40
1 1.0 PENGENALAN Pendidikan pemulihan merupakan satu tunjang pendidikan yang penting dalam membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran 3M. Dipetik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia,Jabatan Pendidikan Khas (1999) dalam Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa ”berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas pembacaan”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingya peranan pendidikan pemulihan dalam membantu murid-murid yang tercicir dalam arus pendidikan pada masa kini. Menurut Sharifah (1979) Pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Oleh sebab itu, guru haruslah bersifat terbuka dan lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara menggariskan bahawa pendidikan berperanan untuk melahirkan

PENULISAN PROPOSAL

Embed Size (px)

Citation preview

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan pemulihan merupakan satu tunjang pendidikan yang

penting dalam membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan

kemahiran 3M. Dipetik daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas (1999) dalam Buku Panduan

Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan

bahawa ”berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara

sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid

sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M

khususnya kemahiran asas pembacaan” . Hal ini jelas menunjukkan

bahawa pentingya peranan pendidikan pemulihan dalam membantu

murid-murid yang tercicir dalam arus pendidikan pada masa kini.

Menurut Sharifah (1979) Pengajaran pemulihan ialah pengajaran

melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang

terlalu lemah.

Oleh sebab itu, guru haruslah bersifat terbuka dan lebih

kreatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

menggariskan bahawa pendidikan berperanan untuk melahirkan

2

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penyampaian pengajaran yang kreatif daripada guru merupakan

aspek mandatori yang wajib dikuasai oleh semua guru-guru agar

murid dapat merasai pelbagai aneka pengajaran yang menyeronokkan

di dalam mahupun di luar kelas. Suasana pembelajaran juga sangat

mempengaruhi faktor belajar murid di dalam kelas. Isu ini akan

berlanjutan sekiranya guru tidak mengambil inisiatif dalam

memperbaiki mutu dan kualiti pengajaran di dalam kelas. Hal

seperti inilah yang menyebabkan masih terdapat murid yang tidak

dapat menguasai kemahiran asas 3M biarpun banyak program

pendidikan telah dilaksanakan. Dale (1969) , menyatakan bahawa

pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu

dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.

Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling

berkesan dalam pembelajaran.

Menyedari akan kepentingan unsur kreativiti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ini, penyelidik telah menjadikan

unsur bahan media 3 dimensi sebagai unsur ransangan dalam

3

penyampaian ilmu. Penyelidik mengaplikasikan kaedah kad “pop up”

dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca KV+KV. Kaedah

kad “pop up” ini merupakan teknik menggunakan ransangan bahan 3

dimensi untuk meningkatkan keupayaan membaca suku kata KV+KV.

Teknik ini mengandungi unsur media sebagai medium penyampaian

ilmu yang lebih menarik dan kreatif. Unsur media yang kreatif

akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna kepada belajar

khususnya pada pelajar-pelajar yang masih lemah dalam penguasaan

kemahiran 3M.

Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) , penggunaan bahan

bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran

asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat

mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk

mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia. Hal ini bermakna guru

perlulah bertindak kearah proaktif dalam meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan pengajaran yang

lebih berpusatkan murid dan bahan. Pengajaran guru tidaklah

seharusnya berfokuskan kepada aktiviti kognitif sahaja tetapi ia

haruslah juga tertumpu pada fokus-fokus yang lain. Keseluruhan

4

aspek ini tidak kurang pentingnya dalam menjana individu murid

yang seimbang dan menyeluruh.

Cadangan aplikasi kaedah kad “pop up” ini telah disesuaikan

dengan masalah murid yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran

membaca suku kata KV+KV. Oleh sebab itu, pengkaji akan

menjalankan kaedah ini sebagai intervensi dalam meningkatkan

kemahiran membaca suku kata KV+KV dan hal ini disokong oleh

Munirah dan Pajuzi (2010) yang menyatakan bahawa seorang murid

akan lebih memahami dan mengingati isi pelajaran melalui bahan

sokongan . Justeru, penggunaan bahan sokongan seperti kad “pop

up” ini akan membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca

suku kata KV+KV dengan lebih baik.

Kesimpulannya, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik

pengajaran ini dapat memberikan impak yang positif serta

menyeronokkan dalam pengalaman pembelajaran murid-murid.

Sehubungan dengan itu, hasil pemerhatian daripada praktikum fasa

1 dan fasa 2, penyelidik telah dapat mengenalpasti aspek masalah

murid dan menjadikannya sebagai landasan dalam penyelidikan pada

5

praktikum fasa 3.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Bersandarkan daripada pengalaman semasa praktikum fasa 1 dan

2, saya telah mengenalpasti suatu masalah yang sering dihadapi

oleh segelintir murid pemulihan. Masalah yang dihadapi oleh

murid ialah masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata

KV+KV. Daripada pemerhatian lalu, murid tidak dapat mengeja dan

membunyikan dengan betul perkataan KV+KV ini seperti perkataan

buku,bata,laci dan lain-lain lagi. Hal ini menyebabkan murid

yang belum menguasai kemahiran ini akan sukar untuk membaca buku,

soalan peperiksaan,arahan dan lain-lain lagi yang akan

mengakibatkan rekod prestasi mereka merosot.

