17
1 ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL PENERUS LEGASI UMAIYYAH: KEPIMPINANNYA PADA TANAH ANDALUS (Abdul Rahman Ad-Dakhil “The Rectifier Of Umaiyyah Legacy”: His Leadership In Andalus) Oleh: Mohd Farhan Md Ariffin * Khadher Ahmad ** Abstrak Dewasa kini, tidak ramai yang tahu mengapa Islam lenyap dari bumi Sepanyol (Andalus). Sedangkan dalam sejarah keilmuan Andalus banyak membuktikan tahap kemajuan memberangsangkan yang dibawa Islam. Banyak juga persoalan mengenai pentadbiran Bani Umaiyah di Andalus sedangkan kerajaan Abbasiyah telah mentadbir dunia Islam. Sejarah ini tidak diketahui oleh kebanyakkan umat Islam walaupun ia tercatat sebagai peristiwa penting dunia Islam. Dalam sejarah Andalus, Abdul Rahman ad-Dakhil merupakan nama yang cukup harum di Sepanyol. Jasa dan pengorbanan Abdul Rahman I atau Abdul Rahman ad-Dakhil dalam membangunkan kerajaan Andalus amat besar sekali terutamanya dalam bidang pentadbiran dan kemajuan. Dalam artikel ringkas ini, pengkaji membincangkan sejarah beliau dalam menggerakkan proses pembentukan semula kerajaan Bani Umaiyah di Andalus yang akhirnya terus bertapak kukuh selama ratusan tahun. Artikel ini juga memfokuskan bagaimana beliau membangkitkan semangat juang masyarakat untuk terus menyokong beliau dalam menegakkan Islam dan seterusnya menentang segala macam tentangan yang dihadapi Andalus termasuklah ancaman kerajaan Abbasiyah dan kerajaan-kerajaan Kristian yang cuba mendapatkan tanah Andalus. Jasa dan pengorbanan beliau tidak dapat dinafikan lagi dan perlu diketengahkan bagi tatapan generasi masa kini. Perjuangan beliau perlu diketahui setiap lapisan masyarakat supaya roh dan semangat perjuangan beliau dapat meresap ke dalam jiwa masyarakat. Kata Kunci: Abdul Rahman Ad-Dakhil, Umaiyah, Kepimpinan, Sumbangan, Andalus. Abstract Nowadays, there are many Muslims whom are still wonder why Islam suddenly vanished from the land called “Andalus”. But, in Andalus or nowadays known as Spain, there are many evidences that notices Islam contributions in it’s development. Besides, there are also exist s many questions about Bani Umaiyah administration in Andalus while in the same time Bani Abbasiyah haven conquered the Islamic world. This vital history facts seem to be forgotten by Muslims although it have been declared among the important time in Islamic history. Actually, in Andalus history, there is one man known as Abdul Rahman ad-Dakhil that have great influence in Andalus history. His contributions are well noticed in Andalus especially in country administration and growth. So, in this short article, it will discuss about his great contributions to reconstruct Bani Umaiyah kingdom in Andalus that lasts until hundreds of time. This article also focused on his leadership in order to strength the society and fights against all odds that have bad intention to seize Andalus. His merit and sacrifice * Mohd Farhan Md Ariffin adalah calon Sarjana Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Boleh dihubungi di [email protected] ** Khadher Ahmad, PhD adalah pensyarah kanan di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected]

ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL “PENERUS LEGASI UMAIYYAH”: KEPIMPINANNYA PADA TANAH ANDALUS

  • Upload
    ukm-my

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL “PENERUS LEGASI UMAIYYAH”:

KEPIMPINANNYA PADA TANAH ANDALUS

(Abdul Rahman Ad-Dakhil “The Rectifier Of Umaiyyah Legacy”:

His Leadership In Andalus)

Oleh:

Mohd Farhan Md Ariffin*

Khadher Ahmad**

Abstrak

Dewasa kini, tidak ramai yang tahu mengapa Islam lenyap dari bumi Sepanyol (Andalus).

Sedangkan dalam sejarah keilmuan Andalus banyak membuktikan tahap kemajuan

memberangsangkan yang dibawa Islam. Banyak juga persoalan mengenai pentadbiran Bani

Umaiyah di Andalus sedangkan kerajaan Abbasiyah telah mentadbir dunia Islam. Sejarah ini

tidak diketahui oleh kebanyakkan umat Islam walaupun ia tercatat sebagai peristiwa penting

dunia Islam. Dalam sejarah Andalus, Abdul Rahman ad-Dakhil merupakan nama yang cukup

harum di Sepanyol. Jasa dan pengorbanan Abdul Rahman I atau Abdul Rahman ad-Dakhil

dalam membangunkan kerajaan Andalus amat besar sekali terutamanya dalam bidang

pentadbiran dan kemajuan. Dalam artikel ringkas ini, pengkaji membincangkan sejarah beliau

dalam menggerakkan proses pembentukan semula kerajaan Bani Umaiyah di Andalus yang

akhirnya terus bertapak kukuh selama ratusan tahun. Artikel ini juga memfokuskan

bagaimana beliau membangkitkan semangat juang masyarakat untuk terus menyokong beliau

dalam menegakkan Islam dan seterusnya menentang segala macam tentangan yang dihadapi

Andalus termasuklah ancaman kerajaan Abbasiyah dan kerajaan-kerajaan Kristian yang cuba

mendapatkan tanah Andalus. Jasa dan pengorbanan beliau tidak dapat dinafikan lagi dan perlu

diketengahkan bagi tatapan generasi masa kini. Perjuangan beliau perlu diketahui setiap

lapisan masyarakat supaya roh dan semangat perjuangan beliau dapat meresap ke dalam jiwa

masyarakat.

Kata Kunci: Abdul Rahman Ad-Dakhil, Umaiyah, Kepimpinan, Sumbangan, Andalus.

Abstract

Nowadays, there are many Muslims whom are still wonder why Islam suddenly vanished

from the land called “Andalus”. But, in Andalus or nowadays known as Spain, there are many

evidences that notices Islam contributions in it’s development. Besides, there are also exists

many questions about Bani Umaiyah administration in Andalus while in the same time Bani

Abbasiyah haven conquered the Islamic world. This vital history facts seem to be forgotten by

Muslims although it have been declared among the important time in Islamic history.

Actually, in Andalus history, there is one man known as Abdul Rahman ad-Dakhil that have

great influence in Andalus history. His contributions are well noticed in Andalus especially in

country administration and growth. So, in this short article, it will discuss about his great

contributions to reconstruct Bani Umaiyah kingdom in Andalus that lasts until hundreds of

time. This article also focused on his leadership in order to strength the society and fights

against all odds that have bad intention to seize Andalus. His merit and sacrifice

* Mohd Farhan Md Ariffin adalah calon Sarjana Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya. Boleh dihubungi di [email protected] **

Khadher Ahmad, PhD adalah pensyarah kanan di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di [email protected]

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

are undeniable and should be highlighted for public views. His crusade must be brought

forward to public in order to educate the whole society so that his contributions will be never

forgotten.

Keywords: Abdul Rahman Ad-Dakhil, Umaiyah, Leadership, Contribution, Andalus.

Pendahuluan

Perkembangan Islam di bumi Andalus merupakan sejarah penting bagi seluruh umat Islam.

Bermula daripada usaha khalifah Al-Walid yang mendapat ilham untuk terus menyebarkan

agama Islam, maka beliau telah mengarahkan Musa Ibn Nusair iaitu gabenor di Afrika Utara

untuk meluaskan pengaruh Islam hinggalah ke bumi Andalus. Andalus suatu ketika dahulu

merupakan sebuah negara yang pernah didiami dan diperintah oleh pelbagai kekuasaan.

Menurut catatan, ia merupakan sebuah kawasan yang pernah didiami oleh suku kaum Eropah

dan Barbar. Menurut kajian para sejarawan, orang Phonecia pernah menubuhkan kerajaan di

situ pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Pada kurun pertama Masihi, Andalus dikuasai

orang Romawi dan diikuti suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalus sehingga ke

tahun 92H/ 711M.

Andalus mendapat nama dari para pengkaji geografi Islam abad pertengahan, yang merujuk

kepada wilayah pemerintahan Islam di semenanjung Iberia yang meliputi negara Portugal dan

Sepanyol moden yang dikenali sebagai al-Andalus. Kemungkinan besar perkataan Andalus

berasal dari perkataan “Vandalusia” yang bererti “Tanah Vandal”, iaitu satu suku Eropah

yang mendiami rantau tersebut sekitar abad kelima Masihi.1 Selain itu, ia dikenali sebagai

Iberia ketika diduduki bangsa Iberia. Pada zaman pemerintahan Rom, ia dikenali sebagai

Asbania. Manakala sewaktu diduduki oleh bangsa Vandal pula dikenali sebagai Vandalusia.

