22
MUHAMMAD HARRITH REDZA BIN ZULKEFLI MALAY A ( CERPEN ) EDZRA Aku berjalan seorang diri di kaki lima rumah kedai usang yang sunyi sepi tanpa tanda-tanda kelibat manusia di sekitar kawasan tersebut. Tanpa melihat ke belakang, aku meneruskan perjalanan walaupun berasa gelisah kerana ingin cepat sampai ke destinasi sebelum perkara yang tidak sanggup dibayangkan berlaku.Langkah demi langkah, baru aku sedar kini aku berjalan lebih pantas dari biasa dan peluh mula membasahi bahagian belakang badanku. Aku berhenti dengan serta merta apabila mendengar bunyi tapak kaki dari arah hadapan yang terlindung kerana lorong tersebut hanya menghala ke kiri sahaja.Jantungku berdebar melebihi tahap normal dan aku terus berusaha menyembunyikan diri di celah-celah yang dapat memuatkan jasadku yang sederhana besarnya ini.Nafasku hampir terhenti apabila merasakan manusia tersebut makin menghampiri diriku. Setelah mendapati bunyi tapak kaki tersebut semakin menjauhi diriku, aku cuba mengintip kelibat manusia tersebut tetapi berasa amat terkejut kerana seolah- olah tiada siapa yang berjalan melintasi kawasan tersebut. Imaginasiku menjadi tidak menentu apabila mula membayangkan kehadiran makhluk- makhluk yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia biasa.Kemudian aku berjaya mengingatkan diri kembali bahawa sedang 1

MUHAMMAD HARRITH REDZA BIN ZULKEFLI MALAY A ( CERPEN

Embed Size (px)

Citation preview

MUHAMMAD HARRITH REDZA BIN ZULKEFLI

MALAY A ( CERPEN )

EDZRA

Aku berjalan seorang diri di kaki lima rumah kedai usang yang

sunyi sepi tanpa tanda-tanda kelibat manusia di sekitar kawasan

tersebut. Tanpa melihat ke belakang, aku meneruskan perjalanan

walaupun berasa gelisah kerana ingin cepat sampai ke destinasi sebelum

perkara yang tidak sanggup dibayangkan berlaku.Langkah demi langkah,

baru aku sedar kini aku berjalan lebih pantas dari biasa dan peluh

mula membasahi bahagian belakang badanku. Aku berhenti dengan serta

merta apabila mendengar bunyi tapak kaki dari arah hadapan yang

terlindung kerana lorong tersebut hanya menghala ke kiri

sahaja.Jantungku berdebar melebihi tahap normal dan aku terus berusaha

menyembunyikan diri di celah-celah yang dapat memuatkan jasadku yang

sederhana besarnya ini.Nafasku hampir terhenti apabila merasakan

manusia tersebut makin menghampiri diriku. Setelah mendapati bunyi

tapak kaki tersebut semakin menjauhi diriku, aku cuba mengintip

kelibat manusia tersebut tetapi berasa amat terkejut kerana seolah-

olah tiada siapa yang berjalan melintasi kawasan tersebut. Imaginasiku

menjadi tidak menentu apabila mula membayangkan kehadiran makhluk-

makhluk yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia

biasa.Kemudian aku berjaya mengingatkan diri kembali bahawa sedang

1

berada dalam bulan Ramadhan di mana Allah yang Maha Esa mengikat iblis

dan syaitan supaya tidak menganggu manusia di dunia.Hatiku berasa

sedikit lega kerana telah sampai di kawasan yang terdapat lebih ramai

orang dan tidak menakutkan seperti apa yang dilalui tadi.

Jam menunjukkan pukul 6 petang dan diriku masih tertanya-tanya

kenapa hari kelihatan gelap daripada biasa. 1 jam setengah lagi azan

maghrib akan berkumandang menunjukkan umat Islam di kawasan tersebut

boleh berbuka puasa. Aku bergerak ke bazaar ramadhan yang terletak

tidak begitu jauh daripada bangunan usang yang aku lalu tadi. Juadah

yang dijual tidaklah begitu banyak yang tinggal kerana waktu sudah

lewat.Peristiwa tadi telah mengurangkan seleraku namun aku berhenti di

gerai apam balik kerana merupakan juadah kegemaranku untuk berbuka

semenjak kecil lagi.

“Bang, apam balik ade lagi ke?” tanya diriku.

“Ada satu je lagi, yang lain dah habis” jawab penjual tersebut.

