Upload
sulaimanmohd80
View
1.489
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov
Tahap 1Target untuk skor peperiksaan 1/2 tahun
Tahap 2Target untuk skor peperiksaan
percubaan SPM 2010
Tahap 3 Skor SPM
2010
Sudah berlalu
1. Pada peringkat ini anda harus menumpukan perhatian kepada topik -topik Termokimia, Kadar Tindak balas, dan sebatian karbon.
2. Mula mencuba kertas-kertas model SPM.
3. Memberikan lebih banyak masa untuk membuat latihan esei.
1.Spot topik-topik yang diramalkan akan keluar dalam SPM 2010.2.Kumpul soalan-soalan esei yang dispot untuk dibaca pada saat-saat terakhir
Jadual di bawah ialah "The Perfect Plan" yang cikgu merancangkan untuk semua pelajar Tingkatan 5 yang ingin skor kimia dalam peperiksaan SPM 2010. Anda sudah berada pada peringkat Tahap 2.
1. Berapa banyak set kertas model SPMkah yang anda hendak selesaikan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM ?
Dalam masa dua bulan ini adalah sesuai untuk anda bermulakan latih tubi dengan menyelesaikan soalan-soalan dalam kertas percubaan KIMIA SPM 2009 atau modul perfect score yang telah diberi.
Anda seharusnya merancang dengan teliti bilangan set kertas percubaan SPM yang hendak diselesaikan sebelum menjelang peperiksaan percubaan SPM. Tetapkan bilangan soalan struktur dan soalan objektif yang mesti dijawab setiap minggu.
Semasa menjawab soalan, jangan terus membaca jawapan jika tidak mampu menjawab. Ambil sedikit masa untuk berfikir atau merujuk kepada buku nota dan buku rujukan.
Jika anda lemah dalam topik -topik tertentu, anda harus bermula latih tubi dengan mencuba soalan-soalan bagi topik tersebut dahulu. Jangan cuba mengelakkan daripada menjawab soalan bagi topik berkenaan.
Jika anda ingin menguasai soalan esei dengan baik, anda harus membuat koleksi soalan esei bagi setiap topik. Kemudian analisis soalan-soalan esei itu untuk mengetahui skop yang selalu ditanya dalam peperiksaan.
Baca dan fahamkan contoh-contoh jawapan bagi soalan esei.
Cuba menulis semula jawapan dengan pantas terutamanya yang melibatkan huraian eksperimen. Latihan menulis semula jawapan adalah penting untuk memperkuatkan memori anda.(Ini adalah antara cara yang digunakan oleh pelajar cemerlang)
Sekiranya anda tidak mampu membaca soalan esei untuk semua topik, maka spotlah topik-topik tertentu. Sekurang - kurangnya 2 topik tingkatan 4 dan 2 topik tingkatan 5 mesti dipilih
No Tajuk Skop
1 Kadar Tindak Balas
Mencari kadart tindak balas purata dan kadar tindak balas pada masa tertentu daripada graf.
Menentukan perubahan kadar tindak balas berdasarkan faktor saiz zarah, kepekatan, suhu, mangkin , dan tekanan.
Menggunakan Teori Perlanggaran untuk menerangkan kesan faktor saiz zarah, kepekatan, suhu, mangkin , dan tekanan terhadap kadar tindak balas.
No Tajuk Skop
2 Termokimia
Memberi contoh-contoh bagi tindak balas eksotermik dan endotermik.
Melukis gambar rajah aras tenaga untuk mewakili sesuatu tindak balas eksotermik dan endotermik.
Menghitungkan perubahan haba dengan menggunakan (a) rumus MCT, M = jumlah isi padu larutan.C = haba muatan tentu airT = perubahan suhu(b) haba tindak balas, (kJ/mol)
Memahami mengapakah semua tindak balas asid kuat dan alkali kuat mempunyai haba peneutralan yang sama.
Menghuraikan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran alkohol.
3 Sebatian karbon
Menghuraikan eksperimen untuk menyediakan etanol.
Menghafalkan tindak balas kimia alkohol. Menghafalkan sifat kimia bagi asid etanoik. Pengoksidaan alkohol kepada asid organik. Pengesteran. Membanding dan membezakan lemak tepu dan
lemak tak tepu. Menghafalkan monomer bagi polimer getah asli,