Upload
andromendas
View
3.055
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
7.0 LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN
7.1 Profil Pengurus Pengeluaran
CIK NURULHUDA BINTI HASHIM
Pengurus Pengeluaran bermula 4 Februari 2010
Cik Nurulhuda binti Hashim, warganegara Malaysia, berumur 16
tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 4
Februari 2010 dan ialah Pengurus Pengeluaran I`ExCeL Sdn Bhd.
bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010.Pada masa
ini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus
Pengeluaran.
Sebelum ini beliau menjawat sebagai Pengawas Pusat
Sumber Sekolah sejak 2007 dan memegang jawatan sebagai
penolong ketua biro akses dan dokumentasi. Diberi
kepercayaan selaku Ketua Asrama pada tahun 2008. Beliau
telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan memegang
jawatan sebagai setiausaha biro Protokol. Pada mulanya
mendapat jawatan selaku Penolong Ketua Asrama
Terbilang dan akhirnya mendapat jawatan sebagai Ketua
Asrama Terbilang sehingga pada tahun 2009.
Beliau mengembangkan penglibatan dalam bidang
perniagaan apabila telah dipilih untuk mengikuti lawatan
sosial ke Jepun dalam program Japanese Exchange
Network for Youth and Students (Jenesys). Beliau telah
diberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan yang telah berkembang pesat di negara
Jepun. Di sana,beliau telah didedahkan mengenai perniagaan pinggan yang berkembang
maju. Selain itu,beliau telah mengadakan lawatan bersama ahli-ahli lembaga syarikat ke
Mariwasa di Kuala Kangsar yang mendedahkan mereka mengenai pembuatan pinggan dan
hiasan yang berunsurkan pelbagai motif alam. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pinggan yang berunsurkan mesra
alam. Beliau telah berjaya merangkul beberapa kejayaan di sepanjang kerjayanya. Beliau
telah berjaya mendapat johan pertandingan bola keranjang sejak tahun 2007 hingga tahun
2010 dan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga telah
menyertai pertandingan Olympiad Mathematics dan memperoleh sehingga gred 7. Di
samping itu,beliau telah mendapat anugerah tokoh nilam peringkat sekolah dan johan Nilam
peringkat daerah pada tahun 2009. Beliau telah menyertai Pertandingan Catur Bestari
peringkat negeri Perak dan berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari Peringkat
Kebangsaan pada tahun 2010.
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI
Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber
Sijil Penyertaan Program Keusahawanan
Sijil Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan
7.2 Semanis Bicara dari Pengurus Pengeluaran
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya memikul
tanggungjawab selaku Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd.
Sepanjang syarikat mula beroperasi pada 4 Februari 2010 dan berakhir pada 30
Oktober 2010. Saya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.
Saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya tanpa bantuan 4 orang Ahli
Lembaga Pengarah syarikat yang lain yang berdiri teguh di belakang.
Tanggungjawab saya yang paling penting adalah dalam memastikan perkhidmatan
yang syarikat I`ExCeL jalankan berjaya mencapai gerak kerja yang telah ditetapkan. Saya
menetapkan pembahagian tugas semua ahli syarikat dan perlu memastikan semua ahli
menjalankan tugas masing-masing.
Saya juga merupakan penggerak kepada pengeluaran produk kreatif. Setiap syarikat
mempunyai impian dan sasaran untuk menghasilkan produk kreatif yang dapat menarik
minat pelanggan mahupun pengguna. Saya telah bermusyawwarah bersama semua ahli
syarikat dalam penghasilan produk kreatif ini. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah berjaya
menghasilkan produk kreatif yang diberi nama `Green Plate Technology’.
Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B Mohd
Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah
terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan
daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terima
kasih cikgu.
Akhir pemanis kata, keusahawanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya negara
tidak akan ketandusan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya menerobos
dunia perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa. Saya berpegang kepada persepsi
perniagaan Khalifah Umar Al-Khattab yang mengatakan;
”Tempat yang paling aku suka sekali menemui ajalku selain daripada di medan jihad
ialah di tempat di mana aku sedang berurusniaga mencari rezeki untuk menyara
keluargaku’.
Sekian,terima kasih.
………………………………….. (NURULHUDA BT HASHIM) Pengurus Penngeluaran, Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Pengurus Pengeluaran memikul tanggungjawab dan tugas yang mencabar dalam
memastikan kelancaran dalam urusan perniagaan syarikat. Definisi pengeluaran boleh
ditakrifkan dalam usaha mengeluarkan produk mahupun perkhidmatan yang mampu
memenuhi keperluan,kehendak seiring dengan keperluan semasa. Persaingan di kalangan
syarikat pengeluaran merupakan cabaran terbesar untuk memastikan produk pilihan adalah
produk bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, Pengurus Pengeluaran perlu mempunyai
sikap kreatif, kritis dan inovatif untuk mencipta produk dan menyelesaikan masalah
pengguna. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengeluaran adalah:
MELANTIK SEKRETRIAT DALAM JABATAN PENGELUARAN
Pengurus Pengeluaran membahagikan sekretriat kepada empat bidang iaitu
1) Ekstratif
Sekretriat ditugaskan mencari bahan dan sumber yang digunakan untuk produk
kreatif yang bakal dihasilkan.
2) Perkilangan
Terdapat beberapa orang sekretriat ditugaskan untuk menghasilkan produk kreatif
agar menjadi produk yang inovatif dan bermanfaat.
3) Perkhidmatan
Pengurus Pengeluaran melakukan soal selidik dan mengadakan perkhidmatan
bersama-sama sekretriat .
4) Pembinaan
Proses pembinaan produk kreatif dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar
menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti.
MENGHASILKAN PRODUK KREATIF
Pengurus Pengeluaran mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga syarikat
yang lain. Masing-masing memberi pendapat dan idea mengenai penghasilan
produk kreatif. Satu kata sepakat dicapai antara ahli dan pelaksanaan produk
kreatif akan dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa.
MERANCANG STRATEGI PERKHIDMATAN SYARIKAT
Pengurus Pengeluaran perlu memikirkan strategi perkhidmatan yang terbaik bagi
menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Perkhidmatan yang terbaik akan
memberi kepuasan kepada pelanggan dan akan menghasilkan keuntungan yang
optima.
MENINJAU PANDANGAN PELANGGAN UNTUK PEMILIHAN PRODUK
Pengurus Pengeluaran mengadakan borang soal selidik untuk meninjau
pandangan pelanggan dalam pemilihan produk. Jadi produk yang dihasilkan akan
memberi manfaat yang berterusan dan akan menjadi produk yang akan digunakan
hingga ke generasi yang seterusnya.
7.4 Penilaian Prestasi Syarikat
PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran yang mempunyai wawasan dan matlamat
sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di
akhir operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah
menetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus
Pengeluaran syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah
KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.
KPI selaku Pengurus Pengeluaran
- Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif
- Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf
- Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan
- Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik
KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pengeluaran. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).
MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN
Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif
Tercapai Pembiayaan 3 orang pelajar untuk menjalankan
penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat dan
tunjuk ajar dari segi kepakaran dan peralatan
Prof. Dr. Hanafi Ismail,
Universiti Sains Malaysia, Penang.
Prof. Dr. Hj Mohd Basyaruddin Bin Abdul Rahman,
Institut Genom Malaysia
Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf
Tercapai Penghasilan produk kreatif iaitu Green Plate
Technology yang telah berjaya memenangi
beberapa pertandingan.
Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan
Tercapai 8 projek Jualan dan Perkhidmatan telah terlaksana
sepanjang tempoh operasi
Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik
Tercapai Perkhidmatan I’ExCeL Sports merupakan
perkhidmatan terbaik Syarikat
7.5 ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN
CARTA ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN
SYARIKAT I`ExCeL SDN. BHD.
KETUA JABATAN
NURULHUDA BINTI HASHIM
MUNIFAH BT. ABD AZIZ
BAHAGIAN JUALAN
ROZETA BINTI ASBULAH
BAHAGIAN PENGHANTARAN
NORZAININ ASYIKIN BT ZAINAL ABIDIN
BAHAGIAN TEMPAHAN
AMMAR FAIDHI BIN AZAHAR
BAHAGIAN PEMROSESAN
KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLI
BAHAGIAN PROMOSI
NURUL HIDAYATUL ADHA BINTI TAJRI
7.6 PERANCANGAN DAN PROSES PENGELUARAN
Sebelum sesuatu projek dilakukan,langkah pertama yang perlu diambil adalah satu
perancangan yang sistematik dan teratur antara Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama ahli
syarikat bergabung tenaga menjana dan mengumpul idea-idea yang menarik. Pelaksanaan
perkhidmatan dan projek dilakukan bersama-sama dengan menetapkan keuntungan dan
meletakkan tanda aras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya
memberikan keuntungan yang maksima sepanjang penubuhan syarikat pada tahun 2010.
Langkah-langkah Proses Penyediaan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat
I`EXCEL adalah seperti yang tertera dalam carta di bawah.
