13
1 KONSEP KENDIRI PELAJAR: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI Lenny Lai Mei Lan [email protected] Liu Tse Hui [email protected] Kolej Komuniti Mas Gading Lot 742-750, Off Parent Lot 742, Bau Town District, 94007 Bau, Sarawak Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap konsep kendiri pelajar yang meliputi enam aspek iaitu kendiri fizikal, kendiri etika dan moral, kendiri peribadi, kendiri keluarga, kendiri sosial dan rakan sebaya, dan kendiri sifat-sifat akhlak. Kajian ini juga melihat perbezaan konsep kendiri mereka berdasarkan data demografi iaitu jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal, status pekerjaan bapa dan bilangan adik-beradik. Sampel kajian in berjumlah 100 orang yang terdiri daripada pelajar semasa Kolej Komuniti Mas Gading. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee dengan lima skala likert dengan pekali kebolehpercayaan cronbanch Alpa 0.75. Analisis soal selidik mendapati tahap konsep kendiri di kalangan pelajar kolej komuniti Mas Gading pada tahap sederhana dengan nilai min di antara 2.92 hingga 3.21. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal dan bilangan adik-beradik dengan tahap konsep kendiri pelajar. Berdasarkan status pekerjaan bapa pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan di antara bapa yang bekerja dan tidak bekerja pada kendiri fizikal dan kendiri keluarga. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri pada diri pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan pelajar kolej komuniti. Kata Kunci : Konsep kendiri, fizikal, keluarga Abstract Purpose of this research is to identify the level of students’ self-concept which consisting of six aspects included physical, moral, personal, family, social and peers. On the other hands, this research also aims to identify the difference between students’ demographic data: gender, races, location, fathers’ working status and the numbers of siblings towards their self-concept level. Total of the sample in this research is 100 students who are still studying in Community College Mas Gading. It is a descriptrive research with quantitative method through questionnaire named ‘Tennessee Self-concept Scale' with five likert scales, and the alpha cronbach gained was 0.75. Finding in this research stated that there was a modest level of self- concept among the students ranged from 2.92 to 3.21. The finding also showed that there is no

Konsep Kendiri Pelajar KK(prosiding)

Embed Size (px)

Citation preview

1

KONSEP KENDIRI PELAJAR: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI

Lenny Lai Mei Lan

[email protected]

Liu Tse Hui [email protected]

Kolej Komuniti Mas Gading

Lot 742-750, Off Parent Lot 742, Bau Town District,

94007 Bau, Sarawak

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap konsep kendiri pelajar yang meliputi

enam aspek iaitu kendiri fizikal, kendiri etika dan moral, kendiri peribadi, kendiri keluarga,

kendiri sosial dan rakan sebaya, dan kendiri sifat-sifat akhlak. Kajian ini juga melihat perbezaan

konsep kendiri mereka berdasarkan data demografi iaitu jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal,

status pekerjaan bapa dan bilangan adik-beradik. Sampel kajian in berjumlah 100 orang yang

terdiri daripada pelajar semasa Kolej Komuniti Mas Gading. Kajian ini merupakan satu kajian

deskriptif dan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian

menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee dengan lima skala likert dengan pekali

kebolehpercayaan cronbanch Alpa 0.75. Analisis soal selidik mendapati tahap konsep kendiri di

kalangan pelajar kolej komuniti Mas Gading pada tahap sederhana dengan nilai min di antara

2.92 hingga 3.21. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan

jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal dan bilangan adik-beradik dengan tahap konsep kendiri

pelajar. Berdasarkan status pekerjaan bapa pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan

min yang signifikan di antara bapa yang bekerja dan tidak bekerja pada kendiri fizikal dan

kendiri keluarga. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap pembentukan

konsep kendiri pada diri pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada

pihak-pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri

positif di kalangan pelajar kolej komuniti.

Kata Kunci :

Konsep kendiri, fizikal, keluarga

Abstract

Purpose of this research is to identify the level of students’ self-concept which consisting of six aspects included physical, moral, personal, family, social and peers. On the other hands, this research also aims to identify the difference between students’ demographic data: gender, races, location, fathers’ working status and the numbers of siblings towards their self-concept level. Total of the sample in this research is 100 students who are still studying in Community College Mas Gading. It is a descriptrive research with quantitative method through questionnaire named ‘Tennessee Self-concept Scale' with five likert scales, and the alpha cronbach gained was 0.75. Finding in this research stated that there was a modest level of self-concept among the students ranged from 2.92 to 3.21. The finding also showed that there is no

2

significant difference among gender, races, location and numbers of siblings towards their level of self-concept but there is a significant difference between fathers’ working status towards their self concept in physical and family aspects. A few suggestions had proposed to improve the level of students’ self concept. The findings also can be input and guidelines as well to the certain authorities in order to improve the positive self concept formation among students in community college.