Saya seterusnya melakukan temu bual bersama beberapa orang

murid pemulihan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai

kemahiran ini. Terdapat beberapa orang murid pemulihan

memberikan respon bahawa membaca suku kata KV+KV adalah sangat

sukar bagi mereka. Sebagai tindakan susulan, saya telah

menjalankan satu pemerhatian tidak langsung terhadap sesi

6

pengajaran guru di kelas pemulihan bagi kemahiran membaca suku

kata KV+KV. Daripada hasil pemerhatian, didapati guru

menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah chalk and talk.

Daripada pemerhatian tersebut, didapati murid kurang memberi

perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak menunjukkan minat

mereka. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa penyampaian

pengajaran guru di kelas tidak berjaya menarik perhatian murid-

murid yang menyebabkan murid berasa bosan dan tidak bersemangat

untuk mengikuti sesi PdP di kelas. Murid berkelakuan sambil lewa

dan tidak memberikan perhatian kepada guru yang mengajar di

hadapan kelas. Oleh sebab itu, pada akhir PdP, terdapat

segelintir murid yang tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang

diedarkan oleh guru. Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul

Rashid (2007) menyatakan bahawa kaedah pengajaran semata-mata

belum tentu dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti.

Justeru itu, saya merasakan bahawa kaedah konvensional yang

digunakan oleh guru dalam penyampaian PdP adalah kurang sesuai

digunakan pada murid-murid pemulihan.

Menyedari akan isu ini, saya akan menjalankan satu kajian yang

7

akan membantu murid menguasai masalah dalam penguasaan topik ini

secara khusus. Saya akan menhubungkaitkan pelbagai elemen

pengajaran yang kreatif, mudah dan berkesan dalam membantu murid

pemulihan menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan

lebih baik. Kesemua aspek ini telah membantu penyelidik dalam

menghasilkan satu kaedah alternatif yang lebih berkesan kepada

murid-murid.

Di samping itu, berdasarkan refleksi yang lalu, penyampaian

set induksi yang berkesan juga dapat membantu menarik minat murid

dalam mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru

seharusnya tidak mengambil mudah kepentingan penyampaian set

induksi kerana melalui set induksi, murid sendiri dapat menilai

sejauh mana kualiti pengajaran guru di dalam kelas. Penyampaian

set induksi yang terlalu cepat dan secara terus menerus akan

menyebabkan murid tidak bersemangat mengikuti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Permulaan pengajaran dan

pembelajaran juga boleh diselitkan unsur-unsur humor yang

membantu meningkatkan repo antara murid-guru dan hasilnya murid

akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru. Menurut Abdul

8

Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007) menyatakan

penggunaan humor dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

memperbaiki suasana di dalam bilik darjah. Ini menjadikan

pembelajaran lebih menyeronokkan serta menarik perhatian

pelajar. Ringkasnya, unsur humor di dalam bilik darjah juga

merupakan satu nilai tambah yang boleh diterapkan di dalam

penyampaian pengajaran terutamanya di dalam set induksi.

Kesimpulannya, hasil daripada refleksi pengalaman praktikum

yang lalu, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa guru

merupakan tunjang utama dalam memacu kadar peningkatan proses

pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di dalam kelas.

Pelbagai aspek perlulah diambil kira dan dirancang oleh guru

sebelum memulakan proses PdP di dalam bilik darjah. Menurut N.S.

Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran

dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan

pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah

tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain.

Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada

bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap

9

pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan serta waktu mengajar.

Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek

pedagogi di kalangan golongan guru pastinya akan dapat membantu

mereka dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang

dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang

telah digariskan.

1.3 Refleksi nilai pendidikan

Sebagai seorang bakal guru, kemahiran penyampaian pengajaran

ataupun kemahiran pedagogi merupakan aspek teras yang perlu

dikuasai secara kreatif dan inovatif. Guru digesa untuk

melaksanakan dan menjalankan pelbagai inovasi yang khususnya

dapat membantu kecemerlangan murid-murid. Hal ini disokong oleh

Farhanah (2011) yang menyatakan sistem pendidikan kini menggesa

kaum guru menyelitkan unsur kreativiti dalam penyampaian ilmu.

Antara unsur kreativiti yang boleh diterapkan oleh guru dalam

penyampaian pengajaran ialah dengan menggunakan bahan bantu yang

10

sesuai dan dapat memacu kadar perkembangan kognitif murid

terutamanya bagi murid-murid pemulihan. Perubahan ini sangat

penting kerana pendidikan sebelum ini tidak begitu memfokuskan

penggunaan bahan bantu sebagai agenda utama dalam penyampaian

pengajaran dan pembelajaran. Malahan, aspek pendidikan kita

sebelum ini lebih bercorakkan pembelajaran berpusatkan guru

semata-mata. Oleh itu, perubahan dan penambahbaikan telah

dilaksanakan dalam nilai pengajaran guru yang lebih berpusatkan

murid dan juga bahan. Hal ini disokong oleh pernyataan Mann

(1970), menyatakan bahawa guru yang efektif dapat mengukuhkan

ingatan pelajarnya terhadap sesuatu topik menerusi bahan yang

menarik dan kepelbagaian kaedah pengajaran yang dinamik. Merujuk

kepada pernyataan tersebut, jelaslah membuktikan bahawa

penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai adalah aspek teras

dalam membentuk pemikiran murid yang lebih terbuka dan tidak

tertumpu pada satu fokus sahaja. Guru yang baik adalah individu

guru yang mempunyai kemahiran untuk mengaitkan pembelajaran

dengan pengalaman bermakna murid dalam membentuk nilai kognitif

yang konkrit dalam individu murid itu sendiri.

