7

Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Banyak orang mahu memulakan bisnes dengan satu anggapan iaitu produk atau servis itu 'belum ada lagi'. Nota ini akan membantu tuan-tuan memahami adakah semua yang belum ada lagi berbaloi untuk dijadikan bisnes. Nota: Silibus SekolahBisnes.com Semester 1 di http://www.slideshare.net/startupabs/sukatan-pelajaran-sekolah-bisnes-dot-com

Citation preview

Page 1: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi
Page 2: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi
Page 3: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi

Banyak orang muda yang baru pertama kali hendak memulakan bisnes menggunakan logik belum-ada-lagi dalam pasaran.

Logik belum-ada-lagi mendorong peniaga memperkenalkan produk yang lain sama sekali, yang pertama seumpamanya, yang orang belum pernah tengok, yang baru dicipta, yang baru dibawa masuk dari negara luar.

Logik ini adalah sebahagian daripada kesan yang dihasilkan oleh logik-persaingan, logik membandingkan dengan produk orang lain, logik hendak menjadi yang pertama, yang terbaru, yang lebih kreatif dan inovatif daripada peniaga-peniaga lain.

Page 4: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi

Logik belum-ada-lagi adalah salah satu strategi bisnes yang berisiko menghasilkan banyak stok tak-bergerak dan duit modal banyak terbakar.

Barang sudah ada di dalam setor, kita tidak tahu kepada siapa stok yang menimbun itu mahu dihantarkan.

Apabila kita menggunakan logik belum-ada-lagi, fikiran kita difokuskan kepada produk, bukan kepada customer dan channel.

Page 5: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi

Dalam BMC, kita tidak boleh mula berfikir dengan memikirkan produk dahulu. Itu cara berfikir yang salah dalam bisnes.

Fikirkan customer dahulu, kemudian fikirkan channel-channelnya, kemudian barulah fikirkan produknya.

Apabila kita memilih produk dengan menggunakan logik belum-ada-lagi, produk itu berdepan dengan 3 risiko yang sangat serius implikasinya:

1. Permintaannya mungkin belum wujud.2. Pasarannya mungkin belum wujud3. Channel-channelnya mungkin belum wujud

Page 6: Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi

Nabi kita menjalankan bisnes tradingnya B-to-B dengan menawarkan barang keperluan harian.

Produk beliau adalah barang yang sudah lama ada dalam pasaran, dan pasarannya juga adalah pasaran lama.

Ini menjadikan bisnes beliau sangat rendah risikonya.

Itu tidak bermakna kita tidak boleh memulakan bisnes dengan menggunakan logik belum-ada-lagi dalam pasaran.

Ini hanya bermakna, mulakan bisnes dengan memilih goods yang berisiko rendah ditolak oleh pasaran.