41
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK TAHUN SATU 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

  • Upload
    utm-my

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DUNIA MUZIKTAHUN SATU

2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHTAHUN SATU

DUNIA MUZIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2010

K A N D U N G A N

RUKUNEGARA

iii FALSAFAH PENDIDIKAN

iii PENDAHULUAN

iv MATLAMAT

iv OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

v FOKUS MATA PELAJARAN

v ORGANISASI KANDUNGAN

vi

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1Objektif Dunia Muzik Tahun 1 2Modul 1 : Pengalaman Muzikal 3Modul 2 : Penghasilan Muzik 7Modul 3 : Apresiasi Muzik 9Glosari 13

3

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

cita-cita hendak mencapai perpaduan yang

lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta masyarakat yang adil di mana

kemakmuran negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama; menjamin

satu cara yang liberal terhadap tradisi-

tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-

bagai corak; membina satu masyarakat

progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar

akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip- prinsip berikut

:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN

KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN

PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-

UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

4

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah

merupakan program pembelajaran untuk enam

tahun persekolahan. Kurikulum ini digubal

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan

kognitif dan kemahiran murid dalam bidang

muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk

meluahkan idea kreatif di samping

meningkatkan apresiasi terhadap estetika

muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut,

kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan

kepada empat modul utama iaitu Pengalaman

Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik

serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah

bermatlamat untuk membina potensi diri murid

ke arah melahirkan insan kreatif yang

menghayati dan menikmati muzik secara

intelektual menerusi aktiviti muzikal.

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAHRENDAH

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendahbertujuan untuk membolehkan murid mencapaistandard pembelajaran berikut;

i. mengaplikasi kemahiran muzikmenerusi aktiviti nyanyian, gerakandan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membacanotasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatifmenerusi aktiviti nyanyian, gerakandan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulisnotasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis

muzik dengan menyatakan secara

lisan dari aspek muzikal karya muzik

yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusiaktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendahdibina berasaskan empat modul kurikulumdengan peratus pengagihan kandungan sepertiberikut;

Modul Pengalaman Muzikal(60%)

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

Modul Penghasilan Muzik(20%)

Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

Modul Apresiasi Muzik(10%)

Murid menghayati dan menghargai pelbagaijenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% - bermula di Tahun 4)

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

ORGANISASI KANDUNGANKurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah

merupakan program pembelajaran untuk enam

tahun persekolahan iaitu dari tahun satu

hingga tahun enam. Kandungan dokumen ini

disusun berasaskan modul kurikulum berikut:

i.

Pengalaman Muzikal

ii.

Penghasilan Muzik

iii.Apresiasi Muzikiv. Membaca dan MenulisNotasi Muzik

Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut

hierarki tetap. Susunan ini bertujuan

memudahkan kandungan kurikulum

diorganisasikan. Setiap modul kurikulum

dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur

Standard Kandungan mengandungi ilmu

pengetahuan yang perlu dipelajari oleh

murid. Lajur Standard Pembelajaran

menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai

murid.

Dari tahun satu hingga tiga,

Muzik diajar dengan pendekatan bertema

yang menitik beratkan elemen-elemen

kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku

dan Muzik, Mulanya Di Sini dan Alunan

Muzik Ku. Tema-tema ini dirancang

sebagai platform awal kepada murid untuk

mengenali dan menguasai kemahiran muzikal.

Murid berpeluang berkarya secara kreatif

dan seterusnya menghargai nilai

estetik muzik. Dari tahun tiga hingga

enam, fokus pengajaran dan pembelajaran

murid akan diperluas kepada permainan alat

muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon

serta pengenalan kepada penggunaan

perisian notasi muzik.

KURIKULUM DUNIA MUZIKTAHUN 1

2

OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1

Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;

i. menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan

postur yang betul mengikut tempo, ii. memainkan perkusi dengan dinamik yang

sesuai mengikut tempo,

iii. memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik,

iv. menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi

menerusi aktiviti muzikal, v. mengenal pasti warna ton

suara manusia daripada muzik yang didengar; dan

vi. mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

3

KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur

yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut

tempo.

Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic,

tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai

repertoir secara solo atau

berkumpulan.

1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul.- suara bercakap- suara menyanyi- suara memanggil- suara berbisik- suara lelaki dan perempuan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.2 Menyanyi dengan postur yang betul.- postur duduk- postur berdiri

1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat.- pic tinggi- pic rendah

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo.- cepat- lambat

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.

1.2 Memainkan perkusi secara

solo atau berkumpulan daripada

pelbagai repertoir.

1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik.- postur- cara memainkan

1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo.- cepat- lambat

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik.

- lembut ( p )

- kuat ( f )

5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik.

1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo danbunyi.

- dinamik kuat/ lembut- pic tinggi/ rendah- tempo cepat/ lambat- bunyi panjang/ pendek

1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik.- lagu aksi (action song)- permainan nyanyian (singing games)

6

MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif

2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan

suara, perkusi badan dan perkusi mulut.

Aktiviti penerokaan suara:- meniru suara haiwan- meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi

Aktiviti perkusi badan:- bertepuk tangan- menepuk peha- memetik jari

Aktiviti perkusi mulut:

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 Mencipta corak irama mudah.- mengajuk corak irama- mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan

2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa.

- mengajuk melodi- mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan

8

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar.Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada

pelbagai repertoir.

- Muzik Popular- Muzik Tradisional Malaysia- Muzik Klasik Barat- Muzik Asia

3.1.1 Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar.- suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik

daripada muzik yang didengar.

- mud (riang, sedih, marah dan takut)- tempo (cepat-lambat)- tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal)- dinamik (kuat-lembut)

9

GLOSARI

GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic)

Lagu aksi (Action song)

Melodi (Melody)

Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan

muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :

Istilah Simbol

Makna Piano p

Bunyi lembut Forte f Bunyi

kuat

Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Melodi ialah susunan pic secara melintang

dan berkontur. Contoh Melodi:

13

PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood)

Muzik Asia (Asian Music)

Muzik instrumental(Instrumental Music )

Muzik Klasik Barat(Western Classical Music)

Muzik Popular (Popular Music )

Muzik Tradisional Malaysia(Malaysian Traditional Music)

Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:a. Ghazal dari Malaysiab. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa

vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo,

duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik klasik yang berasal dari

negara Barat. Contoh: Symphony

No.5 oleh Beethoven.

Muzik semasa yang dikenali ramai.

14

PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Vocal Music )

Permainan Nyanyian(Singing Games)

Pic (Pitch)

Postur

(Posture)

Repertoir

(Repertoire) Teknik

konvensional

Muzik yang mengandungi nyanyian.

Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”

Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi

atau bermain alat muzik.

Koleksi lagu.

Teknik yang standard untuk bermain sesuatu

alat muzik. Kelajuan sesuatu karya muzik.Contoh: Tempo cepat atau lambat.

15

PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture)

Warna ton (Colour Tone )

Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.

Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan.Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.

16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM

ARAS 4 – 8, BLOK E9KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA

Tel 03 8884 2000 Fax 038888 9917

h tt p : // www . m o e. g o v . m y / b p k