KEW.PA-2/ KEW.PA-3);
135
(b) Mendapatkan Laporan Awal (KEW.PA-28) seperti di Lampiran 42, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA, daripada Ketua
Pusat Tanggungjawab;
(c) Memastikan Laporan Awal (KEW.PA-28) dan salinan asal Laporan Polis
telah diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan (bagi
tujuan tuntutan insuran) oleh Pusat Tanggungjawab;
(d) Mendapatkan penilaian semasa daripada Pegawai Teknikal bagi aset
elektronik yang boleh diluluskan melalui kaedah bayaran balik;
(e) Menguruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan
contoh format KEW.PA-29 seperti di Lampiran 43, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA ;
(f) Mendapatkan hasil siasatan polis (jika berkaitan);
(g) Mendapatkan Laporan Akhir (KEW.PA-30) seperti di Lampiran 44, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA daripada
Jawatankuasa Penyiasat;
(h) Menyemak dan memastikan dokumen bagi permohonan hapus kira
lengkap dan teratur;
(i) Mengemukakan Laporan Akhir (KEW.PA-30) bagi mendapatkan ulasan
dari Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira untuk perakuan Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat;
(j) Mengemukakan permohonan hapus kira kepada Kuasa Melulus seperti di
Para 113 bab ini dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Laporan Awal
dikemukakan walaupun laporan hasil penyiasatan polis belum diperolehi;
136
(k) Memaklumkan keputusan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab untuk
tindakan kemaskini rekod daftar aset;
(l) Memaklumkan syor surcaj atau tatatertib kepada Urus Setia
Jawatankuasa Tatatertib RISDA untuk tindakan selanjutnya;
(m) Mendapatkan Sijil Hapus Kira Aset RISDA (KEW.PA-31) seperti di
Lampiran 45, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA daripada Ketua Pusat Tanggungjawab dan mengemukakannya kepada
Kuasa Melulus seperti di Para 113 bab ini dalam tempoh satu (1) bulan
dari tarikh kelulusan hapus kira;
(n) Mendapatkan maklumbalas kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib
daripada Urus Setia Jawatankuasa Tatatertib RISDA dan
memaklumkannya kepada Ketua Pengarah; dan
(o) Menyedia dan mengemukakan Laporan Tahunan Tindakan Surcaj/
Tatatertib Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-32) seperti di Lampiran 46, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA ke Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak lewat dari 28 Februari tahun berikutnya.
KEHILANGAN ASET ALIH ELEKTRONIK 116. Kehilangan peralatan elektronik, komunikasi dan ICT yang nilai
semasanya tidak melebihi RM5,000 diberi pengecualian daripada tindakan surcaj
tetapi dibenarkan membayar balik mengikut nilai semasa tertakluk kepada
syarat-syarat berikut:
137
(a) Bayaran balik ini terhad kepada walkie talkie, kamera digital, kamera
video, komputer riba, palmtop/pocket PC, personal digital assistant (PDA),
pemain CD/DVD dan smartphone;
(b) Kuasa Melulus bayaran balik ialah Ketua Pengarah RISDA;
(c) Nilai semasa bagi bayaran balik adalah berdasarkan kepada nilai semasa
berlaku kehilangan aset. Penentuan nilai ini adalah berdasarkan
anggaran susut nilai yang dibuat oleh pegawai yang mahir dalam
penilaian aset tersebut dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Aset Kerajaan (JKPAK) RISDA.
(d) Pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan hendaklah
melaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan
diketahui;
(e) Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah menyediakan Laporan Awal
(KEW.PA-28) seperti mana yang ditetapkan dalam Tatacara ini;
(f) Laporan Polis dan Laporan Awal (KEW.PA-28) hendaklah dikemukakan
untuk pertimbangan dan kelulusan bayaran balik dan hapus kira.
Sebelum meluluskan apa-apa bayaran balik dan hapus kira, pegawai
yang diberikuasa hendaklah berpuashati dengan Laporan Akhir
(KEW.PA-30) yang disediakan oleh Jawatankuasa Penyiasat bagi kes
berkenaan;
(g) Bayaran balik yang diterima hendaklah dikreditkan dalam Akaun Hasil
61906 (denda yang dikenakan ke atas kakitangan);
(h) Bayaran balik hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai
berkenaan;
138
(i) Tindakan hapus kira hendaklah direkod dalam Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) atau Daftar Inventori (KEW.PA-3); dan
(j) Selepas tindakan bayaran balik dan hapus kira selesai, satu laporan
hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa RISDA.
PROSES HAPUS KIRA
Melaporkan Kehilangan 117. Apabila terdapat apa-apa kehilangan aset RISDA, tindakan yang perlu
diambil adalah seperti berikut:-
(a) Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah melaporkannya
kepada Ketua Pusat Tanggungjawab dengan serta-merta; dan
(b) Ketua Pusat Tanggungjawab atau pegawai yang
bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset
atau yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan
kepada Polis dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari waktu
kehilangan diketahui.
Laporan Awal (KEW.PA-28) 118. Laporan Awal (KEW.PA-28) hendaklah disediakan seperti berikut:
(a) Ketua Pusat Tanggungjawab menyediakan KEW.PA-28. Bagi kes
kehilangan yang melibatkan seorang Ketua Pusat Tanggungjawab,
KEW.PA-28 hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya.
139
(b) Ketua Pusat Tanggungjawab di mana kehilangan berlaku
hendaklah dengan segera, dalam tempoh dua (2) hari bekerja
menghantar Laporan Awal (KEW.PA-28) dan salinan laporan polis
kepada:-
(i) Ketua Pengarah RISDA;
(ii) Pengarah Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam;
(iii) Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan (bagi tujuan
tuntutan insuran); dan
(iv) Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira.