1.0 PENGENALAN

Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau

bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.

(Epstein, 1980). Ini disokong oleh Abu Bakar dan Abdullah Sani (2010) bahawa konsep kendiri

mempengaruhi pembentukan diri seseorang individu pelajar. Pelajar yang mempunyai masalah

disiplin bermaksud pelajar yang terlibat dalam tingkah laku yang kurang menepati nilai

pegangan masyarakat (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2007). Terdapat beberapa

faktor yang membentuk konsep kendiri individu. Salah satu faktor adalah pengalaman interaksi

bersama keluarga. Disamping itu, konsep kendiri seseorang remaja berkait rapat dengan

persepsi yang dihasilkan daripada pengalamannya termasuk peneguhan daripada persekitaran

dan orang-orang yang penting dalam hidup mereka seperti ibu, bapa dan ahli keluarga yang

lain (Rogers, 1959).

1.1 Latarbelakang Kajian

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00

yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan

Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Ia bertujuan untuk menyediakan laluan alternatif

kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk

mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk

perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain (JPKK, 2012). Walaupun pelajar kolej komuniti

adalah dalam golongan yang tercicir dari segi akademik, tetapi mereka merupakan golongan

yang perlu bimbingan yang betul untuk menjadikan mereka dalam pembentukan modal insan

yang cemerlang dan berjasa kepada ekonomi dan pembangunan negara pada masa yang akan

datang (Zainuddin Abu, Zuria Mahmud dan Salleh Amat, 2008).

1.2 Pernyataan masalah

Dalam konteks sekolah, pembentukan konsep kendiri merupakan suatu proses yang penting

selain proses menimba ilmu pengetahuan. Pada asasnya, keterampilan tingkah laku seseorang

pelajar adalah amat berkait dengan konsep kendiri seseorang individu dan ia dapat dipaparkan

oleh seseorang individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Konsep kendiri sering

dikait dengan pencapaian akademik juga. Misalnya kajian daripada Othman (1995) dan Zahara

(2000) menunjukkan terdapat perkaitan antara konsep kendiri positif dan pencapaian akademik

yang baik. Sebaliknya, sekiranya pelajar mempunyai konsep kendiri yang rendah dan negatif,

kemungkinannya mereka akan menjadi devian, tiada keyakinan diri dan tersisih (Azizi, Fauziah,

Zurihanmi dan Noordin, 2005). Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Nurul Ezzati

3

(2008), dan Noor Sa’adah (1999) telah menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara konsep kendiri yang tinggi adalah tidak bergantung dengan pencapaian

akademik yang tinggi. Ini disokong oleh Sharifah (1998) yang menyatakan bahawa konsep

kendiri bukanlah faktor utama dalam menentukan mutu pencapaian akademik bagi seseorang

pelajar. Oleh yang demikian, punca keciciran pelajar kolej komuniti bukan sahaja daripada

kelemahan dalam pelajaran tetapi sebab-sebab lain seperti latar belakang keluarga, pergaulan

dengan rakan sebaya dan sebagainya.

Hasil temuduga dengan Cik Suharyati Binti Sulaiman, selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan dan

Kemahiran (KJKK) di Kolej Komuniti Mas Gading, beliau berpendapat bahawa tahap konsep

kendiri pelajar di kolej komuniti adalah berada dalam tahap yang sederhana. Ini adalah kerana

keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan justeru menyebabkan keyakinan

mereka kurang. Mereka juga kurang berdikari dalam apa jua keadaan. Selain daripada itu,

konsep kendiri juga bergantung kepada latar belakang keluarga mereka seperti status

pekerjaan bapa, lokasi tempat tinggal mereka dan bilangan adik-beradik dalam keluarga.

Tambahan pula, kebanyakan kajian tahap konsep kendiri telah dibuat pada peringkat sekolah

sahaja terhadap pelajar. Kajian pada peringkat kolej komuniti masih kurang dijalankan.