Aku pun menghulurkan 3 ringgit kepadanya sambil menunggu

baki.Tidak lama kemudian seorang gadis muda datang ke gerai tersebut.

“Bang, apam balik satu”.

“Dah habis kak, abang ni yang beli” jawab peniaga tersebut.

2

Rasa serba salah mula menyelubungi diriku kerana melihat

kekecewaan di wajah gadis tersebut. Namun, aku lebih mementingkan

diriku pada waktu itu dan terus beredar setelah menerima baki. Aku

kemudiannya bergerak keluar daripada bazaar tersebut setelah membeli

apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka.

Aku tinggal di sebuah flet lama di pinggir Kuala Lumpur bersama

Hairi teman serumahku. Seperti aku juga, Hairi merupakan lepasan

Ijazah Bisnes dan Teknologi Maklumat daripada sebuah universiti

tempatan.Kami merupakan rakan baik semasa di universiti dahulu, nasib

baik agaknya yang masih menyebabkan kami tinggal bersama di Kuala

Lumpur dalam usaha mencari rezeki demi menyara kehidupan. Walaupun

tidak mendapat gaji bulanan yang lumayan, Hairi tidak pernah mengeluh

namun sentiasa berusaha keras untuk menambah pendapatannya dengan

berniaga secara online.Dia sememangnya pandai memanfaatkan teknologi

canggih masa kini.Akan tetapi, masih ramai lagi agaknya orang yang

tidak menghargai kemajuan teknologi untuk melakukan perkara yang

berfaedah.

“Eddy, kau nak pergi terawih ke malam ni?”

Aku pun agak terkejut apabila Hairi menanyakan soalan tersebut

kepada aku. Maklumlah aku ni bukan rajin sangat pergi berterawih

walaupun tahu diri ini belum cukup beribadat kepadaNya.

3

“Hmm, tengoklah. Ada kerja lah aku nak siapkan malam ni. Esok,

bos aku bengang susah jugak.”Hairi pun hanya mampu tergelak melihat

alasan aku yang berulang-ulang setiap malam.Selesai berbuka, aku

membantu Hairi mengemas bekas-bekas makanan dan terus mengerjakan

solat maghrib berjemaah.

Aku menghidupkan notebook untuk menyambung kerja yang

ditangguh daripada pejabat tadi.“Banyak juga invois yang belum

dimasukkan dalam sistem” keluh diriku sendiri.Seperti biasa, aku

menyesal menangguh kerja tetapi masih belum mampu berubah kerana sikap

malas yang sentiasa menguasai diri.Aku tinggal seorang diri di rumah

malam itu apabila Hairi turun untuk mengerjakan solat sunat terawih di

masjid yang berdekatan dengan flet tersebut.Aku pun terus berusaha

menyiapkan kerja yang masih tertinggal.Telefon bimbitku yang tiba-tiba

berdering memecah kesunyian malam di dalam rumah. “Eh, siapa pulak

yang telefon aku ni?” Aku pun terus menjawab panggilan

tersebut.Seluruh badan terasa lemah dan tidak berdaya apabila

mendapati ibuku telah dikejarkan ke hospital kerana diserang sakit

jantung ketika bersendirian di rumah. Pak Hamid, jiran kami di kampung

telah memberitahu aku agar cepat pulang ke Selangor untuk bersama

dengan ibuku kerana dia khuatir ibuku akan meninggalkan kami semua

tidak lama lagi. Aku cuba menghubungi Hairi untuk memberitahu bahawa

4

aku akan pulang ke kampung pada malam ini tetapi tidak berjaya. Tanpa

melengahkan masa, aku terus mencapai kunci kereta dan segala keperluan

lain dan segera keluar daripada rumah. Hatiku tidak lagi dapat menahan

sebak dan terasa air mata mula mengalir membasahi pipiku.Aku memandu

kereta dengan secepat mungkin agar dapat berjumpa dengan ibuku

walaupun untuk kali terakhir sebelum dia pulang ke rahmatullah.