Kemunculan Abdul Rahman Ad-Dakhil merupakan suatu rahmat besar dan ketetapan Allah

SWT untuk terus menegakkan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalus. Bermulanya

kisah pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus apabila gerakan menjatuhkan

kerajaan Bani Umaiyah secara besar-besaran dilakukan oleh Abu Jaafar as-Saffah di Damsyik

bagi mendirikan kerajaan Abbasiyah.

Metodologi Kajian

Metodologi utama yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis berasaskan metode

dokumentasi bagi mengetengahkan isu-isu yang menjadi fokus perbahasan kajian.

Berdasarkan kajian kepustakaan yang dijalankan, pengkaji memfokuskan tentang sejarah

Andalus secara ringkas sebelum Islam dan latar belakang kehidupan serta sumbangan Abdul

Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran Andalus dibahaskan secara terperinci.

Setakat pengamatan dan pengkajian pengkaji, setelah meneliti dengan merujuk kepada kitab-

kitab rujukan sejarah Islam. Pengkaji telah membuat rujukan buku-buku seperti “Sejarah

Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 2”2 dan “Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus”

3

berkenaan sejarah awal Andalus dan kemasukan Islam di Andalus serta meneliti buku

1 Chejne dan Anwar G., Muslim Spain: Its History and Culture (Minneapolis: The University of Minneasota

Press, 1974), 3-4. 2 Drs. Badri Yatim, Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 2 (Jakarta: Lembaga Studi Islam dan

Kemasyarakatan (LSIK), 1993), 93. 3 Ustaz Azam bin Hamzah, Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (Shah Alam Selangor: Penerbit Hizbi Sdn

Bhd, 1991).

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

3

“Sejarah Islam dari Andalus sampai Indus”4, buku “Dinasti-Dinasti Islam”

5 dalam merungkai

kronologi para pemimpin keturunan Bani Umaiyah yang dipelopori Abdul Rahman ad-Dakhil

sehingga zaman Hisyam 3 al-Mu’tadhi (Muluk at-Tawaif) dan sejarah kejatuhan Bani

Umaiyah sehingga zaman kejatuhan Islam Andalus.

Pengkaji turut menelaah buku tulisan Joesoef Soy’yb, “Sejarah Daulat Umayyah 2 di

Cordoba”6, “History Of Muslim Spain”

7 karangan Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri,

Earnest Bruce Iwan-Muller bertajuk “Spanish Islam”8 dan “History of The Islamic People”

9

karya Carl Brockelmann. Buku-buku ini membicarakan keadaan menjelang kedatangan Abdul

Rahman ad-Dakhil dan kepimpinan beliau setelah berjaya meloloskan diri ke Andalus. Selain

itu, cerita mengenai pembangunan dalam aspek pentadbiran diceritakan secara terperinci

termasuklah bagaimana beliau memulakan pembangunan infrastruktur di Andalus mengikut

acuan Islam. Semua buku ini menjadi tumpuan pengkaji dalam membahaskan tentang Abdul

Rahman I dan pembaharuannya secara lebih terperinci.

Dapatan Kajian

Tahap pertama (711-755 M): Sejarah Pembukaan Islam Di Andalus

Pada tahap ini, Sepanyol berada di bawah pemerintahan gabenor yang dilantik khalifah Bani

Umaiyah berpusat di Damsyik. Pada period ini kestabilan politik Sepanyol belum sempurna,

gangguan-gangguan masih terjadi, baik dari dalam mahupun luar. Gangguan dari dalam

berupa perselisihan antara penguasa, terutamanya akibat perbezaan etnik dan golongan.10

Di

samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika

Utara yang berpusat di Khairawan. Masing-masing mengaku bahawa mereka yang paling

berhak menguasai daerah Sepanyol ini. Oleh kerana itu, terjadilah dua puluh kali penggantian

gabenor Sepanyol dalam jangka waktu singkat. Perbezaan pandangan politik itu juga

menyebabkan sering terjadi perang saudara. Hal ini ada hubungannya dengan perbezaan etnik,

terutamanya antara Barbar asal Afrika Utara dan Arab. Dalam etnik Arab sendiri terdapat dua

golongan yang terus-menerus bersaing iaitu suku Qaisy (Arab Utara) dan Arab Yamani (Arab

Selatan). Perbezaan etnik ini sering kali menimbulkan konflik politik, terutama ketika tiada

pengganti kepada gabenor. Itulah sebabnya di Sepanyol tiada gabenor yang mampu

mempertahankan kekuasaannya untuk jangka waktu lama. Period ini berakhir dengan

datangnya Abdul Rahman ad-Dakhil ke Sepanyol pada tahun 138 H/755 M.

Penaklukan pertama Andalus diinspirasikan oleh khalifah Bani Umaiyah iaitu al-Walid bin

Abdul Malik (705-715M) dengan menjadikan Afrika Utara yang dikuasai oleh khalifah Abdul

Malik (685-705M) sebagai batu loncatan untuk memasuki Andalus. Dalam proses

penaklukannya, tiga orang pahlawan Islam iaitu Tharif Ibn Malik, Thariq Ibn Ziyad dan Musa

Ibn Nusair adalah perintis utama dalam kejayaan pembukaan Andalus.11

Pada awalnya, Musa

Ibn Nusair menghantar panglima perangnya, Tharif bin Malik bersama-sama 400 orang

4 Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus, (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya, 1981), 352.

5 C.E.Bosworth , Dinasti-dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993), 32.

6 Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah 2 di Cordoba (Delhi: Penerbit Bulan Bintang, 1997), 6.

7 Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri, History of Muslim Spain (Delhi: Adam Publishers & Distributors,

2000), 94. 8 Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi: Karimsons, 1978).

9 Carl Brockelmann, History of the Islamic People (London: Routledge & Kegan Paul, London and Henley,

1980), 181. 10

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 35. 11

Philip K.Hitti, History of the Arabs (New York: Palgrave Macmillan, 2002), 640.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

tentera berjalan kaki dan 100 orang tentera berkuda.12

Mereka ditugaskan mengkaji

kebarangkalian penyebaran Islam di Andalus. Selanjutnya, pada 711 M, Musa Ibn Nusair

turut menghantar hambanya, Thariq Ibn Ziyad yang berketurunan Barbar memimpin satu

kumpulan tentera Islam seramai 7000 tentera yang kebanyakkannya berketurunan Barbar

untuk menyerang Andalus. Melalui pergunungan yang dikenali sebagai Gibraltar (Jabal

Thariq) pasukan Thariq mudah memasuki wilayah Andalus sehingga Kota Cordova, Granada

dan Toledo dapat ditawan dengan begitu mudah.

Kejayaan cemerlang dicapai Thariq telah mendorong Musa Ibn Nusair untuk turut terlibat

dalam pembukaan Andalus.13

Beliau telah memimpin sepasukan tentera yang terdiri dari 18

000 tentera yang kebanyakkannya orang Arab untuk mara ke Andalus. Mereka kemudiannya

meneruskan penaklukan yang dimulai dengan Seville. Pasukan yang dipimpin oleh Musa Ibn

Nusair berjaya menakluk wilayah Sidonia, Karmona, Seville dan Merida. Pasukan ini

akhirnya bergabung dengan tentera pimpinan Thariq di suatu kawasan berhampiran Talavera

di wilayah Toledo.14

Kedua-dua pasukan bertemu di Toledo seterusnya melakukan

penaklukan bersama-sama. Penaklukan besar-besaran kedua dilakukan pada awal abad ke-8

dan kota-kota seperti Aviriqnon (734M), Lyon (743M), Majorca, Corsia, Sardina, Creta,

Rhodes, Cyprus dan sebahagian dari Sicilia habis ditakluk. Dengan penaklukan ini, seluruh

wilayah Sepanyol dan sebahagian Perancis dan Itali dapat dikuasai oleh tentera Islam.15

Jika diteliti sejarah pembukaan Islam di Andalus, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

kerajaan Visigoth berjaya ditumbangkan oleh tentera Islam. Menurut ahli sejarah Kristian,

sewaktu kemasukan tentera Islam ke Andalus, kerajaan Visigoth telah mengalami siri-siri

kemundurannya. Mereka bergelumang dengan maksiat serta penyelewengan melampau. Maka

kehadiran tentera Islam telah dianggap sebagai suatu malapetaka dari Allah SWT atas

kesesatan dan kederhakaan kaum Visigoth. Kedua: suasana perang antara tentera Islam dan

tentera Kristian juga mengundang masuknya Islam ke Andalus. Daerah Afrika Utara sebelum

itu adalah di bawah penguasaan orang-orang Romawi, akan tetapi setelah dikalahkan tentera

Islam, mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menduduki kota Carthgina. Dari kota inilah

mereka membina semula serangan ke atas Afrika Utara dengan bantuan penduduk Sepanyol.