Berdasarkan kenyataan di atas, maka ini telah menarik perhatian pengkaji untuk mengkaji

pelajar kolej komuniti dari segi tahap konsep kendiri di kalangan mereka.

1.3 Persoalan kajian

i. Apakah tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti?

1.4 Hipotesis kajian

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar lelaki

dengan pelajar perempuan.

H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar yang

berlainan bangsa.

H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

lokasi tempat tinggal mereka.

H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

status pekerjaan bapa mereka.

H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

bilangan adik-beradik.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini ingin mengetahui tahap konsep kendiri di kalangan pelajar kolej komuniti Mas Gading

yang mengambil kursus Sijil Teknologi Maklumat dan kursus Sijil Lanskap dan Pengurusan

Nurseri. Kajian ini hanya menumpu kepada enam aspek konsep kendiri responden iaitu kendiri

fizikal, kendiri etika dan moral, kendiri peribadi, kendiri keluarga, kendiri hubungan sosial/rakan

sebaya, dan kendiri sifat akhlak. Keenam-enam aspek ini amat penting kerana mempunyai

hubungan yang signifikan dengan konsep kendiri yang melibatkan tanggapan responden

terhadap diri sendiri dengan persekitaran mereka.

4

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini adalah penting kepada pihak-pihak seperti di bawah:

i. Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Kajian ini adalah penting sebagai panduan rujukan kepada pihak HEP tentang arah

kecenderungan semasa merancang aktiviti tahunan kepada pelajar supaya impaknya

dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang sama ada dari segi fizikal dan sahsiah.

ii. Unit Kaunseling

Kajian ini adalah penting sebagai input kepada unit kaunseling untuk memahami punca

masalah pelajar dari segi konsep kendiri sekarang supaya senang untuk menstrategikan

pendekatan atau aktiviti yang sesuai kepada mereka.

iii. Pensyarah

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para pensyarah supaya

lebih memahami keadaan dan keperluan pelajar dan sama-sama membantu

membentuk kendiri sebenar pelajar supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada

agama, keluarga, bangsa dan negara.

iv. Ibu bapa

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak ibu bapa memahami perkembangan kendiri

anak-anak mereka, supaya anak-anak dapat menjadi insan yang diharapkan dan

dibanggakan oleh mereka satu hari nanti.

2.0 KAEDAH DAN BAHAN KAJIAN

Kajian ini adalah merupakan kajian awal berbentuk kajian kes bagi melihat tahap konsep kendiri

dalam kalangan pelajar di sebuah kolej komuniti. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian

deskriptif dan berbentuk kuantitatif.

2.1 Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Kolej Komuniti Mas

Gading. Jumlah pelajar setakat sesi Julai 2013 adalah seramai 125 orang. Penyelidik

menggunakan kaedah persampelan rawak bagi mendapatkan sampel kajian. Penentuan saiz

sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan

(1970). Oleh itu, sebanyak 100 soal selidik diedarkan bagi memastikan bahawa jumlah yang

dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab

dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.

2.2 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik Konsep Kendiri Tennessee oleh Fitts dan Warren (1996)

serta borang latar belakang responden. Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar. Bahagian ini

mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi responden. Bahagian B pula

5

adalah Skala Konsep Kendiri Tennessee (SKKT). Soal selidik Skala Konsep Kendiri Tennessee

(Tennessee Self-Concept Scale) yang dibentuk oleh Fitts digunakan untuk menilai konsep

kendiri sampel kajian ini. Chiam (1976) telah menterjemahkannya kepada versi Bahasa Melayu.

Menurut Azizi et al (2002), beberapa aspek yang merupakan sumber utama pembentukan

konsep kendiri remaja boleh dikenalpasti dengan soal selidik ini. Ia mengandungi item untuk

melihat konsep kendiri pelajar. Aspek-aspek ini adalah konsep kendiri fizikal, konsep kendiri

etika dan moral, konsep kendiri peribadi, konsep kendiri keluarga, konsep kendiri sosial/rakan

sebaya dan konsep kendiri sifat-sifat akhlak. Seramai 10 orang responden yang bukan

responden sebenar telah diambil secara rawak untuk menjalankan kajian rintis ini. Nilai pekali

kebolehpercayaan bagi instrumen yang diperolehi adalah 0.75. Berdasarkan Millan dan

Schumacker (1984), instrumen ini diterima untuk menjalankan kajian ini.