Aset yang Dilindungi Insuran 119. Jika satu-satu aset telah mendapat perlindungan insuran daripada faktor-
faktor yang boleh menyebabkan kehilangan nilai aset itu, dan penghapuskiraan
yang dipohon itu timbul daripada faktor berkenaan, Ketua Pusat Tanggungjawab
hendaklah membuat laporan polis dengan segera. Tuntutan ganti rugi daripada
pihak insuran hendaklah dilakukan melalui Bahagian Pentadbiran dan
Kejuruteraan dengan segera.
120. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan hendaklah memaklumkan
kepada Bahagian Kewangan dan Belanjawan (Unit Pengurusan Akaun) dan
Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira sekiranya tuntutan ganti rugi daripada
pihak insuran tidak berjaya.
121. Selagi tuntutan ganti rugi belum dibereskan, Lembaga Pelupusan dan
Hapus Kira Ibu Pejabat TIDAK berkuasa memberi perakuannya kecuali bagi kes
aset yang tidak layak dituntut insuran/ tidak berjaya.
140
122. Bagi aset yang masih menunggu tuntutan insuran, tindakan mengeluarkan
aset dari senarai perlu dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab yang berkenaan
sebaik sahaja menerima salinan surat tuntutan insuran daripada Bahagian
Pentadbiran dan Kejuruteraan.
123. Wang ganti rugi insuran yang diterima hendaklah dikreditkan ke Akaun
Pendahuluan Pusat Tanggungjawab, jika nilai yang ingin dihapus kira telah
diselaraskan ke Akaun Pendahuluan Pusat Tanggungjawab oleh Bahagian
Kewangan dan Belanjawan. Jika penyelarasan akaun itu tidak dilakukan, wang
ganti rugi insuran yang diterima hendaklah dikreditkan ke Akaun Wang
Pampasan Diterima.
Jawatankuasa Penyiasat 124. Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh Ketua
Pengarah menggunakan KEW.PA-29 dengan segera dalam tempoh dua (2)
minggu dari tarikh Laporan Awal (KEW.PA-28) ditandatangani.
125. Keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat terdiri daripada:-
(a) pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu dan bukan dari
bahagian/ unit yang sama;
(b) pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang
terlibat; dan
(c) sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli di mana pegawai yang lebih
kanan sebagai Pengerusi.
126. Bagi kehilangan yang berlaku di luar Malaysia, Ketua Pengarah
dibenarkan melantik pegawai dari Jabatan Kerajaan Malaysia yang tidak terlibat
dengan kehilangan itu di negara berkenaan sebagai Jawatankuasa Penyiasat.
141
Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat
127. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat adalah seperti
berikut:
(a) Menjalankan siasatan dengan segera selepas perlantikan;
(b) Memeriksa sendiri tempat berlakunya kehilangan;
(c) Meneliti Laporan Polis yang dibuat mengenai kehilangan;
(d) Memeriksa rekod-rekod mengenai aset yang hilang;
(e) Memastikan sama ada Tatacara Pengurusan Aset RISDA (TPAR)
dan Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi;
(f) Mengenalpasti kelemahan yang wujud;
(g) Mengesyorkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak
berulangnya kejadian kehilangan; dan
(h) Menyediakan dan menandatangani Laporan Akhir (KEW.PA-30).
Laporan Akhir (KEW.PA-30)
128. Jawatankuasa Penyiasat bertanggungjawab menyediakan Laporan Akhir
(KEW.PA-30) dan kemukakan kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira
dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh perlantikan. Keterangan bertulis
daripada Pegawai yang terlibat boleh dilampirkan kepada KEW.PA-30, jika ada.
129. Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira mengemukakan KEW.PA-30 untuk
ulasan Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira sebelum dibawa ke Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat untuk perakuan.
130. KEW.PA-30 hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti
salinan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)/ Daftar Inventori (KEW.PA-3), salinan
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6), gambar lokasi
kejadian (jika perlu) dan dokumen-dokumen berkaitan.
142
131. KEW.PA-30 perlu dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan
walaupun Laporan Hasil Penyiasatan Polis belum diperolehi.
132. Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat setelah berpuas hati
dengan hasil siasatan di KEW.PA-30 adalah bertanggungjawab untuk:-
(a) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang dengan
surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali; atau
(b) Mengesyorkan tindakan menghapus kira aset yang hilang tanpa
surcaj atau tatatertib; dan
(c) Menandatangani sendiri syor dan perakuan.
133. Sekiranya Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat tidak
berpuashati dengan hasil siasatan di KEW.PA-30 maka Lembaga Pelupusan
dan Hapus Kira Ibu Pejabat boleh mengarahkan siasatan semula. Bagi maksud
ini Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat boleh:-
(a) Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa Penyiasat sedia
ada; atau
(b) Mengarahkan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat yang baru
untuk menjalankan siasatan semula.
134. KEW.PA-30 yang lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat hendaklah dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan Kuasa Melulus seperti di Para 113 bab ini dalam
tempoh dua (2) minggu dari tarikh perakuan dan syor Lembaga Pelupusan dan
Hapus Kira Ibu Pejabat.
143
TINDAKAN SELEPAS KELULUSAN 135. Tindakan berikut perlu diambil selepas kelulusan diterima:
(a) Kelulusan hapus kira hendaklah dicatatkan di dalam Daftar Harta
Modal (KEW.PA-2) atau Daftar Inventori (KEW.PA-3).
(b) Kelulusan hapus kira juga hendaklah dimaklumkan kepada Unit
Pengurusan Akaun bagi tujuan pelarasan akaun.
(c) Maklumkan perlaksanaan tindakan hapus kira kepada Urus Setia
Kehilangan dan Hapus Kira dengan mengemukakan Sijil Hapus
Kira Aset RISDA (KEW.PA-31) dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh kelulusan.
(d) Syor Surcaj/ Tatatertib hendaklah dibawa ke Jawatankuasa
Tatatertib RISDA dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat
kelulusan.