Setelah lebih kurang satu jam, aku pun akhirnya tiba di Hospital

Tanjung Karang di mana ibuku sedang dalam rawatan rapi untuk mengubati

penyakit yang dialaminya setelah sekian lama.Hatiku penuh dengan

kerisauan kerana takut sudah terlambat untuk memohon maaf kepada ibuku

atas segala dosa dan kesalahanku kepadanya dalam membesarkan anak

tunggalnya ini.Aku bergegas masuk ke dalam hospital mencari saudara-

mara yang mungkin sedang menziarahi ibuku.Perasaan cemas mula

menguasai diriku apabila melihat mereka sudah berlinangan air mata di

luar sebuah bilik di tingkat 2, unit rawatan rapi. Langkahku menjadi

perlahan, takut untuk mengetahui perkara yang sebenarnya apabila Pak

Hamid cuba untuk menyampaikan berita yang tiada seorang anak di dunia

yang mahu mendengarnya iaitu ibu atau bapa mereka telah meninggalkan

mereka. Aku menangis, meraung di dalam jiwa mengenangkan pemergian

satu-satunya orang yang sangat rapat dengan ku kerana tidak merasai

kasih sayang seorang yang digelar bapa yang terlebih dahulu

5

meninggalkan kami.Bagiku, tidak ada perkara selain kematian arwah ibu

yang mampu melumpuhkan semangatku untuk terus berjuang dalam kehidupan

ini.Saudara mara dan jiran tetangga semuanya mengucapkan takziah

kepadaku di atas pemergian arwah ibu, dan mereka jugalah yang telah

membantu menguruskan jenazah sebelum dikuburkan.Alangkah bertuahnya

ibuku dapat kembali kepada tuhan yang mengciptakan kita dalam bulan

Ramadhan yang mulia ini.Hanya orang yang dipilih oleh Allah s.w.t

sahaja yang diberikan peluang seperti itu.

Seminggu kemudian, aku cuba menguatkan diri pulang ke Kuala

Lumpur untuk mencari rezeki setelah Hairi menasihatkan aku supaya

tidak cepat berputus asa. Dia mengingatkanku supaya terus berusaha

mencapai apa yang terbaik untuk diri masing-masing namun aku berasa

hidup ini sudah tidak lagi berguna tanpa orang yang tersayang. Syawal

semakin menghampiri apabila Ramadhan semakin menjauhi kita.Malam-malam

terakhir bulan ini ku manfaatkan untuk memohon agar Allah s.w.t

mencucuri rahmat kepada ibuku agar dia sentiasa tergolong dalam orang-

orang yang dikasihiNya. Aku cuba untuk menahan kepiluan dengan

memberikan tumpuan terhadap tugasku yang telah lama ditinggalkan. Aku

bernasib baik kerana mempunyai majikan yang memahami walaupun dia

berbangsa Cina. . Encik Law sentiasa memberikanku semangat untuk terus

berjuang dan mencari rezeki untuk mendapat sesuatu yang lebih baik di

6

masa akan datang. Sesungguhnya, negara kita dikurniakan oleh nikmat

kedamaian walaupun terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan

agama.Hairi juga selalu meluangkan masa bersamaku pada waktu lapang

agar aku tidak terlalu memikirkan pemergian ibu.Cuti berhari raya

sudah pun bermula.Hairi dan aku pun sibuk memikirkan perjalanan pulang

ke kampung halaman masing-masing.“Eddy, nanti kalau ada masa terluang

datang lah ke rumah ya?”“Insyaallah, nanti aku maklumkan kepada

kau.”Hairi tinggal tidaklah jauh dari kampung halamanku.Aku dan arwah

ibu pernah bersama-sama menziarahi rumahnya pada Syawal tahun lepas.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, aku dan saudara mara

yang lain menziarahi kubur ibu untuk membaca Surah Yasin di samping

membersihkan kubur. Air mata ku berlinangan kerana amat sedih serta

tidak menyangka ibu meninggalkan aku dengan begitu cepat.Namun aku

yakin bahawa Allah s.w.t mempunyai perancangan yang lebih baik bagi

hambanya dan sudah tentu lebih sayang kepada mereka.Aku yakin bahawa

semua ini adalah ketentuan ilahi dan aku tidak boleh terus meratapi

pemergiannya.Keesokan harinya aku pergi berkunjung kerumah

Hairi.Keluarganya menyambut aku seperti tetamu yang begitu istimewa

buat mereka yang menyebabkan aku berasa amat terharu.Walaupun hanya

kawan kepada Hairi, ibu bapanya menganggap aku sebagai anak mereka

juga.“Makanlah banyak sikit Zaidi, nanti tak puas merasa lemang dan

7

ketupat special Makcik buat.”Pelawa ibu Hairi. “Sedap lah Makcik, itu

yang kena makan perlahan-perlahan, nak menikmati rasa lemang ni.”