2.3 Data Dan Analisis

Data-data yang diperolehi dari pelajar-pelajar Kolej Komuniti Mas Gading dikumpul dan

diproses berdasarkan kod-kod yang ditentukan. Data-data yang dikumpul diproses

menggunakan program “Statistical Packages for The Social Science” (SPSS for Window) Versi

17.0. Data-data ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ukuran pada

Jadual 1 digunakan bagi mentaksir taburan min dan penentuan tahap konsep kendiri pelajar.

Jadual 1 : Pentaksiran Penentuan Tahap Konsep Kendiri

SELANG SKALA MIN TAHAP MIN

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.67 Sederhana

3.68 hingga 5.00 Tinggi

(Lewis dan Robin, 2000)

3.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan,

dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

i. Tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti

Jadual 2 : Tahap Konsep Kendiri Pelajar

ASPEK KENDIRI N MIN TAHAP

Fizikal 100 3.06 Sederhana

Etika dan moral 100 3.21 Sederhana

Peribadi 100 2.92 Sederhana

Keluarga 100 3.72 Tinggi

Sosial/rakan sebaya 100 3.02 Sederhana

Sifat akhlak 100 2.92 Sederhana

6

Berdasarkan jadual 2, tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti Mas Gading berada pada

tahap sederhana dengan nilai min di antara 2.92 hingga 3.21 berdasarkan lima kendiri. Hasil

kajian mendapati tahap konsep kendiri pelajar adalah tinggi bagi kendiri keluarga iaitu pada min

3.72.

ii. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan jantina pelajar

Jadual 3 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Jantina

ASPEK KENDIRI JANTINA N MIN SP UJIAN-T P

Fizikal Lelaki 52 3.03 0.28 0.26 0.61

Perempuan 48 3.09 0.31

Etika dan Moral Lelaki 52 3.17 0.29 0.27 0.61

Perempuan 48 3.25 0.32

Peribadi Lelaki 52 2.89 0.39 0.29 0.59

Perempuan 48 2.95 0.39

Keluarga Lelaki 52 3.63 0.33 0.08 0.78

Perempuan 48 3.82 0.32

Sosial/rakan sebaya

Lelaki 52 3.01 0.38 0.02 0.89

Perempuan 48 3.03 0.35

Sifat akhlak Lelaki 52 2.86 0.61 0.94 0.34

Perempuan 48 2.98 0.68

Analisis Ujian-T berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan jantina.

iii. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan bangsa pelajar

Jadual 4 : Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Bangsa

ASPEK KENDIRI BANGSA N MIN SP UJIAN-T P

Fizikal Melayu 27 3.05 0.29 0.50 0.61

Cina 9 3.15 0.26

Lain-lain 64 3.05 0.30

Etika dan Moral Melayu 27 3.17 0.25 0.29 0.75

Cina 9 3.25 0.25

Lain-lain 64 3.22 0.34

Peribadi Melayu 27 2.96 0.36 1.05 0.35

Cina 9 3.07 0.24

Lain-lain 64 2.88 0.42

Keluarga Melayu 27 3.71 0.28 1.52 0.22

Cina 9 3.54 0.54

Lain-lain 64 3.75 0.33

Sosial/rakan

sebaya

Melayu 27 3.08 0.41 2.16 0.12

Cina 9 3.20 0.20

7

Lain-lain 64 2.97 0.36

Sifat Akhlak Melayu 27 2.82 0.62 2.22 0.11

Cina 9 2.58 0.62

Lain-lain 64 3.01 0.64

Analisis Ujian ANOVA dalam jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan bangsa.

iv. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan lokasi tempat tinggal pelajar

Jadual 5 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Lokasi Tempat Tinggal

ASPEK KENDIRI LOKASI TEMPAT TINGGAL

N MIN SP UJIAN-T P

Fizikal Bandar 33 3.09 0.27 2.34 0.13

Luar Bandar 67 3.04 0.30

Etika dan Moral Bandar 33 3.24 0.30 1.08 0.30

Luar Bandar 67 3.20 0.31

Peribadi Bandar 33 2.93 0.36 1.18 0.68

Luar Bandar 67 2.92 0.41

Keluarga Bandar 33 3.66 0.31 0.32 0.57

Luar Bandar 67 3.75 0.36

Sosial/rakan sebaya

Bandar 33 3.02 0.41 0.36 0.55

Luar Bandar 67 3.02 0.35

Sifat akhlak Bandar 33 2.87 0.73 1.30 0.26

Luar Bandar 67 2.94 0.60

Analisis Ujian-T dalam jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan

terhadap enam konsep kendiri berdasarkan lokasi tempat tinggal.

v. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan status pekerjaan bapa pelajar

Jadual 6 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Status Pekerjaan Bapa

ASPEK KENDIRI STATUS PEKERJAAN BAPA

N MIN SP UJIAN-T P

Fizikal Bekerja 84 3.06 0.31 7.89 0.01

Tidak Bekerja 15 3.08 0.15

Etika dan Moral Bekerja 84 3.22 0.31 1.31 0.25

Tidak Bekerja 15 3.18 0.28

Peribadi Bekerja 84 2.94 0.40 0.12 0.73

Tidak Bekerja 15 2.79 0.34

Keluarga Bekerja 84 3.73 0.36 5.26 0.02

Tidak Bekerja 15 3.63 0.20

Sosial/rakan Bekerja 84 3.04 0.37 0.52 0.47

8

sebaya Tidak Bekerja 15 2.93 0.33

Sifat akhlak Bekerja 84 2.91 0.63 0.01 0.92

Tidak Bekerja 15 2.91 0.75

Analisis Ujian-T dalam jadual 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan

terhadap empat konsep kendiri berdasarkan status pekerjaan bapa kecuali dua konsep kendiri

iaitu kendiri fizikal dan kendiri keluarga.

vi. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan bilangan adik-beradik pelajar

Jadual 7 : Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Bilangan Adik-beradik

ASPEK KENDIRI BILANGAN ADIK-BERADIK

N MIN SP UJIAN-T P

Fizikal Tiada 3 3.18 0.47 0.36 0.70

1 hingga 4 orang 57 3.06 0.31

Lebih 4 orang 40 3.04 0.26

Etika dan Moral Tiada 3 3.21 0.33 0.04 0.97

1 hingga 4 orang 57 3.20 0.30

Lebih 4 orang 40 3.22 0.33

Peribadi Tiada 3 3.10 0.20 0.51 0.60

1 hingga 4 orang 57 2.94 0.42

Lebih 4 orang 40 2.89 0.36

Keluarga Tiada 3 3.47 0.17 0.94 0.40

1 hingga 4 orang 57 3.71 0.37

Lebih 4 orang 40 3.75 0.30

Sosial/rakan sebaya

Tiada 3 3.27 0.49 0.73 0.49

1 hingga 4 orang 57 3.02 0.38

Lebih 4 orang 40 3.00 0.35

Sifat Akhlak Tiada 3 2.93 0.46 0.06 0.94

1 hingga 4 orang 57 2.94 0.64

Lebih 4 orang 40 2.89 0.66

Analisis Ujian ANOVA dalam jadual 7 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan bilangan adik-beradik.

4.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

4.1 Tahap Konsep Kendiri Pelajar

Berdasarkan penganalisaan terhadap tahap konsep kendiri pelajar Kolej Komuniti Mas Gading,

di dapati responden tidak mempunyai konsep kendiri yang tinggi bagi lima konsep yang dinilai

kecuali konsep keluarga sahaja. Dapatan ini bertetapan dengan kenyataan yang diberikan oleh

ketua jabatan Kolej Komuniti Mas Gading iaitu tahap konsep kendiri pelajar hanya pada tahap

9

sederhana sahaja. Hal ini menggambarkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tanggapan

penilaian yang sederhana terhadap dirinya sendiri.

Min tertinggi bagi kendiri keluarga dalam kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh

Zulkifli (2003) yang mengkaji hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

pelajar sekolah di daerah Johor Bahru. Dapatan kajiannya mendapati bahawa aspek konsep

kendiri keluarga mempunyai min tertinggi manakala konsep kendiri yang lain berada pada tahap

sederhana seperti aspek kendiri fizikal, etika dan moral, sosial dan peribadi. Walau

bagaimanapun, kajian ini bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Sa’adah (1999)

yang menunjukkan bahawa faktor konsep kendiri fizikal mempunyai min yang tertinggi

berbanding dengan konsep kendiri keluarga. Hal ini berlaku kerana responden berasa tidak

dihargai oleh ahli keluarganya dan seterusnya menyumbang kepada konsep kendiri keluarga

yang rendah.