Ini menjelaskan bahawa serangan yang dilakukan tentera Islam ke atas Andalus bukan suatu

pencerobohan, tetapi bertujuan menghindarkan bahaya yang mengancam mereka.

Ketiga: perebutan kuasa yang berlaku menyebabkan tentera Islam memulakan serangan ke

atas Andalus. Kemasukkan tentera Islam juga adalah atas undangan pihak di Andalus.

Roderick (raja bangsa Got) merebut kekuasaan di Andalus menyebabkan anak-anak Raja

Witiza yang dikalahkannya memusuhinya dan mencari jalan untuk menggulingkannya.

Mereka seterusnya datang ke Afrika Utara dan mempelawa kaum muslimin menyerang

Andalus. Selain dari itu, Raja Roderick juga bermusuh dengan Count Julian yang memerintah

Cueta (Septah). Permusuhan itu berlaku kerana kemarahan Julian kepada Roderick yang

12

Reinhart Dozy, Spanish Islam: A History of Moslems in Spain (London: Frank Cass, 1972), 230. 13

Menurut seorang sejarawan Barat iaitu Philip K.Hitti dalam bukunya yang bertajuk “History of The Arabs”,

beliau menyatakan bahawa kedatangan Musa Ibn Nusair ke Andalus akibat terkejut dan cemburu dengan

pencapaian yang telah dimiliki oleh Thariq Ibn Ziyad. Maka beliau sendiri telah meminpin sepasukan tentera

yang terdiri daripada orang-orang Arab bagi mendapatkan harta rampasan yang lebih banyak daripada Thariq. 14

Dikhabarkan di dalam buku “History of The Arabs” karangan Philip K.Hitti, bahawa setelah Musa menemui

Thariq, beliau telah menghukum Thariq dengan merantai kakinya akibat daripada tidak mengendahkan

arahannya. Beliau mengatakan Thariq telah bertindak sendirian setelah melihat tentera Islam dengan mudah

menawan hampir separuh daripada Andalus dan hilang pertimbangan serta bernafsu untuk mendapatkan harta

rampasan yang lebih banyak. 15

Philip K.Hitti, History of the Arabs, 640.

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

5

merosakkan anak gadisnya, Florinda. Bagi membalas dendam, Julian memberikan tawaran

kepada tentera Islam jika Andalus dapat ditawan selain berjanji memberikan bantuan-bantuan

yang diperlukan tentera Islam.

Keempat: undangan dari penduduk Andalus untuk menjaga hak-hak mereka yang telah

diambil kerajaan Visigoth. Tentera-tentera Islam telah mendapat sokongan dan bantuan

daripada rakyat Andalus sejak awal lagi. Setelah Islam menguasai Andalus, maka khalifah

Bani Umaiyah ketika itu iaitu al-Walid bin Abdul Malik (705-715M) dalam memahami

pemerintahan di Andalus, berikut adalah salasilah gabenor dan pemerintah berketurunan Bani

Umaiyah di Andalus:

Salasilah Gabenor Islam Andalus16

i. Abdul Aziz bin Musa (713-715)

ii. Ayub bin Habib Lakhmi (716)

iii. Hur bin Abdul Rahman Saqfi (716-718)

iv. Samah bin Malik alKhulani (718-721)

v. Abdul Rahman bin Abdullah Ghafiqui (721)

vi. Anbass bin Sahim Kalbi (721-725)

vii. Azra bin Abdullah Fahri (725)

viii. Yahya bin Salma (725)

ix. Usman bin Ali Ibaida (726)

x. Usman bin Abi Nasa Khasami (727)

xi. Huzaifa bin Ahwas Qaisi (728)

xii. Haisam bin Ubaid Kalabi (729)

xiii. Muhammad bin Abdullah Ashjaiin(729)

xiv. Abdul Rahman al-Ghafiri (731-732)

xv. Abdul Malik bin Qatn Fahrin (732-734)

xvi. Aqbabin Hajjaj Sloohi (735-738)

xvii. Abdul Malik bin Qatn Fahri (739-742)

xviii. Balj bin Bashar Qusairi (742)

xix. Salaba bin Salama Alameli (742-743)

xx. Abdul Khattar Husam bin Zarrar Kalbi (743-746)

xxi. Yousuf bin Abdul Rahman al-Fihri (747-756)

Salasilah Pemerintah Andalus Keturunan Bani Umaiyah17

i. Abdul Rahman I ad-Dakhil (756- 788)

ii. Hisyam I (788-792)

iii. Al-Hakam I (796-822)

iv. Abdul Rahman II Al-Mutawassith (822-852)

v. Muhammad I (852-886)

vi. Al-Mundzir (886-888)

vii. Abdullah (888-912)

viii. Abdul Rahman III An-Nashir (912-961)

ix. Al-Hakam II Al-Mustanshir (961-976)

x. Hisyam II Al-Mu’ayyad (976-1009)

xi. Muhammad II Al-Mahdi (1009)

xii. Sulayman Al-Musta’in (1009-1010)

xiii. Muhammad II (1010)

16

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 21-32. 17

C.E.Bosworth, Dinasti-dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993), 32-33.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

xiv. Hisyam II (1010-1013)

xv. Sulayman (1013-1016)

xvi. Hammudiyyah Ali An-Nashir (1016-1018)

xvii. Abdul Rahman IV Al-Murtadha (1018)

xviii. Hammudiyyah Al-Qasim Al-Ma’mun (1018-1021)

xix. Hammudiyyah Yahya Al-Mu’tali (1021-1022)

xx. Hammudiyyah Al-Qasim (1022-1023)

xxi. Abdul Rahman V Al-Mustazhhir (1023-1024)

xxii. Muhammad III Al-Mustakfi (1024-1025)

xxiii. Hammudiyyah Yahya (1025-1027)

xxiv. Hisyam III Al-Mu’tadhi (1027-1031)

Abdul Rahman ad-Dakhil Dalam Pelarian

Melalui penelitian, ketika mana kerajaan Umaiyah dalam keadaan terumbang ambing dan

mengalami masa-masa pemerintahan terakhir, kerajaan Abbasiyah terus menerus melakukan

revolusi dan mendesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Akhirnya, pada tahun

132H/750M, Marwan II iaitu bapa saudara Abdul Rahman ad-Dakhil telah dibunuh dengan

kejam oleh pemberontak Abbasiyah. Kerajaan Abbasiyah berjaya mengalahkan kerajaan

Umaiyah dengan serangan terakhir di Damsyik.18

Semasa kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah

ke tangan Bani Abbasiyah pada tahun tersebut, kerajaan Abbasiyyah mengambil tindakan

kejam menghapuskan seluruh keturunan Bani Umaiyah atas perintah as-Saffah. Al-Baladuri

mencatatkan bahawa as-Saffah mengarahkan semua keturunan Umaiyah yang bernama

Muawiyah, Sufyan, dan Marwan dibunuh dengan mengecualikan orang yang tidak bernama

seperti nama-nama tersebut. Hampir semua keturunan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah

dibunuh hidup-hidup dan turut mengarahkan gabenor di setiap wilayah memburu saki baki

keturunan pemerintah Bani Umaiyah.

Akan tetapi, Abdul Rahman ad-Dakhil, salah seorang ahli keluarga pemerintah Umaiyah

berjaya meloloskan diri dari tentera Abbasiyah. Diceritakan sewaktu tentera Abbasiyah

diarahkan membunuh saki-baki keturunan pemimpin Bani Umaiyah, Abdul Rahman dan

adiknya, Yusuf Ibn Muawiyah Ibn Hisham19

sedang berehat di sebuah khemah dan mereka

telah diserbu tentera Abbasiyah. Maka beliau terjun ke dalam sungai dan mengajak adiknya

untuk turut serta.20

Ditakdirkan adiknya tidak pandai berenang dan telah termakan pujukan

dan janji manis tentera Abbasiyah. Apabila adiknya berpatah balik ke tebing sungai, maka

beliau telah dibunuh di depan mata Abdul Rahman ad-Dakhil yang ketika itu meneruskan

renangan hingga sampai ke seberang. Akhirnya, beliau terus melarikan diri dan berhasrat

berlindung ke Andalus.21

Dengan penuh tabah beliau menghadapi segala rintangan dan

berjalan kaki menuju ke arah barat daya. Kedua-dua mereka kemudiannya meloloskan diri

sehingga ke Mesir melalui jalan berbelit-belit, berbukit bukau, meredah padang pasir dan

menghindari kota-kota yang mungkin mengandungi pengintip Abbasiyah. Akhirnya beliau

sampai ke Palestin bersama seorang hamba suruhannya, Baldj Ibn Bishr. Mereka

kemudiannya meneruskan perjalanan ke Afrika Utara. Ketika di Afrika Utara, beliau

terselamat daripada dibunuh oleh seorang berketurunan Yusuf al-Fihri. Abdul Rahman dan

hambanya telah menyamar dengan cekap.22

18

Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah, 6. 19

Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi: Karimsons, 1978), 161. 20

Ibid., 162-163. 21

Philip K.Hitti, History of the Arabs, 642. 22

Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah, 10.