Sambil tersenyum aku menambah.Syukur rasanya dapat bersama dengan

orang yang begitu mesra walaupun tidak ada pertalian darah.Lama juga

agaknya aku berkunjung ke rumah Hairi kerana ibu dan bapanya bertanya

akan arwah ibu dan perancangan aku untuk masa yang akan datang. Banyak

nasihat yang berguna diberikan dan aku berasa lebih yakin untuk

berjaya dalam kehidupanku. Malam tersebut aku mengemas barang-barang

tinggalan arwah ibu untuk membahagikan apa yang patut didermakan

kepada anak-anak yatim dan apa yang patut disimpan oleh diriku

sendiri. Terasa sungguh ketiadaan ibu pada Syawal tahun ini kerana aku

tidak pernah sekalipun beraya tanpa bersama dengannya.

Cuti seminggu berhari-raya berlalu dengan pantas dan sudah pun

berakhir.Aku dan Hairi pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama walaupun

memandu kereta masing-masing.Cuti hanya seminggu, tidaklah begitu lama

seperti yang diharapkan kerana urusan yang perlu diselesaikan melebihi

masa yang ada.Aku bersyukur kerana Allah s.w.t memberikanku kekuatan

untuk menghadapi perkara ini dengan tabah.Akhirnya aku sedar betapa

pentingnya hubungan manusia dengan penciptaNya dan juga hubungan

manusia dengan manusia itu sendiri.Amat rugilah insan itu jika dia

mengabaikan hubungan silaturrahim yang patut dieratkan semasa hidup di

8

dunia ini. “Eddy, saya mahu kamu jadi pegawai di cawangan syarikat

kita di London. Saya nampak kamu adalah seorang yang bermotivasi dan

saya suka sikap kamu itu,.” tiba-tiba Encik Law memanggil ku ke

pejabatnya pada hari pertama bekerja selepas cuti hari raya. “Betul ke

niBoss?” “Prestasi kamu begitu membanggakan dan saya yakin kamulah

orang yang kami boleh harapkan.Kamu berminat?”“Beri saya tempoh untuk

memikirkannya.Saya akan berikan jawapan secepat mungkin.”“Baiklah,

fikirkan ya. Nanti sudah bersedia maklumkan kepada saya.” Perbualan

aku dan Encik Law masih bermain difikiranku kerana aku amat tidak

menyangka akan mendapat peluang yang begitu baik seperti ini. Bekerja

di luar negara, gaji yang sudah tentu lebih lumayan dan peluang untuk

merasai budaya dan kehidupan masyarakat diluar sana. “Serious Eddy?

Janganlah tolak peluang ini, bukan senang nak dapat.Aku sokong kalau

kau terima. Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kau selepas

ini.” Kata Hairi selepas aku meminta pendapatnya sama ada aku perlu

terima atau tolak tawaran ini.

Selang beberapa hari, aku pun sudah bersedia untuk memberitahu

Encik Law bahawa aku akan menerima tawaran tersebut. Aku yakin ini

adalah peluang keemasan bagi diriku untuk mendapat kehidupan yang

lebih baik di masa hadapan.Cabaran untuk berbahasa Inggeris dalam

komunikasi seharian bukanlah perkara yang merunsingkan diriku kerana

9

aku memang sudah fasih semenjak di bangku persekolahan lagi.Teringat

pula kata-kata ibu suatu ketika dahulu, “Kalau Zaidi pandai bahasa

Inggeris, dapat tinggal di negeri orang putih.Kalau tak pandai jangan

nak bermimpi.” Kedengaran biasa sahaja namun kata-kata inilah yang

sentiasa mendorong aku untuk menerima cabaran ini demi mencapai apa

yang dicita-citakan. Sememangnya aku tidak sehebat orang lain dalam

subjek-subjek seperti Sains dan sebagainya, namun kekuatan

berkomunikasi aku gunakan untuk menjadi orang yang agak penting dalam

syarikat yang aku bekerja. “Boss, saya terima tawaran tersebut. Saya

akan lakukan sebaik mungkin dan bersedia menghadapi apa-apa yang saya

bakal hadapi di sana.” “Bagus, terima kasih kerana menerima tawaran

ini.Awaklah calon terbaik bagi kami di pihak atasan.”Encik Law

kelihatan begitu teruja apabila aku memberitahunya untuk menerima

tawaran ini.Sungguhpun masih terkejut kerana dikurniakan rezeki yang

tidak pernah dibayangkan, aku berjanji kepada diriku sendiri untuk

lakukan yang terbaik, bukan sahaja untuk diriku, malah saudara-mara di

kampung, masyarakat dan paling penting membanggakan arwah ibu. Aku

akan berangkat ke London tidak lama lagi dan persediaan fizikal dan

mental perlu dikuatkan sewaktu di tanah air. Semestinya kekuatan iman

dalam diri perlu kukuh, siapa tahu godaan duniawi mampu menguasai

diri, apatah lagi di negara barat yang tiada batas pergaulan. Lainlah

10

di Malaysia, majoriti rakyatnya beragama Islam dan perlu mematuhi

rukun-rukun agama yang penting untuk berjaya di dunia dan diakhirat.