(e) Maklumkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib RISDA ke atas
syor surcaj/ tatatertib kepada Ketua Pengarah dalam tempoh
sembilan (9) bulan dari tarikh surat kelulusan.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA HAPUS KIRA ASET RISDA
136. Carta aliran dan proses kerja hapus kira adalah seperti di Jadual 5 dan
Jadual 6.
144
JADUAL 5 CARTA ALIRAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
1
2
11
10
Lapor kehilangan serta merta kepada Ketua PT
Ketua PT lapor segera kepada Polis dalam masa 24 jam
Ketua PT sedia KEW.PA-28 dan kemuka kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira dengan salinan kepada KP, BIAD dan BPK.
KP lantik Jawatankuasa Penyiasat (KEW.PA-29)
Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan
J/K Penyiasat sedia KEW.PA-30 dan kemuka kepada Urus Setia
Urus Setia semak KEW.PA-30
Lengkap
13 Urus Setia kemuka KEW.PA-30 kepada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira
J/K Kehilangan dan Hapus Kira teliti KEW.PA-30
12a Kembali kepada J/K Penyiasat
Tidak 12
Urus Setia terima dan semak KEW.PA-28 4
Lengkap?
Tidak
5Urus Setia semak jenis aset
Elektronik *
Bukan Elektronik dan aset-aset lain
6 Urus Setia uruskan perlantikan Pegawai Teknikal untuk menilai aset elektronik RISDA
7 Pegawai Teknikal buat penilaian dan serah laporan kepada Urus Setia
8 Urus Setia uruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat
9
3
14
Berpuas hati
Tidak
A
* terhad kepada walkie talkie, kamera digital, kamera video, computer riba, palmtop/ pocket PC, personel digital assistant (PDA), pemain CD/DVD dan smartphone
145
JADUAL 5
CARTA ALIRAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA (samb.)
Urus Setia kemuka KEW.PA-30 yang telah lengkap dengan ulasan J/K Kehilangan dan Hapus Kira kepada Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira untuk perakuan.
20
19 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan
21 Kuasa Melulus maklumkan keputusan kepada Urus Setia
22 Urus Setia maklumkan keputusan kepada Ketua PT
23 Ketua PT laksanakan keputusan
24 Sedia Sijil Hapus Kira KEW.PA-31 dan serah kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira
Tidak
Lulus
18
A
TAMAT
15 J/K Kehilangan dan Hapus Kira beri ulasan
Urus Setia kemuka KEW.PA-30 yang telah lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira kepada Kuasa Melulus.
16
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira teliti KEW.PA-30 serta ulasan J/K Kehilangan dan Hapus Kira 17
Tidak
Berpuas hati
146
LANGKAH PROSES KERJA
1 Pegawai melaporkan kehilangan dengan serta merta kepada Ketua PT 2 Ketua PT/ pegawai berkenaan melaporkan segera kehilangan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan
diketahui. 3 Ketua PT sediakan Laporan Awal KEW.PA-28 dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh kehilangan dan kemukakan
kepada Ketua Pengarah, Pengarah BIAD, Unit Pengurusan Harta (bagi tujuan tuntutan insuran) dan Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira, berserta dengan salinan Laporan Polis.
4 Urus Setia terima KEW.PA-28 dan semak: a) Jika lengkap, terus ke Proses 5 b) Jika tidak lengkap, kembalikan KEW.PA-28 kepada KPT
5 Urus Setia semak dan tentukan jenis aset: a) Jika aset elektronik (terhad kepada walkie talkie, kamera digital, kamera video, komputer riba, palmtop/ pocket PC, personel digital assistant (PDA), pemain CD/DVD dan smartphone) terus ke Proses 6 b) Jika bukan aset elektronik seperti di atas dan aset-aset lain, terus ke Proses 8.
6 Urus Setia uruskan perlantikan Pegawai Teknikal untuk menilai aset elektronik RISDA. 7 Pegawai Teknikal buat penilaian dan serah laporan kepada Urus Setia 8 Urus Setia uruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat (KEW.PA-29) 9 Ketua Pengarah melantik Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-29.
10 Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan. 11 Jawatankuasa Penyiasat menyedia dan mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 kepada Urus Setia dalam tempoh
dua (2) bulan dari tarikh perlantikan. 12 Urus Setia menyemak Laporan Akhir:
a) Jika tidak lengkap, kembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat b) Jika lengkap, terus ke Proses 13.
13 Kemukakan Laporan Akhir yang lengkap kepada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira untuk mendapatkan syor dan ulasan.
14 Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira meneliti Laporan Akhir: a) Jika berpuas hati, terus ke Proses 15 b) Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus Setia untuk dikembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat sedia ada atau lantikan baru.
15 Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira memberi ulasan. 16 Urus Setia kemuka KEW.PA-30 yang telah lengkap dengan ulasan Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira kepada
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira. 17 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira meneliti Laporan Akhir serta ulasan Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira:
a) Jika berpuas hati, terus ke Proses 18 b) Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus Setia untuk dikembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat sedia ada atau lantikan baru.
18 Urus Setia kemuka KEW.PA-30 yang telah lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira kepada Kuasa Melulus.
19 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan. 20 Jika mendapat kelulusan daripada Kuasa Melulus, terus ke proses 21. Jika tidak, kembalikan kepada Urus Setia. 21 Kuasa Melulus memaklumkan keputusan kepada Urus Setia. 22 Urus Setia memaklumkan kelulusan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab yang memohon Hapus Kira 23 Ketua Pusat Tanggungjawab melaksanakan keputusan dengan tindakan berikut:-
(a) Catatkan kelulusan Hapus Kira dalam Daftar Harta Modal/ Inventori; (b) Sediakan Sijil Hapus Kira Aset Alih RISDA KEW.PA-31 dan serah kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus
Kira; dan 24 KPT sediakan KEW.PA-31 dan serah kepada Urus Setia. Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira hendaklah:-
(a) mengemukakan Sijil Hapus Kira kepada KKLW dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan (b) syor surcaj/tatatertib jika ada, hendaklah dibawa ke Pihak Berkuasa RISDA dalam tempoh tiga (3) bulan dari
tarikh surat kelulusan. (c) memaklumkan kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib (jika ada).