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

7

Ketika mana mereka tiba di Maghribi pada tahun 137H/755M, mereka diberi layanan

istimewa dan mendapat sambutan baik orang-orang Barbar yang mempunyai hubungan darah

dengan ibu Abdul Rahman. Wilayah Maghribi pada waktu itu dalam wilayah Andalus dan

tunduk kepada Amir Andalus yang berpengkalan di Toledo. Inilah buat pertama kalinya

seoang Amir berketurunan Bani Umaiyah menjejakkan kaki dalam wilayah kekuasaan

Andalus. Seterusnya, Abdul Rahman ad-Dakhil menghantar Badlj untuk meninjau sambutan

masyarakat Syria. Mereka berasal dari Sham dan datuk dan nenek moyang mereka dahulu

menjadi penyokong kepada tertegaknya kerajaan Bani Umaiyah di bawah pimpinan

Muawiyah Ibn Abi Sufyan. Kedatangan keturunan Bani Umaiyah amat dialu-alukan tentera

Syria. Ini kerana kebanyakan pemimpin tentera di sana terdiri daripada Bani Umaiyah.

Mereka seterusnya menyertai division tentera Syria ke Elvira dan Jaen di Andalus. Ketika itu,

usia beliau baru mencecah 22 tahun. Badlj berjaya menghubungi tokoh-tokoh besar dan

pemimpin pihak Yamani yang bersedia menyokong Abdul Rahman ad-Dakhil bagi merebut

kekuasaan di Andalus. Mereka telah berangkat secara sembunyi bersama Badlj untuk

berjumpa Abdul Rahman di Melilia. Maka, di situlah terikatnya bai’ah dan janji setia di dalam

perjuangannya. Peristiwa tersebut terjadi pada tahun 756M. Mereka turut mengirimkan

sebuah kapal di Cueta dengan 20 orang pengiring untuk menjemput Abdul Rahman ad-

Dakhil. Kapal ini mendarat di sebuah kampung berhampiran Elvira.

Bersama-sama tokoh-tokoh Yamani, Abdul Rahman menyeberangi Jabal Thariq memasuki

kota Al-Gesiras. Pembesar-pembesar di wilayah tersebut menyatakan taat setia kepada beliau.

Lalu beliau menuju ke kota Sidonia dan mendapat bai’ah pemimpin dan masyarakat di sana.

Kemudiannya, beliau meneruskan perjalanan menuju ke kota Moron de La Frontera (al-

Moror) dan gebenornya Ibn Sabbah mengangkat bai’ah kepadanya. Sesampainya Abdul

Rahman ad-Dakhil di Cordova, beliau telah disambut oleh para pembesar Yamani. Abdul

Rahman yang berketurunan khalifah terpaksa menjalani kehidupan yang sukar. Daripada

kehidupan mewah, disebabkan tragedi yang telah menimpa seluruh keturunannya, maka

beliau telah hidup dalam pelarian bersama seorang hambanya. Dengan pengalaman tersebut,

Abdul Rahman telah belajar memahami kehidupan rakyat-rakyatnya dan dilakukan perubahan

pemerintahan selepas beliau menjadi pemerintah Andalus. Pelarian mereka dicatatkan

berlangsung selama lima tahun.

Tahap Kedua (755-912 M): Period kedatangan Abdul Rahman ad-Dakhil

Pada tahap ini, Andalus berada di bawah pemerintahan Amir (gabenor) tetapi tidak tunduk

kepada pusat pemerintahan Islam yang ketika itu dipegang oleh khalifah Abbasiyah di

Baghdad. Amir pertama adalah Abdul Rahman 1 yang memasuki Sepanyol pada tahun 138

H/755 M dan diberi gelaran Al-Dakhil (yang masuk ke Sepanyol). Beliau berjaya mendirikan

dinasti Bani Umaiyah di Sepanyol. Beliau merupakan pengasas pemerintahan kerajaan Bani

Umaiyah di Andalus (755 M) yang mana merupakan sebuah dinasti Islam yang memerintah

sebahagian besar Iberia selama hampir tiga abad.23

Pada period ini, umat Islam Sepanyol

mula berkembang maju. Abdul Rahman ad-Dakhil mendirikan masjid Cordova dan sekolah-

sekolah di kota-kota besar Sepanyol.

23

Ibid.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

Abd al-Rahman I atau nama penuhnya Abdul Rahman Ibn Muawiyah Ibn Hisham Ibn Abdul

Malik Ibn Marwan (731-788M).24

Variasi ejaan namanya termasuklah Abd ar-Rahman I,

Abdul Rahman I dan Abderraman I. Abdul Rahman dilahirkan pada 113H/731M di Damsyik.

Ibunya Rahah merupakan salah seorang keturunan Barbar yang datang dari Maghribi. Beliu

telah menjadi anak yatim sejak berusia 10 tahun.25

Datuk dan moyangnya iaitu Hashim Ibn

Abdul Malik dan Abdul Malik Ibn Marwan, masing-masing pernah menjadi khalifah Bani

Umaiyah sewaktu pusat pemerintahan Islam di kota Damsyik. Abdul Rahman Ibn Muawiyah

dikenali dengan gelaran ad-Dakhil (yang memasuki), Saqr Quraisy (Helang Quraisy) dan ada

juga yang memberi gelaran “Knight of Andalusia”.26

Sejarah bagaimana beliau mendapat

gelaran tersebut bermula apabila tercatitnya sejarah mengenai kejayaan beliau menyelamatkan

diri daripada diburu oleh sekutu-sekutu kerajaan Bani Abbasiyah. Khalifah al-Mansur juga

pernah berkata sesuatu kepada pengawal istananya berkenaan gelaran yang diperolehi Abdul

Rahman ad-Dakhil ini.

Dipetik daripada karangan Joesoef Sou’yb “Sejarah Daulah Umayyah di Cordova”.

“Siapakah yang layak digelar sebagai burung helang suku Quraish?” Pengawalnya menjawab:

“Tentunya tuan sendiri.” Jawab al-Mansur: Tidak! Burung helang suku Quraish ialah Abdul

Rahman yang mengembara seorang diri menembus padang pasir Asia dan Afrika dan berhati

waja untuk menentukan nasibnya tanpa pasukan di belakangnya mengharungi laut menuju

negeri yang tidak dikenalinya.”

Beliau juga telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Hulal. Dikatakan beliau telah

mengahwini beberapa wanita lain, namun identiti mereka tidak dapat dipastikan. Beliau turut

dikurniakan beberapa orang anak hasil daripada perkahwinan dengan Hulal dan wanita-wanita

lain. Menurut Saud Khan Rohilla, Abdul Rahman ad-Dakhil mempunyi seramai 150 orang

anak bersama isteri-isterinya.27

Dalam sejarah, Abdul Rahman ad-Dakhil telah

membahagikan wilayah kekuasaannya dan diserahkan kepada tiga orang putera

kesayangannya. Putera pertama ialah Amir Sulaiman (gabenor kota Toledo), Amir Hisyam,

putera kedua (gabenor kota Merida) dan putera terakhirnya Amir Abdullah (gabenor kota

Valencia). Namun anaknya yang terkenal dan pengganti beliau sebagai Amir Andalus ialah

Hisyam Ibn Abdul Rahman atau dikenali sebagai Hisyam 1. Setelah memerintah selama

hampir 32 tahun, maka pada tahun 172H/788M Amir Abdul Rahman I menghembuskan nafas

terakhir pada usia 61 tahun. Dari seorang pelarian politik, beliau akhirnya menjadi seorang

penguasa yang disegani dan dihormati oleh pihak lawan dan kawan. Beliau meninggal di kota

Cordova dan dikebumikan di suatu tempat yang dipanggil Mezquita. 28

Peribadi Abdul Rahman ad-Dakhil

Kejayaan perluasan kuasa wilayah Bani Umaiyah tidak hanya disandarkan oleh kekuatan

tentera. Ia juga didorong oleh kelebihan dalam bidang pentadbiran serta pemerintahan negara.