Carta aliran operasi di atas menunjukkan secara kasar mengenai peranan yang
dipikul oleh semua ahli syarikat dalam menghasilkan projek yang telah ditetapkan. Melalui
carta tersebut semua ahli syarikat akan mendapat gambaran yang jelas mengenai projek
yang ingin dilakukan. Carta ini akan memberi panduan kepada ahli syarikat untuk
menjalankan perkhidmatan dan produk agar dapat berjalan dengan baik.
Pengeluaran projek yang teratur dengan kos minimum serta perbincangan-
perbincangan pemasaran yang berkesan dapat meringankan beban aktiviti pengeluaran.
Projek-projek yang dijalankan memakan belanja yang sedikit tinggi. Namun dengan adanya
Mengedar maklumat
Menerima/mengesahkan penyertaan
Pelaksanaan Aktiviti / Projek
Kawalan
Penghasilan Produk dan Perkhidmatan
Kos
Kualiti
Perancangan
bantuan daripada pihak-pihak yang turut memberikan sokongan,kos pengeluaran projek
dapat diminimakan tetapi mutu penghasilan projek berada di tahap yang optima.
Cara pembahagian tugas dijalankan dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah
memberi peluang kepada semua ahli untuk merasa tanggungjawab yang mencabar dan
berlainan dalam setiap projek yang dijalankan. Secara tidak langsung,akan dapat
meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran projek tersebut. Semua ahli akan merasa
kepuasan apabila projek yang dihasilkan berjaya mencapai keuntungan yang maksima.
SKOP PENGELUARAN
Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran saya akan membentangkan keseluruhan
projek yang terlibat dalam pengeluaran. Reka cipta didefinisikan sebagai suatu penghasilan
produk yang kreatif ataupun pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada menjadi yang
lebih baik dan bermutu. Terciptanya sesuatu produk itu bermula daripada tercetusnya
idea,proses pembelian bahan mentah, menetapkan alatan, proses dan inventori sesuatu
projek sehinggalah projek berjaya dihasilkan. Segala butiran akan dibentangkan dalam
bentuk carta, jadual atau graf bagi memudahkan penerangan kepada semua pihak.
Projek-projek pengeluaran dibincangkan berdasarkan projek supaya segala
maklumat dan hal-hal yang berkaitan dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan teliti.
Terdapat 8 projek yang telah syarikat kendalikan bersama-sama ahli Syarikat I`ExCeL Sdn
Bhd. Syarikat lebih mengutamakan perkhidmatan dalam syarikat. Sebanyak 3 perkhidmatan
telah Syarikat jalankan dan selebihnya jualan dan aktiviti lain. Projek perkhidmatan lebih
banyak memberi keuntungan dan memberi nilai yang tinggi kepada syarikat.
Skop pengeluaran Syarikat I`EXCEL Sdn. Bhd.meliputi:
o Cetusan idea
o Kegunaan dan Kepentingan Produk/Projek
o Pembentukan dan pengujian Produk
o Keunikan dan Keistimewaan Produk/Projek
o Proses pengeluaran
o Inventori dan kawalan kos
o Keuntungan
Skop-skop pengeluaran ini akan diperincikan bagi setiap projek dan perkhidmatan
yang dilakukan bagi memberikan mutu pengeluaran dan pengoperasian yang mantap dan
efisien. Seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang mendapatkan
perkhidmatan mahupun membeli produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat. Setiap ahli
syarikat dilatih dan diberi taklimat oleh Pengurus Pengeluaran agar segala prosedur produk
penghasilan dipatuhi.
CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN
RAKAN NIAGA DAN KERJASAMA
Syarikat I`EXCEL juga sering mengadakan kerjasama bersama-sama syarikat luar lain yang
banyak memberi sokongan terutama daripada segi bahan mentah dan perkongsian ilmu
keusahawanan yang banyak memberi manfaat.
Modifikasi Perancangan Proses Pengeluaran
Tidak Diluluskan
Memohon Kelulusan Ahli
Lembaga Pengarah
Perancangan Projek
Cetusan Idea
Diluluskan
Sumber input
Inventori
Prosedur keluaran
Kawalan kos
Keunikan projek/produk
Pembungkusan
Barang siap
Produk dijual
Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya
usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung. Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan
yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi
pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, Syarikat
I`ExCeL Sdn.Bhd.. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga
bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.
Boon Beng Sdn Bhd.
Dirt-Tee Sdn Bhd.
Best One Frozen Product Enterprise
Seven Eleven
Nestle Sdn Bhd.
City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd.
Nilai Sports Sdn Bhd.
Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd.
Yui Hong Trading Sdn. Bhd
Agensi rakan niaga inilah yang banyak membantu dalam pengeluaran syarikat yang lebih
optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalam
proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap juga amat berguna bagi
menjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.
7.7 LAPORAN PENGELUARAN SYARIKAT
Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang Syarikat adakan sepanjang penubuhan syarikat
selama 9 bulan beroperasi. Jenis barang-barang yang Syarikat ingin keluarkan telah
dibincangkan semasa mesyuarat bulanan yang dijalankan bersama-sama ahli lembaga
syarikat yang lain. Jenis penjualan syarikat adalah dari segi jualan barang-barang dan tidak
ketinggalan Syarikat juga menyediakan perkhidmatan Syarikat I`ExCeL telah menyediakan
lima jualan dan mempunyai tiga perkhidmatan. Syarikat juga telah menggunakan daya
inovasi dan perbincangan bersama-sama ahli lembaga dengan menghasilkan satu produk
kreatif.Antara jenis-jenis pengeluaran adalah
Produk-produk keluaran Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd
I’ExCeL Ex _Design
Jualan Hari Sukan Seratas
Seratas`Hostel Open Day
Jualan Hari Kebudayaan Islam
Delicious Pizza And Cake
Jualan I`ExCeL
Perkhidmatan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd
I`ExCeL IQ Challenges
I`ExCeL Sports
I`ExCeL Access
I`ExCeL Ex_Design
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd telah mengadakan jualan T-shirt kepada para pelajar dan juga
orang awam. Idea jualan ini dicetuskan oleh Pengurus Besar ,Danial bin Tarmizi. Beliau
berpendapat bahawa para pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah gemar memakai baju
atau T-Shirt rekaan corak sekolah dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah.
Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini tidak hanya berfokuskan kepada baju aktiviti
anjuran sekolah sahaja,Syarikat juga menerima tempahan daripada pasukan permainan
yang mewakili sekolah seperti pasukan bola keranjang dan pasukan rugby. Selain itu,
I’ExCeL Ex_Design turut menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana individu yang ingin
merekabentuk baju untuk tempahan ahli kelas ataupun badan organisasi.
Syarikat yang bekerjasama untuk mengendalikan percetakan I’ExCeL Ex_Design ini
adalah Boom Beng Sdn Bhd, Yui Hong Trading Sdn. Bhd. dan Pusat Sukan Nilai Sdn. Bhd.
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd mempunyai ahli yang berkebolehan untuk merekabentuk corak
(design) bagi t-shirt yang ditempah daripada pembeli. Bahagian pemasaran akan
berbincang dan berunding terlebih dahulu dalam menawarkan harga setiap produk supaya
pembeli akan berasa puas hati untuk menerima produk yang berkualiti dan harga
berpatutan. Syarikat akan mendapat keuntungan yang berpatutan. Harga kos setiap produk
diambil kira daripada harga yang ditawarkan dari syarikat yang bekerjasama. Penentuan
harga jualan produk dibuat dengan memastikan setiap unit menerima keuntungan sehingga
20% setiap unit. Bahagian pemasaran akan mengeluarkan sebut harga bagi tempahan yang
diminta .
Pembungkusan produk dibuat mengikut saiz produk dan bilangan produk yang
ditempah. Setiap unit produk disemak dan dibungkus sebelum diikat mengikut saiz.
Tempahan yang siap dibungkus akan disimpan dikiosk sebelum pembeli memeriksa semula
dan mengesahkan bilangan produk mengikut tempahan. Bagi pembeli yang menempah dan
memerlukan penghantaran melalui pos, pembungkusan menggunakan kotak dibuat dan kos
bayaran penghantaran dikenakan mengikut kadar penghantaran pos tempatan. Berikut
menunjukkan carta aliran bagi penghasilan produk I’ExCeL Ex_Design.
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Ex_Design
PENJANAAN IDEA
MERANCANG
PERNIAGAAN
MENGENALPASTI
SYARIKAT KERJASAMA
PERNIAGAAN
PROMOSI IKLAN
MEREKABENTUK
DESIGN (CORAK)
MENERIMA TEMPAHAN
MENDAPATKAN SEBUT
HARGA PRODUK
KAWALAN KOS
PENETAPAN HARGA
JUALAN PENGESAHAN HARGA
PENGHASILAN PRODUK
PEMBUNGKUSAN PRODUK
SEMAKAN PRODUK
PENGELUARAN PRODUK
PENGHANTARAN PRODUK
Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini banyak menyumbang kepada keuntungan dalam
syarikat dan melebihi sasaran niaga yang telah ditetapkan. Syarikat telah menjalin
hubungan perniagaan dengan Boom Beng Sdn Bhd bagi tujuan percetakan T-Shirt dan
Pusat Nilai Sdn Bhd. bagi pakaian-pakaian sukan.