JADUAL 6
PROSES KERJA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
147
BAB C – KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA
OBJEKTIF
137. Hapus kira wang awam RISDA bertujuan untuk:-
(a) Mengawal kerugian yang ditanggung oleh RISDA akibat
kehilangan aset;
(b) Memastikan laporan kewangan yang disediakan adalah kemas
kini, tepat dan teratur;
(c) Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap
kepentingan keselamatan wang awam RISDA; dan
(d) Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas
kecuaian pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan
kehilangan wang awam RISDA.
DEFINISI
138. “Wang awam” mempunyai pengertian yang diberi kepadanya di bawah
seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], dan termasuklah wang tunai
dan kesetaraan tunai serta semua instrumen kewangan Kerajaan.
139. “Perbelanjaan sia-sia” adalah perbelanjaan yang dibuat menggunakan
peruntukan yang diluluskan untuk perbelanjaan yang tidak membawa faedah,
tidak berguna, tidak mendapat apa-apa hasil atau sesia kepada RISDA.
148
140. “Pembayaran Tanpa Kuasa/ Salah/ Pembayaran Tidak Sepatutnya (Improper Payment)” ialah pembayaran yang dibuat dengan tidak sewajar
sama ada dari segi bertentangan dengan peruntukan undang-undang, peraturan
atau tidak mengikut syarat-syarat, kaedah atau tatacara yang ditetapkan bagi
sesuatu pembayaran. Penjelasan terperinci adalah seperti di Jadual 7.
KUASA MELULUS
141. Kuasa untuk meluluskan kehilangan dan hapus kira adalah seperti berikut:
Wang Awam Nilai (RM) Lokasi Ulasan dan Cadangan Kuasa Perakuan Kuasa Melulus
< 25,000 Semua Lokasi J/kuasa Kehilangan dan Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
< 25,000 Anak Syarikat J/kuasa Kehilangan dan Hapus Kira
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
> 25,001 Semua Lokasi J/kuasa Kehilangan dan Hapus Kira Pihak Berkuasa Menteri
> 25,001 Anak Syarikat J/kuasa Kehilangan dan Hapus Kira Pihak Berkuasa Menteri
< 25,000 Semua Lokasi - Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
< 25,000 Anak Syarikat - Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat Ketua Pengarah
> 25,001 Semua Lokasi - Pihak Berkuasa Menteri
> 25,001 Anak Syarikat - Pihak Berkuasa Menteri
Hutang
Wang
Nota Penting: Hutang = Jumlah nilai mengikut setiap jenis hutang
Wang = Jumlah nilai wang
149
URUS SETIA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
142. Unit Pengurusan Aset RISDA adalah bertanggungjawab sebagai Urus
Setia Kehilangan dan Hapus Kira.
143. Tugas-tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira adalah seperti
berikut:-
(a) Mendapatkan Laporan Awal (KEW.PA-33) seperti di LAMPIRAN 47, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA
daripada Ketua Pusat Tanggungjawab;
(b) Memastikan Laporan Awal (KEW.PA-33) dan salinan asal Laporan
Polis telah diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan
Kejuruteraan (bagi tujuan tuntutan insuran) oleh Pusat
Tanggungjawab;
(c) Menguruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan
menggunakan contoh format KEW.PA-34 seperti di LAMPIRAN 48, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA;
(d) Mendapatkan hasil siasatan polis (jika berkaitan);
(e) Mendapatkan Laporan Akhir (KEW.PA-35) seperti di LAMPIRAN 49, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA
daripada Jawatankuasa Penyiasat;
(f) Mengemukakan Laporan Akhir (KEW.PA-35) bagi mendapatkan
ulasan daripada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira (tidak
termasuk hutang) untuk perakuan Lembaga Pelupusan dan Hapus
Kira/ Pihak Berkuasa RISDA;
150
(g) Menyemak dan memastikan dokumen bagi permohonan hapus kira
lengkap dan teratur;
(h) Mengemukakan permohonan hapus kira kepada Kuasa Melulus
seperti di Para 141 bab ini dalam tempoh empat (4) bulan dari
tarikh Laporan Awal (KEW.PA-33) dikemukakan walaupun laporan
hasil penyiasatan polis belum diperolehi;
(i) Memaklumkan keputusan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab
untuk tindakan pelarasan akaun;
(j) Memaklumkan syor surcaj atau tatatertib kepada Urus Setia
Jawatankuasa Tatatertib RISDA untuk tindakan selanjutnya;
(k) Mendapatkan maklumbalas kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib
daripada Urus Setia Jawatankuasa Tatatertib RISDA dan
memaklumkannya kepada Ketua Pengarah; dan
PROSES HAPUS KIRA
Hapus Kira Kehilangan Wang Awam Disebabkan Oleh Kecurian/ Penipuan/ Penyelewengan dan Kecuaian Pegawai 144. Apabila terdapat apa-apa kehilangan wang awam RISDA, tindakan yang
perlu diambil adalah seperti berikut:-
151
(A) Membuat Laporan Polis
Ketua Pusat Tanggungjawab atau pegawai yang bertanggungjawab ke
atas kehilangan atau yang menjaga wang awam atau yang mengetahui
kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh
dua puluh empat (24) jam dari waktu kehilangan diketahui jika ada
alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan jenayah telah
dilakukan berhubung dengan kehilangan itu.