Ditinjau daripada penelitian sejarah, berbeza dengan khalifah-khalifaah sebelumnya

khususnya khalifah Muawiyah sebagai pengasas kerajaan Bani Umaiyah, mereka lebih

banyak memasukkan unsur-unsur sistem pemerintahan dan pentadbiran Parsi. Sebagai contoh,

telah diterapkan sistem pemerintahan monarki mutlak dan sistem pentadbiran pembahagian

24

Dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah, Intisari Sejarah Islam Di Afrika Utara Dan Sepanyol (Kuala Lumpur:

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1989), 33. 25

Earnest Bruce, Spanish Islam, 164. 26

Masud al-Hasan, History of Islam Vol 1 (Lahre Pakistan: Islamic Publications, 1998), 548. 27

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 115. 28

Ibid.

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

9

jabatan-jabatan.29

Selain itu, Muawiyah turut memakai pakaian dan perhiasan khalifah

sebagaimana dipakai kisra-kisra Parsi. Contohnya, penggunaan pakaian kebesaran, mahkota

di atas kepala, berjalan didampingi pengawal, menggunakan gelaran khalifah dan Muawiyah

turut meletakkan jarak dengan rakyat biasa sehingga menjadikan beliau tidak mesra rakyat.

Begitu juga dengan Amir Abdul Rahman ad-Dakhil yang mewarisi sifat kepimpinan daripada

keturunannya Bani Umaiyah. Beliau tidak jauh beza dengan khalifah-khalifah kerajaan Bani

Umaiyah di Damsyik sebelum kejatuhannya.

Namun, apa yang membezakan Abdul Rahman ad-Dakhil dengan khalifah-khalifah lain

adalah sifatnya yang lemah-lembut, tidak gopoh dalam membuat keputusan, tidak berlebih-

lebihan dalam perhiasan dan apa yang penting adalah sikap beliau yang mesra rakyat. Amir

Abdul Rahman sangat aktif menjelajah setiap kota sekitar Andalus bagi memastikan setiap

masyarakat telah berbai’ah dengannya dan hidup dalam keadaan aman. Tidak hanya

masyarakat yang beragama Islam, namun masyarakat bukan Islam turut menyenangi sifat dan

tingkah laku Abdul Rahman ad-Dakhil sebagai pemerintah yang adil. Semasa zaman

pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus, beliau telah menggunakan gelaran Amir

sebagai orang paling berkuasa di wilayah itu. Beliau tidak merebut gelaran khalifah yang

digunakan oleh kerajaan Bani Abbasiyah ketika itu.

Sumbangan Abdul Rahman ad-Dakhil di Andalus

i. Mengekalkan Dinasti Bani Umaiyah

Antara sumbangan Abdul Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran Andalus adalah

mengekalkan kekuasaan Bani Umaiyah. Sejak Abdul Rahman menjadi penguasa di kota

Cordova,30

beliau berniat memulihkan kembali kekuasaan dinasti Bani Umaiyah, walaupun

sukar untuk diterima. Namun beliau telah berjaya mendapat sokongan masyarakat Andalus.

Ramai penduduk-penduduk Andalus berkumpul dibelakangnya dan setelah enam bulan,

mereka telah memberi kepercayaan kepada pemimpin baru mereka iaitu Abdul Rahman I.

Kempen untuk melonjakkan pengaruh Abdul Rahman ad-Dakhil ke singgahsana kekuasaan di

Andalus semakin menggalakkan. Beliau sendiri turut mengelilingi kota untuk menyeru

kepada seluruh rakyat untuk mendukung segala usahanya.

Setelah semuanya siap, Abdul Rahman telah mengerahkan semua pengikutnya ke sebuah

tempat di Cordova. Peristiwa ini terjadi pada hari Isnin bersamaan enam Zulhijjah 756 M.

Yusuf al-Fihri (penguasa Andalus sebelum kedatangan Abdul Rahman) dan Shumeil serta

pasukan-pasukannya tiba di Almodovar, daerah Megara (berhampiran Cordova). Abdul

Rahman telah bersiap sedia menghadapi peperangan segera menuju ke Megara. Maka

berlakulah satu pertempuran antara kedua-dua pihak. Sebelum tengah hari, ramai anggota

pasukan Yusuf al-Fihri terkorban dan beliau telah berundur ke Merida dan sebahagian

pengikut Shumeil berundur ke Yodar.31

Justeru, beliau telah berjaya memulihkan kekuasaan

Bani Umaiyah di Andalus. Buat pertama kalinya, ia menjadi sejarah pemerintahan paling

stabil di semenanjung Iberia itu.

29

Mohamad Nurhakim, Jatuhnya Sebuah Tamadun, (Kuala Lumpur: PTS Islamika, 2009), 70. 30

Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya, 1981), 365. 31

Earnest Bruce, Spanish Islam, 179-181.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

Setelah peristiwa tersebut, masih terjadi beberapa siri rusuhan,32

tetapi ia dapat dipatahkan

oleh Abdul Rahman ad-Dakhil. Rusuhan pertama dilakukan oleh Syakkana Ibn Abdul Wahid

di pesisir timur Andalus sekitar tahun 773 M. Rusuhan kedua dari kelompok suku Yamani di

Sevilla di bawah pimpinan Abdul Ghaffar dan Haiwat Ibn Malabis pada tahun 774 M.

Rusuhan ketiga berlaku dibawah gerakan kerajaan Abbasiyah pimpinan Abdul Rahman Ibn

Junaib al-Fihri pada tahun 779 M. Rusuhan keempat dilakukan oleh Abul Aswad Muhammad

Ibn Yusuf dan saudaranya Kasim Ibn Yusuf yang berlanjutan selama tiga tahun semenjak

785-787 M. Manakala selebihnya adalah masa-masa yang sangat aman selama masa

pemerintahan Abdul Rahman ad-Dakhil. Dengan terjaminnya keamanan tersebut, maka

kemakmuran hidup rakyat umum berkembang dalam wilayah Andalus termasuklah di dalam

dunia perdagangan.

ii. Mewujudkan Sistem Pentadbiran Berkesan

Sumbangan beliau dapat dilihat pada keberkesanan pentadbiran beliau. Pentadbiran negara

telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:

Pertama: Pemerintahan dipimpin oleh seorang Amir iaitu beliau sebagai ketua negara.

Manakala wilayah atau daerah-daerah kecil dipimpin oleh seorang gabenor yang dilantik oleh

Amir. Gabenor didampingi oleh setiausaha, pengawal, dan jabatan-jabatan penting lain

contohnya pejabat pendapatan, pejabat polis, dan ketua keagamaan dan hakim (Qadi).

Kedua: Pada peringkat pemerintahan pusat pula, dibentuk suatu sistem lembaga dan jabatan

contohnya Dewan Negara yang terdiri daripada setiausaha negara, setiausaha pendapatan,

setiausaha tentera, setiausaha polis, dan ketua keagamaan dan hakim.33

Beliau juga telah memindahkan kedudukan ibu kota Andalus dari Toledo ke kota Cordova

disebabkan faktor politik dan strategi demi mempertahankan kedudukan Andalus. Beliau

membangunkan tembok terkenal di kota Cordova dan beliau turut membahagikan kota-kota di

Andalus kepada enam wilayah utama dan setiap wilayah diperintah oleh seorang gabenor.34

Jika dilihat kepada penggunaan bahasa pentadbiran, Abdul Rahman ad-Dakhil telah

meneruskan tradisi zaman khalifah Abdul Malik. Pada asalnya, pentadbiran Muawiyah

menggunakan bahasa Yunani dan bahasa Palawi. Namun pada zaman pemerintahan khalifah

Abdul Malik bin Marwan, beliau telah menukar bahasa pentadbiran kepada bahasa Arab.

Begitu juga yang diamalkan oleh Abdul Rahman ad-Dakhil dalam pentadbiran. Beliau tidak

mempunyai banyak masalah dalam pentadbiran kerana sebelum kedatangannya lagi, gabenor-

gabenor di Andalus telah menerapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pentadbiran. Maka

pada zaman Amir Abdul Rahman I, beliau hanya meneruskan tradisi yang sudah diterapkan

dan dipelopori nenek moyangnya.35

Malah, orang bukan Arab pada waktu itu telah mahir

berbahasa Arab. Bahasa Arab diberi lebih perhatian, terutamanya pada unsur tatabahasa.

