30
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 PENGENALAN 2 PENGERTIAN KAUNSELING 3 OBJEKTIF KAUNSELING 4 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 5 PERANAN GURU BIASA DAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN MURID. 14 TEORI-TEORI KAUNSELING 15 MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 20 REFLEKSI 25 BIBLIOGRAFI 27 LAMPIRAN 28 1 | Page

BIMBINGAN DN KAUNSELING KANAK-KANAK

  • Upload
    iptho

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGENALAN 2

PENGERTIAN KAUNSELING 3

OBJEKTIF KAUNSELING 4

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 5

PERANAN GURU BIASA DAN GURU BIMBINGAN DAN

KAUNSELING DALAM MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN

MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN MURID.

14

TEORI-TEORI KAUNSELING 15

MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 20

REFLEKSI 25

BIBLIOGRAFI 27

LAMPIRAN 28

1 | P a g e

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan

modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi

mengisi keperluan negara maju 2020.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara

kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan

mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan

untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-

ubah.

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan

dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang

berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang

pada awal hingga kini.

Menurut Governing Council of the American Counseling Association

(ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental,

psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi,

strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan

dalam pekerjaan dan juga patologi.

Dalam tugasan ini, saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang

konsep kaunseling, teori-teori dalam kaunseling, objektif kaunseling,

kemahiran asas kaunseling dan juga merekayasa bimbingan dan kaunseling

di sekolah.

2 | P a g e

PENGERTIAN KAUNSELING

Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu

proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan

persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai

yang akan menjaadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.

Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses dimana klies diberi

kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan

baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan rentang dirinya serta

pilihan-piliha yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih

berkesan.

Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan

bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang

kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang

efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh

kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta

perasaan klien.

Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien

melihat siapa sebenarnya dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia

tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang

tidak boleh dicapai langsung.

Cottle dan Downie (1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses

dimana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan

menerima maklumat tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang lain

supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan

dalam hidupnya.

3 | P a g e

OBJEKTIF KAUNSELING

1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang

dihadapinya dalam jangka masa pendek.

2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong

klien menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baharu yang

mungkin dalam situasi-situasi lain dalam jangka panjang.

3. Mempercepat perubahan tingkah laku kearah positif.

4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu

kebolehan untuk mengurus hidupnya sendiri.

5. Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab munasabab

keputusan itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat

keputusan yang dibuatnya.

6. Bertindak secara logik serta berkesan.

7. Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang

optimum.

8. Membuat penyesuaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-

kehendak sekolah dan masyarakat.

9. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan

seperi ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-guru.

10.Membantu individiu yang berada dalam keadaan berisiko dan

mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.

4 | P a g e

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Tingkah laku Memberi Perhatian

1. Kedudukan tubuh badan kaunselor

Kedudukan kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien.

Amalan seperi ini penting menunjukkan kepada klien yang kaunselor

berminat untuk mendengar apa jua yang dikatakan oleh klien.

2. Ekspresi muka.

Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, menunjukkan pembimbing

itu sedia menerima klien.

3. Tentangan mata

Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Keadaan

ini menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh

klien dan bersama klien secara fizikal dan mental. Walaubagaimanapun,

kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan

klien. Kaunselor hendaklah mengalihkan pandangan matanya jika didapati

klien berasa malu.

4. Soalan terbuka

Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah

dengan mengunakan soalan terbuka. Cara ini memberikan peluang

kepada klien untuk bercakap lebih lagi.

5. Dorongan minimun untuk bercakap.

Dorongan minimum termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, anggukan

kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-

perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-

kata klien.

5 | P a g e

Kemahiran Mendengar

Dalam kaunseling, aktiviti ini bukan merupakan amalan yang pasif.

Menurut Carl Rogers, seseorang kaunselor hendaklah mendengar secara

aktif. Hal ini bermakna, kaunselor perlu melakukan sesuatu yang positif

agar masalah seseorang murid dapat difahami dengan baik. Kaunselor tidak

seharusnya membenarkan sebarang gangguan sehingga klien itu habis

bercakap. Kaunselor memberikan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan

minat yang tulen terhadap kata-kata klien.

Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bukan sahaja

mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Dalam erti

kata lain, kaunselor hendaklah merasa apa yang dirasakan oleh klien. Hal

ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.

Kemahiran Menyoal

Seseorang kaunselor hendaklah memiliki kemahiran menyoal untuk

mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan daripada klien.