Jualan Hari Sukan Seratas
Aktiviti yang kedua dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL adalah mengadakan jualan
semasa Hari Sukan Seratas. Idea untuk mengadakan jualan ini telah dicetuskan oleh
Pengurus Pentadbiran Mohd Ashraf bin Che Mansor yang mendapati pada waktu tersebut
bilangan pelawat dan orang luar yang datang akan memberi keuntungan yang berlipat kali
ganda.
Pihak syarikat I`ExCeL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ahli syarikat
dan membincangkan jualan yang akan diadakan pada waktu tersebut. Jabatan Pengeluaran
telah membahagikan tugas-tugas kepada ahli syarikat kepada 4 gerai yang menjual
aiskrim,bun,minuman dan makanan ringan. Setiap kumpulan diberikan seorang ketua untuk
memastikan perjalanan jualan berjalan dengan lancar.
Syarikat I`ExCeL telah menjalankan kerjasama bersama dengan syarikat Nestle Sdn
Bhd. bagi penjualan aiskrim. Syarikat mendapatkan bekalan bun daripada Koperasi Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Bagi penyediaan minuman,Syarikat menyediakan
sendiri kerana lebih menjimatkan kos. Pihak syarikat telah mendapatkan bekalan makanan
ringan daripada Kedai Borong Sin Lee Seng Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan
setelah Pengurus Pengeluaran membuat rundingan harga bersama pemborong. Penentuan
harga jualan bagi setiap makanan ditentukan supaya mencapai sasaran jualan sebanyak
15%.
Aiskrim Bun Minuman Makanan Ringan
Fatihah Syafiq Harith Khairan Syamil Naqib
Farid Qasiem Naaim Ammar Aman
Aisyah Najwa Alyaa Fatin Rozeta Adha Zainin Akma
Intan Adila Farhah Norain
Senarai petugas gerai mengikut jenis jualan.
Syarikat telah melakukan pembungkusan makanan sebelum jualan dilakukan. Ini
bertujuan menarik minat pelanggan pada hari sukan tersebut. Pihak Nestle juga
memberikan peti aiskrim kepada Syarikat sepanjang jualan tersebut. Jabatan Pengeluaran
telah membuat senarai harga untuk memudahkan para pembeli membeli makanan dan
minuman yang disediakan. Berikut merupakan carta alir bagi jualan Hari Sukan Seratas.
Carta Alir Pengeluaran Jualan Hari Sukan Seratas
PENJANAAN IDEA
PERANCANGAN JUALAN
PEMBAHAGIAN
KUMPULAN
MENCARI PEMBEKAL /
RAKAN NIAGA
MENGADAKAN PROMOSI
PENETAPAN HARGA
JUALAN
PEMBINAAN TAPAK
PERNIAGAAN
JUALAN
Seratas`s Hostel Open Day
Aktiviti ketiga yang dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. ialah mengadakan
Seratas`s Hostel Open Day pada bulan Mac. Idea untuk mengadakan aktiviti tersebut telah
dicadangkan oleh Pengurus Kewangan,Ili Fatini Suriati binti Jailani pada mesyuarat yang
dijalankan bersama-sama ahli syarikat yang lain. Beliau mendapati asrama Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan amat menarik dan cantik untuk dilawati oleh orang luar.
Tambahan pula,asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah dicalonkan
sebagai calon Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2010.
Semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat mengadakan satu mesyuarat khas
bagi membincangkan aktiviti dan jualan yang akan diadakan sepanjang hari terbuka asrama
tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan ahli syarikat kepada beberapa
bahagian iaitu bahagian persembahan, bahagian jualan dan bahagian `game corner’.
Untuk bahagian persembahan yang diketuai oleh Norzainin Asyikin telah
mengadakan persembahan pembukaan ataupun persembahan selamat datang kepada
tetamu jemputan dan pengunjung-pengunjung asrama iaitu para guru dan kakitangan
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan. Beliau telah menjemput pasukan Seni Silat
Cekak Ustaz Hanafi untuk mengadakan persembahan silat.
Bahagian jualan pula telah melakukan peranannya di bawah tanggungjawab Nurul
Hidayatul Akma binti Azman. Beliau telah mengadakan jualan aiskrim, novel-novel terpakai,
dan jualan makanan iaitu rojak dan buah-buahan.
Bahagian `game corner pula telah ditugaskan kepada Intan Zurainie. Beliau telah
mengadakan dua permainan yang terbuka kepada semua pengunjung pada hari terbuka
asrama tersebut iaitu lempar gelung dalam kon dan boling buah kelapa. Setiap pengunjung
dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permainan.
Syarikat telah mendapatkan bekalan buah-buahan daripada Best Frozen Sdn Bhd.
dengan harga yang berpatutan. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan keperluan alatan
permainan di pasaraya besar Tesco Taiping. Jabatan Pengeluaran telah menetapkan harga
jualan dan aktiviti yang dijalankan sebelum hari terbuka asrama tersebut dijalankan.
Keunikan aktiviti Seratas`s Hostel Open Day ini adalah pihak syarikat I`ExCeL telah
menjemput tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk
merasmikan hari asrama terbuka tersebut. Syarikat amat berbesar hati menerima kunjungan
beliau. Dalam ucapannya juga beliau memuji keusahawanan yang telah ditunjukkan oleh
semua ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. kerana berjaya menjalankan aktiviti yang berkaitan
dengan perniagaan. Semua ahli syarikat telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan
aktiviti ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.
Tetamu Jemputan Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh
Carta Alir Pengeluaran Seratas`s Hostel Open Day
PENJANAAN IDEA
MENGADAKAN KERTAS
KERJA
MEMOHON KELULUSAN
BEKERJASAMA DENGAN
PEMBEKAL
PENETAPAN HARGA
JUALAN
PENGUMUMAN
SERATAS`HOSTEL OPEN
DAY DI JALANKAN
Aktiviti Jualan
Syarikat I`ExCeL juga telah mengadakan aktiviti jualan sepanjan tahun syarikat
beroperasi. Idea ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pengeluaran, Nurulhuda binti
Hashim yang melihat bahawa jualan merupakan sumber pendapatan yang
memberikan keuntungan kepada pendapatan syarikat. Syarikat I`EcXeL Sdn Bhd.
mula menjalankan aktiviti jualan pada 04 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat
syarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010
iaitu:
Jualan Hari Sekolah
Jualan Hari Mingguan
Jualan Hari Peristiwa
Jualan Penghabisan Stok
Jualan hari sekolah diadakan pada hari Selasa dan Khamis. Masa operasi
syarikat adalah pada 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 hingga 11.30
malam.
Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cuti
yang jatuh pada hari bekerja.
Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5
kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan
pada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan,
minuman dan barangan yang tinggal.
Syarikat mendapatkan bekalan daripada pembekal yang berada bersekitaran
dengan Taiping kerana memudahkan urusan penghantaran barang terutamanya
barang-barang mentah. Selain itu,syarikat juga mengadakan hubungan rakan
kongsi bersama syarikat-syarikat lain untuk medapatkan barangan siap untuk terus
dijual. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga terlebih dahulu
sebelum memulakan perniagaan bagi mendapatkan harga terbaik dan memberikan
kepuasan kepada pelanggan. Pembekal yang menjalinkan kerjasama bersama
Syarikat juga telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang 9 bulan
syarikat I`ExCeL beroperasi. Hubungan perniagaan yang kukuh antara ahli syarikat
dan pembekal perlu diadakan untuk menjamin perniagaan yang memberi
keuntungan yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Carta Alir Pengeluaran Jualan I`ExCeL
PENJANAAN IDEA
PERBINCANGAN
JUALAN I`ExCeL
PEMILIHAN JUALAN
I`ExCeL
MENETAPKAN JUALAN
I`ExCeL
MENCARI PEMBEKAL ATAU
PEMBORONG
MENGADAKAN RUNDINGAN
DAN SEBUT HARGA
PENETAPAN HARGA JUALAN
MENGADAKAN
PROMOSI/IKLAN
JUALAN I`ExCeL DIADAKAN
Jualan HARI KEBUDAYAAN ISLAM
Syarikat I`ExCeL telah menjalankan satu lagi lagi jualan istimewa iaitu Jualan Hari
Kebudayaan Islam. Idea ini telah dicadangkan oleh Pengurus Multimedia,Mohd Naaim bin
Mohd Rapi yang ingin menerapkan nilai-nilai keislaman dalam dunia perniagaan Syarikat
I`ExCeL Sdn Bhd.. Jualan ini juga belum pernah dilakukan oleh syarikat usahawan muda
yang terdahulu.