Perkara inilah yang telah mendorong Sibawayh untuk menyusun kitab tatabahasa sehingga

menjadi rujukan pengkaji tatabahasa Arab dewasa ini.

32

Ibid., 17-18. 33

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 108. 34

Syed Amir Ali, A Short History of Saracens (New Delhi India: Adam Publishers & Distributors, 2010), 475. 35

Mohamad Nurhakim, Jatuhnya Sebuah Tamadun, 71.

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

11

iii. Mempertahankan Kestabilan Andalus

Bagi mempertahankan keamanan Andalus, langkah yang diambil beliau ialah mengukuhkan

pertahanan negara dan ditubuhkan division tentera yang dianggotai hamba-hamba dari utara

Pyrenee. Selain itu, beliau turut mengukuhkan kekuasaan Islam dengan terus menerus

melakukan pertahanan terhadap kota-kota yang ditakluki Islam.

Kekuasaan negara Kristian turut sama mengambil perlindungan daripada kekuasaan Islam

pimpinan Amir Abdul Rahman I kerana khuatir negara mereka akan terus pupus di dalam peta

sepertimana yang telah terjadi kepada kerajaan Visigoth. Sebagai contoh, Fruela I telah

memohon pengakuan dari Amir Abdul Rahman ad-Dakhil. Fruela I (757-768 M) adalah

putera kepada Alfonso I (739-757 M) dari kerajaan Asturia berkedudukan di penjuru barat

laut semenanjung Iberia itu. Menurut “The Historians’ History of The World”, vol. X halaman

42, beliau telah memohon pengakuan Amir Abdul Rahman I dari Codova ke atas kerajaan

beliau dan bersedia untuk membayar ufti tahunan kepada kerajaan Islam Andalus. Fruela

yang mengetahui kekuatan dan pengaruh yang dimiliki oleh Abdul Rahman I berasa khuatir

tentang kerajaannya yang baru tumbuh setelah diperluaskan oleh ayahnya Alfonso I, maka

beliau tidak segan memohon perlindungan dari kerajaan Abdul Rahman I dengan kesediaan

membayar jizyah. Beliau telah bertindak tepat selepas menyaksikan nasib kerajaan Visigoth

di Malaga pada tahun 756 M yang telah lenyap.36

Kepintaran Abdul Rahman ad-Dakhil terhadap politik terserlah setelah beliau menyaksikan

sendiri perkembangan kekuasaan Pepin III (747-768 M) yang kian pesat di bahagian Utara

pergunungan Pyrenee.37

Kerajaan tersebut diketuai oleh bapa Charlemagne (768-814 M),

maka beliau telah mengambil inisiatif berkesan bagi Andalus iaitu dengan mewujudkan

sebuah wilayah penghalang. Dengan kedatangan kerajaan Asturia yang memerlukan

sokongan politik kerajaan Islam Andalus, apa yang diharapkan Abdul Rahman I muncul

dengan sendirinya dan dengan senang hati beliau menerima Asturia sebagai wilayah yang

menjadi dinding buat Andalus. Betapa tepat kebijaksanaan politik itu dapat disaksikan

kemudian pada pertempuran besar dengan pasukan Chalemagne pada tahun 778 M di dalam

wilayah Catalonia, Aragon dan Navarre. Bahagian terbesar pasukan musuh hancur dalam

pertempuran sengit dikenali sebagai Battle of Roncesvalles. Akibat peristiwa tersebut, pihak

Charlemagne putus harapan untuk meluaskan wilayah mereka ke semenanjung Iberia. Dengan

itu, Andalus sekali lagi bebas daripada sebarang ancaman puak Kristian dibawah pimpinan

Abdul Rahman ad-Dakhil.38

Beliau telah meninggalkan jejak besar buat sejarah kekuasaan Islam di dalam wilayah

Andalus. Bahkan Charlemagne (768-814 M) sendiri dari empayar Holy Roman menaruh

kerisauan manyaksikan perkembangan kekuasaan dan kemakmuran pada bahagian selatan

Iberia telah mengambil langkah mengirimkan perutusan ke Baghdad untuk mengikat tali

persahabatan dengan khalifah Harun ar-Rasyid (786-809M) dari kerajaan Bani Abbasiyah

sebagai langkah berjaga-jaga dari serangan bala tentera Abdul Rahman ad-Dakhil. Beliau

merupakan pemerintah paling lama di Andalus selama 32 tahun. Kejayaan beliau

mententeramkan keadaan telah menjadikan Andalus bebas daripada sebarang kekacauan. Buat

pertama kalinya ia merupakan pemerintahan yang paling stabil di semenanjung Iberia.39

36

Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah, 21. 37

Ibid., 37. 38

Ibid., 38-39. 39

Ibid., 18.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

iv. Menyebarkan Ilmu Pengetahuan

Sejak dari mula Bani Umaiyah berkuasa di Andalus, para pemimpinnya telah menunjukkan

minat mendalam dalam aktiviti keilmuan dan kesusasteraan. Abdul Rahman I iaitu pengasas

pemerintahan Bani Ummaiyah di Andalus adalah seorang pemerintah yang terpelajar,

berwibawa dan meminati bidang kesusasteraan, terutamanya syair. Beliau sendiri turut

menghasilkan beberapa buah syair yang merakamkan kisah hidupnya. Diceritakan pada suatu

hari, sedang beliau bersiar-siar di dalam taman, beliau terpandang sebatang pohon tamar yang

tumbuh, lalu dengan serta merta beliau telah menghasilkan sebuah sajak dan ia tercatat di

dalam sejarah:

Memori tentang Syria

Wahai pohon tamar, engkau terasing di negeri Barat,

Jauh dari tempat asalmu di Timur,

Seperti aku, tersingkir.

Menangislah! Tetapi engkau tidak mampu menangis,

Wahai pohon yang sedih dan bisu,

Engkau dijadikan bukan untuk bersimpati denganku.

Ah, kalau engkau boleh menangis,

Pasti engkau menitiskan air mata,

Kerana teman-temanmu jauh di tebing Furat;

Tetapi pohon-pohon tinggi yang jauh itu sukar engkau ingati,

Seperti juga aku, kerana terlalu membenci musuh,

Sahabat lama hampir terlupa.

Abdul Rahman ad-Dakhil juga menjadikan Cordova sebagai sebuah pusat perkembangan

ilmu, pengetahuan, kesenian dan kesusasteraan seluruh Eropah. Beliau sendiri berusaha

menjemput ahli fekah, alim ulama, ahli falsafah dan ahli syair ke sana.

v. Mengamalkan Sikap Toleransi Antara Bangsa & Agama

Sumbangan besar Amir Abdul Rahman I adalah mengamalkan konsep toleransi agama

terhadap penganut Kristian dan Yahudi sehinggakan mereka turut ikut mengamalkan

peradaban Arab Islam di Andalus. Bagi orang Kristian dan Yahudi, disediakan hakim khusus

untuk menangani masalah sesuai dengan ajaran agama masing-masing. Masyarakat Andalus

merupakan masyarakat majmuk, terdiri daripada berbagai komuniti, berlainan agama dan

bangsa. Dengan tertegaknya toleransi beragama, rakyat dapat bekerjasama dan

menyumbangkan kelebihan masing-masing.

Pakar sejarah melihat usaha-usaha pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dilihat sebagai

melakukan proses Arabisasi. Ditambah pula dengan kenyataan Bani Umaiyah yang hanya

mementingkan orang Arab sedangkan orang bukan Arab dianak tirikan. Berbeza pula dengan

zaman pemerintahan Amir Abdul Rahman I di mana beliau berjaya menyatupadukan

kekuatan dan ketaatan rakyat kepada satu iaitu tunduk kepada pemerintahan Amir sebagai

khalifah selagimana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pada pemerintahan beliau, tidak

berlaku sebarang kekacauan atau pemberontakan antara bangsa Arab dan bukan Arab. Mereka

semua hidup aman damai di bawah satu pemerintahan. Beliau telah mempertahankan

kedudukan Islam di Andalus dengan kepintaran di dalam hal agama dan kepimpinan politik.

Masyarakat menaruh harapan tinggi untuk menikmati hidup yang aman dan berjanji untuk

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

13

menaikkan nama kerajaan Andalus. Masyarakat yang berbagai telah bersatu di bawah

kepimpinan beliau. Kebanyakkan daripada penganut Kristian ramai yang telah menganut

Islam, berbanding dengan penganut agama Yahudi yang kekal dengan kepercayaan mereka

dan perlu membayar jizyah. Bagaimanapun, kepimpinan adil yang telah ditonjolkan oleh

pemerintah-pemerintah Islam ditambah dengan sifat-sifat mulia telah menarik minat penganut

agama lain untuk mendekati agama Islam dan mengamalkannya.