Hairi dan keluarganya tidak pernah berhenti mendorong aku untuk

berjaya dalam kehidupan. Rakan seperti inilah yang akan sentiasa

bersama kita pada waktu susah dan senang. Bukan pentingkan diri

seperti apa yang berlaku hari ini. Aku pun dijemput bertandang

kerumahnya pada suatu hujung minggu.Ibu bapanya sungguh gembira

apabila tiba bersama Hairi.“Wah, orang dah nak pergi oversea, segak

bukan main.” “Apalah Makcik, macam ni lah saya selalunya. Biasa saja.

Makcik yang cuba bodek bodek ni.” Sambil tergelak aku bersembang

dengan ibu Hairi.“Nanti bila-bila terluang Hairi bawaklah Makcik

jalan-jalan di sana sambil melawat saya.”Hairi hampir ketawa apabila

mendengar kata-kataku tadi.Mungkin difikirannya mengatakan bahawa

belum apa-apa lagi dah nak menjemput tetamu.Tidak kisahlah, yang

pentingnya aku ingin menjaga hati ibu bapa rakan baikku ini.Agak lama

juga aku meluangkan masa bersama mereka pada hari itu, petang itu juga

aku dan Hairi terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur kerana aku perlu

mengutip passport yang telah siap pada hari ini. Kerja-kerja yang ada

di pejabat semuanya telah ku siapkan agar tidak menyusahkan orang yang

akan menggantikan tempat ku nanti. Hairi telah pun mendapat teman

serumah yang baru untuk tinggal bersamanya apabila aku pergi

11

nanti.Bebanan bayaran sewa dapat dikurangkan, jika tidak Hairi

terpaksa ikat perut disebabkan bayaran sewa yang mahal untuk kami yang

berpendapatan kurang lumayan ini.Aku pulang ke kampung seminggu

sebelum berangkat ke London.Ruang dan peluang yang ada aku gunakan

untuk menziarahi kubur arwah ibu untuk kali yang terakhir untuk tempoh

masa yang agak lama.Sungguh berat hati untuk meninggalkan tempat kita

membesar dari kecil.“Pak Hamid tolong tengokkan rumah kami ya, dan

kubur arwah ibu sekali. Saya tak ada orang lain yang dapat diharapkan

kecuali Pak Hamid sahaja.” “Yalah Zaidi, Pak Cik akan jaga. Kamu nanti

di negeri orang baik-baik perlakuannya.Ingat sama kami juga di sini.”

“Insyaallah Pak Hamid, saya akan kirimkan khabar berita apabila

berpeluang.” “Ah, satu lagi.Kamu tu masih belum berpunya, eloklah juga

kamu bernikah cepat-cepat nanti.Ada juga yang dapat bersama waktu

senang atau susah kelak.”

Hari yang dinanti tiba juga, Hairi dan keluarganya telah

menghantar aku ke KLIA. Dalam fikiran hanya penat risau akan barang

penting yang mungkin tertinggal. Susah kalau ada yang tertinggal

kerana lapangan terbang bukanlah dekat dengan flet kami.“Gelisah je

kau ni aku tengok” Hairi bertanya.“Mana tak nya, takut takut IC ke,

handphone tertinggal.Nahas aku kalau apa-apa berlaku.”Hairi seakan-akan

faham kenapa aku kelihatan gelisah.Dia tersengih mendengar

12

jawapanku.Sebaik sahaja di lapangan terbang aku terus mendaftar masuk

dan kemudiannya kembali bersama keluarga Hairi sambil menunggu

penerbangan terus ke Lapangan Terbang Heathrow di London.Naik kapal

terbang selalu juga dalam negara.Tetapi ke luar negara, inilah kali

pertamanya.aku bersalaman dengan Hairi dan ibu bapanya sebelum masuk

ke balai menunggu. Terharu dengan kesanggupan mereka bersama-sama

denganku selama ini. Jasa baik mereka tidak akan dapat aku lupakan.