Cadangan tersebut telah diketengahkan sewaktu mesyuarat bulanan dan telah mencapai
persetujuan sebulat suara daripada semua ahli lembaga syarikat. Musyawwarah diadakan
bagi membincangkan aktiviti ataupun jualan yang diadakan. Setelah kata putus
dicapai,pihak syarikat I`ExCeL mengadakan aktiviti tayangan Islam dan pemainan
tradisional. Bagi jualan pula,syarikat mengadakan jualan `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan
terapi minda berunsurkan Islam. Syarikat telah mengadakan tayangan cerita pada sebelah
pagi dan petang iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Kedua-dua tayangan tersebut
mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah. Setiap tayangan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Bagi tayangan,Syarikat
telah mengadakan dua buah tayangan iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Selain
mengadakan tayangan,Syarikat juga turut mengadakan permainan tradisional dan terbuka
kepada semua warga (SERATAS). Permainan tradisional yang dijalankan adalah
congkak,batu seremban,galah panjang dan timang bola takraw. Berikut merupakan bayaran
yang dikenakan bagi permainan tradisional.
Bayaran bagi permainan tradisional
Permainan Tradisional Bayaran
1.Congkak RM2.00 setiap individu
2.Batu Seremban RM 2.00 setiap individu
3.Galah Panjang RM 10.00 satu kumpulan
4.Timang Bola Takraw RM 10.00 satu kumpulan
Permainan tradisional yang dijalankan ini bertujuan mengimbau semula kenangan semasa
kecil oleh warga Seratas. Selain itu,mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan pelajar
Seratas.
Syarikat I`ExCeL Sdn Brhad telah menjalankan kerjasama bersama Syarikat
Brotherhood Sdn Bhd. dalam pengedaran `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan terapi minda
berunsurkan Islam. Jualan produk tersebut mendapat sambutan menggalakkan kerana
produk tersebut jarang didapati di Seratas. Dengan adanya Jualan Hari Kebudayaan Islam
ini,guru-guru,kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dapat membeli barangan atau produk
yang berunsurkan Islam dan untuk kekuatan rohani. Berikut merupakan barangan dan harga
yang ditawarkan:
Barangan/Produk Harga seunit
Islamic Button RM1.50
Tafsir Al-Quran RM 15.00
Diari Al-Quran RM 30.00
Kismis Minda RM 2.00
Air Zam-zam RM 5.00
Sabun Cerdas RM 10.00
Buah Kurma RM 12.00
Barangan dan Produk yang dijual semasa Jualan Hari Kebudayaan Islam
Sebelum jualan dilakukan,Pengurus Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang
bersama-sama pembekal Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. bagi tujuan sebut harga barangan
dan produk. Rundingan harga telah diadakan bagi mendapatkan harga yang terbaik dan
berpatutan dan memberi keselesaan kepada pembeli. Setelah kawalan kos
dilakukan,syarikat I`ExCeL telah menetapkan harga jualan dan menyasarkan keuntungan
jualan sebanyak 20%. Semua ahli syarikat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang
terbaik dalam memastikan kelancaran jualan dan Jualan Hari Kebudayaan Islam berjalan
dengan lancar dan keuntungan yang disasrkan telah dapat dicapai.
Carta Aliran Pengeluaran Jualan Hari Kebudayaan Islam
PENJANAAN IDEA
PERANCANGAN AKTIVITI
PEMBAHAGIAN
KUMPULAN
MENDAPATKAN
PEMBEKAL/RAKAN
NIAGA
PENETAPAN HARGA
JUALAN
MENGADAKAN
PROMOSI/IKLAN
JUALAN HARI
KEBUDAYAAN ISLAM
DIADAKAN
Jualan DELICIOUS PIZZA AND CAKES
Syarikat I`ExCeL telah mengadakan jualan piza,kerepek,dan kek pada hujung
minggu di asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jualan piza ini telah
dicadangkan oleh ahli lembaga syarikat,iaitu Najwa Farhana binti Abdullah Omar yang
melihat pelajar-pelajar puteri yang banyak menghabiskan masa di asrama pada hujung
minggu. Para pelajar juga bosan dengan makanan yang ada di dewan makan dan inginkan
sesuatu yang lain. Untuk membeli makanan juga pelajar puteri perlu keluar ke bandar yang
terletak agak jauh.
Cadangan ini telah dibawa ke mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan telah
dipersetujui sebulat suara. Sebelum penetapan makanan dilakukan,jabatan pengeluaran
telah mengadakan soal selidik kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan mengenai makanan yang mereka inginkan dijual pada hujung minggu. Setelah soal
selidik dijalankan, pihak syarikat mendapati terdapat tiga pilihan makanan yang pelajar
puteri inginkan iaitu piza, kek dan kerepek. Pengurus Pengeluaran mencadangkan agar
makanan tersebut turut dijual di kantin sekolah pada masa rehat kerana guru-guru dan
kakitangan sekolah turut sama boleh membeli makanan tersebut. Cadangan itu juga telah
dipersetujui oleh semua ahli syarikat kerana akan lebih mendatangkan pulangan yang
besar.
Pihak syarikat telah mendapat bekalan piza dan kek daripada Nas Pizza Sdn Bhd..
Syarikat mendapat bekalan kerepek daripada ibu salah seorang ahli lembaga syarikat yang
merupakan pembuat kerepek. Berikut merupakan kuantiti bilangan makanan yang Syarikat
tempah sewaktu hujung minggu operasi syarikat.
Makanan Kuantiti
Piza 25 unit kotak
Kek 100 potong
kerepek 300 bungkus
Bilangan makanan yang ditempah setiap hujung minggu
Sebelum mendapatkan bekalan Pengurus pengeluaran perlu mencari pembekal. Pengurus
pengeluaran telah mendapatkan rundingan harga bersama pembekal bagi mendapatkan
harga yang terbaik.
Carta Alir Pengeluaran Jualan Delicious Pizza And Cakes
PENJANAAN IDEA
PERANCANGAN
JUALAN MAKANAN
MENGADAKAN SOAL
SELIDIK/PEMERHATIAN
PENETAPAN PRODUK
MAKANAN
MENGADAKAN
RUNDINGAN HARGA
DENGAN PEMBEKAL
PENETAPAN HARGA
JUALAN
PEMBERITAHUAN KEPADA
ORANG RAMAI
JUALAN DELICIOUS PIZZA
AND CAKES
I`ExCeL`s Menu
Syarikat I`ExCeL telah mengadakan I`ExCeL`s Menu sepanjang syarikat beroperasi.
Jualan telah diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad. I`ExCeL`s Menu ini telah
dicetuskan oleh ahli lembaga syarikat iaitu Ammar Faidhi bin Mohd Azahar.yang memberi
cadangan mengenai makanan yang sering menjadi pilihan oleh pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar inginkan
makanan yang jarang terdapat di dewan makan kerana mereka sudah jemu dengan
makanan tersebut.
Setelah perbincangan diadakan,Syarikat mencapai kata putus dengan mengadakan
jualan roti sosej, sosej, kentang goreng, wedges, bebola ayam, dan burger. Syarikat juga
menyediakan minuman yang istimewa iaitu I`ExCeL Twist’ yang merupakan campuran air
berkarbonat bersama aiskrim dan diletakkan bersama buah.
Sepanjang syarikat beroperasi selama 9 bulan,Syarikat telah mengadakan jualan
makanan dan minuman tersebut. Jualan yang paling mendapat keuntungan adalah roti sosej
dan wedges. Syarikat telah menggunakan mayonis dan mustard sebagai tarikan untuk
menarik pelanggan. Ini kerana terdapat para pelajar yang tidak keluar ke bandar pada
petang tersebut dan sering berasa lapar pada waktu malam. Tambahan pula, pada setiap
malam akan diadakan tayangan untuk semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah. Jadi para pelajar akan membeli makanan terlebih dahulu sebelum pergi ke
tayangan tersebut.
Syarikat telah mendapatkan bekalan makanan daripada pembekal berdekatan
dengan Taiping untuk memudahkan urusan penghantaran. Pengurus Pengeluaran telah
mendapatkan barang-barang jualan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga jualan
yang berpatutan setelah mengadakan rundingan harga bersama pembekal berkenaan.
Kawalan kos telah diadakan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga telah ditetapkan dalam setiap jualan yang
akan dilakukan agar mencapai sasaran perniagaan yang optima.
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Menu
PENJANAAN IDEA
PERANCANGAN
JUALAN
KERJASAMA BERSAMA
PEMBEKAL
MENGADAKAN
RUNDINGAN HARGA
PENGESAHAN HARGA
PENETAPAN HARGA
JUALAN
MENGADAKAN
PROMOSI/IKLAN
JUALAN I`ExCeL MENU
I`ExCeL IQ CHALLENGE
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulan
Februari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin yang
Razali yang melihat kegilaan remaja pada masa sekarang ini bermain permainan Rubic
Cube,sejenis permainan yang mencabar minda.