11

Sehubungan dengan itu, merujuk kepada isu dan permasalahan di

dalam pengalaman praktikum yang lalu, saya telah memilih untuk

mengintegrasikan unsur-unsur kreativiti di dalam proses

pengajaran dengan penggunaan kaedah kad “pop up”. “Pop” dalam

kamus dewan bermaksud tindakan menarik atau mengeluarkan data

yang disimpan pada kedudukan atas tindan atur cara. Oleh itu, kad

“pop up” membawa maksud satu kaedah mengeluarkan data daripada

keadaan yang tersembunyi secara menaik. Menurut Mok (2008)

pengalaman optimum belajar murid merangkumi tiga kriteria

penting iaitu pembelajaran melalui pengalaman langsung,

penglibatan secara aktif dan kebebasan belajar berdasarkan gaya

belajar, berfikir dan minat murid. Kriteria-kriteria ini

terkandung di dalam bahan bantu kad “pop up” itu sendiri di mana

hasil pengalaman langsung pembelajaran dan juga penglibatan

murid secara aktif secara langsung dapat diterapkan dengan

berkesan. Di samping itu, Menurut Silberman (2009), pembelajaran

memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri.

Penglibatan mental ini adalah penglibatan murid secara aktif

bukan sahaja melalui soalan guru kepada murid, malah ia

merangkumi daripada aspek perbuatan dan penglibatan di dalam

12

aktiviti yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Dalam masa

yang sama, peranan penyampaian pengajaran guru sangat penting

untuk meraih penglibatan murid yang positif di dalam bilik

darjah.

Hal ini kerana, guru perlulah menggunakan sepenuhnya

pembelajaran berpusatkan murid dan bahan untuk membantu murid

menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Tambahan lagi,

menurut Ee (1997) menyatakan bahawa keseronokan dan kepuasan

dalam pengalaman akan merangsang murid untuk berusaha ke arah

pencapaian yang lebih tinggi. Hal ini membuktikan bahawa

penggunaan kad “pop up” ini secara langsung dapat memberikan

pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid dan

mampu mendorong murid dalam mencapai kemahiran pembelajaran yang

lebih tinggi.

Kesimpulannya, minat merupakan elemen yang sangat penting

dalam proses PdP .Oleh itu, minat mendorong murid untuk lebih

bermotivasi dalam melibatkan diri dalam aktivti pembelajaran dan

guru haruslah mampu membina satu langkah pengajaran yang dapat

13

memupuk minat murid secara langsung dan bukannya hanya dengan

berbekalkan strategi chalk and talk dalam penyampaian pengajaran di

kelas.

2.0 FOKUS PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan

Fokus penyelidikan yang dipilih oleh pengkaji adalah

berlandaskan isu dan masalah yang dihadapi oleh murid

berdasarkan pengalaman praktikum yang lalu. Pelbagai aspek telah

dikenalpasti daripada dapatan maklumat serta pemerhatian yang

dijalankan secara langsung mahupun tidak langsung. Fokus

penyelidikan ini perlulah dinyatakan dengan jelas dan secara

terus agar memudahkan pengkaji membuat perancangan intervensi

serta tindakan susulan yang berkaitan dengan isu permasalahan

yang dihadapi oleh murid.

Sehubungan dengan aspek berikut, penyelidik telah

memfokuskan fokus penyelidikan terhadap peningkatan kemahiran

membaca suku kata KV+KV dengan menggunakan kaedah kad “pop up”.

Di dalam kajian ini, penyelidik akan memfokuskan bagaimana

14

penggunaan kaedah kad “pop up” ini mampu membantu murid pemulihan

secara khusunya meningkatkan kemahiran penguasaan membaca suku

kata KV+KV.

2.2 Isu dan Pernyataan Masalah Penyelidikan

Kaedah pengajaran konvensional seperti kaedah chalk and talk

telah dibuktikan kurang sesuai dalam membina pemahaman kognitif

murid yang kukuh terutamanya dalam kalangan murid pemulihan. Hal

ini kerana maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid akan

hanya berada di memori jangka pendek pelajar. Masalah yang

dihadapi oleh penyelidik ialah terdapat sebilangan kecil murid

pemulihan yang masih belum boleh menguasai kemahiran membaca

suku kata KV+KV. Di samping itu, murid juga kurang menunjukkan

minat dalam topik ini. Oleh sebab itu, penyelidik cuba melakukan

intervensi yang sesuai kerana hal ini tidak seharusnya dipandang

ringan oleh semua guru. Jika isu ini berlanjutan, berkemungkinan

15

besar murid akan terus tercicir dalam aliran pendidikan di

sekolah kerana tidak mampu membaca arahan soalan dan juga tidak

mampu mengutarakan pendapat dengan sempurna. Menurut Tang

(2005), strategi dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk

membantu kita mengingat maklumat yang banyak dan mengurangkan

lupaan.

Lantaran daripada isu tersebut, penyelidik akan menggunakan

dan mengaplikasikan kaedah kad “pop up” dalam mengatasi masalah

murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata

KV+KV. Tambahan pula, menurut Shahabudin, Mahani dan Ramlah

(2003) menyatakan pelajar biasanya menunjukkan prestasi

pencapaian yang tinggi dalam subjek yang mereka minati sebab

mereka dapat mengingati faktanya dengan lebih baik dan penahanan

maklumat tentang fakta itu juga lebih lama. Oleh sebab itu,

pengkaji juga mengaitkan unsur bahan bantu yang boleh menarik

minat murid secara langsung dalam pembelajaran kerana murid akan

lebih faham jika memberi tumpuan pada pengajaran guru yang

kreatif dan inovatif. Lantaran itu, kajian ini berfokuskan

kepada penggunaan kad “pop up” dalam membantu memperbaiki nilai

16

pengajaran guru dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca

suku kata KV+KV.