Pengaruh beliau juga sangat kuat sebagai ketua menyebabkan penduduk tempatan sering

melawan dan menentang segala unsur-unsur luar. Jika sebelum ini, kebanyakkan golongan

masyarakat hanya menunggu kejatuhan atau peralihan kuasa baru, tetapi dengan kedatangan

Abdul Rahman telah membuka mata setiap golongan masyarakat untuk berjuang

mempertahankan tanah air. Kehadiran beliau juga menyedarkan rakyat bahawa mereka semua

mempunyai hak dan perkara ini telah dijanjikan dalam Islam di mana semua orang berhak

mempertahankan haknya. Ini sepertimana firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta

kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali

dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,

dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah

sentiasa mengasihani kamu”.

Surah an-Nisa’ 4: 29

vi. Melaksanakan Projek Pembangunan Besar-Besaran

Sumbangan lain Amir Abdul Rahman I adalah pembangunan besar-besaran.40

Masa

pemerintahan beliau di Andalus digelar ahli sejarah baik barat mahupun Islam sebagai masa

pembangunan besar-besaran. Beliau telah membangunkan istana yang megah dan masjid

agung terkenal di Cordova iaitu masjid Cordova. Beliau mengeluarkan pembiayaan yang

besar bagi pembangunan masjid agung tersebut namun ia tidak sempat siap semasa

pemerintahannya. Akan tetapi, pembangunan tersebut diselesaikan oleh puteranya Amir

Hisyam I. Amir Abdul Rahman I turut membangunkan masjid-masjid di Cordova dan kota-

kota yang lain. Selanjutnya, beliau membangunkan gedung-gedung perguruan dan lembaga-

lembaga ilmiah. Beliau turut berusaha untuk membangunkan bandar-bandar yang dilengkapi

pusat ibadat, rumah-rumah, tempat mandi awam, kedai-kedai dan rumah tumpangan untuk

orang kenamaan. Kegiatan pembangunan ini masih diteruskan oleh amir-amir seterusnya.

vii. Mewujudkan Sistem Pengairan Berkesan

Di samping itu, Abdul Rahman I turut mengambil berat terhadap sistem pengairan Andalus

dan beliau telah membangunkan saluran-saluran air serta empangan-empangan bagi tujuan

pertanian. Menurut ahli sejarah iaitu R. Dozy, tidak terdapat sejengkal tanah pun pada masa

pemerintahan beliau yang tidak menjadi tempat bertani. Sepertimana moyangnya iaitu

khalifah Hisyam yang telah membangunkan taman-taman indah di Damsyik, Abdul Rahman

ad-Dakhil turut membangunkan taman yang tidak kalah kepada taman yang wujud di

Damsyik iaitu taman Al-Risafat yang terletak di ibu kota Cordova.41

40

Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah, 8. 41

Ibid., 15.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

viii. Mengutamakan Kepimpinan Terbaik Bagi Rakyat

Selain itu, beliau mengekalkan gelaran Amir sebagai pemerintah tertinggi di Andalus. Sekali

pun beliau mengumumkan Andalus bebas daripada kekuasaan pusat Abbasiyah pada tahun

763 M, tetapi beliau tidak mengumumkan dirinya sebagai khalifah sehingga perlu dipanggil

Amirul Mukminin.42

Begitulah penguasa-penguasa yang menggantikannya menggunakan

gelaran Amir sehinggalah pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961M) yang

mengubah kepada gelaran Khalifah. Di masa-masa awal pemerintahan beliau, doa terhadap

para khalifah Abbasiyah tetap diteruskan mimbar-mimbar khutbah setiap hari Jumaat dan

Solat Hari Raya. Namun setelah keamanan pulih sepenuhnya, dan kerajaannya menjadi stabil

dan terjamin, maka beliau memerintahkan untuk menghentikan doa kepada khalifah

Abbasiyah.

Abdul Rahman ad-Dakhil turut berhati-hati dalam melantik pemimpin selepasnya kelak.

Beliau mahu memastikan pemimpin tersebut mampu menggalas tanggungjawab negara baru

itu. Contohnya, beliau telah melantik Hisyam sebagai putera mahkota kerana

kebijaksanaannya dan kuat berpegang kepada agama Islam meskipun Hisyam bukanah anak

sulungnya serta melantik dua lagi puteranya sebagai gabenor di wilayah-wilayah lain atas

faktor kepimpinan.

Kejatuhan Kerajaan Islam Andalus

Setelah sekian lama bertapak, akhirnya rentetan daripada kejatuhan kerajaan Murabbithun,

maka kerajaan Islam Andalus turut menerima tempiasnya. Pemerintah terakhir di Andalus

ketika itu ialah Abu Abdullah daripada Bani al-Ahmar iaitu keturunan yang membina istana

Al-Hambra di Granada. Selain menjadi raja di Granada, Abu Abdullah turut menguasai dua

wilayah lain iaitu Valencia dan Marcia. Namun kerajaan Kristian telah bertambah kuat

terutama apabila dua buah kerajaan iaitu Aragon dan Castilla disatukan melalui perkahwinan

raja mereka iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella. Di situ asalnya beberapa penempatan

kecil di kawasan lembah dan bukit di utara Andalus yang akhirnya telah berkembang menjadi

sebuah kerajaan yang besar akibat tidak ditangani lebih awal oleh pemerintah Islam sebelum

itu. Kerajaan Aragon dan Castilla kemudiannya bersatu untuk menyerang Granada yang

masih di bawah jajahan kerajaan Islam. Rentetan itu, maka pada tahun 1492 Masihi, Abu

Abdullah akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan Granada kepada Ferdinand dan

Isabella.

Ferdinand dan Isabella sebenarnya berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Andalus

menjadi sebuah negara iaitu Sepanyol. Namun mereka beranggapan bahawa orang Islam dan

Yahudi merupakan ancaman bagi mereka. Oleh itu sebaik sahaja menerajui pemerintahan

Andalus, Ferdinand telah memaksa semua orang Islam dan Yahudi untuk menganut agama

Kristian Katolik. Tentera telah dikerah untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mengikut

ajaran Kristian dan kaedah untuk mengenalpasti individu yang bukan dari aliran Kristian

adalah zalim dan terlalu menghinakan. Sehingga pada suatu tahap, tentera Kristian akan

menangkap kaum lelaki semata-mata untuk memeriksa alat kelamin mereka. Jika lelaki

tersebut didapati bersunat, maka tentera Kristian bukan sahaja akan membunuh lelaki

tersebut, malah keturunannya turut dibunuh. Tentera Kristian turut mengupah perisik untuk

mengintip pergerakan rakyat Andalus.

42

Sahibzada Masus-al-Hasan, History of Muslim Spain, 115.

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

15

Jika seseorang didapati mandi pada waktu subuh atau berpakaian cantik pada hari Jumaat,

maka individu tersebut akan dibunuh tanpa usul periksa. Begitu juga jika seseorang itu

berpakaian cantik pada 1 Syawal atau hari-hari lain dalam kebesaran Islam, maka dia juga

dibunuh walaupun individu tersebut bukan beragama Islam.43

Akibat takut dengan kezaliman

dan seksaan tentera Kristian, maka ramai umat Islam telah mengisytiharkan diri keluar dari

Islam. Golongan murtad ini telah mengaku memeluk agama Kristian dengan harapan

keselamatan mereka terjamin. Namun malangnya, golongan ini turut dibunuh oleh tentera

Kristian. Pope dan paderi Rom turut terlibat dalam memaksa orang-orang Islam untuk

menganut Kristian. Mereka telah menyeksa dan menganiayai orang Islam Sepanyol beratus

tahun lamanya. Dikhabarkan seksaan yang dilakukan oleh pihak gereja Kristian terhadap

umat Islam seluruh dunia telah berlarutan sehingga 300 tahun lamanya.

Tahap kekejaman kerajaan Kristian mencapai puncaknya apabila Ferdinand dan Isabella

berniat untuk menghapuskan semua umat Islam dari bumi Sepanyol.44

Mereka telah

menggunakan tipu helah dengan berjanji untuk menghantar umat Islam kembali ke wilayah

Islam Afrika. Ferdinand dan Isabella telah membenarkan umat Islam untuk membawa segala

barangan masing-masing dan berjanji menyediakan kapal untuk memudahkan proses

penghijrahan. Maka ramailah umat Islam yang terpedaya dengan janji kerajaan Kristian.