Syarikat telah mengadakan mesyuarat bulanan dan idea untuk mengadakan
permainan ini telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran. Perbincangan diadakan
bersama semua ahli syarikat dan semua ahli bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan
tersebut dan diberi nama I`ExCeL IQ CHALLENGE. Pengurus Pengeluaran telah
berbincang bersama sekretriat dalam jabatan pengeluaran untuk memilih permainan yang
ingin diadakan. Jabatan Pengeluaran telah memutuskan untuk mengadakan 4 permainan
yang mencabar minda iaitu `Spell It Right’,Sudoku,Catur dan Bridge Challenge. Penyertaan
terbuka kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dan
dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap permainan.
Syarikat DIY Sdn Bhd. telah menjadi pembekal peralatan permainan yang dijalankan.
Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga untuk mendapatkan harga yang
terbaik dan mencapai sasaran keuntungan.
Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat guru-guru dalam mengendalikan
pertandingan Spell It Right supaya pertandingan yang dijalankan adil dan berjalan dengan
lancar.
Pertandingan Sudoku telah diadakan di bilik rujukan SERATAS supaya mudah untuk
mencatat masa bagi individu yang berjaya menyelesaikan Sudoku paling pantas.
Bagi pertandingan Catur telah dijalankan di dewan besar SERATAS kerana dapat
memuatkan bilangan peserta yang memasuki pertandingan. Pertandingan ini berlangsung
pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.
Bridge Challenge pula adalah permainan di mana peserta-peserta perlu membina
jambatan yang dapat menampung beban yang telah ditetapkan. Peserta diberi masa untuk
menyiapkan jambatan tersebut selama 2 jam daripada bahan-bahan yang telah diberikan
oleh pihak penganjur.
Pertandingan Bridge Chalenge ini diadakan di Dataran Kejat Seratas pada hujung
minggu.
Berikut merupakan Senarai pemenang pertandingan yang telah dijalankan.
Pertandingan-pertandingan yang dijalankan menarik minat pelajar-pelajar untuk
menyertainya. Tujuan diadakan perkhidmatan sedemikian adalah untuk mencabar
keupayaan minda para pelajar Seratas berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan
yang berlaku secara kritis dan kreatif. Permainan yang sedemikian juga mengeratkan
hubungan ukwah antara guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja
Tun Azlan Shah(SERATAS).
Pertandingan Senarai Pemenang
Spell It Right Johan: Mohd Amirul Asyraf bin Hafiz
Naib Johan: Mutiara binti Azman
Ketiga: Farah Nabilah binti Abdul Hisham
Sudoku Menengah atas: Ahmad Fakhri bin Ahmad Fuad
Menengah Rendah: Sarah Anis Ilyani binti Azmi
Catur Johan: Ahmad Nor Afrizal bin Ahmad Sallehim
Naib Johan: Nurul Amira binti Alang Yahed
Ketiga: Nur Azreen binti Osman
Bridge Challenge Johan: Kumpulan Ruby
Naib Johan: Kumpulan Sapphire
Ketiga: Kumpulan Emerald
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL IQ CHALLENGE
PENJANAAN IDEA
PEMILIHAN
PERTANDINGAN
PEMBAHAGIAN TUGAS
PELAKSANAAN IDEA
PERTANDINGAN
PEMBERITAHUAN KEPADA
ORANG RAMAI
PERSEDIAAN TEMPAT
PERTANDINGAN
DIJALANKAN
I`ExCeL Sports
Salah satu perkhidmatan terbaik Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. adalah perkhidmatan I`ExCeL
Sports ini. Idea untuk mengadakan perkhidmatan adalah daripada guru pembimbing sendiri
iaitu Encik Mohd Saharizal yang melihat para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah begitu aktif bersukan dan mempunyai bakat terpendam yang perlu
diketengahkan.
Dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat bersama
guru pembimbing telah membawa idea berkenaan dan diterima baik oleh semua ahli
syarikat. Jabatan Pengeluaran telah mengadakan musyawwarah untuk mengembangkan
lagi idea berkenaan. Hasil perbincangan bersama Pengurus Pengeluaran telah menemui
beberapa lagi perkara menarik yang boleh dilakukan di bawah I`ExCeL Sports ini. Pihak
syarikat membahagikan perkhidmatan ini kepada kepada dua jenis sukan iaitu bola
keranjang dan boling.
BOLA KERANJANG
Pengurus pengeluaran membahagikan ahli syarikat kepada beberapa kumpulan dalam
perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Syarikat mengadakan klinik bola keranjang kepada
pelajar-pelajar menengah rendah supaya diberi pendedahan awal. Selain itu,syarikat juga
menganjurkan Pertandingan Basketball 3 On 3 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan
Shah kepada pelajar putera dan puteri. Pihak syarikat juga menghantar pemenang
Basketball 3 On 3 ini ke Pertandingan 3 On 3 Basketball Revive di Pulau Pinang bagi
kategori Sekolah Berasrama Penuh.
BOWLING
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah bekerjasama dengan Pusat Boling Taiping mengenai
perkhidmatan boling ini. Syarikat ada mengadakan Klinik Boling di pusat boling tersebut
kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tenaga pengajarnya
adalah daripada pusat boling tersebut yang berminat untuk memperkenalkan sukan boling
kepada pelajar-pelajar. Pihak syarikat juga menganjurkan pertandingan boling mengikut
kategori yang ditetapkan iaitu kategori individu dan berkumpulan. Selain itu,Syarikat I`ExCeL
juga mempunyai pakej permainan boling kepada mana-mana individu atau badan
berkumpulan yang ingin mengadakan pertandingan boling. Mereka boleh berurusan terlebih
dahulu dengan pihak syarikat bagi tujuan tempahan dan pemilihan pakej.
Pakej boling yang ditawarkan oleh Syarikat I`ExCeL
Perkhidmatan ini berjaya menarik minat pelajar dan guru-guru. Terdapat badan-badan
berkumpulan telah memilih pakej yang telah Syarikat tawarkan. Klinik bola keranjang dan
klinik Boling tersebut juga berjaya mencatatkan bilangan peserta melebihi 30 orang.
Perkhidmatan ini telah memberikan keuntungan yang optima kepada pendapatan syarikat.
Pengurus Pengeluaran telah berjaya melepasi sasaran keuntungan yang telah diberikan
oleh Pengurus Urusan iaitu sebanyak 25%.
JENIS PAKEJ
Pakej A
Bayaran RM250 untuk 25 orang ahli bagi permainan 2 lorong, tidak termasuk kasut boling. Makanan ringan disediakan.
Pakej B
Bayaran RM 300 untuk 20 orang ahl bagi permainan 3 lorong termasuk bayaran kasut boling. Makanan ringan disediakan.
I`ExCeL Access
Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Idea mengadakan perkhidmatan ini adalah daripada
ahli syarikat iaitu Nuralyaa Nabila binti Rosmin yang melihat pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak menggunakan komputer untuk tujuan
pembelajaran ataupun perkara-perkara lain.
Justeru,cadangan in telah diberikan dan semua ahli syarikat bersetuju kerana komputer
merupakan satu keperluan yang penting pada masa kini. Para pelajar perlu mencari
maklumat daripada internet dan mengambil masa yang lama untuk menunggu hingg hujung
minggu untuk keluar ke bandar. Tambahan pula,tidak semua pelajar mempunyai komputer
riba masing-masing. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I`ExCeL Sdn
Bhd.,Mohd Ashraf bin Che Mansor merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang
komputer dan merupakan ketua di Pusat Scan tersebut.
Syarikat telah memperkenalkan I`ExCeL Access di pusat scan tersebut kepada pelajar-
pelajar. Pusat Scan tersebut mempunyai 20 buah komputer yang mempunyai perisian-
perisian yang terkini dan telah dinaik taraf. Pusat scan menyediakan perkhidmatan jalur
lebar dengan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan para pelajar melayari laman
sesawang yang berfaedah dan untuk mencari maklumat-maklumat yang bermanfaat. Selain
itu,I`ExCeL Access turut menyediakan kemudahan printing warna dan tidak berwarna
kepada para pengguna. Pelajar-pelajar sering menggunakan printing bagi tugasan kerja
kursus ataupun folio. I`ExCeL Access turut menyediakan perkhidmatan `binding’.
Percetakan kertas juga turut diadakan dalam perkhidmatan I`ExCeL Access ini. Cas yang
dikenakan juga adalah berpatutan dan ahli syarikat memberikan mutu yang terbaik sama
seperti kedai yang ada di luar. Setiap petugas telah diberi latihan dan telah mahir dalam
setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
.Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan.
Bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan
Perkhidmatan Bayaran
Internet 1.50 sejam
Printing 20sen
Color Printing 50sen
Binding 50sen
Photostat 20sen
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Access
PENJANAAN IDEA
PEMILIHAN
PERKHIDMATAN
PEMBAHAGIAN TUGAS
PENETAPAN HARGA
PERKHIDMATAN
I`ExCeL ACCESS
DIJALANKAN
7.8 KAEDAH PENGELUARAN
TINJAUAN PASARAN
Mengadakan pemerhatian dan tinjauan mengenai kemahuan dan kekurangan yan dialami
pengguna.