2.3 Tinjauan Literatur Masa Lalu

Penyelidikan terhadap penggunaan bahan bantu yang berasaskan

3 dimensi telah banyak dijalankan oleh para penyelidik.

Berdasarkan daripada tinjauan literatur yang dilakukan,

penyelidik mendapati bahawa bahan bantu mengajar yang berasaskan

media 3 dimensi ini mampu membantu murid untuk mengenal, memahami

dan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sesuatu konsep

pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Mohd. Azhar dan Othman (2006), mencadangkan agar para

pendidik pada peringkat prasekolah menekankan pengetahuan dan

aplikasi kreativiti dalam pelbagai aspek pengajaran dan

pembelajaran. Sehubungan dengan hujah tersebut, guru adalah

prospek yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan

potensi kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Hal ini dapat

dilaksanakan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang

pelbagai serta berfungsi untuk menarik minat pelajar di samping

17

menyampaikan ilmu baharu kepada murid itu sendiri. Hal ini akan

dapat menyuburkan budaya kreativiti dan penguasaan unsur

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kognitif murid.

Tambahan lagi, menurut Christoper Wu Lei Wang (2012)

menyatakan penggunaan visual adalah merupakan salah satu

strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan

proses pembelajaran . Penggunaan visual ini merangkumi pelbagai

aspek visual yang bergerak mahupun tidak bergerak. Peningkatan

proses PdP boleh ditingkatkan melalui teknik visual kerana murid

lebih dapat memahami proses pemahaman sesuatu konsep dengan

lebih baik. Di samping itu, penggunaan visual ini juga boleh

dikaitkan dengan konsep 3 dimensi di mana menurut Poh (2000)

menyatakan bahawa alat bantu mengajar 3D ataupun Media Tiga

Dimensi merupakan alat sebenar atau perwakilannya . Konsep

integrasi visual 3 dimensi ini sangat penting dalam membantu

murid dalam penguasaan kemahiran pembelajaran di samping memupuk

minat belajar dan berfikir dalam kalangan murid itu sendiri. Oleh

sebab itu, penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah

kad “pop up” yang menghubungkaitkan elemen visual dan juga 3

18

dimensi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku

kata KV+KV.

Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor (2012) menyatakan

bahawa buku “pop up” adalah buku yang melibatkan pergerakan dan

interaksi melalui penggunaan kertas yang mempunyai mekanisme

seperti lipatan, gulungan, luncuran dan berpusing. Hal ini

membuktikan bahawa penggunaan kad mahupun buku “pop up ini adalah

bahan bantu mengajar yang mempunyai pelbagai mekanisme khusus

untuk mengukuhkan pemahaman murid dalam sesuatu konsep

pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui daripada mekanisme

seperti ini, sesuatu penyampaian pengajaran akan menjadi lebih

bermakna kepada murid-murid di samping menarik minat mereka

untuk mengikuti pengajaran guru di dalam kelas. Tambahan pula,

menurut Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor (2012) menyatakan

bahawa buku bergerak (movable books) ini mempunyai pelbagai

kejutan. Hal ini menjelaskan bahawa penggunaan kad “pop up” ini

secara tidak langsung memberikan elemen kejutan kepada murid-

murid kerana murid lebih cenderung untuk meneroka perkara-

perkara baharu di dalam pembelajaran mereka. Oleh sebab itu,

19

penggunaan kad “pop up” ini dapat memacu nilai inkuiri penemuan

dalam kalangan individu murid itu sendiri.

Penyelidikan Syafiqa dan Hisham (2013) yang bertajuk

“Penggunaan Buku Nombor 3D Dalam meningkatkan kemahiran menulis

nombor bulat murid slow learner”. Penyelidikan ini memfokuskan

aspek membantu meningkatkan kemahiran murid slow learner ini dalam

menulis nombor bulat 0-9 dan juga memperbaiki kekemasan dalam

menulis nombor. Hasil daripada penyelidikan ini, setelah murid

menggunakan Buku Nombor 3D ini , mereka dapat menulis nombor dengan

baik dan sama-sama dapat mengikuti PdP yang diajar oleh penyelidik

bersama rakan-rakan mereka yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan oleh penyelidik , dapat diperhatikan skor tingkah laku

responden mengalami peratusan penurunan yang tinggi selepas

penggunaan Buku Nombor 3D. Merujuk kepada penyelidikan tersebut,

h al ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik

di mana penggunaan kad “pop up” ini dapat membantu murid dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan

elemen-elemen yang mampu menarik minat murid.

20

Keberkesanan kaedah “pop up” dalam pembelajaran juga

dibuktikan melalui penyelidikan Nor Nashirah dan Li Funn Phung

(2013). Dapatan kajian daripada penyelidikan ini mendapati

bahawa penggunaan realiti tambahan buku “pop up” mampu untuk

meningkatkan motivasi mempelajari Bahasa Inggeris dalam

kalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan. Dalam kajian

ini, penggunaan realiti tambahan buku “pop up” ini mampu membawa

pelajar ke arah pemikiran yang lebih terbuka berlandaskan

persekitaran sekeliling mereka. Tambahan pula, dengan

penggunaan grafik serta animasi-animasi bergerak, pengalaman

pembelajaran yang bermakna dapat dipupuk dalam kalangan pelajar

sekolah rendah. Secara kesimpulannya, dalam penyelidikan ini,

membuktikan bahawa penggunaan kaedah realiti tambahan buku “pop

up” ini dapat motivasi melalui perhatian di dalam kelas,

keyakinan dan juga kepuasan daripada proses PdP di dalam bilik

darjah.