Sebahagian besar umat Islam Andalus kemudiannya berkumpul di pelabuhan untuk menaiki

kapal yang disediakan. Namun sebaik sahaja umat Islam berada di atas kapal, tentera Kristian

membakar semua kapal tersebut. Berpuluh ribu umat Islam telah dibakar hidup-hidup dalam

kapal yang kononnya akan membawa mereka ke Afrika. Itulah peristiwa penghapusan etnik

yang pertama di dunia dan mereka yang terbunuh terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja,

dewasa serta orang-orang tua yang semuanya merupakan umat Islam.45

Saki baki umat Islam

Andalus yang masih berada di kediaman masing-masing juga ditangkap, dirogol, diseksa,

dikelar, dibakar, dikerat anggota badan sehinggakan ibu mengandung juga dibelah perut

hidup-hidup dan dibiarkan mati bersama bayi yang dikandung. Peristiwa umat Islam

diperdaya dan dibakar hidup-hidup ini berlaku pada tanggal 1 April yang merupakan sejarah

April Fool. Tidak ramai mengetahui insiden ini dan amat menyedihkan apabila sehingga kini

ada dalam kalangan umat Islam yang masih meraikan April Fool.

Kesimpulan

Kehadiran Abdul Rahman Ad-Dakhil ke Andalus bukan sahaja telah berjaya menghapuskan

penindasan dan kekejaman pemerintah-pemerintah Kristian sebelumnya, tetapi juga berjaya

membentuk masyarakat intelek yang menjadi model dan dikagumi masyarakat Kristian

Eropah. Sarjana-sarjana Islam Andalus yang lahir daripada keharmonian yang dipelihara

Abdul Rahman Ad-Dakhil akhirnya telah berjaya memberikan sumbangan besar pada masa

depan ke arah pertumbuhan dan perkembangan kegiatan kemajuan dan keilmuan, khususnya

dalam bidang sains yang kemudiannya menjadi asas kebangkitan negara-negara Kristian

Barat. Mereka turut menghasilkan karya-karya agung dalam bidang sains, sejarah, falsafah,

undang-undang, perubatan, keagamaan, kesusasteraan dan lain-lain. Hasil usaha mereka itu

sebahagian besarnya merupakan bidang-bidang ilmu pengetahuan yang belum pernah

diterokai manusia. Menurut laporan seorang sejarawan, pada abad ke-10 Masihi, Cordova

merupakan ibu kota pemerintahan Islam dan muncul sebagai bandar terindah dan termaju di

dunia. Di seluruh Andalus terdapat tidak kurang seribu buah institusi pengajian tinggi yang

dilengkapi dengan perpustakaan yang menyimpan ratusan ribu buah buku dan manuskrip

43

Muhammad Ali Quthub, Fakta Pembantaian Muslimin di Andalusia (Solo: CV Pustaka Mantiq, 1991), 49. 44

Ibid., 119. 45

Dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah, Intisari Sejarah Islam di Afrika Utara dan Sepanyol, 43-45.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 1 (2) 2013, 1-17

dalam pelbagai lapangan ilmu. Perpustakaan Diraja sahaja telah memliki lebih daripada 400

ribu buah buku di dalam berbagai bidang. Inilah jasa dan sumbangan berterusan Abdul

Rahman ad-Dakhil dalam memartabatkan Andalus sebagai sebuah negara Islam yang

disegani.

Rujukan

Abdul Halim Mat Diah, Dr., Intisari Sejarah Islam Di Afrika Utara Dan Sepanyol (Kuala

Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1989).

Akbar Shah Najeebabadi, The History of Islam Vol 3 (Lebanon: Darussalam, 2001)

Al-Maqqari, Shihabuddin Ahmad Muhammad, Nafh al-Tibb Min Ghusn al-Andalus al-Ratib

(Beirut: Dar al-Sadir, 1968).

Arnold and Guillaume, The Legacy of Islam (London: Oxford University Press, 1968).

Badri Yatim, Drs., Sejarah Peradaban Islam Dirasah Islamiyah 2 (Jakarta: Lembaga Studi

Islam dan Kemasyarakatan (LSIK), 1993).

Bernard Lewis, The Arabs in History (London: Hutchinson University Library, 1970).

Bertrand Louis, The History of Spain (London: t.tp., 1956).

C.E.Bosworth, Dinasti-Dinasti Islam (Bandung: Penerbit Mizan, 1993).

Carl Brockelmann, History of the Islamic People (London: Routledge & Kegan Paul, London

& Henley, 1980).

Chejne, Anwar G., Muslim Spain: Its History and Culture (Minneapolis: The University of

Minneasota Press, 1974).

Derek W. Lomax, The Reconquest of Spain (London: Longman Group, 1978).

Earnest Bruce Iwan-Muller, Spanish Islam (Karachi Pakistan: Karimsons, 1978).

Ezad Azraai Jamsari, Noranizah Yusuf et.al, “Sejarah Kerajaan Islam Di Al-Andalus

Menurut Buku Sejarah Umat Islam Karya Hamka” (Prosiding Nadwah Ulama Nusantara

(NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

25-26 November 2011).

Faridzul Anwar Ridzuan, "Abdul Rahman Ad-Dakhil (M. 788 m): Khalifah Bani Umaiyah

Dan Kepimpinannya Di Andalus” (Latihan Ilmiah bagi memenuhi keperluan ijazah Sarjana

Muda Usuluddin Universiti Malaya, 2012).

Imamuddin. S.M, Some Aspects of the Sosio-Economic and Cultural History Of Muslim Spain

(Leiden: E.J. Brill, 1965).

Imhammad Abu al-Qaim Muhammad Mazwaghi, “Al-Ta’thir al-Siyasi li- ‘Ulama’ al-Andalus

fi al-‘Ahd al-Murabiti (479-541H)” (tesis ijazah Doktor Falsafah Jabatan Sejarah Dan

Tamadun Islam, Universiti Malaya, 2012).

Joesoef Sou’yb, Sejarah Daulat Umayyah 2 di Cordoba (Delhi: Penerbit Bulan Bintang,

1997).

Khalif Muammar, “Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu”,

Jurnal Hadhari 2 (2009).

Abdul Rahman Ad-Dakhil “Penerus Legasi Umaiyyah”: Kepimpinannya Pada Tanah Andalus

17

Mahrul Afandi, “Peranan Abd Al-Rahman I Terhadap Kebangkitan Daulah Bani Umayyah

Di Andalusia 750-763M” (disertasi ijazah Sarjana Humaniora Universitas Islam Negeri Sunan

Kalijaga Yogyakarta, 2008).

Masud-ul Hasan, Prof., History of Islam Vol 1 (Lahore: Islamic Publications, 1998).

Mohd Roslan Mohd Nor dan Mohamad Zamri Mohamed Shapik, Baldatun Taiyyibah: Model

Andalus (Shah Alam: Persatuan Ulama’ Malaysia, 2011).

Mohd Roslan Mohd Nor, Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di

Andalusia: Teladan Dan Sempadan. t.tp.

Muhammad Abdullah Inan, Nihayat al-Andalus (Kaherah: Matbaah Misr Sharukat

Musahamah Misriyyah, 1959).

Muhammad Ali Quthub, Fakta Pembantaian Muslimin di Andalusia (Solo: CV. Pustaka

Mantiq, 1991).

Muhammad Tohir, Sejarah Islam Dari Andalus Sampai Indus (Jakarta: Dunia Pustaka Jaya,

1981).

Nadrah, Sebab-Sebab Kehancuran Islam Di Sepanyol: Suatu Tinjauan Historis (Fakultas

Sastra: Universitas Sumatera Barat).

Philip K.Hitti, History of the Arabs (New York: Palgrave Macmillan, 2002).

Reinhart Dozy, Spanish Islam: A History of Moslems in Spain (London: Frank Cass, 1972).

Sahibzada Masus-al-Hasan Khan Sabri, History of Muslim Spain (Delhi: Adam Publishers &

Distributors, 2000).

Stanley Lane-Poole, The Moors In Spain (London: T.Fisher Unwin, 1888).

Syed Amir Ali, A Short History Of Saracens (New Delhi India: Adam Publishers &

Distributors, 2010).

Umar Farukh, Al-Arab al-Islam fil Haud al-Gharbi min al-Ja al-Abyad al-Mutausith min

Fathil Maghrib wa Fathil al-Andalus ila Akhar Asr Alwilat (831H) (Beirut: Mansyurat Al-

Maktab At-Tijari, 1959).

Yusuf al’Isy, Dr., Sejarah Dinasti Umawiyah (Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, 1998).