PERBINCANGAN
Semua ahli syarikat mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkhidmatan yang ingin
dijalankan
Cetusan idea mengenai penghasilan produk kreatif
Membahagikan semua sekretriat kepada jabatan-jabatan yang telah ditetapkan
PERCUBAAN
Melakukan percubaan penghasilan perkhidmatan ataupun produk kreatif dalm jumlah yang
sedikit.
PEMPROSESAN
Segala kelemahan dan kekurangan diambil kira sepanjang tempoh percubaan dan langkah
untuk mengatasi telah diambil secepat mungkin
PEMASARAN
Segala kelemahan telah diatasi dan proses pemasaran berlaku.
Produk kreatif mula dihasilkan setelah mencapai kualiti dan mutu yang telah ditetapkan.
7.9 IDEA PERNIAGAAN
Setiap ahli di dalam sesebuah syarikat pasti mempunyai idea ataupun buah
fikiran yang boleh dijadikan sebagai projek pengeluaran. Jadi di sinilah fungsinya
mesyuarat yang dijalankan dalam syarikat. Syarikat telah mengadakan mesyuarat
bersama-sama semua ahli syarikat untuk membincangkan idea-idea mengenai
aktiviti,perkhidmatan mahupun dalam penghasilan produk kreatif. .Setiap
perkhidmatan yang Syarikat ingin jalankan mestilah memberikan sumber pendapatan
yang terbaik untuk syarikat.
Sepanjang penubuhan syarikat,semua ahli syarikat telah menghadiri kursus
keusahawanan yang telah dijalankan di beberapa tempat seperti Kuala Kangsar,Ipoh
dan di Pulau Pangkor. Syarikat telah mengadakan perbincangan bersama-sama ahli
syarikat-syarikat yang lain dan Syarikat mengambil peluang ini dengan bertukar-tukar
pendapat dan saling memberikan buah fikiran masing-masing. Syarikat juga telah
menggunakan pelbagai medium sewaktu mesyuarat berlangsung seperti:
PERBINCANGAN / MESYUARAT
Sewaktu mesyuarat agung dijalankan,semua ahli syarikat aktif memberikan pendapat
dan cadangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ingin Syarikat jalankan.
Tidak dilupakan produk kreatif yang ingin dihasilkan oleh syarikat. Semua cadangan
diambil kira oleh semua ahli sebelum kata sepakat dicapai.
Mesyuarat bulanan antara Ahli Lembaga Pengarah dan semua ahli syarikat
dijalankan bertujuan untuk membincangkan proses pengeluaran dalam setiap
perkhidmatan. Segala kelemahan disuarakan dalam mesyuarat tersebut dan jalan
penyelesaian telah diambil. Perbincangan juga diadakan untuk mempelbagaikan lagi
jenis produk serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memberi keselesaan
kepada pelanggan dan menambahkan keuntungan syarikat.
SOAL SELIDIK(BANCIAN/SURVEY)
Pengurus Pengeluaran yang mempunyai lima orang ahli di bawah Jabatan
Pengeluaran telah duduk berbincang mengenai taktik untuk menarik pelanggan.
Setelah musyawwarah dijalankan Syarikat telah mencapai keputusan untuk
menjalankan bancian dengan dua kaedah iaitu peti pendapat dan melalui dialog
terbuka.
Dengan adanya bancian ini Syarikat dapat mengetahui apa yang diinginkan
oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
Syarikat telah menyediakan peti pendapat tersebut di kiosk. Syarikat menerima
sebarang pendapat,cadangan ataupun sebarang ketidakpuasan terhadap syarikat.
Syarikat telah menerima pelbagai cadangan yang menarik dan juga idea-idea yang
bernas. Ini menunjukkan syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik bersama-
sama guru-guru dan pelajar.
Melalui dialog terbuka pula adalah pelajar-pelajar boleh terus datang dan
menyuarakan pendapat dan idea mereka. Mereka boleh berjumpa Pengurus
pengeluaran dan ahli-ahli syarikat yang berada di bawah Jabatan Pengeluaran. Ini
adalah kerana di asrama mereka lebih senang berjumpa dan boleh terus memberikan
sebarang idea. Jadi Jabatan Pengeluaran akan segera berbincang mengenai idea-
idea yang telah diberikan.
TINJAUAN PEMERHATIAN
Sepanjang bulan pertama syarikat beroperasi Syarikat telah mejalankan pemerhatian
mengenai kelancaran perkhidmatan yang dijalankan. Syarikat telah mengenal pasti
masalah ataupun kelemahan yang dihadapi pada tempoh tersebut. Syarikat juga
mengenal pasti persaingan yang bakal Syarikat hadapi sepanjang syarikat
beroperasi. Pengurus Pengeluaran juga telah melakukan tinjauan mengenai
hubungan kerjasama bersama rakan niaga yang lain dan terus menjalinkan hubungan
perniagaan agar tidak ada mana-mana pihak yang terlebih dahulu menjalankan
mana-mana perkhidmatan yang Syarikat ingin adakan.
Untuk meningkatkan keuntungan syarikat, jenis dan jumlah produk yang
dikeluarkan juga haruslah mengikut pasaran dan mengikut kehendak pelanggan. Kos
pengeluaran juga hendaklah dikurangkan bagi memastikan syarikat dapat mengaut
keuntungan yang berlipat kali ganda. Setelah Jabatan Pengeluaran mengadakan
mesyuarat, Syarikat bersetuju untuk mengadakan usahasama dan kontrak dengan
pihak pembekal. Sebelum mengadakan usahasama ini, saya selaku pengurus
pengeluaran perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Besar syarikat.
Setelah mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar, segala urusan
usahasama dan kontrak dapat dijalankan dan urusan ini dinamakan :
PERJANJIAN JUAL BELI
Jabatan Pengeluaran telah berusaha untuk mencari pembekal ataupun pengeluaran
sepanjang Syarikat I`ExCeL beroperasi. Dengan bantuan pelbagai pihak,Jabatan
Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang dengan pembekal dalam usaha untuk
mengadakan proses rundingan harga agar mendapatkan haga yang terbaik.
Setelah mengadakan perbincangan,pihak pembekal dan syarikat telah
bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang syarikat menjalankan
perniagaan selama 9 bulan. Antara isi jual beli yang dipersetujui adalah pihak
pembekal memberikan harga yang telah ditetapkan setelah rundingan harga, pihak
syarikat perlu memberi pesanan sehari sebelum jualan diadakan dengan
memberikan maklumat yang lengkap seperti yang tertera di bawah. Pihak pembekal
juga perlu menghantar stok barangan yang telah dipesan tepat pada waktu yang
telah ditetapkan agar memberi kemudahan kepada kedua-dua pihak.
7.10 STOK DAN INVENTORI
ANGGARAN BAHAN MENTAH UNTUK SETIAP AKTIVITI JUALAN
Bahan mentah mestilah disediakan sebelum mengeluarkan sesuatu produk
mahupun menjalankan sesuatu projek. Bahan penyediaan pula haruslah diperiksa
oleh beberapa orang yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat bagi menjamin
mutu dan kualiti sesuatu produk.
Bagi jualan mingguan, Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. hanya mengeluarkan
beberapa produk termasuklah roti sosej, burger ayam, sosej, kentang goreng,
bebola ayam,`I`ExCeL twist’ dan air minuman berkarbonat dan makanan serta
minuman ringan termasuklah gula-gula, kerepek dan sebagainya. Semua urusan
keluar masuk bahan telah dicatatkan dalam rekod inventori yang bermaksud stok.
Berikut adalah maklumat mengenai inventori produk roti sosej sepanjang tempoh
perniagaan
ROTI SOSEJ
BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA
1 Roti 3 Bungkus RM 6.90
2 Sayuran 2 Jenis RM 2.00
3 Sos cili 2 Botol RM 2.60
4 Pembalut 2 Paket RM 1.40
5 Mayonis 1 Botol RM 2.30
6 Mustard 1 Botol RM 2.60
FLOAT TWIST
BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA
1. Air berkarbonat 6 Botol RM 7.20
2. Aiskrim 2 Bekas RM 9.90
3. Chip Coklat 2 Paket RM 2.80
4. Biskut Oreo 3 Paket RM 5.40
BURGER AYAM
BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA
1 Roti 4 Bungkus RM 9.20
2 Daging ayam 6 Paket RM 13.20
3 Sayuran 2 Jenis RM 2.00
4 Tomato 3 Biji RM 1.80
5 Sos cili 2 Botol RM 2.60
6 Mayonis 1 Botol RM 2.30
Bagi penjualan makanan seperti sosej, kentang goreng dan bebola ayam,
Syarikat terus mendapatkan dari pembekal. Setiap hari Jumaat akan diadakan
pemeriksaan stok oleh Pengurus Pengeluaran dan ahli-ahli di Jabatan Pengeluaran.