Dalam kemahiran menyoal, terdapat 2 jenis soalan yang dikemukan kepada

klien iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup lazimnya

memerlukan jawapan ya atau tidak , manakala soalan terbuka‘ ’ ‘ ’memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh sebab itu, soalan tetutup

tidak mengalakkan klien menghuraikan tenatng sesuatu, maka maklumat

yang diperolehi adalah terhad.

6 | P a g e

Kemahiran Memahami

Seseorang kaunselor hendaklah sering berusaha memahami masalah

murid sebelum cuba menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap

kurang sabar. Sebaik sahaja mendengar sesuatu masalah, kita terdorong

menyelesaikannya dengan segera. Hal ini bukanlah cara yang berkesan

dalam usaha membantu murid.

Setelah berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan

mendapat gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang

dihadapi oleh murid. Dalam keadaan seperti ini, barulah kaunselor berupaya

menolong murid menyelesaikan masalahnya.

Kemahiran untuk memahami masalah klien hendaklah diperkukuh

agar kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh serta latar belakang

sesuatu masalah. Dalam konteks ini, kaunselor hendaklah berupaya

mengemukakan soalan secara beransur-ansur agar sesuatu senario masalah

murid dapat diperkembangkan

Kemahiran Berempati

Kemahiran berempati merupakan satu kemahiran, iaitu kaunselor cuba

memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien atau muridnya.

Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor

memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi dia jua merasai

perasaan yang dialaminya.

Repons dan kenyataan kaunselor selalunya mengandungi 2 aspek.

Pertama sekali aspek kognitif dan aspek afektif. Kemahiran berempati

kaunselor mengandungi dua komponen kenyataan klien, iaitu idea klien

(kognitif) dan perasaan klien (afektif)

Kedua komponen kenyataan kaunselor iaitu komponen idea dan

komponen afektif. Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk

gambaran kepada klien yang kaunselor telah memahami idea dan

perasaanya, dia terdorong untuk menceritakan masalahnya dengan lebih

lanjut.

7 | P a g e

8 | P a g e

Refleksi Idea

Kemahiran refleksi dalam kaunseling merupakan satu kemahiran, iaitu

kunselor itu membalikkan kata-kata klien. Apabila situasi ini berlaku,

kaunselor dikatakan menjalankan refleksi idea. Dibawah merupakan satu

contoh:

Contoh

Klien

:

Saya tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,

saya berbual-bual sahaja didalam kelas

Kaunselor

:

Kamu berbual-bual sahaja disebabkan kamu tidak memahami

apa yang disampaikan oleh guru

Refleksi idea membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama

ada dia telah memahami apa jua yang disampaikan oleh klien. Selain itu,

refleksi idea membantu klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri.

Setelah memahami masalah klien, kaunselor dapatlah bertindak menyusun

strategi penyelesaian masalah dengan lebih efektif lagi.

9 | P a g e

Refleksi Perasaan

Dalam keadaan ini, kaunselor akan membalikkan aspek emosi klien.

Hal ini dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang

perasaan sebenar yang dialaminya.

Berikut ialah beberapa contoh releksi perasaan:

Contoh

Klien

:

Saya bimbang saya tidak akan cemerlang dalam UPSR

Kaunselor

:

Kamu bimbing tidak akan cemerlang dalam UPSR

Satu cara mengukur refleksi perasaan adalah dengan mengunakan

jadual dibawah berikut. Ruangan satu adalah untuk lima minit pertama,

ruangan kedua untuk lima minit kedua dan seterusnya. Pengukuran Tindak

Balas yang Tepat kepada Perasaan (Cheryl J. Normington).

1 2 3 4 5

Tindak balas tidak menepati isi

Jarang menepati isi

Kadangkala menepati isi

Tidak menghirauan perasaan nyata

Tindak balas tidak menepati perasaan

Kadangkala menepati perasaan

Sentiasa menepati perasaan

Tidak dapat menyentuh perasaan

dalaman

Kadangkala menyentuh perasaan

Sentiasa menepati perasaan

Arahan: Tandakan (/) dalam ruangan berkenaan

10 | P a g e

Interpretasi

Kaunselor membuat interpretasi kerana hendak menyemak pemahaman

masalah yang dikemukan klien. Dia akan mementingkan aspek intelek kata-

kata klien. Interpretasi membolehkan kaunselor memperoleh satu gambaran

yang lebih jelas mengenai maslah yang dihadapi klien.

