37
Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 1

0 Panduan Membuka Akaun Semasa Perniagaan

Embed Size (px)

Citation preview

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 1

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 2

PANDUAN MEMBUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Baiklah sekarang anda sudah berjaya mendaftar perniagaan, tahniah saya

ucapkan. Langkah seterusnya adalah membuka akaun semasa perniagaan.

Sebaiknya buka akaun dalam tempoh 30 hari selepas lesen perniagaan anda

dikeluarkan. Sekiranya anda melewat-lewatkan pembukaan akaun semasa,

pihak bank mungkin akan meminta anda mengemaskini maklumat pemilik

perniagaan dan ini akan pasti membuang lebih banyak masa.

Bank Mana Satu?

Di dalam ebook ini saya akan menerangkan bagaimana untuk membuka

akaun semasa perniagaan di Maybank dan CIMB. Untuk makluman anda,

saya tidak dibayar untuk mempromosi kedua-dua bank berkenaan, namun

pada pendapat saya, kedua-dua bank berkenaan menjadi pilihan orang

ramai kerana bank berkenaan antara yang terbesar di Malaysia dan

mempunyai banyak cawangan. Selain itu kedua-dua bank berkenaan

mempunyai kemudahan perbankan internet yang lebih mesra pengguna

berbanding bank-bank lain.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 3

Dipendekkan cerita maka saya amat mencadangkan anda membuka salah

satu akaun semasa di bank berkenaan. Sekiranya boleh, saya menggalakkan

anda membuka akaun semasa di kedua-dua bank berkenaan. Untuk

makluman, saya juga mempunyai akaun semasa di kedua-dua bank

berkenaan. Ternyata ia memudahkan saya kerana pelanggan boleh

membuat bayaran samada melalui Maybank atau CIMB. Walau

bagaimanapun sebelum anda menyerbu kedua-dua bank berkenaan, saya

perlu ingatkan anda supaya menyediakan 3 perkara berikut;

1. Cop Perniagaan

2. Borang Pencadang

3. Wang Deposit

Cop Perniagaan

Cop perniagaan sangat penting kerana tanpa cop perniagaan pihak bank

tidak dapat memproses permohonan anda. Saya pasti anda terpaksa pulang

dengan hampa kerana proses pembukaan akaun semasa perniagaan akan

tergendala. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka pastikan anda telah

menempah cop perniagaan terlebih dahulu. Saya mencadangkan anda

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 4

menempah cop perniagaan jenis bulat dengan diameter 3 cm. Rajah di

bawah menunjukkan contoh cop perniagaan saya;

Contoh cop perniagaan

Borang Pencadang

Sesetengah bank mewajibkan anda mengemukakan seorang pencadang

untuk membuka akaun semasa perniagaan. Seorang pencadang mestilah

telah membuka akaun semasa peribadi atau perniagaan melebihi satu tahun

di sesebuah bank. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun semasa di bank

berkenaan, maka anda boleh menjadi pencadang kepada diri sendiri dengan

syarat akaun anda telah cukup satu tahun.

Sebagai contoh, setahun yang lalu anda telah membuka akaun semasa

peribadi di bank A, selepas setahun anda bercadang membuka akaun semasa

perniagaan di bank yang sama. Anda tidak perlu pening kepala mencari

pencadang lain kerana anda boleh menjadi pencadang kepada diri sendiri.

Syaratnya anda perlu menguruskan akaun semasa terdahulu dengan baik.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 5

Menguruskan dengan baik maksudnya tidak mengeluarkan cek tendang dan

menyalahgunakan kemudahan yang diberikan.

Sekiranya anda tidak dapat mencari pencadang, anda boleh membuka

akaun semasa di bank yang tidak menetapkan syarat pencadang. Ketika

ebook ini ditulis, CIMB bank tidak mewajibkan pencadang untuk membuka

akaun semasa di bank berkenaan. Walau bagaimanapun sekiranya pihak

CIMB gagal membaca cip pada MyKad anda, besar kemungkinan anda perlu

mengemukakan pencadang yang mempunyai akaun semasa di bank

berkenaan.

Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan dan memerlukan seorang

pencadang, maka anda boleh meminta bantuan daripada ahli group yang

saya tubuhkan iaitu Get Out From Rate Race. Klik link berikut untuk

menyertai group berkenaan

http://www.facebook.com/groups/194007227408809/

Mungkin ada ahli group yang sudah berjaya membuka akaun semasa

dan layak menjadi pencadang. Mintalah bantuan dengan tertib dengan ahli

group berkenaan. Berikut merupakan langkah yang anda perlu lakukan

untuk mendapatkan bantuan daripada ahli group berkenaan;

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 6

1. Perkenalkan diri anda di dalam group berkenaan. Maklumkan bahawa

anda memerlukan pencadang untuk membuka akaun semasa perniagaan.

2. Sekiranya ada ahli group yang memberi maklum balas, hubungi mereka

secara peribadi.

3. Saya mencadangkan anda mengadakan pertemuan secara bersemuka.

4. Pastikan anda membawa sekali borang pencadang semasa mengadakan

pertemuan. Borang pencadang boleh didapati secara percuma daripada

bank yang anda ingin buka akaun semasa.

5. Belanjalah mereka minum kerana sudi menghulurkan bantuan kepada

anda.

6. Setelah segalanya selesai, ucapkan terima kasih dan anda boleh pergi ke

bank untuk membuka akaun semasa.

7. Sekiranya anda berjaya membuka akaun semasa, maklumkan kepada

rakan yang membantu anda tadi dan ucapkan terima kasih sekali lagi.

8. Kekalkan hubungan anda dengan rakan yang membantu anda itu. Mana

tahu suatu hari nanti anda boleh bekerjasama di dalam perniagaan.

9. Niatkan di dalam hati, bahawa suatu hari nanti anda pasti membantu

orang lain yang memerlukan pencadang untuk membuka akaun semasa

perniagaan.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 7

Baiklah, saya harap masalah untuk mendapatkan pencadang sudah

selesai. Bagi memberi gambaran, berikut merupakan bentuk borang

pencadang daripada Maybank Islamik. Borang berkenaan mengandungi dua

muka surat bercetak depan dan belakang dengan tulisan berwarna hijau.

Anak panah menunjukkan ruangan yang perlu diisi oleh pencadang.

Pencadang perlu memasukkan nama, no akaun semasa mereka, cawangan

bank di mana mereka membuka akaun semasa, dan pastikan pencadang

menurunkan tandatangan yang sama seperti di dalam rekod bank.

Untuk makluman, anda boleh membuka akaun semasa jenis Islamik

walaupun pencadang memiliki akaun semasa jenis konvensional. Syaratnya

pencadang mesti memiliki akaun semasa dari bank yang sama. Pencadang

juga boleh terdiri daripada mana-mana pemegang akaun semasa dari bank

yang sama walaupun berjauhan lokasi. Sebagai contoh, saya pernah menjadi

pencadang kepada rakan yang membuka akaun semasa Maybank di Tawau

dan Jitra. Saya hanya perlu pos borang pencadang kepada rakan berkenaan

dan mereka boleh membuka akaun semasa tanpa kehadiran saya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 8

Borang Pencadang Maybank Islamik (Depan)

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 9

Borang Pencadang Maybank Islamik (Belakang). Anak panah menunjukkan

bahagian yang perlu diisi oleh pencadang.

Jadual berikut merupakan senarai maklumat dan keterangan yang perlu diisi

di dalam borang pencadang berkenaan.

Butiran Keterangan

(Depan)