Penggunaan kaedah “pop up” ini juga terbukti berkesan dalam

meransang pelajar dalam menguasai sesuatu konsep pembelajaran.

Hal ini dibuktikan melalui penyelidikan daripada indonesia iaitu

21

Chabibbah (2014) dalam penyelidikan beliau yang bertajuk “buku

pop up alfabet untuk siswa taman kanak-kanak.” Hasil

penyelidikan beliau mendapati bahawa dengan penerapan

penggunaan buku “pop up” alfabet ini menjadikan pelajar lebih

mudah memahami isi pembelajaran dan membantu guru menyampaikan

isi pengajaran yang lebih teratur dan tersusun kepada murid.

Murid dapat menguasai abjad dengan lebih mudah kerana guru

menggunakan pelbagai animasi yang merangkumi contoh-contoh yang

sesuai bagi setiap abjad. Tambahan lagi, minat murid semakin

meningkat dan murid lebih seronok mempelajari setiap abjad.

Lantaran itu, penggunaan buku “pop up’” ini terbukti dapat

memberikan ransangan positif kepada perkembangan dan minat murid

itu sendiri.

Hal ini dikukuhkan lagi melalui satu penyelidikan oleh Aulia,

Nurrina dan Roh Dinia (2014) dalam penyelidikan mereka yang

bertajuk “Fun Story Pop Up.” dalam pengajaraan penceritaan

bertemakan pendekatan tematik. Penyelidik mensasarkan bahawa

penyelidikan ini dijadikan salah satu alternatif pengajaran yang

dapat membentuk sahsia dan emosi murid dalam penyampaian nilai-

22

nilai murni melalui penceritaan berdasarkan teknik tematik.

Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa murid berfikir

pada tahap enaktif. Hal ini menyebabkan penyelidik telah

memasukkan elemen bahan maujud dan konkrit dalam meningkatkan

pembelajaran murid secara aktif dalam situasi yang nyata. Kaedah

“ fun story pop up” ini digunakan khusus untuk mengembangkan potensi

pembelajaran aktif murid di dalam bilik darjah. Pengajaran

melalui teknik tematik melalui penceritaan ini juga dapat

membangunkan karekter murid yang positif dari pelbagai aspek

seperti sahsiah, emosi dan kognitif. Di samping itu, ia juga

dapat memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

guru di dalam kelas.

23

Jadual 2.1 : Ringkasan Penyelidikan-penyelidikan lepas

berkaitan penggunaan teknik “pop up” dalam penyelidik.

BIL

.

PENYELIDIK BAHAN HASIL PENYELIDIKAN

1. Syafiqa dan

Hisham

(2013)

Penggunaan Buku

Nombor 3D Dalam

meningkatkan

kemahiran

menulis nombor

bulat murid slow

learner.

Meningkatkan kemahiran

murid slow learner dalam

menulis nombor bulat 0-9

dan juga memperbaiki

kekemasan dalam menulis

nombor

2.. Nur Nashirah

& Li Funn

Phung (2013)

Penggunaan

realiti tambahan

buku “pop up”

mampu untuk

meningkatkan

motivasi

mempelajari

Meningkatkan motivasi

melalui perhatian di

dalam kelas, keyakinan

dan juga kepuasan

daripada proses PdP di

dalam bilik darjah. Murid

dapat menguasai bahasa

24

Bahasa Inggeris

dalam kalangan

pelajar sekolah

rendah jenis

kebangsaan.

Inggeris dengan lebih

baik.

3. Chabibbah

(2014)

Buku pop up

alfabet untuk

siswa taman

kanak-kanak.

Membantu murid dalam

penguasaan kemahiran

mengenal abjad dan

meningkatkan minat murid

terhadap pengajaran

guru.4. Aulia,

Nurrina dan

Roh Dinia

(2014)

Fun Story Pop Up

dalam

pengajaraan

penceritaan

bertemakan

pendekatan

tematik

Mengembangkan potensi

pembelajaran aktif murid

di dalam bilik darjah. Di

samping ia dapat

membangunkan karekter

murid yang positif dari

pelbagai aspek seperti

sahsiah, emosi dan

kognitif.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN

Bahagian ini merangkumi tiga komponen penting dalam

penyelidikan. Antara komponen yang terdapat dalam penyelidikan

25

ialah tujuan penyelidikan, objektif penyelidikan dan juga

persoalan penyelidikan.

3.1 Tujuan penyelidikan

Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan

penguasaan membaca suku kata KV+KV menggunakan kaedah kad “pop

up”.

3.2 Objektif penyelidikan

Berdasarkan tujuan penyelidikan secara khusus, objektif

penyelidikan adalah untuk ;

i. Mengenal pasti tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2

dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV.

ii. Membantu meningkatkan penguasaan membaca suku kata KV+KV

murid pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah kad “Pop-

up”.

iii. Mengkaji keberkesanan tahap penguasaan membaca suku

kata KV+KV murid pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah

kad "Pop-up".