Antara perkara-perkara yang diberi perhatian semasa kaunselor membuat

interpretasi adalah gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami

oleh klien, jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi dan

toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa

menerima sesuatu interpretasi.

Contoh

Klien

:

Saya tidak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti permainan

saya. Kerja rumah yang diberi oleh guru terlalu banyak

Kaunselor

:

Anda cuba menyatakan guru bersalah kerana memberikan

terlalu banyak kerja rumah dan situasi ini mengganggu

aktiviti-aktiviti permainan kamu.

Pendedahan Kendiri

Pendeahan kendiri merupakan satu kemahiran yakni kaunselor berkongsi

maklumat atau pengalaman diri sendiri dengan klien. Hal ini boleh

dilakukan sekiranya maklumat itu adalah releven serta boleh mendatangkan

kelegaan pada klien. Disini klien dapat merasakan bahawa bukan dia

seorang sahaja dalam keadaan tersebut.

Contoh

Klien

:

Ini kali kedua saya gagal dalam ujian Matematik. Bodohlah

saya ni.

Kaunselor

:

Itu bukan perkara luar biasa. Saya pun pernah gagal dalam

ujian Matematik

11 | P a g e

Pemparafrasaan

Kemahiran ini adalah dimana kaunselor meringkaskan kenyataan klien dari

masa ke semasa. Tujuanya adalah untuk membolehkan kaunselor menyemak

pemahamannya tentang masalah yang disampaikan. Selain itu, parafrasa juga

meningkatkan ingatan guru terhadap isi-isi penting yang telah dinyatakan

oleh murid.

Contoh

Klien

:

Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan

saya terus dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci akan

tindakan cikgu itu. Lagipun saya tidak sengaja. Saya terpaksa

menolong mak mencuci pakaian dan seterusnya menyediakan

makanan untuk adik kecil saya.

Kaunselor

:

Nampaknya anda marah kerana selalu dihalau keluar kelas

walaupun anda ada sebab-sebab yang munasabah.

Konfrontasi

Kemahiran konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa yang

dinyatakan oleh murid adalah berlainan daripada tindakannya. Contohnya,

seorang murid telah berjanji untuk datang tepat kesekolah namun pada

minggu berikutnya pengawas mencatatkan bahawa murid tersebut lambat

datang ke sekolah. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa konfrontasi

boleh digunakan untuk menyedarkan bahawa kata-katanya berbeza daripada

tindakannya.

Contoh

Klien

:

Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor

:

Kamu telah menyatakan beberapa kali kamu tidak meminati

rombongan tersebut, tetapi kamu tetap bertanya tentangnya.

12 | P a g e

Pemberian Nasihat

Menurut Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama

dengan pujukan. Hal ini bermakna, kedua-duanya perlu digunakan dengan

berwaspada. Dalam sesi kaunseling, sebaik-baiknya kaunselor menerokai

strategi penyelesaian masalah satu per satu dengan murid berkenaan.

Contohnya, kalau dia lemah dalam Matematik, jangan terlalu cepat

mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Cadangan seperti ini tidak

memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling. Sesiapa sahaja boleh

memberikan nasihat seperti itu.

Kaunselor hendaklah menerokai masalah murid dengan bertanyakan apa-apa

yang dia boleh buat untuk memperbaiki pencapaiannya dalam Matematik.

Kemungkinan dia akan memberitahu bahawa dia akan meminta bantuan

daripda jiran, kakak atau abangnya. Selain itu, dia mungkin akan

menambahkan lagi latihan dalam matematik.

Kesenyapan

Dalam sesi kaunseling, biasanya terdapat waktu dimana berlaku

kensenyapan. Kesenyapan ini memberikan pelbagai erti. Klien mungkin

berhenti bercakap kerana tidak selesa untuk memberikan makluma dengan

lebih lanjut. Mungkin juga klien mencari idea atau perasaan untuk

disampaikan. Berikan masa kepada klien dan tunggu sehingga klien mula

bercakap selepas kesenyapan itu. Disini kaunselor boleh mengunakan tindak

balas untuk mengakhiri kesenyapan tersebut. Antara tindak balas yang boleh

digunakan adalah Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh“berkongsi dengan saya?”

13 | P a g e

Kemahiran Ketika Ini

Kaunselor mungkin dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke

semasa. Contohnya apabila murid melihat jam tangan beberapa kali,

berkemungkinan dia sudah bosan dengan sesi kaunseling yang panjang itu.