4.2 Perbezaan Tahap Konsep Kendiri Berdasarkan Demografi

Berdasarkan demografi responden, bilangan responden lelaki dan perempuan adalah lebih

kurang sama manakala majoriti responden (64%) terdiri daripada kaum bumiputera Sarawak

iaitu kaum Iban dan Bidayuh selain daripada kaum bumiputera Sabah seperti Kadazan dan

Dusun. Hanya minoriti yang berbangsa Melayu (27%) dan Cina (9%) Responden juga pada

kebiasaanya mempunyai keluarga yang sederhana besar dengan sekurang-kurangnya

mempunyai 2 atau lebih adik beradik (97%) dan kebanyakan responden tinggal di luar bandar

(67%). Ini menunjukkan bahawa kaum bumiputera etnik tidak kira lelaki mahupun perempuan

yang mempunyai keluarga sederhana besar yang berasal dari luar bandar tidak membezakan

mereka dari segi konsep kendiri.

Responden yang memasuki kolej komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

dari sekolah menengah kebangsaan di sekitar kawasan Bau dan luar kawasan Bau. Ciri-ciri

sekolah menengah kebangsaan pula membolehkan mereka bergaul dan belajar tanpa mengira

jantina, bangsa, tempat tinggal dan saiz keluarga. Faktor rakan sebaya yang kuat di sekolah-

sekolah menyebabkan responden lebih selesa bersama rakan-rakan yang mempunyai

personaliti dan pencapaian yang sama dengannya. Kajian yang pernah dibuat oleh Radin

(1999) terhadap pelajar-pelajar di empat buah Sekolah Menengah di Johor mendapati pelajar

selalu menerima nasihat dan pendapat daripada rakan-rakan sebayanya apabila membuat atau

mengambil sesuatu keputusan yang berkaitan dengan diri mereka. Menurut Moktar (1999),

ramai remaja mula mempelajari erti kehidupan bersama rakan sebaya. Oleh yang demikian,

faktor pergaulan dari sekolah menengah lebih mempengaruhi tahap konsep kendiri responden

di kolej komuniti.

Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri fizikal dan

kendiri keluarga berdasarkan status pekerjaan bapa responden. Ini mengambarkan bahawa

keadaan fizikal diri responden dan institusi keluarga memainkan peranan penting terhadap

perbezaan tahap konsep kendiri responden di kolej komuniti. Berdasarkan data Kajian

10

Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi tahun 2010-2012, didapati bahawa lebih

daripada 50 peratus graduan Kolej Komuniti Mas Gading mempunyai jumlah pendapatan

keluarga responden adalah di bawah seribu. Ini menjelaskan status ekonomi keluarga pelajar

kolej komuniti adalah tidak tinggi.

Menurut Azizi (2005), konsep kendiri seseorang dipengaruhi oleh orang-orang ‘significant’

seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya. Ini disokong oleh Tajudin (1999) yang mendapati

ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan

yang rendah menjadi punca responden gagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu

bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka akan terabai disebabkan mereka tidak dapat

memenuhi kelengkapan yang seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak.

Hurlock (1974) yang menyatakan stabiliti di rumah mempengaruhi perkembangan konsep

kendiri anak. Konsep kendiri kanak-kanak akan terjejas jika mereka tidak menerima perhatian

daripada kedua-dua orang tuanya. Menurut Zakaria (1996) pula, faktor latar belakang

(pendapatan keluarga dan taraf pendidikan) ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa

mempengaruhi konsep kendiri anak-anak. Hasil dapatan ini bercanggah dengan kajian

Coopersmith (1967) dalam kajiannya mendapati tiada hubungan antara penghargaan kendiri

dan saiz keluarga, ketinggian atau status sosio ekonomi. Dalam penulisannya, Azizi Yahaya, et.

al. (2005), ada menyatakan bahawa sebagai seorang yang positif, seseorang itu perlulah

menerima dirinya seadanya iaitu sama ada dari segi fizikal, mental, status sosioekonomi,

jawatan, kelebihan, kelemahan dan sebagainya.

4.3 Implikasi Kajian

Kesan daripada keciciran responden daripada sekolah menengah telah membawa kepada

tahap konsep kendiri responden yang sederhana pada peringkat kolej komuniti. Ini

menunjukkan bahawa pelajar kolej komuniti masih boleh dididik dan dibentuk kearah kendiri

yang lebih positif. Penekanan dari tahap kendiri sosial dan kendiri sifat akhlak perlu

dititikberatkan memandangkan kedua-dua aspek ini mempengaruhi kendiri responden setiap

hari tanpa disedari. Kemahiran generik perlu diterapkan dengan lebih berkesan di kalangan

responden sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Antara kemahiran generik yang perlu ada

bagi responden berdasarkan hasil daripada dapatan kajian ini termasuklah kemahiran

berkomunikasi, mengurus diri sendiri, membuat penyesuaian dan bersikap positif.