26

3.3 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif penyelidikan di atas, persoalan

penyelidikan adalah;

i. Apakah tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam

kemahiran membaca suku kata KV+KV?

ii. Adakah keupayaan murid pemulihan tahun 2 dalam penguasaan

membaca suku kata KV+KV dapat ditingkatkan melalui penggunaan

kad “Pop-up”?

iii. Adakah keberkesanan tahap penguasaan membaca suku kata

KV+KV murid pemulihan tahun 2 dapat ditingkatkan dengan

menggunakan kaedah kad "Pop-up"?

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan mengenai kumpulan sasaran , reka

bentuk penyelidikan, pelan tindakan dan perlaksanaan tindakan

serta kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis data.

4.2 Kumpulan Sasaran

27

Dalam penyelidikan yang dijalankan, kumpulan sasaran yang sesuai

adalah terdiri daripada 2 orang murid Pemulihan Sekolah Rendah di

sebuah sekolah di daerah Tawau sebagai responden. Pemilihan

responden ini adalah berdasarkan masalah yang dapat dikenalpasti

daripada pemerhatian dan kolaborasi di antara penyeildik dengan

guru pemulihan. Masalah yang dapat dikenalpasti ialah lemah

penguasaan dalam membaca suku kata KV+KV. Penyelidik telah

membuat satu konklusi daripada pengalaman praktikum fasa 1 dan

fasa 2 sebelum ini dan menjadikannya sebagai landasan untuk

mengenal pasti sasaran kajian pada praktikum fasa 3.

Pemilihan kumpulan sasaran adalah dengan menggunakan teknik

purposive sampling (persampelan bertujuan) untuk menentukan

kumpulan yang sesuai. Menurut Menurut Robson (1998) sampel

bertujuan membenarkan penyelidik untuk mengenalpasti keperluan

utama kajian yang dijalankan. Hal ini kerana kumpulan sasaran

hanya akan ditetakan berdasarkan tujuan penyelidikan dan ianya

tidak bercanggah dari aspek yang telah ditetapkan. Tambahan

28

pula, menurut Seidler (1974) Persampelan bertujuan yang lebih

realistik daripada persampelan rawak dari segi masa, tenaga dan

kos yang diperlukan dalam mencari pemberi maklumat . Oleh sebab

itu, pemilihan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini

menggunakan teknik persampelan bertujuan atas faktor-faktor

yang telah dikemukakan. Hal ini juga disokong oleh Bernard (2002)

Persampelan bertujuan apabila digunakan dengan betul adalah

lebih cekap daripada pensampelan rawak dalam keadaan bidang

praktikal.

4.3 Reka Bentuk Kajian

Prosedur penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik

adalah berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) dan Liadlaw (1992).

Model ini dipilih kerana bersesuaian dan penyelidik telah

mengenalpasti masalah dalam refleksi PdP lalu. Model ini terdiri

daripada lima peringkat dalam satu gelungan seperti dalam rajah

4.1.

29

Rajah 4.1 : Perlaksanaan Prosedur Tindakan Mengikut Model Kurt Lewin 1946 dan Liawdaw 1992

Rajah di atas menunjukkan Model Reka Bentuk Penyelidikan Kurt

Lewin 1946 dan Liawdaw 1992. Model ini terdiri daripada 5

peringkat iaitu mengenal pasti masalah, perancangan, tindakan

atau implementasi, kesan tindakan dan refleksi. Setiap peringkat

akan dibincangan dan dikaitkan dengan penyelidikan yang

MENGENAL PASTI MASALAH -Masalah murid dalam

pengajaran danpembelajaran PERANCANGAN

-Mengenalpasti pendekatan, strategi,

kaedah dan teknik iaitu penggunaan teknik kad

"Pop-up" sebagai bahanp&p

TINDAKAN ATAU IMPLEMENTASI

1. Menggunakan kaedah kad "Pop-up" dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran 2. Ujian Pencapaian Murid

3. Soal Selidik

MELIHAT KESANTINDAKAN

- Menganalisis hasil dapatan

kajian

REFLEKSI -Mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan penggunaan kaedah kad"Pop-up" dalam p&p

-Membuat cadanganpenambahbaikan

30

dijalankan.

4.3.1 Mengenalpasti Aspek Amalan

Sebelum penyelidikan dilaksanakan, penyelidik telah membuat

sesi perbincangan dengan guru pemulihan bagi kumpulan sasaran,

guru pembimbing dan pihak sekolah untuk meminta kebenaran

menjalankan penyelidikan. Penyelidik menerangkan beberapa

maklumat penting mengenai penyelidikan yang bakal dijalankan.

Setelah kebenaran diluluskan, penyelidik memilih beberapa orang

murid untuk menjalankan penyelidikan. Penyelidik juga

mengumpulkan maklumat berkenaan prestasi murid dalam kelas

tersebut.

Penyelidik seterusnya mengenalpasti isu atau masalah yang

dihadapi oleh murid. Penyelidik mendapati terdapat beberapa

orang murid pemulihan yang tidak dapat menguasai kemahiran

membaca suku kata KV+KV dengan betul.

4.3.2 Perancangan

Penyelidik seterusnya membuat perancangan dengan menentukan

teknik pengajaran yang sesuai bagi mencari jalan penyelesaian

31

terhadap masalah dan isu yang dihadapi oleh murid. Teknik yang

dipilih ialah nyanyian iaitu kaedah kad “pop-up” yang digunakan

untuk membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca

suku kata KV+KV. Data penyelidikan dihuraikan secara penulisan

deskriptif iaitu secara statistik dan huraian. Penyelidikan

menggunakan ujian (pra dan pasca) dan borang soal selidik sebagai

instrumen penyelidikan.