Terdapat beberapa barangan yang dijadikan sebagai stok dalam penjualan seperti
roti sosej, burger ayam, kentang goreng, `wedges’dan bebola ayam. Antaranya
ialah:
BARANG KUANTITI HARGA
Sos Cili 4 Botol RM 5.20
Mayonis 2 Botol RM 4.60
Mustard 2 Botol RM 5.20
Plastik 10 Bungkus RM 7.00
Pembalut 5 Paket RM 7.00
Straw 2 Paket RM 2.00
Cawan Minuman 10 Bungkus RM 3.20
Syarikat akan mendapatkan barang-barang tersebut daripada pembekal dan
rakan niaga. Sepanjang perniagaan Syarikat beroperasi penbekal dan rakan niaga
yang menjalinkan hubungan perniagaan bersama Syarikat memberikan kerjasama
yang terbaik. Segala barangan mentah yang diperolehi juga adalah berkualiti dan
berada dalam keadaan terbaik.
INVENTORI
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mempunyai inventori yang diperoleh daripada syarikat yang
terdahulu. Namun,syarikat I`ExCeL telah membeli dapur gas yang baru dan dijadikan
sebagai aset tetap dalam syarikat. Syarikat telah menjual semua aset kepada syarikat yang
seterusnya. Berikut merupakan senarai inventori:
BIL INVENTORI KUANTITI
1. Peti Ais 1
2 Almari 2
3. Dapur 1
4. Peralatan Memasak Lengkap
5. Pemanas Air 1
PENYIMPANAN STOK
Semua stok yang dibeli telah dismpan di dalam peti sejuk bagi barangan mentah.
Untuk produk separuh siap telah diletakkan di dalam almari yang terdapat di Kiosk. Almari
tersebut dikunci sepenuh masa dan hanya Ahli Lembaga Pengarah sahaja yang mempunyai
kunci tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
7.11 LAPORAN PRODUK KREATIF
KAJIAN PROJEK
Sebelum penghasilan produk kreatif dijalankan, ia memerlukan kajian pasaran dibuat agar
produk yang dikeluarkan mendapat sambutan dan dapat dijual dengan kadar unit yang
maksimum. Produk-produk yang akan di keluarkan kepada masyarakat perlu di kaji
terdahulu dari aspek kesesuaian, pratikal, permintaan, dan keperluan. Ini kerana pihak
syarikat berusaha untuk mendapat pengiktirafan kualiti produk di peringkat Malaysia
seterusnya dunia berdasarkan kajian pasaran yang di buat. Berikut adalah kriteria yang
digunakan dalam ujian pasaran:
SASARAN
Sasaran kajian adalah berdasarkan kepada pelajar di dalam sekolah, guru-guru,
kakitangan sekolah dan masyarakat luar.
HARGA
Harga kos yang digunakan adalah sebanyak RM 4.00 . Produk ini mempunyai
keunikan yang tersendiri dari segi bentuk, kualiti dan teknik penghasilan.
Keistimewaan turut dapat dilihat kepada setiap produk mengikut harga.
PERMINTAAN
Permintaan kepada produk kreatif ini dinilai mengikut kaedah memaksimakan
kepuasan para pelanggan, di dalam memaksimakan kepuasan pelanggan terdapat
beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira iaitu padanan warna dan bentuk dengan
produk kreatif yang dihasilkan. Di samping itu nilai-nilai estetika turut diambil kira di
dalam menentukan permintaan sesuatu produk itu. Adakah nilai-nilai estetika yang
terdapat pada produk tersebut dapat menarik minat seseorang itu melihat produk
tersebut tanpa mempunyai rasa bosan.
PRODUK KREATIF: GREEN PLATE TECHNOLOGY
PROSES PEMBUATAN “GREEN PLATE TECHNOLOGY”
Proses rendaman daun mengkuang di dalam besen di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010
1. Rendamkan daun mengkuang di dalam air panas untuk melembutkannya.
2. Biarkan beberapa jam
Proses pengeringan daun mengkuang di atas dulang di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010
3. Daun mengkuang di lap sehingga kering menggunakan kain.
Proses pencentuman daun mengikut susunan yang dikehendaki di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 20 Mei 2010
4. Lekatkan daun bersama-sama dengan pelekat yang diperbuat daripada kanji dalam susunan daun yang teratur.
Bentuk daun selepas dicantum dan dilekatkan
5. Dibiarkan beberapa untuk keringkan pelekat kanji
Proses menekan di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010
6. Letakkan susunan daun tersebut di antara dua pinggan dan cantumkan kedua-dua bersama-sama.
7. Proses menekan bertujuan
untuk merapatkan lagi lekatan daun tadi.
8. Tinggalkan selama satu hari.
Proses menggunting daun mengikut saiz pinggn di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010
9. Potong susunan daun mengikut bentuk pinggan yang dikehendaki menggunakan gunting.
10. Keringkan pinggan yang telah dipotong menggunakan teknik pengeringan yang sesuai.
KEUNIKAN PRODUK
Produk Green Plate Technoloy ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pihak
syarikat tidak memasarkan produk ini tetapi Syarikat menumpukan kepada penyertaan
pertandingan inovasi produk yang dianjurkan sepanjang tahun. Pihak syarikat telah
menempah kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mengiktiraf bahawa Produk
Kreatif ini merupakan produk yang boleh dikomersilkan.
Pertandingan Save The Earth program SIFE anjuran Universiti Teknologi Petronas .
Produk Green Plate Technology telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat kedua dalam
pertandingan tersebut dan membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai bernilai
RM 1000.00.
Produk Green Plate Technology ini berjaya menarik minat juri kerana
penghasilannya 100% daripada alam sekitar dan mencapai objektif pertandingan sebagai
produk :mesra alam”.
Syarikat telah menaja 3 orang pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH untuk
menjalankan penyelidikan lebih mendalam bagi menghasilkan produk lebih berkualiti dan
bermutu tinggi. Mereka telah mejalankan penyelidikan yang lebih terperinci di bawah tajaan
Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd.
Hasil penyelidikan dengan kerjasama pakar dari Universiti Sains Malaysia dan
peralatan teknologi tinggi dari Institut Genom Malaysia, wakil penyelidikan telah menguji
Green Plate dengan beberapa ujian kualiti. Ujian yang dijalankan ialah :
Ujian bahan pelekat yang sesuai
Ujian bahan pengawet yang sesuai
Ujian ketahanan haba
Ujian pemilihan daun yang sesuai
Ujian ketahanan beban
Kesemua ujian ini dilaksanakan untuk memastikan produk yang terhasil berkualiti dan
inovatif. Penghasilan produk ini telah dijadikan sebagai produk kreatif di Pertandingan
Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan SBP di Sekolah
Menengah Sains Machang. Produk kreatif tersebut telah diiktiraf menerima anugerah
Gangsa dalam pertandingan tersebut.
Produk tersebut juga mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan produk
yang bebas pencemaran dan menjimatkan kos pengeluaran.
PRODUK BERKUALITI TEKNOLOGI HIJAU
PROSES PENGELUARAN PRODUK
SPESIFIKASI PRODUK
Spesifikasi produk ini ialah satu produk yang unik yang dihasilkan dan mempunyai nilai
estatika yang tersendiri dengan rekaan-rekaan yang cantik serta menarik dengan hasil
kombinasi antara kreatif dan inovatif.
KAWALAN KUALITI
Kualiti sesuatu produk merupakan aspek yang amat penting bagi menghasilkan sesuatu
produk yang berkualiti. Segala prosedur untuk menghasilkan produk perlu diikut dan
dipatuhi. Ianya bermula dari pengumpulan bahan, mereka bentuk, penghasilan sehingga
produk tersebut siap untuk dipasarkan.
KOS DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN
Bagi produk ini ia melibatkan kos yang sederhana dan memerlukan tenaga kerja yang begitu
minimum. Selain itu, kos yang diambil kira tidak termasuk dengan kos untuk memasarkan ke
peringkat yang lebih luas.
TEKNIK-TEKNIK PENGELUARAN
Syarikat I`ExCeL telah menghasilkan produk kreatif ini dengan mengunakan 4M 1E. Teknik
tersebut adalah:
MATERIAL : Setiap produk yang dijalankan mestilah daripada material yang
terbaik. Produk yang dihasilkan dalam bentuk yang fleksibel dan boleh
dikomersialkan.
MAN POWER : Setiap perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mestilah
mempunya tenaga kerja agar dapat penghasilan produk berjalan dengan lancar
dan memenuhi justifikasi.
METHOD : Produk yang dihasilkan mempunyai kaedah yang tersedia supaya
mengelakkan berlaku kesilapan dan mengelakkan berlakunya sebarang kerugian.
MACHINERY : Produk yang dijalankan mesti mempunyai kelengkapan alat yang
lengkap supaya penghasilan tidak akan berlaku sebarang gangguan dan
pembaziran masa.
ENVIRONMENT : Persekitaran tempat penghasilan produk yang selesa, aman dan
bersih akan menmbulkan suasana yang ceria dan persekitaran yang kondusif bagi
penghasilan produk.