Aku pun masuk ke dalam pesawat dan mengambil tempat duduk yang telah

ditetapkan. Beg komputer riba diletakkan di bawah tempat duduk

dihadapanku, bersedia untuk perjalanan yang amat panjang. Seorang

gadis muda mengambil tempat duduk selang satu kerusi daripada tempat

dudukku.Pada mulanya, aku tidak pernah terfkir bahawa aku pernah

bertemu dengannya. Barulah aku sedar bahawa dia merupakan gadis yang

sama di bazaar ramadhan. Ingatan masih samar-samar dan aku belum

berani untuk menegurnya.Malu pula kalau salah orang fikir diriku.

Akhirnya berani juga aku menegurnya. “Hai, nak tanya sikit

boleh?” terkejut juga dia bila aku tiba tiba bersuara. “Hah? Apa

dia?”“Muka awak macam pernah nampak. Pernah pergi bazaar ramadhan

dekat Bangsar tak?” “Ingat apa tadi, pernah lah jugak.Kenapa?”“Awaklah

yang nak beli kuih hari tu, tapi saya dah ambik yang last piece.”“Oh, awak

lah mamat tu? Tak gentle langsung.” Aku pun tergelak apabila dia

13

bercakap begitu.Kami bersembang di sepanjang perjalanan ke

London.Tidak sangka bertemu juga dengan dia akhirnya selepas insiden

di bazaar ramadhan yang lalu.Ramah juga orangnya, tidak bertudung dan

kulit macam orang putih.Zara namanya.Perjalanan yang pada mulanya

diingatkan jauh terasa begitu sekejap dengan kehadiran gadis ini,

ternyata aku tertarik kepadanya.Memang tidak dinafikan aku sentiasa

teringat kepadanya selepas bertemu dahulu.Mungkin nasib baik selalu

menyebelahi aku kerana katanya dia belajar dekat dengan tempat kerja

baru aku kelak. Walaupun baru sahaja mengenali satu sama lain, ada

suatu perasaan dalam hati yang menyebabkan aku amat tertarik

kepadanya. Sampai sahaja di Heathrow, aku menaiki teksi untuk ke

sebuah apartmen berhampiran Gower Street.Kira-kira 40 minit baru aku

sampai ke apartmen yang dimaksudkan.Di situlah aku akan menetap

apabila bekerja di sini. Tidak ku sangka betapa ramainya orang Asia

Timur di kota ini. Rasa bukan macam di negara barat pun ada.Kiri kanan

ada sahaja rupa rupa kulit sawo matang macam orang kita.Orang Melayu

lah agaknya.Baru aku teringat pelajar-pelajar kita banyak di sini

kerana University College London amat dekat dengan tempat

kemdiamanku.. Tetapi insiden pelajar kita dirompak dan tercedera

menyebabkan aku lebih berwaspada walaupun terpukau dengan keindahan

dan iklim yang lebih sejuk di sini.Bukan macam di KL, panas.

14

Penat sungguh perjalanan daripada tanah air ke sini.Nasib tiada

apa-apa yang tidak diingini berlaku. Sudahlah berada di tempat asing,

kalau masih di Malaysia tak apa juga. Minta-minta dijauhkan daripada

sebarang masalah, kepada Allah s.w.t jualah tempat aku berdoa.Sempat

juga aku berjalan ke tempat-tempat menarik berhampiran kerana hari

belum gelap.Pada masa ini, London mengalami musim luruh.Permandangan

cantik dapat dilihat dimana sahaja aku berjalan.Daun-daun mula gugur

seakan-akan menanti kedatangan musim sejuk tidak lama lagi. Walaupun

di sini memang seronok dan jauh lebih hebat daripada negara kita,

namun tidak akan sama sekali menandingi perasaan berada di tanah air

sendiri. Budaya yang berbeza dan nilai-nilai yang diamalkan di sini

memerlukan aku mengambil masa untuk menyesuaikan diri.Teringat dengan

Zara pula tiba-tiba.“Alamak, lupa pula nak ambil nombor telefon dia di

sini.”Menyesal di dalam hati. Aku pun terus pulang ke apartmen kerana

esok ada mesyuarat dengan wakil daripada syarikat yang akan

bekerjasama dengan kami di sini. Malu pula kalau tak bersedia, maruah

syarikat sendiri kena jaga.Laporan-laporan penting aku kemaskan untuk

kali terakhir sebelum dibentangkan dalam perjumpaan esok kerana aku

fikir langkah pertama untuk mencapai kejayaan perlu dilakukan dengan

sebaiknya.Malam itu terasa begitu sunyi.Lebih-lebih lagi masih rindu

tinggal bersama dengan Hairi di Kuala Lumpur. Di sini seoranglah

alamatnya. Mungkin nanti akanada lebih ramai wakil daripada syarikat

15

kami. Tidur nyenyak juga aku malam itu disebabkan perjalanan yang jauh

dan memenatkan.