4.3.3 Tindakan atau Implementasi

Selepas penyelidik membuat perancangan bagi menyelesaikan

masalah yang timbul, penyelidik seterusnya mengambil tindakan

atau implementasi. Pertama sekali penyelidik mula membina kad

‘pop-up’ yang mengandungi contoh-contoh perkataan KV+KV yang

sesuai. Selepas itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran

penyelidik menggunakan kaedah konvensional iaitu kaedah ‘talk

dan chalk’ yang menjadi cara biasa yang dilakukan oleh guru.

Setelah itu, soalan ujian pra diagihkan kepada responden dan

mereka diarahkan menjawab selama 30 minit.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya,

32

intervensi dijalankan dengan mengaplikasikan kaedah kad ‘pop-

up’dalam sesi pembelajaran bagi kemahiran yang sama. Penyelidik

akan memaparkan kepada responden kad ‘pop-up’ ini dan guru

membimbing responden untuk mengeja beberapa contoh perkataan

KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ yang telah disediakan. Setelah

murid selesai mengeja kesemua perkataan KV+KV berdasarkan kad

‘pop-up’ tersebut, guru akan meminta murid untuk membaca

perkataan KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ tanpa bimbingan

daripada guru. Intervensi ini akan dilaksanakan oleh guru dalam

masa satu minggu. Selepas sesi intervensi dijalankan, penyelidik

melakukan ujian pasca kepada responden. Kemudian, guru akan

menandakan senarai semak bagi menilai tahap penguasaan murid

dalam kemahiran membaca suku kata KV+KV. Selepas itu, guru akan

mengadakan sesi temu bual separa berstruktur bersama responden

untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah kad ‘pop-up’

dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

4.3.4 Kesan Tindakan

Selepas seminggu pelaksanakan kaedah kad ‘pop-up’ dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, penyelidik akan menggunakan ujian

33

(pasca) dan borang soal selidik diberi kepada responden. Melalui

kedua-dua instrumen di atas, data dianalisis secara deskriptif

bagi melihat sejauh mana keberkesanan kaedah kad ‘pop-up’ dalam

proses pembelajaran murid.

Jadual 4.1 : Objektif, Persoalan dan Instrumen Penyelidikan

Objektif Persoalan Instrumen Catatan Mengenal pasti

penguasaan murid

pemulihan tahun 2 dalam

kemahiran membaca suku

kata KV+KV

Apakah tahap penguasaan

muridpemulihan

tahun 2 dalam kemahiran

membaca suku kata KV+KV?

-UjianDiagnostik

Ujian diagnostik

diberikan kepada

responden bagi mengetahui

tahap penguasaan

murid pemulihan

dalam kemahiran

membaca suku kata KV+KV.

Membantu meningkatkan

penguasaan membaca suku

kata KV+KV murid

pemulihan tahun 2 dengan

menggunakan

Adakah keupayaan

murid pemulihan

tahun 2 dalam penguasaan

membaca suku kata KV+KV

dapat

-Ujian Pra

-Senarai semak

Ujian Pra diberikan

kepada murid dalam

penggunaan teknik

konvensional.

Senarai semak

34

kaedah kad“Pop-up”.

ditingkatkan melalui

penggunaan kad“Pop-up”?

akan ditanda oleh guru bagi

menilai tahap penguasaan

murid. Mengkaji

keberkesanan tahap

penguasaan membaca suku

kata KV+KV murid

pemulihan tahun 2 dengan

menggunakan kaedah kad

"Pop-up".

Adakah keberkesanan

tahap penguasaan

membaca suku kata KV+KV

murid pemulihan

tahun 2 dapat ditingkatkan

dengan menggunakan

kaedah kad"Pop-up"?

-Ujian Pasca

-Temu Bual Separa

Berstruktur

Ujian Pasca diberikan

kepada murid selepas

intervensi dilakukan

selama 1 minggu bagi

mendapatkan hasil

perbandingan dua ujian

tersebut.

Temu bual separa

berstruktur digunakan

untuk menilai tahap

keberkesanan penggunaan

kaedah kad ‘pop-up’ dalam

meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca suku

kata KV+KV

35

4.3.5 Refleksi

Setelah melaksanakan penyelidikan dan analisis dapatan

penyelidikan, penyelidik membuat refleksi secara keseluruhan

mengenai keberkesanan teknik yang dilaksanakan. Penyelidik akan

menghuraikan tentang kelebihan dan kekurangan teknik yang

dilaksanakan dan membuat refeksi berkenaan cadangan tindakan

selanjutnya dan cadangan penambahbaikan.

4.4 Pelan Tindakan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan

Penyelidikan ini akan dilaksanakan semasa penyelidik menjalani

Praktikum III di sebuah sekolah bert di Tawau, Sabah.Tempoh

penyelidikan adalah selama 10 minggu.Pelan tindakan penyelidik

kaedah kad ‘pop-up’ telah diringkaskan dalam jadual 4.2

Jadual 4.2: Pelan Tindakan kaedah kad ‘pop-up’

Minggu Langka h

Tindakan

Minggu 1 L1 L2

-Penyelidik membuat tinjauan masalah penyelidikan. -Penyelidik berjumpa dengan guru Mata Pelajaran untuk

menganalisis markah ujian responden yang lepas Minggu 2 L1

L2- Penyelidik mengenalpasti responden penyelidikan.