(B) Menyediakan Laporan Awal (KEW.PA-33)
(i) Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah menyediakan Laporan
Awal bagi kehilangan yang berlaku di Pusat Tanggungjawab di
bawah kawalannya. Bagi kehilangan yang melibatkan seseorang
Ketua Pusat Tanggungjawab, Laporan Awal hendaklah disediakan
oleh pegawai atasannya. Laporan Awal hendaklah disediakan
tidak lewat daripada lima (5) hari bekerja.
(ii) Laporan Awal dan Laporan Polis hendaklah dikemukakan kepada:
1. Ketua Pengarah RISDA; dan
2. Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan
(iii) Salinan Laporan Awal hendaklah dihantar kepada:
1. Pengarah Bahagian Inspektorat dan Audit Dalam;
2. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan (bagi tujuan tuntutan
insuran, jika berkaitan); dan
3. Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira.
152
(C) Melantik Jawatankuasa Penyiasat
(i) Jawatankuasa Penyiasat hendaklah dilantik secara bertulis oleh
Ketua Pengarah menggunakan format KEW.PA-34 seperti di LAMPIRAN 48, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA, dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Laporan Awal
ditandatangani.
(ii) Keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat hendaklah terdiri daripada:
1. Pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu dan bukan
dari bahagian/ unit yang sama;
2. Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai dan Ketuanya
hendaklah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional di gred
yang bersesuaian; dan
3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan.
(iii) Bagi kehilangan yang berlaku di luar Malaysia, Ketua Pengarah
dibenarkan melantik pegawai dari Jabatan Kerajaan Malaysia yang
tidak terlibat dengan kehilangan itu di negara berkenaan atau
mana-mana pegawai yang difikirkan bersesuaian sebagai
Jawatankuasa Penyiasat.
(iv) Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat adalah seperti
berikut:
(a) Menjalankan siasatan dengan segera selepas perlantikan
dengan mengambil tindakan seperti betrikut:
1. Mengenal pasti pegawai-pegawai yang
bertanggungjawab ke atas kehilangan.
153
2. Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat atau mana-
mana pegawai yang difikirkan perlu.
3. Meneliti rekod-rekod kewangan, laporan polis dan
laporan awal.
4. Melawat dan memeriksa tempat kejadian.
5. Mendapatkan bukti bergambar sekitar tempat kejadian,
salinan dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai
bahan bukti (sekiranya perlu)
6. Tindakan-tindakan lain yang difikirkan sesuai bagi
melengkapkan siasatan.
(b) Mengenalpasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan
peraturan-peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh
RISDA dan Perbendaharaan dipatuhi;
(c) Mendapatkan keterangan sama ada kehilangan berkenaan
berpunca daripada kecuaian pegawai, kegagalan mematuhi
peraturan yang disengajakan, kegagalan penyeliaan, tidak
mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam
pengurusan wang awam;
(d) Mendapatkan penjelasan terhadap kelemahan sehingga
berlakunya kehilangan seperti yang dinyatakan di Para (c) di
atas;
(e) Mengenalpasti risiko keselamatan dan mengesyorkan
langkah-langkah kawalan dan pencegahan; dan
(f) Menyediakan laporan siasatan dan menandatangani
Laporan Akhir serta mengemukakan kepada Urus Setia
Kehilangan dan Hapus Kira.
154
(D) Menyediakan Laporan Akhir (KEW.PA-35)
(i) Jawatankuasa Penyiasat bertanggungjawab menyediakan Laporan
Akhir dan kemukakan kepada Urus Setia Kehilangan dan Hapus
Kira dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh perlantikan.
(ii) Laporan Akhir hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan
seperti salinan rekod kewangan, laporan hasil penyiasatan polis,
gambar lokasi kejadian (jika perlu) dan dokumen-dokumen
berkaitan. Keterangan bertulis daripada pegawai yang terlibat
boleh dilampirkan kepada Laporan Akhir, jika ada.
(iii) Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat/ Pihak Berkuasa
RISDA setelah berpuas hati dengan hasil siasatan di Laporan Akhir
adalah bertanggungjawab untuk:
(a) mengesyorkan tindakan menghapus kira wang awam yang
hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya
sekali; atau
(b) mengesyorkan tindakan menghapus kira wang awam yang
hilang tanpa surcaj atau tatatertib; dan
(c) menandatangani sendiri syor dan perakuan.
(iv) Sekiranya Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat/ Pihak
Berkuasa RISDA tidak berpuas hati dengan hasil siasatan di
Laporan Akhir, maka Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira Ibu
Pejabat / Pihak Berkuasa RISDA boleh mengarahkan siasatan
semula dengan mengambil tindakan seperti berikut:
(a) Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa
Penyiasat sedia ada; atau
155
(b) Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang lain untuk
menjalankan siasatan semula.
(c) Memohon pelanjutan masa mengemukakan Laporan Akhir
kepada Kuasa Melulus seperti di Para 141 bab ini sekiranya
tindakan di perenggan (a) dan (b) di atas perlu diambil.
(v) Laporan Akhir yang lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga
Pelupusan dan Hapus Kira Ibu Pejabat/ Pihak Berkuasa RISDA
hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus seperti di Para 141
bab ini untuk pertimbangan dan salinkan kepada pihak seperti yang
dinyatakan seperti di Para 144(B)(iii) dalam tempoh empat (4)
bulan daripada tarikh Laporan Awal disediakan kecuali dalam
keadaan di Para 144(D)(iv).
(vi) Laporan Akhir hendaklah juga dikemukakan bersama dengan
Laporan Penyiasatan Polis. Walau bagaimanapun sekiranya
Laporan Penyiasatan Polis belum diperolehi, Laporan Akhir
hendaklah dihantar kepada Kuasa Melulus seperti di Para 141 bab
ini tanpa perlu menunggu hasil siasatan Polis.