Berkemungkinan juga dia ada temu janji yang lain. Pada masa itu, kaunselor

boleh bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini (here and now).‘ ’Contohnya, kaunselor boleh menyatakan kepada murid bahawa dia kelihatan

sudah bosan dengan sesi itu dan adalah baik jika sesi itu ditangguhkan.

Sebenarnya, kemahiran ketika ini merupakan satu pengakuan tentang apa

yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Berikut ditunjukkan bagaimana

contoh-contoh kemahiran ini digunakan.

Contoh

Kaunselor

:

Saya berasa kamu kurang puas hati dengan saya sekarang.

Membuat Rumusan

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses

mengulung segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Rumusan akan

mengutamakan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama-sama

klien. Membuat rumusan merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi

kaunseling. Hal ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang

lebih mendalam tentang seorang klien serta membantunya meninjau

kemajuan yang telah dicapai. Bahasa yang digunakan oleh kaunselor

hendaklah mudah serta jelas.

Contoh

Mari kita cuba rumuskan apa yang telah dibincangkan. Kamu berasa sunyi“dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang. Sebaliknya, kamu

mengatakan adalah sukar bagi kamu bergaul dengan orang lain. Jadi,

walaupun kamu ingin bergaul, itu menjadi satu perkara yang sukar bagi

kamu.

14 | P a g e

PERANAN GURU DALAM

MEMBANGUNKAN SAHSIAH DAN

MEMBENDUNG MASALAH

DISIPLIN MURID

Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat

mengajar tetapi juga mendidik. Ia membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-

murid melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru

adalah penting kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-

muridnya.

Matlamat akhir ialah membentuk disiplin kendiri yang baik, iaitu

disiplin yang datang daripada kerelaan dan kesukaan hati murid sendiri dan

bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini,

guru hendaklah menunjukkan disiplin yang baik seperti bertatatertib,

berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi

dan bersikap positif. Dengan kata lain, peranan guru dalam melaksanakan

disiplin sekolah ialah mengawasi disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar

sekolah dan dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Di samping itu, guru

juga menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh guru besar dan

pengetua.

Antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling adalah memberikan

kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru-guru lain

ketika menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Selain itu, guru bimbingan

dan kaunseling perlu menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-

murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah

laku yang diingini.

15 | P a g e

Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling perlu membina

perhubungan dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid yang mempunyai

masalah disiplin, pegawai kebajikan, masyarakat atau pihak polis.

16 | P a g e

TEORI-TEORI KAUNSELING

17 | P a g e

Teori-Teori

Kaunseling

Teori Psikoanali

sis

Teori Pemusatan Klien

Teori Terapi

Rasional-Emotif

Teori Analisis

Transakksional

Teori Psikoanalisis

Teori Psikoanalisis telah diperkenalkan oleh seorang pakar saraf dan jiwa

berbangsa Austria di Vienna iaitu Sigmund Freud (1856-1939). Beliau

mengemukan teori ini hasil daripada pengalaman bekerja dengan pesakit-

pesakit jiwa di kliniknya. Corey (1977), berpendapat psikoanalisis adalah teori

pertama muncul dalam tiga mazhab psikologi yang utama.

Terdapat beberapa matlamat Teori Psikoanalisis dalam kaunseling. Pertama,

Teori Psikoanalisis dibentuk untuk menolong orang yang menghadapi

masalah kecelaruan emosi iaitu neurosis. Kedua, Teori Psikoanalisis adalah

untuk membawa motif bawah sedar supaya menjadi motif sedar. Ini akan

membolehkan individi menyatakan pemikirannya secara realiti supaya dapat

membuat plihan yang realistik. Ketiga, Teori Psikoanalisis menstruktur

kembali personaliti yang mempengaruhi keseluruhan hidup klien, cara dia

melihat dirinya dan hubungannya dengan orang lain. Keadaan ini

memerlukan proses yang agak panjang kerana sesi mungkin diadakan

beberapa kali dalam seminggu dan tempohnya kurang daripada setahun.

(Suradi,1996:329).

Beberapa bentuk terapi telah diperkenalkan bagi membawa simptom bawah

sedar ke tahap sedar untuk membantu klien menghadapi realiti dan

membuat pemilihan yang realistik. Antara bentuk terapi yang digunakan

adalah analisis mimpi, perkaitan bebas, pukau, analisis rintangan dan ingat

kembali.

Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisis Freud yang menekankan unsur-

unsur dalaman manusia mendapat kritikan kerana beliau begitu taksub

menjadikan seks (dorongan libido) sebagai bahan untuk menerangkan

tingkah laku manusia. Andaian beliau yang mengatakan manusia dilahirkan

hanya semata-mata untuk memenuhi desakan seksual dan rangsangan juga

tidak tepat apatah lagi jika dibandingkan dengan pandangan-pandangan dari

sudut Islam yang lebih jauh meneroka tentang kejadian manusia. Ini kerana

ajaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang menjadi segala

sandaran hukumannya.

18 | P a g e

Teori Pemusatan Klien/Perorangan

Teori Pemusatan Klien juga dikenali sebagai pendekatan direktif

(nonderective). Teori ini diasaskan dan diperkembangkan oleh Carl Roger

(1902-1987) dan rakan-rakannya sekitar tahun 1940-an. Secara amnya,

menekan aspek konsep kendiri, identiti, perhubungan individu dengan dunia

luar dan penyesuaian kendiri. Teori ini muncul sebagai reaksi terhadap

pendekatan tradisi sebelumnya iaitu psikoanalisis yang dianggap kurang

kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah klien.

Antara matlamat Teori Pemusatan Klien dalam kaunseling adalah pertama

memudahkan penerokaan terhadap pemikiran dan perasaan klien ketika

menjalani sesuatu sesi. Kedua, Teori Pemusatan Klien sesuai dan berkesan

terhadap klien yang menhadapi masalah emosi yang memerlukan terapi.

Ketiga, teori ini menjimatkan atau memendekkan bagi sesuatu masa sesi

pertemuan walaupun kadang-kadang terpaksa diadakan banyak sesi

pertemuan. Keempat, memberi peluang kepada klien menceritakan sama ada

dari aspek emosi atau pengalaman dengan lebih mendalam dalam situasi

terapeutik.

Secara amnya bentuk terapi yang diutarakan adalah berdasarkan satu kuasa

motivasi diri manusia yang cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.

Kaedah yang dijalankan dengan mewujudkan perhubungan satu dengan satu

iaitu kaunselor dengan klien sahaja. Kaunselor hendaklah menerima

perasaan klien dengan bersifat empati dan jujur serta tidak memaksa klien

menerima nilai atau pandangannya. Tegasnya, klien diberi peluang

secukupnya untuk menceritakan dan berkongsi masalahnya dengan kaunselor

dalam suasana terapeutik.

Kesimpulannya, Teori Pemusatan Klien adalah berpusatkan kepada klien.

Secara amnya manusia dianggap sebagai makhluk yang positif, rasional dan

sentiasa bergerak maju. Oleh itu, manusia berkecenderungan membentuk

penyempurnaan kendiri jika dia diberi peluang berbuat demikian. Di

samping itu manusia juga mempunyai kebebasan mutlak dalam membina

matlamat-matlamat hidupnya.

19 | P a g e

Teori Rasional-Emotif

Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai Rational-Emotive Theraphy

atau RET. Teori ini diasaskan oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukan

melalui bukunya Reason dan Emotion in Psychotherapy. Menurut Ellis RET

merupakan satu teori personaliti, satu sistem falsafah dan satu teknik

rawatan psikologi. Teori yang bersifat pendidikan ini lebih menekankan

peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai punca-punca

masalah.

Antara beberapa matlamat Teori Rasional-Emotif mengikut pandangan

Ellis adalah pertama, untuk membina minat kendiri (self-interest) apabila

mempunyai pemikiran yang sihat. Kedua, untuk menanamkan minat sosial

(sosial-interest) secara berkesan dalam kehidupan masyarakat. Ketiga, untuk

membina arahan kendiri (self-direction) dan bertanggungjawab terhadap

kehidupannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung

kepada orang lain. Keempat, untuk membina sikap toleransi hasil daripada

pemikiran yang sihat dan matang serta tidak mengamalkan sikap

menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya. Dan yang kelima, untuk

membina sikap fleksibiliti dan mudah menerima perubahan hasil daripada

pemikiran yang sihat.