Kajian ini juga menjelaskan bahawa terdapat pengaruh pendapatan keluarga terhadap kendiri

fizikal dan kendiri keluarga terhadap pembentuk konsep kendiri positif para responden. Kedua-

dua kendiri ini saling berkaitan rapat. Responden yang berasal dari keluarga yang

berpendapatan pada kebiasannya akan memastikan dirinya sentiasa kemas. Keadaan ini

adalah berkaitan dengan hierarki keperluan individu yang diutarakan oleh Maslow (1968).

Kewangan keluarga menggambarkan kebolehan ibu dan bapa memenuhi keperluan anak-

anaknya. Sekiranya kewangan tidak mencukupi, bagaimana ibu dan bapa memenuhi keperluan

fisiologi ahli keluarganya? Sekiranya individu tidak dapat memenuhi keperluan fisiologinya,

bagaimanakah individu akan memenuhi keperluan di peringkat yang seterusnya? Adalah wajar

untuk menyatakan bahawa kemiskinan boleh menyebabkan ibu bapa banyak membiarkan

11

anak-anak bersendirian di rumah kerana mereka lebih mementingkan untuk mencari jalan

mendapatkan sumber kewangan.

4.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan perbincangan di atas, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang

difikirkan perlu bagi meningkatkan lagi tahap konsep kendiri positif, bukan setakat untuk pelajar

Kolej Komuniti Mas Gading, malah kepada semua pelajar di kolej komuniti kepada beberapa

pihak. Antara cadangan yang difikirkan perlu adalah:

i. Pelajar perlu membuka minda dan berpandangan positif dalam apa jua yang dibuat.

Mereka perlu melangkah ke depan dengan lebih berani dalam menghadapi masalah

kendiri masing-masing. Mereka harus peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling

mereka dengan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat

yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan

displin yang telah ditetapkan. Disamping itu pelajar juga digalakkan berinteraksi

antara satu sama lain.

ii. Ibu bapa harus sedar betapa pentingnya pengaruh keluarga dalam pembinaan

konsep kendiri anak-anak mereka. Mereka haruslah berusaha untuk mewujudkan

satu suasana yang baik dan positif untuk memastikan anak-anak berada dalam

keadaan selesa apabila bersama dengan keluarga walaupun tidak mempunyai

pendapatan yang tinggi.

iii. Pensyarah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi konsep kendiri pelajar

kerana pensyarah merupakan model yang sentiasa diikuti oleh pelajar. Menerusi

seminar Hal Ehwal Pelajar, perkongsian pendapat dan pengalaman antara

pensyarah kolej komuniti dengan pihak luar seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan

Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan dan sebagainya. Kursus atau bengkel yang

berkaitan diharap dapat memantapkan lagi fungsi pensyarah di kolej komuniti dalam

meningkatkan tahap konsep kendiri pelajar.

iv. Penganjuran pelbagai program, bengkel dan kursus pengukuhan diri, kepimpinan,

kemahiran generik, khidmat masyarakat oleh Unit Hal Ehwal Pelajar kolej komuniti

dengan kerjasama Unit Kaunseling juga penting dan ia merupakan salah satu

langkah secara langsung dalam membantu pelajar menjadi seorang yang lebih

pandai berinteraksi dan yakin. Penekanan kepada pembinaan konsep kendiri positif

harus ditekan sepanjang pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersama pelajar.

v. Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mencadangkan satu ujian konsep kendiri

kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi bakal-bakal pensyarah untuk

memastikan pensyarah mempunyai konsep kendiri yang tinggi sahaja dipilih menjadi

pengajar. Keputusan ujian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak Kementerian

membuat pemilihan bakal pensyarah kelak.

12

5.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa tahap kensep kendiri di kalangan pelajar

Kolej Komuniti Mas Gading adalah berada dalam tahap yang sederhana. Selain itu, hasil kajian

telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor status kerja bapa

dengan tahap konsep kendiri pelajar. Ini menunjukkan bahawa bapa telah memainkan peranan

yang penting dan mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan konsep kendiri anak

mereka.