(E) Pelarasan Kewangan Sementara Mengenai Kehilangan Wang Awam
(i) Jika sesuatu kehilangan wang telah dipastikan dan pembayaran
kepada pihak ketiga perlu dilakukan segera, Ketua Pengarah atau
Ketua Pusat Tanggungjawab di mana kehilangan berlaku,
hendaklah memohon atas namanya suatu pendahuluan yang sama
banyaknya dari Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai
Awam) bagi tujuan menggantikan wang yang hilang.
156
(ii) Pendahuluan hendaklah diselaraskan setelah kelulusan hapus kira
diperolehi dengan mendebitkan Peruntukan Maksud Perbelanjaan
Kehilangan dan mengkreditkan ke Akaun Kumpulan Wang
Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).
(F) Tindakan Selepas Kelulusan Hapus Kira
(i) Kelulusan hapus kira yang tidak melibatkan Akaun Pendahuluan
Diri hendaklah dicatatkan di dalam rekod kewangan yang
berkaitan.
(ii) Pelarasan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri hendaklah dibuat
dengan serta merta dalam tahun kewangan semasa menggunakan
vot kehilangan.
(iii) Memaklumkan perlaksanaan pelarasan Kumpulan Wang
Pendahuluan Diri kepada Bahagian Kewangan dan Belanjawan
dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan.
(iv) Syor Surcaj/Tatatertib hendaklah dibawa ke Jawatankuasa
Tatatertib RISDA dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan
hapus kira.
(v) Memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib RISDA ke atas
syor surcaj/ tatatertib kepada Bahagian Kewangan dan Belanjawan
tidak lewat daripada 14 hari bekerja dari tarikh keputusan dibuat.
157
Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih
145. Apabila terdapat apa-apa pembayaran lebih atau pembayaran yang salah
dibuat, Ketua Pengarah/Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mendapatkan
lebihan bayaran tersebut secara sekali gus atau dengan ansuran seperti
dijelaskan dalam AP327(a) daripada penerima bayaran.
146. Bagi penerima bayaran yang terdiri daripada Pegawai/ Kakitangan
RISDA, permohonan untuk bayaran secara ansuran boleh dipertimbangkan oleh
Ketua Pusat Tanggungjawab. Jika diluluskan, permohonan untuk suatu
Pendahuluan daripada Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Diri (Pegawai
Awam) atas nama penerima bayaran hendaklah dipohon.
147. Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun semasa, Pusat
Tanggungjawab hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan dan
mengkreditkan ke dalam akaun yang terlebih bayar. Manakala ansuran bulanan
pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun Pendahuluan.
148. Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun berikutnya, Pusat
Tanggungjawab hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri dan
mengkreditkan ke dalam Akaun Hasil Lain-Lain Terimaan. Manakala bayaran
balik pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Pendahuluan
Diri Pegawai Awam.
149. Kelulusan bayaran balik Akaun Pendahuluan bagi tempoh tidak melebihi
daripada 18 bulan boleh dipertimbang di peringkat Pusat Tanggungjawab. Bagi
bayaran balik melebihi tempoh tersebut, permohonan hendaklah dikemukakan
untuk pertimbangan Ketua Pengarah.
150. Bagi penerima bayaran yang bukan Pegawai/ Kakitangan RISDA, bayaran
secara sekali gus hendaklah dibuat. Walau bagaimanapun Ketua Pusat
158
Tanggungjawab boleh mempertimbangkan permohonan bayaran secara ansuran
jika berpuas hati bahawa penerima bayaran tidak akan mungkir bayaran ansuran
bulanan yang dipersetujui.
151. Sekiranya pembayaran balik sepenuhnya tidak boleh didapatkan atau
tidak patut didapatkan, Ketua Pengarah hendaklah melantik Jawatankuasa
Penyiasat secara bertulis bagi menjalankan tugas-tugas berikut:
(i) Mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggunjawab ke atas
pembayaran lebih/ salah;
(ii) Mendapatkan keterangan mengapa pembayaran berkenaan tidak
patut didapatkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya;
(iii) Mendapatkan maklumat bahawa penerima bayaran menerima
bayaran dengan suci hati seperti contoh penerima tidak
mengetahui langsung bahawa bayaran yang diterima adalah salah,
penerima tidak terlibat secara langsung dalam penyediaan bayaran
berkenaan atau pembayaran berkenaan berpunca dari peraturan
yang tidak jelas dan lain-lain keterangan yang boleh membuktikan
bahawa penerima tidak berniat untuk menerima bayaran
berkenaan;
(iv) Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat dalam menyediakan
pembayaran atau mana-mana pegawai yang difikirkan perlu bagi
mendapatkan maklumat bahawa kesalahan berkenaan disedari
atau tidak disedari semasa penyediaan dokumen pembayaran;
(v) Meneliti rekod-rekod kewangan dan menyediakan kronologi kes;
159
(vi) Tindakan-tindakan lain yang difikirkan sesuai bagi melengkapkan
siasatan;
(vii) Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan, Peraturan
Kewangan RISDA dan peraturan-peraturan kewangan lain yang
dikeluarkan oleh RISDA dipatuhi;
(viii) Mengesyorkan langkah-langkah kawalan bagi mengelak
berulangnya kejadian tersalah atau terlebih bayar; dan
(ix) Menyediakan dan menandatangani KEW.PA-36 seperti di
LAMPIRAN 50, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA dan mengemukakan kepada Bahagian Kewangan dan
Belanjawan untuk ulasan dan syor.
152. Laporan lengkap dengan syor dan ulasan Bahagian Kewangan dan
Belanjawan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk
pertimbangan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh diketahui apa-apa
pembayaran lebih atau pembayaran yang salah.
153. Tindakan selepas kelulusan hapus kira yang perlu diambil adalah seperti
berikut:
(i) Kelulusan bayaran terlebih yang tidak boleh didapatkan dibiar
dipertanggungkan kepada akaun di bawah AP 327(d) hendaklah
dicatatkan dalam buku rekod kewangan yang berkenaan.