Nama Akaun Nama perniagaan anda

Nombor Akaun Biarkan kosong, akan diisi oleh

pegawai bank

Alamat Isikan pendaftaran perniagaan

No Telefon Isikan nombor telefon bimbit anda

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 10

No K.P/Pendaftaran Isikan nombor kad pengenalan

anda

Nama Penandatangan Yang Diberi

Kuasa

Nama pemilik perniagaan/anda

Tandatangan Tandatangan pemilik

perniagaan/anda

Syarat-syarat Tandatangan Seorang sahaja

Cop, jika ada Cop perniagaan anda

Belakang

Jenis Akaun Akaun semasa perniagaan

Jenis Perniagaan/Pekerjaan Milikan tunggal

Butir-Butir Ahli-Ahli

Kongsi/Pengarah/Ahli-Ahli

Jawatankuasa

Isikan nama pemilik perniagaan

sahaja

Butir-Butir Pelanggan yang

Memperkenalkan

Diisi oleh pencadangan

UNTUK KEGUNAAN BANK SAHAJA Biarkan kosong

Wang Deposit

Ketika ebook ini ditulis, wang deposit bagi Maybank adalah RM2,000 dan

CIMB adalah RM1,000. Sekiranya anda kekurangan wang dan mahu

membuka akaun semasa di kedua-dua bank berkenaan, saya mencadangkan

anda membuka akaun semasa di CIMB dahulu. Apabila sudah siap, anda

boleh keluarkan wang deposit berkenaan dan gunakan untuk membuka

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 11

akaun semasa di Maybank berserta tambahan wang RM1,000. Dengan cara

ini anda dapat membuka kedua-dua akaun semasa dengan wang RM2,000

sahaja. Wang deposit boleh dikeluarkan semula sebaik sahaja anda

mendapat kemudahan buku cek ataupun perbankan internet.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 12

MEMBUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Baiklah nampaknya semua persediaan membuka akaun semasa perniagaan

sudah ada. Kini tiba masanya anda membuka akaun semasa. Membuka

akaun semasa perniagaan milikan tunggal amat mudah, pastikan anda hadir

sendiri ke bank dan bawa sekali salinan dan dokumen asal perkara berikut;

1. Lesen Perniagaan Asal

2. Kad Pengenalan

3. Cop Perniagaan

4. Borang Pencadang

5. Wang Deposit

Bagi melancarkan proses pembukaan akaun semasa, saya menasihati anda

mematuhi etika semasa berada di bank. Etika ini penting kerana saya sering

menerima aduan daripada rakan-rakan yang pernah membuka akaun

semasa. Mereka mengatakan bahawa kadangkala pegawai bank yang

bertugas tidak memberi layanan yang baik kepada mereka. Saya tidak pasti

mengapa perkara ini terjadi kerana sepanjang saya membuka akaun semasa

di bank, saya tidak pernah mendapat layanan buruk. Walau bagaimanapun

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 13

saya berpendapat sekiranya anda pergi berurusan di bank, pastikan anda

mematuhi etika mudah ini. Insya Allah urusan anda akan berjalan lancar.

1. Sebelum pergi ke bank sentiasa berdoa semoga urusan anda

dipermudahkan.

2. Berpakaian kemas selaras dengan imej anda sebagai seorang usahawan.

3. Sentiasa mengukir senyuman semasa berurusan dengan pegawai yang

bertugas.

4. Merendah diri dan bercakap dengan nada hormat. Contoh, Tuan/Cik Puan

boleh bantu saya membuka akaun semasa syarikat?

5. Ucapkan terima kasih kepada pegawai bank yang bertugas kerana

memberikan bantuan kepada anda.

Insya Allah sekiranya anda mengikut 5 langkah mudah berkenaan, saya pasti

urusan membuka akaun semasa anda akan berjalan lancar.

Proses Membuka Akaun Semasa Perniagaan

Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk

membuka akaun semasa.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 14

1. Anda perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara

percuma dari kaunter bank. Contoh borang permohonan akaun semasa

Maybank dan CIMB ditunjukkan di dalam Lampiran 1 dan 2. Panduan

ringkas bagaimana mengisi borang berkenaan juga disertakan. Sekiranya

anda tidak pasti bagaimana hendak mengisi borang permohonan

berkenaan, pastikan anda meminta bantuan pegawai bank bertugas untuk

membantu anda.

2. Setelah siap mengisi borang permohonan pastikan anda menandatangi

borang berkenaan dan cop pada ruangan yang berkenaan.

3. Hantarkan borang permohanan berkenaan kepada pegawai yang

bertugas.

4. Pegawai berkenaan akan menyemak maklumat yang diberikan dan

sekiranya permohonan anda diluluskan, maka anda akan diberikan

nombor akaun.

5. Anda perlu memasukkan wang deposit ke dalam akaun semasa berkenaan

samada melalui mesin deposit ataupun membayar terus di kaunter bank.

Pastikan anda memaklumkan pembayaran wang deposit kepada pegawai

bertugas dengan menunjukkan slip deposit pembayaran.

