19
KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN PERKEMBANGAN INTELEKTUAL ~ sumbangan tokoh ~

KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

Embed Size (px)

Citation preview

KEMAJUAN DAN

PEMBANGUNANPERKEMBANGAN INTELEKTUAL~ sumbangan tokoh ~

PENGENALANSemasa berlangsungnya Zaman Pencerahan atau Zaman Enlightenment, lahir banyak

tokoh pemikir atau falsafah yang terkenal. Gerakan intelektual ini

menyaksikan munculnya tokoh terkenal seperti Adam Smith, Charles Louis

Montesquieu dan Jean-Jacques Rousseau. Tokoh-tokoh ini berjaya menyebarkan

pemikiran yang menekankan rasional dan menyingkirkan fahaman lama atau kolot.

TOKOH ZAMAN PENCERAHAN

Charles Louis Montesquieu

Jean Jacques Rousseau

Adam Smith

• Bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.

• Contohnya despotisme  (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.• Menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.

• Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

SUMBANGAN The Spirit of Laws 

mengetengahkan dua idea utama ;

Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet) dan  penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman (judiciary).

Dalam buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan  sesebuah empayar, sesorang perlu memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.

Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom.

Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.

KESAN KEPADA PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK

Idea Montesquieu menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789.

Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus memerintah sendiri ), kebebasan      ( kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang tidak adil) dan persamaan ( hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek   kehidupan ).

SUMBANGAN Rosseau terkenal dengan penerbitan risalah politik berjudul ‘ kontrak Sosial’.

Menurut beliau, semua kerajaan menjalankan kuasa mereka berdasarkan perjanjian yang dibuat sesama manusia dan boleh ditukar pada bila-bila masa.

Melalui ‘Kontrak sosial’ (1762), beliau menegaskan bahawa negara dalam keadaan paling kejam tanpa undang-undang dan moraliti.

sikap buruk manusia disebabkan oleh keburukan masyarakat. Orang baik hanya boleh dihasilkan oleh masyarakat yang diperbaik.

Bagi Rosseau segala perkara di dunia ini sebaik-baiknya harus berlangsung tanpa paksaan.

Dalam novel ‘Emile’ (1762) Rosseau mengusulkan satu jenis pendidikan baharu, menurutnya kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa menghadapi pelajaran yang mereka tidak gemari.

KESAN PERUBAHAN LANDSKAP SOSIAL

Idea   Rousseau   pula   meninggalkan   kesan   dalam sistem pendidikan England, Perancis dan Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih bersifat praktikal dan holistik. Terdapat usaha untuk menjadikan pembelajaran lebih menyenangkan dan lebih banyak kebebasan untuk pelajar.

Kini telah wujud pengkhususan pelajaran dan peringkat persekolahan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pendidikan dibahagikan kepada tiga tahap; tahap pertama secara tidak rasmi untuk kanak-kanak antara umur 2-12 tahun; tahap kedua berasaskan pemerhatian dan pengalaman untuk mereka yang berumur antara 13-15 tahun dan tahap akhir secara rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15 tahun sehingga mendirikan rumahtangga.

PERKEMBANGAN ILMU DI ENGLAND

SUMBANGAN Pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya, iaitu ‘The Wealth of Nation’.

Beliau mengembangkan doktrin laisssez-faire yng membawa maksud biarkan keadaan seperti yang sedia ada.

Beliau dan tokoh lain seperti ricardo dan thomas maltus berpendapat bahawa kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi dan sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa.

Antara kritikan yang dimajukan oleh adam smith terhadap dasar merkantalisme ialah tindakan kerajaan mengawal koloni.

Hujah adam smith adalah berasaskan teori faedah mutlak.

Perbincangan beliau juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat.

KESAN KEPADA PERUBAHAN LANDSKAP EKONOMI

Kesan perjuangan Adam Smith membawa kepada pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris di India dan China. Monopoli dengan India dimansuhkan pada  1813 dan dengan China pada 1833.

Pemansuhan monopoli ini membuka peluang perdagangan yang sama kepada pedagang persendirian dan pedagang lain di kedua buah negara ini.

Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan Svarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.

England juga menjalankan dasar perdaganan yang lebih liberal, dengan mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport; meminda Akta Perkapalan pada 1825 dan menggalakkan dasar perdagangan bebas dan penubuhan pelabunan-pelabuhan bebas di tanah jajahan. Sebagai contoh pengsiytiharan Singapura sebagai pelabuhan bebas pada 1819 dan Negeri-Negeri Selat pada 1826.

Perjanjian-perjaniian perdagangan yang liberal juga mula dimeteri dengan negara-negara tanah jajahan. Sebagai contoh Perjanjian Bowring di Thailand pada 1855.

SUMBANGAN ILMU ZAMAN PENCERAHAN KEPADA PERKEMBANGAN

Frederick the Great dari

Prusia (1740-1786)

Peter the

Great

Catherine the Great dari Rusia

Joseph 11 dari Austria (1780-1790)

Raja-raja yang dikenali sebagai ‘enlightened despot’ ingin

memerintah dengan penuh kesedaran.

POLITIKPERUBAHAN

percukaian Raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir  dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.

Reformasi kehakiman

Melibatkan pengumpulan kod-kod jenayah dan sivil.

Mahkamah rayuan

Pemerintah cuba membentuk suatu rangkaian mahkamah rayuan di peringkat daerah dan provinsi.

EKONOMIPERUBAHAN

Pertanian Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk membersihkan kawasan berpaya, membuka kawasan baharu dll

Sistem perburuhan serfdom

Raja-raja berjaya menghapuskan sistem ini kerana kaedah pengeluaran yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ekonomik.

Perindustrian

Raja-raja menghapuskan semua sekatan ke atas perjalanan ekonomi negara. Perdagangan bebas dilaksanakan.

SOSIALPERUBAHAN

Idea progresif Pemerintah-pemerintah memajukan falsafah idea progresif

Kuasa pope Kuasa pope dikurangkan dan mereka kini memerlukan kebenaran diraja sebelum melakukan pelantikan.

Golongan paderi Golongan ini dijadikan sebagai agen dalam bidang pendidikan, kesihatan dna kebajikan.

Pendidikan Pendidikan di peringkat universiti, sekolah rendah dan menengah diperluas dan diperbaik.