Perjumpaan pada hari ini berjalan dengan lancar.Bangga

kerana mendapat pujian daripada syarikat tersebut.Perjanjian dapat

dimerterai secepat mungkin dan operasi syarikat kami di sini dapat

dimulakan dengan lebih cepat. “Boss, semuanya okay di sini. Dent & Co.

setuju dengan proposal kita.” “Baguslah begitu, boleh saya hantar

seorang lagi wakil nanti untukbantu kamu di sana. Tak lah kamu seorang

saja.” Senang hati rasanya dapat menggembirakan pihak di sana. Sambil

berjalan pulang ke apartmen, tiba-tiba terasa ada orang menepuk

belakang badanku.“Hai, pergi mana?”“Ya Allah, Zara.Ingat dah tak jumpa

dah. Balik apartmen, baru lepas present proposal tadi. Awak dari

mana?”“Balik dari UCL. Baru register untuk Degreedi sana.” “Jomlah kita

pergi lunch.Awak bawa saya ke mana awak tahu, saya tak biasa di

sini.”Dia memang sudah biasa di London kerana pernah menetap di sini

dahulu, itu yang kulit putih macam anak mat saleh.Apa pun, dia fasih

berbahasa Malaysia dan berpegang kepada nilai murni kita. Keinginan

untuk bersama dengannya ku simpan sahaja dalam diri buat waktu

ini.Belum sesuai lagi waktu untuk meluahkan isi hati.Apabila senang

kelak mungkin agaknya.Takut juga kalau-kalau terlambat dan diambil

orang.Namun, perkara yang lebih penting perlu diselesaikan dahulu.

16

Masa depan, sendiri yang tanggung. Lama juga kami meluangkan masa

bersama.Harap-harap dia sedar bahawa aku menyukainya.Universiti tempat

dia belajar pun tidak jauh, peluang ini perlu aku guna untuk memenangi

hatinya.Segalanya hanya masih harapan dan impian.Terlalu banyak

perkara perlu difikirkan buat waktu ini.

Sudah satu tahun aku berada di sini, masa berlalu begitu cepat

tanpa sedar.Pelbagai kejayaan baru dapat aku capai untuk syarikat

kami.Perkembangan positif ini telah menyebabkan lebih ramai lagi wakil

dihantar untuk meneruskan perniagaan yang kian pesat membangun.Aku

telah menjadi Pegawai Utama syarikat kami di sini, gaji yang diterima

pun lumayan juga.Namun begitu, banyak yang aku simpan untuk kegunaan

lebih penting kelak. Kalau dihabiskan semua, susah nanti bila masa

yang perlukan wang. Perkembangan bagi diriku bukan berhenti di situ

sahaja, hubungan aku dengan Zara juga makin erat.Hujung minggu kalau

terluang, kami jalan-jalan pergi tempat menarik di sini.Tak ada orang

lain yang dikenali dengan rapat di sini. Mungkin itulah penyebab kami

selalu keluar bersama. Kalau macam ini, peluang aku untuk bersama

dengannya akan lebih cerah. Gadis seperti Zara memang menjadi idamanku

selama ini, hubungan baik kami tidak akan aku sia-siakan. Kalau ada

rezeki, dapatlah.Walaupun sibuk di sini, aku tidak lupa untuk

berhubung dengan saudara-mara dan sahabat di tanah air.Semestinya,

17

Hairi dan keluarganya yang telah begitu banyak menghulurkan bantuan

selama ini. Aku memberitahu mereka bahawa aku akan pulang ke Malaysia

tidak lama lagi untuk bercuti. Tetapi semua itu bergantung dengan

kelapangan daripada kerja yang semakin banyak. Harap-harap dapat

bercuti untuk sementara waktu.Rindu dengan keluarga di Malaysia dan

tentu sekali menziarahi kubur arwah ibu. Semoga Pak Hamid masih

berdaya untuk menjaga kubur tersebut, jika tidak khuatir kubur itu

akan terbiar dan dipenuhi lalang dengan pemergian aku ke luar negara.