6. Sebaik menerima pengesahan pembayaran deposit, pegawai bank

berkenaan akan mengaktifkan akaun semasa anda.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 15

7. Sekarang anda sudah memiliki akaun semasa perniagaan. Kebiasaannya

proses ini memakan masa dalam 1 hari sahaja dengan syarat semua

dokumen yang saya nyatakan sebelum ini lengkap.

8. Anda boleh mendapatkan buku cek, selepas 7 hingga 10 hari bekerja.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 16

PENDAFTARAN PERBANKAN INTERNET

Selepas anda berjaya membuka akaun semasa perniagaan, pastikan anda

terus memohon perbankan internet. Ini bagi memudahkan anda menyemak

baki, membuat pemindahan wang dan mencetak penyata akaun semasa

setiap bulan. Untuk makluman, anda tidak akan diberikan buku bank atau

kad ATM (untuk akaun semasa Maybank tidak ada kad ATM, tetapi bagi

CIMB anda akan diberikan kad ATM ) untuk menyemak baki akaun atau

mengeluarkan wang. Tanpa perbankan internet, anda perlu menghubungi

pihak bank atau hadir sendiri ke bank untuk menyemak baki akaun semasa

anda. Kaedah ini agak menyusahkan dan membuang masa.

Justeru saya amat menggalakkan anda mendaftar kemudahan

perbankan internet supaya perniagaan anda dapat diuruskan dengan lancar.

Bagi mereka yang tidak mahir menggunakan perbankan internet, anda tidak

perlu risau kerana saya akan menerangkan langkah demi langkah

bagaimana menggunakan kemudahan ini. Untuk makluman anda perbankan

internet bagi Maybank lebih sinonim dengan nama Maybank2u dan CIMB

lebih sinonim dengan CIMBClicks. Di dalam ebook ini saya hanya akan

menerangkan pendaftaran perbankan internet maybank sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 17

Permohonan Maybank2u

Selepas anda berjaya membuka akaun semasa perniagaan di Maybank, sila

ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan perbankan internet Maybank2u

1. Pastikan anda mendapatkan No. Laluan Perbankan Internet

daripada pegawai bertugas. No. Laluan Perbankan Internet

mempunyai 16 digit.

Contoh No Laluan Perbankan Internet Maybank.

2. Masuk ke laman web www.maybank2u.com.my dan klik First Time

Login

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 18

3. Baca arahan yang diberikan dan klik continue

4. Setelah selesai menonton video tutorial dan menjawab soalan klik

continue

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 19

5. Klik Accept

6. Masukkan No. Laluan Perbankan Internetyang anda terima pada

langkah 1 pada ruangan Access No. Seterusnya masukkan PIN (PIN

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 20

adalah nombor yang anda tetapkan ketika mendapatkan No. Laluan

Perbankan Internet) dan klik Activate.

7. Seterusnya masukkan Username dan Password pilihan anda. Pastikan

anda terus menggunakan Username dan Password ini untuk

urusniaga pada masa akan datang dan klik Confirm.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 21

Tahniah, pendaftaran perbankan internet akaun semasa anda telah berjaya

dilakukan. Anda boleh memulakan perbankan internet melalui laman web

www.maybank2u.com.my

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 22

Memeriksa Baki

1. Layari laman web www.maybank2u.com.my dan klik login

2. Masukkan Username dan klik Next.

3. Masukkan Password dan klik Login

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 23

4. Klik Account & Banking

5. Klik pada akaun semasa anda (Sole Proprietor PCA)

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 24

6. Klik Recent Transactions untuk melihat transaksi terkini (24 jam)

7. Klik Tansaction History untuk melihat transaksi terdahulu dalam

tempoh lebih daripada 24 jam.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 25

Dengan adanya perbankan internet, kerja anda menjadi semakin mudah.

Anda boleh memeriksa, memindah wang dan membuat bayaran secara

online. Saya berharap panduan ini memberi manfaat kepada anda. Insya

Allah.