-Penyelidik membina kad ‘pop-up’ untuk perkataan KV+KV Minggu 3 L1

L2 Penyelidik menjalankan ujian diagnostik.

-Penyelidik mengajar mengajar kemahiran membaca KV+KV menggunakan kaedah konvensional -Penyelidik menjalankan ujian pra

Minggu 4 L1 -Penyelidik menjalankan intervensi pertama

36

L2 -Penyelidik meminta murid membaca perkataan KV+KV menggunakan kad ‘pop-up’ dengan bimbingan guru .

Minggu 1 L1 L2

-Penyelidik menjalankan intervensi kedua -Penyelidik meminta murid membaca perkataan KV+KV menggunakan kad ‘pop-up’ tanpa bimbingan guru .

Minggu 2 L1 -Penyelidik menjalankan intervensi ketiga Minggu 3 L1

L2 -Penyelidik melakukan ujian pasca -Penyelidik melakukan senarai semak.

Minggu 4 L1 L2

-Penyelidik menjalankan pengumpulan data daripada instrumen yang digunakan

Minggu 1 L1 L2

-Refleksi dan Penilaian -Penambahbaikan penyelidikan

Minggu 2 L1 -Laporan penyelidikan 4.5 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah kuantitatif

dalam mengumpul data penyelidikan. Data yang telah dikumpul akan

dianalisis secara deskriptif. Instrumen bagi penyelidikan yang

dijalankan terdiri daripada ujian (pra dan pasca), senarai semak

dan juga temu bual separa berstruktur.

4.5.1 Ujian

Ujian Pra dan Pasca bertujuan untuk membuat perbandingan tentang

pencapaian murid sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca)

bagi sesuatu rawatan atau intervensi yang dijalankan. Ujian ini

juga mengenalpasti tahap penguasaan murid kemahiran membaca suku

kata KV+KV. Ujian ini mengandungi 6 set soalan.

37

4.5.2 Senarai semak

Senarai semak bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid

penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV selepas intervensi

dijalankan. Penyelidik akan menggunakan borang senarai semak

yang diadaptasi dan diubahsuai dari Rosnijah (2011). Soalan ini

terdiri daripada 7 item soalan tertutup yang menggunakan jawapan

„Ya‟ atau „Tidak‟. Instrumen ini akan dianalisi secara

deskriptif bagi mencari peratus serta dipersembahkan

menggunakan perisian Microsoft Office Excel.

4.5.3 Temubual separa berstruktur

Temubual jenis ini adalah gabungan antara temubual tidak

berstruktur dan berstruktur. Soalan-soalan yang disediakan dan

ditujukan kepada responden adalah terbit daripada temubual tidak

berstruktur yang telah dijalankan sebelum ini. Pengkaji ingin

mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dengan

berdasarkan soalan yang disediakan. Temu bual separa berstruktur

digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap keberkesanan

penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca suku kata KV+KV

38

4.6 Cara Menganalisis Data Penyelidikan

Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan analisis

diskriptif untuk menganalisis data yang diperoleh daripada data

yang telah diperoleh melalui kedua-dua instrumen yang telah

digunakan. Hasil daripada data yang telah dikutip akan

dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu melibatkan

pengiraan dari segi kekerapan dan peratusan. Penyelidik

menggunakan gred pemarkahan yang telah diadaptasi dari Majlis

Peperiksaan Malaysia bagi memudahkan penyelidik

menginterpretasikan data yang diperolehi.

4.6.1 Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra dijalankan oleh penyelidik selepas pengajaran

kemahiran membaca suku kata KV+KV menggunakkan teknik

konvensional. Ujian ini mengandungi soalan yang berkaitan dengan

kemahiran membaca suku kata KV+KV yang terdiri daripada 6 set

soalan. Manakala ujian Pasca dijalankan selepas intervensi.

Ujian ini mengandungi 6 set soalan berkaitan kemahiran yang sama

dalam ujian Pra. Peratus pencapaian kedua-dua ujian ini akan

39

dibandingkan berdasarkan pengiraan min ujian bagi menilai

pencapaian responden sama ada meningkat atau tidak. Jadual 4.3

menunjukkan Kategori Pemarkahan Ujian Pra dan Pasca yang menjadi

rujukan penyelidik.

Jadual 4.3 : Kategori Pemarkahan ujian pra dan pasca

Pencapaian Gred Markah (%) Cemerlang

Kepujian

Baik

Lulus

Gagal

A

B

C

D

E

80-100

60-79

40-59

20-39

0-19 Sumber: Universiti Putra Malaysia

4.6.2 Senarai semak

Borang senarai semak digunakan untuk menilai tahap penguasaan

murid penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV selepas

intervensi dijalankan. Instrumen ini akan dianalisi secara

deskriptif bagi mencari peratus serta dipersembahkan

menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Nilai peratus yang

tinggi atau rendah dapat menunjukkan tahap penguasaan murid

dalam penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ bagi penguasaan kemahiran

membaca suku kata KV+KV.

40

4.6.3 Temubual separa berstruktur

Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk

menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

Instrumen ini akan dianalisis secara deskriptif bagi menunjukkan

tahap keberkesanan intervensi kaedah kad ‘pop-up’ dalam

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV dalam

kalangan responden selepas intervensi dijalankan.