7.12 LAPORAN PERKHIDMATAN TERBAIK
Perkhidmatan terbaik dipilih daripada keseluruhan perkhidmatan yang telah
dijalankan sepanjang operasi syarikat pada tahun beroperasi. Aspek pemilihan
perkhidmatan terbaik adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :
KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI
Syarikat mensasarkan keuntungan sebelum perkhidmatan dijalankan dengan
mencapai sebanyak 50% peratus keuntungan.
SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
Perkhidmatan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat dan mendapat
sambutan .
FAEDAH KEPADA KEPADA KEDUA-DUA PIHAK
Pelanggan memperolehi kepuasan yang diharapkan dan mencapai objektif projek
manakala syarikat mendapat pulangan yang lumayan.
PERKHIDMATAN TERBAIK Syarikat I’ExCeL SDN. BHD.
Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dipilih sebagai perkhidmatan terbaik kerana ianya telah
mencapai aspek pemilihan perkhidmatan terbaik. Perkhidmatan ini merupakan satu perkara
yang menarik yang unik dalam dunia perniagaan memandangkan beberapa orang ahli
dalam syarikat adalah pemain yang berkemahiran dalam sukan bola keranjang dan
permainan bowling. Memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjalankan perkhidmatan
tersebut. Berikut adalah fakta menarik mengenai Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS,
Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS tersebut merangkumi beberapa projek sukan yang
dilaksanakan dalam satu program perkhidmatan.
Masyarakat kini aktif dalam sukan dan rekreasi untuk kesihatan dan kecergasan
tubuh badan.
Lebih ramai pelajar bergiat aktif dalam sukan minoriti seperti boling dan bola
keranjang.
Permainan minoriti kurang diminati dikalangan rakyat tempatan dan boleh
diperkembangkan.
Menjadi pilihan strategik dimana kurang persatuan dan badan berorganisasi
menganjurkan aktiviti/program ini.
Pelaksanaan projek
Dalam melaksanakan perkhidmatan I`ExCeL SPORTS ini memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi. Pihak syarikat telah mendapatkan khidmat nasihat daripada guru yang
berkemahiran dalam pemainan boling. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan bantuan
daripada jurulatih pasukan bola keranjang perempuan Seratas iaitu Encik Goh Chai Sin
untuk menjadi
tenaga pengajar di dalam sukan bola keranjang. Tidak dilupakan,Syarikat juga turut
mengadakan pertemuan bersama Puan Rahimah binti Mohd Sura untuk mendapatkan
nasihat dan pandangan daripada beliau.
Pengurus Pengeluaran bersama-sama sekretriat di bawah Jabatan Pengeluaran
telah berbincang dan merangka strategi dalam melaksanakan projek tersebut. Setiap sukan
tersebut mempunyai 3 perkara utama yang akan dilaksanakan. Bagi permainan bola
keranjang Jabatan Pengeluaran mempunyai 3 aktiviti iaitu mengadakan klinik Young
Talent,menganjurkan pertandingan 3 On 3 dan Kem Play For Fun.Permainan boling juga
mempunyai 3 aktiviti iaitu klinik boling,menganjurkan pertandingan boling dan mengadakan
pakej Smart untuk warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
Pihak syarikat telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para
pelanggan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan. Perancangan yang tersusun telah
diadakan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlakunya sebarang
masalah. Pihak syarikat juga menetapkan keuntungan yang perlu dicapai dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.
Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dibahagikan kepada Projek Sukan Bola Keranjang
dan Projek Sukan Boling.
Projek Sukan Bola Keranjang
Klinik Young Talent
3 On 3 Competition
Kem “Play For Fun”
Projek Sukan Boling
Klinik Boling
Bowling Tournament
Pakej “Smart Bowling’’
PROJEK SUKAN BOLA KERANJANG
KLINIK YOUNG TALENT
Kumpulan Sasaran :
- Pelajar sekolah menengah bawah 18 tahun
Objek tif Program :
- memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai sukan bola keranjang
yang semakin diminati ramai.
- mencungkil bakat-baru dalam sukan bola keranjang untuk menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih tinggi.
Latarbelakang Program :
Hari :Sabtu
Tempat : SMK (P) Treacher Methodist
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Pengajar : Encik Goh Chai Sin
Encik Kamal Bin Bahari
Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / seorang
Impak Program :
- Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukan bola keranjang
- Mempunyai asas-asas dalam sukan bola keranjang
- Berpeluang mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola keranjang
I`ExCeL SPORTS
Projek Sukan Bola Keranjang
Projek Sukan Boling
Klinik Young Talent
3 On 3 Competitions
Kem “Play For Fun”
Klinik Boling
Bowling Tournament
Pakej “Smart Bowling”
3 ON 3 COMPETITIONS
Kumpulan Sasaran :
- Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Objektif Program :
- Mengasah bakat-bakat pelajar dalam sukan bola keranjang
- Melatih pasukan bola keranjang yang sudah ada supaya bersedia menghadapi
pelbagai situasi perlawanan.
- Menerapkan bakat-bakat muda dalam pasukan sekolah
Latarbelakang Program :
Tempoh Program : 2 hari
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, SERATAS
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / kumpulan
Impak Program :
- Membina semangat berpasukan
- Memilih pemain untuk mewakili SERATAS
KEM “PLAY FOR FUN”
Kumpulan Sasaran :
- Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Objektif Program :
- memupuk semangat jati diri pelajar
- mendedahkan pelajar kepada dunia luar
Latarbelakang Program :
Tempoh Program : 3 hari 2 malam
Tempat Program : Bukit Larut
Bayaran Penyertaan : RM 5.00
Impak Program :
- Jati diri pelajar semakin meningkat
- Berani menyahut sebarang tugasan yang diberikan oleh mana-mana pihak.
- Bersikap lebih proaktif dan effisien dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
PROJEK SUKAN BOLING
KLINIK BOLING
Kumpulan Sasaran
- Pelajar dan badan berorganisasi
Objektif Program
- Memberi pendedahan mengenai dunia sukan boling
- Peserta diajar cara permainan yang betul
Latar Belakang Program
Tempoh Program: Satu hari
Tempat Program: Pusat Boling Taiping
Bayaran Penyertaan: RM 15.00 / Seorang
Impak Program
- Peserta diberi pendedahan mengenai sukan boling
- Mengetahui teknik permainan yang betul
BOWLING TOURNAMENT
Kumpulan Sasaran
- Pelajar dan badan berorganisasi
Objektif Program
- Mencari bakat-baru dalam sukan boling.
- Mencari pelapis untuk pasukan boling Seratas
Latar Belakang Program
Tempoh Program: 1 Hari
Tempat Program: Pusat Boling Taiping
Bayaran Penyertaan: RM 20.00 / Seorang
Impak Program
- Pemain pelapis untuk pasukan boling telah diserapkan
- Menanam semangat kesukanan dalam diri pemain
- Pemenang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan.
PAKEJ SMART BOWLING
Kumpulan Sasaran
- Pelajar,masyarakat sekitar Taiping
Objektif Program
- Menarik minat untuk bermain boling
- Memudahkan urusan permainan
- Memberi keselesaan dalam pasukan yang ingin bermain
Latar Belakang Program
Tempoh Program: Bulan 3 hingga bulan 8
Tempat Program: Pusat Boling Taiping
Bayaran Penyertaan: Pakej A / RM 250
Pakej B / RM 150
Impak Program
- Pemain dapat berurusan dengan lebih cepat
- Menarik lebih ramai badan berkumpulan untuk memilih Pakej Smart
- Pemain dapat menikmati pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
7.13 PENGESAHAN
Pelaksanaan produk dan perkhidmatan yang dijalankan bergantung kepada pelbagai
aspek dari segi material,kerjasama ahli dan strategi perniagaa yang effektif. Syarikat
I`ExCeL telah membuktikan keberkesanan dengan berjya melaksanakan semua
perkhidmatan dengan jayanya dan penghasilan produk kreatif telah berjaya mendapat
pelbagai kejayaan.
Dari sudut pengawalan kos,syarikat telah berjaya mengelakkan daripada berhutang
dengan mana-mana pihak dan keuntungan yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
Syarikat juga tidak mengalami sebarang kerugian dan operasi perniagaan dapat berjalan
dengan lancar.
Semua ahli syarikat telah menjalankan semua tugas yang telah dibahagikan
mengikut jabatan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited dalam memastikan
semua perkhidmatan berjalan dengan baik. Semua ahli menunjukkan disiplin yang terbaik
dan berjaya mewujudkan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing.
Secara amnya,Syarikat I`ExCeL telah berjaya menjalankan semua perkhidmatan
yang dirancang dengan teratur dan berkesan. Proses penghasilan produk kreatif juga
tersedia dengan baik dan berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ini membuktikan
seluruh warga kerja Syarikat I`ExCeL mempnyai sistem pengurusan dan operasi perniagaan
yang bersikap professional dalam perniagaan.
Disediakan oleh,
.................................................
(NURULHUDA BINTI HASHIM)
Pengurus Pengeluaran
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.