Bentuk Terapi Rasional-Emotif (RET) tidak menekankan kepentingan

perhubungan antara kaunselor dan klien. Ini tidak bermakna ia tidak

menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Bagi menjayakan terapi ini,

individu mesti berusaha membebaskan dirinya daripada pemikiran yang

rasional kepada sistem kepercayaan yang baru iaitu pemikiran rasional.

Kesimpulannya, Terapi Rasional-Emotif menekankan pendekatan

kognitif dam kepercayaan bahawa masalah yang dihadapi berpunca daripada

pemikiran yang yang tidak rasional yang menjadikan sistem kepercayaan

individu tersebut. Bagi menjadikan seseorang individu itu berfungsi dengan

lebih berkesan dan sempurna, dia mestilah membebaskannya daripada

pemikiran satau idea yang tidak rasional kepada bentuk yang rasioanl.

Teori Analisis Transaksional20 | P a g e

Teori Analisis Transaksional juga dikenali sebagai teori Analisis Saling

Hubung. Teori ini dipelopori oleh seorang ahli pakar jiwa iaitu Dr. Eric

Lennard Berne (1910-1970) pada awal 1950 an. Teori ini terhasil daripada

pemerhatian yang dilakukan terhadap kliennya dalam sesi kelompok dari

aspek tingkah laku dan cara proses terapi berjalan (Zuraidah, 1991:1).

Antara beberapa matlamat Teori Analisis Transaksional dalam

kaunseling adalah pertama, klien dapat menikmati keupayaan untuk

berinteraksi dengan orang lain lebih sempurna. Kedua, klien memperoleh

perubahan serta pembaharuan pendirian ego dalam kendiri agar dapat

menjurus perubahan perlakuannya. Ketiga, klien boleh untuk mengubah

kehidupan antara dirinya dengan orang lain dalam kehidupan yang sebenar.

Keempat, klien berkeupayaan untuk menjalinkan pendirian ego yang sealiran

iaitu selari dan sesuai dengan apa yang diidamkan sama ada bagi dirinya

atau orang lain. Dan kelima, dapatlah dirumuskan bahawa terapi ini

bermatlamat ke arah menolong manusia atau individu untuk menilai

penentuan-penentuan yang telah mereka rencanakan atau laksanakan

mengikut kesesuaian semasa.

Dalam menjalankan proses kaunseling, Analisis Transaksional banyak

menggunakan teknik yang pinjam daripada terapi Getalt, Psikodrama dan

Modifikasi Tingkah Laku Kognitif.

Kesimpulannya, Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti

atau komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang

sistematik dan rasional dalam memahami tingkah laku manusia. Di samping

itu, ia juga mnggunakan istilah khas dan bicara yang mudah difahami

selepas diterangkan dan digunakan iaitu ibu bapa , dewasa , kanak-“ ” “ ” “kanak dan sebagainya.”

21 | P a g e

MEREKAYASA PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus

kepada program dan aktiviti antaranya pembangunan dan pengembangan

sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan Kerjaya

murid, psikososial dan kesejahteraan mental murid, pengurusan Profil

Murid, pendidikan pencegahan, konsultasi keibubapaan dan yang terkhir

pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

FOKUS PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID

Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri

(charector) murid dari aspek antaranya sikap penyayang (kepedulian), budi

bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan

terakhir ketepatan masa.

FOKUS PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang

perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti

perlakuan ponteng sekolah, perlakuan berunsur jenayah, perlakuan berunsur

kelucahan, perlakuan berunsur kurang sopan dan perlakuan berunsur

vandalisme.

FOKUS PENDIDIKAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid

mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya.

Menerusi fokus ini, guru B & K perlu melaksanakan program Pendidikan

Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti

potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya. Selain itu, guru perlu

menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga

menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.

Antara lain guru hendaklah menyediakan rekod murid selepas tamat

22 | P a g e

persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke

institusi-institusi awam atau swasta.

FOKUS PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan

mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K

perlu membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi,

membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi dan juga membantu

murid mengembangkan pemikiran yang positif

FOKUS PENGURUSAN PROFIL MURID

Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk

membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan

membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih

berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu menyediakan profil setiap

murid bermasalah disiplin, menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah

menyediakan profil kerjaya setiap murid dan menyediakan profil murid dari

segi Kesejahteraan Mental/emosi. Profil murid hendaklah mengandungi

maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga,

latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan

penyelesaian.