(ii) Syor Surcaj/ Tatatertib hendaklah dibawa ke Jawatankuasa
Tatatertib RISDA dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat
kelulusan hapus kira.
160
(iii) Memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib RISDA ke atas
syor surcaj/ tatatertib kepada Bahagian Kewangan dan Belanjawan
dalam tempoh tidak lewat daripada 14 hari bekerja dari tarikh
keputusan dibuat.
Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Hutang dan Tunggakan Hasil Yang Tidak Boleh Didapatkan
154. Amaun hutang atau hasil yang tertunggak mestilah dipungut sama ada
melalui proses pentadbiran biasa atau melalui proses undang-undang. Pada
amnya proses kutipan secara pentadbiran biasa tidak mempunyai sekatan masa.
Selagi ada kemungkinan untuk mendapatkannya, pegawai-pegawai yang diberi
tanggungjawab hendaklah meneruskan usaha untuk memastikan individu atau
syarikat membayar apa-apa hutang atau hasil yang tertunggak. Proses
pentadbiran biasa bermaksud semua proses untuk mendapatkan hutang dengan
apa cara selain daripada tindakan sivil.
155. Pada amnya, amaun hutang atau amaun hasil yang tidak diambil tindakan
sivil dalam masa enam (6) tahun dari tarikh hutang dikehendaki dibayar akan
terhalang oleh sekatan masa di bawah Akta Had Masa 1953. Oleh itu, sebarang
amaun hutang atau hasil yang telah melebihi enam (6) tahun untuk tiada
kemungkinan boleh didapatkan boleh dikemukakan untuk pertimbangan hapus
kira.
156. Amaun hutang atau hasil yang telah dipastikan tidak boleh didapatkan
sama ada melalui proses pentadbiran atau tindakan sivil seperti individu telah
disahkan meninggal dunia, syarikat telah digulung dan Jabatan Insolvensi
Malaysia mengesahkan tiada dividen diperoleh hendaklah dilaporkan kepada
Ketua Pengarah atau Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan
menggunakan KEW.PA-36 tanpa menunggu tempoh tertentu.
161
157. Bagi memastikan proses membiarkan hasil ini dilaksanakan dengan
teratur, penilaian yang dinyatakan di dalam KEW.PA-36, Arahan
Perbendaharaan 328(b) hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan pegawai-pegawai
yang cuai menjalankan tanggungjawab untuk mengutip apa-apa hutang atau
hasil boleh dikenakan tindakan surcaj di bawah seksyen 18(a) Akta Tatacara
Kewangan 1957 (semakan 1972).
158. Semua permohonan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah melalui
Perwakilan Kuasa P.U. (B) 436, satu salinan KEW.PA-36 berserta syor tindakan
kepada pegawai yang cuai perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan melalui
Kementerian untuk tindakan lanjut. Bagi permohonan yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah dan tiada syor tindakan lanjut dikenakan kepada Pegawai/
Kakitangan RISDA, KEW.PA-36 tidak perlu dikemukakan kepada
Perbendaharaan.
159. Apa-apa amaun hasil atau hutang yang telah diluluskan hapus kira oleh
Ketua Pengarah hendaklah melaporkan kepada Perbendaharaan melalui
Kementerian menggunakan format LH 1000 seperti di LAMPIRAN 51, APPENDIX, TATACARA PENGURUSAN ASET RISDA dua (2) kali setahun
iaitu pada 30 Jun dan 31 Disember.
160. Tindakan selepas kelulusan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
(i) Kelulusan hapus kira yang tidak memerlukan pelarasan Vot Hutang
Lapuk hendaklah dicatatkan di dalam rekod kewangan berkenaan.
(ii) Pelarasan kepada Vot Hutang Lapuk hendaklah dibuat dengan
segera di dalam tahun kewangan semasa.
162
(iii) Amaun hapus kira yang diluluskan di peringkat Ketua Pengarah
dan Perbendaharaan hendaklah dilaporkan di dalam Laporan
Akaun Belum Diterima selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 3 Tahun 2008.
(iv) Syor surcaj hendaklah dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib RISDA
dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan hapus kira.
(v) Maklumkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib RISDA ke atas
syor surcaj kepada Perbendaharaan melalui Kementerian dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat keputusan
Jawatankuasa Tatatertib RISDA.
Hapus Kira Kehilangan Buku Resit, Lesen, Kupon Atau Buku Yang Seumpamanya
161. Kehilangan dokumen atau buku yang mempunyai nombor siri yang
digunakan untuk merekodkan atau mengesahkan kutipan hasil atau lain-lain
seperti buku resit, buku kupon, lesen atau buku-buku yang seumpamanya, sama
ada kesemuanya atau sebahagian yang direkodkan telah dikeluarkan daripada
stor dan telah digunakan untuk merekodkan hasil atau lain-lain adalah
merupakan satu kehilangan yang perlu dikendalikan sepertimana dinyatakan di
Para 144 bab ini.
162. Bagi kehilangan buku resit, buku kupon, lesen atau buku-buku
seumpamanya (yang mempunyai nombor siri) yang belum digunakan tetapi telah
dikeluarkan daripada stor untuk kegunaan pegawai dan telah dipastikan bahawa
tiada kutipan hasil atau lain-lain pernah dibuat, kehilangan berkenaan hendaklah
diuruskan seperti di Para 163 bab ini.
163
163. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mengeluarkan notis
pemberitahuan melalui iklan dalam satu surat khabar harian utama berbahasa
Melayu bagi menyenaraikan kesemua nombor resit atau kupon atau lesen atau
buku seumpamanya (yang mempunyai nombor siri) yang hilang.
164. Bagi kehilangan dokumen atau buku yang dikawal ianya tidak perlu
dikendalikan melalui proses hapus kira tetapi memadai dikeluarkan notis di
papan kenyataan atau dipamerkan di dalam laman web RISDA nombor siri buku
atau dokumen yang hilang.