6.0 RUJUKAN

Abu Bakar, Zainudin and Abdullah Sani (2010), Riyanti Kepentingan Konsep Kendiri Positif Dalam Pembelajaran. Skepen 2010 Conference Proceedings.

Azizi Yahaya, Fauziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya. (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip, Amir Hamzah Abdul dan Sharifudin Ismail (2002). Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Di Johor Bahru. http://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdf. Akses pada 5 Julai 2013.

Chiam, H. K. (1976). A Study Of The Self-Concept Of Form 4 Students In An Urban Area And Some Of Its Correlates. University of Malaya: Dissertasi Ph.D.

Coopersmith, S. (1967). The Antecedents Of Self-Esteem. San Francisco: Fresman. Epstein,S. (1980). The Self-concept: A Review And The Proposal Of An Integrated Theory Of Personality. Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall. Fitts, W.H. and Warren, W.L. (1996). Tennessee Self-Concept Scale Manual. (Second Ed.). Los

Angeles: Western Psychological Services. Hurlock, Elizabeth B. (1974). Personality Development. New York : McGraw-Hill. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2007). Unit Hal Ehwal Murid. Laporan Salahlaku

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Terengganu Tahun 2006. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (2012). Didapati pada Oktober 1, 2013.

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/maklumat-kami/visi-dan-misi.html Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research.

Educational and Psychological Measurement. Lewis dan Robin (2000). Statistik Untuk Pengurusan. Edisi Ketujuh. Petaling Jaya: Pearson

Education Asia Pte. Ltd. Maslow, A. H. (1968). Toward A Psychology Of Being (2nd ed). New York: Van Nostrand

Reinhold. Mc Millan, J.H. dan Schumacker, S. (1984). Research in education: A conceptual International

Handbook. USA: Pergamon Press. Mokhtar Mokri (1999). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran Kejuruteraan

Teknikal Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Selepas PMR Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Melaka. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

Noor Sa’adah Royani. (1999). Hubungan di antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Nurul Ezzati, A. (2008). Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik pelajar SPA, SPE Dan SPJ. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

13

Othman Md Johan (1995). Kesan Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Murid-Murid. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Radin Khairuddin Mohammad (1999). Faktor Pemilihan Bidang Serta Pencapaian Prestasi Pelajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Rogers, C. R. (1959). A Theory of Theraphy, Personality and Interpersonal Relationships as developed in the Client-Centered Framework, dalam S.Koch, (ed), Psychology : A Study of Science. New York: McGraw Hill.

Salleh Amat dan Zuria Mahmud (2007). Monograf Pengajaran & Pembelajaran IPTA-Isu Semasa dalam Pendidikan Tinggi Assertiveness: Concept and Its Roles in Developing Better Interpersonal Skills among Malaysian Undergraduate Students. CADE: UPM Serdang.

Sharifah Binti Mohd Kassin (1998). Perkaitan Di Antara Konsep Kendiri Pelajar Dengan Pencapaian Akademik – Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Tajudin Ali (1999). Faktor Yang Membawa Kepada Sikap Rajin Belajar Tiong Hua. http://www.idealis_mahasiswa.net/artikel_harian/feb2002/14feb03.html. Akses pada 5 Julai 2013.

Yahaya, A., Amir Hamzah, A. dan Mohd Taib, N. (2005). Perubahan Konsep Kendiri Di Kalangan Pelajar Pra-Universiti Di beberapa Sekolah Batu Pahat. International Conference On Learning And Motivation. Langkawi, Kedah, Malaysia.

Zahara (2000). Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Pencapaian Dengan Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana

Zainuddin, A., Zuria, M. dan Salleh, A. (2008). Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan 33, 107 – 123.

Zakaria Bin Othman (1996). Hubungan faktor-faktor Latarbelakang dan Komitmen Ibu Bapa dengan Pencapaian Matematik. Universiti Utara Malaysia : http://www.asig.uum.edu.my/research/ethesis/p_pendidikan.cfm. Akses pada 5 Julai 2013.

Zulkifli Mohd Yasin. (2003). Hubungan Antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Pontian. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

7.0 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada staf-staf akademik dan

sokongan Kolej Komuniti Mas Gading kerana telah memberi sokongan yang padu dalam

menjayakan kertas penyelidikan ini. Selain daripada itu, tidak lupa juga untuk merakamkan

terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian tersebut.