Alhamdulillah, syukur.Dapat juga pulang ke tanah air

akhirnya.Hairi menjemput aku di KLIA.Setelah sekian lama tidak bersua

muka, pada hari ini diberikan peluang oleh yang Maha Esa untuk bertemu

kembali.Aku berehat di rumahnya pada malam itu kerana sudah agak lewat

untuk pulang ke rumah sendiri. Lagipun tiada siapa lagi di sana

selepas pemergian ibu. Begitu seronok dapat bertemu dengan ibu bapa

Hairi kerana aku juga amat rindu dengan mereka. Walaupun cuti kali ini

tidaklah begitu lama, aku berazam untuk menggunakan masa yang ada

dengan sebaiknya kerana tidak pasti akan berpeluang untuk kembali ke

sini pada masa akan datang. Keesokan harinya aku pulang ke rumah dan

terus ke kubur arwah ibu.Kubur arwah ibu kelihatan bersih apabila aku

datang menziarahinya.Aku membaca Surah Yasin dan membersihkan sikit-

sikit rumput yang mula tumbuh.Aku amat berterima kasih dengan Pak

18

Hamid kerana masih sudi membantu aku menjaga kubur tersebut.Selang

beberapa hari, aku pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Encik

Law untuk berbincang mengenai perkembangan di London. Dia amat yakin

bahawa mereka telah memilih orang yang betul untuk mengendalikan

operasi di sana. Tidak ada sebarang masalah yang besar dihadapi

kecuali beberapa syarikat IT ternama di sana masih belum begitu yakin

untuk melabur dalam syarikat baru ini. Mungkin juga disebabkan

kepincangan ekonomi di negara barat.Tidak kukuh seperti suatu ketika

dahulu.Apa yang pasti, perkembangan yang positif ini perlu sentiasa

digiatkan agar dapat membentuk jaringan yang lebih luas di sana.

Aku pun pulang ke London semula, kali ini dengan cita-cita yang

lebih besar.Ingin merapatkan hubungan aku dan Zara apabila dia setuju

untuk bertunang denganku. Keluarga Hairi menjadi rombongan merisik

bagi pihak aku di sana untuk berjumpa dengan keluarganya. Segalanya

menjadi seperti yang diharapkan. Kalau tiada aral melintang, kami akan

bertunang apabila Zarabercuti pada semester kelak supaya tidak

menganggu jadual kelasnya yang begitu penting bagi masa depannya. Aku

amat bersyukur kepada ilahi kerana dilimpahkan rezeki yang tidak

terkira walaupun kini hidup tanpa seorang ibu. Zara merupakan daripada

keluarga yang berada, namun ibu bapanya tidak memandang rendah akan

latar belakang kehidupanku. Aku berharap agar kepercayaan yang

19

diberikan ibu bapa Zara akan mendorong aku untuk mencapai lebih banyak

kejayaan di masa akan datang. Butir-butir lain mengenai pertunangan

kami diuruskan oleh keluarganya. Aku masih tidak percaya bahawa

pertemuan kami suatu ketika dahulu tidak berakhir di situ sahaja malah

dengan izin tuhan akan diikat dengan pertalian yang sah kelak. Umur

kami yang tidak terlalu muda menyebabkan kami lebih matang dalam hal

sebegini.Zara juga seorang yang memahami dan tidak terlalu gopoh dalam

sesuatu perkara.Semua ini adalah penyebab aku dan dia masih bersama

hingga ke hari ini. Mungkin perkara akan menjadi berbeza setelah

melalui alam perkahwinan, tetapi kami perlu menempuhi perkara ini satu

per satu untuk mendapatkan penghujung yang kita inginkan. Zara yang

sebelum ini freehair telah mula bertudung selepas aku memberitahunya

bahawa aku inginkan dia begitu. Dia juga menyatakan bahawa dia memang

ingin bertudung untuk sekian lamanya.Sememangnya hidup ini akan

dipermudahkan oleh Allah s.w.t kalau kita sentiasa bermunajat dan

memohon sesuatu daripadanya. Kini hidup aku di kota London tidaklah

begitu sunyi dengan kehadiran isteriku, Zara. Kami telah bernikah

selepas dia tamat pelajarannya di UCL. Aku pun akan berpindah semula

ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. Insyaallah hujung tahun hadapan.

Tidak lama rupanya 4 tahun di negeri orang.Alhamdulillah, nikmat

kehidupan ini memang tiada tolok bandingannya.

20

Nama : Muhammad Harrith Redza Bin Zulkefli

No Pendaftaran : 1113002

No Kad Pengenalan : 930928-13-5107

21

Alamat Sekolah : Malay College Kuala Kangsar, 33000 Kuala

Kangsar, Perak, Malaysia

No tel : 012-5604860

Emel : [email protected]

22