165. Kehilangan buku resit, lesen atau buku seumpamanya yang masih berada
di dalam stor hendaklah dikendalikan sebagaimana tatacara pengendalian stor.
CARTA ALIRAN DAN PROSES KERJA HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA
166. Carta aliran dan proses kerja hapus kira wang awam RISDA adalah
seperti di Jadual 7 dan Jadual 8.
164
JADUAL 7 CARTA ALIRAN HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA
(Disebabkan Oleh Kecurian/ Penipuan/ Penyelewengan dan Kecuaian Pegawai)
1
2
9
8
Lapor kehilangan serta merta kepada Ketua PT
Ketua PT lapor segera kepada Polis dalam masa 24 jam
Buat pelarasan Akaun Pendahuluan Diri bagi menggantikan wang yang hilang
KP lantik Jawatankuasa Penyiasat (KEW.PA-34)
Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan
J/K Penyiasat sedia KEW.PA-35 dan kemuka kepada Urus Setia
Urus Setia semak KEW.PA-35
Lengkap
11 Urus Setia kemuka KEW.PA-35 kepada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira untuk ulasan
13
J/K Kehilangan dan Hapus Kira teliti KEW.PA-35
10a Kembali kepada J/K Penyiasat
J/K Kehilangan dan Hapus Kira beri ulasan
Tidak 10
Urus Setia terima dan semak KEW.PA-33 5
Lengkap?
Tidak
6 Urus Setia uruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat
7
4
12
Berpuas hati
Tidak
A
3 Ketua PT sedia KEW.PA-33 dan kemuka kepada BKB dengan salinan kepada BIAD, BPK dan Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira
165
CARTA ALIRAN HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA (samb.)
Urus Setia kemuka KEW.PA-35 yang telah lengkap dengan ulasan J/K Kehilangan dan Hapus Kira kepada Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa RISDA.
19
18 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan
Lulus
20 Kuasa Melulus maklumkan keputusan kepada Urus Setia
21 Urus Setia maklumkan keputusan kepada Ketua PT
22 PT selaraskan semula Akaun Pendahuluan Diri dengan serta merta
23
Tidak
14
A
TAMAT
PT maklumkan perlaksanan pelarasan akaun kepada BKB dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan hapus kira.
Urus Setia kemuka KEW.PA-35 yang telah lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa kepada Kuasa Melulus.
16
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa teliti KEW.PA-35
Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa beri syor dan perakuan
15
Berpuas hati
Tidak
17
166
PROSES KERJA HAPUS KIRA WANG AWAM RISDA (Disebabkan Oleh Kecurian/ Penipuan/ Penyelewengan dan Kecuaian Pegawai)
LANGKAH PROSES KERJA 1 Pegawai melaporkan kehilangan dengan serta merta kepada Ketua PT 2 Ketua PT/ pegawai berkenaan melaporkan segera kehilangan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari
waktu kehilangan diketahui. 3 Ketua PT sediakan Laporan Awal KEW.PA-33 dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh kehilangan dan
kemukakan kepada Ketua Pengarah dan BKB serta salinan kepada Pengarah BIAD, Unit Pengurusan Harta, BPK (bagi tujuan tuntutan insuran) dan Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira, berserta dengan salinan Laporan Polis.
4 KPT buat pelarasan akaun pendahuluan diri bagi menggantikan wang yang hilang. 5 BKB/ Urus Setia terima dan semak KEW.PA-33
a) jika lengkap, terus ke Proses 6 b) jika tidak, kembalikan kepada PT untuk pembetulan atau untuk dilengkapkan
6 Urus Setia uruskan perlantikan Jawatankuasa Penyiasat 7 Ketua Pengarah melantik Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-34. 8 Jawatankuasa Penyiasat menjalankan siasatan. 9 Jawatankuasa Penyiasat menyedia dan mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-35 kepada Urus
Setia/ KP dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh perlantikan. 10 Urus Setia menyemak Laporan Akhir KEW.PA-35
a) Jika tidak lengkap, kembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat b) Jika lengkap, terus ke Proses 11.
11 Kemukakan Laporan Akhir yang lengkap kepada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira untuk mendapatkan ulasan.
12 Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira meneliti Laporan Akhir: a) Jika berpuas hati, terus ke Proses 13 b) Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus Setia untuk dikembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat sedia ada atau lantikan baru.
13 Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira beri ulasan. 14 Urus Setia kemuka KEW.PA-35 yang telah lengkap dengan ulasan Jawatankuasa Kehilangan dan
Hapus Kira kepada Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa RISDA untuk perakuan. 15 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa RISDA meneliti Laporan Akhir:
a) Jika berpuas hati, terus ke Proses 16 b) Jika tidak berpuas hati, kembalikan kepada Urus Setia untuk dikembalikan kepada Jawatankuasa Penyiasat sedia ada atau lantikan baru.
16 Lembaga Pelupusan dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa RISDA beri syor dan perakuan 17 Urus Setia kemuka KEW.PA-35 yang telah lengkap dengan syor dan perakuan Lembaga Pelupusan
dan Hapus Kira/ Pihak Berkuasa RISDA kepada Kuasa Melulus. 18 Kuasa Melulus membuat pertimbangan dan keputusan. 19 Jika mendapat kelulusan daripada Kuasa Melulus, terus ke proses 17. Jika tidak, kembalikan kepada
Urus Setia. 20 Kuasa Melulus memaklumkan keputusan kepada Urus Setia. 21 Urus Setia memaklumkan kelulusan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab yang memohon Hapus Kira 22 Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah membuat pelarasan akaun pendahuluan diri dengan serta
merta dalam tahun kewangan. 23 Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah memaklumkan perlaksanaan pelarasan akaun kepada BKB
dan salinan kepada Urus Setia dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan hapus kira.
JADUAL 8
APPENDIX