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 26

LAMPIRAN 1

Borang Permohonan Akaun Semasa Maybank

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 27

Panduan Mengisi Borang Permohonan Akaun Semasa Maybank

MAKLUMAT TINDAKAN

JENIS PERNIAGAAN • Perniagaan Sendiri/Sole Proprietor

JENIS AKAUN • ICA (Islamik Current Account)

KETERANGAN

MENGENAI

PERNIAGAAN

SENDIRI,

PERKONGSIAN, SDN

BHD, PERTUBUHAN

DLL

• Nama : (Nama didaftarkan) : Nama

perniagaan anda

• No. Pendaftaran : No. Perdaftaran pada lesen

perniagaan

• Tarikh Pendaftaran : Tarikh anda mendaftar

perniagaan

• Tempat Pendaftaran : Di mana anda

mendaftar perniagaan

• No Telefon : (1) No telefon bimbit (2) Tidak

wajib Isi

• Alamat Surat Menyurat : Masukkan alamat di

mana anda mahu penyata akaun semasa di

hantar (rumah atau pejabat juga boleh

digunakan)

KETERANGAN

MENGENAI TUAN

PUNYA

PERNIAGAAN

SENDIRI, RAKAN

KONGSI, PENGARAH-

PENGARAH, AHLI

JAWATANKUASA

DLL

• Nama : Nama pemilik perniagaan

• No. KP/PP, Warna & Tempat di keluarkan :

No Kad Pengenalan Pemilik Perniagaan

• Warganegara : Kerakyatan pemilik

perniagaan

SYARAT

TANDATANGAN

UNTUK

PERJALANAN

PENTADBIRAN

AKAUN

• Semua

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 28

TANDATANGAN DAN

PERAKUAN

• Tandatangan : pemilik perniagaan sahaja

• Cop Perniagaan : cop perniagaan

• Tarikh : Tarikh borang permohonan diisi

DOKUMEN-

DOKUMEN

DIPERLUKAN

(Disahkan)

Sila sediakan salinan dokumen berikut

• Kad Pengenalan

• Sijil Pendaftaran

• Borang A

UNTUK KEGUNAAN

PEJABAT SAHAJA

• Biarkan diisi oleh pegawai bank bertugas

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 29

LAMPIRAN 2

Borang Permohonan Akaun Semasa CIMB

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 30

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 31

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 32

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 33

Panduan Mengisi Borang Permohonan Akaun Semasa CIMB

MAKLUMAT TINDAKAN

BUTIRAN AKAUN • Jenis Pelanggan : CIF baru

• Kategori : Pemilik tunggal

• Nama Produk : Nama produk anda (jika ada)

MAKLUMAT

PELANGGAN YANG

MEMPERKENALKAN

BAGI MEMBUKA

AKAUN SEMASA

• Kosongkan ruangan ini

MAKLUMAT

PERNIAGAAN

• Nama didaftar : Nama seperti di dalam lesen

perniagaan

• Alamat berdaftar : Alamat seperti di dalam

lesen perniagaan

• Alamat surat menyurat : Alamat di mana

anda mahu penyata akaun semasa dihantar

(boleh pilih rumah atau pejabat)

• No Telefon : masukkan no telefon bimbit

anda

• No faks : kosongkan jika tiada no faks

• No. Telefon lain : kosongkan

• No. Pendaftaran perniagaan: Nombor

pendaftaran pada lesen perniagaan anda

• Tarikh pendaftaran : Tarikh pendaftaran

pada lesen perniagaan anda

• Jenis perniagaan : jenis perniagaan yang

dinyatakan di dalam lesen perniagaan

• Pemilik majoriti : Nyatakan kategori pemilik

perniagaan

• Jualan tahunan : Kosongkan kalau

perniagaan masih baru

• Bilangan pekerja : Nyatakan bilangan

pekerja yang ada

• SME : Ya

• Jika dikawal oleh Syarikat Bukan Residen,

sila berikan butir-butir Syarikat Induk :

Kosongkan

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 34

PENGENDALIAN

AKAUN

• Sendiri

PERAKUAN DAN

TANDATANGAN

PEMEGANG AKAUN

• Baca butiran perakuan

• Tandatangan (Pemilik perniagaan)

• Isikan nama penuh (Pemilik perniagaan)

• No. KP (Pemilik Perniagaan)

• Cop Perniagaan

• Tarikh : Tulis tarikh bila borang dihantar

DOKUMEN-

DOKUMEN

DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen berikut

• Kad pengenalan pemilik perniagaan

• Borang pendaftaran perniagaan (Lesen

Perniagaan)

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 35

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 36

Hakcipta Terpelihara © 2014 www.wahiabdrashid.com 37