FOKUS PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid

agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-

kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV,

dadah, rokok termasuk bahan inhalan. Fokus ini juga adalah memberi

pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri

daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

FOKUS KONSULTASI KEIBUBAPAAN

Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam

keluarga di mana kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari

23 | P a g e

alam persekolahan. Selain itu melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu

bapa murid.

FOKUS PENGEMBANGAN KEMAHIRAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills

(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu melaksanakan

latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS. Selain itu guru B & K

perlu melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan

sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain dengan PRS‘ ’sebagai role model kepada orang lain, memberi galakan kepada rakan agar

bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

KAEDAH PERKHIDMATAN

Antara-antara kaedah perkhidmatan adalah pertama perkhidmatan kaunseling

dan bimbingan secara individu atau kelompok, kedua pelaksanaan program

dan aktiviti murid, ketiga penyampaian (Outreach) yang berkesan dan yang

keempat engagement bersama murid, guru dan ibu bapa.

PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi

Sasaran Kerja Utama guru B & K. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan

kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu

persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI MURID

Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus

perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan

matlamat yang ditetapkan. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir,

rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti

secara berkesan.

24 | P a g e

MENJALANKAN TUGAS LUAR

Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain

daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun.

Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah

tempat mereka bertugas.Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K

diarahkan mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam

tempoh masa yang panjang, menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu

bencana atau mala petaka di sesuatu tempat, dan kekecualian menjalankan

tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini

boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada

Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu. Dalam hal ini, tugas luar

bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain

termasuk KPM, JPN dan PPD.

PENYAMPAIAN (OUTREACH) YANG BERKESAN

Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra

murid, maka guru B & K hendaklah pertama membuat sebaran secara

berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan

kepada murid. Dan yang kedua menawarkan aku janji (piagam pelanggan)

manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.

ENGAGEMENT BERSAMA MURID, GURU DAN IBU BAPA

Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B &

K hendaklah mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu

bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid,

mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan

guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat dan mewujudkan

jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru,

ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap

perkhidmatan yang diberi.

25 | P a g e

KELAS GANTI

Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu

seminggu. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah,

mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan

perkhidmatan B & K. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa

melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

SOKONGAN PENTADBIR SEKOLAH

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K,

sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan.

Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat

pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan

keberkesanan perkhidmatan mereka.

26 | P a g e

REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke Hadrat Ilahi akhirnya tugasan untuk

mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3073) berjaya

disiapkan dengan jayanya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat beberapa

maklumat yang mungkin dahulunya saya tidak pasti. Antaranya saya dapat

membezakan bimbingan dan kaunseling. Tujuan bimbingan menyediakan

khidmat pencegahan seperti menghindarkan pelajar-pelajar daripada terlibat

masalah disiplin manakala dalam kaunseling adalah membaiki diri pelajar

contohnya membantu pelajar yang baru terlibat dalam penyalahgunaan

dadah supaya memperoleh keinsafan tentang bahayanya amalan mereka erta

mempelajari cara untuk memberhentikan amalan mereka. Dari aspek

bimbingan semua orang boleh memberi bimbingan sedangkan dalam aspek

kaunseling hanya kaunselor yang berlesen atau yang menghadiri kursus

bimbingan dan kaunseling boleh memberi kaunseling.

Selain itu, saya juga melihat kepentingan bimbingan dan kaunseling di

sekolah. Antara kepentingannya adalah melalui bimbingan dan kaunseling ia

dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah

kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka

pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah

mereka hanya melihat dari satu sudut jadi dengan ada bantuan bimbingan

dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai

sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan

masalah.

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-

guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan

tugas mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam

profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting.

Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga

kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan

Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang

berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran

27 | P a g e

asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling

ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam

perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi,

kejiwaan dan kerohanian.

Untuk yang terakhir, saya berharap segala yag telah dilakukan semasa

melaksanakan tugasan ini dapat digunakan sebaik mungkin semasa saya

berkhidmat di sekolah kelak. Memandangkan saya sedang mengikuti

praktikum fasa 3 ini, saya akan juga mengaplikasikan apa yang telah saya

pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap tugasan yang

dihantar dapat memenuhi kehendak kertas soalan yang diberi dan pensyarah

pembimbing kami iaitu En Mohd Azhar bin Ab Rahman.

Sekian, terima kasih.

28 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd.

Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan

Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston:

Hughton Mifflin Company.

Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman

Sdn .

Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia

29 | P a g e

LAMPIRAN

RUJUK BELAKANG

30 | P a g e